Wednesday, April 25, 2012

Morib

Assalamualaikum.

Jumaat sampai Ahad hari tu kan, cuba teka aku buat apa? Dan di manakah aku berada? Dan apakah yang aku makan? dan,..dan...dan.. apakah yang aku experience?

Aku ingin bercerita lagi ni. Kalau sudah jemu, silakan tekan butang pangkah dan jangan membazirkan masa untuk membaca coretan aku ini. 

Kitorang, jpk kolej mawar yang anggun dan cute telah menyertai kem di Morib!

Waktu memula nak pergi, aku rasa berat sangat. Yelah, orang lain semua dok heret dan angkut beg segedabak besar bersama senyuman berhis bunga-bunga bahagia sebab nak balik kampung cuti mid sem. Sedang aku, mengangkut beg kiri dan kanan sebab nak pergi kem. Sedihnya rasa hatiku waktu tu, dan keinginan untuk membuat perkara nakal sudah mula berlegar2 di kepala. Sebab rasa berat nak pergi. Oh ya, harus diingat ya, rasa berat bukannya sebab berat badan aku bertambah, tetapi sebab aku malas sangat nak pergi. Kem kott.. waktu cuti .. nanti muka burn...!! negative me :(

Tapi aku pergi jugak. Alhamdulillah. Bila dah pergi, rasa malu pulak dengan diri sendiri. Mudah sangat buat assumption negatif awal2. Padahal, best je kem tersebut. Tak macam kem pun, rasa macam pergi honeymu.... eh, bukan.. rasa macam pergi bercuti di pusat peranginann sahaja.


Kitorang pergi naik bas sekolah kaler kuning, dan unfortunately, sepanjang perjalanan aku 'ter'tidur lah pulak. Tersengguk-sengguk macam burung belatuk.Sakit kepala aku terhantuk cermin berkali-kali. Alahai, aku rasa tak best, kenapalah mata aku ni tak boleh bertahan walau untuk sedetik cuma, aku kan sudah berhajat nak melihat panorama sepanjang perjalanan. Iya, walaupun selangor ni banyaknya hutan batu sahaja, tapi aku kan belum pernah jejak ke Morib dan lalu area sana, tapi aku tertidur pula. Sedar2 je, dah sampai pun..T_T

Pertama kali aku mendengar nama Morib, ialah waktu aku sekolah rendah.Bukan dengar, sebetulnya membaca nama Morib. Bagi aku namanya agak unik, dan pelik juga. Mula2 aku ingat Morib ni terletak dekat Indon. Aku ingat lagi, pertama kali aku baca nama Morib dalam buku siri 3 Penyiasat, yang ada Jalen kot kalau tak silap nama dia dan 2 orang kawan dia, sorang cina sorang india. Bukan main lagi serba satu. Satu Malaysia lah katakan..

Waktu sekolah rendah dulu, aku selalu pinjam buku macam tu di perpustakaan. Tapi aku lagi suka Siri Salma. Aku ingat lagi, hampir setiap hari aku pulang dari sekolah waktu tengah hari bukan dengan tangan kosong. Aku mesti bawak balik buku kecil tu untuk dibaca. Sampai je kat rumah, campak beg, tanggal stoking, basuh kaki, tanpa makan tengah hari aku terus baca satu buku tu sampai habis lepas tu tertidur. Heavennyaaa.. Sampai sekarang aku masih simpan lagi buku2 siri penyiasat yang ada aku beli dulu. Dan masih lagi suka baca berkali-kali.Ni kalau aku apply jadi pembantu detektif Conan, pasti permohonan aku diterima tanpa sebarang pertikaian. Hahah,, tak kelakar.Tak kelakar.



Fine, aku dah mula menyimpang dari laluan asal. Dibah, kalau berterusan macam ni, sampai esok pun entri ini tak akan terpublish,tau?


Baiklah, sesampainya kami di sana, kami pun terus check-in, kemas2 barang apa semua, solat asar, makan malam. Oh ya, seperkara lagi, untuk kali ni, aku telah dilantik sebagai Biro Makanan! Wah, 1st time kot jadi biro makanan. Tapi bukannya aku masak, aku check je. Makanan dah ada ke belum? Nanti kesian anak orang kebuluran.

