Tuesday, July 30, 2013

Hilangkan rasa suka/cinta 2.



Hati ini sedang terbang mencari, siapakah pemiliknya??
Jawapannya adalah ALLAH :)
Duhai hati, terbanglah pada ALLAH...

courtesy of google 




Bismillah. Assalamualaikum.


Sekarang kita sedang melalui fasa2 terakhir Ramadhan.

Jakel makin sesak dikunjungi,
pasar raya melanjutkan tempoh beroperasi,
para peniaga bazaar juga sedang tersengih senang hati.

Dalam pada kita membuat persiapan menyambut hari raya, jangan pula kita butakan mata hati daripada melihat segala peluang eksklusif yang ALLAH hadiahkan pada kita.

Kadang2 saya merasakan, ada baiknya juga kita bersedia awal2 sebelum Ramadhan, terutamanya yang anak2 ramai, Settlekan beli segala bagai awal2, bulan puasa ni hujung minggu dan pada waktu malam boleh bawak family ke masjid atau join mana2 majlis ilmu/tazkirah.

So pengajarannya bulan Januari tahun depan dah kena get ready usha baju untuk raya! *over tauu*

So, hari ini saya nak kupas satu lagi persoalan famous yang sering ditanya (online/offline). Ada yang tanya di FB, ada yang tanya depan2 sampai berair matanya (dan mataku sekali)...ohh...

Ianya persoalan yang mungkin dianggap remeh dan picisan. Dan mungkin ada juga yang menempelak "hek eleh.. pompuan kat syria tu sibuk berjuang, pompuan kat malaysia ni dok bincang dan fikir benda2 gini".

Tapi bagi saya, semua persoalan adalah penting, apatah lagi apabila yang bertanya itu serius, sampai mengalir air mata dan melalui pertuturannya, 'kesakitan' itu dapat dikesan.

Ianya perihal hati.

Selalu, ada yang datang bertanya "saya suka sangat pada seorang lelaki ini. Bagaimana nak hilangkan perasaan padanya? kadang2 sampai mengganggu solat saya. Dahlah memang tak berapa nak khusyuk dah sebelum ni, sekarang bertambah-tambah lagi dengan kehadiran beliau. Oh, gimanakah ingin ku usir perasaan ini?

Saya dah pernah tulis pasal crush2 ni kat sini.

Tapi takpalah, yang kali ini dia hardcore sikit. Bukan crush dan, tapi mungkin cinta?

Sebenarnya kita pun tak boleh nak teka dengan tepat kadang2, apakah rasa itu cinta atau sekadar suka?
Tidak kisah apapun yang kita angggap, tetapi selagi kita merasakan perasaan itu tidak patut, maka kita perlu membasminya habis-habisan!

Tetapi tak lah maknanya sampai menafikan fitrah kita. Tak salah pun ada rasa suka/cinta, tapi kalau rasa takda jalan untuk mengikat rasa itu dengan pernikahan, maka kenalah dikawal.

Dan untuk menyingkirkannya pula, sejujurnya memang payah dan sukar. Kerana itu semua bukan kerja kita, tetapi ALLAH Ta'ala yang Maha membolak balikkan hati hamba2NYA.

So saya sarankan, kalau rasa sangat terseksa dan simpan perasaan tu, especially yang tengah belajar ni, dan memang lambat lagi rancang nak nikah, DOA banyak2 sangat pada ALLAH.

Dengar macam sangat klise, kan?

DOA.

Mungkin ramai dah mengalir2 air mata sebaldi berdoa, tetapi masih lagi hati tidak tenang dan tenteram. Bayangannya masih lagi menghantui. Semakin ingin dilupakan, semakin kerap pula ia mendatangi diri.

Segala yang kita pandang di hadapan mata, seolah-olah mengingatkan kita pada si dia..Sentiasa..


Sehingga hati terasa  ngilu oleh satu perasaan yang tidak dimengertikan.

Air mata terasa begitu mudah luruh apabila melafaz namanya dalam bingkisan DOA kita pada ALLAH.

