Tuesday, April 26, 2011

Episod 2- TESLian 143

Maaf bagi yang ternanti2 sambungan cerita yang biasa2 ni. Betul, memang ada yang ternanti2, saya bukan perasan sorang tau! Biasalah,,kita kalau dah baca satu cerita, mestilah nak tau apa yang akan terjadi selepas tu, walaupun cerita tu tak best. Sebab tu, saya minta maaf naa kot2 ada yang ternanti2 saya sambung. Dah ada dalam draft, tapi tak ter'publish'.



ini sambungannya..

enjoy! :-)






‘Angel & Demon’ yang dipinjam dari Ally kelmarin dibawa rapat ke muka. Tulisan-tulisan ber’font’ kecil nampak berbalam-balam. Kaca mata baru semalam pecah. Duduk tak menyempat nak tengok. Akibatnya, selamat je punggung dia mendarat atas cermin empat segi berbingkai tu. Alamatnya pakai meraba-rabalah 2,3 hari ni sementara tunggu yang baru siap.



Abduh yang sedari Maghrib tadi pergi ke surau kastam depan UiTM masih lagi belum balik. Biasalah, pak Ustaz tu memang, biasanya, dari Maghrib santak ke ‘Isyak dia akan ‘stay’ di sana. Amir pulak baru sekali ikut, itupun sebab kebetulan nak pergi makan tengah hari sama-sama. Bab2 solat ni memang lah liat sikit, paling-paling rajin pun, biasanya solat Maghrib je, itupun kalau sempat balik main bola, kalau tak, selamat jalan je lah jawabnya. Tapi takkan nak mengaku dekat Abduh dia malas ikut sebab berat rasa nak solat kot, dan takkan nak cakap dia uzur pulak, mau pengsan si ustaz tu nanti. Last-last ikut je lah. Itupun lepas tu habis-habisan diperli dengan geng2 lepak dia, “Wah, dah jadi warak pulak epul ni, berkawan dengan ustaz lah katakan..muahahaa!!!”



Dia pun rasa serba salah jugak dengan Abduh yang memang hari-hari akan bagi ‘hint’ secara baik ajak dia pergi ke surau. Sekali-sekala ikut pun jadilah. Ini kalau mak dia dengar dia pergi surau solat berjemaah, mesti dia sujud syukur, sebab, nak solat fardhu lima waktu pun liat semacam, especially subuh. Mengantuk tu! Dah tidur nak dekat pukul tiga ‘men’dota.Lepas tu, esok kelas mesti tersengguk-sengguk macam naik mesin kuda pony. Heh, itu gaya nak bangun subuh pergi surau? Dalam mimpilah derr...

Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan.

“Asalamualaikum.”

Wajah Abduh tersembul di balik pintu. Tangan memegang bungkusan plastic.

“Wa’alaikumussalam.”

Novel best-seller Dan Brown diletak di tepi bantal. Aroma nasi goreng menusuk hidung.

“Lambat kau balik hari ni?”

Mata dah menangkap bungkusan polisterin di tangan Abduh. Terbayang-bayang butir-butir nasi dalam tu. Laparlah pulak rasa.

“Aku pergi arked dulu tadi. Teman Mad dengan Amin makan. Aku ingat nak makan sekali, tapi tak lapar lagi tadi. Ni ha, aku beli kat kau nasi goreng ayam. Boleh kita makan sama-sama. Tapi sorrylah, aku tak tahu kau suka makan apa. Nak text kau, phone tertinggal. Kau makan kan nasi ni?”

Amir bingkas menuruni katil bersila di lantai. Mata masih lagi tak lepas memandang Abduh yang berkain pelikat, berbaju melayu dan berkopiah. Ya, Abduh tidak kacak, tetapi ada unsur-unsur ketenangan setiap kali memandang wajahnya, lebih-lebih lagi dia telah membelikan aku nasi goreng. Lagi lah bertambah markah penilaian! Ni kalau aku ada adik perempuan, mesti aku kenen-kenenkan pada kau, Abduh. Tapi sayang, adik aku semua lelaki. isk..isk..

“Hey, apesal pandang aku macam tu? Kot ye pun lapar, takkan dengan aku-aku sekali kau nak telan. Scary kau ni! Haha..”

