Tuesday, December 27, 2011

Muslimah, jangan cepat mengalah!

Epal yang terstimewa..
Biar tak dipetik sesiapa, namun setia dan sabar menanti di tempat yang selayaknya..:)
~setangkai epal dicantas dari google~



Assalamualaikum.


Waaa..lama rasanya dah tak cot cet cot cet kat sini. Hari ni, mukaddimahnya nak bercerita dulu, tapi ni bukan cerita saya sendiri, tapi saya baca eh, ataupun saya pernah dengar kot.Dah tak ingat sumbernya dari mana, tapi saya nak share, mungkin ada yang dah pernah dengar. Satu cerita indah dan istimewa, tentang perempuan dan epal...


Dekat satu kebun epal ni, ada baanyaakk pokok epal. Dalam banyak-banyak pokok epal tu,ada sebatang pokok epal yang istimewa.Dan dekat pokok epal tu pulak terdapat banyak buah epal yang menggiurkan (ayat takleh blah..haha)... Apabila angin bertiup, ataupun mana-mana binatang seperti kambing menggoncang batang pokok epal tersebut, maka buah epal banyak-banyak tu pun luruh, dan tuan kebun epal tu dan juga pelanggan beliau yang lain akan datang mengutip buah epal tersebut untuk dimakan, dibuat pai, ataupun dijual di pasar malam dan dihantar ke pasaraya besar seperti Giant dan Tesco.

Selalunya apabila angin bertiup, dan kambing datang untuk menggoncang pokok-pokok epal, tuan kebun dan para pelanggan akan suka hati kerana banyaklah epal yang dapat mereka jual dan nikmati, mereka turut memetik epal-epal yang masak ranum di bahagian pokok yang agak rendah dan mampu dicapai dek tangan, namun...dalam banyak-banyak buah epal yang bergayutan di pokok epal tersebut, ada sebiji epal yang letaknya nun jauh di atas pokok. Buahnya cantik dan kelihatan enak sekali, namun dek kerana kedudukannya yang begitu jauh di atas pokok, dan dilindungi pula oleh daun-daun yang merimbun, jarang sekali ada yang sedar akan kehadirannya, kalau ada pun, mereka malas ingin mengambil epal tersebut kerana kedudukannya yang agak jauh dan sukar untuk dicapai oleh tangan. Jika angin bertiup dan kambing datang menggoncang pokok tersebut, buah epal tersebut tidak pernah terjatuh dan luruh.

Epal ni pun apa lagi, walaupun pada mulanya epal ini berasa selesa dengan kedudukannya dan tidak kisah walaupun tidak dipetik atau dikutip oleh sesiapa, namun lama-kelamaan epal inipun mulalah berasa bosan. Epal ini mula dihinggap perasaan cemburu tatkala melihatkan kawan-kawan epalnya yang lain dikutip oleh tukang kebun dan orang ramai.

*Yang ni saya tambah sendiri untuk mendapatkan lebih 'feel'.

Kemudian, setelah tak tertahan rasa hati epal ini, maka si epal ini mengadu nasib kepada sang daun dan dahan pokok epal. Kata si epal "Duhai encik dahan dan puan daun, alangkah sedihnya hati saya ini, kerana sejak sekian lama, tiada sesiapa yang sudi memetik saya, bahkan kambing juga nampak gayanya tidak sudi untuk menggoncangkan dahan ini sehingga saya luruh dan dikutip oleh tukang kebun.

Encik dahan dan puan daun pula cuba menyabarkan dan memberi motivasi kepada sang epal yang sedang berduka dan kecil hati tersebut. Kata Encik dahan: "Aduhai epal, usahlah kau bandingkan nasib kau dan kawan-kawan kau yang lain itu, pasti ada hikmahnya kau berada di situ. Sudahlah epal, jangan buat muka cemberut begitu, tak baik kita berkeluh kesah. Lebih baik kita berzikir dan menghargai hidup kita seadanya."

Puan daun pula menyambut kata-kata encik dahan. " Betul kata dahan tu epal, bersabarlah berada di atas tu, pasti ada sesuatu yang istimewa dengan diri kau, kau bukannya tidak cantik, bahkan aku rasa kaulah epal yang paling molek di sini kerana kau telah dilindungi oleh aku. Aku senantiasa melindungi kau dari habuk-habuk dan debu, sebab itulah kau begitu bersih dan terjaga sekali. Eh,eh, tapi jangan pula kau riak dengan pujian aku ni.. Sebaiknya kau teruskan hidup dengan ceria, kerana aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan hadir memetik kau. Jangan risau ya duhai epal..

Walaupun sudah berlambak nasihat yang dilontarkan oleh daun dan dahan kepada epal, namun jauh di sudut hati epal, masih lagi ada kerisauan yang bergayutan. Beliau bimbang jikalau sehingga tua kerepot pun tiada sesiapa lagi yang muncul untuk memetiknya, lantas pada suatu hari, dek kerana tak tertahan lagi rasa hati epal terbabit, beliau akhirnya meluruhkan dirinya...

Dan begitulah.. epal tersebut dikutip oleh tukang kebun dan dijual olehnya di pasar malam. Walaupun pada awalnya epal tersebut merupakan epal yang istimewa, namun kerana dia dikutip sekali dengan epal-epal lain yang luruh mencium tanah, epal tersebut turut dilonggokkan untuk dijual. Tiada keistimewaan lagi, sirna sudah segala-galanya, begitulah berakhirnya riwayat sebiji epal yang istimewa...

Begitulah kita, duhai muslimah.. mungkin ppada mulanya kita benar-benar menjaga diri, cuba melindungi diri daripada perkara yang tidak sepatutnya, sehingga mengundang rasa 'gerun' atau mungkin 'hormat' pada kaum adam, sehingga tiada yang berani mendekat, mahupun menghulur cinta kepada kita. Ya, kita selesa dan suka dengan keadaan tersebut, namun mungin jauh di sudut hati, terselit juga rasa ingin mencintai dan dicintai, tambah-tambah lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang seusia dengan kita sudah pun mempunyai teman hati masing-masing, dan yang mesra dan pandai bergaul juga disenangi oleh kaum adam yang lain.


Tapi kita tetap begini.. Mungkin buat sedetik waktu kita boleh bersabar untuk menjaga diri, namun lama-kelamaan apabila bisikan syaitan dan desakan nafsu, diiringi dengan keinginan fitrah yang tidak kita didik dengan telus, kita mula mendedahkan diri sedikit demi sedikit, semakin lama, demi untuk mendapatkan perhatian sang adam, kita rendahkan tahap penjagaan diri kita.. Semakin lama, semakin rapuh dahan tempat kita berpaut.. dan akhirnya... Jatuhlah kita..Na'udzubillah..


Sedih kan..isk..isk.. Cerita ni sedih sangat..:(


Tapi kalau cerita ni korang rasa tak best, salahkan saya, sebab cerita ni seingat saya sangatlah menyentuh hati, tapi apesal bila saya tulis, bila baca balik tak rasa macam sedih sangat?? Oh, nampaknya jari-jemari saya memang tak berbakat betullah nak tulis-tulis ni..


Apa yang paling penting ialah apakah mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni.

Tentang seorang muslimah, yang pada mulanya sangat-sangat menjaga diri. Namun semakin hari berlalu, tatkala melihat wall fb kawan-kawannya dipenuhi dengan ucapan dan komen dari kaum adam, dan mungkin juga melihat kemesraan temannya itu dengan si dia yang berkongsi 'kasih', sebagai remaja mungkin terusik juga perasaannya untuk mengasihi dan dikasihi. Mungkin juga terusik keinginannya untuk menjadi kawan-kawan, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki. Terusik juga jiwa mudanya untuk menjadi perhatian sang teruna.. Kerana selama ini dia menyepikan diri, kerana niat awalnya, untuk menjaga diri, menjadi muslimah yang dirahmati.


Lama-kelamaan, muslimah ini pun sedikit-sedikit sudah mula berani memulakan perbualan dan cuba merapatkan diri dengan sang adam, walaupun tiada tujuan yang penting dan berkenaan. Muslimah ini juga sudah berjinak-jinak berbalas-balas komen dengan 'sahabat' lelakinya di alam maya, biarpun tiada bertujuan dan untuk rakan-rakan seangkatan, ganti nama ana-nta digunakan untuk mengurangkan ketidakselesaan.


Semakin lama, semakin ramailah kaum adam yang menghampiri kerana si muslimah ini sudah pun membuka sedikit demi sedikit ruang dalam hidupnya. Daripada seorang muslimah yang sepi, dia kini menjadi sebutan dan igauan dan syaitan serta nafsu berkolaborasi membisikkan rasa keindahan.. Ya, indah nya menjadi dambaan sang jejaka, dan indahnya apabila diri ini menjadi sebutan, dan menjadi perhatian.. Na'udzubillah..na'udzubillah... Indah bila yang sudah berikrar ingin menyesatkan anak adam hingga kiamat tiba tu telah menghasut fikiran kita, hingga yang mungkar dia 'cover' bagi nampak best je semua..


