Sunday, June 26, 2011

Lelaki berkopiah yang gatal...


Aduhai, comel sungguh adik2 ni..:) Tapi besar nanti jangan pulak jadi macam abang berkopiah gatal ye..ahaks!
~pics courtesy from google~




Assalamualaikumwarohmatullah...:)


Ini hari saya nak cerita satu pengalaman 'ngeri' yang saya alami waktu Form 1.

Ada satu hari tu, kalau tak silap dah nak dekat hujung2 tahun. Dulu tok aki saya ada satu kedai makan kat bandar pusat, tapi sekarang pakcik saya dah takeover, tok aki dah bersara, dan sekarang sibuk menghabiskan masa lapang pergi memancing ke sana sini bersama isteri tersayang, iaitu tok timah. Dengar cerita semalam sweet couple berdua ni pergi pertandingan memancing. *menang ke tok?? kalau menang, bolehlah belanja cucu2 makan cikencopp!!!*


Ok, sambung cerita..


Satu hari tu, saya pergi ke kedai makan tok aki, lama jugak saya dok kat situ, waktu tu mama ngan abah pergi mana entah. Kiranya macam duduk situ sementara tunggu mama ngan abah jemputlah, tak ingat ah sebab apa. Waktu tu malam, saya pun nak lah makan malam, then saya duduk kat satu meja. Dekat meja sebelah saya tu, ada beberapa orang lelaki, muda lagi, dalam empat lima orang kalau tak silap.


Tengah2 enak menghirup sup, tiba2 ada salah seorang dari brader yang kat meja sebelah tu tegur. Lepas tu, saya buat tak layan ah kan, takkan nak tergedik2 say hi dan menapak ke meja diorang nak makan sekali. Tu lagi melampau. Ada lah dalam dua tiga kali dia tegur, tapi saya maintain, tak layan ah kan. Kamon ah, takkan nak layan.. Mama kata, kalau ada orang kacau macam tu, buat tak layan je, nanti lama2 dia senyaplah. Tak payah gedik nak layan, marah atau lawan cakap pun jangan, nanti takut orang dia berdendam dan buat bukan2.. oh no..naudzubillah.



Betul cakap mama, lepas tu diorang senyap je. Tapi tiba2 saya rasa ada benda macam serangga yang lalu kat muka saya. Saya pun macam tersentak lah kan, tapi saya ignore kan aje. Teruskan menyuap dengan tekun, namun tiba2 rasa macam ada benda kecik jatuh kat meja.Apabila diamati, rupanya itu adalah bunga kecil macam bunga straw tu, kira macam bunga hiasanlah, kat atas meja makan tu.Ada sorang brader meja sebelah pergi baling bunga2 kecik hiasan atas meja tu kat saya. Waktu tu saya dah bengang ah kan, tapi saya tetap tak pandang meja sebelah, malu la beb!


Tapi menggelegak juga lah waktu tu, takde moral ke kan, main baling2 bunga kat aku! Dahlah bunga tu tok aki aku beli dengan hasil titik peluh beliau, boleh pulak kau cabut2 pergi baling kat cucu beliau sendiri!. Agak-agak lah juga nak mengacau tu, jangan sampai baling2 bom. Ok keterlaluan, janganlah sampai baling2 barang kan.


Tapi saya pura2 cool lagi. Buat macam tiada apa yang berlaku. Konon macam tak sedar orang kat meja sebelah. Queen drama ah waktu tu, sehinggalah tiba2..plop!!!


Satu bunga yang dia baling tu masuk dalam mangkuk mi sup saya. Hoi ganti balik mi sup aku!!! Hadoi la..mujur dah nak habis makan. Saya pun bangun lah, tak perlu rasanya berlama2 di situ. Buat sakit hati sahaja.


Dah sudah makan tu, saya duduk pulak kat meja kaunter sambil buat kerja sekolah. Waktu tu tengah cuti dari asrama kalau tak silap. Waktu ni saya pun tengok lah meja yang mamat2 tu duduk. Ada salah seorang daripada mereka ni pakai kopiah, yang ala2 raihan tu.


Tengah2 saya ralit menulis, tiba2 ada seorang pekerja kedai makan tu, datang kat saya dan cakap ada orang yang dekat meja tu nak berkenalan, dan yang buat saya macam menyampah lebih sikit adalah, kata pekerja tu, yang pakai kopiah tu nak kenal. Serius waktu tu saya tak bajet atau rasa suka, tapi berganda2 rasa meluat.


Saya pesan dekat pekerja tu supaya jangan layan orang tu, dan kalau dia tanya apa2, jangan bagitau, dan kalau orang tu panggil lagi, pesan kat dia, bahawasanya saya ni kanak2 ribena lagi, baru umur tiga belas tahun! Ya saya faham, waktu tu muka saya memang tak gaya tiga belas tahun pun, macam dah besar. Nampak macam dah tua.. muwaaa..sedihnya.:( Sekarang ni pun sama je.. Bak kata budak sekolah rendah yang saya fasilitatorkan waktu english camp tu. "Muka cikgu macam dah ada anak"..isk..isk.. sedihnya... saya muda belia lagilah tau!


Lepas tu saya dah tak senang duduk dah, yang lelaki miang berkopiah tu pulak asyik pandang2. Bukan saya syok sendiri, tapi betul ni. Kamonlah, mesti kita perasan kan, kalau ada orang stare dekat kita. Power of instinct tu namanya. Lepas tu, pekerja tu datang lagi dekat saya, dia cakap, laki tu tanya pasal saya, dan dia cakap yang dia dah bagitau laki tu yang saya ni umur sebelas tahun..tapi laki tu cakap, takpe..bla..bla..bla...blaa.... (ni tak boleh dedahkan dia cakap apa, nanti korang muntah darah dengar, sebab bila saya cerita kat kak long apa yang dia cakap ni pun, kak long yang baru nak ready solat waktu tu tergelak guling2 atas sejadah)..


Dia ada bagi jugak sekeping kertas bertulisan jawi, cakap nak kenal..bla..bla.. then siap bagi nombor telefon lagi. Yang tak leh blah nye, nombor telefon siap boleh tulis dalam bahasa arab lagi tu.. fuiyoo.. hebat!!! ehmm,, encik ni dulu sekolah agama ek?? ustaz tak ajar ke macam mana kita sebagai seorang muslim patut behave dan jaga perangai ke wahai encik?


Lepas tu kertas tu saya bagi dekat tok aki. Tok aki rupanya kenal orang tu. Siapa entah tok bagitau, dah tak ingat.
Endingnya waktu dia nak bayar, dia pergilah dekat kaunter, then dia tengok buku saya.. Waktu tu seingat saya buku 40 hadith, then dia kata "oh, belajar dekat sekolah arab ek??"


Oh kamonlah encik, orang sini dah tak panggil ah sekolah arab, orang panggil sekolah agama lah.. Encik ni asal mana ek?? Perangai dah ah memalukan.. Tapi saya tak cakap lah kan, buat2 tak dengar je. Padahal waktu tu badan dah keras dingin dah, dan muka bukan main ketat lagi. Mujur saya bukan jenis muka jadi merah macam sesetengah orang tu kalau malu atau marah. Yelah, dah kulit tak cerah mana pun, takkan nampak nye kalau darah naik kemuka. Nasib baik, kalau tidak mesti waktu tu muka saya dah merah. Akhirnya dah habis bayar, lelaki berkopiah ala2 raihan tu pun pergi.. Fuhh, lega!