Abduh ketawa kecil sambil mengeluarkan polisterin dari plastik. Satu untuknya, satu untuk Amir. Kopiah putih di kepala ditanggalkan dan diletak di atas katil.

“Eh takde apa. Thanks.”

Lida terasa kelu. Bapak ah baik. Bertuah aku dapat kawan macam ni. Ustaz pun ustaz lah...

“Dah, jom makan.”

Abduh membetulkan sila.

“Jom!”

Amir cepat-cepat menyuap nasi goreng ke mulut. Hmm~ nikmat sungguh.

“Eh?”

Suapan kedua terhenti di tengah jalan apabila dia melihat Abduh masih lagi belum menyuap, tetapi kedua belah tangannya masih lagi ditadah sambil mulut kumat-kamit. Mak aih, malu aku! Baca doa dululah Amir oi! Kau kan makan dengan ustaz ni! Tak baca doa nanti, makan dengan setan tau!

Tangan turut ditadah cepat-cepat, turut mengaminkan doa Abduh yang dibaca perlahan. Tumpang doa kau lah, Abduh.. Makbul sikit. Muka dibuat-buat supaya kelihatan khusyuk, sedang dalam hati malunya bukan kepalang. Lain kali, baca doa dulu.

Kepala diangkat sedikit.

Dipandangnya wajah Abduh yang tenang.

Dia melihat Abduh tersenyum senang.

Dan dia turut perlahan-lahan mengukir senyum.

Amiin..

*******************************************


p/s: kalau ada yang tak kena, kritik je.. saya takde hal punya.

Lagi satu, kalau ada apa2 cadangan untuk menambah baik cerita 'kita' ni, just let me know, ok! bye =)



Monday, April 18, 2011

Sedihnya Saya :-(

Dah beberapa hari saya tak update, hari ni saya nak cerita sesuatu, jadi, siapa2 yang menjengah ke sini nak baca apa2 yang bermanfaat sangat2 buat santapan rohani, entri yang ini, tidak begitu menjanjikan apa2, sebab saya cuma nak cerita sesuatu,ok. Saya kan nak jadi seperti Andrea Hirata, (tak tau, sila google), jadi saya harus lebih kerap menulis tanpa banyak kesalahan tatabahasa dan singkatan perkataan. (jangan gelakkan angan-angan saya ni tau!) Jadi anda boleh faham kan, mengapa bahasa saya agak cenderung ke arah bahasa2 buku terbitan PTS.


Sebenarnya, semenjak dua menjak ni, saya sering diganggu oleh nombor2 asing, minta berkenalan, dan apabila tak dilayan, mereka ni akan call, malahan ada yang lebih sepuluh kali.
Ya, saya tahu yang perkara2 macam ni memang biasa sangat terjadi, bukanlah suatu perkara besar yang perlu digembar-gemburkan. Anda juga mungkin akan cakap:
"biasalah tu.. orang nak try, kacau2.. rilekks sudehhh".


Saya faham, itu salah satu benda2 biasa, mula-mula tu, saya ok lagi. Saya buat tak layan je lah, kan. Tapi kerap pulak tu, tu yang saya hairan tu. Nak kata saya ada berkenalan bagi nombor pada mana2 lelaki, memang tak pernah. Yang makhluk2 Allah yang nak berkenalan konon-kononnya tu pun satu hal, dah orang cakap tak nak tu, tak nak lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! arrgghhhhh!!!!!!!!!!!!sttreeesss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ok sudah. istighfar banyak2 lah, semoga Allah berikan kesedaran agar 'mereka' tu tak buat perkara merimaskan ini pada anak orang lain pulak.


Sambung cerita saya, lepas tu, satu hari tu saya ambil keputusan, saya tak boleh berdiam diri, saya rasa ada yang tak kena ni, sebab kerap sangat dah orang kacau2 ni. Apa nombor saya ni dijaja2 ke apa kan? Ni bukan saya perasan 'market' tinggi ke apa. Tapi pelik lah kan, sebelum2 ni takde lah sangat.


