Saturday, January 12, 2013

Singkirkan rasa suka (Crush)

Bismillah.

Assalamualaikum.


Siapa tahu apakah simbolik piala dunia ini?  (gambo google.pinjam.


Straight to the point. Korang pernah tak rasa suka kat oghang? Senang cerita orang moden lening ye panggil 'crush', mu penoh dop ado raso gitu kat orang (muntah orang ganu+kelantan bahasa apakah yang aku cuba cemarkan ini? )

Sebenarnya, kalau aku pergi mana2 talk sesama perempuan, especially kalau buka topik bab hati & perasaan, mesti end up waktu sesi soal jawab akan ada yang tanya soalan "Puan Ustazah, bagaimanakah saya ingin menyingkirkan perasaan cinta yang sering mengganggu hati saya?"  Saya tahu ianya tidak perlu tapi bagaimanakah saya nak buang perasaan itu dari hati saya puan ustazah?? Tolong lah cadangkan penyelesaiannya" *mata berkaca*

Ustazah pun senyum sambil cabut cermin mata, lap kanta menggunakan hujung tudung, dan pakai kembali.

ehm,,,ehm...cubaan suara, cubaan cuara.. Lantas ustazah pun menjawab.

"Tiada jalan lain yang awak boleh buat melainkan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Mujahadah (berusaha sungguh2  untuk lupakan dia), dan awak kena puasa kalau mampu. Puasa ni dapat mendidik hawa nafsu. Lepas tu jangan asyik tengok pesbuk dia je. Ce tengok jugak pesbuk ustazah ni haa. Ish3x.

Tapi nak lagi best, awak bagi num dia kat mak ayah awak, minta ayah awak telefon dia. Cakap macam ni. "Pakcik rasa anak pakcik ni sesuai dengan kamu. Kamu nak tak nikah ngan anak pakcik? Hantaran RM 20K sahaja. Kalau kamu setuju, beres. Minggu ni kita uruskan kursus kahwin ngan borang2, awal minggu depan nikah. Settle!. "

Sekian daripada Ustazah. Tata. :)


Budak tu pun terkedu. T_T.



Kalau ada rasa suka kat seseorang tu, even tak besar mana pun tapi kalau dengan mengingati dia boleh membuatkan iman kita 'luka', baik cari ubat cepat2 untuk pulihkan. Humban perasaan tu jauh2.

Kalau kita golongan yang mendakwa kita faham agama, kita perjuangkan agama, kita buat usaha dakwah, jangan biarkan 'duri2 kecil' begini effect hati. Rugi sangat.

So let's cekidaut cara nak selesaikan (antara cadangan sahaja):

1) Jaga pandangan. Mata ni adalah antara panah2 syaitan. Kalau korang perasan, cupid yang omputeh tu. Patung kanak2 tak pakai baju yang ada pegang anak panah tu. Itu cerita mitos omputeh dulu2. Adalah bidadari cinta, dan bidadari tersebut melunsurkan panah ke dalam hati2 orang untuk mengikat cinta antara keduanya. Na'udzubillah.

Tengok balik diri kita, pernah tak kita 'ter'pandang dan akhirnya sengaja memandang seseorang hingga kita terpegun sama ada dengan wajahnya, tingkahnya, ataupun apa2 yang ada padanya sampai menyebabkan ada rasa yang terpanah di hati.

So, prevention is always better than cure. Sebab tu ALLAH Yang Maha Bijaksana yang mencipta kita, ALLAH tahu kelemahan kita, ALLAH bagi panduan. Rujuk surah Al-Ahzab. Sila buka tafsir dan rujuk.Sila buka tafsir rujuk dan nekad nak amalkan.

2) Tapi kalaulah in case dah terpanah juga, cabut balik 'panah cinta' (tajuk movie gayanya kann) tersebut dengan berpuasa. Puasa ni bukan sebab nak kurus, nak jaga kesihatan semata- mata ataupun sebab nak jimat duit kumpul beli smartphone tiap2 bulan (apatah lagi selepas ada rebate), tapi puasa ni banyak sangat fadhilat, salah satunya adalah ia dapat mendidik nafsu.