Malam pertama tu, kitorang ada aktiviti ice breaking. Best gak modul dia. Yang paling best, apabila kitorang kena lukis gambar sendiri guna tangan kiri( bagi yang tulis guna tangan kanan) dan amazingly, lukisan aku agak cantik dan berseni. Jangan muntah dahulu, aku pon hampir tak percaya. Ajaib sungguh, nampaknya lepas ni, kalau aku nak lukis dengan cantik, aku kena guna tangan kiri. Jpk lain pun boleh tahan  cantik juga lukisannya. *jaga hati*.


Lepas tu, kertas tu di pass kan kepada setiap orang, dan kami duduk dalam bulatan. Setiap orang kena tuliskan satu perkara positif dan satu perkara negatif  yang mereka lihat pada pemilik lukisan tersebut. Nervousnya rasa. Tak sabar nak tahu apa yang orang  rasa pasal diri kita. At last, sampai jugak kertas tu ke tangan aku. Dan Alhamdulillah, banyak yang boleh aku muhasabah malam tu. Iyalah kan, ramai orang yang senang dan mudah memberikan pujian kepada kita, namun berapa ramai yang sanggup dan berani nak tegur kesalahan dan kelemahan kita untuk kita perbaiki? Even aku sendiri pun sebenarnya masih tak berapa berani lagi nak tegur orang, walaupun aku tahu dan sangat obvious yang dia perlu ditegur. Moga2 kekuatan dan keberanian tersebut akan bercambah dalam diri aku.



Esoknya kitorang ada LDK. Biasalah, buat kertas kerja, rangka program dan present. Bukan main lagi mega projek2 yang dirancang. Ala2 syarikat dah pulak. Ni puan Mona dan Puan Pengetua jadi juri nak evaluate. Memasing kreatif. Ada nak buat program bersama orang tua, program kebudayaan, program sambutan Flora dan fauna, Program sambutan 11 tahun Mawar, dan banyak lagi yang menarik.Tak sangka ya, sebenarnya apabila brainstorm sama2, terlalu banyak buah fikiran yang menarik dan cemerlang dapat dilahirkan. Sungguhlah...Kerja, apabila kita buat secara kolektif dan berjemaah, hasilnya itu memang ada 'lain'nya, ada berkat dan rahmatnya, inshaALLAH.

Lepas tu kitorang buat rakit, berakit, dan high rope n flying fox. Semua tu first experience untuk aku. Sebab tu, aku katakan kem ini mengajar aku banyak perkara baru, banyak impaknya terhadap diri aku. Terlalu banyak. Terutamanya waktu nak high rope. Ada satu perkara yang nak aku kongsi. Lagi sekali, aku rasa sangat kebesaran Allah, dan aku rasa Allah sangat dekat dengan aku. Ini hanya aku dan ayu yang tahu. Dan aku nak share juga, betapa hebat aturan dan rencana Allah. Bagi aku ia perkara yang sangat signifikan pada hidup, walaupun mungkin bagi orang lain, ianya biasa2 sahaja. Sama dengan kisah sewaktu aku sakit kaki hari tu, yang aku tulis aku nak sangat pergi PI dan ALLAH permudahlan jalan tu.

Apa yang berlaku ni lebih kuranglah juga. Aku bersaksi bahawa, ALLAH sangat berkuasa, Maha Hebat, Pengatur yang Terbaik dan Maha Segala-galanya. Waktu nak high rope tu, kan kita kena pakai alat keselamatan yang dipanggil 'abah-abah'. Hairannya nama dia, dahlah aku panggil ayah aku 'abah'. Tak tergamak rasa nak panggil benda tu dengan panggilan abah2, last2 aku panggil tali keselamatan tu sebagai daddy2. Aku rasa segan sangat nak pakai daddy2 tu, memandangkan trainer dia semunya lelaki. Yang akan mengawasi dari bawah. Aku dah mula cuak dah. Aku tak naik lagi awal2, sebab aku sedang berperang dengan perasaan sendiri, sama ada aku nak buat atau tak.