Saya pun balas mesej salah seorang daripada timbunan nombor2 (chewah, hyper gitue!) tu, saya pun tanya, dapat kat mana nombor saya, lepas tu dia cakap nombor saya tertulis di salah satu public phone di kuala lipis..??????
Tiba2 je lepas ke lipis, saya tinggal di jengka indah permai aman sentosa, apesal lepas ke lipis pulak kan? jauhnya saya pergi nak 'promote' phone number saya. Dan mustahillah saya sendiri pergi letak, saya tak pernah buat macam tu tau.. isk..isk...

Tapi mungkin jugak tak betul apa yang dia cakap tu, saya tak boleh jugak percaya 100%, dia boleh je kalau nak tipu saya, bukannya saya boleh pun nak pergi periksa satu demi satu public phone yang ada kat lipis tu.

Lantas, sabtu hari tu, saya pun nekad nak jawab panggilan telefon yang saya dah reject sebelum tu, lepas tu saya tanya dia, dapat mana nombor saya ni. Cuba teka dia jawab apa???

Dia cakap, "saya dapat nombor awak dekat tandas".. Saya dah macam.. tandas??? ya Allah..

Lepas tu saya tanya lagi. "Tandas kat mana ye?"

Dan dia jawab, "Dekat Lipis"

Lipis???????????


Lipis?????????


Lipis???????


Adakah ianya cuma kebetulan? Ataupun yang kedua ni turut menipu?

Saya pun membuat konklusi, bahawasanya, ada hamba Allah yang mungkin telah menganiaya saya dengan meletakkan nombor saya di tempat2 tersebut, hingga lah saya menjadi mangsa kepada lelaki2 tersebut!

Jujurnya, waktu saya dapat tahu tu, saya rasa macam sedih sangat, dan saya rasa menyampah sangat dekat lelaki yang buat tu. Ya, saya mungkin berlaku tak adil, tak semena-mena tuduh lelaki yang buat, walhal tak pasti pun siapa yang buat, tapi saya rasa bukan perempuan yang buat macam tu dekat saya. Dari dahulu lagi, lelaki selalu kacau hidup saya, buat saya macam saya pernah menganggu hidup mereka! Saya rasa macam kecewa sangat, kenapalah ada yang nak buat saya macam ni. Sampai hati dia buat saya macam ni dekat saya.


Perkara ni besar kesannya buat saya, ia melibatkan maruah dan nama saya. Saya tak mahu dicop sebagai perempuan murahan yang layan mana2 lelaki, walaupun dalam sms dan telefon. Macam mana kalau jumpa nombor tu tertulis di tandas dan public phone atau tempat yang lain, dan dia tahu itu nombor saya. Maruah saya boleh tercalar. Biarpun perkara itu sudah biasa, tetapi tidak bagi saya. Macam mana pulak kalau nombor tu diselitkan juga dengan pakej yang lain, contohnya "kalau anda bosan dan perlu teman, boleh call nombor ni.." Saya banyak jumpa vandalisme2 macam ni dekat tiang2 eletrik, public phone, dalam tandas, dan dinding2 dekat bandar. Saya tak sanggup nombor saya turut disenaraikan sebagai peneman di kala bosan. :-(


Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan. Nak tukar nombor, saya tak rasa saya nak buat macam tu. Saya dah nekad tak nak tukar nombor sampai bila2, biarlah ini menjadi nombor pertama dan terakhir saya. Saya takut ada urusan penting dan hubungan dengan kawan2 terjejas kerana tukar nombor. Setakat ini, saya hanya mampu berdoa, dan cuba mengintai hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Dah beberapa hari berlalu, dan saya semakin dapat berfikir dengan rasional. Perlahan-lahan saya cuba memuhasah diri yang sarat dengan dosa ini.


Saya anggap ini salah satu daripada ujian Allah untuk menguji saya. Selama ini, saya sering mengatakan bahawa saya tak nak mesej dengan lelaki, melainkan untuk hal2 yang perlu dan penting sahaja. Nah, Allah dah uji saya, benar atau tidak saya ini cukup kuat untuk menghadapi godaan dan fitnah dunia ni. Mungkin juga selama ini saya terlalu angkuh akan prinsip saya ini, hingga saya ter'tegur' secara tidak berhikmah terhadap lelaki yang cuba mendekati.