Lepas tu sebenarnya kalau makan tak banyak, perut tak berat dan mudah bangun malam. Apabila banyak sangat makan, tumpuan akan jadi tumpul, mudah mengah nak mengaji, malas bergerak dan sebagainya. Bila malas buat macam2 dan ibadah berkurangan, kita pun duduklah sahaja bermalas-malasan sambil terkenangkan si dia.. Nau'dzubillah.

That's why salah satu ujikaji yang boleh kita buat nak tengok sama ada diri kita ni sedang terlalu dibelenggu oleh maksiat atau tak, tengok kita mampu tak nak bangun solat malam dan bertahan puasa sunat di siang hari walaupun kawan kita tengah slurrpp fradoo abc kat depan kita di tengah hari yang panas.

Seorang 'alim, Fudhail b. Iyadh pernah kabo "jika kamu tidak mampu bangun malam dan berpuasa di siang hari, ketahuilah bahawa kamu sedang dikuasai oleh maksiat2mu". Na'udzubillah.

So usaha kumpul kekuatan dengan perbanyakkan ibadah yang akan menjinakkan nafsu. Biar kita yang kontrol nafsu, jangan biar nafsu yang kawal kita. It's a challenge!

3) Elakkan membayangkan yang bukan2. Ia bagi efek pada hati. Sekali bayangkan, siapa berani jamin takda titik hitam yang tumbuh di hati. Contohnya, kita suka pada seorang ini, kita membayangkan alangkah indahnya kalau kahwin nanti pakai baju kaler oren. Oh segaknya kami berdua bagai durian dibelah dua.
Pangg!! Sila lempang diri sendiri jika berfikiran berangan2 tentang orang yang kita suka.

4) Elakkan selalu buka topik pasal dia. Buka topik di sini sama ja maksudnya dengan jangan selalu bercakap tentang dia. Sebab, semakin kita bercakap tentang sesuatu, semakin meningkat rasa cinta dan teringat terhadap benda tu. Kalau tak percaya, cuba korang tengok bercakap hari-hari tentang siapa? Obama? Of course tak, sebab dia bukan seseorang yang rapat dengan kita. Kita biasanya akan bercakap yang indah2 tentang orang/ perkara yang kita suka sahaja. Selalu sahaja rasa nak bercakap tentang dia.

Elakkan. Kalau rasa nak cakap tentang dia, istighfar banyak2, zikir banyak2. ALLAH yang kita patut paling sayang dan cinta. ALLAH, kebesarannNYA, kekuasaanNYA dan RasulNYA yang patut kita cakapkan selalu.

Kalau jumpa kawan2 lepas ni, ubah cara percakapan kita. Banyak bukak topik tentang ilmu, dan kebesaran ALLAH. Zikrullah.Zikrullah Zikrullah.

Makin zikir, makin kita masukkan ALLAH dalam hati dan inshaALLAH, rasa yang tak perlu tu akan tersingkir keluar sedikit demi sedikit. So, kita juga takkan rasa sedih nak buang perasaan tu, hati tak rasa kosong sebab kita dah penuhkan hati bulat-bulat dengan kecintaan yang paling bermakna untuk dunia dan akhirat. Percayalah, inshALLAH.

Selingan sikit, untuk refleks balik diri. Untuk aku jugak terutamanya. Kalau kita berjumpa kawan, kita bersembang dengan mereka, kita ini banyak membuat hala tuju perbualan kepada yang berfaedah, atau kita cuba tukar tune perbualan tersebut kepada perbualan yang bermanfaat dan mendapat redha ALLAH. Ini pun sangat berat untuk diri aku sendiri. Banyak sangat buat lawak bodoh. Adakah itu namanya bermanfaat? astaghfirullah. Kita usaha ubah sama mulai saat ini!

