Tuesday, December 27, 2011

Muslimah, jangan cepat mengalah!

Epal yang terstimewa..
Biar tak dipetik sesiapa, namun setia dan sabar menanti di tempat yang selayaknya..:)
~setangkai epal dicantas dari google~



Assalamualaikum.


Waaa..lama rasanya dah tak cot cet cot cet kat sini. Hari ni, mukaddimahnya nak bercerita dulu, tapi ni bukan cerita saya sendiri, tapi saya baca eh, ataupun saya pernah dengar kot.Dah tak ingat sumbernya dari mana, tapi saya nak share, mungkin ada yang dah pernah dengar. Satu cerita indah dan istimewa, tentang perempuan dan epal...


Dekat satu kebun epal ni, ada baanyaakk pokok epal. Dalam banyak-banyak pokok epal tu,ada sebatang pokok epal yang istimewa.Dan dekat pokok epal tu pulak terdapat banyak buah epal yang menggiurkan (ayat takleh blah..haha)... Apabila angin bertiup, ataupun mana-mana binatang seperti kambing menggoncang batang pokok epal tersebut, maka buah epal banyak-banyak tu pun luruh, dan tuan kebun epal tu dan juga pelanggan beliau yang lain akan datang mengutip buah epal tersebut untuk dimakan, dibuat pai, ataupun dijual di pasar malam dan dihantar ke pasaraya besar seperti Giant dan Tesco.

Selalunya apabila angin bertiup, dan kambing datang untuk menggoncang pokok-pokok epal, tuan kebun dan para pelanggan akan suka hati kerana banyaklah epal yang dapat mereka jual dan nikmati, mereka turut memetik epal-epal yang masak ranum di bahagian pokok yang agak rendah dan mampu dicapai dek tangan, namun...dalam banyak-banyak buah epal yang bergayutan di pokok epal tersebut, ada sebiji epal yang letaknya nun jauh di atas pokok. Buahnya cantik dan kelihatan enak sekali, namun dek kerana kedudukannya yang begitu jauh di atas pokok, dan dilindungi pula oleh daun-daun yang merimbun, jarang sekali ada yang sedar akan kehadirannya, kalau ada pun, mereka malas ingin mengambil epal tersebut kerana kedudukannya yang agak jauh dan sukar untuk dicapai oleh tangan. Jika angin bertiup dan kambing datang menggoncang pokok tersebut, buah epal tersebut tidak pernah terjatuh dan luruh.

Epal ni pun apa lagi, walaupun pada mulanya epal ini berasa selesa dengan kedudukannya dan tidak kisah walaupun tidak dipetik atau dikutip oleh sesiapa, namun lama-kelamaan epal inipun mulalah berasa bosan. Epal ini mula dihinggap perasaan cemburu tatkala melihatkan kawan-kawan epalnya yang lain dikutip oleh tukang kebun dan orang ramai.

*Yang ni saya tambah sendiri untuk mendapatkan lebih 'feel'.

Kemudian, setelah tak tertahan rasa hati epal ini, maka si epal ini mengadu nasib kepada sang daun dan dahan pokok epal. Kata si epal "Duhai encik dahan dan puan daun, alangkah sedihnya hati saya ini, kerana sejak sekian lama, tiada sesiapa yang sudi memetik saya, bahkan kambing juga nampak gayanya tidak sudi untuk menggoncangkan dahan ini sehingga saya luruh dan dikutip oleh tukang kebun.

Encik dahan dan puan daun pula cuba menyabarkan dan memberi motivasi kepada sang epal yang sedang berduka dan kecil hati tersebut. Kata Encik dahan: "Aduhai epal, usahlah kau bandingkan nasib kau dan kawan-kawan kau yang lain itu, pasti ada hikmahnya kau berada di situ. Sudahlah epal, jangan buat muka cemberut begitu, tak baik kita berkeluh kesah. Lebih baik kita berzikir dan menghargai hidup kita seadanya."

Puan daun pula menyambut kata-kata encik dahan. " Betul kata dahan tu epal, bersabarlah berada di atas tu, pasti ada sesuatu yang istimewa dengan diri kau, kau bukannya tidak cantik, bahkan aku rasa kaulah epal yang paling molek di sini kerana kau telah dilindungi oleh aku. Aku senantiasa melindungi kau dari habuk-habuk dan debu, sebab itulah kau begitu bersih dan terjaga sekali. Eh,eh, tapi jangan pula kau riak dengan pujian aku ni.. Sebaiknya kau teruskan hidup dengan ceria, kerana aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan hadir memetik kau. Jangan risau ya duhai epal..