Lagi satu, mungkin Allah ingin menyedarkan saya yang dah semakin alpa ni, tentang peri pentingnya untuk memohon perlindungan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Allah ada untuk melindungi kita, namun sebagai manusia, kita sering sahaja leka dan melupakan Allah, sedangkan hanya kepada Allah sahajalah tempat kita berserah diri dan memohon perlindungan. Sesungguhnya, saya insaf bahawasanya jika seluruh manusia berkumpul untuk menyakiti kita sekalipun, tetapi jika Allah tidak mengizinkan, maka tiada apa2 yang dapat menyakiti kita.

Hikmahnya, saya cuba menghayati surah 3 kul, yang sangat mudah dibaca, tetapi selalu sahaja lupa untuk diamalkan. Begitu juga dengan ayat kursi, selalu sahaja lepas bagi salam terus baca doa dan cabut telekung, ayat kursi dan wirid semua terbang entah ke mana. Dan sungguh, Allah itu maha penyayang, dilihatNYA hambaNYA sudah semakin jauh, ditarikNYA kembali mendekat, diberikannya ujian supaya hamba itu sedar dan kembali mengamalkan amalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA. Benar, kita ini sebagai manusia, hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan, dan menyerah diri.


Saya harap, kalian yang membaca boleh tolong doakan saya, dan mari sama2 kita mengamalkan surah 3 kul dan ayat kursiy, semoga Allah melindungi kita dari kejahatan jin dan manusia. Macam mudah kan? surah 3 kul yang kita hafal sedari tadika dan ayat kursi yang selalu kita ulang baca waktu pendidikan islam suatu masa dulu. Namun, untuk istiqomah tu perlukan kesungguhan dan penghayatan. Selamat beramal.


p/s:

*Saya maafkan siapa pun yang dah buat kat saya macam tu, tapi pedih juga, sebab saya masih lagi manusia yang lemah iman dan kurang ilmu.


* Maaflah ye, mungkin entry ni entahapapapa sikit.

* Nanti saya post kan sambungan teslian 134.

Friday, April 15, 2011

Belasungkawa

Sudah sampai saatnya.....
~pic by google~




Assalamualaikum =)


Pagi tadi, saya dikejutkan dengan satu pengumuman dari masjid. Saya bersedia untuk mendengar pengumuman, suruh firdaus diam, dan berhenti mengadap laptop. Biasanya kalau pengumuman dari masjid, adalah untuk mengumumkan berlakunya kematian.
Tepat jangkaan saya, dan rupa-rupanya yang telah dijemput Allah pada pagi tadi ialah ustaz saya, Tn. Hj Harun. Oh tidak, bukan ustaz saya sebetulnya, tapi murabbi saya.



Dapat dikesan suara sebak ustaz mad yang mengumumkan pemergian sahabat dan juga rakan seperjuangannya itu. Bahkan saya pasti, siapa pun yang mengenali allahyarham, akan turut terasa kehilangannya. Semoga Allah mencucuri roh allahyarham.


Pengumuman pagi tadi, selain membawa kesedihan mendatangi hati, ia turut membawa ingatan saya kembali kepada beberapa tahun lampau, saat di mana saya menjadi anak murid allahyarham. Waktu darjah satu hingga darjah enam dulu, saya belajar di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Huda Jengka 16, pada sesi petang. Allahyarham merupakan guru besar sekolah waktu tu. Yang membuat saya kagum akannya dan murabbi yang lain, walaupun gaji sangatlah ciput, tetapi mereka tetap mendidik kami tanpa jemu dan sarat dengan kesabaran. Almaklumlah, kami nakalnya macam ungka, tenaga pengajarnya sangat sedikit, nak dibandingkan dengan student yang ramai dan comel.


Allahyarham seorang yang sangat baik, dan juga seorang murabbi yang kasih dan sabar akan kerenah anak2 murid. Ayah saya selalu, lepas balik solat jumaat, akan cakap " tadi waktu baca khutbah jumaat, khatib menangis".
Saya pun tanya " siapa yang baca khutbah, abah??"
Abah jawab "Ustaz Harun".