5) Elakkan selalu tengok facebook/ mengkagumi external factors yang ada pada dirinya. Kalau kita rasa tengok facebook dia hari2 tu, stalk profile dia boleh buat kita makin sayang padanya, buang tabiat itu. Benda ni dia macam bahan bakar. Sekali kita buat, kita tambahkan bahan bakar, buat lagi, tambah lagi. Makin maraklah api rasa yang menyala. Elok je nak lupa, pergi tambah bahan bakar balik. It's like a refreshment. Dah tu guane nak hilang kalo asyik marak dan marak lagi?

Tapi ini bergantung pada keadaan hati masing2. Seeloknya, masa treatment untuk meredakan perasaan itu, kalau rasa tak boleh nak bear dengan apa2 perkara yang melibatkan dia kerana perkara tersebut akan mambangkitkan perasaan ini, usahalah. Lawan!


Tu jelah rasanya. Yang lain adalah solat taubat, istighfar, mohon keampunan sungguh2 pada ALLAH

Tanya diri, dalam sehari, kita banyak teringat pada manusia atau pada ALLAH.  KIta banyak cakap tentang dunia atau tentang akhirat. Kita selalu fikir tentang duniawi atau ukhrawi.

Jangan ingat crush sikit2 ini tiada kesan dalam hati dan bagi efek dalam kehidupan. Ia memberi kesan mendalam sebenarnya. Dan buat diri saya serta kawan2 yang berpersatuan ke, bekerja bersama lelaki perempuan ke, saya sangat ingatkan DIRI SAYA terutamanya dan rakan2 semua, untuk kita berhati hati dan menjaga pergaulan.

Elakkan bergurau yang melampau dan permulaan komunikasi yang tidak perlu. Bukan apa, kita bimbang kerana sebagai manusia, kita punya fitrah, dan jangan sampai akhirnya ia mengundang fitnah. Bimbang niat akan menyimpang.Kerana selalu berjumpa, lagilah perlu teliti menjaga hati. Protection biar berlapis-lapis dengan kukuhkan niat, zikir, istighfar doa dan rakan2 yang mengingatkan. Hubungan kita di facebook dengan kaum berlainan juga perlu dijaga.

Saya menyeru diri saya sendiri terutamanya. Recheck, kalau kita di luar menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, di facebook, email, twitter dan medium perhubungan maya yang lain bagaimana pula ya? Sedikit-sedikit, ia ibarat kerikil kecil yang menghentam lapisan protection hati, selapis demi selapis. Ya ALLAH, untuk ini pun saya sendiri juga perlu banyak lagi lakukan pembaikian dan penambahbaikan. Selalu kita muhasabah diri dan teropong kekurangan diri.

InshaALLAH, kita settle bab hati, lepas ini kita boleh tumpu kepada matlamat dan planning lebih besar untuk kehidupan dunia yang satu-satu harapannya adalah supaya dapat membawa kita sampai dengan selamat ke akhirat sana, menuju ALLAH Yang Maha Esa.



Maaf jika ada salah silap dan kata2 keterlaluan. Mohon teguran jika saya salah. :)

Lepas ini kita cakap bab Redha ya Ain Romeli (^_^)






Wednesday, January 9, 2013

Aku kan MPP. huh!

Bismillah.

Assalamualaikum.



Short update. Pernah tak korang, kalau dengar something yang best dan bermanfaat rasa bagai nak gila menjerit sebab nak bagitau semua orang supaya semua orang pun tau gak, dan boleh rasa apa yang korang rasa.

Itu apa yang aku rasa. Dan sebelum enthusiasm tu memudar, baik aku menjerit kat sini. Barulah sopan..ihiks.

Macam ni, hidup kena ada matlamat kan? Pastu kalau cakap tentang matlamat, kita memang selalu cakap yang "Matlamat hidup saya adalah mencari Redha ALLAH" "Mencapai mardhatillah dan sebagainya"

Tapi sejauh mana matlamat tu sampai ke hati?