Tapi seriously, apabila seorang muslimah ni sepi, i mean in term of pergaulan dengan kaum lelaki, inshaALLAH selamat, namun pada masa yang sama jangan mudah berasa selesa, dan perjuangan untuk itu bukanlah mudah, dan terpaksa pula berperang dengan perasaan sendiri.


It's so true apabila kadang-kadang mungkin akan terdetik juga even sedikit rasa ingin juga beramah-tamah mesra dengan kaum yang berlawanan jenis, dan sembang-sembang, lepak-lepak dengan mereka. Yelah, kata member.. Lain gender pulak tu, kalau sembang-sembang, sharing idea, mesti banyak perkara boleh diperkatakan. From just one side point of view, dah jadi dua.


Tapi itulah, saya tak kata semua itu salah. No, it's not totally wrong, tetapi ada batas-batas yang sangat perlu diambil kira. Jadi untuk berhati-hati lebih baik jangan buka sebarang ruang terus. Macam bajulah, kalau koyak berlubang kena gigit lipas. Mula-mula kecik je koyaknya, tapi lama-lama kalau dibiar tak berjahit, mau jadi besar dan akhirnya koyak-rabaklah baju tersebut.


Takutlah, kalau mula-mula kita cuma berkirim salam dan bertukar senyum sahaja, tetapi khuatir kalau kita mulakan sebarang perbualan tanpa tujuan, lama-lama boleh hanyut. Still, it's not easy nak kekang or halang benda-benda macam tu, especially bila ada antara kawan-kawan yang kurang jelas dan kata kita sombong, tapi itulah sebenarnya 'sedikit' test buat kita. Cara pendekatan untuk setiap orang berbeza mingikut kefahaman, ilmu dan persekitara masing-masing. Yang mana mampu kita jelaskan, kita jelaskanlah, dengan cara yang paling baik dan berhikmah. Natijahnya belakang kira, itu semua hak DIA nak campakkan kefahaman, ubah hati apa semua.


Personally, kalau bagi saya (ni nak masuk mod luahan hati sikit.) memang tak mudah. Contohnya kalau kita ambil inisiatif tak friend ngan boys kat fb. Mungkin sebab itulah, nak menutup sebarang ruang pergaulan yang tidak sepatutnya di alam maya. Tapi mungkin bagi sesetengan orang, ada yang faham, tapi ada sesetengan yang tidak. Ada yang boleh terima, dan tak kurang juga yang tuduh kita bajet baik, sombong, arrogant, kata "yelah..aku taulah aku tak layak nak kawan dengan kau" lah..etc..etc.

Alahai.. It happens most of the time. Bukan semua orang sama, kita kena faham itu, so try berlapang dada dan cuba jelaskan sebaiknya. Jangan sampai kerana tindakan kita, orang lihat islam itu tak best sudahlaa.. tapi kalau kita dah buat yang terbaik untuk fahamkan, tapi dia ynag masih tak nak faham-faham nak buat macam mana kan. We've tried our best, and let Allah grant him for what he deserves for..inshaAllah!

Tidaklah saya kata unfriend dengan boys itu adalah salah satu caranya. Tidak. Itu cara saya sendiri, masing-masing ada cara masing-masing, dan kita kena saling menghormati dan meraikannya. Saya juga tak kata yang friend dengan lelaki itu is a level below than saya, tak. tak sama sekali. Terserah bagaimana cara masing-masing.

Saya guna cara tu sebagai salah satu perisai kerana saya sendiri masih ragu-ragu dengan 'sistem pertahanan' diri saya, macam mana kalau saya friend dengan lelaki, dan tiba-tiba ada yang nak chat dengan saya, without any urgent matter, saya tak yakin adakah pada ketika itu saya cukup kuat untuk menolak pelawaannya, dan adakah saya cukup ampuh untuk menahan diri daripada berbalas komen yang tidak penting dengan boys. Still, walaupun di alam maya, namun sama sahaja batasannya, anatara lelaki dan perempuan, ada garisan yang membataskan. Dan dalam usaha untuk menahan diri daripada melangkaui 'garisan' tersebut, rasanya unfriend dengan lelaki terus adalah salah satu caranya untuk diri saya. Saya ulang; diri saya. Setiap orang, punya cara masing-masing, lakukanlah apa sahaja, asalkan matlamatnya untuk DIA, dan tidak meyalahi syariatNYA. :)

I'm not saying that i'm good. No. We'll never be good enough. All we can do is trying to be good. Always, try to be a better muslim, sebab Allah pinjamkan kita nyawa untuk setiap hari baru bukanlah untuk kita persiakan, tetapi Allah bagi pelung untuk kita perbaiki yang mana kurang. It's not about the level of perfection yang kita kejar, tetapi bagaimana usaha untuk jadi perfect itu yang kita cuba tingkatkan. We'll never be perfect, and we all know that, so jangan putus asa! All we need to do is keep on upgrading ourselves, not to satisfy other people, but to be a better servant to HIM.

Ke mana pun kita sudah menyimpang, pasti ada jalan pulang ke jalan yang sebenar. That's how we live. That's Allah's greatest love. Sentiasa je ada pelung untuk berpatah balik, get back on track. Bezanya dengan kisah epal itu tadi dengan real life kita adalah: Epal kalau jatuh atau gugur dari pokok, dah tak boleh dah nak dok balik kat pokok, melainkan kita sendiri yang pi lekat balik guna gam gajah..haha.. tak lawak..

Tapi kita, jauh mana pun kita tersasar dan sedalam mana pun gaung yang kita terjatuh di dalamnya, Allah is still there, He always give us a chance (or should i say chances and more chances, because we keep on doing mistakes, repent, do it again, and repent again) to be on the right path..Subhanallah..Indahnya Rahmat dan kasih sayang Allah..

So, kita janganlah mudah mengalah. Semoga Allah tetapkan hati kita. Saya tau, saya juga rasa, perjuangan melawan 'rasa' ini bukan mudah. Nak2 pulak dalam dunia yang serba canggih ni. mudahnya kita terdedah dengan semua perkara yang boleh buat pertahanan kita luruh.

Malunya dengan sahabiah2 nabi dahulu.Jiwa mereka kental sangat, bab2 perasaan ni tak jadi masalah lah, fikiran dok tumpu macam mana nak bangunkan Islam dan pertahankan aqidah sahaja.. Semoga Allah teguhkan tapak pendirian kita, semoga Allah memilih kita untuk mewarisi semangat serikandi-serikandi islam yang jiwa mereka sungguh kental untuk mempertahankan kehormatan diri dan agama. Muslimah, terutamanya yang tengah dok menulis dengan begitu banyak typo ni, jangan mudah mengalah! Jalan berliku di hadapan, kita tempuh dengan penuh pengharapan akan sinar pancaran ar-Rahman..



Sebenarnya di hujung cerita epal itu ada satu kata-kata yang bermakna, iaitu:


Hanya dia yang benar-benar gagah dan terpilih sahaja yang akan hadir, buat memetik epal istimewa di tempat yang tinggi tersebut.


Jadi epal, bersabarlah..Satu masa nanti, pasti akan ada jua yang benar-benar berani tampil memetikmu! Tapi jika tiada pun, jangan bimbang, apa yang penting duhai epal, bagaimana kau telah menjagfa dirimu sebaik mungkin, dan menanti dengan penuh sabar dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan dirimu dan menyerah kalah! :)


Semoga Allah merahnati kita semua. Muslimah2 sekalian, saya sayang anda semua, marilah kita sama2 mohon kekuatan dariNYA, agar apa sahaja yang kita lakukan, tidak melampaui batas syariatNYA, dan sejahtera buat hati kita.


p/s: Kalau ada apa2 salah dan khilaf, saya dambakan kemaafan dan teguran.
Dan buat kamu2 yang baik dan dirahmati Allah sekalian, jika nampak saya sudah 'lain macam' sahaja, tolonglah tegur saya, ya. Manusia ini perlu selalu diingatkan, dan semoga dengan ingatan-ingatan yang diberikan, kita akan terus hidup dalam bi'ah yang solehah..InshaAllah.

Saturday, December 17, 2011

Dua jalan yang berbeza

Kita bernanung di bawah langit yang sama,
namun punya jalan juang yang berbeza,
Kita bersujud kepada Tuhan yang satu,
namunterkadang kita hampir berseteru,
Kita menggapai akan matlamat yang serupa,
namun pandangan kita terbahagi dua,


Kau yang mendakwa jalan juang mu itu sungguh agung dan ulung,
dan aku tetap dengan pendirianku untuk kekal,
di jalan yang aku cintai ini.


Biar sering juga aku lelah dan terluka,
Selagi DIA kata aku kekal di sini,
Selibas pedang ugutanmu pun tidak aku peduli,
kerana kalaupun aku terjatuh,
dan kau hanya berdekah melihatku,
aku tidak akan menangis sendu,
kerana tidak terkira lagi,
yang sanggup memapah melalui jalan ini..!


Ku mohon Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang benar.
Biarpun aku mati tanpa sempat mengecap keseronokan sampai ke destinasi, ku mohon izinkan aku yang lemah ini, bersama-sama bermusafir atas jalan yang kucintai ini...Amiin.