Tidak hairanlah macam mana allahyarham, yang juga imam masjid jengka 16, dengan gaji yang sedikit dan mungkin sahaja tidak setimpal jika diukur dengan keperluan duniawi, sanggup mengajar dan mendidik kami, anak2 felda yang tidak sedikit bilangannya, kerana itulah sebenarnya yang akan seorang insan lakukan, apabila menyedari hakikat hidup di dunia ini adalah untuk menyimpan bekal untuk dibawa ke akhirat sana, hingga kecintaan kepada dunia, dapat disingkir dari hati dan keikhlasan beliau mendidik terus-terusan meninggalkan bekas dalam hati anak-anak muridnya.


Bagi saya, jasa allahyarham tetap tidak akan luput, biarpun jasad sudah kembali menjadi tanah, biarpun telah terpisah dari dunia yang masih lagi kita punya.


Selepas ini, tiada lagi khutbah jumaat yang akan disampaikan oleh allahyarham, semalam merupakan khutbah jumaat terakhir yang allahyarham sampaikan, dan doanya usai solat semalam, panjang sekali, barangkali sudah dapat merasakan, bahawa sudah hampir tiba saatnya, dia dijemput Allah yang menjadi matlamatnya.



Allahyarham sudah tiada, namun ilmu yang disampaikannya akan tetap ada dan berkekalan, menjadi bekalan yang insyaAllah, tidak putus2 menemani dan mengurniakan syafaat kepadanya.



"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara : iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan."



Insaflah kita, bahawasanya harta, kuasa, semua tak boleh membantu apabila dah mati nanti. Yang tiga perkara tulah yang boleh kita harapkan, dan usahakan selagi masih hidup kat dunia ni.


Semoga Allah ta'ala mencucuri rahmat ke ats roh allahyarham, dan menghimpunkannya bersama orang2 mu'min dan para syuhada'..amiin.
Legasi perjuangan beliau mendidik anak bangsa, ingin sekali saya teruskan, walaupun mustahil untuk menjadi sehebat Allahyarham. Semoga Allah memberkati cita-cita ini.


Saya mohon kalian yang membaca untuk turut sama menyedekahkan doa dan al-fatihah untuk murabbi saya ini.

Al-fatihah....

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Tok Aki!!!




















Mesti korang pelik an, tetiba je gambar2 ni semua. Jangan salahkan saya. Saya pun tak tahu kenapa, semenjak dari mula2 lagi, memang tak boleh nak letak gambar kat tengah2 entri. Sya dah tukar setting pun, takleh gak. Siapa rasa baik hati nak tolong selesaikan masalah saya, meh la sini. Sebab tu kalau korang perasan, mana ada sangat post saya yang gambar kat tengah entri, satu je rasanya yang ada pun. Dah bermacam cara saya cuba, dan dah ramai orang saya tanya, semua tak boleh nak buat. Ok lah, malas nak bercerita panjang, lantaklah gambar tu duduk kat mana, yang penting korang dapat tengok, dan muka2 orang dalam tu juga tak bertukar jadi muka hantu dan sebagainya. Ok, sungguh tak lucu.


Sebenarnya, semalam kami satu keluarga kembangan pergi Kfc sambut Birthday Tok Aki tercinta.
Tok Aki ni ayah kepada mak saya. Biasa, kalau tahun2 sebelumnya, kalau celebrate harijadi tok aki atau tok timah (tok timah ni nenek, tapi panggil tok timah, sebab nama fatimah.)mesti saya takde sebab kat asrama, Tapi tahun ni punya dapat ikut! *Kak long, padan muka hang takde!! muahahahhahaaaaaaaaa.........




Saya rasa malam semalam macam agak kesian kat pengunjung kfc yang makan kat tingkat atas, sebab biasalah, budak2 bawah umur ramai, dah biasa cakap kuat2 macam kat rumah sendiri. Bila dah jumpa geng2 dia, lagilah hingar nya. Nak2 plak bila main benda sembur2 yang biasa orang sembur waktu party tu..Apakenama, tak tau, bila main benda tu, menjerit ah budak2 ni, semua orang pandang, dan saya cepat2 tahan nafas buat muka cool, dan paksa diri untuk berpura2 senyum. Nak marah kang, budak2 lagi, bukannya deme ni kira tengah orang ramai ke, apa ke, bantai je pergi melalak2.