Aku tanya diri aku, kalau betullah matlamat, goal, tujuan hidup aku adalah redha ALLAH, kenapa kalau manusia mengata aku, perkara2 betul yang aku buat, aku rasa bengang dan tak settle. Rasa resah sebab ada orang cakap macam2. Contohnya, bila aku jadi pengawas waktu sekolah dulu, ada kengkawan panggil aku 'anjing'. Muka nampak macam cool, tapi hati terbako beb... Rasa macam nak libas mereka dengan penyapu.

Lagi satu, bila dah besar sikit, jadi JPK ke, MPP ke, buat program. Lepas tu rasa "cis, aku nak buat program bagi nampak gempak", mana boleh program MPP kalah dengan program kelab dalaman.." Lepas tu, bila buat program ada masalah teknikal, atau ada orang kutuk pelaksanaan program, again, terbakar. Tapi dah tak main libas ngan penyapu dah sebab dah matang. Timbul perasaan ini pula "Cis, lain kali aku takmo dah buat program. Penat2 je buat, banyak komplen pulak.mencik! mencik! " *mulut herot berot ke kiri kanan dan hidung kembang kempis tanda geram macam yang korang selalu buat.haha*

Bila ada kelab atau U lain buat program gempak lebih hebat dari program kita. Timbul pulak perasaan "ini tak boleh jadi..Ini memang tak boleh jadi..Kita kena buat program yang lebih hebat daripada ini!! Kalau bajet tak dapat sebanyak yang kita nak pun, takpe. Kita sanggup ke hulu ke hilir untuk minta sponsorrr. Takpe susah sikit, yang penting program masyuk.Kiiitaaaa Takkkk Boleehh KALAAAHHHH!!!" *keluar api ikut telinga..fu..fu..fu..*

Dumm!!!

The moment munculnya perkataan/niat slow2 dalam hati "barulah orang pandang", 'validity' untuk matlamat kita iaitu mencari redhaALLAH perlu diragui.

Simple je nak tau sama ada kita hidup ni betul2 menuju matlamat Redha ALLAH ialah awal2 kita dah letak niat yang betul. Luruskan niat sedari awal.

Kalau nak lalu jalan lurus, tapi dari awal dah salah pergi mula dekat simpang yang jalannya bengkok, macam mana sepanjang perjalanan nak lurus? Bengkok lah sampai ke hujung.

Tapi tak mustahil jugak bila dah tengah2 jalan sedar eh, saloh jalan rupanya, bengkak bengkok je jalannya seperti ular dipalu pula. Patah lah balik. Betulkan balik niat.

Dalam hidup ni yang bestnya, sebab ALLAH sayang kat kita, banyak sangat U-Turn ALLAH sediakan. Bila2 masa je.

Lagi satu, cuba cek balik. Aku cek diri aku juga sekali. Gunakan stetoskop iman, tarik nafas and reflect.

Pernah tak bila kita pergi surau, tutup aurat elok2, yang lelaki pulak rajin gi masjid, tak ngorat perempuan. Orang pun letak lah title baik kat kita. "Yes, aku dilihat baik..hoyeahh..hoyeahh..".

Orang pun puji kita. "Eh, akak ni baik lah. Abang sulung saya yang studi kat Azhar tu macam sesuai je ngan akak.

Of course kita pun balas. "Eh mana ada. Biasa ja"*mata berkelip-kelip*

Dalam hati tersipu malu. "Eh, aku ni baik ke? Ermm..tertengok gambo abang dia kat fb hari tu. Boleh tahan jugak.weee.."


Takda masalah pun dengan ayat tu, tapi the moment kita terhanyut dengan pujian dan mendamba "external rewards" daripada manusia. Problem datang.

Check balik matlamat.

Again, pernah tak apabila duit hilang, atau eksiden, barang berharga hilang ke. Rasa sedih bagai nak berguling-guling sahaja menuruni bukit tonggek (walaupun namanya tak senonoh, tetapi ia popular di Uitm Shah Alam).