Walaupun sudah berlambak nasihat yang dilontarkan oleh daun dan dahan kepada epal, namun jauh di sudut hati epal, masih lagi ada kerisauan yang bergayutan. Beliau bimbang jikalau sehingga tua kerepot pun tiada sesiapa lagi yang muncul untuk memetiknya, lantas pada suatu hari, dek kerana tak tertahan lagi rasa hati epal terbabit, beliau akhirnya meluruhkan dirinya...

Dan begitulah.. epal tersebut dikutip oleh tukang kebun dan dijual olehnya di pasar malam. Walaupun pada awalnya epal tersebut merupakan epal yang istimewa, namun kerana dia dikutip sekali dengan epal-epal lain yang luruh mencium tanah, epal tersebut turut dilonggokkan untuk dijual. Tiada keistimewaan lagi, sirna sudah segala-galanya, begitulah berakhirnya riwayat sebiji epal yang istimewa...

Begitulah kita, duhai muslimah.. mungkin ppada mulanya kita benar-benar menjaga diri, cuba melindungi diri daripada perkara yang tidak sepatutnya, sehingga mengundang rasa 'gerun' atau mungkin 'hormat' pada kaum adam, sehingga tiada yang berani mendekat, mahupun menghulur cinta kepada kita. Ya, kita selesa dan suka dengan keadaan tersebut, namun mungin jauh di sudut hati, terselit juga rasa ingin mencintai dan dicintai, tambah-tambah lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang seusia dengan kita sudah pun mempunyai teman hati masing-masing, dan yang mesra dan pandai bergaul juga disenangi oleh kaum adam yang lain.


Tapi kita tetap begini.. Mungkin buat sedetik waktu kita boleh bersabar untuk menjaga diri, namun lama-kelamaan apabila bisikan syaitan dan desakan nafsu, diiringi dengan keinginan fitrah yang tidak kita didik dengan telus, kita mula mendedahkan diri sedikit demi sedikit, semakin lama, demi untuk mendapatkan perhatian sang adam, kita rendahkan tahap penjagaan diri kita.. Semakin lama, semakin rapuh dahan tempat kita berpaut.. dan akhirnya... Jatuhlah kita..Na'udzubillah..


Sedih kan..isk..isk.. Cerita ni sedih sangat..:(


Tapi kalau cerita ni korang rasa tak best, salahkan saya, sebab cerita ni seingat saya sangatlah menyentuh hati, tapi apesal bila saya tulis, bila baca balik tak rasa macam sedih sangat?? Oh, nampaknya jari-jemari saya memang tak berbakat betullah nak tulis-tulis ni..


Apa yang paling penting ialah apakah mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni.

Tentang seorang muslimah, yang pada mulanya sangat-sangat menjaga diri. Namun semakin hari berlalu, tatkala melihat wall fb kawan-kawannya dipenuhi dengan ucapan dan komen dari kaum adam, dan mungkin juga melihat kemesraan temannya itu dengan si dia yang berkongsi 'kasih', sebagai remaja mungkin terusik juga perasaannya untuk mengasihi dan dikasihi. Mungkin juga terusik keinginannya untuk menjadi kawan-kawan, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki. Terusik juga jiwa mudanya untuk menjadi perhatian sang teruna.. Kerana selama ini dia menyepikan diri, kerana niat awalnya, untuk menjaga diri, menjadi muslimah yang dirahmati.


Lama-kelamaan, muslimah ini pun sedikit-sedikit sudah mula berani memulakan perbualan dan cuba merapatkan diri dengan sang adam, walaupun tiada tujuan yang penting dan berkenaan. Muslimah ini juga sudah berjinak-jinak berbalas-balas komen dengan 'sahabat' lelakinya di alam maya, biarpun tiada bertujuan dan untuk rakan-rakan seangkatan, ganti nama ana-nta digunakan untuk mengurangkan ketidakselesaan.