Ruginya kalau tak buat, sebab aku nak sangat experience benda tu, dan kalau aku tak buat high rope tu, secara automatik juga aku tak dapat buat flying fox, yang mana 2 perkara ni memang aku nak sangat buat, dah lama tau aku menyimpan hasrat dan cita2 ni. Seorang demi seorang kawan2 aku buat, ada yang cool, ada yang nervous sikit, ada yang nervous lebih sikit, ada jugak yang nervous banyak, dan aku.. masih lagi termanggu di bawah dengan ayu.

Satu demi satu kawan aku naik, dan aku terus lagi berharap dan berharap, berdoa dan terus berdoa untuk yang terbaik. Aku nak sangat naik, nak sangat merasai pengalaman tu walau cuma untuk sekali dalam hidup aku. Tapi pada masa yang sama, aku nak jaga juga, aku segan gila kot nak sarungkan daddy2 tu, sebab waktu tu ramai lelaki, dan ada sebahagian laluan high rope tu yang aku segan sangat nak buat. Ia terlalu menuntut kita untuk melangkah dengan terlalu panjang.Dan apabila dilihat dari bawah, aku rasa macam tak best pulak. Trainer dia semuanya lelaki. tak suka betullah, tapi iyalah, hal2 macam ni, memang biasa di'handle' oleh lelaki. Tak boleh nak kata apa dah kan..

Akhirnya hari merangkak senja. Disebabkan daddy2 tu tak banyak, kami kena bergilir2 tunggu turn untuk naik. Aku dan ayu terus menunggu. Bagi orang lain naik dahulu. Dan dalam hati aku terus terus berdoa minta Allah bagi yang terbaik untuk aku. And at the same time, sebenarnya aku nak sangat naik, dengan cara yang baik dan terpelihara. And yes, bila sampai turn aku dan ayu sebagai orang last, Alhamdulillah hari dah beransur gelap, dah nak dekat maghrib sangat dah pun. Trainer tu pulak tiba2 suruh aku dan ayu tak payah lalu laluan yang separuh dari mula, sebab masa dah suntuk. Alhamdulillah lagi dan lagi. Kami cuma perlu naik laluan yang dah nak sampai ke penghujung, yang biasa2 sahaja. Akhirnya, dapat juga kami merasai pengalaman buat dua perkara tersebut! Waktu tu hari pun dah gelap, orang ramai pun dah takde sangat, dan azan Maghrib pun mula berkumandang... dan selepas itu, Ayu katakan pada aku, "betullah dibah, semua ada hikmah..." . Sebab sebelum tu kitorang sedih sebab jadi orang last naik. Itulah.. orang lain tunggu turn, kitorang tak pergi, sebab sibuk main perang2 dengan pasukan perasaan sendiri.
Tapi ada hikmah sebenarnya kami jadi couple yang last sekali.

Dia pandang aku, dengan gigi berbracesnya. Tersenyum manis sekali.....dan aku pun turut mengukir senyum. senang, dan takjub... Allahuakbar.

Walaubagaimanapun, sebenarnya aku kagum dengan kawan2 yang berjaya habiskan lalu high rope tu. Memang kentallah uolls. Agaknya, ALLAH memang tahu aku tak mampu nak lalu semua tu, gamaknya kalau aku lalu, mau aku pengsan sebab nervous. Syabas kawan2. Hebat ah korang. Perempuan jiwa kental!


Lepas Maghrib, kami ber'bbq' pulak. Isya' berhenti solat sekejap, dan lepas tu, makan! Sepanjang kem kan, tak ada satu malam pun aku makan shake herbalife, dua malam kat sana aku bantai makan biasa je.hehe..Aku kan, biro makanan. Mestilah aku kena makan. Aku harus memastikan semua makanan itu selamat dimakan. Kononnya lah kan. Sarapan je aku still ambil shake.

Malam tu ada terlalu banyak makanan. Ada ayam, sosej, daging, ikan, nasi goreng, dan macam2 lagi. Berpinar mata aku tengok makanan penuh meja. Macam kenduri doa selamat. Tapi kesian ikan. Takde orang nak makan ikan sangat, ikan bergelimpangan sahaja dalam tray. Poor ikan..T_T. Lesson learnt. Lain kali nak bbq, pastikan dahulu sama ada sang pemakan suka makan ikan atau tidak, kalau tak, tak perlu tambah ikan dalam senarai pilihan. Kasihan ikan tak dimakan. Pelik kan, ramai orang tak suka makan ikan... Termasuklah aku sebenarnya. Kalau kat rumah sahaja, aku akan rasa ikan sedap. Dan ikan itu mestilah ikan yang bersaiz kecil atau sederhana. Kalau ikan besar, aku rasa 'lain macam' sahaja nak makan. Ngerinya...