Tanya diri balik. Adakah namanya matlamat aku redha ALLAH kalau harta benda dunia membuatkan hatiku retak seribu sehingga terganggu khusyuk solat, hingga terlambat solat sebab lama sangat nangis dan meratap, rasa bengang siapalah yang curi..hak tuih!  bahkan hingga terdorong rasa ALLAH tak adil. Naudzubillah.

Kalau betul matlamat kita redha ALLAH, yang kita mahu adalah DIA, bukan dunia dan harta bendanya.

Aku terdengar satu statement dari kak Yasmin Mogahed. " ALLAH is what we want, Dunya is the tool to get what we want (ALLAH),  but most of the time, we expect ALLAH as the tool, in order to get what we want in this dunya"

Astaghfirullah. Kita selalu minta macam2, bila kita rasa ALLAH tak bagi, terus stop usaha.
Matlamat kita ALLAH ke macam tu? Recheck. Pernah tak apabila kita nak something sungguh2 je kita dekatkan diri dengan ALLAH? Nak dapat dekan, baru nak doa banyak2. Nak dapat lelaki dan perempuan tu, baru buat istikharah tetiap hari.

Ya ALLAH.. Aku pun sedang tanya diri sendiri.

Kesimpulannya, titik fokus dalam hidup ni mesti jelas. Betulkan apa yang ada dalam hati. Tumpukan kepada ALLAH dan Akhirat. Baru hidup tenang.

Ramai yang hidup tak tenang hari ini sebab terlalu fikir apa manusia cakap. We're always expecting for World's Recognition.

Kalau kita tengok jiran pakai  BMW. Esok2 kita pun pakai BMW pulak. Mana boleh kalah boh.. Rumah sama besar, mana boleh kereta aku kurang. Nanti orang cakap aku tak sekaya dia.

Hari ni beli bmw dengan hati bangga dan puas, tup..tup.. bulan depan jiran depan rumah tukar Lamborghini pulak. Kita pun mula dah tak senang hati balik. Mulalah tak lena tidur malam fikir, guane ni nak beli kereta baru. Kalah doh dengan jiran depan, padahal aku CEO. Dia pensyarah. Mana boleh kurang dari dia.

Dan semuanya berterusan. Kerana meletakkan hati pada dunia. Persepsi menyatakan dunia adalah penanda aras.

Penat, memang penat kalau nak cari 'Redha dunia', dunia ni kan penuh dengan tipu daya. Ibarat fatamorgana katanya. Google maksud fatamorgana untuk dapatkan lebih kefahaman. sebab tu ada lagu kumpulan ape ntah dulu2.

"Indah fatamorgana,
menghanyutkan yang terleka.."

Last, dalam konteks yang dekat dengan orang muda seperti aku, yang tak muda jangan sedih.Kalau masuk syurga semua jadi muda :)

Kita  ni orang muda, aku belajar psiko memang dinyatakan kita punya 'conscious' terhadap apa orang kata tu lebih sikit.

"Pakai camni, apa orang kata"..
"Pakai beg ni, apa orang kata.."
"Jerawat banyak tumbuh, apa orang kata.."
"Tak pergi surau hari ni, apa orang kata.."
"Program aku tak sehebat program dia, apa orang kata..."

All and almost everything adalah tentang 'apa orang kata'. Aku pun selalu macam tu rupanya.

Tiba masa dah untuk kita turn kepada "Apa ALLAH kata".

Contohnya, buat program .biarlah kalau kita 'kalah' dengan sesiapa pun, tapi yang penting adakah program ini memberi manfaat kepada orang ramai. Yang penting bukan kualiti ikut piawai dunia, tapi kualiti ikut piawai akhirat.  Sebagai ketua, ajak ajk kita niat sedari awal untuk buat program niat kerana ALLAH, bukan nak cari pengiktirafan dan penghargaan manusia.

InshaaALLAH,
Hati senang,
Jiwa tenang,
Muka girang"... :)

 Kita ubahlah sama2, inshaaALLAH.


