Assalamualaikum. (^_^)
Satu hari tu, aku pergi Kl sentral. Dari stesen monorail untuk naik atas KL sentral tu kan, kita akan melalui terowong lampu berbalam-balam tempat bus berhenti tu. Waktu tu aku jalan laju2 sangat, sebab aku sorang, dan aku nak cepat2 sampai. Tambahan pula, aku kan nak kurus, jadi jalan laju memang menjadi option exercise sampingan plus keinginan ke toilet sangat membuak-buak. Walaupun tempat tu macam ada air2 lecak, aku tetap tak memperlahankan langkah. Dah ala2 sedang berlari pon ada. Bahkan, beg yang berat di belakang dan sisi juga menjadi ringan seperti sedang membawa seguni kapas sahaja.
Tapi tiba-tiba, sedang aku menjadi running girl, aku terlihat sesuatu, dan langkah aku jadi slow, ni ala2 babak iklan yang actor dia buat larian secara slow move dengan mulut ternganga dan sebelah tangan digawang ke depan, dan sebelah lagi ke arah belakang sedang berlari-lari untuk mencapai produk. Cewah, konon laku sangatlah produk tu sampai perlu berebut-rebut sebab dah tinggal satu. Sorang datang dari arah kanan, dan sorang dari arah kiri. Haa.. boleh imagine tak aksinya?
* Yana G pernah buat babak ni waktu asasi dulu. Berlakon iklan butterscotch. Sejak saat itu, dia terkenal dengan gelaran 'butterscotch' sebab move n ekspresi wajah dia memang superb dan mengesankan! Satu kelas terpegun waktu tu. Tak caye cuba suruh dia buat lagi.
Tapi takde lah aku nak buat gaya camtu, takdenye nak berebut produk, cumanya sebab aku terlihat..................
Panorama beberapa orang pekerja beruniform sedang bertungkus lumus menyodok air yang bergenang di tepi jalan.....
Kesusahan mereka...
Kegigihan mereka....
Bekerja keras....
Dengan air bertakung yang tidak mahu menyerah kalah...
Ditemani lampu oren yang berbalam-balam....
Dalam terowong yang menjadi laluan ramai...
Manusia bersesak-sesak tidak dihiraukan....
Terus menyodok, dan menyodok dengan gigih....
Perhh!!!
Timbul satu feeling yang tak dapat di explainkan, dan serentak, tiba2 tercetus pulak beberapa ayat2 feeling syahdu keinsafan dalam minda aku.
Waktu tu, takdak lain ku fikir melainkan.....
" alangkah bagusnya kalau gambar mereka sedang bekerja ini dapat aku tangkap dengan cantik, dan akan aku abadikan gambar tersebut dengan sebaris ayat yang sedang berlegar di mindaku saat ini, buat tatapan dan peringatan buat diriku pada masa kelak"....
/\
|
|
|
|
|
(ayat monolog harus umpama dalam novel)
Time tu, memang aku nampak orang sedang tekun bekerja tu, dengan dilimpahi cahaya oren2 balam, macam sangat bermakna. Macam best sangat kalau boleh ambik gambar diorang DENGAN BAIK DAN CANTIK, dan aku akan letak kata2 yang sedang berlegar di fikiran aku. Biasa kan, kadang2 kita terfikir ayat2 yang memberi makna secara tiba2 apabila terlihat something yang meaningful bagi kita.
But, langkah aku jadi lagi slow, apabila aku memikirkan yang aku takde kamera. Tapi tu takpe lagi, alasan kenapa aku tak pernah berhajatkan sebuah kamera adalah kerana, aku ni manalah reti ambik gambar. Aku nak gambar tu feeling2 macam yang ditangkap oleh photographer yang best tu, yang mana bila kita tengok, layaklah dikatakan " sekeping gambar bisa menceritakan seribu satu peristiwa".. ataupun lagi best.. " gambar boleh memberikan pelbagai makna yang tersirat di jiwa.."
Haa kan best kalau gambarnya menerbitkan rasa macam tu, tapi kalau aku yang tangkap, pasti akan menjadi kekecewaan ramai.
Lantas aku pun berlalu, tapi sempatku menoleh juga ke belakang dua tiga kali. Setidaknya, kalaupun aku tidak mampu merakam foto mereka untuk digandingkan dengan ayat bermakna (bagi aku) yang terlontar di fikiranku saat ini, cukuplah sekadar aku merakamkannya cantik2 dalam memori ingatanku...isk..isk..
Aku pun terus melangkah...
Namun hatiku tidak sepenuhnya pada matlamat ingin sampai cepat lagi, separuhnya telah terulir bersama air2 lecah yang mungkin kotor, mungkin busuk, tapi sangat ingin aku abadikan atas sekeping gambar tadi...
Sedih kan? sedih kan?
Itulah, sebenarnya aku teringin sangat, bila aku pergi mana2, dan secara tiba2 aku ternampak satu benda yang gambarnya WAJIB DIAMBIL ( bagi pendapat aku..) then aku akan letakkan sebaris kata2 untuk menemani gambar tu. Tak semestinya gambar orang, tak semestinya gambar panorama yang cantik, but sometimes sesetengah peristiwa or keadaan tu semacam menerbitkan satu pengajaran buat aku, and again, aku akan rasa apa yang aku rasa kat terowong tu.
Kadang2, apabila aku tengah berjalan2, aku akan stop untuk lihat something yang mungkin biasa2 je bagi orang lain, tapi bagi aku benda tu bermakna. Dan aku nak tangkap gambarnya, dan tulis apa yang aku rasa waktu tu. Boleh faham tak feeling dia?? Bayangkan yang aku sedang becakap dengan : muka mengharap penuh perasaan untuk menunjukkan betapa bermakna nya ia buat aku.
Aku ni suka menulis, tak kisahlaa merapu2 ke, dan aku teringin sangat nak mengabadikan walau sebaris ayat yang indah dan bermakna bagi aku di atas sekeping gambar yang berkaitan. Alah, yang dah banyak orang buat sekarang ni..main tag2 kat FB lagi you.. Tapi aku nak simpan sendiri je.
Tapi untuk part buat ayat jelah, bab2 tangkap gambar memang fail. So one day, (meh tolong doa untuk aku) aku harap aku akan diizinkan juga untuk menuliskan ayat2 bermakna (bermakna bermaksud yang bermanfaat lah, esp yg dapat ingatkan diri aku sendiri. Maybe untuk orang lain it's just plain word and pic) di atas sekeping, oh aku tak mau sekeping je,, aku nak berkeping2, sebab semakin jauh bumi Allah ni aku jelajahi, dan semakin banyak yang aku hadapi, banyak yang give meaning, as long as Allah izinkan, and kita sendiri nak fikir dan ambik pengajaran.
Dan mesti best untuk tatap gambar2 tu selalu.. Everytime tengok gambar, terasa seolah2 sedang diingatkan dengan halus. Of course sebab ayat2 tu hadir dari jiwa, inshaAllah.
So setelah fikir2, bagaimanakah caranya aku dapat menjadikan hasrat aku satu kenyataan (for sure dengan izin Allah jugak nak tercapainya, tapi kita kena usaha), jadi mulai hari ini, aku rasa aku kena kumpul duit banyak2, and hire seorang photographer ( but it should be female baru sesuai) untuk ikut aku gi jenjalan, so bila aku nampak benda yang best, dan ada ayat untuk aku quote letak kat gambar tu, aku akan minta dia tolong tangkapkan gambar dengan cantik. O, how wonderful and heaven is that...
One day, inshaAllah..
Aku akan lengkapkan gambar2 yang indah, dengan untaian kata yang bermakna.. Amiin..
*Taktau kenapa, tapi aku nak sangat, sebab tu aku tulis kat blog supaya siapa yang membaca boleh tolong doakan.. Terima kasih banyak2, may u and me be blessed all the way. :)
I truly understand, seriously I do! :)
ReplyDeletereally?? Kan..kan.. hmm..tapi ain kan suka tangkap gambar. Cantik pulak tu..(oh, pleaseee jangan bangga..) (^_^)
Deletehasrat yg sgt bgus! (wah...ayat~)
ReplyDeletebut seriously, a single photo describes a lot of meaningful things. :)
nk joiiiinnnnn!!
kalo x silap namanye ambik2 gmbar candid tepi jalan ni name die street photography... (if i'm not mistaken)
wah!! ni acik pun suka dan pandai tangkap gambar kan.. Asah lg skill tu, nanti boleh tangkap gambar untuk ateh.,hehe..:)
Delete