Monday, December 27, 2010

HANTU GERAI CHEMPEDAK....HIHEEHIII...


Otak warna warni
Otak dah lenguh buat assignment..


now aku nak lontar satu buah fikir yang dari tadi dok tergantung kat minda aku.


tapi sebelum tu, aku nak share satu anekdot..enjoy!!


"Satu hari yang kelam, aku pulang dengan berjalan kaki dari sekolah. Seperti biasa, aku akan melalui satu selekoh yang terletak di antara gerai Mak Cik Juha dan Sekolah Agama Nur Huda. aku pun berjalan lajulaju kerana menurut orang kampungku, di selekoh itu telah banyak kemalangan berlaku, maka seperti biasa menurut mereka, banyak roh2 jahat berkeliaran di situ, terutamanya jika hari mendung dan mahu hujan.



Aku pun berasa sedikit takut dan bulu tengkuk di belakangku mula meremang dan berdiri dengan tegak, sepertimana aku berdiri ketika cikgu disiplin ingin masuk ke kelas kami untuk pemeriksaan kebersihan. Apatah lagi hari itu gerai Mak Cik Juha tidak menjual chempedak goreng seperti biasa. Jalan itu menjadi sunyi dan gelap dan aku pun bertambah takut. Sedang mataku meliar ke kiri dan ke kanan, telingaku menangkap satu suara berdekatan dengan gerai goreng chempedak Mak Cik Juha. Aku ingin lari, tetapi entah dari mana, kekuatan datang mendakapku, dan aku pun jadi berani untuk pergi ke arah suara tersebut.



Aku pun mengorak langkah perlahan sambil telingaku cuba untuk mengenalpasti suara tersebut. Setelah diamati, jelas bahawa suara tersebut ialah suara tangisan. Otak tahyul ku berfikir, mungkinkah itu suara tangisan hantu yang menangis kerana mati accident tanpa sempat bertaubat dan meminta ampun sesama manusia??


Aku jadi ngeri kembali, namun aku masih lagi memberanikan diri.. ku melangkah setapak..dan setapak lagi.. dan akhirnya!!


Rupa-rupanya yang menangis itu ialah rakanku, Cat Farsi namanya (ya, aku tahu kalian semua mesti kata macam ni "eleh, aku dah agak, mesti bukan hantu..eleh..menyampah!cliche!"..)



so peduli apa aku..



aku teruskan cerita. Cat Farsi sedang duduk di atas tunggul kayu di bahagian belakang gerai chempedak. Dia sedang menangis tersedu sedan dan aku nampak ada hingus tergantung di hidungnya..yuckkss..



tetapi sebagai sahabat, adalah wajar untuk aku mengambil kisah akan dirinya.. maka terjadilah adegan motivasi antara aku dan Cat Farsi..




aku: Cat, kau kenapa??




(aku usap bahunya dengan penuh hati-hati kerana khuatir jemariku terkena tempekan hingus Cat Farsi)







Cat: Aku..isk..isk... aku..isk...



susah aku nak cakap, kau takkan faham..isk..isk..








aku: Memang aku tak faham kalau kau tak cerita dekat aku,



cube kau bagitau apa masalah kau, mungkin aku boleh tolong...






pedepek!!!! setepek lagi hingus Cat Farsi menembusi baju uniformnya.



kali ini chantek sekali tepat2 masuk ke dalam poket..



aku menelan air liur..tahan..tahan..control macho...






Cat: kau tau, tadi kan kita dapat kertas pekse ujian P2,



pastu yang buat aku sedih sangat, aku dapat markah cikit cenonet je..






isk..isk...rrrrrsfrrr..(bunyi sedut ingus)






aku dah study sampai lewat malam,



aku dah solat hajat tiap2 hari,



aku dah tak tidoq n daydreaming dalam kelas,



lepas balik kelas kafa, aku terus balik umah study,



sampai tak de masa nak manja2 ngan piboot n tinoot,(kucing dia)



tapi result aku..isk..isk....



macam mana aku nak berbakti pada agama, bangsa dan negara kalau macam ni?



kenapa???



kenapa aku tak dapat result heaven macam orang lain?



why?



tell me babe.!!why??






aku tarik nafas.. terbayang Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam 106..



dan aku mengumpul semangat...






aku: Cat, mungkin...kau..bla..bla...takpun bla..bla..."






