Tuesday, May 31, 2011

Surat Bertinta Cinta Buat Junior2 UiTM Kuantan 2011/12. (Surat 2)

Yang bakal menghiasi hari adik-adik selepas ini :-)
~pics by google~



Salam sayang buat adik2 yang jauh di mata, tetapi dekat di hati. Biar jarak memisahkan kita, namun inshaAllah, ukhuwah yang terbina akan kekal terpatri.

*eh kak, pahal kau overr sangat?? =,=








Buat adik2 yang dimuliakan Allah,

Jika semalam akak berpesan mengenai solat, maka hari ini akak berhajat pula ingin beralih kepada hal2 lain yang juga penting. Hayatilah dan sematkan di dalam hati. Yang mana baik, ambillah, dan yang buruk, sisihkanlah.


Adik-adikku yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang, ingatlah, sesungguhnya tinggal di UiTM Kuantan sama ada Kampus Padang Lalang mahupun Kampus Bukit Sekilau, amat sangatlah menguji keimanan.


Jarak dari kampus ke mall terdekat adalah sangat menggalakkan adik2 untuk berkunjung lagi dan lagi tanpa berasa penat. Bayangkanlah, jika dalam satu hari, adik hanya mempunyai kelas selama lima jam sahaja. Maka selebihnya, sudah pastilah hati adik2 meronta2 ingin menjejak lantai pasaraya terkemuka berhawa dingin yang menyediakan perkhidmatan panggung wayang dan bowling.

Tambahan pula dengan keadaan pasaraya yang mempunyai begitu banyak kedai2 yang menjual pelbagai jenis outfit yang bak kata remaja zaman cyber ini "ommjayyyyy,,, syantekk tomeyy gilerr!!!!"
dan tidak ketinggalan juga beraneka jenis booth yang menjual perhiasan lain, dan buat adik2 kacak bergaya juga, mungkin dompet lusuh pemberian awek adik2 sempena ulangtahun kelahiran yang ke-17 digoncang oleh gahnya Al-Ikhsan dan Adidas Outlet, mahupun Dockers yang bertebaran di mana-mana.

Lantas, duit elaun yang sepatutnya kita gunakan untuk membiayai buku2 dan alat2 untuk pembelajaran juga akan habis kita laburkan untuk membuatkan pengusaha2 mall itu tersenyum senang, dan penjual popcorn di hadapan GSC turut tersengih riang.


Bersabarlah adik2, ujiannya memang sangat besar. Kita tidak diuji dengan kesempitan wang untuk menyambung pelajaran dan untuk mengisi perut, tetapi kita diuji dalam bentuk kesenangan, di mana begitu mudah untuk kita melaburkan masa dan wang ringgit ke arah perkara2 yang kurang berfaedah.

Maka di sinilah adik2, lagi sekali kita perlu berusaha sehabis mampu. Bukankah Allah itu tidak mendatangkan ujian, melainkan memang yang setimpal dengan kemampuan kita??

Jadi akak yakin, dan adik2 juga perlu yakin dengan sepenuh hati, bahawasanya adik2 akan mampu untuk menepis dugaan yang mendatang.
Adik2 mampu untuk mengusir bayangan GSC, Karok, Al-Ikhsan, Ladylike, ECM, Megamall, dan pelbagai lagi.

Apabila elaun sudah mula menyapa akaun bank adik2 nanti, perbanyakkanlah solat sunat, agar adik2 mampu meraih kekuatan untuk tetap teguh berada di kampus di saat rakan adik2 mula bertebaran menyusun langkah ke mall.

Jika adik2 ingin berjalan2 sekalipun, Taman Gelora dan pantai2 lain pun sedia menyambut adik2. Tidak perlulah adik2 selalu menyinggah ke mall, kerana khuatir akan kebarangkalian 'terbeli tanpa merancang'.

Berkunjunglah ke pantai2, sambil melihat keindahan ciptaan Allah dan bertasbih memujiNYA dengan jiwa hamba. Buat adik2 yang di kampus Padang Lalang, adik2 lebih bertuah kerana adik2 boleh berjoging ke Taman Gelora yang terletak tidak jauh dari kampus. Adik2 juga boleh membuat study group dan juga usrah dalam keadaan yang sangat aman, ditemani angin yang bertiup sepoi2 bahasa mengelus rambut adik2. Namun haruslah diingat, jika adik2 berkunjung ke pantaiTeluk Chempedak, jangn lupa menyorokkan makanan adik2 daripada pandangan kera2 yang terdapat di sana untuk mengelakkan tragedi (buat adik2 yang tidak faham, sila rujuk senior). Akak sayangkan adik2, dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi kepada adik2 saat berkunjung ke sana.


Buat adik2 akak yang comel di Bukit Sekilau, adik2 jangan risau. Untuk pengetahuan adik2, terdapat satu taman permainan yang terletak sangat dekat dengan tempat adik2, bahkan terdapat juga gerai menjual beraneka jenis makanan seperti goreng pisang, keropok dan kuih-muih tempatan. Selepas penat berjoging di sekitar taman permainan, adik2 bolehlah men'topup' balik lemak dengan mengunyah goreng pisang dan keropok sambil menyaksikan kanak-kanak bermain buaian dan jongkang-jongkit. Indah bukan??


Lebih baik daripada adik2 mengunjungi mall dan menghabiskan duit membeli stuff yang tidak sepatutnya. Dengan ini, inshaAllah di saat penghujung semester, di mana rakan2 lain sudah mengeluh kerana kehabisan wang, dan gerai2 makan juga dihujani dengan permintaan 'nasi koboi' kerana itu hidangan yang paling murah, adik2 pula tersenyum senang kerana adik2 masih mempunyai banyak wang dan dapat melangkah senang ke arked tanpa perasaan runsing. Juga dapat membayar duit untuk dinner akhir sem tanpa perlu berfikir dua tiga kali. Tak cukup dengan itu, adik2 juga dapat berbakti dengan meminjamkan duit kepada rakan2 yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.
Ingatlah adik-adikku, "khairunnas, anfa'uhum linnas", orang yang baik ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.