Dan aku merayu lagi Tuhan, bukakanlah mata hati dia untuk berpatah kembali, dan bersama aku, berjalan seiring denganku, dan mereka yang aku cintai..

Thursday, December 15, 2011

Kalau sayang, katalah sayang, kalau benci jangan dicaci.

Kalau sudah hati terjatuh pada si dia yang tidak pernah ada rasa yang serupa, kutiplah hati kita cepat-cepat. Bimbang nanti, calar balar hati kita dibiar jatuh tak bersambut.. Faham? :)

Sunday, November 27, 2011

Luahan Rasa.

Assalamualaikum. Salam maal hijrah. Semoga hari ini, tahun ini, permulaan ini lebih baik dari yang sebelumnya, inshaAllah :)


Hari ini saya akan menulis tanpa point yang penting. Memang synchronize ah dengan tajuk luahan rasa tu. Hari ni just nak spill things out, and i choose blog???

Haha..

Saya suka baca. Kalau dulu suka sangat baca buku, tapi seperti biasa bukan buku pelajaranlah.. buku cerita, majalah, lawak kampus, novel, dan yang paling saya suka ialah baca buku yang ada cerita kisah2 orang lain, sebab benda tu real, dan banyak boleh belajar. Rugilah, spend time berjam-jam tak tido baca buku, tapi satu habuk pun tak dapat..Sebab tu tak selalu beli lawak kampus, sebab mesti rasa nak baca sampai habis in one round, and at last jenuh nak korek cari pengajaran apakah yang aku perolehi daripada buku ini?? Sebab nak halau rasa bersalaha habiskan masa baca benda merapu. (Ceh, konon baguss sangat.)


Dan bila dah besar ni, minat suka baca tu still ada, tapi macam yang saya pernah mention sebelum ni, sekarang banyak baca blog berbanding buku. Sebab mudah.. boleh baca banyak2 jenis bacaan sekali gus tanpa perlu ambil, letak, selak2 buku. Tapi tetap, mana boleh lawan feel seronok baca bukU. E-reading beza banyak dengan real reading. Lebih puas and it feels soo good.

Sekarang ni saya banyak baca blog perempuan yang dah kahwin, berkareer dan ada anak. So, mereka ni automatik jadi 'multitaskers', dan saya selalu kagum dengan cara mereka ni handle husband, kids, career, other family (mak,ayah, adik-beradik lain, saudara mara), house chores, dan diri sendiri.Lagi satu yang lagi hebat, mereka yang masih belajar. Sometimes saya akan terfikir macam mana mereka semua boleh buat semua benda tu. Don't they feel exhausted? boring? buat rutin padat yang memenatkan hari-hari.

Tapi bila baca blog mereka ni, saya akan lebih terbuka. Mostly memang akan update entri pasal anak2, masak itu ini, problem2 yang diorang berjaya handle, spending quality time with family, and so on. Dan tadi, juga sebelum2 ni, bila saya baca blog2 ini, dan baca pula cerita tentang anak2 mereka, satu perkara yang buat saya terfikir dan takut. saya taktau sama ada cara saya fikir ni salah, or tak patut, but saya nak kongsikan sahaja.

Satu persamaan yang saya dapat dari semua blog ibu2 yang saya baca ni: THEY LOVE THEIR KIDS SO MUCH..

Ok memang it sounds cliche. Memang adatlah seorang ibu sayang giler2 kat anak dia. Tapi reading those blogs buatkan saya lebih sedar betapa dalamnya kasih dan cinta mereka.

Dan yang membuat saya takut ialah, saya terfikir 'kalau suatu hari nanti, kalau saya punya anak, saya sangat sayang mereka, dan what if suatu hari, saya kehilangan mereka..

Mesti sakit sangat2, mesti perit sangat2..

So saya analyse diri saya, what kind of person i am? Sebab dulu saya pernah terbaca tentang sejenis fobia, in which seseorang takut untuk bercinta, sebab dia takut akan rasa kehilangan. Itu sebenarnya baca dalam buku yang direlatekan untuk pasangan bercinta, yang ada seorang perempuan takut untuk bercinta dengan mana2 lelaki sebab takut kehilangan dan dikecewakan. Dan saya rasa boleh relate dengan apa yang saya rasa, eventhough bukan dalam context cinta adam-hawa, tapi ia sama je, cinta dan kasih sayang, and afraid of losing it.

Afraid of losing someone that i love.

Afraid of losing someone that give me happiness.

Afraid of losing someone that fill in my heart.

Afraid of losing my sunshine..


Takutnya bila tengok ibu2 yang meratap kesedihan sebab kehilangan anak, sedihnya bila tengok berita emak yang nagis2 merayu supaya anak yang hilang pulang kembali.


So i jump into conclusion:


"Sebab tu ALLAH nak kita letak DIA di tempat tertinggi dalam hati, dan sayang, takut, cinta akan DIA, sebab kita tak akan pernah kehilangan ALLAH, sampai bila-bila.. Dan Allah juga tak akan pernah tinggalkan kita, sampai bila-bila.."


Ya Allah, jauhkanlah kami dari sangkaan yang bukan-bukan. Afraid of losing someone is good, because it'll make us appreciate the one better, but afraid of something unsure in the future is not good, because probably it comes for the shaytaan. Husnuzhon..husnozhon..sangka baik.

Tuesday, November 22, 2011

Sahabat, awak sangat menjengkelkan.

Gambar macam biasa..Google lagi dan lagi..



Assalamualaikum.


Ini dia datang entri panjang berjela. Kalau tak sanggup baca, maaflah ya. :)

Sebelum tu, nampak tak header baru tu? Tu wana qashim yang tolong buat. Menurut wana, sudah berzaman dia designkan header tu untuk saya, iaitu selepas saya buat entri pasal blog saya yang huduh dulu tu. Tapi semalam baru wana tolong tukarkan waktu kitorang duduk kat library. Nak harapkan saya, memanglah saya tak pandai. Saya suka sangat header tu. Walaupun wana tak pandai sangat pun melukis, tapi di hati saya header tu ialah header tercantik di duniaaaa.. Terima kasih wana!!!!!! :)



Baiklah, pernah tak korang alami situasi di mana korang nak tegur seorang kawan/sahabat ni, tapi serba salah dan taktau nak tegur macam mana sebab takut beliau terasa?


Kalau tanya saya, banyak kali je kot, terutamanya kalau ada orang mintak saya tolong tegurkan kawan dia (yang juga kawan saya) atas beberapa sebab2 tertentu, sebab dia kata "tolong yek, aku taktau macam mana nak tegur dia". Dan saya pun akan pening kepala jugak fikr cemana nak tegur budak ni.


So meh sinilah kita list down kan sikit bagaimana cara or teknik tegur menegur sayang yang boleh kita gunakan. So yang saya tulis ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Kalau ada yang tak setuju pun tade hal..



1) Bina hubungan baik dulu dengan dia. Ni paling penting ah bagi saya. Kalau kita nak tegur someone tu, kita kena lah betul kenal dia macam mana, dan bersahabat dengan dia, supaya dia senang dengan kita. Pernah tak korang tiba2 ada stranger tadang tegur eh awak, awak kena pakai stoking tauu.. sebab ikut mazhab syafi'e, kaki tu termasuk dalam kategori aurat. Awak taktau eh? Inilah saya nak bagitau ni.. bla..bla...


Even teguran dia tu takde guna ayat2 kasar yang boleh membuat kita sentap, tapi kalau kita tak kenal dia, tak ke pelik gitu? Sebab itulah penting kita kenal dulu, at least dalam kategori bila jumpa kat tengah jalan dah boleh saling bertukar senyum dan salam sambil berbasa basi "ada kelas ke?", " baru balik kelas ke?" "dah lunch belum?" dan seumpama dengannya. Tapi sepatutnya kalau bukan bertujuan untuk tegur sekalipun, memang patut kita saling kenal-mengenal sesama sendiri, apatah lagi dengan jiran tetangga dan rakan2 di level yang sama, supaya jika ada apa2 keperluan tidak perlu berjalan jauh, cuma laung " hoii orang bilik depan, nak pinjam selipar!, penyapu! heater! pensil picit! penyodok! berus gigi (ni tipu)..etc..etc..". ("^_^)


2) Seterusnya adalah kena faham dia macam mana. Ini dah lepas kenal, kita ambil tahu dia jenis jenis macam mana. Cepat terasa ke, hati batu ke, tak mudah nak terima teguran ke, kena tegur sikit mesti dah menangis ke, sesuai ditegur dengan kata2 atau tulisan ke, atau lain-lain. Ni penting supaya kita boleh tahu cara mana paling sesuai untuk kita approach dia. Sebagai contoh, kalau si A ni jenis yang mudah tersentuh melalui tulisan, kita tahu dia suka membaca dengan khusyuk, dan kalau baca puisi sedih2 tu, sampai boleh mengalir air mata dia sebab feel sangat, so kita mungkin boleh try bagi dia sepucuk surat berbau wangi dengan kata2 yang indah.


