Thursday, June 27, 2013

Kecil dahulu 1.

Bismillah. Assalamualaikum.


Di pagi jumaat penuh barakah ini, aku nak bercerita lah. Kisah kecik2 dulu.

Waktu kecik, abah hantar aku dan kak long pergi mengaji kat rumah ustaz mad.

Ramai jugak yang belajar mengaji dengan Ustaz, lelaki dan perempuan. Abah akan hantar aku dan kak long pergi rumah ustaz dan kami solat berjemaah sama2 di sana.

Kami akan duduk beramai2 membentuk satu barisan, dengan ustaz di hujung/tengah baris mengepalai (ala2 kedudukan mesyuarat, yang jadi pengerusi tu). Satu barisan lelaki dan satu lagi barisan perempuan.

Lepas tu, kami tunggu giliran seorang demi seorang menghadap ustaz untuk mengaji.

Tapi waktu kecik dulu aku gemok macam itik  (kot??) sebab bila tiba giliran aku, aku berasa sungguh 'istimewa', kerana bila aku bangun --->mengesot sebenarnya-sebab pemalas sangat, akan ada budak2 lelaki mendendangkan lagu:



"itik gembo-gembo,
ayam kedek-kedek,
Bilo tembok....."


T_T



Owh, Aku rasa aku tak perlukan sebarang lagu iringan, tapi mereka sangat 'baik hati' menyanyikannya untukku.

Hehe.. sampai sekarang kalau terdengar (rare kan dengar lagu tu dah sekarang. dah jarang dimainkan) aku akan teringat lah zaman dolu2.

Rumah ustaz mad yang menenangkan,

isteri ustaz yang akan memangku jawatan ustaz jikalau ustaz tiada,

anak2 ustaz yang baik hati,



Semuanya inshaaALLAH akan segar dalam ingatan.

Aku bersyukur mama dan abah hantar kami adik-beradik belajar mengaji elok.

Aku bersyukur sebab ada insan2 mulia yang sudi ajar aku mengaji.

Aku bersyukur ALLAH izin aku pandai baca Al-Quran.


Semua nampak macam benda2 remeh yang jarang disyukuri. Nikmat membaca Al-Quran, nikmat solat, nikmat mendapat kefahaman agama, nikmat kehidupan yang berlandaskan iman dan islam..

Aku harap sampai mati aku sedar, bahawa inilah kenikmatan yang tidak dapat dibeli oleh kepuasan dunia yang sering membuat manusia haus.

Sehingga terlupa terlalu banyak ruang syukur yang masih belum diterokai.



"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah ia disinari cahaya hidayahMU."







Eh, terkejutnyaa!!! 
Lebih kurang la dengan muka aku waktu kecik dulu.. hihi..konon..:p

~Pic's taken from google~

Saturday, June 8, 2013

Pertemuan.

Bismillah. Assalamualaikum.

Tidak pasti, adakah sisa waktu kita sebanyak ini, atau sebenarnya kurang lagi..
~pics borrowed from here~


Semakin hari sebenarnya pertemuan kita dengan ALLAH semakin hampir. Ia permainan masa.

Namun ramai yang tertipu, dan menipu diri sendiri.


Kita selalu bertangguh-tangguh untuk buat baik.
Kita selalu liat nak puasa sunat.
Kita selalu tarik selimut balik bila ALLAH 'kejutkan' kita pukul 3,4 pagi.
Kita selalu rasa kitalah manusia paling banyak kerja bila masuknya waktu solat sampai kita melewatkannya atas urusan dunia.
Kita selalu lebihkan hak sendiri berbanding hak orang lain.
Kita selalu layan lelaki/perempuan yang bukan mahram lebih2 atas tiket berkawan.
Kita selalu punya sejuta alasan untuk tidak melakukan perintah ALLAH.

Dan ketika hari pertemuan itu nanti...

Alasan-alasan tersebut tidak akan dapat kita tuturkan lagi,
kerana sebenarnya atas dunia ini, kita selalu licik untuk sekadar menipu diri sendiri.