Ok lah, korang tengok jelah gambar tu, walaupun tak cantik mana, sebab handset saya tak sehebat handset dan Dslr awak..sob..sob..
Tapi semua gambar lepas dah habis makan. Sebelum makan tak sempat ambil, sebab waktu tu terlupa yang handset i sebenarnya ada kamera (alasan bodoh, ye saya tau, padahal sebab tak sabar nak melahap sampai tak ingat dunia!)


Tengok jelah gambar tanpa caption tu ye, maaflah tak dapat den nak nolong.
Predictlah sendiri apa evennya.


Oh ya, gambar orang lain takpe tak kenal, tapi gambar birthday boy (err..boy??) a.k.a. tok aki, mestilah kena tau yang mana satu, kan???
Baiklah, tok aki yang pakai kopiah dengan baju kelabu, manakala tok timah adalah yang memakai baju kurung dan tudung biru. Mereke berdua ni, walaupun sudah berusia, tetapi masih cergas, dan hobinya suka memancing. Pantang hujung minggu, kalau tengok takde je kereta kat umah mereka ni, pergi mancing lah tu jawabnya. Tapi jangan pandang rendah, tok saya ni selalu masuk pertandingan memancing di kolam2 dan selalu menang, haritu pernah dapat hadiah motor lagi tau.. dan pernah dapat cash, then belanja anak cucu makan.. baik kan, tok saya ni?? hahahaa tok korang pandai mancing??
Kalau terserempak lepas ni, boleh lah say "Hai".
(^_^)



Jom nyanyi sama2!!

Allah selamatkan tok aki,
Allah selamatkan tok aki,
Allah selamatkan atuk dibah,
Allah selamatkan beliau..


Amaran: nyanyi dengan bersungguh2, ok!



Semoga tok aki dirahmati Allah selalu,
dan semoga apabila memancing, dapat ikan besau2, dan menang pertandingan, seterusnya meraikan kemenangan dengan membelanja cucu cucu makan,
Lepas ni, boleh lah pinjam mesin yang tok aki dapat tu!! ihik..ihik..










Saturday, April 9, 2011

Formspring!!!

Tadi, saya pergi blog Shidah.
Shidah ni kawan saya waktu sekolah TAHAP, sekarang belajar kat JUST, Jordan, ambil medic. Sangat terror add math, dan waktu Form 3, saya selalu tiru kerja math beliau. (kak long, hang jangan bagitau mama naa..:p)
Banyak nak cerita pasal shidah ni, tapi nanti-nantilah.
Suatu hari nanti, inshaAllah saya buat satu entri khas pasal dia.

Sebenarnya tadi, shidah ada papar formspring dia, saya pun pergilah situ, nak tanya soalan. Lepas tu, saya pun pergi sign up. Tak tahulah apa ke bengap, saya ingat sign up tu macam kita daftar biasa2, pastu boleh komen. Rupanya sign up tu maksudnya saya dah ada Formspring. Kelakar tak? kelakar tak? ok tak.

Jadinya, sebenarnya saya nak maklumkan bahawa saya dah terjebak dengan Formspring. Haa apa lagi, tanya lah apa yang korang nak tanya! Jangan tanya saya hukum hakam dan soalan berbaur lucah sudah. Babai!!

Nak tanya soalan meh sini meh :-)

HrhZ's Formspring

Wednesday, April 6, 2011

Episod 1- TESLian ~143~

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA Mekashih iluvislam.!




Tajuk macam geli. haha.

Tapi tak tahu nak letak tajuk apa lagi.

Here comes 'their' story.

A story of friendship..

Between two guys, who are searching their way..

Enjoy! =)



~TESLian-143~



“Ouch,Sakit dowh!”

“Haha..gurau sikit pun tak boleh.Jom!”

Mana??

“ABJ”.

“On you??”

“Set!.”

Ais bercampur jagung yang dah tinggal separuh tu ditenung lama.Tangan masih lagi still, dari tadi mengacau ais yang dah jadi air sepenuhnya tu. Bibir mengukir senyum tiba-tiba.

“Cepatlah Mir! Berapa lama lagi nak fikir? Dah jadi air jagung dah dalam mangkuk kau tu! Aku tanya pendapat kau ni, yang kau gi sengih-sengih tu apesal?”

