Monday, January 31, 2011

HARD HEADED

Macam mana nak kurangkan sikap degil? stubborn? ketegaq bak kata orang kedah..
Ya, saya memang degil dan keras kepala.
Bagaimana ingin lembutkan kepala?
aarrggghhhh!!!
i'm stresss of thinking this!

CNY BREAK MISSION!!

Awak, cuti 4 hari ni awak nak buat apa? Tolak tepilah assignment, presentation yang kononnya awak nak buat kat rumah tu... Maksud saya, apa misi awak balik rumah kali ni? Nak solat 5 waktu sehari semalam kat masjid? nak bangun awal2 pagi tolong mak buat sarapan? Nak balas dendam tidur sampai waktu lunch?
Biasanya, sejak dari sekolah menengah lagi, kalau cuti lebih dari 2 hari, saya akan ada misi perkara yang hendak dijayakan di rumah. Biasalah, orang hati tegar macam i ni memang jarang balik rumah, sekali bila cuti sekolah, sudah pasti semangat berkobar-kobar nak buat macam2.
Tapi waktu sekolah dulu, misinya lebih kepada tidur sepuaspuasnya dan makan sebanyakbanyaknya..oH, sungguh huduh perangai ini..
Then bila dah besar, tak nak ah stay macam tu kan, perlu lah ada misi yang lebih bermakna sikit.
Dan misi kali ini agak mencabar, sebab ia melibatkan makhluk lain.

Saya ada dua orang adik. Lelaki dan perempuan. Firdaus dan Awadah. 8 tahun dan 13 tahun.
Salah seorangnya merupakan subjek misi waktu cuti.Tolak tepi si kuntut firdaus, fokus pada awadah. I'm gonna change her style. Memujuk dan menggodanya untuk memakai my old tudung lerang bersulam-sulam.

Sebab apa?
Dia dah besar. Dah masuk sekolah menengah. dan bagi seorang gadis, di dah matang dah pun (faham kan maksud ni..)
Jadi, dah banyak benda kena ambik berat. Dan yang paling penting first sekali bagi perempuan, mestilah aurat kan?
Sebab part ni memang mudah nak berdosa. Dan part ni juga memang susah nak jaga.

So, saya sebenarnya nak ajak dia pakai tudung besar. Bukan yang labuh berjahit tengah tu, tapi yang bawal besar boleh pin kat bahu tu. Baru nak berjinak, bagi ah dia rasa nak fesyen2 sikit. Boleh dia letak brooch teddy bear ke, bunga2 ke, barulah dia minat.inshaAllah.

Paling penting sebenarnya saya nak dia belajar menutup aurat betul2 sedari awal lagi. Biar \pun baru 13, tapi bagi saya usia ini dah cukup ideal untuk dia mula. Kalau dulu saya start agak lambat, iaitu waktu Form 3, saya nak sangat dia start awal dari saya. Kalau dulu saya baru belajar pakai sarung kaki bila keluar waktu Form 2, saya nak sangat dia praktis lebih dahulu dari saya. Kalau dulu saya sedar hakikat itu dengan sebenar-benarnya pada usia 16 tahun, saya mahu dia sedar hakikat itu lebih awal dari saya.

Saya akui, dan saya sesal, saya mulakan segalanya agak lambat. Saya mula betul2 melabuhkan tudung saya selepas 15 tahun Allah beri peluang saya hidup. Namun apapun saya bersyukur, sebab DIA bagi saya peluang juga untuk sedar dan mengorak langkah untuk berhijrah.

Dan kini, bila saya sudah terima dan sedar akan hakikat yang sebenarnya, sedar apa yang perlu saya kenakan pada tubuh saya sebagaimana yang Allah syariatkan dan Rasulullah sampaikan, saya tidak ingin sendirian. Saya ingin ramai turut bersama, terutamanya yang paling dekat dengan jiwa saya, keluarga saya.

Doakan saya berjaya. Misi ini saya harapkan temu jayanya. Saya hanya mampu usaha, natijahnya Allah yang tentukan. Semoga Allah, lembutkan hatinya...

Tak sabar nak balik!!!

OH NO, SHE'S A POLE!!

Cun ke?? haha..


Sedondon kan?kan?kan?

Ini semua pojan yang start. He called her pole! real ADHD la...(sorry pojan :p)

ini cerita lama sebenarnya. Minggu lepas punya.

Jannah, aku sudah menunaikan janji.

jenuh aku selongkar balik camera album nak cari gambar yang terbaiiikk!.

and i know u are smiling.