Adik-adikku yang dikasihi Allah,

Akak juga ingin mengingatkan adik2 supaya hidup dalam keadaan yang harmoni. Sepertimana yang adik2 sedia maklum, di UiTM Kuantan hanya terdapat dua jurusan, iaitu jurusan Undang-undang dan TESL.

Berkenal-kenallah sesama sendiri adik2, hiduplah seperti satu keluarga yang besar. Hiduplah seperti suami isteri. Mungkin LAW ialah ayah, dan TESL ialah emak. Ataupun TESL ialah suami, dan LAW ialah isteri. Oh, agak gatal bunyinya..hik..hik..
Akak cuma ingin adik2 dapat menghayati erti hidup saling menyayangi. Begitulah ibaratnya, supaya adik2 semua saling sayang-menyayangi, kasih mengasihi. Namun harus diingat, jangan pula terlebih 'kasih-sayang' antara siswa dan siswi, kelak padah yang menanti.

Adik2 sama2 hebat, tidak perlulah kiranya adik2 ingin membandingkan siapa yang lebih bijak, dan siapa yang lebih hebat. Setiap adik2 memiliki kehebatan dan kekurangan masing2.

Akak sangat yakin yang adik2 akan dapat bersahabat dan menuntut ilmu bersama-sama dengan hati yang riang gembira.


Adik-adikku yang cantik manis dan tampan bermaskulin,

Ketahuilah juga adik2, menuntut ilmu itu ada adab2nya yang tersendiri. Antaranya ialah menghormati guru atau pensyarah kita.

Adik-adikku, akak ingin berpesan, silalah hormati para pensyarah yang akan mengajar adik2. Bagi adik2 yang mengambil jurusan undang2, inshaAllah adik2 akan bertemu dengan Madam Shatrah, Madam Wan, Miss Azyan, Madam Roose, Madam Bai, Madam Aini, Sir Ikmal, Sir Farid, Sir Syahril, Miss Ju, dan lain2 lagi. Manakala, bagi adik2 TESL, adik2 akan disambut oleh wajah2 ceria Madam Nurma, Madam Jue, Madam Laily, Sir Naawi, Madam Rahmah, Madam Shima, dan lain-lain lagi.

Hormatilah mereka, adik2. Janganlah kiranya adik2 memanggil mereka denagn nama mereka sahaja. Selitkanlah sekali gelaran mereka seperti Miss atau Madam, mahupun Sir jika ingin memanggil atau membicarakan tentang diri mereka walaupun mereka tidak berada di hadapan kita ketika itu. Itu merupakan salah satu cara kita menunjukkan penghormatan kepada mereka yang telah berkongsi ilmu dan mengajar kita. Oh ya, tidak ketinggalan juga kaunselor yang comel lote dan masih bujang orangnya, iaitu Miss nurul.

Letakkanlah rasa hormat dan taat kepada mereka, selain menyelitkan nama mereka dalam doa adik2 saban waktu. InshaAllah, ilmu yang diterima akan lebih mudah meresap dalam kepala otak adik2, dan keberkatan juga akan menghiasi hari adik2. Mudahlah adik2 mendapat result yang heaven nanti.





Duhai adik-adikku yang berjiwa cekal, akak juga ingin mengingatkan adik2 yang akan menaiki bus berulang alik dari bukit sekilau ke padang lalang, supaya adik2 menanam sifat sabar di dalam diri, kerana kebarangkalian untuk adik2 menyumpah seranah sambil mengesat peluh di dahi sangatlah tinggi. Almaklumlah, jumlah pelajarnya ramai, tetapi bus cuma ada dua. Tetapi akak tak pastilah pula jika bilangan bus telah ditambah dan sistem pengangkutan telah dinaiktaraf, tetapi jika diikut pengalaman akak dahulu, mungkin sepuluh peratus dari hidup kita di UiTM akan dihabiskan untuk menunggu bas sampai dan juga bergerak.

Maka awal2 lagi akak ingin mengingatkan adik2 supaya banyakkan bersabar dan rancanglah aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sementara menunggu bas. Contohnya, adik2 boleh membawa al-quran tafsir kecil comel ataupun al-ma'thurat ataupun sebarang jenis buku menarik untuk dibaca sementara menunggu. Pedulikan apa orang kata, yang penting kita dapat manfaat, betul tak adik2??


Juga adik2, hormatilah staf2 yang bekerja, termasuklah pemandu bas, polis bantuan, dan juga makcik cleaner. Jangan sesekali berlaku biadap dan sombong kerana itu bukanlah sifat yang mulia. Sentiasalah melemparkan senyuman kepada mereka, dan memberi salam dengan penuh sopa. Namun buat adik2 siswi, jangan pula terlebih senyum sampai tak cukup bibir ataupun terlebih ramah dengan polis bantuan lelaki dan juga staf lelaki yang lain. Almaklumlah, adik2 ni kan cantik persis bidadari, nanti bimbang berlaku apa2 yang tidak diingini. Mintak jauh lah adik2 akak. Jadi, berpada-padalah, dan ingat, hormatilah dan tunjukkan rasa penghargaan walaupun dia seorang makcik cleaner. Siapa tahu, mungkin mak cik cleaner tersebut mempunyai anak lelaki yang kacak lagi beriman dan masih bujang?? ehem...


Buat adik2 yang sudah hampir juling mata membaca tulisan kakak yang sudah panjang berjela ini, akak ingin juga berpesan supaya rajin-rajinkanlah diri menyertai aktiviti yang boleh membawa kebaikan kepada adik. Pilihlah untuk menyertai apa sahaja aktiviti yang dirasakan bermanfaat pada hujung minggu berbanding memilih untuk terus berkelubung di dalam selimut atau bersiar-siar di mall sambil mencuci mata.


Percayalah pada akak, aktiviti2 yang dianjurkan sangat2 lah menarik. Waktu zaman akak dahulu, ada program yang diadakan di pantai2 dan ia sangat mengisi jiwa akak. Akak sungguh sangat menghargai saat2 di mana akak bersama rakan2 sekelab berdiskusi di tepi pantai, dan juga sama2 menyertai acara yang diadakan. Ada juga di antara rakan2 baik akak yang mendapat peluang pergi melihat penyu dan menurut mereka, melihat penyu itu seronok. Tidak teringinkah adik-adik??