Jangan pulak mentang-mentanglah kita kata dia ni suka tulisan, kita assume dia akan suka walaupun kita tulis "eh ko ni badan berbau sebenarnye, dah lama dah aku bersabar. Asal duduk sebelah ko, mesti aku rasa cam nak pengsan, dan hidung aku seolah-olah cedera parah. Cube ko try apa2 produk bagi hilang sikit bau tu. Lagi satu, mandi jangan lupa sabun, pastu pakailah rexona ke, bedak baby ke taruk kat badan tu.Paling2 takde pun kau letak febreeze pun orait gak. Ridsect pun boleh..haha..pandai kan aku buat lawak? Oklah, sekian sahaja untaian kata untuk ko pada hari ini. Aku harap ko boleh terima ah teguraan aku. Aku tegur pun sebab aku sayang kat ko. Dan aku sayangkan hidung aku, tak larat dah nak mengadap 'haruman' ko hari2.Sekian.wassalam "


Kalau macam tu, jangan kata nak terima, silap2 hari bulan dia hempuk kepala kau dengan botol ridsect. Even cakap kita tegur sebab sayang dia lah, untuk kebaikan dia lah, dan apa2 lagi, tapi kalau cara tegur tu pun dah buat dia tersiat hati, bertambah teruk jadinya nanti. So kena hati2 okay? pilihlah ayat yang terbaik. Biar tulis banyak kali pun takpe. Asalkan outputnya ok.


Atau lagi satu, bagi hadiah pun okay. Yang ni yang saya selalu buat. Bukan mahal murah jadi ukuran, yang penting niat kita nak bagi pada dia. Senang. Biar hadiah yang berbicara. Tapi ni tak boleh ah untuk semua situasi. Untuk situasi dan permasalahn tertentu boleh, inshaAllah. Contoh kisah benar ek, ni bukan nak bangga ke apa, tapi cuma nak share, sebab Allah jualah yang pegang hati dia dan kurniakan dia hidayah. Sya cuma perantara sahaja. Waktu sekolah menengah, ada seorang kawan saya ni, dia couple. So kita sebagai kawan, tak mau ah tengok dia terus lemah longlai dek panahan asmara kan, tapi nak tegur secara berdepan tu macam tak berapa nak reti. Then, bincang punya bincang, fikir punya fikir, Allah bagi ilham, saya pun hadiahkan dia sebuah buku.


Alhamdulillah, dua tiga hari lepas tu, kitorang terserempak kat tangga, dan dia cakap " dibah, aku dah clash, aku taknak dah couple2 ni".. pastu dia nangis, dan saya pun nagis sekali.. sob..sob.. bukan nangis sedih, tapi nangis terharu. Allah je yang tahu perasaan saya waktu tu. Unexplainanble. Hebatnya Allah..Alhamdulillah. Sampai sekarang pun, bila terinagt balik momen tu, rasa nak nangis. Tengah tulis balik kisah tu pun sekarang ni, rasa nak nangis jugak.. Heh, itulah dia pompuan, nangis je kejenye.. kata sang lelaki.


3) Ni last dah rasanya. Lama pulak nak tulis lebih panjang, dan juling pulak mata korang nak baca nanti. Entah kenapa ya, saya tak reti nak menulis pendek-pendek. Kalau tulis pendek rasa macam maksud dia tak sampai, dan waktu tulis ni, saya sebenarnya rasa macam seolah-olah tengah bercakap. Tu yang jadi banyak, saya kan banyak cakap. Tapi banyak cakap sangat tak elok, tak bertapis-tapis. Jadi, baik saya tulis kat sini, tak payah cakap banyak. Diamm je tulis blog..hehe..masalahnnya bosan pulak kan korang baca panjang2.. maaf lah ye..


Satu perenggan dah ,mukaddimah sahaja. Oklah, yang last ni ialah kalau nak tegur sahabat kita ni, lagi satu jangan tegur dia di hadapan orang lain, tapi lebih baik tegur dia personally. Agar dia tak rasa malu dan kecik khati. Juga untuk menjaga keaiban dia, kalau yang kita tegur tu melibatkan perkara2 yang aib. Yang ni tak payah explain panjang kot, rasanya rata-riti dah sedia maklum. Mungkin kita boleh ajak dia di tempat yang sesuai, dan pada masa yang sesuai, sebagai contoh pada malam yang hening usai solat di surau, ataupun lain2 masa dan tempat yang dirasakan sesuai. Itulah yang penting kenal dia dan kecenderungan dia tadi tu.


Juga sebagai tambahan boleh kita masukkan elemen sentuhan. Ini boleh soothing dia kalau dia sedih.Yelah, mungkin lepas kita tegur dia, dia macam down tahu hakikat pasal diri dia yang selama ni dia tak nampak, jadi kita kena tenangkan dia, belai dia, genggam tangan dia, hug dia, lend her your shoulder untuk dia lap hingus, dan lain-lain. Tapi jangan lebih pulak sentuh tu, dan jangan sampai kiss2 lebih sangat, setakat pipi tu sudah. Bahaya..walaupun sama jantina.


Dan lagi satu, jangan tinggalkan dia dengan tiada jalan penyelesaian. Contoh macam tadi kita kata cara dia couple, layan pakwe dia tu salah, tak berapa kena. Then, kita boleh cadangkan pada dia macam mana nak berhenti, cara terbaik untuk bagitau pakwe dia yang dia nak break, macam mana nak bendung kesedihan hati after berpisah..etc.. Sebab, tak semua orang kuat dan boleh cari solusi sendiri, dan bagi saya, kita juga bertanggungjawab untuk tolong dia. Jangan biarkan dia terkontang kanting seorang diri.


Try to always be there for her/him. Kita mungkin taktau peritnya rasa putus cinta, sebab kita hanya simpan cinta untuk si dia yang kita belum jumpa, dan kita tak pernah couple, tapi bagi dia, melepaskan seseorang yang pernah so-called menjalin cinta dengan dia tu mesti payah, dan kita kena tolong dia. At least, selalu bagi dia kata2 motivasi untuk go through saat sukar tersebut.


Kesimpulannya, kita kena bina kekuatan untuk tegur kawan-kawan kita kalau perlu. Ingatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Memang susah dan payah, tapi kalau kita betul sayang pada dia, kita kena lakukan. Kalau kita benar ingin jadi sahabat dia yang sebenarnya, kita kena bantu dia memperbaiki apa yang silap, sebab kita ingin bersama-sama dia, menggapai redha Allah. Kalau kita rasa tak seronok nak makan pizza/kfc sorang2 hujung minggu tanpa ditemani kawan, begitu juga kita patut rasa tak seronok nak masuk syurga sorang2 tanpa kawan2 kita. Ya Allah, pohon kekuatan Ya Allah..


Apa kebaikan yang kita nak untuk diri kita, kita nak juga untuk dia. Kalau kita nak redha Allah, kita juga nak hidup dia dipayungi redhaNYA.


Paling penting, jangan lupa selit nama mereka dalam doa kita saban hari. InshaAllah, jika kita ikhlas dengan dia, Allah akan buka hati dia untuk terima. Sesungguhnya, Allah jualah yang berkuasa terhadap setiap hati kita.


Isk, sedih pulak bila cakap pasal kawan2 ni, sebab in my life, friends give a lot of meaning. All my friends, i want u girls to know that, in my heart, there's a special space for u all. No one can enter it except you, and u'll always remain there, as long as i'm still alive in this world, InshaAllah.



P/S: Kalau saya ada salah silap, tolong tegur ya. Oh ya, saya jenis yang sangat mudah tersentuh dengan tulisan. Sebab tu, saya tak boleh dengar lagu sambil ulangkaji atau buat assigment, sebab saya akan hayati bait lagu tersebut, dan sebab tu juga saya sangat minat akan karya sastera yang lembut bahasanya. Karangkan satu puisi cinta sahabat buat saya, mau terharu sampai bercucuran air mata dibuatnya... :)


*Sebenarnya nak sambung pasal UiTM yang semalam tu, tapi entah macam mana boleh pulak tertulis pasal ni. Takpelah, sesungguhnya manusia itu mmerancang, dan Allah juga merancang,dan Allah jualah sebaik-baik perancang. Harap kalian dapat sesuatu di sini. Uitm, tunggu dulu,, nanti kita cerita-cerita lagi.. (^_^)

Sunday, November 20, 2011

UiTM. Maybe some truths that you need to know.




Assalamualaikum.

Sometimes ada junior adek2 akan mesej saya, tanya "kak dibah, payah tak nak pakai tudung labuh kat uitm?"


Dulu-dulu pun macam tu, bila sebut uitm, so saya akan set kan dalam minda bahawasanya sangat susah nak pakai tudung labuh dan jumpa suasana islamik kat situ. Nak2 pulak bila ada alumni2 datang, atau dengar cakap-cakap orang kata duduk kat u ni, cabarannya BESAR sangat, terutamanya uitm. Faham-fahamlah..shah alam pulak tu, dekat dengan keyyeell lah katakan.