Namun tanya balik diri, sewaktu kita doa pada ALLAH, supaya ALLAH mengurniakan kita jalan keluar, melepaskan kita dari belenggu perasaan yang mencengkam tersebut, apakah KEADAAN HATI KITA?

Adakalanya, yang menjadi sebab degil sangat perasaan tu hendak pergi adalah apabila kita berdoa dalam keadaan menipu.

Maksudnya, kita lafaz doa, minta pada ALLAH (mungkin untuk dihilangkan perasaan tersebut, agar hati tenang..etc..etc..), tetapi hakikatnya, hati sedang menafikan. Menafi untuk melepaskan. Hati sendiri terasa berat. Kerana walaupun ia menyeksakan, perasaan tersebut jualah yang acapkali membuat kita rasa bersemangat, mengukir senyum di bibir serta membuat hidup terasa 'lain'nya.

Agak2, kalau kita hulurkan sebatang ais krim pada kawan kita, adakah kawan kita akan dapat aiskrim tersebut jikalau tangan kita hulurkan, tetapi jari jemari masih tetap erat memegang batang aiskrim itu. Meskipun di hujung-hujung.

That;s it. Kita hulurkan segala pengharapan, kesedihan, permohonan pada ALLAH untuk menghilangkan rasa itu, tetapi dalam tak sedar, sebenarnya hati sedang menafikan, masih memegang erat rasa tersebut, sayang untuk dilepaskan.

So buat semua yang so-called masih berrtarung dengan perasaan tersebut, mari kita ikhlaskan hati memohon pada ALLAH. Berdoalah seepenuh hati, inshaaALLAH berhasil (dengan rahmat ALLAH).

Dan banyakkan menuntut ilmu, kerana hati yang kosong tidak diisi zikir,ilmu akan mudah menerawang kepada benda lain.

Banyakkan meneliti kebesaran ALLAH, InshaaALLAH manusia akan menjadi kerdil di hati kita.

Yang paling penting adalah, lepaskannya.

Belajar untuk melepaskannya, agar kita jadi bebas dari pengharapan pada manusia,

serta rasa yang tidak sepatutnya disimpan.

berhentilah mengejar bayang-bayang, sedang yang nyata itu kita biar terkebelakang.

Saya tidak berteori semata-mata, melainkan saya pernah mengaplikasikannya.

Kerana itu saya tidak mengambil remeh persoalan ini.

Pedihnya pernah saya rasa. Menghiris-hiris.

Tatkala jiwa kosong,

Namun mujur ALLAH dengan sifat Ar-Rahman, Al-Ghafuur NYA masih sudi memandang,


 Pernah.

Satu waktu itu.










Semoga Berjaya!

Mari tuntut ilmu sebanyaknya dan hayati hadith2 Rasulullah. Juga beli koleksi kisah sahabiah pada zaman nabi (saya suka kitab fadhilat 'amal yang ceritanya ringkas dan senang dibaca ),  kita akan merasa dunia terlalu kecil untuk selalu dirunsingkan.


ALLAHUMMA INNAKA 'AFUW, TUHIBBUL 'AFW, FA'FU'ANNAA




Thursday, July 25, 2013

Ku kejar bayanganmu

Apabila semilir itu menyapa,
Pedihnya menyentak ke dasar jiwa,
Ngilunya mencucuk.

Pedih.

Mula mengejar bebayang, 
Berlari-lari aku sehingga terjatuh,
Namun tangan tak tercapai,
Lelahku tidak bersambut,

Tatkala pancaindera menggugah,
Nafas terasa sempit,
Aku cuba bertahan,
Atas sandaran harapan.

Terus mengejar bayanganmu,


Sudah tersadung, 
Aku bangkit kembali.


Terus mengejar bayanganmu,

Pabila terluka,
Kubalut dengan pura-pura.

Terus mengejar bayanganmu,

Tatkala hati ditoreh kecewa,
Kutitip dengan air mata.

Terus mengejar bayanganmu,

Tiba waktu langkah longlai,
Aku ampuhkan dengan harapan.

Terus mengejar bayanganmu,

Sampai saat akhir,
Aku cabut panah derita yang tertanam.

Baru tersedar.

Aku menggapai bebayang, 
Yang tidak mungkin dapat aku genggam.