Eh, aku tulis post ni apa orang kata nanti ek? Best tak?

Eh, eh bukan...sepatutnya begini: Adakah tulisan ini mengenai sesuatu yang bermanfaat atau tak? Ia boleh buat orang ingat ALLAH atau tak? Jikalau ya, biarlah orang rasa tak best pun, yang penting sampaikan.
Allah yang bagi Hidayah, kuasa itu ada di tangannNYA. Kita usaha.

Lepas ini, inshaALLAH segala apa yang kita buat, fikir tentang ALLAH dahulu. InshaaALLAH urusan akan jadi lebih senang. Bukan kerana keadaan yang jadi lebih mudah, tetapi hati kita yang berubah. :)



*Aku tade hal dah dengan kawan2 yang ejek aku anjing dulu. Biasalah..budak2. Bila fikir balik klako je haha. (in case kalau ada kawan sekolah menengah yang pernah ejek aku dulu baca post ni). Takyah rasa bersalah. Banyak gak ejekan korang tu ajar aku. Contohnya, aku berjaya practie buat muka cool walaupun dalam hati dah taufan. Ia sangat membantu. Terima kasih :)








Tuesday, January 1, 2013

Solat hajat di mawar: Melimpah litupi rerumputan

Bismillah.



 


Tadi ada program solat hajat perdana di Kolej Mawar. Subhanallah, ramai berganda-ganda datang berbanding hari biasa. Aku terlambat datang, maka berkejaran aku ngan roomate dan sesampainya aku di surau, masyaALLAH memang aku terkejut tengok ramai sangat sampai melimpah jemaah ke luar.

Satu panorama yang sangat menyenangkan. Sangat gembira dan terharu dengan sambutan yang menggalakkan. Hati2 yang berharap berkumpul sujud kepada ALLAH. Sudah lama surau ini merinduinya.

Pelbagai perasaan bercampur baur. Ceh, layan lelebih pulak. Solat Maghrib dulu.. Then after solat, disebabkan aku solat kat luar, open air gitu..so lepas solat, masih lagi di dalam saff, aku angkat kepala mendongak menata langit yang indah.

Subhanallah, cuaca juga cukup baik. Tidak terlalu sejuk dan rasa panas manja2 sedikit sahaja selepas solat, itupun mungkin sebab kitorang berkelubung dalam telekung. Just nice.Kipas2 telekung empat lima kali terus hilang panas.  Alhamdulilllah. :)

Takda apa pun nak cerita sebenarnya, cuma aku nak share, wakru pandang langit, aku terfikir, kenapa kalau buat solat hajat berjemaah perdana sempena exam, jumlah yang datang memang ramai. Apakah yang menjadi pemangkin untuk menjemput tetamu2 ini datang pada hari ini? Termasuk lah aku jugak yang selalu make up alasan untuk tak pergi surau pada hari biasa.

Mungkin begini:

Solat hajat untuk exam.

Kita tahu dengan jelas apa yang kita nak.

Result exam adalah sangat penting, jadi kita memang nak berjaya dalam exam, so kita merasakan adanya keperluan yang amat sangat untuk gerakkan usaha2 yang terbaik untuk exam tersebut.

Final kot, kan? Kalau dapat dekan tiap2 semester, bulih grad dengan 1st class degree, bulih pakai selempang pink, bulih buat mak pak hepi, bulih dapat kerja baguih dengan position yang cun2. 

So sebab kita JELAS dan TAHU apa tujuan kita, iaitu untuk cemerlang dalam final exam, maka gagahlah kaki kita untuk turun, bawak air bergendong-gendong untuk bacaan yasiin dan sebagainya.

Alhamdulillah, memang sangat bagus. Kerana kita sedar dan percaya dengan usaha2 sebegini dalam keadaan ramai sahabat2 kita yang study sampai mengabaikan solat..Kasihan mereka. Allahuakbar :(

Tetapi, mengapa pada hari2 biasa, ianya tidak 'semeriah' itu?