Esoknya, pada hari terakhir, kami ada c treking, yelah kot tu nama dia. Aku pun tak berapa pasti. Meredah laluan berlumpur, lalu paya bakau. Mencabarnya. Waktu tu aku feeling2 askar lah pulak, padahal baru redah lumpur. Tapi kan, aku ada jatuh juga, habis baju dan tudung aku. Tapi best. Namun, bila dah lama2 berjalan dan banyak kali pula tergelincir, mulalah aku dan yang lain pun dah rasa tak sabar nak sampai. Jalan lagi dan lagi. Jauh juga ya, ataupun mungkin rasa jauh sebab dah penat menarik kaki dalam 'pelukan' lumpur yang berbau harum. Dan akhirnya... setelah penat berjalan dan muka rasa terbakar gila, sampai lah kami ke tepi laut.


Cantiknyaa Morib ni rupanya. Selama ni, aku tak pernah rasa teruja macam ni apabila lihat pantai. Banyak2 pantai yang aku pergi, tak pernah pulak aku rasa best. Aku kan tak suka pantai sangat, walaupun sebelum ini jenuh dah aku pura2 suka kepada pantai dengan harapan agar rasa suka dengan salah satu ciptaan ALLAH itu berkembang, tetap tak berjaya juga buat aku rasa teruja apabila sampai atau berkunjung ke mana2 pantai.

Tapi aneh kan, aku rasa laut di Morib tu macam indah sangat. Dan aku tak perlu paksa2 dan berpura-pura suka lagi pada indahnya laut, sebab aku dah benar2 terpesona dan terpikat dengan panorama dan kecantikannya. Subhanallah.

Lagi sekali, alangkah bagusnya kalau aku boleh pindahkan rakaman indah tu ke atas sekeping gambar yang cantik. Tapi jangan haraplah kan, kamera mahupun handphone pun aku tak bawa, dalam mimpilah nak tangkap gambar. Biarlah...Biarlah lautan yang indah di Morib itu aku rakamkan dalam ingatan sahaja, dan catatan kenangannya aku coretkan di sini. Tsk..

Lepas tu, kami pun balik n ready nak pulang. Aku balik naik kereta dengan Puan Akma, dan lagi sekali, aku mampu bertahan beberapa minit sahaja, sebelum mimpi menemaniku sehinggalah aku terjaga hanya setelah kereta melepasi plaza perabot seksyen 7. Padanlah aku selalu tak ingat jalan ke mana-mana.

Kesimpulannya, kem hari itu mengajar aku terlalu banyak perkara, dan menghadiahkan aku dengan begitu benyak pengalaman dan kemanisan ukhuwah yang tiada ternilai harganya. Aku sedar satu perkara. Aktivitinya mungkin sekadar aktiviti yang biasa, namun kerana aku ditemani oleh sahabat2 yang sangat dekat di hati, dan baik budi pekerti, segalanya jadi terlalu luar biasa. Luar biasa. Alhamdulillah.

Ukhuwah antara kami aku rasakan semakin erat, kasih sayang kian bercambah, dan aku akan berusaha lagi untuk cuba memahami setiap satu daripada kami. Yang membuat hidupku istimewa, bukanlah pada tempat2 yang aku pergi, dan material yang aku miliki, tetapi yang membuatku rasa terlalu istimewanya hidup ini, adalah kerana 'mereka' yang benar2 mengajar aku erti menghargai.. dan dihargai..

Sahabat, terima kasih atas saat2 manis yang kalian hadiahkan. Semoga Allah terus melimpahkan kasih sayang dalam kalangan kita, inshALLAH!


Dan kepada mama dan abah, selepas ini dibah tidak akan bermuram durja lagi kalau kita ingin menyinggah ke pantai, kerana sekarang ini, dibah sudah pandai menghargai, dan sedang belajar menghayati indahnya laut dan pantai... MasyaAllah.. =)





Sunday, April 8, 2012

Alhamdulillah: Sakit

Assalamualaikum.