Tangan menyudu ketulan jagung bercampur ais ke mulut.

“Bukan, tiba-tiba aku teringat waktu kau mula-mula masuk sini. Bukan main lagi alim nya. Aku yang tengok kau first time tu pun dah rasa macam..wah..salah masuk course ke apa kau ni. Dengan kopiah bagai lagi. Dengan kau punya mukadimah waktu perkenalkan diri masa MDS, memang aku rasa macam masuk UIA pulak pun ada. Nak suruh kau cakap dengan perempuan pun macam nak mintak kau bunuh diri. Alik2 sekarang, nak bercinta pulak? Mana terbang prinsip-prinsip yang kau pegang sungguh-sungguh dulu tu?” Air dihirup perlahan. Sudu dah selamat diletak ke tepi. Hirup dari mangkuk terus. Senang.

Abduh menarik nafas perlahan. Mangkuk kosong ditolak, diubah letak ke hujung meja. Memikir jawapan terbaik. Tepat kena batang hidung sungguh apa yang Amir cakap tu. Memang boleh tahan laser kawan yang seorang tu kadang-kadang.

Fikir....fikir...fikir...dan akhirnya...


“ Well, people change.” Jawapan terbaik. Selamat.

Amir sengih. “Jomlah, dah nak maghrib ni.”

“Eh, habis tu...Kau belum jawab lagi soalan aku!”

“Nanti aku jawab. Solat dulu. Cari ilham.”

“Macam-macam kau ni. Jap, Aku gi bayar dulu.”

Hmm..Amir menyilang tangan.Tubuh disandar ke tiang arked yang sudah uzur itu. Mata menjamah langit yang semakin gelap. Minda terasa berat memikir sahabat yang telah membimbing jiwanya kembali kepada DIA itu, yang telah membuat cara hidupnya berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.


Abduh....


*****************************************************************************************



Solat maghrib baru selesai. Amir duduk tegak bersandar ke tiang surau. Tangan memegang senaskhah al-quran poket. Matanya mencari-cari kelibat Abduh dalam hanya beberapa jemaah yang masih tinggal. Tak jumpa.

“Pojan, Im, ada Nampak Abduh tak?”

Mulut menyapa Fauzan dan Imran yang ingin melangkah keluar dari surau.

“Entah, tadi tak silap aku dia ada, solat sebelah aku. Lepas baca doa dia dah tak ada. Tak tau pergi mana.”

“Hmm.takpelah. Thanks.”

Mulut mengukir senyum seulas kepada Fauzan sebelum mata kembali dibawa ke helaian mushaf pemberian Abduh suatu ketika dulu.

Minda ligat mencerna perihal sahabat yang sudah semakin jauh dirasakan, biarpun hari-hari bertemu jasad.

“Again..”

Keluhan dibisik tanpa sedar.



*************************************************************************




Cadar kapas berwarna biru sudah siap dipasang. Kalau tak kerana mak yang beli, memang takkan dipakainya cadar yang sarat berbunga siap dengan tulisan ‘I Love You’ yang memang kalau orang tengok mesti ingat katil tu perempuan punya. Nasib bukan warna pink. Dahlah bilik ni pun baru bercat warna pink. Haru!

Barang-barang dah 80% siap di unpack. Tinggal lagi baju-baju belum dihumban ke dalam locker. Katil atas dijeling sekilas. Student yang juga bakal merangkap teman sebilik masih belum sampai lagi. Katil atas masih kosong. Pintu bilik air ditolak. Kepala dijenguh ke dalam.

“Just nice. Walaupun tak besar mana, tapi at least tak perlu nak kongsi ramai-ramai dan paling penting, tak payah susah-susah keluar bilik kalau aku nak melabur tengah-tengah malam. Test dulu lah. Sorry my roommate, aku rasmi dulu bilik air baru tile ni.”

Perut terasa memulas. Inilah bahananya bila makan tak ingat dunia. Semalam abah bawa sekeluarga pergi makan kat Tanjung Lumpur. ‘Ana ikan bakar petai’. Konon abah kata nak meraikan dia yang bakal tinggalkan keluarga semula setelah hampir setengah tahun habis sekolah menengah. Yelah, dia kan dah nak masuk UiTM. Lepas ni tak tahu bila pulak nak cuti nya. Tapi memang lawak, sebab bukan ke dia tinggal kat Kuantan je? Dekat IM je pulak tu. Hari-hari pun boleh balik. Saje je abah ni, nak buat dia rasa terharulah tu.