Kenapa hari2 biasa, baru masuk sem  apabila kita tak sibuk nak exam, kita liat sungguh nak buat solat hajat even secara bersendirian di bilik.

Kenapa kalau exam IS NOT around the corner, 'force' untuk kita pergi program solat hajat dan bacaan yasiin tidak sekuat apabila exam IS around the corner.

FOKUS.

MATLAMAT.

TUJUAN.

PERLU.

Mungkin kerana kita (aku), teleh menyempitkan fokus kehidupan ke arah melihat aspek dunia semata-mata. Kecemerlangan duniawi yang lebih menarik fokus kita.

Periksa juga matlamat kita. Apakah matlamat kita? Kita gagahkan diri untuk turun surau dari tingkat sembilan sebab kita tahu dan jelas matlamat, bahawa kita nak RESULT YANG GEMPAK. Itu matlamat kita. Tapi pada hari-hari biasa, mungkin kita tiada matlamat yang jelas, like "hari ini aku ingin turun ke surau kerana....", atau "Aku nak buat solat hajat kerana...". Bila kita tidak berada dalam waktu exam, agak2nya apa matlamat kita untuk solat hajat dan join program2 ilmiah di surau?

Apabila kita jelas bahawa MATLAMAT adalah ALLAH, dan kita sentiasa sedar akan itu, confirm kita akan sentiasa rasa tak sabar nak turun kerana matlamat kita jelas. Kita tahu kenapa kita buat dan untuk apa kita buat!

Juga sebab kita tahu apakah TUJUAN kita. Solat hajat supaya ALLAH bagi aku lulus exam, tolong aku jawab paper baik2, mudahkan urusan, lapangkan hati, terangkan hati dan sebagainya. Tapi banyak mana kita pernah fikir akan tujuan ibadah lebih daripada itu? Tujuan aku solat kerana aku ingin ditolong ALLAH di akhirat nanti, dipermudah urusan dunia serta akhiratku, dimatikan dalam islam dan iman dan sebagainya.

Dan segala aspek itulah yang akan membuat kita rasa kita SENTIASA PERLU untuk berharap pada ALLAH. Kita rasa nak usaha sehabis baik, stay up, makan vitamin kecerdasan otak, study rajen2, sebab kita tahu kita perlu dapat result yang baik untuk  exam.

Pernah tak, kita rasa PERLU itu sentiasa, ataupun rasa itu terhenti selepas kita melalui fasa peperiksaan sahaja. Kalau kita memahami hakikatnya, sebenarnya dalam kehidupan kita sentiasa memerlukan ALLAH. Kita perlukan ALLAH, kita perlukan ALLAH.

Apabila rasa perlu itu wujud, maka kita akan FOKUS tidak akan terhenti setakat urusan dunia, tetapi akan tembus hingga akhirat sana, Matlamat kita jelas ingin mendapat redha ALLAH dan memburu pahala, kita sedar TUJUAN kita adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai hamba + khalifah.

Dan yang paling penting, semua ini tidak bermusim.
 Ia kekal sampailah kita mati.

Semoga kita semua dapat menjadi hamba yang sentiasa rasa 'perlu' itu, kerana ianya akan membuatkan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.



Subhanallah, semoga kita mati dalam keadaan seluruh jasad, jiwa, hati sujud seluruhnya kepada ALLAH 


* Subhanallah, waktu solat hajat tadi, begitu ramai rasanya yang menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah kak nusrah. ALLAHUAKBAR. Kakakku, saksikanlah kecintaan ini. Aku yakin, fokus, matlamat, dan tujuan hidupmu jelas. Semoga ALLAH menganugerahkanmu dengan nikmat abadi di akhirat.

 Kita memerlukan ALLAH, jangan sombong dan malas untuk selalu bersujud padanya, setiap waktu dan ketika. Bimbang jika ajal menjemput, ketika itu terlalu banyak 'syllabus' belum kita khatamkan.