Tapi isunya bukan pakai tudung labuh atau tidak, pakai serban/kopiah atau tak, tudung labuh tu sebagai simbol sahaja, maksudnya "susah sangat ke nak kekalkan kebaikan, nak cari kebaikan, nak sebarkan kebaikan, nak tingkatkan kebaikan, nak wujudkan kebaikan di uitm?"


Sorrylah kalau saya fokuskan pada uitm sahaja, sebab saya ni mahasiswa uitm, karang kalau cakap pasal u lain karang, tak kena pulak lah kan..


Kita ringkas gini jelah, sebenarnya semua tu bergantung pada diri sendiri. Banyak je sebenarnya program-program yang ada untuk pengisian rohani. Macam kat sini,, meh saya akak cerita sikit supaya adik2 tak bimbang lagi ya..:)


Kat sini ada je banyak program keagamaan, motivasi dan program yang berfaedah, instead of program hiburan yang berlambak. Kira macam balance lah jugak sebenarnya.. Sampai kadang2 tak terpergi pulak bila ada berlambak benda lain nak buat.. wahahahaa alasan!


Ada je ceramah agama, program surau, talk motivasi yang sangat best dan inspiring, pastu semalam ada seminar perubatan islam, then bulan lepas dan bulan ni ada tayangan filem yang superb macam laskar pelangi, (lepas tengok terus terinspirasi nak jadi cikgu yang terbaeekk!!),
lepas tu ada pernah buat pesta muda mudi, ni nama je macam gitu, tapi program dia apa nak tau?? nak nangis bila maca poster aktiviti, sebab terharu sangat masih ada rupanya program macam ni dekat uitm. Yelah, kan selama ni asyik dok fikir "apalah yang ada kat uitm ni.."


Rupanya program pesta muda mudi tu semuanya berfaedah, enjoyable, fun, menarik, dan macam-macam lagilah.Syabas mpp! Tak cukup dengan tu, yang paling syok sekali, tiap-tiap minggu ada pengajian berkitab dekat masjid sini. Masa mula2 dengar announcement pasal ni, mak aih terkejut beruk rasa. Then bila pergi dan dengar sendiri, memang best ah feeling dia. Teringat waktu dok pondok sekejap dulu, saling tak tumpah. Tapi yang ni lain sikit, sebab mengaji kitab ber 'air cond' dan bangunan batu.hehe..


Lepas tu pulak, dekat fakulti masing-masing pun ada program best jugak. Macam saya, selalu je ada program kaunseling itu, kaunseling ini. Bapak ah gigih kaunselor tu datang edar memo comel, pemberitahuan aktiviti, ajak kitorang datang. Dan saya tengok semua program tu baik2 belaka, sangat bagus untuk self improvement.


Banyak sangat kalau nak listkan semua. Itu baru yang saya tahu, yang saya tak tahu gamaknya banyak lain. So, sebenarnya banyak je medium2 yang boleh nak bantu kita kat sini.uma itulah, kalau diri sendiri dah kata TAK NAK, TAK BOLEH, TAK AKAN MAMPU, sampai bila-bila pun kita tak akan kemana-mana.

You're what you think, kita(terutamanya diri saya sendiri) kena ingat ni. Memangg betul faktor persekitaran tu mempengaruhi. Tapi tak boleh jadikan itu sebagai alasan. Yang paling penting ialah diri kita sendiri. Islam itu adalah apa yang ada dalam hati kita, ke mana-mana pun kita bawa, tak pernah pun kita tinggalkan. Dan tuhan kita ialah Allah, ke mana-mana pun kita pergi, DIA ada bersama, Allah takkan biar kita sendiri. Allah itu ada, Allah itu sentiasa dekat dengan kita.

Jadi, tak kira kita dekat uia ke, uitm ke, uum ke, unimas ke, unitar ke, unisza ke, upm ke, utp ke, monash ke, poly ke, nottingham ke, unikl ke, mana2 pun Islam tu kita junjung, dan kebaikan itu kita cari!


Kita ada hak untuk memilih, jadi pilih yang terbaik untuk diri kita. Kalau kita balik kelas petang/senja, memang penat. Kalau dapat landing atas katil, alangkah indahnya~ ahh~ Tapi tiba-tiba azan maghrib. Kita ada dua pilihan, sama ada nak ke surau atau landing atas katil dulu, lepas hilang penat sikit, solat maghrib sorang2 dalam bilik pada minit2 terakhir.


Bila fikir, yang pertama tu memang payah ah kan, dah penat2, semput2 naik tingkat 3, kelas pack pulak tu. Mesti katil menggamit-gamit kita nak baring atas dia. Tapi kalau kita hati kental, mesti boleh gagahkan diri untuk pilih yang terbaik untuk diri sendiri, iaitu mandi sekejap bagi hilang peluh, sarung telekung pergi surau. Dekat surau solat berjemaah, dengar sharing dengan kawan2, memang mula2 nak pergi tu rasa berat je, tapi bila dah pergi orait je, surau pun ada air cond, lagi sejuk dan menyamankan..bilik mana ada air cond kan..jadi baik pergi surau. Konon ah, saya pun selalu gak kantoi. Penat sangat ah kononnya, padahal kalau dok kat bilik melepek, lagilah bertambah lesu. Banyak lagi kena upgrade nih!


Jadi itulah dia, sebenarnya banyak je peluang di hadapan kita. Tapi itulah, kadang-kadang bila kita disogokkan dengan keseronokan dunia, kita mudah jadi leka dan jalan2 ke arah kebaikan pun jadi kabur dan berliku-liku. Semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk taat kepadaNYA.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis ni, tapi ada kerja lain dulu nak buat, so nanti inshaAllah sambung lagi. Babai!

Wednesday, October 19, 2011

Cintakan kesenangan dan kerehatan


Jangan jadikan diri macam beruang kutub, makan, tidur makan, tidur. Allah jadikan kita manusia untuk tugas yang istimewa :)
~pics by google~



Assalamualaikumarohmatullahiwabarokatuh!!!

Sudah lama tak menulis, jadi mestilah semangat berkobar-kobar bila nak mula semula..:)


Pernah tak korang rasa malas nak study walaupun esok ada test?? (terasa...=,=)

Atau korang pernah tak rasa nak lepak je dalam bilik sepanjang hari tanpa buat apa2? sambil nyanyi 'today i don't feel like doing anything..ooo..ooo...' (btw, i'm a big fan of Brunooo's Talking to the moon))

Dan juga, pernah tak korang macam malas je nak buat apa-apa walaupun benda tu penting, dan rasa macam tak bertenaga dan lembik+ takde semangat.

Kalau saya sendiri memang pernah, dan selalu je kot. Nak lepak-lepak, tidur, online santai atas katil, watch movie dalam laptop atas riba, dan lain-lain yang relax2 punya perlakuan.

Itulah namanya cintakan kesenangan dan kerehatan.

Dan manusia biasanya memang cenderung ke arah perkara yang menyenangkan, merehatkan, dan mudah nak buat.

Jom kita muhasabah sebentar, fikir balik apa tujuan Allah ciptakan kita kat bumi ni?

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ad-Dzariyat ayat 56

"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.."

So jelas dah Allah jadikan kita ni MANUSIA untuk beribadat kepada Allah.

Sebagai HAMBA+KHALIFAH.


Contohlah kalau kita ada seorang pembantu rumah, lepas tu kerja dia ni asyik makan tidur, tengok sinetron/telenovela, lepas tu siap guna bilik kita lagi nak tidur atas tilam empuk. Tak cukup dengan itu, kerja rumah satu habuk pun tak buat. Makan pulak asyik order pizza takpun mcd, then ambik pulak duit kita nak bayar.

Tak ke hangin kalau cenggitu?

Samalah dengan kita ni manusia, kita ni hamba, dah Allah cipta kita dengan tugas dan peranan masing-masing, maka kenalah kita laksanakan sebaik mungkin. Macam saya sekarang student, jadi kenalah galas tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tapi kena ingat, kita ni bukan ada satu tugas sahaja, sebab kita memnag akan ada tugas lain yang cukup berat dan harus kita pikul sampai bila2, iaitu berdakwah. Ajak orang ke arah kebaikan, dan mencegah dari perkara mungkar. Tugas ni bukan untuk golongan ustaz ustazah/ yang pakai kopiah, tudung labuh, ambil jurusan agama, budak tahfiz je, tapi tugas ni dipertanggungjawabkan untuk sesiapa sahaja yang dah mengucap dua kalimah syahadah. (correct me if i'm wrong)


So, dah tau tugas kita ni berat, macam-macam lagi sebenarnya yang kita kena buat, sepatutnya takde lagi dah masa kita nak lepak-lepak malas ni.. Sepatutnya dah bukan fasa untuk kita main-main lagi dah. Kita dah besar dan ada tujuan hidup, sepatutya dah boleh merancang untuk tahun-tahun ke hadapan, apa yang perlu kita capai, dan bagaimana nak mencapainya (of course bukan dengan lepak2 atas katil, merayau di mall dan online merapu 24/7)

So anak muda, (ya, saya!)

Sekarang bangkit dan bekerjalah! Kita perlu kikis rasa malas dan cinta nak beronok-ronok bersenang-senang tu.