Adik-adikku sayang,

Sudah lenguh rasanya jari jemari akak menulis baris demi baris. Dan akak juga rasa sudah muak adik2 menatap aksara yang akak lontarkan. Maka rasanya, lebih baik akak menoktahkan surat akak segera. Tambahan pula, azan Isya' sudahpun berkumandang melalui corong pembesar suara yang yang dipancarkan dari masjid berdekatan dengan rumah akak.

Adikku, sekali lagi akak ingin memohon ampun dan maaf jika terdaapatsebarang salah dan silap di dalam surat akak yang tak semenggah ini.

Ingatlah adik2 perjuangan menuntut ilmu itu memerlukan bukan sekadar buku dan wang ringgit, juga bukan sekadar baju yang cantik, dan shawl terbaru, juga kemeja berbau kedai untuk dipakai ketika menghadiri kelas, tetapi menuntut ilmu memerlukan kesabaran, keikhlasan, dan sekeping hati yang redha dan mengharapkan kerahmatan dan keberkatan daripada Allah.

Marilah kita perbetulkan niat adik-adik, ikhlaskanlah hati membuka Federal Constitution kerana Allah, ikhlaskan hati menatap College Reading kerana Allah. ikhlaskan hati menunggu bas dan berdiri terhuyung hayang di dalamnya kerana Allah, ikhlaskan hati stay up menyiapkan assignment kerana Allah, dan ikhlaskan hati melangkah masuk ke UiTM kerana Allah, walau apapun ujian yang mungkin dihadapi.

Pohon ampun dan maaf dari ayah bonda, ucapkan terima kasih untuk keizinan dan jerit perih mereka untuk membolehkan adik2 meneruskan pelajaran di universiti.

Ok lah adik-adik, dada akak sudah terasa sebak.

Semoga adik-adik berjaya di dunia akhirat, dan akak juga mohon adik2 doakan kakak dan abang adik2 ni, yang sekarang sedang menanti tawaran untuk dilamar oleh mana2 institusi pengajian tinggi buat menyambung ijazah kami.

Salam buat adik2 yang tersayang (^_^)

Semoga Allah memberkati.

Monday, May 30, 2011

Surat Bertinta Cinta Buat Junior2 UiTM Kuantan 2011/12. (Surat 1)

Salam sayang buat adik2 yang kukasihi.


*Untuk surat kali ini, biarlah saya membahasakan diri saya kakak, agar lebih dekat di hati adik2.
Korang yang kakak2 abang2 tak payah nak buat muka geli2. Jealous lah tu!

Walaupun akak tak pasti adakah ada walau seorang pun antara adik2 yang boleh tersesat masuk ke blog akak yang tak menggiurkan ini, dan membaca surat khas untuk adik ni, tetapi akak ingin tulis juga. Jika tidak sampai pun, setidaknya harapan dan pesanan akak ada terlakar di sini. Khas untuk kamu, adik2 junior Uitm Kuantan 2011/12 amnya, dan adik2 junior Asasi TESL khasnya. ;-)





Ke hadapan adikku yang nun jauh di serata pelosok Malaysia. Ada yang di Johor, ni Negeri Sembilan, di Terengganu, di Selangor, Di KL, di Pahang dan di lain2 tempat.
Oh, tidak lupa juga kepada yang tidak pulang dan menghabiskan masa2 berkualiti berjinak2 dengan bunyi2 dan udara segar dari bengkel buat yang berada di kampus Padang Lalang, dan yang sedang berulang-alik ke EC Mall ikut short cut hotel Zenith buat yang berada di Sekilau.

Walau di mana pun kalian berada, akak berharap adik2 sihat dan waras sahaja hendaknya.

Tujuan akak menulis surat ini buat adik2 tak lain tak bukan, adalah untuk menitipkan sedikit pesanan buat adik2. Didorong atas rasa sayang yang aneh sejak pertama kali melihat wajah suci adik2 yang kelelahan mengangkat luggage, beg guni bercorak kartun, baldi dan bantal busuk pada hari Sabtu bersamaan 21 hb Mei di UiTM Kampus Khazanah Alam yang lalu, hati akak sudah mula berdetik.

"Inilah mereka, yang bakal meneruskan legasi perjuangan untuk menadah ilmu di UiTM Kuantan. Inilah wajahnya, yang bakal menyumbang lagi kepada bertambahnya modal insan buat pemacu kegemilangan negara." Maka, surat ini akak titipkan, khas buat tatapan adik2.


Jangan mencebik dahulu, ini sungguh bukan satu mainan mahupun gurauan, tetapi ini memang betul2 datang dari lubuk hati akak yang paling dalam. Hayatilah adik2...


Adikku, pertama sekali, akak ingin berpesan kepada adik2 dan juga diri akak sendiri, supaya jagalah solat walau di mana pun kita berada.

Menjaga solat itu bukanlah semudah kita menjaga pakaian agar tidak renyuk ketika tidur menyorok di dalam kelas, mahupun semudah menjaga tempekan gincu di bibir dengan makan menggunakan sudu secara berhati2 dan membuka mulut luas2 tanpa meminggirkan nilai2 control ayu mahupun menjaga rambut agar 'still standing' sepanjang hari agar menjadi impian para gadis, tetapi menjaga solat itu sangatlah sukar dilakukan tanpa adanya kesungguhan yang jitu dan semangat yang membara.

Lebih2 lagi apabila kita sudah menjejakkan kaki ke universiti, di mana tiada lagi para pengawas dan konco2 ustaz yang sibuk ke hulu ke hilir mencatat nama adik2 jika tidak turun solat berjemaah di surau, dan juga tiada lagi rotan2 ustaz yang sebesar jari kelinking untuk menibai punggung adik2 jika terlepas solat di surau.

Juga untuk adik2 yang tidak tinggal di asrama ketika sekolah, tiada lagi suara ibu yang membebel sayang menyuruh adik2 solat dan tiada lagi kedengaran zikir2 selawat menandakan waktu solat hampir tiba melalui siaran Astro Oasis 106.