Aku berhenti;.

Dan aku lepaskan bebayangmu pergi. 

Supaya jiwaku tidak terbelenggu lagi.


79:37
79:38
79:39
79:40
79:41

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.


(An-Naazi'aat:37-41)




Bersabar dan bersolatlah duhai jiwa-jiwa yang sedang bertarung dengan rasamu yang sukar dimengertikan...






Tuesday, July 9, 2013

Saya ingin jadi public figure yang cantik!

Bismillah. Assalamualaikum.


"Akak, saya ada satu masalah. Saya suka tengok artis2 dan perempuan yang cantik dan bergaya di blog. Saya suka baca blog, fb, dan insta artis dan vlogger, blogger yang sememangnya cantik dan banyak followers. 

Setiap kali tengok mereka, saya akan berasa rendah diri dan banyak lagi kekurangan yang saya ada. Saya rasa nak jadi cantik seperti mereka, bergaya, disenangi ramai orang. Kadang-kadang hati saya rasa sakit dan cemburu. Saya tak cantik kak. Dan saya pun tak kaya untuk beli branded stuff macam mereka. 

Saya tahu benda ni tak patut, saya tak boleh dengki. Tapi saya tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan ni. Saya nak sangat2 jadi macam mereka....."


-Adik xxxx-




Izinkan saya kongsi hal ini di sini.

Apabila memikirkannya, saya rasa sangat kasihan pada adik yang bertanya ini.

Sebab rasanya saya juga pernah alami konflik yang serupa. Menyakitkan.

Kita tahu dan sedia maklum bahawasanya secara fitrah wanita memang suka akan keindahan, suka bercantik-cantik, menyukai harta, serta gemar dipuji.

Maka apabila kita tidak dapat mencapai semuanya dalam kehidupan ini, hati kita akan berasa tidak puas,resah dan gelisah. Ibarat membakar diri sendiri.

Apatah lagi bila kita melihat akan wanita-wanita lain yang kelihatan sungguh cantik, baik, anggun, banyak barangan serta pakaian yang bagus, lifestyle yang seronok serta dipuji dan diminati ramai orang.

Saya melihat fenomena ini mungkin terjadi kerana sekarang sudah ramai yang mempamerkan kehidupan, barangan yang dimiliki, wajah yang cantik, gaya hidup yang 'kelihatan' sangat indah dengan dihiasi barangan2 idaman yang menarik. Segalanya dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui.

Tidak. Saya tidak menyalahkan mereka. Saya juga tidak berhak menuduh sesiapapun mengupload apa2 sahaja untuk menunjuk-nunjuk. Nilainya itu hanya ALLAH yang berhak mengadili. Dan semua tersebut mungkin ada tujuan tersendiri yang murni. Asalkan tidak melanggar syariat, maka biarkanlah.

Cuma yang menjadi persoalan adalah, apakah kesannya pada kita yang melihat?

Duhai adik, jikalau adik merasakan bahawa dengan melihat gaya hidup mereka, wajah mereka, gaya mereka, 'kesenangan' mereka, serta segalanya yang tampak indah tentang mereka itu boleh membuatkan hatimu gusar, maka tanyakan pada dirimu duhai adikku, apakah nilai kebahagiaan yang telah dikau gariskan dalam kehidupan?

Kesenangan yang hakiki adalah dengan menjadi muslimah yang taat pada ALLAH.
Ketenangan hati hanya boleh diraih dengan kasih-sayang ALLAH,
Ketenteraman jiwa hanya boleh dipupuk jika kita meletakkan dunia di atas tangan dan bukan dalam hati.

Buat diriku, adikku, serta muslimah di luar sana. Jikalau merasakan melihat atau membaca itu semua boleh membangkitkan sebarang 'rasa' yang tidak sepatutnya dalam jiwa kita, memarakkan api cemburu, menyalakan ketidakpuasan hati akan apa yang ALLAH telah anugerahkan pada kita,

Merasakan diri kita lebih rendah kerana kita tampak zahirnya kurang cantik, kurang famous, kurang harta, kurang gaya berbanding mereka, maka berhentilah daripada perbuatan itu.