Waktu tu saya rasa down sangat, sebab tak sangka perangai lelaki tu huduh macam tu. Dah la pakai kopiah, buat malu je kan.. Sepatutnya dia behave, jaga sikit perangai tu, apatah lagi dia pakai kopiah, kan bukan satu kebiasaan orang pakai kopiah ni, jadi bila yang pakai kopiah, dia seakan2 telah meletakkan satu imej yang baik terhadap diri dia sendiri. Senang kata macam kalau orang tengok dia, orang akan macam anggap dia ok lah, sebab dia pakai kopiah. So, kalau dia buat macam ni, hancussss.Kawan2 dia yang lain rilek je.. Dia pulak yang beria2 nak berkenalan lah. Apalah.. buang karan sungguh.


Cuba korang fikir, waktu tu apakah persepsi yang mungkin akan timbul?


Mesti secara klise nya, kita akan cakap,
" harap je pakai kopiah, tapi perangai macam #&(**@@%%$$@@&&&!!!"


Sama juga yang macam kita nampak seorang perempuan ni, dia pakai tudung yang agak labuh. Molek je duduk kat perhentian bas. Tiba2 datang dua orang lelaki, tegur dia.

"Assalamualaikum!! tak jawab dosa, jawab mengade!." sambil sengih2.

Perempuan ni pun jawab. Selang dua tiga minit, dia dah sembang2 gelak2 dengan laki tu sambil duduk rapat2..So kalau kita lah kan tengok situasi ni, apa yang kita fikir? Mesti "harap je pakai tudung labuh macam ustazah, tapi perangai boleh tahan gedik jugak!".


So ni yang jadi timbul isu.. Alaa yang pakai tudung labuh, yang berkopiah ni bukannya baik sangat pun, bla..bla.. harap luar je macam tu, tapi akhlak rosak der.. bla..bla.. gatal..miang... galak.. gedik...bla..bla...


Jadi macam mana?

Maksudnya kalau kita dah molek pakai kopiah, kalau rasa nak buat jahat atau perangai tak molek sikit, kenalah cabut kopiah tu? macam tu kah?

Mungkin jugak kan, sebab at least, orang takkan point pada orang yang bawa imej agama ni gatallah, tak boleh percaya lah, dan yang sewaktu dengannya.

Tapi adakah itu tindakan yang paling bijak boleh diambil?

Kita ambil contoh, misalnya ada seorang perempuan ni tudung labuh, tapi disebabkan satu hari tu dia nak pergi karaoke dengan pakwe dia, maka dia pun fikir.." Eh, aku ni pakai tudung labuh, tapi kejap lagi aku ngan bie nak pergi karok. Baik aku tukar tudung, nanti orang fikir apa pulak pakai tudung labuh masuk karok. Tak boleh jadi ni.!"

Ok, pada satu point of view, mungkin tindakan perempuan itu bagus, niat dia supaya nanti tak adalah orang dok mengata orang tudung labuh dan menimbulkan fitnah.

Ataupun seorang pemuda ni, dia berwajah suci dan memakai kopiah, satu hari tu dia pergi ecmall. Tengah2 dia berjalan2 sambil usha2 muka amoi yang jaga booth shawl, beg, kasut kat situ, tiba2 dia ternampak seorang awek cun tahap tak hengat tengah dok sebar pamplet p1 Wimax. Dia pun plan nak masuk line memandangkan dia pun tak pernah ada awek. Jadi pemuda ni pun bercadang nak kacau2 dulu awek tu.. Yelah, biasanya dalam novel kan macam tu.. Sakat2 dulu, lepas tu si perempuan akan menyampah, then lama2 jadi suka.. Klise...

Tapi memandangkan lelaki ni pakai kopiah, so untuk memulakan langkah menyakat gadis tu, dia rasa tak patutlah kot kan, nak buat perangai macam tu. Nanti apa pulak kata orang kan..
So dia pun tanggal kopiah, lipat, letak dalam kocek seluar. Setel!


Tapi sekali lagi, adakah itu perkara terbaik yang perempuan bertudung labuh ataupun lelaki berkopiah ini boleh lakukan??


Mengapa tidak jadikan sahaja imej itu sebagai satu medium untuk menjaga diri sendiri. Maksud saya, untuk pelihara diri sendiri dari melakukan perkara2 yang tidak sewajarnya.

Kalau macam dua situasi di atas, saya kira mereka mempunyai 2 pilihan untuk menjaga imej 'berkopiah' dan 'bertudung labuh' itu.

Pilihan pertama: Yang macam mereka lakukan, cabut tudung labuh dan kopiah.
Pilihan kedua: Stay dengan tudung labuh dan kopiah, dan tinggalkan perbuatan yang tak patut tu.

See?? Kalau you all diberi hak untuk pilihkan tindakan untuk mereka, yang mana u all akan pilih? Mesti kebanyakan akan pilih yang kedua tu kan?

Jadi itulah yang saya nak highlightkan di sini. Sebenarnya, kita telah diberi pilihan yang sepatutnya. Tinggal kita sahaja nak memilih.

Kadang2, ada yang jadikan alasan masih belum mahu memakai tudung kerana saya ni bukannya baik sangat pun, nanti saya buat perangai tak senonoh, memalukan perempuan yang bertudung sahaja.

Ataupun, saya ni tak payahlah pakai2 kopiah bagai, nanti nak gig payah ahh..

Kenapa tak pakai sahaja, dan jadikan apa yang kita kenakan di badan tu sebagai satu benteng untuk kita lakukan perkara2 yang tak patut.

Contoh lagi lah, kalau kita pakai tudung labuh misalnya, kita pergi jalan2 dengan kawan2, Lepas tu rasa haus, beli coolblog segelas. Bila nak minum sambil berjalan, mungkin kita akan fikir. "Eh, takkanlah nak minum sambil berjalan kott.. Aku ni pakai tudung labuh". Ataupun teringin giler nak karok dengan member2, tapi disebabkan memikir tengah mengenakan tudung labuh atau kopiah, mesti akan rasa macam tak patut join." Yelah, even karaoke tu tidak salah pun, tapi menjurus kepada haram jika melalaikan. Apatah lagi mesti masyarakat akan pandang pelik.


Mungkin ada yang akan rasa perbuatan ni macam hipokrit, buat semua tu semata2 sebab nak jaga pandangan orang terhadap diri sendiri. Tapi sebenarnya inilah permulannya. Mula2 memang lakukan sebab pandangan manusia, tapi lama2 inshaAllah, pandangan Allah itu pula yang jadi matlamat. InshaAllah, perlahan-lahan ikhlas akan hadir.

Yang paling penting, kena tanamkan azam di dalam hati untuk sungguh2 sedaya upaya cuba untuk buat apa yang Allah suka, dan tinggalkan apa yang Allah tak suka.
Dengan harapan, melalui pemakaian yang mengikut sunnah dan garis panduan syariat tu akan menjuruskan kita untuk tidak mendekati maksiat.