Ini universiti adik-adik, universiti!! What do you expect???

Duhai adik2, di sini, segalanya harus dilakukan sendiri. Kita bebas-sebebasnya. Bebas seperti camar yang terbang merentasi laut tanpa sempadan. Kita mahu solat atau tidak, tiada siapa yang ambil peduli, tiada siapa yang ambil kisah. Maka adik2, di sinilah cabaran bermula....

Adik2 yang dirahmati Allah....

Solat itu tinag agama, solat itu juga nadi hidup kita. Oleh hal yang demikian, (adik, ketahuilah sesungguhnya, apabila akak dalam keadaan super serius, akak akan terdorong untuk menggunakan bahasa baku sepenuhnya) akak ingin sangat berpesan supaya adik2 jangan mudah meremehkan solat. Biarpun kita penat baru pulang dari kelas dengan mengejar bas dan terpaksa pula berdiri di dalam bas dengan sebelah tangan mengelek buku tebal computer literacy dan sebelah tangan lagi terpaksa berpaut kemas di kerusi rakan2 lain yang sudah bergoyang mengalahkan kuda pony, namun gagahkanlah diri untuk terus bersolat setelah masuknya waktu solat.

Janganlah sesekali kita menangguhkan solat dan tidur apatah lagi buat adik2 comel TESL yang akan berpindah dan menghabiskan empat bulan di Lembaga Kebajikan, cabaran buat adik2 adalah lebih besar. Ketahuilah, keadaan di Lembaga, sesuai dengan namanya yang agak misteri dan menyeramkan, adalah sangat gelap dan sejuk. Sangat sesuai untuk dibuat tempat beradu dalam tempoh masa yang panjang tanpa berasa jemu.

Maka, kemungkinan untuk adik2 terlepas waktu solat ataupun solat pada minit2 terakhir dalam keadaan tergopoh gapah juga adalah sangat tinggi.

Jadi adik2, beringatlah kita masing2. Untuk berjaya, solat harus diutamakan. Tanpa solat, tiada bermaknalah perjalanan kita jauh beribu batu ke UiTM untuk menuntut ilmu.


Buat adik2 lelaki yang kacak bergaya juga, rajin2kan lah diri adik2 untuk menapak ke surau kastam yang jaraknya cuma sejengkal jari bayi dari pagar UiTM. Tidak keterlaluan jika akak katakan, adik2 tiada alasan jarak untuk tidak menyertai solat berjemaah setiap waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah ta'ala kepada lelaki2 muslim.

Jika adik2 terlewat habis kelas dan solat jemaah sudahpun selesai, adik2 tak perlu mengeluh bimbang sambil kaki mengubah laluan kke arked, tetapi ajaklah rakan2 sekelas adik2 untuk solat berjemaah dan selepas itu barulah adik2 boleh menapak ke gerai mak cik nor untuk pekena sepinggan dua nasi.

Adik-adikku yang bergelar lelaki beriman dan bakal menjadi imam muda kepada keluarga, dekatkanlah diri dengan surau@masjid. Sesungguhnya, cabaran di universiti ini sangatlah besar. Manakan tidak, hari2 adik2 akan berjumpa dengan wanita2 cantik bergaya dan mempersona. Almaklumlah, siswi2 UiTM ni tidak dinafikan ramai yang cantik2. Akak pun hairan mengapa. ehemm..
Tidak ketinggalan juga godaan yang datang dari sahabat adik2 sendiri yang mungkin secara tidak langsung dapat melalaikan adik2 seperti contoh bermain dota sehingga membiarkan 1//3 terakhir malam berlalu begitu sahaja, mahupun melatih stamina di gelanggang futsal sehingga terlepas waktu solat.

Jadi adik2, mujahadah itu perlu tinggi untuk melawan segala godaan dan fitnah dunia, maka dengan menjaga solat dan mempersiapkan diri dengan amalan2 sunat serta mendekatkan diri dengan masjid, semoga adik2 mampu menjadi mahasiswa yang bijak lagi beriman.

Adik2, ingin akak tekankan lagi sekali, bahawasanya solat itu sangatlah penting.
Melalui solat lah kita dapat meraih kekuatan dan memperoleh kejayaan dengan izin Allah, inshaAllah.

Akak sangat berharap adik2 dapat menanamkan tekad di dalam hati untuk menjaga solat walau dengan apa cara sekalipun, biar terpaksa mengorbankan harta dan nyawa!!!

Oh, maaflah adik2, akak teroverr pulak.

Rasanya, sampai di sini sahajalah surat akak untuk kali ini. Tapi adik2 jangan bimbang, untuk mengubat kerinduan adik2 esok akak akan mengutus surat lagi.

Terlalu banyak lagi yang ingin akak pesan. Hari ini akak baru berpesan tentang solat, tetapi sudah satu muka penuh.

Nanti akak akan sambung lagi dengan pesanan yang lain.

Akhir kalam, akak pohon maaf jika ada sebarang salah dalam titipan akak ini.
Akak akhiri pertemuan kita kali ini dengan serangkap pantun dua kerat,khas akak cipta setelah penat memerah otak, hanya buat adik2..


"Dua tiga kucing berlari,
Marilah kita pelihara solat"



Tata adik2..
semoga berjumpa lagi
(^_^)

Wednesday, May 25, 2011

Interview Ijazah Pendidikan

Salam guys.

Kesibukan yang menghambat menyebabkan saya lama tak update.

Saya baru balik interview di Kuantan dan lepas ni akan kembali meneruska perjuangan sebagai OC. Ok fine, mungkin beria dan overr bunyinya. \:

Minta maaf sangat2 pada kawan2 yang tak 'ter' reply mesejnya. Bukan apa, kalau dapat sms masa tengah buat sesuatu kerja, simpan dulu, konon nak balas sekejap lagi. Alik2 terlupa. Esok lusa bila check inbox balik baru teringat.