STOP IT! dah nak terkoyak dah bibir tu senyum..XOXO..




Saturday, January 29, 2011

HEY, LET- THE PICTURES TALK! - EXPLORACE GIA

rewards~

sedih menengoknya.

hyper gegar!

adah n tirah, don't cry..isk..isk..


the only group.. all girls

hiheehiiihiii~

Ju-On pun surrender ah




Cute!





Saudara Nabil- founder of GIA

three blind CUTE mice!!









what was he doing??












Praise be to Allah..
Hope we'll get something and try harder to 'upgrade' ourselves..
I'll miss this moment..(^_^)
May HIM bless..
..and for those whose picture is there and you don't like it, please tell me. I'll remove it,ok..
oh, oh, except for you, LIYANA!



























Wednesday, January 26, 2011

LET'S TRY A NEW GAME!!

Rasa bosang? borin? tak ada apa nak buat? mari kita cuba satu game baru. Nak kata best sangat pun tak jugak. Tapi bolehlah.. tapi rasanya of course tak leh lawan dota! tapi at least kalau tengah main game ni, mak ayah lalu, mesti ingat anak2 mereka rajin baca surat khabar sebab, untuk main game ni, apa yang kamu perlukan ialah surat khabar.

Ok, game ni sebenarnya kitorang main waktu kelas madam shima. Yes, memang method pengajaran yang bagus. Tengah2 menguap2 mata berair ngantuk, main game ni boleh buat mata berair ketawa pula.

Simple je. Apa yang perlu ada hanyalah surat khabar. tak kisah surat khabar apa pun, NST ke, STAR ke, Utusan ke, yang penting ada gambar, lagi best kalau yang ekstrem2 macam ni:


kau boleh tahan kejam kalau pilih gambar ni~

Atau yang macam ni:




teringat cite shaolin socccer waktu kecik2 dulu.. (^_^)

Ok, lepas dah pilih gambar, kita pick mana2 kawan dan bagi dia arahan untuk buat gaya macam dalam gambar. Syaratnya, dia memang tak boleh tengok gambar yang kita dah pilih, even a quick glance. Sepenuhnya arahan daripada kita (by using English). Bagilah kau arahan sampai dia berjaya buat gaya sebijik macam gambar.
Serious memang agak kelakar, terutama kalau gambar tu susah dan ada adegan peluk2( lelaki sama lelaki). Lagi satu yang buat kelakar ialah mimik muka yang kena buat.
Memang huduh benor!

Game ni memang boleh buat mata usir kantuk. berebut2 nak bagi instruction dan berebut2 menolak bila madam nak pick orang yang nak kena tiru iklan.
haha..
dan hasilnya:


cute je diorang tiru iklan susu dutch lady~




you all jangan salah sangka, ok...
diorang separuh rela buat ni semua tau!




Brokeback mountain??? OH NO!

Ok, boleh try kat rumah. Ajak adik2 main lagi best. boleh buli-buli! tapi kalau adik macam si kuntut firdaus, tak payah mimpilah, memang konfem kau yang kena buli balik!

Dan yang paling penting, boleh buat ukhuwah makin erat, inshaAllah. Tapi dalam main2 pun, ada batas yang kena jaga, dan ada limitnya. macam ni barulah best. :-)

oh, saya pun kena buat jugak sebenarnya. ni semua pojan punye pasal.

Pojan, you owe me!

























































Thursday, January 20, 2011

QURANIC GROUP 1





























Alhamdulillah, QG 1 dah pun selamat diadakan Sabtu lepas. For the first time in this semester.








And alhamdulillah, ramai yang datang, ramai yang Allah bagi kekuatan tinggal gebar dan bantal busuk (korang je, aku takde benda geli2 macam ni) untuk bangun awal-awal pagi pergi QG. Alhamdulillah muslimin pun ramai daripada biasa.








Alhamdulillah muslimat pun seperti biasa bersemangat muka ceria.








Alhamdulillah aktiviti pun berjalan dengan lancarnya.








Alhamdulillah masing-masing pun sihat walafiat takde cedera.








Alhamdulillah Allah jalinkan ukhuwah antara kita.








Alhamdulillah untuk segalanya..
















Wednesday, January 19, 2011

Pssstt..Save Your Kiss!!!