Lamaaanyyaaaa aku tak update kat sini. Okay, bagi sesiapa yang rindu akan celotehku yang bingit, jangan bersedih, kerinduan anda terubat juga akhirnyaaa!! Suka tak? suka tak?

Baiklah, disebabkan terlalu banyak benda yang ingin diceritakan, jadi aku terpaksa menapis cerita yang betul2 penting sahaja untuk diceritakan di sini. Semoga ada manfaat, inshaAllah.

Pertamanya dan sebenarnya, semenjak dua menjak(tidaklah semenjak sangat sebenarnya, cerita ini dah bermenjak-menjak jugaklah, cuma sentiasa 'fresh dalam ingatan) ini, aku diuji dengan sakit yang bertimpa-timpa. Semoga sakit tu dapat menghapus dosa dan menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan cemerlang pada masa akan datang.. ecewah!! Tapi betullah kan, setiap yang ALLAH bagi kat kita tu, mesti ada hikmah. Cuma terpulang pada kita sama ada yang teliti baik2 atau tak.

Sama ada kita nak terus2 mengeluh, mengaduh, merengek or cuba untuk jadi kuat, sabar, gali dan gali hikmah di sebaliknya. Ni aku nak cerita lah ni, apakah dia sakit yang digembar gemburkan sangat. Tapi ni cerita bukan sebab nak mengadu ke apa, tapi ada nak share 'something' yang wonderful di sebalik sakit2 yang juga wonderful yang ALLAH bagi kat aku.

Pertamanya, aku sakit kaki. Ini bukan sakit kekejangan otot atau kaki terseliuh mahupun ketar lutut sebab nervous terlampau, tapi sakit kaki atau lebih tepat lagi sakit kuku kaki sebab ada drawer kayu jatuh menimpa atas kakiku. gedebukk!!! Tu diaaa... memang 'ummppphh' rasanya. Tapi memula tu cool je. Senyap je waktu drawer tu mendarat atas kaki. Sakit dia unexplainable. Sampai bila kena tu, tak bunyi sikit pun suara. Aku memang pesen gitu, kalau terkejut, dia jadi kelu nak bersuara. Biasa kan perempuan akan menjerit, tapi aku tak, aku bajet ayu TERLAMPAU, jadi apabila tengah sakit pun, harus terima dengan penuh keayuan, tak mainlah terpekik terlolong ni tau..ihiks..


Memula kena tu, aku ingat takdela teruk sangat. Kuku jadi warna pink2 gitu. Eh, cantik pulak aku tengok bila kaler pink. =,= Tapi bila dah sebelah petang, dia dah start sakit berdenyut-denyut. Petang tu aku ada kokurikulum, kelas debat kat intec, so aku terpaksalah jalan jugak, naik bas etc..etc.. Alhamdulillah, selamat jugak mendarat di intec dengan jayanya. Waktu tu sakit dah mencengkam, tapi boleh la tahan lagi.


Dan pada esoknya, sebab ni lagi satu pesen aku malas nak bubuh ubat, kuku aku jadi terlebih parah. Aku selalu bajet yang badan aku akan sembuh sendiri dengan cepat tanpa perlu usaha nak treat luka. Padahal, sebab aku malas sangat, 2nd day tu, memang bisa ah, jalan pun dah terhencot-hencot. Nak naik bus memang kena handle with care. Kalau terlanggar kerusi, ahh~ memang 'heaven' rasa dia. Bila sampai kat kelas, kawan2 aku yang prihatin dan baik hati juga penyayang tanyalah kenapa ngan kaki aku.


Pastu dengan muka bajet tak sakit langsung aku pun explain lah. bla..bla..bla... Kawan aku pun pakat2 dok kesian kat aku dah lepas tu. For sure, ada yang suruh aku pergi klinik, dan, saranan diorang tu disertai dengan kisah ngeri tentang orang yang ada kes sama ngan aku. Diorang ada cerita yang bila pergi klinik doktor mungkin akan cabut kuku aku.