Hentikan perbuatan stalk fb, blog, insta, atau apa2 sahaja yang boleh membangkitkan rasa itu, kemudian beristighfarlah pada ALLAH.

Hati kita sedang digolakkan oleh keasyikan dunia serta segala keindahannya yang tidak kekal.


Tips daripada akak ialah:

1) Mohon ampun daripada ALLAH, cepat2 beristighfar.

2) Tuntut ilmu agama sebanyak-banyaknya. Kalau kita mengetahui hakikat yang sebenar, inshaaALLAH kita akan celik bagaimana ingin mencari bahagia sebagai seorang muslimah.

 Kita akan tahu definisi bahgaia seorang muslim dan mukmin bukan pada apa yang digenmggamnya di dunia, tetapi apa yang ditanamkannya di dalam hati yang ingin dibawa apabila menghadap ALLAH nanti.


3) Bergaul dengan sahabat2 yang baik. Yang sering mengajak dirimu ke majlis ilmu (bukannya shopping mall semata), bukan yang sering berbincara tentang artis, gosip, lelaki serta fesyen2 terbaru, yang akan menegurmu tika solatmu selalu di hujung masa, yang akan mengingatkanmu saat kau mula terleka dengan dunia.

Mereka ini  mungkin tidak secantik model2 atau figur2 yang dikau jumpai di laman maya, namun inshaaALLAH mereka akan menjadi penyejuk hatimu.


4) Sentiasa bersyukur dan penuhi masa dengan mencari ilmu dan mentadabbur al-Quran. Apabila masa tidak dipenuhi dengan perkara bermanfaat, maka ia pasti dipenuhi dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Perkara yang tidak bermanfaat akan menyebabkan jiwa resah dan dahaga.

5) Perlu cipta definisi bahagia dan cantik mengikut al-Quran dan sunnah.

6) Perlu yakin dengan diri sendiri.

Akhirnya, secara sejujurnya akak memahami apa yang dirasakan olehmu duhai adikku.

Ia merupakan perasaan yang akan terbit apabila kita terlalu menyerahkan hati untuk dimamah oleh keindahan dunia.

Jadilah dirimu muslimah yang sentiasa ingat dan sedar bahawa hidup ini hanyalah persinggahan.

Carilah kecantikanmu dalam kepuasan solat serta menghayati kisah-kisah perjuangan sahabiah yang hebat.

Menghayati kisah2 serta sirah2 mereka akan membuatkan kita rasa kerdil secara yang sepatutnya. Ia akan menyebabkan kita rasa yang kita masih belum cukup amal  belum cukup berilmu, serta belum cukup berusaha untuk mendekati ALLAH lagi.

Maka inshaaALLAH kita akan berusaha menambah ilmu serta amal.

Bukannya menambah cantik, menambah harta, menambah itu dan ini untuk mendapat pengiktirafan manusia.

InshaaALLAH apabila kita menyibukkan diri dengan perkara yang  bermanfaat, maka kita akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.

Yakinlah dengan dirimu, duhai muslimah. Selagi ALLAH ada dalam hatimu, inshaaALLAH dirimu akan menjadi insan yang paling bertuah.

Jangan merendahkan diri sendiri atas apa sahaja kekurangan dari sudut keduniaan, material yang engkau miliki bukanlah penentu kebahagiaan yang abadi.

Kecantikan yang sering engkau cemburui, bukanlah itu yang menjadi tempat jatuh nilaian Ilahi.

Gaya terkini yang sering kau cuba  untuk ikuti, tiadalah itu yang akan mencampakkan rasa puas hati dan yakin diri.

Yakinlah dengan janji-janji ALLAH buat muslimah yang dicemburui para bidadari.

Penuhi jiwamu dengan kalam Ilahi, alirkan segenap air matamu untuk perjuangan mendapatkan redha ALLAH.

Maka itu akan membuatkan kau lebih tinggi,

Walaupun kau hanya mengenakan sehelai tudung serta jubah kosong yang tidak langsung dipuja puji oleh manusia, serta kau tidak langsung dikenali.

Berbahagialah kerana kau seorang muslimah!