Itulah, kadang2 saya rasa orang yang takde pakwe ni memang langsung tak ambil cara sangat pasal phone. Yelah, kalau couple ni, mesti kejap2 nak check phone, kalau2 cik abag/ cik adik tanya 'dah makan ke belum' atau 'ayang tengah buat apa tu?' dan terus balas dengan bahagia, sekaligus menjadikan kita seorang yang sangat peka akan kehadiran sms dan panggilan telefon.

Maknanya kalau macam ni, demi untuk mengelakkan masalah mengabaikan telefon bimbit maka saya perlulah cari pakwe seorang, agar sepanjang masa saya sentiasa akan alert akan sebarang kesan getaran ataupun ringtone yang berbunyi. Betul tak? betul tak?


Cis, asal cakap je mula ah nak melalut masuk simpang sana simpang sini, kali ni terpaksa guna short cut straight to the point sebab tak punya banyak masa.

Pertama sekali, bagi pihak saya tadi, panel tu tanya banyak soalan yang tak spesifik sangat. Banyak lebih kepada pendapat sendiri.

Antara soalan yang ditanya kepada saya: (Depa guna bahasa inggeris tanya, tapi disebabkan saya mempunyai short term memory dan ingatan yang agak lemah, dah tak ingat ayat b.i. dia. Dalam bahasa ibunda kita macam nilah lebih kurang bunyiknya..)

1) Saya lihat awak aktif di sekolah menengah (dia tengok sijil2 yang kita bawak, jadi bawaklah apa2 sijil penyertaan korang waktu kat UiTM atau sekolah menengah. Yang tadika tak payah lah kot.) cuba awak ceritakan sedikit tentang penglibatan awak dalam aktiviti di sekolah.


2) Apa pendapat awak tentang sistem pembelajaran pada hari ini?

3) Apa pendapat awak mengenai seorang guru yang sebenar? Maksudnya lebih kurang macam apa yang seorang guru perlu jadi atau perlu lakukan lah.

4) Apa cadangan awak untuk meningkatkan tahap pendidikan.

5) Macam mana awak boleh suka dengan bahasa Inggeris.

6) Nama awak Nor Adibah, apakah maksud nama awak? (Nasib baik dari kecik saya selalu belek2 panduan nama anak2). Mujur jugak mak saya tak bubuh nama pelik2 panjang2, mampus ah nak explain macam tu.

Nor Adibah = knowledgeable person je saya jawab. Mudah bukan? Jadi, bubuhlah nama anak anda Nor Adibah, mudah-mudahan mudah urusan dia ingin menjawab jika ada penemuduga bertanya maksud nama dia.

7) Awak dapat a dalam b.a., apakah nama guru yang mengajar b.a. yang awak suka dengan caranya.

Ni saya jawab Ustaz Hairul Amizam. Kebetulan pulak panel tu cakap ustaz tu bekas student dia. Whatever lah, dan2 je saya cakap: " oh yeah, he is one of the teachers that teaches from the heart, and not from the book". (dengan harapan dapat extra mark sebab puji ex student beliau. Kalau ikut logik, kalau puji student, mesti cikgu rasa tempias sekali. )

Eh tapi memang betul, ustaz saya tu memang best. Korang kalau ada yang baca ni ex Smka TAHAP, mesti korang tahu kan..


Ada juga kawan saya yang ambil pendidikan khas ditanya soalan.

1) Dalam hidup ni dah baca berapa banyak buku?

2) Berapa banyak buku yang dah awak baca dalam bulan ini?

3) Apakah tajuk2 bukuyang awak dah baca adalam minggu ini

4) Cuba preview sikit tentang salah satu buku yang awak dah baca tu?

*Apa kaitan dengan pendidikan khas pun, saya tak faham. Tapi itulah, kena jawab dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan, jangan nampak sangat yang kita ni asyik 'menelaah' novel cintan cintun, ujang dan lawak kampus je.

Paling tidak readers digest atau nst mesti buat2 masuk dalam senarai.

Kalau sempat, belilah senaskhah nst or the star baca semuka dua pun dah cukup, mana tahu kalau dappat soalan macam ni, kita nak menjawab pun tak ada lah menipu. Kita memang ada baca, walaupun headline artikel yang ada gambar artis sahaja.

Ada juga yang kena mock teaching, tapi saya tak kena. Apapun, lebih baik prepare kan sahaja topik yang hendak diajar. Mana tahu kalau2 dia nak tengok kita mengajar.

Lagi satu, kalau panel tanya dallam b.i, lebih baik jawab dalam b.i., dan jika dalam b.m, lebih baik jawab dalam bm.

Panel takde tanya langsung tentang nama2 menteri dan pipp apa semua tu, tapi lebih baik prepare sahaja. Rambut sama hitam, soalan lain2.

Lain2, macam biasa lah. Duduk elok2, tak payah nak silang2 kaki. Biar ayu2 sikit gitu.

Jarak antara saya dengan panel tadi adalah dalam lebih kurang satu meter lebih. Agak jauh, jadi memang panel boleh nampak sepenuhnya tingkah kita. So kalau ada yang jenis suka goyang2 kaki macam tengah duduk atas mesin getaran yang shake2 dalam tv tu, cuba-cubalah atasi sekejap.

Seperti biasa, senyum paling anggun dan buat muka konfiden. Pedulikan kalau rasa kita bukan seorang yang kacak/cantik, yang penting senyummm.. Tapi jangan overr luas sangat. Berpada-pada.

Pakailah pakaian yang kemas dan yang selesa dengan kita. Tadi saya pakai kasut hitam tumit tinggi. Keletung-keletang bunyi dia. Gila rasa tak selesa. Rasa macam nak kaki ayam je di pertengahan jalan. Lain kali tak mau pakai dah!

Lagi satu, banyakkan berdoa, memohon pada Allah.
Kita ni manusia, mungkin waktu prepare tu dah ready dan confident gila2 dah., tapi macam2 boleh jadi bila dah masuk.
Ini bukan nak takutkan, tetapi agar kita sama2 sedar dan yakin bahawa kita berganrung harap pada Allah. Dia yang merencana hidup kita dari sekecil2 desahan nafas hinggalah sebesar2 perkataan yang akan kita keluarkan ketika menjawab soalan panel.

Selawat dan minta restu ayah bonda dan minta sahabat2 doakan kita.