Ouhhh!! waktu tu memang meremang ah dengar. Aku ni memang akan over sikit bila masuk bab2 kecederaan fizikal ni. Ngeri2. Aku dah decide waktu tu aku tak nak gi klinik. Aku pasakkan sungguh2 ke dalam hati yang aku akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan usaha mengubati kaki aku dengan cara tradisional. Aku akan bubuh minyak segala macam yang aku ada. Padahal aku ada satu jenis minyak je dalam laci. Beli kat koop, itupun dah tumpah separuh atas meja waktu mula-mula beli.

Berbalik kepada cerita kawan aku tadi, yang lucunya, ada kawan aku, siapa ntah aku dah lupa. Beliau cerita, pernah sorang jirannya ni, sakit macam aku jugaklah, ada benda apa ntah hempap jari dia sampai kuku ada darah beku macam ni. Pastu, jiran dia ni punyalah takut nak gi klinik, sebab takut doktor akan cabut kaki dia. Dia pun, sama macam aku.. decide taknak pergi hospital atas dasar ngeri akan kebarangkalian yang dahsyat tersebut. Dia pun biarkan aje, lama2 kuku tu pun tercabut dengan sendirinya. and..and..and.. nak tau tak dia buat apa lepas kuku dia cabut?? Disebabkan rasa gembira dan bersyukur yang tidak terhingga kerana kuku dia boleh tertanggal dengan sendirinya tanpa perlu 'direntap' oleh tuan doktor, dia siap buat kenduri kesyukuran tuu.. amazing2. Bagus betul kan, jiran dia tu..

Waktu aku explain kat kawan2 yang bertanya pada aku tu, even kaki aku tengah berdenyut dengan ganasnya waktu tu, aku cool je, alhamdulillah. Boleh bertahan rasanya.. Lepas tu, bila kawan aku dah bubar (maksudnya kembali ke tempat masing-masing dalam kelas selepas dengar kisah kaki aku), aku pun terfikir nak call mama. Saja je, nak mengadu nasib. Takdelah sedih sangat pun kuku jadi macam tu sebenarnya. Aku redha, inshaALLAH, cuma aku just nak bagitau mama.

Lecturer masa tu belum pun masuk lagi. Aku pun keluar sekejap nak cakap ngan mama kat korodor. Aku pun tekan nombor mama, tuutt...tuuttt..tuuttt.. *talian bersambut*


Tapi, bila dengar je suara mama, aku terus jadi tak mampu nak keluar suara. Automatik air mata jadi macam air terjun tak henti-henti. Aku cuma mampu cakap sebaris... Lepas tu, aku terus menangis semahunya... sob..sob..sob.. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis, padahal tadi aku orait je, dan sakit ni bukanlah sampai tahap kronik macam heroin dalam cerita Autumn in my heart yang sakit leukimia tu pun.

Mama dah cemas dah, waktu tu mama dalam kereta, otw balik dari Perlis. Aku cuma sempat bagi salam and cakap aku sakit kaki je, lepas tu terus dah tak mampu nak keluar suara dah. Mama tanya kenapa. Suara mama macam nak marah pon ada. Yelah, mestilah mak kita risau kan.. Apabila anak dia telefon, cakap kaki sakit, pastu nangis macamlah kaki tu kronik sangat. Yang aku ni pun satu.. intro bukan main gempak, dan tersangatlah umum. KAKI SAKIT. Mestilah mama risau terlebih. Kaki patah ke? Kena langgar ke? Cedera parah ke? Padahal sebenarnya cuma sakit kuku sahaja. Sungguh bertuah punya anak..

Setelah beberapa detik aku teresak-esak, aku mula mengumpul segenap kekuatan untuk bersuara kembali. Sambil air mata tak henti2 keluar, aku pun ceritalah dekat mama....and Alhamdulillah, aku dah boleh tahan tak menangis dah bila dah cakap lama2. Lepas tu dah lega. Alhamdulillah! Dalam seminggu jugaklah kaki aku ambil masa untuk recover. Sakitnya masa tu, memang buat aku insaf. Aku terpaksa jalan slow sangat, dan dengan penuh hati2. Even waktu nak solat pun, memang kena jaga elok2.

Dan melalui sakit ini, memang ada ALLAH nak aku muhasabah diri, dan berfikir megenai kebesaran, kekuasaan dan kehebatan ALLAH.