20 minit....

Flush ditarik Selesai sudah urusan perut. Mujur dia tak cirit birit. Kalau tak, maunya dia mencipta rekod pelajar cuti paling awal sebab kena ambil M.C.

“Eh??”

Mata menangkap kelibat seseorang sedang membetul-betulkan cadar di katil atas.

There he is.

Roommate baru?

Ataupun ayah kepada roommate baru?

Berseluar slack, kemeja berbelang kelabu, dan....kopiah?

Muka tak nampak. Muda ke? Tua ke? Tapi gayanya macam ayah orang. Kopiah apa semua lagi.

“Err..hai!”

Tangan dilap ke peha seluar. Teragak-agak rasa mulut nak dibuka. Nak panggil pak cik ke apa ni?

“Eh, assalamualaikum. Maaf, tak sedar kau dah keluar toilet.”

Muka diarah tepat menghadap Amir dengan kuntum senyum di bibir.

“Eh, takpe. Kau student jugak eh? Kira roommate lah kita lepas ni, kan?”

Kepala dah mentafsir bahawa ini bukan lah ayah mahupun abang kepada roommate baru yang dinanti dari tadi. Muka jelas-jelas menunjukkan bahawa lelaki ini muda lagi Sebaya, tapi dengan kopiah dan raut wajah menampakkannya lebih matang sedikit.

Inilah dia, teman sebilik yang bakal sama-sama berkongsi bilik kecil ini dengan dia sampai habis semester.

“InshaAllah, macam tu lah gayanya. Lama dah ke kau sampai?”

Tangan masih lagi menarik-nari tepi cadar. Lebihan cadar dibawa ke bawah tilam. Kemas. Itu yang didik ibu bapa nya sedari kecil.

“Lama tu taklah sangat, dalam sejam macam tu ada lah. Barang-barang apa semua aku dah siap kemas dah, tinggal baju aku je tak kemas lagi. Kau dari mana?”

Tangan mencapai kerusi plastik di meja belajar. Rasa penat pulak berdiri lama-lama.

“Aku dari Kuantan ni je. Permatang Badak. Engkau?”

“ Oh, sama lah kita, aku pun orang Kuantan jugak. Tinggal dekat IM.”

Mata menjeling sekilas cadar katil atas milik ‘roommate’ yang sting kemas dan cadar di katil bawah miliknya yang renyuk berkedut-kedut walaupun memang takde orang duduk dari tadi.

Gulp! Ini memang dapat yang 360 darjah berbeza dengan aku ni.

“Eh, Ya Allah, lupa pulak nak tanya nama. Kau nama apa ek?”

Dia yang sudah selesai memasang cadar, berdiri tegak di hadapan Amir. Tangan memegang sarung bantal pula.

“Ha’ah. Macam-macam dah cakap, nama lupa nak tanya. Aku Amir, Mohd Amir Saifullah. Panggil je lah apa-apa kau nak panggil. Kau pulak?”

“Sedap nama kau.Indah maksudnya. Aku Muhammad Abduh bin Ibrahim. Panggil je Abduh.”

Amir menarik senyum. Muhammad Abduh? Macam pernah dengar dalam Sejarah dulu. Pejuang Reformis? Padanlah dengan orangnya..

“Amir?”

Abduh menghulur tangan, ingin berjabat.

“Eh, sorry. Tak perasan”.

Wah~siap bersalaman lagi ustaz ni.

“Hehe..aku pun lupa nak salam dengan kau waktu mula2 tadi.”

Abduh mencapai tangan Amir. Erat.

Mereka saling menghadiah senyum.

Dua tangan berjabat,

Satu persahabatan wujud dengan izin Allah...

Menghubungkan hati, memancarkan ukhuwwah.

Antara Muhammad Abduh, dan Amir Saifullah.




To be cont...




Nota kaki: feel free to suggest anything for 'upgrading' this story, and also just tell me if there's anything wrong :-)