Saya teringin nak quote kata2 seorang muslimat ni satu ketika dahulu.

" Selama hari ini, alhamdulillah, tudung ini yang menjaga saya. Dengan memakainya, saya lebih sedar siapa diri saya, kerana saya membawa imej seorang wanita muslim, maka saya harus mempamerkan sikap seorang muslim".


InshaAllah, jangan segan nak memakai kopiah atau tudung labuh di tempat awam. Ignore kan sahaja mereka yang memandang anda seperti melihat alien berkepala besar. Yang jadi peliknya sebab tak ramai yang buat.

Bukankah pakai kopiah tu sunnah kawan2?? tak semestinya kopiah, sunatnya ialah menutup kepala bagi lelaki. Kalau pakai serban pun orait jugak! Tapi asal nak pakai serban, biasanya ada kopiah juga kan kat dalam..hmm.. tak tau sangat ah pasal ni. Yang penting, jangan segan silu pulak nak pakai kopiah di public. Jangan dah molek pakai kopiah, lepas tu pergi usha awek sudah! Budak bawah umur lagilah jangan. Kena hukuman berganda-ganda nanti.


So panjang2 cerita sebenarnya asalnya nak cerita fasal lelaki berkopiah yang gatal tu aje. Tapi kalau dah cerita je, tak ada moral value, tak gunalah tulis dan baca panjang2.

So inilah dia kesimpulannya. Bagi muslimah2 comel lote di luar sana yang ada dah rasa2 nak labuh2kan tudung tu, just do it!! jangan tunggu lama-lama.
Biarpun mungkin terdetik yang diri masih belum cukup baik, belum cukup berilmu untuk mengenakan tudung yang labuh2 sikit, jangan matikan niat tu. Pakai sahaja. InshaAllah ada hikmah. Selangkah kita mendekati Allah, beribu langkah Allah mampir kepada kita.

Dan bagi lelaki2 yang segan silu lagi nak pakai kopiah tu, sudah2 lah malu tak bertempatnya. Just wear it! InshaAllah, kalian akan berasa kekuatan dan keindahan yang luar biasa, niatlah kerana Allah dan ingin mengikuti sunnah Rasulullah.

Tapi lagi sekali, ingat! Jangan pula pergi usha anak perempuan orang kat kedai makan.. Nanti kesian lelaki berkopiah lain dilabel gatal..:p


Ok bye!

p/s: Marilah kita sama2 berdoa agar lelaki berkopiah gatal tu sudah insaf..amiin..

Thursday, June 23, 2011

Ini produk baik punya!!!!!!!!!

~ihsan google~



Dalam minggu ni saya agak banyak 'ter'tengok rancangan2 TV yang berkualiti. Kalau kat rumah, saya jarang je tengok tv, lepak depan laptop dah jadi aktiviti utama mengalahkan melongo depan tv.

Tapi malam kelmarin lagi satu (maksud dia hari isnin, malam selasa). Alhamdulillah akhirnya Allah izin juga tengok Halaqah kat TV9. Selalu je miss banyak minggu nak tengok, sebab tak ingat. Saya ni bukan selalu sangat pun nak tengok halaqah, tapi sekarang ni tv9 tengah dok tayang semula episod2 Halaqah-Sentuhan kalbu. Tu yang nak tengok sangat tu!!! Nak tengok sangat!!! Mana boleh miss!!!


So dah barang baik, benda baik, mesti nak share2kan.. Tapi dah agak terlambat dah saya share ni, sebab rasanya dah tinggal satu dua episod je lagi nak habis. Tapi takpe ah, boleh cari kat youtube. InshaAllah ada banyak kat situ.


Kenapa saya kata program ni best? Pertamanya mestilah sebab ia ada unsur2 keagamaan, dalam sekalian lambakan program tv yang kurreennngg sedap sekarang ni, dalam banyak2 drama dan cerita merapu dan tiada motif, mestilah program2 macam ni sangat berharga.

Lagi satu, yang buat halaqah sentuhan kalbu ni istimewa sebab dia bukan macam halaqah yang biasa, ada 2, 3 panel dan bincang isu yang menjadi tajuk utama pada hari tersebut, tapi cuma ada seorang pengacara, seorang ilmuwan jemputan, dan seorang pakar motivasi,atau kebih tepat lagi, pakar 'muhasabah'.

Adalah spesifik tajuknya setiap minggu, dan tajuk baru2 ni adala "Pengurusan dunia" kalau tak silap. Ilmuwan jemputan adalah Dr. Danial Zainal Abidin.

Penghujung cerita tu, rasanya siapa yang tak menangis paling kurang setitis air mata jatuh tu memang hairan ah. Memang pelik. Sebab, memang kita akan menangis berserta keinsafan, inshaAllah kalau kita betul2 hayati.

Try lah ye, cari balik kat youtube dan tengok balik episod2 yang lalu. Rancangan ni tahun lepas lagi dah, tapi yang kali ni dia buat ulangan kalau tak silap. Atas permintaan ramai katanya. Memnag lah ramai, sebab memang berkualiti.


So, sama2lah kita kenalpasti mana rancangan yang memang patut kita tonton, dan juga yang tak berapa patut, dan juga yang langsung tidak patut. Nak lagi advance, buat jadual 3 kolum, dan kelaskan rancangan tv yang ada kepada 3 kategori terbabit. Ini pun kalau terlebih rajin lah kan. Then cuba recall berapa banyak kali dah kita tonton ketiga3 rancangan tersebut.. amacam? rasa2 yang kita dok selalu2 tengok tu masuk kategori mana ye??? heh...heh..heh..


Once again, tontonlah rancangan ni, inshaAllah, tak rugi korang.. bahkan beruntung berganda-ganda lagi! (^_^)

Wednesday, June 22, 2011

Meh sini nak mintak tolong sikit..

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh..

Kalau boleh kan, saya nak mintaklah tips sikit pada sesiapa yang sudi berkongsi, macam mana nak bagi minat sikit terhadap buku2 bahasa inggeris ni.

Tak payah aim tinggi2 untuk baca manuskrip atau buku litearature shakespeare, cukuplah sekadar buku2 cerita atau novel bahasa inggeris.

Saya ni masalahnya harap je pernah study Tesl, tapi nak membaca novel dalam bahasa inggeris tu, malasnya mintak ampun. Memang tak minat sungguh-sungguh, rasa hambar je.

Bukan saya tak minat b.i., saya minat, tapi nak membaca dalam bahasa tu yang saya tak berapa minat. Setakat ni yang saya ingat, buku yang pernah saya habiskan baca betul2 hanyalah dua buah, (tak termasuk buku wajib ketika sekolah menengah dan asasi) iaitu The Wizard Of Oz dengan The Kite Runner. The Lost Boy yang guna untuk Book Review waktu kelas Madam Jue pun dilangkau-langkau dengan separuh hati.

Dah tu macam mana..