"Allahumma amitna bil imaan,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah
Wa laa takhtim 'alaina bissuuil khatimah".

Sudah 21 tahun semenjak ALLAH pindahkan aku untuk 'transit' sebentar di alam dunia. Entah bila, persinggahan ini akan berakhir.

Namun aku pasti, pertemuan itu semakin hampir...

Berdebar...


Allahuakbar.
Astaghfirullah.

Friday, June 7, 2013

Bercakap dengan lelaki.

Bismillah. Assalamualaikum.


"it's better to suffer first,
 ....then to suffer later"


Kadang-kadang aku rasa bersalah bila bercakap dengan lelaki. I mean, bercakap perkara yang tidak sepatutnya. I mean, bersembang kencang padahal topik tersebut tak penting pun, dan kalau tak cakap pun takpa.

Bahkan lebih baik.


Untuk tidak bercakap jika tidak perlu. Itu konsep yang asas.


Rasulullah dah pesan. "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik ataupun diam sahaja".

Sebab perhubungan perempuan dengan lelaki ada batasnya, termasuklah dari segi percakapan dan komunikasi.

Tapi bukan mudah. Especially untuk yang 'semulajadi'nya peramah (kononnya) macam aku. '

It's a battle.

Bila ada orang keliling (lelaki) tengah bersembang, dan topik tersebut kau rasa macam dekat sangat di hati. Bukan mudah untuk hindar dari tumpang sekaki.

Bila ada kawan lelaki tegur tanya pasal perkara penting dan buka topik perbualan, bukan mudah nak jawab sepatah sekadar perlu dan terus berlalu. Namun terkadang tetap juga terus menunggu dan bercakap hal2 lain kencang bagai butir peluru.

Bila tengah mingle2 around dengan kawan perempuan, dan ada lelaki yang datang turut menyembang sama, bukan mudah untuk jadi setiausaha mencatat minit mesyuarat sahaja tanpa bersuara untuk turut serta.

Kadang atas alasan tidak mahu dikatakan sombong.

Aduh, itu nilaian manusia....Namun apakah nilaian ALLAH pada kita?

Bukan mudah nak kekang mulut dari bersembang perkara2 yang sebenarnya tidak perlu pun.

apatah lagi bila diletak atas dasar kawan lelaki.

Namun semakin hari, dapat dirasakan ada yang tidak kena dalam pergaulan sehari-hari.

Muslimah seharusnya bukan begini.

Muslimah bicaranya harus disimpan, sekadar perlu dikeluarkan untuk tuntutan bermuamalah untuk perkara yang perlu sahaja.

Aku rasa ia agak payah. Apatah lagi dalam kondisi universiti yang bercampur jantina seperti ini.

Tapi aku rasa, kadang2 lepas aku bersembang perkara yang tidak patut dengan lelaki. Tak patut tu maksudnya perkara2 remeh yang tak perlu pun dibicarakan. Tak melibatkan urusan penting, aku akan rasa agak menyesal lepas tu.

And i would suffer inside.

Comparing myself 'dulu' dan 'sekarang', bila di sekolah dan universiti.

Suasana yang berbeza, tetapi bukan suasana yang harus dipersalahkan, kerana manusia telah diberi pedoman untuk membuat pilihan.

So aku rasa aku perlu bertahan untuk mengunci mulut (walaupun seksa gak nak tahan dari becakap ni sebenarnya) bila nak bersembang dengan lelaki tentang perkara yang tak perlu.

Ia lebih baik berbanding aku terpaksa seksa selepas itu menanggung rasa menyesal, bersalah dan na'udzubillah seksa kat akhirat nanti kerana tidak tahu menjaga diri dan hati.

Moga ALLAH kurniakan kekuatan.

Dalam dunia yangpenuh mencabar hari ini, moga diri sentiasa terpelihara, untuk menjadi muslimah yang diredhai Ilahi.

"It's better to suffer now,
then to suffer later"

But it's better not to suffer at all,
When we do everything sincerely because of ALLAH,"

Moga ALLAH kurniakan kekuatan hati!






~Shut up and smile, inshaaALLAH~ 
pic pinjam google