Saya dikejutkan dengan kematian seorang sahabat. Nyata, saya
baru mengenalinya setelah beliau tiada. Saya mengetahui berita pemergiannya melalui status seorang sahabat di Uitm; k.faradiba anuar.
Namun ada sesuatu yang sukar saya
gambarkan lewat pemergiannya. Usaha-usaha dakwahnya melalui kemahiran yang
dimiliki. Berkemahiran dalam bidang fotografik, arwah dalam usaha menghasilkan
header cover photo makna-makna bacaan dalam solat.
Subhanallah, usaha beliau terhenti setakat surah al-fatihah.
ALLAH ya ALLAH.
Lihatlah bagaimana ALLAH memandang dan mengangkat usahanya ini.
Setelah beliau tiada, page jom solat yang beliau wujudkan bagi memuat turun
segala rekaan header cover photo mula mendapat perhatian; lebih lagi berbanding
ketika beliau ada.
Logiknya, boleh saya katakan kematiannya menjadi satu
publisiti besar buat usaha-usaha dakwahnya yang sebelum ini mungkin ramai yang
tidak tahu.
Subhanallah…Subhanallah..Subhanallah…
Apakah lagi bekalan terbaik yang mampu kita bawa ke akhirat
melainkan amal soleh yang berterusan pahalanya?
Melalui akal yang kerdil dan terbatas ini, saya memandangnya
sebagai salah satu tanda ALLAH memuliakan usahanya.
Allahuakabar.
Dan saya percaya ia
menyuntik semangat daripada ramai lagi insan2 lain untuk tetap dan terus
berdakwah walau sekecil mana pun ia dilihat di sisi manusia.
Gunakan apa sahaja kemahiran yang kita miliki. Jikalaupun
tangan kita cukup keras untuk membuat lukisan atau lakaran yang cantik (seperti
saya),
Mungkin kita mampu merangkai ayat-demi ayat.
Walaupun kita tidak cukup ‘berbahasa’
untuk menulis, mungkin kita boleh menggunakan kemahiran berkomputer untuk
membuat rekaan-rekaan grafik yang menarik.
Jika kita mahir berkamera, ia boleh menjadi sumber kerja
dakwah yang menarik.
Jika kita mampu berkata-kata, menyanyi, mengaji,
bertarannum atau apa sahaja, segala-galanya asalkan selari dengan syariat, boleh kita jadikan modal untuk
berdakwah!
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus pahalanya adalah lebih baik di sisi Tuhanmu dan lebih baik untuk menjadi harapan.."
(Al-Kahfi: 46)
ALLAH ya ALLAH, izinkanlah kami menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan perbuatan amal soleh ya ALLAH. Sesungguhnya itulah bekal terbaik untuk kami bawa buat bertemuMU ya ALLAH...
Al-fatihah buat allhyarhamah Nadia Zahari.
page jom solat yang diasaskan arwah
No comments:
Post a Comment