Alhamdulillah, masih bernafas. Alhamdulillah, masih ada kudrat nak menulis. Alhamdulillah masih lagi Islam. Alhamdulillah dah solat. Alhamdulillah my kiss masih selamat. Alhamdulillah my kiss tak pernah lagi melayang ke muka yang bila pegang batal air semayang. Alhamdulillah my kiss masih lagi eksklusif untuk mama abah, k.long, adik2, teman2 sama jantina, family tercinta, mu'allimah tersayang. Alhamdulillah my kiss bukan untuk diperdagang dengan nilai seratus dua atau beg tangan gucci, prada mahupun porsche dan iphone serta lebih sedih topup seploh ringgit-sehari-sehari-dah-habis.

Kenapa saya sibuk2 nak panjat syukur sebab kiss(ciuman) yang semua orang ada? Kenapa beria2 nak tulis pasal kiss2 bagai? Kenapa semangat nak suruh save kiss segala?

Sebab..nowadays, kau lelaki, boleh dapat one masyuk kiss dengan harga serendah 50sen sahaja!!
ataupun tak payah susah2 seluk poket ambik syiling,kau just guna kemahiran mengayat bunga2, dengan janji manis setia sehidup semati you dumb, i dumb, kau akan dapat ciuman percuma dari si dia.

Senang kan?
Lagi senang daripada beli air gedegang.

Fakta.
Itu situasi sekarang. Kalau baca surat khabar, atau tanya cikgu kaunseling sekolah, mesti keluar cerita2 macam ni. Inilah bendanya, yang buat saya nak sangat cakap pasal kiss. Actually, kiss tu sekadar satu simbolik je. kiss=virginity. Tapi saya malas nak tulis tajuk save your virginity. woi ekstrem tu!

Zaman moden, semua mudah. Nak basuh baju, ada mesin basuh dan dobi. Mudah. Nak pergi rumah kawan, ada kenderaan pelbagai. mudah. Nak contact2 ada handphone. Mudah. Rasa rindu nak jumpa, ada skype. mudah. Nak lepak ngan kengkawan hujung minggu dan waktu sekolah yang subjek membosankan,langkah ke shopping mall dan taman2 indah tepi jalan. mudah. Nak bayar bil, cuma klik sahaja. mudah.Nak buat assignment, ada khidmat rm5++ untuk satu subjek oleh pelajar cerdik pandai tapi poket haus. mudah. Nak keluar dengan gf bf. mudah. Nak ajak gf bf masuk rumah. mudah. It's ok, mommy and daddy i sporting!.
Pendek kata semua mudah lah sekarang ni.

Nak hilang dara pun mudah..
Nak tergadai maruah pun mudah juga..
Nak bagi fresh kiss,warm hug pun mudah.

Mana pergi harga diri? mana campak iman di hati?mana lempar ilmu agama yang dari sekolah rendah tahu, tak boleh pegang lelaki, bila terpegang sikit budok laki kat tadika dulu terus buat muka over geli, sambil gosok2 tangan konon nak hilangkan kesan tangan budok laki tadi.
mana pergi tahu yang aurat tak boleh dedah sesuka hati?
Mana pergi??

Ok. saya bukan emosi. jauh sekali nak marah2 benci. Tapi kesal memang ada. Saya pernah baca metro, dan ada tulis kat situ, di sebuah sekolah ni, most of the girls dah tak virgin lagi. MOST! bukan minoriti, tapi majoriti! dan mana2 girls yang masih suci, masih belum pernah berzina, dia akan dipandang rendah oleh kawan2 lain yang dah 'pernah'. Ini lah situasinya sekarang. Benda2 macam ni pun dah jadi biasa sangat sebenarnya. Selak ah surat khabar. Berlambak-lambak kes2 macam ni. Yang rogol lain cerita, tapi yang menyerah se'ikhlas' hati ni yang peliknya.

"You give me your super duper fake love, and i'll give you not only my kiss, but my whole body. You can take them all, because i love u damn much! love you..."

dan 9 bulan lepas tu..ada baby dalam semak kena hurung semut api...

Tak kesian ke dekat baby yang tak sempat hidup tu?
Tak kesian ke pada mak ayah yang lahirkan, besarkan dan didik kamu?
Tak kesian ke dekat bakal jodoh kamu yang bakal dapat second-hand wife?
Tak kesian ke dekat diri sendiri yang bakal ditanya kat akhirat atas semua perkara yang dah dibuat?

Girls, please..i beg you,
Save your kiss, save your virginity,
Control your lust,
Don't ever surrender into ur whims and desire,
Take good care of your body,
Cover your assets,
Don't show them to the men,
They don't deserve that,
Except one..
Your husband.

Saya juga takut, tak tahu saya esok bagaimana. Iman manusia itu menurun dan menaik. Sedikit tergelincir, padah menanti. Saya juga bimbang. Doakan saya sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Pray for me, for Allah to lend me strength to save my kiss!