Semakin lama, semakin ramailah kaum adam yang menghampiri kerana si muslimah ini sudah pun membuka sedikit demi sedikit ruang dalam hidupnya. Daripada seorang muslimah yang sepi, dia kini menjadi sebutan dan igauan dan syaitan serta nafsu berkolaborasi membisikkan rasa keindahan.. Ya, indah nya menjadi dambaan sang jejaka, dan indahnya apabila diri ini menjadi sebutan, dan menjadi perhatian.. Na'udzubillah..na'udzubillah... Indah bila yang sudah berikrar ingin menyesatkan anak adam hingga kiamat tiba tu telah menghasut fikiran kita, hingga yang mungkar dia 'cover' bagi nampak best je semua..


Tapi seriously, apabila seorang muslimah ni sepi, i mean in term of pergaulan dengan kaum lelaki, inshaALLAH selamat, namun pada masa yang sama jangan mudah berasa selesa, dan perjuangan untuk itu bukanlah mudah, dan terpaksa pula berperang dengan perasaan sendiri.


It's so true apabila kadang-kadang mungkin akan terdetik juga even sedikit rasa ingin juga beramah-tamah mesra dengan kaum yang berlawanan jenis, dan sembang-sembang, lepak-lepak dengan mereka. Yelah, kata member.. Lain gender pulak tu, kalau sembang-sembang, sharing idea, mesti banyak perkara boleh diperkatakan. From just one side point of view, dah jadi dua.


Tapi itulah, saya tak kata semua itu salah. No, it's not totally wrong, tetapi ada batas-batas yang sangat perlu diambil kira. Jadi untuk berhati-hati lebih baik jangan buka sebarang ruang terus. Macam bajulah, kalau koyak berlubang kena gigit lipas. Mula-mula kecik je koyaknya, tapi lama-lama kalau dibiar tak berjahit, mau jadi besar dan akhirnya koyak-rabaklah baju tersebut.


Takutlah, kalau mula-mula kita cuma berkirim salam dan bertukar senyum sahaja, tetapi khuatir kalau kita mulakan sebarang perbualan tanpa tujuan, lama-lama boleh hanyut. Still, it's not easy nak kekang or halang benda-benda macam tu, especially bila ada antara kawan-kawan yang kurang jelas dan kata kita sombong, tapi itulah sebenarnya 'sedikit' test buat kita. Cara pendekatan untuk setiap orang berbeza mingikut kefahaman, ilmu dan persekitara masing-masing. Yang mana mampu kita jelaskan, kita jelaskanlah, dengan cara yang paling baik dan berhikmah. Natijahnya belakang kira, itu semua hak DIA nak campakkan kefahaman, ubah hati apa semua.


Personally, kalau bagi saya (ni nak masuk mod luahan hati sikit.) memang tak mudah. Contohnya kalau kita ambil inisiatif tak friend ngan boys kat fb. Mungkin sebab itulah, nak menutup sebarang ruang pergaulan yang tidak sepatutnya di alam maya. Tapi mungkin bagi sesetengan orang, ada yang faham, tapi ada sesetengan yang tidak. Ada yang boleh terima, dan tak kurang juga yang tuduh kita bajet baik, sombong, arrogant, kata "yelah..aku taulah aku tak layak nak kawan dengan kau" lah..etc..etc.

Alahai.. It happens most of the time. Bukan semua orang sama, kita kena faham itu, so try berlapang dada dan cuba jelaskan sebaiknya. Jangan sampai kerana tindakan kita, orang lihat islam itu tak best sudahlaa.. tapi kalau kita dah buat yang terbaik untuk fahamkan, tapi dia ynag masih tak nak faham-faham nak buat macam mana kan. We've tried our best, and let Allah grant him for what he deserves for..inshaAllah!

Tidaklah saya kata unfriend dengan boys itu adalah salah satu caranya. Tidak. Itu cara saya sendiri, masing-masing ada cara masing-masing, dan kita kena saling menghormati dan meraikannya. Saya juga tak kata yang friend dengan lelaki itu is a level below than saya, tak. tak sama sekali. Terserah bagaimana cara masing-masing.