Blog pun, kalau dalam bahasa inggeris tulisnya, terus menjunam semangat nak baca. Tapi kalau blog kawan2 saya seperti ain romeli, imran, atau liyana yang selalu tulis dalam bahasa inggeris, mujurlah juga saya gagah juga nak meneliti baris demi baris.

Memang dalam kamus hidup saya tak pernah terbit nama seperti J.K. Rowling, Dan Brown, Stephenie Meyer, dan macam-macam lagilah autor buku b.i.

Buku Harry Potter dan New Moon yang digilai ramai pun saya tak pernah buka.

Lain pulak halnya dengan buku Bahasa Melayu. Saya boleh menghabiskan masa sehari suntuk untuk mengadap timbunan karya kak su, Faisal Tehrani, allahyarham Usman Awang, Ramlee Awang Murshid, A.Fuadi dan lain-lain. Tak kiralah siapa penulisnya, asalkan ia berbahasa melayu, laju sahaja mata saya menangkap ayat demi ayat. Tapi tetap saja, adalah juga beberapa orang penulis yang saya minat sungguh2 karyanya.

Kadang2 saya terfikir, saya ni patut ambil sastera melayu sahaja patutnya. (Tapi layak ke masalahnya. Jadi sasterawan gila bolehlah..)

Dan bila nak beli buku bahasa Inggeris pun, saya jadi kedekut nak mampus. Padahal, pernah satu kali bookfair, mama bagi saya duit empat ratus nak beli buku. Lepas tu, semuanya saya beli buku B.M., takde satu pun buku bahasa inggeris..isk..isk..sedihnya...

Dah tu guanee nak pandai bahasa inggeris kalau baca pun jarang2?
Bila vocab nak bertambah?
Bilanya nak expert buat ayat?

Kadang2 kagum juga tengok awak2 semua baca novel bahasa inggeris sungguh2 dengan penuh minat.


Jadi, mintalah kalau ada tips2 nak bagi.
Kalau ada kot2 buku2 yang anda nak syorkan sebagai 'pembuka selera' untuk saya ni suka sikit membaca dalam bahasa inggeris.

Oh ya, selain buku, lagu bahasa inggeris pun saya tak berapa minat. Ada certain lagu je yang boleh layan. Mengapa oh mengapa..


Jadi kalau ada tu, minta sangat2 awak share lah tips dan tajuk buku yang best untuk dicuba tu dengan saya. Kalau segan silu nak komen guna nama sendiri, guna jelah anonymous je, saya dah enable. Saya harap sangat, semoga dengan cara ni, dapatlah buat saya ni terliur sikit dengan buku bahasa inggeris.


Jazakumullah khairan jazaa'.



notakaki: Teringat pada buku Jane Austen dan Kay Hooper yang dipinjam dari perpustakaan awam Jengka. Sampai sudah tak dibuka... Pinjam konon rajin membaca, padahal....T_T

Monday, June 20, 2011

Aku minta Nokia C3, namun Blackberry yang kudapat..

Salam buat sahabat2 yang tercinta...

Mesti korang ingat saya dapat phone baru kan bila tengok tajuk tu kan..kan.kan..

Bukan sebenarnya..Saya masih setia dengan yang lama. Buat apa yang baru, sedangkan yang lama masih bertakhta di hati..ecececece..(beriya kan bunyinya..)
Yang sudah beberapa kali mencium lantai dan pernah sekali jalan tar, dan ter'slide' secara automatiknya. Hebat bukan?


Meh sini, hari ni kita bukan nak cakap pasal phone, namun kita ingin bicara soal syukur.


Ya, syukur!


Macam bosan tajuk syukur?


Takpe, kita buat ia jadi menarik!!!!



Kita mulakan dengan satu status di FB:



" Betullah kan, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat, and when it comes to me myself, I
rasa macam kecewa sangat,
macam hari tu, I minta papa I Acer yang warna silver tu, tapi dia
bagi I Macbook Apple lah pulak,
then waktu I punya birthday kelmarin, I mintak MP3 sebab yang lama I tu dah rosak, tapi boleh pulak papa I bagi iPod nano.
Ish.. tak pernah nak ikut apa yang I nak..
Lepas tu, hari tu phone I rosak, so I nak lah Nokia c3 yang baru time tu sebab I suka QWERTY keypad, tapi papa I bagi I blackberry pulak.
Lepas tu, I punya PVP rosak, so sebab I ni memang gila game, I mintaklah juga yang baru untuk ganti yang rosak tu..But, you know what.. papa I pergi bagi PSP pulak kat I..
And I baru dapat lesen P, so I request lah Viva, tapi mama and papa rupanya dah pakat2 belikan I Porsche pulak.
I sedih la macam ni, apa yang I nak, mostly tak dapat..
Papa I ni sayang ke tak dekat I sebenarnya??
Papa selalu tak penuhi keinginan I. Sometimes I rasa dunia macam tak adil.
Tapi nak buat macam mana, terima jelah, kan..hmm...:-("



T_T


Apa perasaan korang bila ada kawan2 korang yang bikin status macam ni kat FB??
Apa yang bermain di fikiran korang kalau ada kawan2 datang mengadu kat korang tentang hidupnya yang ada 'masalah' keinginan yang selalu tidak dipenuhi macam ni??


Apa yang akan berlegar di hati korang apabila terjumpa makhluk yang pesyen macam ni??
Mesti kita akan pelik, pelik dan pelik + menyampah kan?
Manakan tidak, dia macam tak bersyukur sangat2, kan?
Kepala lutut dia papa dia tak sayang kat dia.


Yelah, memanglah apa yang Papa dia bagi tu, tak sama dengan apa yang dia minta, tapi apa yang papa dia bagi tu, jelas trang tang tang much better then apa yang dia minta, request tu..

Nak banding BB dengan C3??
Nak banding PSP dengan PVP??
Nak banding iPod nano dengan MP3??

Hey, ikut nilaian dunia, tentulah yang pertama tu lagi berhaga dan baik. Lagi mau sedih ka??


So, apa masalahnya budak ni kan? Sakit jiwa apa?

Dah tu boleh sedih2, touching2 pulak, claim papa dia tak sayang dia.. tak adil.. etc..etc..

Korang pernah jumpa tak orang dok buat perangai macam ni?



Pernah??



Saya pernah.




Banyak kali.




Dan kadang-kadang saya pun buat perangai yang sama..




Sebab bila Allah dah bagi sesuatu yang tentu-tentunya yang terbaik buat saya, kadang-kadang terbit perasaan untuk menidakkan atau lebih tepat lagi kurengg suka dengan apa yang Allah dah takdir tu. Padahal, DIA tahu yang terbaik.. dan apa yang Dia bagi tu, sudah terkandung hikmah yang banyak, itupun kalau kita berfikir sedalamnya untuk menggali hikmah tersebut.


Sama ah dengan kes budak mental yang tak puas hati dengan papa dia tu.


Disebabkan material2 yang disenaraikan tu adalah berbentuk keduniaan, dan kita boleh nampak dengan jelas ikut logik akal mana yang lebih berharga, so kita tahu sangat-sangat yang budak tu sangat beruntung sebenarnya walaupun papa dia tak dapat apa yang dia minta, sebab apa yang papa dan mama dia provide tu jaaauuuhhhh lebih baik dan berharga (Ikut nilai dunia lah..)

