Monday, September 5, 2011

Homesick...

Alolo ciannye die windu windu kat umah..
Tapi.. kalau budak2 takpe lagi, kalau yang dah besar panjang?
T_T

~pics courtesy from google~





Assalamualaikum.


Korang selalu tak bila dok asrama rasa macam sedih-sedih gitu.. Sayu dan pilu je bila teringat dekat rumah. Ah, senang cite homesick lah. 'Homesick' best sedikit bunyiknya,
berbanding 'sedih-teringat-rumah'. =(


Kalau saya, biasanya perasaan ini datang paling kuat sekali ialah apabila kita baru bangun dari tidur pada waktu pagi di asrama. Waktu Form 1 dulu, dalam pukul 4.45-5.00 dah bangun, Biasalah, Form One.. mesti bangun awal nak berebut paip. Asrama saya dulu asrama lama, dan adik-adik Form One 'dimanjakan' dengan diberi 'tandas khas', iaitu tandas dan bilik mandi+bilik basuh membasuh hanya untuk Form One sahaja, dan adik-adik Form One yang comel WAJIB menggunakan tandas dan mandi di situ sahaja, tandas lain adalah tidak digalakkan ye adik-adik..(senyum siniss).


Jadi apabila bangun awal, dengan diselimuti titisan embun pagi yang mendinginkan sehingga ke tulang hitam, kita akan mula rasa sayu semacam dan nak nangis, apatah lagi bila teringat muka mama dan abah di rumah, dan juga apabila fikir.."jika di rumah, sekarang ni tengah enak tidur lagi, bangun-bangun dah boleh mandi tanpa perlu berebut-berebut..isk..isk.."



Ingatkan apabila sudah habis Form 1, rasa sayu pilu itu akan hilang, tetapi rupanya tidak. Hati masih lagi selembut sutera apabila teringatkan rumah dan ahli-ahlinya. Lebih-lebih lagi bila kita lepas balik dari kampung hari Ahad, dan selepas bergembira makan bekal bersama kawan-kawan sambil bergosip pada sebelah petang, sebelah malamnya pula sudah berubah watak menjadi 'gadis sayu' apabila mula teringatkan rumah semula.



Dan drama pilu akan semakin menjadi-jadi apabila bangun tidur pada keesokan harinya. Celik mata sahaja, perkara pertama yang diingati adalah RUMAHKUUUU..



Dan dengan mata terkebil-kebil dan hati yang sayu, akan melangkah ke 'blue' (merupakan tempat mandi secara berjemaah, asrama lama jelah, asrama baru dah tak main dah mandi segerombolan macam ni.)



Dan segala simptom-simptom 'homesick' itupun berterusan hinggalah saya Form 5, tapi dah berkurangan lah. Kalau Form 1 hingga Form 2 hampir saban hari penyakit ini menyerang, tapi bila dah Form 5 dah jarang-jarang dah lah teringat sedih sedihnya. Agak-agak lah kan, dah besar panjang mengada-ngada lagi. Apatah lagi apabila sudah jadi senior, jadi haruslah tunjukkan contoh tauladan pada adik-adik bahawa tinggal di asrama itu seronok dan sangat meriangkan..



Kemudian apabila masuk asasi, perasaan ini akan bertandang juga sekali-sekala. Rindu barangkali..



Biasanya akan rasa begini apabila sudah mencecah sebulan++ tak menjejak 'tanah jengka' dan sama seperti di asrama, iaitu bila malam waktu baru lepas balik dari rumah. Sedih wooo rasa macam ni. Hanya yang merasai akan memahami. :(



Waktu ni kita akan rasa sedih, tetapi apabila malu dengan kawan-kawan yang tabah, kita akan cuba menyembunyikannya dengan buat lawak bodoh, mengusik mereka, dan pura-pura ralit dan khusyuk sangat online. Kononnya tough, padahal dalam hati sudah dilanda taufan katrina.



Dan kali ini, setelah berbulan-bulan menghenyak punggung di rumah, tiba masa untuk berangkat pergi lagi, demi satu tanggungjawab;Menuntut Ilmu.


Dan pada malam-malam terakhir di rumah ini, hati akan mula rapuh dan menjadi sebening salju lagi. Apabila hendak tidur, maka akan berbantalkan air mata setitis dua, (dah dewasa, boleh dikawal air matanya, supanya jangan berhambur banyak sangat untuk perkara remeh temeh macam ni.)

Dan apabila diingat-ingat kembali saat indah berada di rumah, maka rasa sayu akan menggigit hati. Jadi, langkah-langkah pemulihan harus diambil untuk mengelakkan kita menjadi pelajar yang cengeng dan tidak tabah.



1) Jangan terlalu memikirkan hal-hal yang tidak gembira. Kita, sebetulnya SAYA harus memikirkan hal yang positif untuk meninggalkan rumah demi menuntut ilmu. Saya perlu membayangkan kehidupan di kampus yang gembira, ditemani sahabat handai yang membahagiakan.

Sebab itulah, saya beli cadar berwarna kuning gambar anak lembu gemok makan rumput yang sangat comel, dan juga selipar dorm bergambar kepala kartun Pooh sebesar penumbuk yang cute dan bantal bunga-bunga ros kecil dengan harapan agar saya akan menempuh hari-hari yang ceria. Harap-haraplah..