Mungkin bagi korang, kisah ni biasa2 sahaja, tapi bagi aku, bermakna sangat. Sebab tu, aku nak cerita jugak. Betapa dekatnya ALLAH dengan kita, dan betapa benarnya segala sifat2 ALLAH, Yang Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa, Maha Segala-galanya. Subhanallah..

Kaki aku kena hempap drawer ialah pada hari Isnin, pagi. Mula sakit yang berdenyut, belah petang. Dan pada keesokan harinya, level sakitnya dah bertambah. Aku kena jalan slow2 sangat, dan setiap langkah membuat kening aku berkerut. Sungguh lemah dan lembik lah aku waktu tu. Sesungguhnya, memang pada ALLAH jugaklah tempat kita memohon pertolongan dan menyerahkan sepenuh pengharapan. Alkisahnya, hari Selasa tu bagi aku adalah hari kemuncak kesakitan. Memang boleh kata sakit sungguh lah. Aku yang suka tersengih-sengih ni pun, jadi tak berapa nak sengih dah hari tu, sebab tak tahan sakit. Kelas aku pulak sampai pukul 6 petang hari tu. Biasanya bas akan ada area 6.40 petang, dan kami akan naik bus, sampai kolej dalam pukul 7++ macam tu.

Kebetulan Hari Selasa memang akan ada pengajian berkitab dekat masjid besar Uitm. Nama famous dia P.I., Pusat Islam. Pengajian berkitab ni kan, best tau.. Tak silap aku dia anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH). Kalau korang free, silalah datang, Hari Selasa, antara Maghrib sampai Isya'. (Promo2.)

Jadi aku ni pun, nak lah jugak pergi ke P.I. tu. , tapi aku selalu yang selalu culas, malas, dan 'ter'miss program2 bermanfaat yang selalu dibuat di uitm ni, memang nak pergi lah hari tu.

Aku nak sangat pergi.. Tapi masalahnya, waktu tu hujan, dah pukul 7++, dan aku sakit kaki sangat2, yang membataskan pergerakan aku. Kalau hendak ke P.I, aku kena turun di bus stop mawar, dan naik bus rapid T603 ke P.I. Dan masalahnya lagi, dah pukul 7 lebih, biasanya dah takda bus. Aku pun terus berfikir dan berfikir, gimana caranya aku mau ke sana. Nak jalan kaki? Itu mustahil dalam keadaan macam ni.

Fikir punya fikir,,, aku buntu. Tapi aku nak sangat-sangat pergi. Waktu bus tu dah nak sampai kat bus stop, aku pun minta sungguh2, doa pada ALLAH minta bantuan ( yang sepatutnya aku lakukan awal2 lagi sebenarnya). Aku mohon sangat2 supaya dipermudah urusan dan aku dizinkan untuk pergi P.I. malam tu.


Then, bila dah bus tu berhenti kat Mawar, entah macam mana, dengan izin ALLAH aku boleh terkedek-kedek pergi depan bas, minta kat pak cik driver tu untuk berhenti kat P.I, dan Subhanallah, pakcik tu pun agree. Aku memang waktu ni dah sebak dan terharu. Sebabnya, bus ni memang biasanya akan keluar melalui pintu Sek.7, dan dah tak akan lalu dak ikut P.I bila dah lebih pukul 7, sebab ini trip bus siang terakhir.


Dan biasa2 kitorang naik pun, dia takkan lalu dah ikut jalan P.I. tu. But, ALLAH jugaklah yang lembutkan hati pakcik tu untuk bersetuju angkut kami ke P.I. Nak lagi amazing, dia berhenti betul2 depan tangga nak naik ke P.I., sekaligus memudahkan aku tak payah nak berjalan jauh2 dalam keadaan kaki yang sakit. Subhanallah.