Saya guna cara tu sebagai salah satu perisai kerana saya sendiri masih ragu-ragu dengan 'sistem pertahanan' diri saya, macam mana kalau saya friend dengan lelaki, dan tiba-tiba ada yang nak chat dengan saya, without any urgent matter, saya tak yakin adakah pada ketika itu saya cukup kuat untuk menolak pelawaannya, dan adakah saya cukup ampuh untuk menahan diri daripada berbalas komen yang tidak penting dengan boys. Still, walaupun di alam maya, namun sama sahaja batasannya, anatara lelaki dan perempuan, ada garisan yang membataskan. Dan dalam usaha untuk menahan diri daripada melangkaui 'garisan' tersebut, rasanya unfriend dengan lelaki terus adalah salah satu caranya untuk diri saya. Saya ulang; diri saya. Setiap orang, punya cara masing-masing, lakukanlah apa sahaja, asalkan matlamatnya untuk DIA, dan tidak meyalahi syariatNYA. :)

I'm not saying that i'm good. No. We'll never be good enough. All we can do is trying to be good. Always, try to be a better muslim, sebab Allah pinjamkan kita nyawa untuk setiap hari baru bukanlah untuk kita persiakan, tetapi Allah bagi pelung untuk kita perbaiki yang mana kurang. It's not about the level of perfection yang kita kejar, tetapi bagaimana usaha untuk jadi perfect itu yang kita cuba tingkatkan. We'll never be perfect, and we all know that, so jangan putus asa! All we need to do is keep on upgrading ourselves, not to satisfy other people, but to be a better servant to HIM.

Ke mana pun kita sudah menyimpang, pasti ada jalan pulang ke jalan yang sebenar. That's how we live. That's Allah's greatest love. Sentiasa je ada pelung untuk berpatah balik, get back on track. Bezanya dengan kisah epal itu tadi dengan real life kita adalah: Epal kalau jatuh atau gugur dari pokok, dah tak boleh dah nak dok balik kat pokok, melainkan kita sendiri yang pi lekat balik guna gam gajah..haha.. tak lawak..

Tapi kita, jauh mana pun kita tersasar dan sedalam mana pun gaung yang kita terjatuh di dalamnya, Allah is still there, He always give us a chance (or should i say chances and more chances, because we keep on doing mistakes, repent, do it again, and repent again) to be on the right path..Subhanallah..Indahnya Rahmat dan kasih sayang Allah..

So, kita janganlah mudah mengalah. Semoga Allah tetapkan hati kita. Saya tau, saya juga rasa, perjuangan melawan 'rasa' ini bukan mudah. Nak2 pulak dalam dunia yang serba canggih ni. mudahnya kita terdedah dengan semua perkara yang boleh buat pertahanan kita luruh.

Malunya dengan sahabiah2 nabi dahulu.Jiwa mereka kental sangat, bab2 perasaan ni tak jadi masalah lah, fikiran dok tumpu macam mana nak bangunkan Islam dan pertahankan aqidah sahaja.. Semoga Allah teguhkan tapak pendirian kita, semoga Allah memilih kita untuk mewarisi semangat serikandi-serikandi islam yang jiwa mereka sungguh kental untuk mempertahankan kehormatan diri dan agama. Muslimah, terutamanya yang tengah dok menulis dengan begitu banyak typo ni, jangan mudah mengalah! Jalan berliku di hadapan, kita tempuh dengan penuh pengharapan akan sinar pancaran ar-Rahman..



Sebenarnya di hujung cerita epal itu ada satu kata-kata yang bermakna, iaitu:


Hanya dia yang benar-benar gagah dan terpilih sahaja yang akan hadir, buat memetik epal istimewa di tempat yang tinggi tersebut.


Jadi epal, bersabarlah..Satu masa nanti, pasti akan ada jua yang benar-benar berani tampil memetikmu! Tapi jika tiada pun, jangan bimbang, apa yang penting duhai epal, bagaimana kau telah menjagfa dirimu sebaik mungkin, dan menanti dengan penuh sabar dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan dirimu dan menyerah kalah! :)


Semoga Allah merahnati kita semua. Muslimah2 sekalian, saya sayang anda semua, marilah kita sama2 mohon kekuatan dariNYA, agar apa sahaja yang kita lakukan, tidak melampaui batas syariatNYA, dan sejahtera buat hati kita.


p/s: Kalau ada apa2 salah dan khilaf, saya dambakan kemaafan dan teguran.
Dan buat kamu2 yang baik dan dirahmati Allah sekalian, jika nampak saya sudah 'lain macam' sahaja, tolonglah tegur saya, ya. Manusia ini perlu selalu diingatkan, dan semoga dengan ingatan-ingatan yang diberikan, kita akan terus hidup dalam bi'ah yang solehah..InshaAllah.

3 comments: