Tuesday, November 22, 2011

Sahabat, awak sangat menjengkelkan.

Gambar macam biasa..Google lagi dan lagi..



Assalamualaikum.


Ini dia datang entri panjang berjela. Kalau tak sanggup baca, maaflah ya. :)

Sebelum tu, nampak tak header baru tu? Tu wana qashim yang tolong buat. Menurut wana, sudah berzaman dia designkan header tu untuk saya, iaitu selepas saya buat entri pasal blog saya yang huduh dulu tu. Tapi semalam baru wana tolong tukarkan waktu kitorang duduk kat library. Nak harapkan saya, memanglah saya tak pandai. Saya suka sangat header tu. Walaupun wana tak pandai sangat pun melukis, tapi di hati saya header tu ialah header tercantik di duniaaaa.. Terima kasih wana!!!!!! :)



Baiklah, pernah tak korang alami situasi di mana korang nak tegur seorang kawan/sahabat ni, tapi serba salah dan taktau nak tegur macam mana sebab takut beliau terasa?


Kalau tanya saya, banyak kali je kot, terutamanya kalau ada orang mintak saya tolong tegurkan kawan dia (yang juga kawan saya) atas beberapa sebab2 tertentu, sebab dia kata "tolong yek, aku taktau macam mana nak tegur dia". Dan saya pun akan pening kepala jugak fikr cemana nak tegur budak ni.


So meh sinilah kita list down kan sikit bagaimana cara or teknik tegur menegur sayang yang boleh kita gunakan. So yang saya tulis ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Kalau ada yang tak setuju pun tade hal..



1) Bina hubungan baik dulu dengan dia. Ni paling penting ah bagi saya. Kalau kita nak tegur someone tu, kita kena lah betul kenal dia macam mana, dan bersahabat dengan dia, supaya dia senang dengan kita. Pernah tak korang tiba2 ada stranger tadang tegur eh awak, awak kena pakai stoking tauu.. sebab ikut mazhab syafi'e, kaki tu termasuk dalam kategori aurat. Awak taktau eh? Inilah saya nak bagitau ni.. bla..bla...


Even teguran dia tu takde guna ayat2 kasar yang boleh membuat kita sentap, tapi kalau kita tak kenal dia, tak ke pelik gitu? Sebab itulah penting kita kenal dulu, at least dalam kategori bila jumpa kat tengah jalan dah boleh saling bertukar senyum dan salam sambil berbasa basi "ada kelas ke?", " baru balik kelas ke?" "dah lunch belum?" dan seumpama dengannya. Tapi sepatutnya kalau bukan bertujuan untuk tegur sekalipun, memang patut kita saling kenal-mengenal sesama sendiri, apatah lagi dengan jiran tetangga dan rakan2 di level yang sama, supaya jika ada apa2 keperluan tidak perlu berjalan jauh, cuma laung " hoii orang bilik depan, nak pinjam selipar!, penyapu! heater! pensil picit! penyodok! berus gigi (ni tipu)..etc..etc..". ("^_^)


2) Seterusnya adalah kena faham dia macam mana. Ini dah lepas kenal, kita ambil tahu dia jenis jenis macam mana. Cepat terasa ke, hati batu ke, tak mudah nak terima teguran ke, kena tegur sikit mesti dah menangis ke, sesuai ditegur dengan kata2 atau tulisan ke, atau lain-lain. Ni penting supaya kita boleh tahu cara mana paling sesuai untuk kita approach dia. Sebagai contoh, kalau si A ni jenis yang mudah tersentuh melalui tulisan, kita tahu dia suka membaca dengan khusyuk, dan kalau baca puisi sedih2 tu, sampai boleh mengalir air mata dia sebab feel sangat, so kita mungkin boleh try bagi dia sepucuk surat berbau wangi dengan kata2 yang indah.


Jangan pulak mentang-mentanglah kita kata dia ni suka tulisan, kita assume dia akan suka walaupun kita tulis "eh ko ni badan berbau sebenarnye, dah lama dah aku bersabar. Asal duduk sebelah ko, mesti aku rasa cam nak pengsan, dan hidung aku seolah-olah cedera parah. Cube ko try apa2 produk bagi hilang sikit bau tu. Lagi satu, mandi jangan lupa sabun, pastu pakailah rexona ke, bedak baby ke taruk kat badan tu.Paling2 takde pun kau letak febreeze pun orait gak. Ridsect pun boleh..haha..pandai kan aku buat lawak? Oklah, sekian sahaja untaian kata untuk ko pada hari ini. Aku harap ko boleh terima ah teguraan aku. Aku tegur pun sebab aku sayang kat ko. Dan aku sayangkan hidung aku, tak larat dah nak mengadap 'haruman' ko hari2.Sekian.wassalam "


Kalau macam tu, jangan kata nak terima, silap2 hari bulan dia hempuk kepala kau dengan botol ridsect. Even cakap kita tegur sebab sayang dia lah, untuk kebaikan dia lah, dan apa2 lagi, tapi kalau cara tegur tu pun dah buat dia tersiat hati, bertambah teruk jadinya nanti. So kena hati2 okay? pilihlah ayat yang terbaik. Biar tulis banyak kali pun takpe. Asalkan outputnya ok.


Atau lagi satu, bagi hadiah pun okay. Yang ni yang saya selalu buat. Bukan mahal murah jadi ukuran, yang penting niat kita nak bagi pada dia. Senang. Biar hadiah yang berbicara. Tapi ni tak boleh ah untuk semua situasi. Untuk situasi dan permasalahn tertentu boleh, inshaAllah. Contoh kisah benar ek, ni bukan nak bangga ke apa, tapi cuma nak share, sebab Allah jualah yang pegang hati dia dan kurniakan dia hidayah. Sya cuma perantara sahaja. Waktu sekolah menengah, ada seorang kawan saya ni, dia couple. So kita sebagai kawan, tak mau ah tengok dia terus lemah longlai dek panahan asmara kan, tapi nak tegur secara berdepan tu macam tak berapa nak reti. Then, bincang punya bincang, fikir punya fikir, Allah bagi ilham, saya pun hadiahkan dia sebuah buku.


Alhamdulillah, dua tiga hari lepas tu, kitorang terserempak kat tangga, dan dia cakap " dibah, aku dah clash, aku taknak dah couple2 ni".. pastu dia nangis, dan saya pun nagis sekali.. sob..sob.. bukan nangis sedih, tapi nangis terharu. Allah je yang tahu perasaan saya waktu tu. Unexplainanble. Hebatnya Allah..Alhamdulillah. Sampai sekarang pun, bila terinagt balik momen tu, rasa nak nangis. Tengah tulis balik kisah tu pun sekarang ni, rasa nak nangis jugak.. Heh, itulah dia pompuan, nangis je kejenye.. kata sang lelaki.


3) Ni last dah rasanya. Lama pulak nak tulis lebih panjang, dan juling pulak mata korang nak baca nanti. Entah kenapa ya, saya tak reti nak menulis pendek-pendek. Kalau tulis pendek rasa macam maksud dia tak sampai, dan waktu tulis ni, saya sebenarnya rasa macam seolah-olah tengah bercakap. Tu yang jadi banyak, saya kan banyak cakap. Tapi banyak cakap sangat tak elok, tak bertapis-tapis. Jadi, baik saya tulis kat sini, tak payah cakap banyak. Diamm je tulis blog..hehe..masalahnnya bosan pulak kan korang baca panjang2.. maaf lah ye..


Satu perenggan dah ,mukaddimah sahaja. Oklah, yang last ni ialah kalau nak tegur sahabat kita ni, lagi satu jangan tegur dia di hadapan orang lain, tapi lebih baik tegur dia personally. Agar dia tak rasa malu dan kecik khati. Juga untuk menjaga keaiban dia, kalau yang kita tegur tu melibatkan perkara2 yang aib. Yang ni tak payah explain panjang kot, rasanya rata-riti dah sedia maklum. Mungkin kita boleh ajak dia di tempat yang sesuai, dan pada masa yang sesuai, sebagai contoh pada malam yang hening usai solat di surau, ataupun lain2 masa dan tempat yang dirasakan sesuai. Itulah yang penting kenal dia dan kecenderungan dia tadi tu.