Usaha itu milik kita, dan kita mampu berusaha sehabis baik. Natijah atau keputusan itu milik Allah s.w.t.

Setelah berusaha, maka kita bertawakkallah. Apapun yang menanti di hadapan, InshaAllah itulah yang terbaik buat kita.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menerima ketentuannya dengan hati yang penuh redha. dan ikhlas.

Saya harap kita sama2 dapat saling mendoakan.
Saya harap sahabat2 semua berjaya lakukan yang terbaik :-)

Untuk sahabat2 yang tidak dapat interview, jangan berputus asa. Seperti yang kamu biasa dengar, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Hayatinya, masukkan ia ke dalam hati. InshaAllah, redha dan bersyukur itu akan menenangkan jiwa dan perasaan.




ok. ma'annajah:-)

p/s: terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang mengirimkan salam kejayaan dan doa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti kalian.

Thursday, May 5, 2011

Sebab2 saya tak berapa berkenan dengan lelaki korea


~Ni pinjam dari google. What?? kenapa tak bubuh gambar artis korea?? owh, sowrey sikitt..uueewww






Sekarang ni tengah heboh pasai band m-pop dari Malaysia yang nak tiru k-pop dari korea nuh.
Alaa,, yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni, yang banyak gila kena kutuk dan orang anti kat depa ni. Kesian...Sebak pulak mengenangkan nasib mereka2 ini. isk...isk..


sruutttt..sruutttrr(sedut hingus)

Baiklah,, mungkin pada permulaan nampak macam nak turut serta kejohanan mengutuk m-pop ni, tapi sebenarnya tidak, saya bukan nak mengutuk diorang. Takde pekdahnya, cukuplah dosa yang dah bertimbun2 tak terpikul tu. Tak payah tambah2 nak mengata mengumpat bagai lagi. Dahlah tadi saya jenjalan 'ter'tengoklah pulak poster2 diorang tu, nampak pulak pusat sorang dua. dush! dosa lagi. Mujur tak berapa gojes, maka idok le rasa macam "owh sooo cuuteee" yang macam u all selalu jerit2kan bila nampak super junior n 2pm, ec..etc..Saya tak layan sangat ah korea ni. Jamal Abdillah dan Saleem lagi cool. =)


Tengah tengok2 komen membelasah kumpulan ni, tersedarlah saya bahawa ramai yang tak suka salah satu sebabnya adalah kerana mereka ni mungkin mendedahkan body yang langsung tak sesuai dengan budaya masyarakat kita, dan sudah pasti sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya mendedahkan aurat. Dan aurat lelaki kan dari pusat sampai ke lutut, ingat, DARI PUSAT KE LUTUT, bukan PUSAT DAN LUTUT SAHAJA. *Eh, habis tu artis lain??? ("^_^)

Lagi satu, mungkin sebab ramai gila yang suka gila dekat artis korea tu, sampai kalau ada yang cuba-cuba untuk menjadi seperti artis-artis pujaan mereka yang gojes tu, dia jadi macam satu rasa menyampah dan meluat. Alah, nak2 pulak kalau takde pakej yang serupa. Ibarat langit dengan bumi lah katakan! Jadi, kalau kita biasanya kan, kalau ada yang cuba meniru sesuatu yang kita suka sangat2, dan yang lebih parah lagi kalau tak berjaya mencapai standard perkara yang kita suka tu, mesti kita macam.................................................................urrghhhh!!!!


Cakap panjang2 tak guna, sebenarnya saya cuma nak bagitau, saya ni bukanlah peminat artis korea, dan bukan juga anti. Cuma, tak minat, maksudnya macam biasa2 je. Tak adalah sampai muntah keluar isi perut klau tengok depa ni, tapi macam sekadar boleh layan jelah kalau dah ada tayang kat tv, dan dah ada dalam laptop takde benda nak buat, bolehlah tengok. Inilah antara sebabnya. Tapi sebelum tu, kalau ada yang terbaca ni, salah seorang peminat artis korea, saya minta maaf banyak2, jangan terkecil hati atau tersinggung,ok.? Ini cuma pendapat peribadi saya. :-)






1) Saya tak suka lelaki yang buat aksi2 comel semata2 untuk menarik minat orang lain. Kalau buat kat budak2 nak menghiburkan mereka, dan buat pada bini nak pujuk merajuk, saya masih boleh terima. Ini, buat aksi comel macam cik pon, jangankan kata m-pop, k-pop ke, lolipop ke, eskrem pop ke, semua saya tak berkenan..yucks...

2)Suara diorang kebanyakannya bukannya boleh layan sangat, dok atas pentas sekadar menari je. Yang suara betul2 best boleh bilang dengan jari je.

3) Saya macam tak boleh terima sangat ah, kalau lelaki menari-nari macam sotong. Ya, memanglah gerakan diorang pantas dan cekap, tapi saya tetap tak suka. Cube bersilat ke, taekwando ke, barulah macho! Ini tidak, tergedik2 menari. Ingat comel sangat lah tu.

4) Saya rasa macam sesak nafas je tengok seluar sendat yang diorang pakai tu. Dengan selempang-selempang kain dekat leher tu. Kalau sebab sejuk takpe lagi, ini sebab fesyen. Wah, wah, wah, kemain lagi , terjerut leher tengah menari baru hang tau! kihkihkihkih..

5) Kalau dalam filem tu, konon ah romantik habesss.. Kot ye pun, beragak lah sikit, mana lah nak dicari lagi lelaki yang cukup serba serbi segala sifat baik di atas muka bumi ni? Kalau cerita korea, mesti ada punya. Tipu! Tipu! I tak boleh terima pembohongan sebesar ini!!! *emo T_T

6) Suka buat rambut kaler2. Ingat rambut hang tu bulu ayam apa???!!
Bulu ayam pun rasa terhina tengok korang punya rambut. Merajuk menangis depa malam2 mengenang style depa yang hang cilok. Copycat sungguh. huh!

7) Ramai yang buat plastic surgery nak buat body dan muka. Hek eleh, tak heran..tak heran.. kalau setakat hensem sebab bedah, saya lebih memilih yang hensem sebab wudhu'..ooppss!!




ok dah.