Ok, sekian saja anekdot, aku tak nak u all dengar narrator tu gebang.




ok,straight to the point.




Aku rasa ramai manusia dalam dunia ni pernah alami situasi yang sama dengan Cat, bukan??


Pernah tak korang rasa down sangat2,especially bila korang tak dapat something yang korang nak even korang dah usaha separuh nyawa?


pernah tak korang fail/dpt result teruk bebenor waktu exam walaupun korang rasa korang dah study bagai nak rak, tumpu dalam kelas, solat hajat, solat sunat tiap2 hari, then doa dan doa lagi..


tapi result korang still the same, bahkan mungkin sesetengahnya lebih teruk lagi dari yang sebelum ni?




and what makes things become worse is bila korang tengok kawan2 lain yang lepak maintain tak study, ponteng kelas, esaimen cincai mancai, tiru sana cilok sini, plagiarism apatah lagi dapat result yang memang buat mak ayah kembang dada dan adik2 tabik spring..


memang kadang2 sampai boleh buat hati kotor ini berdetik "kenapa dunia ini tak adil dengan aku???!!!!"




Dan lagi, pernah tak kawan2 korang nasihat suruh korang sabar dan korang rasa semua nasihat tu dah tak guna lagi..sebab yang rasa adalah aku, bukan kau! Aku dah jemu dengan segala pujuk nasihat kau tu...keadaan tak pernah nak berubah..dunia tidak adil terhadap aku.huh!


KORANG PERNAH RASA GINI????


PERNAH ALAMI SAAT-SAAT SUKAR CENGGINI???


















































































Sunday, December 26, 2010

Penenang Jiwa...



ini satu kisah..


kisah hati namanya..


Aku masih ingat hari itu..(ok aku tahu,ini ayat cliche nak bukak cerita..)

aku sedang menunggu bas bersama sahabat2 tercinta dengan peuh sabar di bawah terik mentari yang membakar.


dalam pada jasadku cuba bertahan untuk teguh berdiri sambil menampung buku2 di tangan kanan dan juga kiri, otakku ligat menyusun strategi untuk menaiki bas dengan pantas dan efisien, memandangkan begitu ramai penuntut ilmu undang-undang turut menanti bas untuk mengangkut mereka lewat tengah hari itu.





Ku menggerakkan ekor mataku ke kiri..kulihat ramai yang sedang duduk di kerusi uzur yang panjang.


ku toleh pandanganku ke kanan..kulihat lebih ramai lagi yang sabar menanti sambil berdiri bersebelahan mesin gedegang, sama sepertiku.


maka aku membuat konklusi..





AKU HARUS SEGERA!!!!


jika kepantasan dan kecekapan tidak aku gunakan , maka sia-sia sajalah ku pertaruhkan nasibku untuk mendapatkan seat di dalam bus tika itu.





Maka dalam debar yang menggila memukul dada, deruman bas memecah hening suasana.


dan berbondong-bondonglah manusia berlari-lari mendapatkannya.





Aku pun tanpa berlengah terus memecut langkah.!!


segala semangat nenek moyang terasa mengalir dalam jiwa..


aku pun melangkah dan melangkah, sambil pandangan ku tunduk ke bawah, kerana itu azam yang telah ku semat dalam dadaku..walau apapun yang terjadi, akanku ku cuba menjunjung perintah Allah dan Rasul.. menundukkan pandangan, terhadap lelaki ajnabi.kerana yang sedang berasak-asak turun ketika itu adalah para lelaki yang sedang berpeluh-peluhan.. ya,, aku tahu, mereka tidak handsome, tetapi mereka tetap lelaki..maka wajiblah bagiku untuk menghindar, agar syaitan tidak bisa menembusi..





tetapi entah mengapa...






tiba-tiba...






seakan ada suara halus membisik di telinga..






memaksa aku mengalih tunduk pandangku...






dan tatkala aku mengangkat sedikit wajahku memandang ke hadapan...






menjelmalah wajah dia..






sekilas cuma...






namun cukup menenangkan jiwa....






mendamaikan hati...






dan matahari yang terik ketika itu bertukar menjadi salju yang turun tiada henti..damai.tenang.


ohoiii~


"boleh pandang-pandang,

jangan peghang-peghang,

duduk renggang-renggang,

bertambah sayang"


"tanam pinang rapat-rapat,

biar senang puyuh berlari,

kalau kupinang, pinang tak dapat,

kupujuk-pujuk, ku bawa lari"


dan latar tempat pun bertukar...

aku seperti putri Retno Dumilah di Gunung Ledang, dan dia ibarat Laksamana Hang Tuah yang gagah perkasa sedang menawan bumi Melaka..


dan...



