Bismillah. Assalamualaikum,
Lately, fefeeling macam doktor cinta pula. Bukanlah hebat sangat, tetapi banyak pembacaan tentang cinta, berfikir tentang cinta, dan macam-macam lagi berkaitan cinta. Sebab perlu bagi pengisian tentang cinta. Jadi perlulah menyelam ke dasar hakikat cinta untuk benar2 menghayatinya sebelum dikongsikan bersama yang lain.
* sudah 6x perkataan cinta digunakan.
Cuma satu saya nak kongsikan:
Di tengah2 sibuk berkongsi tentang cinta, terselit satu perkongsian yang menuntut saya bercakap mengenai solat. "Empowering Solah", satu sesi bersama muslimat di Mahallah Zainab uia pj.
Allahuakbar. Saya cuba mencari input2 berkaitan solat.
Ia kelihatan sangat rutin dan biasa dilakukan.
Kadang2, mungkin kita melakukannya secara automatik. Rukun fi'l (perbuatan) sudah berulang-ulang kali dilakukan. Kita boleh melakukannya tanpa perlu berfikir.
Rukun qaul nya juga begitu. Sudah menjadi kelaziman di lidah. Melainkan bagi yang cuba mengulang hafalan surah di dalam solat.
Adakalanya, ia dilaksanakan sepantas kilat. Zuuupppp. 4 rakaat boleh diselesaikan dengan cekap dalam masa 4 minit. Satu catatan masa yang 'membanggakan'.
Apatah lagi bila tersepit antara kesibukan kuliah, program, serta terkejar-kejar dengan segala tugasan yang lain.
Kita solat, namun ruku'nya pincang
Kita solat namun thama'ninah nya sudah hilang,
Kita solat, namun segala penghayatannya sudah lenyap.
Sujud sekadar memenuhi rukun, namun hati tidak merasa ALLAH dekat.
Takbiratul ihram sekadar memulakan solat, namun ia tidak memutuskan segala ingatan kepada yang selain ALLAH.
Astaghfirullah.
Akhirnya apa sahaja yang tinggal dengan solat kita melainkan satu perbuatan melunaskan tanggungjawab sebagai seorang hamba?
Astaghfirullah. Akhirnya ia tingga menjadi rutin semata-mata tanpa berfungsi sebagai pencegah segala fahsyaa serta mungkar dalam kehidupan.
Namun ia tidak akan jadi begini jika kita melakukan solat dalam keadaan hati mencintai ALLAH.
Orang yang mencintai ALLAH, pasti akan berusaha untuk melakukan solat dalam keadaan yang terbaik.
Merasakan solat itu penting serta sangat perlu dititikberatkan.
Akan menyemak kembali kesempurnaan solatnya, berusaha memperelokkan segalanya.
Orang yang hatinya dipenuhi dengan kebesaran ALLAH, pasti akan terdorong untuk mendalami ilmu fiqh untuk meletakkan diri di landasan yang betul dalam amalan kehidupan.
Orang yang hatinya merasakan ALLAH adalah segala-galanya pasti akan menuntut ilmu berkaitan akhlak untuk diamalkan dalam kehidupan semata-mata kerana ingin mendapat rahmat ALLAH.
Orang yang hatinya sudah sarat kecintaan pada ALLAH pasti akan menuntut ilmu aqidah untuk memperkukuh ikatannya dengan ALLAH.
Orang yang mencintai ALLAH, pasti tidak perlu lagi merasa terpaksa menuntut ilmu agama kerana ia dilakukan dengan rela hati untuk hidup dalam keredhaan ALLAH serta terhindar dari kemurkaanNYA.
Cinta ALLAH adalah kuncinya.
Peliharalah solat untuk mendapatkan cinta ALLAH,
Cintailah ALLAH untuk menghayati solat.
Di saat memenuhi tuntutan ALLAH yang satu ini, katakan pada segala macam keserabutan dunia;
"Tolong pulangkan hatiku. Aku ingin menyerahkan seluruhnya hanya pada ALLAH."
InshaaALLAH, mudah-mudahan ia menjadi permulaan untuk mencabut cinta serta hati sepenuhnya daripada dunia.
nota: Antara yang perlu kita muhasabah ialah. Tanya pada diri apakah perancangan solat pada hari ini.
Kita biasa merancang aktiviti harian agar segalanya berjalan dengan baik. Apa kata kita mula merancangnya dengan meletakkan solat sebagai salah satu aktiviti yang sangat perlu kita rancang sebaik mungkin.
Contoh: kita tahu jadual kelas pukul berapa, rancang lunch sampai pukul berapa dan get ready untuk solat lebih awal dan di mana. Kemudian bila petang apa pula aktiviti kita? Adjust untuk target solat Asar pula. Bila sudah perlu get ready dan di mana boleh solat. Maghrib pula hendak solat di mana? Pusat islam atau surau kolej.
Untungnya jika dapat solat berjemaah di surau/masjid. InshaaALLAH jika hari2 kita sudah nekad untuk melakukan solat dalam keadaan yang terbaik, ALLAH memberikan jalannya.
No comments:
Post a Comment