Juga sebagai tambahan boleh kita masukkan elemen sentuhan. Ini boleh soothing dia kalau dia sedih.Yelah, mungkin lepas kita tegur dia, dia macam down tahu hakikat pasal diri dia yang selama ni dia tak nampak, jadi kita kena tenangkan dia, belai dia, genggam tangan dia, hug dia, lend her your shoulder untuk dia lap hingus, dan lain-lain. Tapi jangan lebih pulak sentuh tu, dan jangan sampai kiss2 lebih sangat, setakat pipi tu sudah. Bahaya..walaupun sama jantina.


Dan lagi satu, jangan tinggalkan dia dengan tiada jalan penyelesaian. Contoh macam tadi kita kata cara dia couple, layan pakwe dia tu salah, tak berapa kena. Then, kita boleh cadangkan pada dia macam mana nak berhenti, cara terbaik untuk bagitau pakwe dia yang dia nak break, macam mana nak bendung kesedihan hati after berpisah..etc.. Sebab, tak semua orang kuat dan boleh cari solusi sendiri, dan bagi saya, kita juga bertanggungjawab untuk tolong dia. Jangan biarkan dia terkontang kanting seorang diri.


Try to always be there for her/him. Kita mungkin taktau peritnya rasa putus cinta, sebab kita hanya simpan cinta untuk si dia yang kita belum jumpa, dan kita tak pernah couple, tapi bagi dia, melepaskan seseorang yang pernah so-called menjalin cinta dengan dia tu mesti payah, dan kita kena tolong dia. At least, selalu bagi dia kata2 motivasi untuk go through saat sukar tersebut.


Kesimpulannya, kita kena bina kekuatan untuk tegur kawan-kawan kita kalau perlu. Ingatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Memang susah dan payah, tapi kalau kita betul sayang pada dia, kita kena lakukan. Kalau kita benar ingin jadi sahabat dia yang sebenarnya, kita kena bantu dia memperbaiki apa yang silap, sebab kita ingin bersama-sama dia, menggapai redha Allah. Kalau kita rasa tak seronok nak makan pizza/kfc sorang2 hujung minggu tanpa ditemani kawan, begitu juga kita patut rasa tak seronok nak masuk syurga sorang2 tanpa kawan2 kita. Ya Allah, pohon kekuatan Ya Allah..


Apa kebaikan yang kita nak untuk diri kita, kita nak juga untuk dia. Kalau kita nak redha Allah, kita juga nak hidup dia dipayungi redhaNYA.


Paling penting, jangan lupa selit nama mereka dalam doa kita saban hari. InshaAllah, jika kita ikhlas dengan dia, Allah akan buka hati dia untuk terima. Sesungguhnya, Allah jualah yang berkuasa terhadap setiap hati kita.


Isk, sedih pulak bila cakap pasal kawan2 ni, sebab in my life, friends give a lot of meaning. All my friends, i want u girls to know that, in my heart, there's a special space for u all. No one can enter it except you, and u'll always remain there, as long as i'm still alive in this world, InshaAllah.



P/S: Kalau saya ada salah silap, tolong tegur ya. Oh ya, saya jenis yang sangat mudah tersentuh dengan tulisan. Sebab tu, saya tak boleh dengar lagu sambil ulangkaji atau buat assigment, sebab saya akan hayati bait lagu tersebut, dan sebab tu juga saya sangat minat akan karya sastera yang lembut bahasanya. Karangkan satu puisi cinta sahabat buat saya, mau terharu sampai bercucuran air mata dibuatnya... :)


*Sebenarnya nak sambung pasal UiTM yang semalam tu, tapi entah macam mana boleh pulak tertulis pasal ni. Takpelah, sesungguhnya manusia itu mmerancang, dan Allah juga merancang,dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Harap kalian dapat sesuatu di sini. Uitm, tunggu dulu,, nanti kita cerita-cerita lagi.. (^_^)

No comments:

Post a Comment