Syaitan pun bersorak gembira!!!!!huwarghhhhh!!!!



Maka benarlah firman Allah Yang Maha Agung


"dan katakanlah kepada wanita beriman supaya menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat"


(An-Nur:31)



"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat, dan apa yang terkandung di dalamnya"


(Ghafir : 19)



Astaghfirullah..


banyak la kau punya penenang jiwa..

salju2 tu semua syaitan yang import dari Rusia..

lagu pantun bagai tu,, iblis yang dok gurindam tepi telinga kau..

apadaa~






MAWAR BERDURI vs MAWAR BERDARA!!!!!



haI teslianssss...




I nampak atas kepala you all ada tanda2 soal macam ni ? ? ? ?


mesti you all tertanya-tanya, apa yang i nak tulis pasal dua jenis 'bunga' ni kan? kan?kan?








MAWAR BERDURI & MAWAR BERDARA




yang mana satu pilihan hati ya..


first,, mari i define dulu apa itu mawar berduri dan mawar berdara..then, you all tepuk dada,, tanya hati.


Tapi sebelum tu, i nak tegaskan sekali lagi, definition ni ikut kepala otak i, ok. it's not a fact. just an opinion. sebab i tak mau nanti ada yang bising2 mengadu kat DBP yang i ni buat ajaran sesat.




Mawar berduri = Perempuan @ Muslimah to be exact, yang pernah buat silap, and she's not a virgin anymore, tapi dia dah bertaubat dan menyesal, pastu dia bekeinginan serta berkesungguhan nak berubah untuk jadi perempuan yang lebih baik.




Mawar berdara = Perempuan ini, masih dara, punya urban lifestyle, belum punya keinginan untuk berubah or tukar lifestyle kepada yang lebih ikut syariat.




i bagi definition yang ringkas dan simple je supaya you all mudah faham.


so guys, rasa2nya.. mana satu yang nak dibuat bini? and girls, mana satu yang nak dicalonkan pada emak untuk dibuat menantu? mana satu nak dikenenkan pada abang untuk dijadikan kakak ipar?mana satu rasanya yang kamu lebih hormati?




what do you think? which one do you prefer? tell me.. i want to know.. daa~


KAU ISTIQAMAH KE TAK???


...satu hari yang indah....

dia duduk rapat-rapat dengan aku..

dapat kurasakan denyut nadinya bersatu dengan degup jantungku..

dan tanpa ku pinta,, dia pun mula berbicara..

dan segalanya berlaku begitu pantas..


dS : gedik, Kau tahu tak, blog ni boleh reflects siapa diri kita..kita ni istiqamah ke tak..to be exact.


aku : means?? aku tak faham..(dlm hati dup dap..dup dap..dup dap)


dS : ye lah,, kadang2 aku perhatikan ramai yang buat blog, mostly sebab kawan2 ramai dah jadi
blogger, then lepas satu dua post, dah takde..hangat2 taik ayam.. aku pun terfikir yang
diorang ni semua buat blog untuk apa? suka suka? then tak update2 dah..
that's why aku rasa kadang2 kita boleh nilai, dia ni macam mana. kalau blog pun tak boleh
nak handle with care..macam mana dengan hal2 lain dalam hidup.hmm..kau rasa macam
mana??

aku : errr...maybe 'diorang'(termasuk aku sebenarnya) tak cukup masa....bla..bla..bla..sibuk...
bukan tak nak tapi...bla..bla....banyak komitmen.....bla...bla....


dS : ehm...mungkin betul jugak yang kau cakap tu,, tak cukup masa, especially for student, tapi
yang peliknya dah berbulan-bulan tak update tu... haish.. ok lah, aku saje je bosan.. tiba-tiba
terfikir pasal tu..just minta pendapat kau je..




....beliau pergi dan aku pun mengukir fake smile..
dalam hati..DUSH!!!!(terasa..isk..isk....)...
tapi apa yang dia cakap memang betul..
OH NO!!!! dia tahu ke yang aku ada blog yang dari semester lepas tak diupdate..
tapi rupa dia polos je..tak de pulak rupa nak memperli..hurm..