Sebelum terlebih memberi komen yang membina, maka baiklah saya berhenti. Nanti ada yang calar balar dan remuk redam hati membaca catatan songsang ni. Sorry, girls .. =)

Tapi sebelum saya berundur diri untuk sambung jenjalan melihat gambar-gambar m-pop sambil menutup mata dengan sebahagian jari kerana khuatir terlihat akan pusat mereka lagi dan lagi, maka eloklah rasanya saya bagitau anda semua, terutama yang sedang membuka kotak tisu kedua buat tujuan mengelap air mata mengenang abang2 jambu pujaan telah dikomeng dengan bernasnya, bahawasanya saya menulis semua ini bukan lah kerana saya benci pada mereka.

Bukan.. siapalah saya ini untuk sewenangnya membenci makhluk2 Allah ini. Setelah berfikir berkali-kali, baiklah.. mari saya buka rahsia.



Sebenarnya dahulu, saya pun minat juga akan depa semua stock2 sotong celup tepung ni, kiranya kalau ada artis yang saya suka tu, mesti mata melekat je pada dia. Jangankan kata nak mengalih siaran atau shut down laptop sebelum panas, nak mengalih pandang pun saya tak akan. Hendak ditinggal terasa sayang. Chewah!! melampau pulak kau ye..


Kefanatikan saya disemarakkan lagi dengan kehadiran penyokong kuat, iaitu kak long yang selalu ajak2 saya tengok rancangan korea dalam laptop beliau setiap kali pulang ke rumah, mama yang memperkenalkan saya pada rancangan bersiri korea jam 8.30 malam di 8tv, dan juga adik perempuan saya yang asyik mengalih siaran yang memaparkan cerita korea walaupun hakikatnya saya tidak mahu..oh!!! Akhirnya saya turut terjebak dengan tegarnya ke dalam kancah ini.

Zaman kegemilangan saya menyempatkan saya menonton 'Boys Over Flowers' sambil tersengih-sengih setiap kali menatap wajah Gun Jun Pyo, dan sempat pula saya pulun menghabiskan 'I'm Beautiful' sambil menjerit2 keseorangan di hadapan laptop apabila saat2 cemas,iaitu ketika identiti Go Mi Nam hampir terbongkar.

Saya terus dihanyutkan oleh kefanatikan kepada artis korea. Saya mengagumi kulit mereka yang putih mulus, hidung yang elok terletak, mata yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar memudahkan mereka melihat wajah kekasih hati pada waktu malam di bawah sinaran bulan, dan juga sifat romantik dan penyayang yang mereka pamerkan dalam cerita. [Cis, aku ditipu untuk ini!]


Alkisah pada suatu hari yang syahdu, di saat saya sedang menguap kebosanan, saya pun mencapailah sebuah buku yang bertajuk hadiah untuk muslimah, berkulit merah hati, tulisan seorang ustazah yang suka berbalas pantun lucu bersama suaminya di dalam rancangan semanis kura, iaitu ustazah siti noor bahyah mahmood.

Saya pun selak2 lah sikit, saya dah aim,ni kalau baca buku2 agama dan ilmiah, paling lama pun 5 minit boleh tahan. Sikit-sikit, mesti mata terkatup, dan buku pun perlahan-lahan menutupi muka serta akan disusun kembali di atas meja dan dibuka semula mungkin tahun yang akan datang. Tapi, kalau baca novel cintun, 5 jam pun mata masih terbuntang, dan buku setebal kamus LONGMAN itupun dirasakan hanya sekadar senipis katalog AVON. Eh, cepatnya dah habis dah rupanya baca!! ish..ish..


Saya pun tengok2 lah tajuk yang paling menarik minat, dengan harapan dan semangat waja membara agar ini dapat memancing minat saya untuk membaca lebih lama. 10 minit mungkin untuk cubaan kali pertama. Ustaz kata, biar sedikit,asalkan istiqomah..


Saya pun menyelak lembaran demi lembaran, membaca sepintas lalu, dan sampai pada satu mukasurat, saya berhenti pada tajuk, kalau tak silap saya, kewajipan wanita Islam. Yelah, yang saya ni dok mengaku muslimah, kalau kewajipan untuk wanita islam pun malas nak ambil tahu, tergagap-gagaplah nak jawab kat akhirat nanti. na'uzubillah.. ibarat macam kita nak masuk asasi TESL, nak bergelar seorang TESLian, kalau requirement pun kita tak tahu, tak boleh ah kan..


Saya pun dengan malasnya bacalah yang pertama.

Yang pertama...


Yang pertama....


Yang pertama ni biasanya memang sangat2 penting, sebab tulah dia dok atas sekali.


Dan yang pertamanya ialah


MEMELIHARA PANDANGAN MATANYA...

Beserta dengan dalil dari surah al-Nur ayat : 31

" Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya".



:p


('^_^)


:-(


zzzzzzzzzzz... (tertidur suda..)



So???


Saat itu sudah mula goyah, tetapi hati sendiri masih lagi ragu2 untuk meninggalkan abang-abang k-pop yang suka membuat aksi comel lagi mencuitkan hati.


Itulah manusia, Allah telah bagi petunjuk, tapi sendiri yang menolak, pusing ikut sana, pusing ikut sini, nak jugak benarkan apa yang salah..


Setelah difikir-fikir dan ditimbang dengan akal yang waras, maka melilaulah saya mencari lagi sumber di internet, sambil jenjalan meihat perkembangan k-pop.


Dan saya terserempak pula dengan ini..


Oh, malas baca? Takpe meh saya ringkas cerita:




Diriwayatkan, ada seorang sahabiah bernama Ummi salamah berkata: "Waktu kami, (iaitu ummi salmah dengan kawannya,) Maimunah ada kat sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba ada seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum masuk ke tempat kami. Ketika ini ayat hijab (ayat al-quran yang mewajibkan menutup aurat kecuali yang zahir) dah pun turun.
(seterusnya: layan dialog di bawah, senang sikit)

Rasulullah s.a.w. : "Berhijablah kamu daripadanya."