Kalau ikut memnag kita cenderung akan yang mudah je memanjang, tapi kita kena tanamkan azam dan tekad untuk berjaya jadi orang yang begini dan bagini (azam fdan matlamat sila tetapkan dari sekarang, supaya jelas apa yang perlu dilakukan).

Sebenarnya tadi saya nak study, tapi bertangguh-tangguh, malas gila. Sedar2 dah beberapa jam berlalu, dan buku masih belum sampai 2 mukasurat pun dibaca. Jadi atas rasa kekesalan akan kelemahan diri sendiri, itu yang rasa nak spill di sini dan gain balik semangat untuk berusaha.

Kalau korang macam blur tak faham sangat apa yang saya tulis ni, sorrylah ya. Tak cukup masa dah nak tulis panjang-panjang. Lepas ni saya ada kelas ganti dan petang ni saya ada latihan kawad kesatria. Selang masa antara habis kelas dan mula latihan kawad hanyalah kurang dari satu jam, maka kami harus pakai baju uniform untuk ke kelas... Cewah, semua nak bagitauu..

Tapi itulah, kesimpulannya, kita kena lebih rajin dan cubakurangkan lepak saje2 buang masa lepas ni. Sebab tulah kita kena ada matlamat yang jelas, supaya kita boleh usaha dan kerja keras untuk mencapai matlamat tersebut, dan matlamat yang paling utama sebenarnya ialah untuk mencapai MARDHATILLAH (redha Allah). Dan saya sejujurnya tak rasa ynag matlamat itu akan dapat dicapai jika kita terus menerus cintakan kerehatan dan kesenangan..


Saidina Umar al-Khattab:

" Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.."


Allah..

sangat mendalam maksudnya. Ayuh renungkan dan selamat bekerja(termasuklah belajar) dan berusaha kerana DIA..:)



note: Tolong doakan saya dan sahabat2 lain. Kami ada test esok,inshaAllah.

Monday, September 5, 2011

Homesick...

Alolo ciannye die windu windu kat umah..
Tapi.. kalau budak2 takpe lagi, kalau yang dah besar panjang?
T_T

~pics courtesy from google~





Assalamualaikum.


Korang selalu tak bila dok asrama rasa macam sedih-sedih gitu.. Sayu dan pilu je bila teringat dekat rumah. Ah, senang cite homesick lah. 'Homesick' best sedikit bunyiknya,
berbanding 'sedih-teringat-rumah'. =(


Kalau saya, biasanya perasaan ini datang paling kuat sekali ialah apabila kita baru bangun dari tidur pada waktu pagi di asrama. Waktu Form 1 dulu, dalam pukul 4.45-5.00 dah bangun, Biasalah, Form One.. mesti bangun awal nak berebut paip. Asrama saya dulu asrama lama, dan adik-adik Form One 'dimanjakan' dengan diberi 'tandas khas', iaitu tandas dan bilik mandi+bilik basuh membasuh hanya untuk Form One sahaja, dan adik-adik Form One yang comel WAJIB menggunakan tandas dan mandi di situ sahaja, tandas lain adalah tidak digalakkan ye adik-adik..(senyum siniss).


Jadi apabila bangun awal, dengan diselimuti titisan embun pagi yang mendinginkan sehingga ke tulang hitam, kita akan mula rasa sayu semacam dan nak nangis, apatah lagi bila teringat muka mama dan abah di rumah, dan juga apabila fikir.."jika di rumah, sekarang ni tengah enak tidur lagi, bangun-bangun dah boleh mandi tanpa perlu berebut-berebut..isk..isk.."



Ingatkan apabila sudah habis Form 1, rasa sayu pilu itu akan hilang, tetapi rupanya tidak. Hati masih lagi selembut sutera apabila teringatkan rumah dan ahli-ahlinya. Lebih-lebih lagi bila kita lepas balik dari kampung hari Ahad, dan selepas bergembira makan bekal bersama kawan-kawan sambil bergosip pada sebelah petang, sebelah malamnya pula sudah berubah watak menjadi 'gadis sayu' apabila mula teringatkan rumah semula.



Dan drama pilu akan semakin menjadi-jadi apabila bangun tidur pada keesokan harinya. Celik mata sahaja, perkara pertama yang diingati adalah RUMAHKUUUU..



Dan dengan mata terkebil-kebil dan hati yang sayu, akan melangkah ke 'blue' (merupakan tempat mandi secara berjemaah, asrama lama jelah, asrama baru dah tak main dah mandi segerombolan macam ni.)



Dan segala simptom-simptom 'homesick' itupun berterusan hinggalah saya Form 5, tapi dah berkurangan lah. Kalau Form 1 hingga Form 2 hampir saban hari penyakit ini menyerang, tapi bila dah Form 5 dah jarang-jarang dah lah teringat sedih sedihnya. Agak-agak lah kan, dah besar panjang mengada-ngada lagi. Apatah lagi apabila sudah jadi senior, jadi haruslah tunjukkan contoh tauladan pada adik-adik bahawa tinggal di asrama itu seronok dan sangat meriangkan..



Kemudian apabila masuk asasi, perasaan ini akan bertandang juga sekali-sekala. Rindu barangkali..



Biasanya akan rasa begini apabila sudah mencecah sebulan++ tak menjejak 'tanah jengka' dan sama seperti di asrama, iaitu bila malam waktu baru lepas balik dari rumah. Sedih wooo rasa macam ni. Hanya yang merasai akan memahami. :(



Waktu ni kita akan rasa sedih, tetapi apabila malu dengan kawan-kawan yang tabah, kita akan cuba menyembunyikannya dengan buat lawak bodoh, mengusik mereka, dan pura-pura ralit dan khusyuk sangat online. Kononnya tough, padahal dalam hati sudah dilanda taufan katrina.



Dan kali ini, setelah berbulan-bulan menghenyak punggung di rumah, tiba masa untuk berangkat pergi lagi, demi satu tanggungjawab;Menuntut Ilmu.


Dan pada malam-malam terakhir di rumah ini, hati akan mula rapuh dan menjadi sebening salju lagi. Apabila hendak tidur, maka akan berbantalkan air mata setitis dua, (dah dewasa, boleh dikawal air matanya, supanya jangan berhambur banyak sangat untuk perkara remeh temeh macam ni.)

Dan apabila diingat-ingat kembali saat indah berada di rumah, maka rasa sayu akan menggigit hati. Jadi, langkah-langkah pemulihan harus diambil untuk mengelakkan kita menjadi pelajar yang cengeng dan tidak tabah.



1) Jangan terlalu memikirkan hal-hal yang tidak gembira. Kita, sebetulnya SAYA harus memikirkan hal yang positif untuk meninggalkan rumah demi menuntut ilmu. Saya perlu membayangkan kehidupan di kampus yang gembira, ditemani sahabat handai yang membahagiakan.

Sebab itulah, saya beli cadar berwarna kuning gambar anak lembu gemok makan rumput yang sangat comel, dan juga selipar dorm bergambar kepala kartun Pooh sebesar penumbuk yang cute dan bantal bunga-bunga ros kecil dengan harapan agar saya akan menempuh hari-hari yang ceria. Harap-haraplah..


2) Pasang niat: Lillahi ta'ala. (Kerana Allah ta'ala). Agar ada matlamat yang jelas untuk ke sana dan meninggalkan rumahku syurgaku untuk tujuan yang sangat berbaloi, bahkan wajib bagi kita untuk menuntut ilmu. Jadi, dengan matlamat yang jelas, kita akan kuatkan hati dan bulatkan tekad untuk terus bersemangat melangkah pergi dan menghadapi kehidupan yang baru di kampus. (Tetapi, rumah tetap nombor 1 kan...di dalam hati kita..('^_^) )


3) Jangan terlampau ikutkan hati. Harus lawan perasaan sedih dan sayu yang berlebih-lebihan. Kita kena kuat! Oleh itu, kita boleh sama-sama cuba amalkan doa ini agar hati kita jadi kuat, tidak resah gelisah dan dihindari dari sedih-sedih tak tentu pasal. :

"Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal hazan, wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'udzubika minal jubni wal bukhl, wa a'udzubika ghalabatiddaini wa qahrirrijaal.."

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sedih dan duka, dan aku berlindung padaMU dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padaMU dari sifat kikir dan penakut, dan aku berlindung padaMU dari beban hutang dan penindasan orang.


Doa ini juga merupakan salah satu dari himpunan do'a yang terdapat dalam al-ma'thurat dan elok juga kalau kita rajin, baca selalu. :)

.
Semoga selepas ini, sudah tidak sedih-sedih beria lagi apabila berada di kampus. Lemahnya hati kita apabila terlampau mudah digugat oleh hal yang remeh temeh.


Segannya pada Rasulullah dan para sahabat baginda yang sanggup tinggalkan rumah, keluarga, harta, dan segala-galanya demi berjuang untuk agama Allah.


Malunya apabila baru hendak pergi belajar yang jauhnya hanya 3 jam perjalanan dari rumah, sudah fikir macam-macam dan sedih sampai lencun bantal.


Sedih itu bagus, dan perlu juga sebagai tanda kasih kepada keluarga dan rumah tempat berlindung, tapi perlulah berpada-pada ya..