Tapi bagi pihak budak tu, dia still rasa tak syok dan susah nak terima apabila keinginan dia tak dipenuhi. Ini bukan beri betis nak peha, ini sudah beri peha, tak mahu, nak jugak mintak betis tak sudah2.....Faham tak?



Sama lah macam kita ni manusia, inshaAllah, apa yang Allah bagi tu memang yang dah terbaik buat kita, tapi disebabkan kita ni masih ada sifat sombong, perasan bagus dan tak bersangka baik dengan Allah, itulah.. jadi macam budak yang kat atas tu.

Kita kadang-kadang tak berpuas hati dengan apa yang Allah kurniakan.


"Kenapalah aku ni tak berapa nak cun, cantik, langsing, comel, kulit putih bersih bebas cela macam si yana Gaga (bukan nama sebenar) tu..hmm..."(sambil belek2 wajah di cermin)

Mungkin kita pernah terfikir macam ni..

Kenapalah kita tak macam tu..kenapalah kita tak macam ni...


Pernah tak kita terfikir, mungkin kalau kita ni cantik cun melecun atau kacak bergaya bermuka jambu, kita tak cukup kuat untuk menghaadapi godaan para jejaka dan gadis?

Mungkin kalau kita berwajah 'market' bak kata orang, kita akan selalu diusha-usha dan mula-mula mungkinlah kita boleh menepis godaan-godaan tersebut, tapi lama-lama? Kalau dah makin ramai? Yakin ke kita mampu nak melawan semua tu? Allah tahu segalanya, Allah tahu takat mana kemampuan hambanya, maka bersyukurlah kita. Mungkin dengan wajah yang sedang-sedang macam ni, Allah sedang memelihara kita daripada menjadi tatapan mata2 laser miang di luar sana. Mungkin dengan wajah yang sedang-sedang begini, Allah menjaga ketenteraman hati kita agar tidak terkocak dengan mana2 lelaki atau perempuan yang ingin hadir menghulurkan 'kasih sayang' plastik berdasarkan rupa semata-mata.

Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
Lagipun, kan beauty is in the eye of the beholder?? Pedulik apa orang cakap muka kita macam cekodok sekalipun..


Lagi satu, mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi macam ni:

"Kan bagus kalau aku kaya macam dia.. Mintak je apa pun, semua daddy dia bagi. Nak kereta dapat.. Latest phone semua dia sapu dulu. Melancong dah berapa kali dah tu, tak terkira banyaknya. Aku ni..naik kapal terbang pun tak pernah.. isk..isk..isk.."

Jadi? Yakin ke kalau kita kaya atau lebih berharta sikit, kita akan mampu untuk terus tunduk dalam tawadhu' kepada Allah, yakin ke kita ni dah cukup kebal untuk menahan hati daripada rasa riak, dan takabbur setiap kali ada yang terlopong mata melihat stuff kita yang branded, dan banglo yang megah berdiri?

Mungkin dengan menjadikan kita hidup dalam sederhana, Allah memelihara kita dari segala rasa yang tidak sepatutnya itu. Kita tidak akan berbangga dengan apa yang kita tidak punya, dan inshaAllah hati kita akan lebih tenang dan tenteram dengan hidup yang tidak bermegah-megah. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Itu perlu. Sangat perlu.

Bersyukur dalam erti kata yang sebenarnya, bukan sekadar "bersyukur jelah..", namun dalam hati masih terselit kekesalan dan kekecewaan, juga rasa dengki yang membara-bara terhadap mereka yang Allah kurniakan harta dunia yang lebih sedikit.



Senang cakap, namun sangat susah nak buat..

InshaAllah, sentiasa bersangka baik dengan Allah, apa yang DIA kurniakan, itulah yang terbaik buat kita.

Namun, jangan pula disalah tafsir. Bukanlah bermakna kita perlu berserah bulat2 tanpa usaha untuk menjadi lebih baik dengan alasan bersyukurlah dengan apa yang ada..

Berusahalah untuk menjadi orang kaya yang bertaqwa seperti para sahabat Rasulullah, tidak salah pun begitu.

Berusahalah menjaga diri mencantikkan wajah untuk tatapan suami tercinta, lagilah tidak salah, dan bukan juga dalam kategori tidak bersyukur.

Namun niatnya haruslah jelas, matlamatnya satu, iaitu Allah.

Keredhaan Allah, itu yang kita dambakan..

Oh ya, buat si cantik dan si kaya, jangan pula bersedih hati..
Jadilah si cantik yang bersyukur, dan si kaya yang bersyukur..(^_^)

Ingatlah, semua yang Allah kurniakan, hanyalah pinjaman semata-mata. Sampai masa, segala-galanya harus dikembalikan..

Wallahu'alam...

Monday, June 13, 2011

Lagu yang terlazat-inspirasi dari Kak Hajar Ali


Belilah yang Original. Jangan asyik nak download je kan..:-) Sekali-sekala belilah juga buat menyokong industri nasyid.





Itu hari saya pergi UiTM Kuantan, hajat hati saja nak ziarah kawan2 sahaja, tak berniat pun nak stay di sana. Tapi itulah, kita yang merancang, tapi Allah yang menentukan. Susah juga ya, bila kita disayangi ramai ni..ehem...perasan!! *mata ke siling, tangan ke lantai..


Apabila kroni2 kak wani zainal dan shikin sudah mengajak kita secara bersungguh-sungguh (kak long cakap, diorang saje je buat-buat ajak hang sebab nak jaga hati, padahal diorang tak nak pun, hang tu menyibuk je...Eleh, padahal kak long jealouslah tu, takde kawan baik macam ni!muahahaa), jadi serba salah juga.


Maka bermalamlah saya selama dua malam di sana. Dan terpaksalah juga menyusahkan sahabat2 tercinta nak menumpang bilik, pinjam baju cotton bunga2 kecil iza, baju kurung satin biru macam pengantin hanan, guna sabun hanan, guna syampu safi perisa kurma emm harumnya, guna ubat gigi waji, pinjam kain batik aini, guna iron, menyemak atas katil yang ada cadar kartun comel, dan sebagainya.. Mekasih semua!!>,<


Tapi hari ni kita bukan nak cerita pasal pengalaman dua hari setengah di UiTM dan join Islamic week kali kedua yang gilang gemilang, tapi hari ni, saya nak kongsi satu lagu yang cedap cangat!!!!wah, gedik cakap pelat =,=


Nak tau tak lagu apa?




Jeng jeng jeng!!!


(Teringat ada satu cerita melayu, tapi heroin dia indon, dia nak kejutkan mertua dengan suami dia, sebab first time dia masak sendiri. Bila nak buka penutup makanan tu, dia tak cakap jeng jeng jeng, tapi jadi "Eng Ing Eng!!" dengan nada dan rentak yang sama macam kita sebut jeng jeng jeng.. Klako hahahaha. Padahal rupanya yang dia masak tu ikan masin je...)



Lagunya ialah




RAPUH

BY

OPICK






Tajuk lagunya ialah Rapuh, nyanyian penyanyi tersohor Indonesia, Opick.
Dengar lagu ni pertama kali waktu cerekarama di TV3 kalau tak silap. Cerita sedih2, tapi tak ingat dah cerita apa. Ada pasang lagu ni. Tapi waktu tu dengar macam biasa je, sedap memang sedap, tapi waktu tu tak rasa nak bersungguh dengar lagi.

Tapi hari tu waktu dekat UiTM Kuantan, Siti Hajar Ali yang kakak dari KeyEll tu, dia ada masuk pertandingan nasyid, nyanyi lagu ni. Waktu mula2 dengar beliau pasang dekat phone, baru teringat macam pernah dengar, dan apabila didengar dan dihayati liriknya lagi sekali, baru sedar yang lagu ni memang best!!


Pada sayalah kan, sesebuah lagu tu boleh kita anggap best kalau ia menyampaikan mesej yang baik, apatah lagi kalau boleh menyebabkan kita ingat pada Allah, inshaAllah. Sebab tu saya nak share pandangan tentang lagu ni. Yelah, benda baaik2 kita kena kongsi-kongsi kan..
Eh, tapi suami yang baik macam mana pulak????....errrr.... T_T


Sekarang memang banyak lagu nasyid, tapi kena pandai2 pilih, tak boleh asyik nak tibai je dengar dan layaaann..
Ada juga lagu nasyid yang memuji wanita secara berlebihan, dan terlalu mengagungkan cinta sesama manusia, sampai kita boleh jadi asyik melayannya, dan mulalah terbayang wajah si A lah, si B lah, macam-macam lagi.

Kena pandai2 lah pilih. Pesanan untuk you all dan terutama diri saya sekali.

Lagu Opick kebanyakannya memang membawa mesej yang jelas tentang ketuhanan. Rentaknya pula banyak yang slow2 dan syahdu, bolehlah kalau kita nak style muzik buat muhasabah diri.

Try lah dengar. Cari sendiri ye..

Untuk yang nak mula berubah pun, sesuai juga amati lagu ni. Kita ni manusia, memang selalu sangatlah buat silap. Betul-betul RAPUH.


Mari banyakkan muhasabah diri. Berubahlah.
InshaAllah, tanda Allah sayang akan kita, ialah apabila DIA mengurniakan kita jalan dan kefahaman tentang agama.


Bila sudah terdetik untuk berubah, jagan toleh ke belakang lagi. Biarpun susah, biarpun perit, teruskan sahaja.

Biar merangkak, biar bertatih, asal jangan berhenti dan berputus asa biarpun sedetik. Kerana hidayah itu milik Allah, dan tiadalah kita mampu meneka, bila ia akan hadir lagi mengetuk pintu hati kita.

*Oh, terasa sebak pula tulis entri sambil dengar Rapuh..

Friday, June 3, 2011

Solat Dhuha : C'mon, Just Give It A Try!


Sujud sebentar di pagi hari macam encik ni :-)
~pic by google~





Ingat lagi, waktu sekolah dulu2, waktu rehat pukul 10.45, selalu aja kawan2 saya pergi solat sunat Dhuha di surau.

Saya ingat lagi, yang selalu perginya, kalau tak salah lah, si irfan, alim, mahfuz, nasri, anas, jimmy, afiq, afiq aiman, dan lain-lain lagi.

Kawan2 saya yang muslimat ni pun tak kalah hebatnya, ramai jugalah. Si nadrah, saripah, raiha, Hanan, Nadiah, Una, Minn, farzana, fadzlin, sarah, shahira ashikin, dan lain2 lagi. Kalau nak listkan, memang panjanglah. Kena buat satu post khas pulak untuk senaraikan, sebab depa ni memang rajin-rajin sungguh.

Waktu tu, kena pilih antara dua. Sama ada nak pilih pergi makan di kantin, ataupun pergi surau. Iyalah, rehat kan cuma 20 minit. Walaupun solat sunat tu boleh buat dua rakaat, tapi memang masa cukup2 sahaja. Almaklum perempuan, nak tanggal stokin, armguard, nak bersiap2 nak solat pun dah separuh masa pertama.Pulak tu, jarak antara surau dengan kelas bukan macam jarak uitm kuantan dengan surau kastam yang beberapa langkah itu aja. Paling2 pun sempat pergi koperasi jelah.. Beli kacang botak, makan dalam kelas..kehkeh..

Tapi kalau lelaki tu, cergas aja diorang.. Zusss..zass. siap! Boleh pergi kantin makan nasik lemak pak cik wan dengan hati yang riang gembira lalalalaaa~.


Itulah kan, kita biasa kalau di sekolah, senang je nak amal sesuatu, nak2 pula bila ramai rakan2 kita turut sama, dan rajin pula mereka mengajak kita.

Now, bila dah sendiri2 macam ni, dan hidup pula bukan dalam persekitaran yang macam dulu2, mulalah liat nak buat.

Tapi, itu semua tak boleh dijadikan alasan, dah besar gajah macam ni, sendiri mau fikir lah kan..Jangan bergantung pada keadaan atau orang lain. Kita mesti tetapkan pencapaian diri sendiri!

Jadi hari ni, jom lah kita sama2 pasangkan tekad nak usaha cuba buat solat sunat dhuha ni. Simple je step dia, tak perlu jadikan alasan tak reti dah lepas ni. Kalau dah pandai buat solat fardhu, maksudnya nak buat solat sunat dhuha ni tiada masalah!


Solat sunat dhuha ni, paling minima boleh buat dua rakaat. See? kan mudah..
Dua rakaat, gamaknya paling2 cepat, kalau tak sempat sangat, dalam lima minit je rasanya.

Lima minit tu kalau online, macam 5 saat je kan??hehe..

Tapi untuk yang tengah ada masa lapang melayan facebook aja kerjanya, why not try 4,6,8 sampailah 12 rakaat.

Boleh buat 2 rakaat satu salam. (Lepas dua rakaat, bagi salam, macam solat subuh), ataupun 4 rakaat satu salam (Lepas empat rakaat, bagi salam, macam solat zuhur)


Rakaat pertama, buat macam biasa. Lepas baca surah al-fatihah tu, bacalah surah as-Syams (Wasy Syamsi Wadhuhaha). Kalau tak ingat, check balik al-Quran mukasurat 595.
Then silalah rukuk dan sujud seperti biasa.

Untuk rakaat kedua, lepas baca surah Al-fatihah, bacalah pula surah Ad-Dhuhaa (Wadduhaa Wallaili iza sajaa). Sekali lagi, jika tak ingat, boleh selak balik kitab suci Al-Quran, mukasurat 596.


Tapi kalau rasa2 susah sangat nak ingat dua surah tu, bacalah surah apa2 pun yang kita hafal Tiada masalah.


See? Once again, mudah bukan? Takkanlah tak ada satu dua pun surah pendek yang kita hafal kan.. Baca je lah surah2 yang kita boleh ingat.


Lepas tu solat macam biasa, bagi salam macam biasa.

Lepas tu macam biasa lagi, berdoalah. Tadah tangan, dan memohon pada Allah dengan rasa kerdil.

Bacalah doa apa2 pun, tapi solat sunat dhuhaa ni pun, ada jugak doa yang disyorkan. Kalau boleh, baca lah yang ini.. Special sikit.

Ini maksud doa dia:


Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Nak yang bahasa arab dan maklumat lagi tentang solat sunat dhuhaa, boleh lawat blog akak ni.


Lepas tu, lipat sejadah, dan boleh teruskan aktiviti macam biasa.

Sekejap je kan. Tak akan rasa terbeban langsung lah nak buat, inshaAllah.

Tapi yelah, itu memang senang nak buat, tapi yang susahnya nak istiqamah. Macam mana pulak tu?

Cuba2 lah kita buat solat sunat ni, kita disiplinkan diri kita tiap2 hari. Dua rakaat pun cukuplah.
Percayalah, kalau kita buat straight tak tinggal-tinggal dalam empat lima hari, bila hari berikutnya kita tak buat, dah rasa macam lain dah. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap pada pagi kita.

Apa yang kita perlu buat sekarang ialah, cuba mulakan.

Bila dah mula, cuba teruskan.

Apabila dah teruskan, cuba kekalkan.

Apabila dah kekalkan, barulah kita cuba tingkatkan, ikut kemampuan dan kesesuaian kita.


Dan sebenarnya, untuk amalan2 sunat macam ni, kita kena yakin, semua ni datangnya dari Allah. Dah yang cipta kita yang ajaib dan luar biasa ni siapa?
Allah juga, kan..

Jadi sepatutnya kita yakin dengan sepenuhnya, Allah tahu dan faham kehendak dan kemampuan kita. Mestilah kita boleh buat punya!

Untuk kawan2 yang nak masuk sem baru juga, bolehlah start berjinak2 buat solat sunat ni. Biasa kalau mula2 ni, kita banyak azam2 baru. Nak dapat 4 rata lah, tak nak tangguh siapkan assignment lah, nak jadikan perpustakaan tempat paling kerap dijejak selain ECM dan mega lah, dan macam-macam lagilah.

Lagi satu, biasa nak masuk sesi baru ni, kita mesti semangat nak buat macam-macam kan. So, kalau kita boleh sediakan kemeja baru untuk sem baru, kalau kita boleh usaha dapatkan jean dan blouse baru untuk sem baru, kalau kita boleh berkejar ke mega dapatkan shawl terbaru untuk dipakai pada kelas pertama sem baru, kalau kita boleh bodek2 mak belikan laptop baru untuk sem baru, mengapa tidak kita cuba untuk mulakan sem baru amalan yang baru???
Solat dhuha..Come on dudes and babes, let's give it a try!!!

Jadi marilah kita sama2 buat solat sunat dhuha ni.

Banyak fadhilatnya pulak tu. Yang paling famous tentang solat sunat dhuha ni mestilah pasal rezeki, kan..

Tapi fadhilat dan ganjaran tu kita letak tepi dululah, walaupun kita ni (saya lah, anda tak kot) memang biasa buat sebab nak dapat balasan, kan.. Buat baik sebab nak dapat pahala, nak masuk syurga, buat solat sunat dhuhaa nak murah rezeki, dan sebagainya.

Tapinya itulah, untuk taraf iman yang masih nipis2 macam ni, semoga fadhilat dan ganjaran yang dijanjikan semua tu, dapat memangkin atau menggalakkan kita untuk mulakan amalan tu, tapi lama2, inshaAllah, perlahan-lahan ikhlas akan hadir.


Biarlah kita cuba buat sesuatu kerana Allah semata-mata, bukan kerana ganjaran atau reward yang biasa diidamkan.

InshaAllah, lepas ni kita sama2 boleh cuba, start2 balik bentang sejadah sebelum pergi pasar beli lauk, start2 balik dua rakaat sebelum sambung kelas, start2 balik ke surau kastam buat dhuha dua rakaat sebelum pergi arked lepas habis kelas jam sepuluh.

Pohonlah pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, agar membuka pintu hati kita, dan meminjamkan kita kekuatan untuk terus menghiasi hari2 kita dengan amalan2 sunat seumpama ini. :-)



Fa iza a'zamta, fatawakkal 'alallah, inshaAllah (^_^)

Thursday, June 2, 2011

Penting sangat ke perempuan ni pandai memasak????


Kalau makan pagi, tengah hari, petang dan malam perut kita boleh terima ini sahaja, barulah tak payah belajar memasak..
~pics by google~



Tajuk macam panasss nak membangkang je kan?


*tiba2 teringat kenangan bahas dulu2..Hai irfan n fadzlin!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Irfan dengar cerita aktif lagi berbahas dekat Seri Iskandar nuh.. Fadzlin pulak dah slow jugak.. adat ah, matrix, sibuk kan.


Tapi yang saya ni, apa ceritanya terbenam terus ke tanah.?? Fine, kalau dah nama malas tu, memang tak boleh nak kata apa dah kan.. Lagipun bukannya hebat tara mana pun, nak dibandingkan dengan mereka2 pembahas UiTM ni. Ehem.. Dah, dah, Lidah jiwa, jangan kembang sanggatt. ^^


Berbalik kepada persoalan tadi, Penting sangat ke perempuan ni pandai memasak? Penting sangat ke? Penting sangat ke haa??????!!!
*kekuatan emosi perlu diekspresikan agar pembaca turut menghayati.


Jawapan saya: MEMANG PENTING! MEMANG PENTING! MEMANG PENTING!


Meh kita usha sebab2 nya:

Tapi sebelum tu,! Mesti u all cebik mulut dan cakap "dah agak dah sebab ni" (dengan muka mengada) bila saya kata, perlunya pandai memasak ni untuk menambat hati suami dan anak2.


Ya, memang itu antara sebab yang paling utama, tapi bagi yang tak berkahwin dan tak ada anak2, apa pula yang mendorong untuk rasa penting pandai memasak ni?


1) Supaya senang jika kedai makan tutup.

Kalau hari raya, kedai makan mesti banyak tak buka, sebab tukang masak dia balik kampung masak rendang untuk anak cucu, lantas kalau kita tak pandai memasak, dan malas nak berkunjung ke rumah saudara mara nak makan rendang, nasi impit, ketupat, nak buat macam mana? Makan mister potato sambil tengok tv?? Berapa lama je boleh tahan? Sebab tu lah kena pandai masak. Senang cerita. Tak payah susah2 nak tipu diri sendiri anggap mister potato tu macam nasi paprik nyum2 nyum2 sambil menangis kelaparan.


2) Supaya dapat memastikan apa yang masuk ke dalam badan, diproses menjadi darah daging, dan mempengaruhi peribadi diri itu bersih dan suci.

Bak kata iklan tv ubat gigi m*'m*n, Halalan Thayyiba. (Gambar suami isteri senyum sambil pegang berus gigi yang bersalut ubat gigi m*'mi*). Ada jugak yang masak sendiri pun habat juga, tapi itu dah jadi masing2 punya tanggungjawablah, kan.