Moga kelam ini, tampak bersinar di sisi Ilahi...InshaaLLAH.

~pics from google~



Sunday, July 7, 2013

Bantulah saya...bantulah saya..!!

Bismillah. Assalamualaikum.



Dua hari yang lalu, saya melalui satu proses perjalanan yang agak mendebarkan. Ia perjalanan Shah Alam-Melaka-Kelantan.

Dalam perjalanan tersebut, ada terselit satu cerita menarik.

Yang menggambarkan kebesaran ALLAH, yang sentiasa mendengar rintihan hambaNYA.
Yang sentiasa ada saat kita perlukan bantuan.
Yang sentiasa menjadikan kehidupan kita jadi indah dengan memikirkan segala hikmahNYA.

Ceritanya begini.

Saya ada forum di UiTM Melaka, sebelah malam. Keesokan harinya mengikut perancangan saya akan pergi ke Kelantan. Menaiki bas, dan bukannya flight.

Saya membayangkan perjalanan yang panjang, maka saya merancang untuk bertolak pagi dari Melaka, dan inshaaALLAH sampai di Kelantan pada lewat petang.

Nazima akan bersama saya di situ.

Program Raudah di Hatiku yang perlu saya hadiri akan diadakan pada keesokan harinya.

Ia perancangan yang saya atur.
Dan ALLAH jua ada perancangan yang diaturNYA. Pasti itu lebih baik lagi.

Apabila saya ingin membeli tiket di Melaka, ternyata tiket ke Kelantan tiada. Salah saya jugak sebab tidak survey awal2. Lantas saya pun membeli sahaja tiket ke Kuala Lumpur, jam 8.45 pagi dari Melaka.

Saya fikir, dari Kuala Lumpur saya akan mengambil bas untuk ke Kelantan, ataupun jika tidak maka saya perlu ke KLIA/ LCCT untuk menaiki flight.

Jam 9.00 saya bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Dalam bas, saya text Nazima. Nazima bagitau saya bahawa bas ke Kelantan hanya ada pada sebelah pagi dan malam sahaja.

Saya sudah menarik nafas panjang. Memikirkan perubahan rancangan.


Jam 11++ saya sampai ke TBS.

Sambil kaki melangkah laju, saya memikirkan apakah yang perlu saya buat. Saya tidak tahu bagaimana hendak ke stesyen putra, saya belum pernah sampai ke situ. Bahkan saya juga dihadapkan dengan kemungkinan (besar) yang bas ke Kelantan hanya akan ada pada sebelah malam.

Saya sudah terlepas bas sebelah pagi.

Sambil berjalan, hati ini tidak henti2 berharap, memulangkan segala pergantungan pada ALLAH.
Saya hanya mampu merancang mengikut apa yang saya rasakan terbaik, namun hanya ALLAH yang mengetahuinya.

Saya mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Stesyen putra.

Kaki saya melangkah ke kaunter KTM dan bertanya bagaimana untuk ke stesyen Putra.

Ya, boleh ke sana dengan menaiki KTM. Saya cepat2 membeli tiket. Tunggu KTM selama hampir 15 minit.

Dalam pada menunggu, otak saya masih ligat berfikir bagaimana..bagaimana...bagaimana...

Rasanya, jika betul2 bas tiada, sama ada saya perlu menunggu bas di sebelah malam ataupun saya perlu menaiki flight kesana.

Alamak, pasti kempis dompet saya beli tiket flight on the spot tanpa sebarang pilihan.Lagi pula, saya akan menaiki flight lagi sekali minggu depan. 'Lari'lah budget saya...sob..sob..(kedekut..haha..)

Kalau saya naik bas sebelah malam pula, saya akan sampai ke Kelantan pada sebelah pagi hari program tersebut. Tidak boleh, terlalu tergesa-gesa buat saya.

Namun dalam pada otak ligat memikirkan perancangan, hati yakin ALLAH akan membantu. Mungkin ini sedikit 'ruang' ALLAH hadiahkan untuk saya berfikir dan kembali memperbaharui dan muhasabah niat saya untuk ke sana.