Ya, saya tahu! Tapi mengapa ya, hati saya masih sedih lagi..


Kamu semua, mohon doakan saya ya. Biar saya tidak sayu terlampau lagi, dan menjadi student yang berjaya dan cekal hati!


Untuk sahabat2 yang akan masuk u semula selepas berbulan-bulan di rumah, selamat kembali menggalas amanah. Semoga niat kita bersih untuk menuntut ilmu kerana DIA dan semoga dipermudah segala urusan kita. :)


Dan untuk sahabat2 UiTM Kuantan yang bakal menghadapi final tak lama lagi, semoga berjaya ya. Serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah, dan usaha perlu habis-habisan, disertai dengan doa yang tidak putus-putus, dan sekali-sekala lawan 'berat mata' untuk bangun tahajjud dan solat hajat juga. =)

Saturday, September 3, 2011

Cinta, kenapa memilih aku?





Malam ini, aku bertanya lagi pada cinta,
mengapa dia memilih hatiku,
untuk melabuhkan bahteranya,
Mengapa memilih hatiku,
untuk membuang lelahnya,
Mengapa memilih hatiku,
untuk mengisi kekosongannya,



Lantas cinta pun menjawab;
bukan hatimu seorang yang kulabuhkan bahteraku,
bukan hatimu seorang yang kupilih saat ini,
bukan hatimu seorang tempatku membuang lelahku,
bukan juga hatimu seorang yang mengisi kosongan aku,



Lalu aku pun hairan,
lantas ku bertanya lagi,



Duhai hati, lantas berikanlah aku jawapan!
Mengapa siksa ini menghimpit aku,
Jika mereka turut merasa,
mengapa bahagia sudi menyinggahi mereka,
mengapa tiada istilah durja dalam hari mereka?
Sebagaimana aku..




Duhai cinta,
kau membungkusku dengan derita,
dan hatiku ngilu bagai ditusuk sembilu.
Aku ingin berhenti mencinta,
namun di mana harusku raih mampu..



Maka hati menjawab lagi;

Pilumu itu kerana kau salah meletakkan cinta,
Sedihmu itu kerana kau damba cinta dia,
Gusarmu itu kerana kau tidak jujur menjaga hatimu demi cinta,
Sakitmu, pedihmu itu kerana kau tidak ikhlas sepenuhnya mencintai DIA!

Dan aku pun terkedu,
Lidahku kelu untuk bertanya lagi,
Aku bisu; alam juga membeku,
memberi ruang untukku berfikir.mungkin,

Lantas cecair bening perlahan-lahan,
memecah beku alam,
meluruti wajahku,
menitis terus dalam hatiku.


Dan akhiran,
Aku bersuara lagi;


Tuhanku, izinkan aku menjadi tetamuMU,
di sepertiga terakhir malamMU,
kerana aku ingin ikhlas mencintaiMU.






p/s : walaupun sajak/ puisi ni macam entah apa2 saja gayanya kan, tetapi saya menulisnya dengan sepenuh hati.(chewah, pandai2 saja claim macamlah tahu sepenuh hati itu setakat mana ;p) Itulah, kalau boleh dicerita, pasti saya akan kongsikan pada anda semua. Tapi, tak semua perkara dalam hidup boleh dicerita pada siapa-siapa sahaja. Ada yang perlu kita simpan kemas2 dalam hati. biarlah hanya antara kita dan DIA sahaja. :)

Semoga kita sama-sama dapat berusaha mengejar cinta DIA.

Dan cik Rasyidah Hanan a.k.a. ciksu Rozana, selepas ini, untuk awak pula ya, teruja punya pasal, sampai saya lupa nak ucap terima kasih.

Alang2, saya ekspresikan rasa penghargaan dengan buat satu post untuk awaklah..(wah, cakap macamlah blog ni famous satu dunia, dan awak perlu berbangga untuk mendapat satu entri khas kan..) Tapi, aci tak? (^_^)

Wednesday, August 17, 2011

Nak mula pakai tudung/tudung labuh, tapi masih ragu2.


Tengok budak kecik ni, lepak je pakai tudung walaupun dia baby boy.
His name is naimi, Formerly known as Naimi Debab. =)


Assalamualaikumwarohmatullah :-)


Hari ini cuti bersempena Nuzul Quran, (Penurunan wahyu Al-Quran kepada Rasulullah, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam).

Murid-murid sekolah pasti ramai yang tersenyum lebar, kerana


CUTI= TIDAK PERLU KE SEKOLAH+BANGUN LAMBAT 'SIKIT' + TENGOK KARTUN+MAIN MERCUN BAWANG SEPANJANG SIANG.



Tapi kalau saya waktu sekolah dulu, saya tak suka cuti dan lebih suka ke sekolah waktu puasa, sebab




CUTI= MASA DIRASAKAN LAMBAT BERLALU MACAM SIPUT APABILA DUDUK DI RUMAH +BOSAN MEMBUATKAN PERUT LEBIH TERASA LAPAR
~KRUUITT KRUUIITT~ (bunyi perut)


Tapi saya tertanya-tanya, ada tak antara murid sekolah yang apabila cuti, terutamanya cuti pada hari ini, dan dalam bulan puasa sebegini, mereka gembira kerana:



CUTI= PUNYA LEBIH MASA UNTUK BELAJAR MENGAJI AL-QURAN DENGAN USTAZ/ATOK+ DAPAT MENGAJI SENDIRI BANYAK-BANYAK SEBAB ADA BANYAK MASA.



Mungkin ada, tapi mesti tak ramai, bahkan saya pun tak macam tu kalau cuti waktu sekolah dahulu (sekarang pun..isk..isk..).


Kalaulah ada, betapa bertuahnya ibu bapa si anak, dan betapa beruntungnya negara untuk mempunyai modal insan yang sebegitu, bukan yang hanya pandai berjoget sambil menyanyi dan melaungkan "T*M T*M B*K! T*M T*M B*K!" sahaja pada waktu cuti.


Justeru (ayat BM dulu2..harharharrr.Tapi sekarang tak selalu guna dah, sebab dah terlibat dengan english edukesyen), itulah pentingnya peranan sebagai ibu bapa dan guru2 untuk mendidik anak-anak sedari awal, dan jika sudah bercita cita hendak mendidik anak-anak/anak-anak bangsa a.k.a. anak murid, haruslah dimulakan dengan mendidik diri sendiri dahulu.


Jadinya dalam nak mendidik diri, pasti ada part2 yang perlu kita 'upgrade'kan, perlu kita ubah sikit, baiki yang mana perlu, dan telek mana kurang.


Kemudian, haruslah kita berhijrah ke mana yang patut. Itu yang saya nak cerita hari ni, tentang melakukan PERUBAHAN, tentang hijrah diri ke arah yang lebih baik.


Dan untuk entri ini, khusus buat kamu, atau mungkin dia, atau mereka, dan pastinya saya, yang mana ingin mula memakai tudung. Ataupun yang sudah bertudung, tetapi ingin mula mengenakan tudung yang lebih labuh bagi benar-benar melindungi perhiasan indah yang Allah kurniakan kepada kita ini. :-)



Saya ada dapat beberapa mesej dan PM di Fb dari beberapa sahabat-sahabat saya yang baik hati (semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan mereka kekuatan) bertanyakan dan minta pandangan tentang macam mana nak start pakai tudung labuh/besar/bidang 60, dan ada juga yang baru nak mula pakai tudung, tapi masih ragu-ragu untuk mula.


Macam-macam faktor yang menjadi penghalang dan perencat (baca: melambatkan proses transformasi kepada pemakaian tudung/tudung labuh) antaranya:
Bimbang akan persepsi masyarakat, dan juga pandangan serta penerimaan teman-teman dan ahli keluarga.


Juga ada yang khuatir tak dapat teruskan memakai tudung/tudung besar apabila sudah mula. Lebih kurang macam bimbang diri tak dapat nak adapt atau senang kata 'istiqamah' lah nak pakai tudung ni.


Saya ni mungkin bukanlah orang yang terbaik untuk memperihalkan tentang ni, sebab saya pun masih lagi dalam usaha untuk menutup aurat sebaik mungkin. Tapi, kalau nak tunggu sempurna baru boleh saya beri pandangan, maka sampai bila pun nampaknya tak tertulis lah pasal ni, kan?


Maka inilah, pada petang yang terik ini, ditemani suara Pak Nil sedang melaungkan TOM TOM BAK! TOM TOM BAK! bersama anak-anak cilik yang cute, sayup-sayup kedengaran melalui peti suara TV di ruang tamu, saya ingin kongsi beberapa tips, untuk kamu, gadis-gadis manis yang ingin melakukan satu perubahan; demi mencari keredhaan Allah, inshaAllah. =)




1) Pasangkan niat yang jelas; Melakukan perubahan kerana ALLAH. Bermatlamatkan keredhaanNYA, dan mengharapkan rahmatNYA.


