Salam.
Pagi semalam, saya terjaga lebih kurang pukul lima oleh telefon yang berbunyi berkali-kali dan terkejut apabila lihat phone, ada beberapa mesej masuk. Aneh kan, pagi2 orang hantar mesej banyak2. Rupa-rupanya, mesej yang sampai tu turut membawa bersama satu khabar yang sedih. Ayah kepada salah seorang sahabat saya waktu sekolah kat TAHAP dulu telah pun kembali ke rahmatullah. Terima ksih pada sahabat2 yang gigih membantu menyebarkan berita.
Dengan mata pejam celik pejam celik nak bagi mamai hilang, saya baca lagi sekali, kerana- Bacaan kali pertama: .......................ayah meninggal?..........
Ayah siapa?
Second time baca: Ayah aaa?
Innalillah.. serentak, ada rasa pilu yang menyentak. Meskipun kami memang tak akrab, (dia tu lelaki, maka tak peliklah kan kondisinya begitu), tapi terkelu juga sesaat dua menerima berita tersebut.
Tapi kelu tidak lama, pilu juga agak berkurang dalamnya, kerana cepat2 hati saya berkata:
" untung arwah, inshaAllah, dia punya anak soleh untuk mendoakannya".
Apalagi kan yang tinggal, bila kita dah pergi tinggalkan dunia. Hanya 3 perkara yang mampu dibuat bekal Ringkasnya berdasarkan sabda Rasulullah: ilmu yang bermanfaat, amal kebajikan dan anak soleh yang mendoakan.
Saya yakin, sahabat saya, dalam kesedihan, beliau mampu untuk menadah tangan tanpa lengah untuk mengirim bekal doa buat ayahnya.
Saya percaya, dalam tangisan yang berlagu hiba, bibirnya turut mengalunkan serangkai al-fatihah dan yaasin untuk ayahnya.
Dan saya betul2 pasti, Allah telah menyediakan dia jiwa yang kuat untuk menjadi anak yang soleh, mendoakan ayahnya dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga. (setahu saya, dia anak lelaki sulung).
Bukan calang2 hikmah Allah hadiahkan kepada dia dan keluarganya di sebalik pemergian itu, dan saya yakin, percaya, serta pasti, bukan calang-calang hamba juga yang Allah pilih untuk menerima pemberian tersebut.
Buat anda semua, mari sama2 sudikan diri kita untuk menyedekahkan al-fatihah buat arwah ayahnya, dan jemputlah ke blog anak beliau yang penuh dengan pengajaran dan ilmu. Dan setiap kali mendapat sesuatu dari sana, jangan lupa hadiahkan al-fatihah buat ayah yang telah mendidiknya menjadi sedemikian rupa.
AAA yang tertulis di blognya itu, adalah akronim untuk gabungan nama dia dan arwah ayahnya.
Dan bersyukurnya arwah, kerana biarpun kehidupan dunia telah ditinggalkannya, dan masa untuk mengumpul sendiri segala bekalan ke sana telahpun tamat, AAA masih di sini, sepertimana huruf2 itu masih utuh bergabung, seperti itulah tidak akan terputus ikatannya, dan si anak akan terus menerus membekali ayahnya dengan doa, inshAllah.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat, dan bekalnya sentiasa berpanjangan. InshaAllah.
saya pun sedih gila bila dapat mesej kehilangan ayah AAA tu. kitorang dah la rapat :'( sama sama kita doakan kesejahteraan ayah dia di sana, insyaAllah
ReplyDeleteAmiin, inshaAllah.
ReplyDelete