Ummi Salmah dan Maimunah : " Ya Rasulullah, bukankah dia buta yang tidak melihat dan mengenal kepada kami?"

Rasulullah s.a.w. : "Apakah kamu buta? Tidakkah kamu melihat kepadanya?"



So???

Sudah jelas trang tang tang apa yang telah Allah perintahkan buat kita, para muslimin dan muslimat.

Saya pun 'slow' kan langkah jenjalan melihat abang-abang k-pop. Serius, memang bukan mudah.
Dalam hati mesti ada juga yang bentak. "Alah, setakat tengok je pun, bukannya boleh dapat."

Ya, memang takkan dapat mereka, tapi dapat dosa bertimbun-timbun. Memandang yang bukan muhrim dengan nafsu hari-hari, alamatnya jadi hati masak kicap lah hati kita yang kecik ni. Hitam legam. Mana tidaknya, berapa banyak dosa rasanya yang telah kita calit-calitkan dalam diri setiap kali memandang wajah mereka sambil berdetik "owh, handsomenya..!!!"
ataupun, "Ya Allah, bapak ah hebatnya dia menari, aww~ tergoda dan tertawan aku~dahlah kacak bergaya dan mempunyai 6 packs!!!"..

Sedikit-sedikit dicalit, lama-lama menjadi lautan.

Bayangkan kalau setiap hari kita merenung poster abang jambu, sambil hati memuji-muja keindahan rupanya, sambil ada rasa keinginan yang lain, agak-agaknya, cukupkah istighfar kita hari2 untuk menyucikan hati yang sudah kita kotori? Agaknya memadaikah solat taubat kita yang khusyuk-tak khusyuk sebab tersedar adik alih tv, eh,eh, kebetulan citer korea pulak..untuk kita buat menyirami jiwa yang sudah kering kontang oleh dosa dan maksiat saban hari?



Selama ini, saya pun rasa menjaga pandangan tu, macam berat ke arah kaum adam sahaja. Iyalah, mereka kan terpaksa menahan diri betul2 daripada melihat aurat perempuan yang sangat mudah kelihatan di mana-mana?
Dan kita selalu jugalah dengar, "Yang perempuan ramai yang mendedahkan aurat, tetapi yang lelaki kenalah pandai menjaga pandangan, jangan melihat sembarangan!"


Tetapi jarang kita dengar apabila melibatkan perempuan. Maka mungkin sebab itulah kita mengambil remeha akan suruhan Allah yang amat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup kita di dunia dan akhirat nanti.


Jika dengan memandang lelaki2 korea itu akan menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati, membuat kita eksaited terlebih, membuat kita rasa berkeinginan untuk berjumpa mereka, menyebabkan kita menjadi fanatik akan rancangan2 mereka sehingga mengabaikan solat dan bacaan al-quran dan al-ma'thurat kita, lebih baik jika kita cuba untuk jarak-jarakkan, tinggal-tinggalkan.


Lihat seperti perkara remeh, namun hakikatnya, besar kesannya dalam kehidupan kita.

Bagaimana hati yang kotor, mudah untuk diajak meraih khusyuk ketika solat?

Bagaimana hati yang kotor, mudah diajak untuk lancar membaca dan memahami al-Quran?

Bagaimana hati yang kotor, mudah diajak untu taat segala perintah Allah tanpa ragu walau sekelumit pun?

Bagaimana hati yang kotor, mudah diajak untuk menghadirkan ikhlas dalam sedekah yang dihulur?

Dan Bagaimana hati yang kotor, mudah diajak menadah ilmu, kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati2 gelap orang yang sering berbuat maksiat.

Astaghfirullah, hanya kepada Allah tempat kita memohon keampunan dan rahmat.

Saya juga masih lemah, masih juga bertatih, ayuh kita usaha sama2!!!

Lagipun, tak berbaloi ah, nak tukar lelaki jambu korea tu dengan nikmat kelazatan iman yang Allah janjikan buat kita kalau kita tinggalkan sesuatu kekufuran dan benci untuk buat balik benda tu.


Semoga berjaya kawan2!!! luv u muah!! :-)







ruangan bonus bulan ini:


EH, TAK RASA PELIK KE??


1) sekarang ni trend artis korea pakai seluar kecik pastu singkat sikit atas buku lali. Bermacam-macam kaler ada. Pink ada, hijau ada, kuning cair ada, kuning pekat pun ada. Ramai juga remaja yang ikut pakai sama. Tak silap, salah seorang pelajar A*a*em* F*an*a*ia pun ada pakai seluar macam ni dalam salah satu konsert. Stylo habis ah kononnya. Ikut peredaran fesyenlah katakn, fesyen artis korea pulak tu..hebat!

Tapi, kenapa kalau yang mengikut sunnah Rasulullah, pakai atas sedikit dari buku lali, ramai yang memandang slack? Especially untuk abang2..eh.. silap.. ahli2 tabligh yang memang suka ikut sunnah Rasulullah pakai atas paras buku lali. Takde ramai pulak yang nak mengikut. Korang (termasuk saya, ) tak rasa pelik ke?


2) Artis korea kan selalu lilit2 kain kat leher, yang ada macam2 jenis, ada yang hujung dibiarkan lepas jatuh berkibaran ditiup angin..aww~~ seksi~~ ada yang selempang-selempang berselerak di bahu, dan bermacam-macam lagilah gayanya. Ramai pulak tu sekarang ni yang mengikutnya. Ada satu pelajar A*ad*mi Fant*si* ni pun pernah pakai (maafkan aku wahai pelajar, asyik kau je yang kena. nak buat macam mana, lagipun saya tak letak nama kau siapa. jangan nangis tau.terima jelah..)

Tapi, kenapa sunnah Rasulullah yang lilit serban tu, tak ramai pulak yang nak ikut, padahal kalau difikirkan, yang melilit serban tu akan kelihatan sepuluh juta kali ganda lagi best daripada yang lilit ikut korea tu. Nak2 pulak, bukan ke kalau ikut sunnah ni, akan ada nur yang tersendiri. Eh, korang (termasuk saya), tak rasa pelik ke??