Sunday, January 16, 2011

Begitu Begini

Ya, memang mudah nak ikut arus, dan sungguh susah nak melawan derasnya.
Bila dah ramai yang begitu, memang susah nak kekalkan diri.
Bila yang begini sedikit bilangannya, dan kurang kuat pula pengaruhnya, memang senang nak jadi begitu.
Bila antara begitu dan begini pun tak tau mana satu nak dipilih, maka hati mula kecamuk,
Bila nafsu suruh begitu, tapi teragak-agak lagi nak tinggalkan begini, haruslah punya kekuatan untuk up jadi begini,
Bila begitu kita biarkan begitu, dan begini hanya bersama begini, tidak kena pula kerana sampai bila begitu harus kekal begitu?
Bila begini mulai hendak jadi begitu, maka sepatutnyalah begini begini,selamatkan begini dari jadi begitu.
Bila begitu hendak mula jadi begini, perlu terima dengan sepenuh hati, usah persoal mengapa begitu ingin jadi begini,
Bila begini mulai serasi dengan begitu, begini perlu kekal begini, biar begitu ingin dan ingin jadi begini lagi,
Bila begitu dan begini bertemu, pasti menuntut pilihan,
Mahu begitu? atau begini?
Begitu manis di sini, Begini manis di sana.
Begitu syurga di sini, begini syurga di sana.
Begitu tawa di sini, begini tawa di sana.
Begitu bersenang di sini, begini bersenang di sana.
Begitu sukanya di sini, begini sukanya di sana.

Antara begitu begini, biar kekal begini, walau tsunami melanda, harus jangan ubah jadi begitu.
Biar kekal begini..

Thursday, January 13, 2011

MUET (Hantu Gerai Chempedak 2)

Bila dah rasa down and down and down and down,
memang cepat je nak salahkan hidup kalau iman tak kuat,
bila dah perasan rasa usaha dah gigih gila banyak,
memang mudah persoalkan kenapa Tuhan tak bagi bagi juga kejayaan,
bila dapat result bukan yang macam didoa, dipohon hari2(especially waktu nak dekat-dekat result keluar)
memang rasa macam jiwa nak meletup dan pelita harapan terpadam lepas habis hari raya,
memang...
memaaaanngggg....
memannnngggggggg...
manusia (termasuk aku) memang mudah begini,
susah sungguh nak nampak hikmah bila ujian itu DIA turunkan dalam bentuk tak heaven macam ni.
Susah lagi nak sabarkan jiwa bila kita rasa usaha dan usaha dan usaha segala yang dibuat tu dibalas kecewa hampa derita.
Baru-baru ni result Muet keluar. Dan bagi kami yang Teslian ni, untuk layakkan diri lonjak ke degree dalam Tesl juga, nak tak nak Muet wajib band 4. Dan of course, dah namanya TESLIAN,mestilah harapan tinggi menjangkau langit nak dapat at least band 4, kalau tidak memang perlu sedia kad ucapan 'Gudbye Tesl' jawabnya.
Dan bila petang yang dapat result Muet, tak sedikit yang nangis-nangis lap hingus sambil tunggu bas datang menjemput.
Golongan ni ada dua:
1) Yang dapat band 4, nangis sebab terharu.
2) Yang Allah belum bagi lagi peluang nak dapat band 4.(inshaAllah, adalah hikmahnya)
* tak kurang juga yang tak tahu result lagi, tapi air mata dah meleleh sebab tengok kawan2 nangis, biasalah..air mata memang teman setia kami..
Aku tak nak cakap banyak pasal golongan 1. Yang menjadi persoalannya, mengapa ada yang kita rasa, atau mereka sendiri rasa, dah usaha sungguh2, tapi tergolong juga dalam golongan ke-2??
Aku tak perlu cakap panjang.. aku rasa ramai dah tahu segala macam dalil2 yang berkaitan dengan hal ni. boleh search kat blog saifulislam, atau zahazan.net, atau ummu hani, dan macam-macam lagi, dah banyak bangkit tentang ni.
Cukup beberapa ayat aku nak tulis..
Usaha itu milik kita, tapi natijah (keputusan) adalah milik Allah,
Allah itu tahu, Maha Tahu, paling tahu, dan sangat mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Dan tak ada apa yang datang dari DIA tu, melainkan yang baik-baik belaka..
Allah..sungguh, aku pun masih lemah nak ajar hati untuk turut semua dengan rasa penuh redha dan syukur.
To teslian yang dapat band 3, jangan mengalah, jangan gusar. He knows, what's the best for us.. always...