Dalam keadaan begini, sesiapa sahaja pasti akan kembali benar2 pada ALLAH, memohon sungguh2 padaNYA agar dikurniakan pertolongan. Menyerahkan sepenuh tawakkal padaNYA yang menggenggam seluruh urusan langit dan bumi.

"Hanya padaMU aku bertawakkal Ya ALLAH, Engkau mengetahui apakah tujuanku Ya ALLAH, maka aku serahkan padaMU segala urusanku yaALLAH, kurniakanlah segala yang terbaik Ya ALLAH. Jika terdapat khilaf pada niatku Ya ALLAH, maka aku memohon keampunan serta petunjukMU.

Saat ini dan saat bila2 pun, hanya Engkaulah tempat hambaMU ini bermohon. Aku bersendirian Ya ALLAH, namun aku tahu Engkau sentiasa ada melindungiku, malaikatMU sentiasa ada di sisiku, memerhatikan segenap urusanku. "


Tempoh waktu menunggu tren datang dan perjalanan untuk sampai ke  destinasi memberikan ruang yang cukup untuk saya menyedari hakikat diri yang kerdil ini.

Saya melangkah ke mana-mana pun semuanya adalah dengan Izin ALLAH.
Yang melembutkan hati ibubapa saya untuk mengizinkan anak perempuan mereka ini ke sana ke mari pun adalah ALLAH. (Saya tahu mama dan abah mengizinkan, namun tetap jua berbelit kerisauan.

Yang melindungi perjalanan saya selama ini adalah ALLAH.

Segala-galanya di bawah kekuasaan ALLAH!

Setelah sampai ke hentian putra, saya bergegas ke ke stesyen bas.

Di manakah stesyen bas??

Saya lansung tidak tahu. Lantas, saya ikut sahaja susur jalanan berbumbung.

Alhamdulillah,saya lihat bas berderet di tepi jalan. InshaaALLAH, Inilah destinasinya.

Ada banyak bas berderet di tepi jalan, dan sempat juga saya tersengih melihat bas R*ng*t yang berwarna hijau turut berada di situ.

Banyak sungguh kenangan bersama bas tersebut ketika di UiTM.. hihi...

Bas-bas tersebut nampaknya sudah ingin bergerak. Babai bas, semoga selamatlah sampi ke destinasi.
Nasib saya belum tentu lagi. Adalah waktu ini saya akan turut bergerak ataupun tidak?tskk...


Harapan yang masih samar-samar. 


Saya semakin pantas melangkah menuju ke bangunan tempat jualan tiket,
Harap-harap adalah bas .... Ya ALLAH, 'ada'kanlah bas untuk ke KB tengah hari ini.


Saya melangkah dan terus melangkah, tidak menghiraukan kiri dan kanan lagi, namun tiba-tiba.....





"Adik, adik nak ke KB ke???!!!"


Langkah saya mati. Tercengang.


Saya memandang sebelah kanan, 



Adik nak pergi KB??!!"



Daripada bas R*ng*t yang saya 'ketawa'kan tadi, seorang pakcik memandang saya. Beliau yang melaung bertanya.


Allahuakbar...Allahuakbar....



Sambil berdiri statik sambil hati berdebar-debar, saya bertanya meminta kepastian.




 "Bas ke Kota Bharu??"

"Ya dik, nak pergi KB? Ada lagi satu seat kosong."

"Cepat dik, bas dah nak jalan dah ni."


Allahuakbar! Alhamdulillah!

Saya pun 'memecut' ke arah bas terbabit. Dalam pada itu, hati ini rasa ngilu dan terharu. Selepas membayar tambang RM 40, saya pun masuk ke dalam bas. Saya duduk di seat paling hadapan. 

Tidak kisahlah duduk di mana2 pun, yang penting saya dapat bas ke Kelantan. Kalau diikutkan, duduk di bawah pun saya sanggup, pakcik!! 

Hati saya rasa tersangat sayu, sedih, gembira, dan pelbagai lagi.Rupanya bas tersebut terlewat 'berlepas' dari Shah Alam kerana jalan sesak. Dan terlewat pula sampai ke stesen putra. Mereka sepatutnya sudah bertolak ke Kelantan seawal jam 8.30 pagi lagi.

Ia bukan kebetulan. Saya yakin ia bukan kebetulan, melainkan perancangan ALLAH Yang Maha Mengasihani.

ALLAH MAHA HEBAT, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI.
dan ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG.

"Hanya padaMU kami bertawakkal ya ALLAH".

Dan ALLAH jua yang mengizinkan pakcik tersebut 'approach' saya, kerana saya takda pula saya tampal apa2 "papan tanda' tertulis "Saya ingin ke KB" ataupun "Bantulah saya" di badan.





       
Saya tidak tampal 'signage' ini di badan, tetapi ia terpaku di di dalam hati
~pics by google~







Ia bukan kebetulan, melainkan ALLAH yang menggerakkan lisan beliau.Menggerakkah hatinya untuk memanggil dan bertanya.
Ia bukan tidak sengaja, bahkan ALLAH lah yang mengizinkan beliau terlihat akan saya.



Allahuakbar, sesungguhnya ALLAH menyambut rintihan  "bantulah saya" yang  bergema di dalam hati hambaNYA!







p/s: ALLAH Maha Hebat, kita sebagai hamba tidak punya apa2 kudrat melainkan dengan izinNYA.
     - Lagi sekali kenangan penuh pengajaran dengan bas. bas...bas..Daripadanya saya belajar banyak   perkara. Alhamdulillah :)




Monday, July 1, 2013

Uncle Bobss

Bismillah. Assalamualaikum.

Disclaimer [Post ini TIDAK ditaja oleh syarikat Uncle Bob]- lol




Gambo hok sedakk ni kome pinjam ket gugel<---loghat p="" pahang="">
(Gambar yang sedap ini saya pinjam kat google)







Sedang dalam perjalanan balik dari fakulti, saya berjalan bersama kawan.


Kami bersembang-sembang sambil melangkah dengan kelajuan sederhana, kerana kelibat bas masih belum kelihatan.

Kami berbicara fasal hidup, dan terus melompat kepada topik makanan. ( Hidup=makan)

Apabila saya memberitahu kawan bahawa baru sekali sahaja saya pernah beli ayam 'Uncle Bob' seumur hidup ini, beliau kelihatan sangat terkejut mendengar pernyataan tersebut.

Dengan perasaan terkejut yang masih tersisa, beliau berkata " aku hampir hari-hari beli ayam Uncle Bob, baru malam tadi makan..hikhikhik.."


Saya tersengih sahaja.



Entah, bagi saya semua ayam adalah sama. Mereka berhak dilayan sama rata begitu.

Namun sebagai manusia, ada yang suka ayam masak merah, ayam panggang, ayam masak lomak cili api, ayam KFC (demand),ayam Uncle Bob, ayam kampung, dan lain-lain lagi.


Begitulah kita dicipta dengan kelainan.

Yang pasti, semua kelainan adalah dalam aturan ALLAH, bersebab dalam rancanganNYA yang rahsia.

Ianya indah dan tidak perlu dipertikai.

Termasuk dalam rahsia pembahagian rezeki oleh ALLAH.

Kadang2, kita berasa hairan apabila ada beberapa kedai yang berdekatan antara satu sama lain, menjual barangan yang hampir sama, dengan harga yang hampir sama, dan keramahan/kecomelan pekedai yang hampir sama, namun masing2 ada pelanggan tersendiri setiap hari.

Para pelanggan yang secara rawaknya masuk ke setiap kedai.

Ia semua pasti diatur ALLAH.

ALLAH mengatur rezeki buat setiap hambaNYA.


Itulah asas keyakinan yang dipegang oleh Imam Hassan al-Basri tatkala ditanya akan rahsia zuhudnya.







"Aku yakin rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, 
kerana itu hatiku sentiasa berasa tenang."


Allahuakbar.

Rasanya saya mengerti, mengapa kita dicipta berbeza.




Kerana di saat rakan saya membayar RM5 untuk sebungkus ayam di gerai Uncle Bob, penjual di kedai makanan berhadapan tersenyum menerima RM5 untuk nasi ayam yang saya beli di kedai beliau...




Indah aturan ALLAH Yang Maha Hebat.