Aku rasa terharu, rasa terkedu, rasa bersyukur, amazed dan lain-lain lagi perasaan yang bercampur baur. Mungkin bagi korang biasa2 sahaja, tapi bagi aku, aku sungguh terkesan. Hebatnya ALLAH, dan aku rasa ALLAH sangat dekat, dan benarlah ALLAH itu senantiasa memerhatikan hamba-hambaNYA, mendengar rintihan hamba-hambaNYA, dan ALLAH jualah sebaik-baik tempat kita menghamparkan segenap pengharapan dan memohon pertolongan. Allahuakbar! Pada ALLAH jualah kita serahkan urusan hidup dan mati, dunia dan akhirat kita dengan segenap rasa cinta, inshaALLAH.


Itu satu, dan ada lagi satu kisah waktu sakit tu yang sangat menyentuh hati aku, tapi yang itu eksklusif, aku simpan nak sendiri je. Dan tak sesuai nak cerita, cuma aku nak bagitau jugak, kejadian tu pun sangat2 menyedarkan aku dan buat aku rasa sangat terkesan. Subhanallah.


Dan lagi, melalui sakit itu, ALLAH sedarkan aku bahawa kita sebagai hamba ni kerdil sangat, jangan pernah rasa diri lebih berbanding orang lain, jangan sombong. Sama ada dari segi harta, ilmu, mahupun kudrat dan tenaga. Tak ada lebihnya kita berbanding orang lain, kerana apa yang ada pada kita sekarang ini ialah pinjaman semata-mata, dan atas kezinan ALLAH jugaklah kita mampu buat apa yang kita buat sekarang.

Aku suka jalan laju. Dan aku rasa leceh apabila aku nak jalan laju, dan orang depan aku jalannya alahai, santai kemain. Aku suka bergerak pantas dan aktif. Sometimes jadi ganas pulak apabila berjalan. Aku rasa best sangat apabila dapat jalan laju-laju tanpa ada halangan. Senang bergerak ke mana-mana. Independent. Rasa kepuasan. Rasa diri macam iron lady gitu. (^_^)

Tapi, ALLAH nak tunjuk, sedikit sahaja ALLAH 'cuit' fizikal aku, sudah habis lumpuh dan lesu segala pergerakan aku yang laju. Terbatas habis semuanya. Aku jadi orang yang berjalan dengan sangat slow dan berhati-hati. Maunya tak hati-hati, kalau terlanggar apa2, sampai ke nerve rasa sakit dia.

Aku dah tak boleh nak jalan laju-laju, langkah anak tangga 2 sekaligus, bahkan untuk ke tandas pun, bukan main lama masa diambil untuk sampai. Waktu ni penat memang penat. Berat aku turun sekilo dalam 3 hari. Hehe.. yang ni best.

Tapi time tu, memang aku rasa lah.. yang kita ni kecik dan kerdil sangat, tak ada daya apa pun, melainkan denagn bantuan dan pinjaman kudrat, tenaga, kekuatan dari ALLAH. Selama ni aku rasa energetic, pergi berjalan ke hulu ke hilir dengan best, tapi Maha Suci ALLAH, yang menguasai segala sesuatu adalah ALLAH, segala nikmat semua DIA pinjamkan sementara sahaja. Maka sebagai hamba, kena selalu bersyukur, dan sedar diri.

Masuk hari kelima, Alhamdulillah, dah tak berapa sakit. Dan aku start jalan lelaju balik dah. Tapi kali ini, setiap langkahan kaki, ditemani dengan 'rasa' yang berbeza. Rasa kepuasan yang berpada-pada, kerna sakit itu buat saya sedar, segalanya yang kita rasa, punya, dan ada, semuanya dari DIA..:) Alhamdulillah.


Sungguh kan, segenap inci alam ini, segalanya milik ALLAH, dan penuh dengan tanda2 kekuasaanNYA, buat menyuluh hati kita.

Dan segala yang ditimpakanNYA ke atas kita, pasti ada 'sesuatu' yang ingin disampaikaNYA, itulah tanda rahmat dan kasih sayang ALLAH, buat menerangi seluruh kehidupan kita.


p/s: Saya ingin tulis banyak lagi. Banyak betul yang nak saya kongsi. Semoga diizinkan ALLAH, dan harapnya saya akan punya masa senggang lagi untuk melakar baris ayat di sini.

Segala yang bermanfaat, ambillah. Yang buruk, tolong jauhkan.Tulisan2 ni banyak merapu sikit, kena filter2 dahulu. Maaf kalau ada salah dan silap! Tata.. :)