Wednesday, January 12, 2011

A new beginning

Ya..inilah saatnya, inilah masanya.

ku keluarkan kasut sukan biru dalam kotak bawah tempat beradu

bagi dia peluang melihat dunia

beri dia kesempatan melindungi kakiku

biar dia kenal dunia ini bukanlah cuma sebesar kotak

akan ku bawanya buat julung-julung kali

ke kejohanan VOLLEYBALL!!!!!




kihkihkih...




Pertama kali nak main bola tampau sungguh2 dalam hidup..


tanpa praktis, tanpa asas


hambek ko terus tournament!



apa itu digging? apa itu spike? apa itu jumping?


eeuuuwww...

aku pandai main batu seremban and tali skipping je pun.


Tapi Tesl B jangan risaaaaaauuuu!!!


Balik je kelas Madam Jue, aku dan rakan seperjuanganku aini leyna terus buka laptop.

tap..tap..tap..(bunyi taipan)

kami bersedia mengikuti kelas basic vollleyball di

Youtube!!!

internet yang sangat 'comel' berjalan telah mengundang ngantuk dan kami pun tertidur setelah hanya sempat tengok cara serve..

tawakkal..


Dan nak buat keadaan lebih teruk, bila datang2, ingat takde boys tengok game, tapi rupanya ada juga yang datang( bagi sokongan lah tu konon..eleh, tak rasa tersokong pun lah korang datang!)

memang disaster..how can i play if there's boy watching us?

nak loncat2 dan berlari dangan kencang pun susah.

apatah lagi nak buat gerakan2 yang hyper2.tidak mungkin dengan kehadiran mereka!

nak lagi..pulak tu yang jadi refree nya boy jugak..

hambek kau!

nak buat macam mana. JPK perempuan (termasuk aku) tak berapa nak mahir main tampar-tampar ni,

so terpaksalah..


Maka aku pun main dengan biasa2 sahaja.

ambil tempat statik, dan berdoa bola tidak sampai ke situ agar aku tak perlu terlompat2 nak cuba ambil.
Sorry guys, aku tak tulun banyak pun. tolong dok sengih2 tiap kali dapat markah je.
dan bila pihak lawan dapat markah, pun aku sengih juga..Haha.



Tapi..

Praise be to Allah,

Tesl b menang juga, kan?kan? kan?
Tapi Law B pun tak kurang hebatnya..=)


Tapi of course bukan sebab aku(yang hanya serve tiga kali, dan tidak menyambut bola, tetapi angin semata-mata) ataupun aini( yang menjadi tukang sorak sarai sahaja).


Thanks to adahRedha yang main dengan cool sekali.

Thanks to all yang menyokong sampai buat aku perasan bagus.

Thanks to Iman dan Yana yang sabar nak ajar aku serve agar aku tak memalukan diri sangat, yelah.. takkan serve pun nak sangkut kat net tiap-tiap kali, kan..

Thanks to Teslian yang bagi rasa ukhuwah yang manis.

Thanks to Lawrian yang turut serta sama-sama enjoy the game.


Alhamdulillah..


sebab dalam sibuksibuk nak parktis-last-minute pun masih Allah izinkan kami solat isya' terlebih dahulu(semoga segala kesibukan dunia tidak melalaikan dari melaksanakan kewajipan kepada Allah)
Alhamdulillah, sebab boleh buktikan, kalau pakai pakaian menutup aurat, takde masalah pun nak main, nak bersukan.
(bukti paling jelas ialah bosss(dibahYaakob). main memang hebat wa cakap sama lu, tengok beliau pakai apa?? pakai t-shirt labuh tuuu..cayalah bosss>>>3 luv u till forever!)
Alhamdulillah juga sebab Allah bagi lagi peluang nak tarbiyyah jasad, setelah sekian lama biar muscle berkarat.
Alhamdulillah sebab Grup Tesl semua dipinjamkan kemenangan.
Alhamdulillah sebab takde adegan gaduh2 yang cliche bila ada program sukan.
Alhamdulillah dapat sama2 beraktiviti dengan sahabat2 Lawrian yang jarang-jarang dapat jumpa.
Alhamdulillah untuk segalanya..
Harap2 semi-final ni boleh perform lebih baik, tapi tangan rasa macam sakit tersalah urat lepas angkut segala barang jpk tadi..memang bertukar jadi muscle woman lah masuk sem ni.
Alhamdulillah...