2) Pasang niat: Lillahi ta'ala. (Kerana Allah ta'ala). Agar ada matlamat yang jelas untuk ke sana dan meninggalkan rumahku syurgaku untuk tujuan yang sangat berbaloi, bahkan wajib bagi kita untuk menuntut ilmu. Jadi, dengan matlamat yang jelas, kita akan kuatkan hati dan bulatkan tekad untuk terus bersemangat melangkah pergi dan menghadapi kehidupan yang baru di kampus. (Tetapi, rumah tetap nombor 1 kan...di dalam hati kita..('^_^) )


3) Jangan terlampau ikutkan hati. Harus lawan perasaan sedih dan sayu yang berlebih-lebihan. Kita kena kuat! Oleh itu, kita boleh sama-sama cuba amalkan doa ini agar hati kita jadi kuat, tidak resah gelisah dan dihindari dari sedih-sedih tak tentu pasal. :

"Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal hazan, wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'udzubika minal jubni wal bukhl, wa a'udzubika ghalabatiddaini wa qahrirrijaal.."

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sedih dan duka, dan aku berlindung padaMU dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padaMU dari sifat kikir dan penakut, dan aku berlindung padaMU dari beban hutang dan penindasan orang.


Doa ini juga merupakan salah satu dari himpunan do'a yang terdapat dalam al-ma'thurat dan elok juga kalau kita rajin, baca selalu. :)

.
Semoga selepas ini, sudah tidak sedih-sedih beria lagi apabila berada di kampus. Lemahnya hati kita apabila terlampau mudah digugat oleh hal yang remeh temeh.


Segannya pada Rasulullah dan para sahabat baginda yang sanggup tinggalkan rumah, keluarga, harta, dan segala-galanya demi berjuang untuk agama Allah.


Malunya apabila baru hendak pergi belajar yang jauhnya hanya 3 jam perjalanan dari rumah, sudah fikir macam-macam dan sedih sampai lencun bantal.


Sedih itu bagus, dan perlu juga sebagai tanda kasih kepada keluarga dan rumah tempat berlindung, tapi perlulah berpada-pada ya..


Ya, saya tahu! Tapi mengapa ya, hati saya masih sedih lagi..


Kamu semua, mohon doakan saya ya. Biar saya tidak sayu terlampau lagi, dan menjadi student yang berjaya dan cekal hati!


Untuk sahabat2 yang akan masuk u semula selepas berbulan-bulan di rumah, selamat kembali menggalas amanah. Semoga niat kita bersih untuk menuntut ilmu kerana DIA dan semoga dipermudah segala urusan kita. :)


Dan untuk sahabat2 UiTM Kuantan yang bakal menghadapi final tak lama lagi, semoga berjaya ya. Serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah, dan usaha perlu habis-habisan, disertai dengan doa yang tidak putus-putus, dan sekali-sekala lawan 'berat mata' untuk bangun tahajjud dan solat hajat juga. =)

Saturday, September 3, 2011

Cinta, kenapa memilih aku?





Malam ini, aku bertanya lagi pada cinta,
mengapa dia memilih hatiku,
untuk melabuhkan bahteranya,
Mengapa memilih hatiku,
untuk membuang lelahnya,
Mengapa memilih hatiku,
untuk mengisi kekosongannya,



Lantas cinta pun menjawab;
bukan hatimu seorang yang kulabuhkan bahteraku,
bukan hatimu seorang yang kupilih saat ini,
bukan hatimu seorang tempatku membuang lelahku,
bukan juga hatimu seorang yang mengisi kosongan aku,



Lalu aku pun hairan,
lantas ku bertanya lagi,



Duhai hati, lantas berikanlah aku jawapan!
Mengapa siksa ini menghimpit aku,
Jika mereka turut merasa,
mengapa bahagia sudi menyinggahi mereka,
mengapa tiada istilah durja dalam hari mereka?
Sebagaimana aku..




Duhai cinta,
kau membungkusku dengan derita,
dan hatiku ngilu bagai ditusuk sembilu.
Aku ingin berhenti mencinta,
namun di mana harusku raih mampu..



Maka hati menjawab lagi;

Pilumu itu kerana kau salah meletakkan cinta,
Sedihmu itu kerana kau damba cinta dia,
Gusarmu itu kerana kau tidak jujur menjaga hatimu demi cinta,
Sakitmu, pedihmu itu kerana kau tidak ikhlas sepenuhnya mencintai DIA!

Dan aku pun terkedu,
Lidahku kelu untuk bertanya lagi,
Aku bisu; alam juga membeku,
memberi ruang untukku berfikir.mungkin,

Lantas cecair bening perlahan-lahan,
memecah beku alam,
meluruti wajahku,
menitis terus dalam hatiku.


Dan akhiran,
Aku bersuara lagi;


Tuhanku, izinkan aku menjadi tetamuMU,
di sepertiga terakhir malamMU,
kerana aku ingin ikhlas mencintaiMU.






p/s : walaupun sajak/ puisi ni macam entah apa2 saja gayanya kan, tetapi saya menulisnya dengan sepenuh hati.(chewah, pandai2 saja claim macamlah tahu sepenuh hati itu setakat mana ;p) Itulah, kalau boleh dicerita, pasti saya akan kongsikan pada anda semua. Tapi, tak semua perkara dalam hidup boleh dicerita pada siapa-siapa sahaja. Ada yang perlu kita simpan kemas2 dalam hati. biarlah hanya antara kita dan DIA sahaja. :)

Semoga kita sama-sama dapat berusaha mengejar cinta DIA.

Dan cik Rasyidah Hanan a.k.a. ciksu Rozana, selepas ini, untuk awak pula ya, teruja punya pasal, sampai saya lupa nak ucap terima kasih.

Alang2, saya ekspresikan rasa penghargaan dengan buat satu post untuk awaklah..(wah, cakap macamlah blog ni famous satu dunia, dan awak perlu berbangga untuk mendapat satu entri khas kan..) Tapi, aci tak? (^_^)