At least, kalau kita masak sendiri, kita boleh pastikan kuku kita pendek dan bersih, kita boleh pastikan rambut ditutup, kita boleh pastikan sayaur-mayur dibasuh bersih, bukan sekadar lalukan bawah air dan renjis2 sahaja. Kita boleh pastikan darah ayam dinyahkan beserta bulu2 dan segala sisa kumbahannya sekali. Kita boleh pastikan lalat tak tersalah anggap lauk pauk kita tu sebagai tandas awam percuma. Kita juga boleh memastikan kita basuh tangan bersih2 ikut tujuh langkah yang ada dalam tv guna sabun lifebuoy. Macam2 lagilah boleh kita lakukan untuk memastikan kebersihan kalau kita masak sendiri makanan kita.



Sebab tu kena pandai memasak, kalau tidak, macam mana nak masak sendiri, kan? Setakat masak maggi, tak masuk senarai lah cik adik oi!! Maggi tu banyak Monosodium Glutamate! (Mahu nampak hebat, harus guna nama panjang, walhal nama pendeknya adalah MSG)



3) Supaya kita dapat menggembirakan hati kaum keluarga dan sahabat handai.


Apa kaitan nya pandai masak dengan buat orang gembira?

Yelah, kalau kita pandai masak dan rajin memasak pulak tu, mesti mak kita senang hati, sebab tak adalah dia susah2 masak sengsorang. Tapi ini tips ah kan, kalau rasa malas nak tolong selalu, jangan tunjuk sangat kat mak yang kita ni pandai masak, barulah boleh tolong potong2 bawang dan sayur je.haha..ok jangan tiru, itu sifat yang tidak mulia.


Lagi satu, kalau kita pandai memasak makanan yang heaven2, senanglah kita nak buat jamuan kecil-kecilan, ajak sahabat handai datang rumah makan2. Tak payah nak upah caterer dah buat semua tu.


Dengan mendabik dadanya kita boleh buat dengan sendiri, dan menyaksikan mereka menikmati juadah kita dengan hati yang riang gembira. Apatah lagi, jika ada salah seorang yang menyertai jamuan itu adalah seorang makcik yang mempunyai anak bujang yang ada rupa imam muda. Sudah pasti hati kita meloncat2 apabila dia tanya."Siapa yang masak ni?"
Lantas kita pun yang sudah berada di awang-awangan dengan pura2 innocent menjawab.
"Emm, saya yang masak mak cik.." (Suara dilembut lunakkan sehingga Tahap 1)


Tapi mesti hati kita yang kembang mekar menguncup mati terus kalau mak cik yang kita sangka sudah berkira2 ingin membeli cincin platinum bersama setepak sirih nak dibawa ke rumah kita minggu hadapan itu membalas.

" Masin sangat ni, sambal ni pun macam tak pecah minyak lagi. Yang ini pulak dah macam nak hancur mak cik tengok. Kamu biar lama sangat dalam kuali ni. Puding karamel ni pun tak berapa menjadi.. Haa tu lagi satu.. asam pedas tu, macam tawar sangat je..bla..bla.. skilll hancus, main bedal je campak dalam periuk, pengat pisang macam bubur kacang,...bla..bla..sila perbaiki lagi. Kamu ni jarang masak eh??"


Muwaaaaaaaaaaaaa..kan sedih kalau macam tu?

Jadi, kita kenalah pandai masak, supaya yang menikmati masakan kita tu akan berasa gembira, sekaligus kita pun turut bahagia. Banyak tau pahalanya kalau kita ikhlas menjamu orang ni.


4) Supaya dapat merancang diet dengan baik.

Kalau kita masak sendiri, kita boleh merancang apa sahaja menu yang kita inginkan tanpa terikat dengan pilihan menu yang terhad.

Contohnya kalau kita nak dalam sehari tu, kita makan sup sayur dan isi ikan rebus sahaja. Ataupun, kita nak makan tengah hari dengan sedikit nasi, sayur campur dan sup ayam. Kalau kita masak sendiri, senanglah kita merancang apa yang kita mahukan. Tak perlu kita nak ulang alik masuk keluar 2,3 kedai kalau tak dapat apa yang kita inginkan.


Lagipun, kalau kita boleh masak sendiri, kita boleh had2 kan perasa yang tak sepatutnya. Selamat je makanan kita dari dijajah Ajinomoto. Kalau kita beli, biasanya memang dia letaklah ajinomoto dan perasa lain dalam masakan.


Lagi satu, misal kata lah kan, kita sedang dalam keadaan pantang makan, sama ada sebab chicken pox ke, masuk jawi ke, pantang baru lepas bersalin ke, kan mudah kita nak makan kalau pandai masak sendiri. Tapi biasanya kalau waktu2 macam ni, mak atau ahli keluarga kita yang lain yang tolong sediakan,kan..


Tapi in case lah, kalau tiada sesiapa di rumah, kan mudah kalau kita ada kebolehan memasak. Tak pernah pulak jumpa kat kedai makan menu khas untuk ibu bersalin dan untuk orang sakit. Takkan nak makan sawi rebus air masak je kot. Nak ah juga ayam kukus dengan lada hitam dan ikan kering masak asam kan..(resepi biasa ibu baru bersalin).



Itulah antara kepentingannya kita pandai/mahir memasak ni. Harus diingat, skill memasak ni bukannya boleh kita kuasai dalam masa beberapa jam menonton rancangan masak memasak bersama Chef Jo, ataupun dengan sekadar menekan remote ke siaran 703 Asian Food Channel sahaja, tetapi memasak ni perlukan latihan demi latihan, di samping tunjuk ajar dari orang yang berpengalaman.


So, get up girl! Sudah2 lah melepek depan Tv dan laptop tu, (eh, terasa =,=).
Pergi tolong mak atau mak mah(nama tipikal bagi orang gaji dalam drama melayu) memasak.
Usaha sikit2 inshaAllah, lama2 expert ah nanti.

Lagi satu, kalau lah kan, takdirnya ada jodoh kita di dunia ni, nanti2 lepas kahwin tak de lah pening2 kepala nak fikir pasal masak-memasak ni semua.

Nak2 pulak, lelaki zaman sekarang ni mengada, dia bukannya nak makan cupcake ke, agar2 ke, puding ke, yang mudah dan simple, bahkan cepat disediakan tu, tapi dia nak gulai lah, kari, masak lemak, asam pedas, tumis itu ini, pendek kata yang renyah2 dan cerewet nak sedia.

Lagi pula, makanan tu mesti nak yang mencakupi tujuh aspek dalam piramid makanan, ada karbohidrat, protein dan vitamin, barulah boleh membina keluarga yang sihat dan bebas penyakit. Yelah, kita tak naklah menjanda muda2 kan..isk..isk..

Jadi, kalau kita pandai memasak, barulah kita jadi riang gembira, dan keluarga pun akan bahagia aman sentosa. Besar tau impaknya kepandaian memasak ni!

Ayuh kita sama2, hadkan kehadiran di FB, dan kurangkan blogwalking dan gantikan dengan belajar menumis, mencabai, menggulai, mengkari, mengesup, mereneh di dapur!!!
Selamat berjaya!!!




p/s: Korang kenal tak mana jejaka yang boleh bertahan makan cupcake atau agar2 atau puding atau cekodok je? Ada? Nak nombor!! hehe....