Mula2 sekali, yang paling penting sudah tentu kena pasangkan niat dengan betul, niatkan kerana Allah. Ingin menutup aurat dengan sempurna kerana ia merupakan satu kewajiban wanita muslim, yang mana setiap wanita Islam, tidak kira putih atau hitam, cantik atau comel, melayu mahupun nigeria, TESL mahupun LAW, belajar di pondok mahupun di Ipta, anak Dato' mahupun anak driver Dato', semuanya WAJIB mengikuti perintah Allah.


Apabila niat sudah bulat hanya kerana Allah dan bukan kerana manusia, inshaAllah, halangan-halangan yang dirasakan besar seperti gunung akan mampu dihadapi seperti melangkah busut di tepian jalan.





2) Pedulikan apa orang nak cakap.


Ini lagi satu yang sangat penting. Lebih kurang 80% orang yang pernah saya dapati menghadapi masalah untuk berubah adalah kerana 'Cakap-cakap orang keliling'.

Memang tak dinafikan, ada je orang-orang yang bermulut kureng sopan (perkataan asal:mulut longkang), yang apabila kita nak mula pakai tudung, ataupun pakai tudung labuh sikit, sedap aje mulut nak mengata macam-macam.

Yang itu memang kita tak boleh nak buat apa kan. Dah mulut orang, kita lantakkan aja. Dan doakan juga agar mereka dikurniakan Hidayah. Satu kelebihan kita ni perempuan, sebenarnya kita punyai satu kekuatan dalaman tersendiri yang dianugerahkan Allah. Lihatlah, kita diberi kekuatan untuk melahirkan anak dan sesetengahnya menghadapi sakit yang amat sangat tiap-tiap bulan.


Kita ini kuat sebenarnya, tetapi kita sendiri yang melemahkan kekuatan dalaman kita dengan menggunakan sifat sensitif dan mudah tersentuh yang ada di dalam diri. Sepatutnya kita gunakan sifat sensitif kita untuk rasa sensitif terhadap perkara2 maksiat, bukan untuk menghalang dan melemahkan semangat kita untuk buat sesuatu yang baik.

Dahulu, ada seorang perempuan ini, dia nak pakai tudung, tapi biasalah, parents dia orang berada, yang jenis tak suka anak2 bertudung, kolot katanya. Mak aih, padahal tak lucut pun gelaran Dato' Datin kalau anak dia pakai tudung saji sekalipun. Tak cukup dengan tu, kawan perempuan ni turut memperlekehkan dan meng 'eeuuwww' kan niatnya untuk berubah.



Tapi disebabkan si anak ni bertegas jugak nak pakai tudung, dia nekad, dan dia pakai juga akhirnya. Still, sampai sekarang (dengan izin Allah) beliau ni still je pakai tudung, bahkan pakaiannya pun tidak menampakkan susuk tubuh.



Lihatlah, betapa tohmahan daripada manusia tidak dapat melemahkan semangat dia dan menggugah pendiriannya untuk mengikut perintah Allah.



Satu cara paling best yang boleh kita lakukan untuk menghadapi golongan macam ni ialah: Bila diejek, senyum sahaja, sambil dalam hati beristighfarlah kepada Allah, pinta dipinjamkan kekuatan, dan juga mohonlah padaNYA agar mereka ni juga dikurniakan kesedaran dan hidayah. Sebenarnya kita patut kesian kat diorang ni, sebab masih tak nampak jalan yang sebenar.



Lagi satu, kalau ikut saya, boleh je sekali sekala kita nak bidas kata2 mereka ni, tapi biarlah dengan ayat-ayat yang penuh berhikmah, sebab kadang-kadang manusia ni perlu disedarkan juga, agar dia tak pandang bahawa kita yang memakai tudung/tudung labuh ni sebagai lemah dan mudah dipijak-pijak kepala. Namun, kita berpadalah apabila nak balas tu. Jangan balas sebab rasa sakit hati dan nak balas dendam, cukuplah sekadar balas untu menjelaskan perkara yang betul, dan menegakkan kebenaran.



So, untuk tips kedua ni, yang paling penting sebenarnya adalah terus bina kekuatan! Jangan biarkan benteng pertahanan kita roboh dek tujahan kata-kata pedas masyarakat.



Tidak dinafikan kadang-kadang kita berasa lelah dan lemah dengan perangai manusia di sekeliling kita, namun ingatlah bahawa Allah akan senantiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, dan pertolongan Allah itu pasti tiba buat hamba-hambaNYA yang bertaqwa dan mengharapkan keredhannya. :-)




3) Jangan pernah merasakan pakai tudung/tudung labuh itu ketinggalan zaman.


Ada sesetengah orang berpendapat pakai tudung ni, ataupun lebih tepat lagi pakai tudung labuh ni ketinggalan zaman, kolot ataupun serabut. Saya pernah dulu, waktu kecik-kecik, saya rasa orang yang pakai tudung labuh ni serabut dan bila tengok ada orang pakai tudung labuh, mesti saya ingat dia golongan makcik makcik, walaupun si pemakai tu sebenarnya masih muda belia lagi. Huwaaa..entah apa yang tak kena dengan kepala otak saya waktu tu. :-(



Tapi bila dah besar sikit, dan apabila Allah mentaqdirkan saya masuk pula ke sekolah yang diwajibkan memakai tudung style makcik makcik tersebut, barulah sedikit demi sedikit saya jelas dan mendapat pencerahan tentangnya.



Kadang-kadang mungkin akan terdetik juga hati kita merasakan pemakaian tudung kita ini agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain, apatah lagi apabila kita masuk ke mall yang hampir semua anak muda sebaya kita berpakaian mengikut trend dan ada style.



Namun, kita kena yakinkan diri sendiri, bahawa, pilihan kita, apa yang kita pakai, dan tujuan kita melakukan itu semua kerana Allah merupakan aspek yang paling berharga. Bahkan tidak akan terkalahkan oleh ke'stylo'an, ke'cool'an, keindahan, mahupun segala kemewahan yang terdapat pada pakaian yang tidak mengikut syariat dan yang paling penting, tidak mampu untuk melindungi tubuh dan kehormatan kita.

Yakinlah duhai muslimah bertudung dan berbusana mengikut apa yang telah ditetapka olehNYA, bahawa kita tidak akan pernah ketinggalan zaman, kerana hukum Tuhan itu untuk sepanjang zaman, dan kita style, kita cool, juga kita bergaya, dengan cara kita yang tersendiri.
Lagipun, sanggupkah kita kelihatan cantik sekadar di mata manusia, namun sebaliknya di mata Allah s.w.t..



4) Jangan fikir " Aku belum cukup baik untuk pakai macam tu, macam ni".


Satu lagi alasan yang mungkin mengikat diri daripada melakukan perubahan adalah kita berpendapat bahawa kita masih belum cukup baik ataupun layak untuk bertudung/bertudung labuh.

Ramai juga yang mengatakan "aku taklah sebaik mana nak pakai tudung/tudung labuh macam ni. Kau tahulah aku macam mana, kan..Karang elok2 je sopan pakai tudung, tiba2 gelak macam hantu, tepuk tampar dengan lelaki apa semua. Tak guna jugak kan..." (Itu dialog reka sendiri. Nak lagi real, korang buatlah dialog sendiri ikut pengalaman).



Kalau kita fikir2 balik, patut ke perkara ni dijadikan satu alasan untuk kita buat perkara baik? Perkara ni sebenarnya lebih teruk daripada kita tak buat sebab dengar kritikan orang, sebab kita jadikan DIRI SENDIRI, dan SIKAP kita sebagai halangan.



Padahal, kita mampu untuk mengubah perkara tersebut (dengan izin Allah, inshaAllah).
Ya, tak dinafikan, mungkin ada yang berniat baik sebab tak nak nanti orang cop orang yang pakai tudung/tudung labuh ni bukan2 disebabkan sikap diri sendiri, tetapi mengapa kita memilih untuk meninggalakan sedangkan kita boleh lakukan sesuatu.




Ibaratnya kalau kita ingin mendaki gunung, tapi kita ada penyakit gayat (adakah gayat sejenis penyakit? saya pun tak sure. Nanti korang check balik) . Kita rasa macam tak mampu nak naik, tapi di puncak gunung tersebut ada sejumlah harta yang sangat banyak. Dengan cincin berlian bernilai jutaan ringgit, permata, barangan kemas Poh kong, dan lain-lain lagi. Maka takkanlah kita nak tinggalkan semua tu hanya kerana kita gayat? Mesti kita daki jugak, sedikit demi sedikit, sambil sambil tu, kita cuba untuk atasi kegayatan kita terhadap tempat yang tinggi. Last last, bila dah sampai, harta dapat, gayat pun hilang! Best tak? best tak? Best kan..



Meskipun analogi tu saya rasa macam tak berapa kena, (biasalah menaip petang-petang idea termendap sikit), tapi itulah ibaratnya. Takkanlah kita nak tinggalkan sesuatu yang berharga, bahkan tidak ternilai dengan dunia dan seluruh isinya, yakni keredhaan Allah dan ganjaran yang dijanjikanNYA di akhirat yang kekal abadi, hanya kerana sikap yang ada dalam diri kita?
Kita mampu mengubahnya, jika kita bertekad dan kita yakin, kita akan lakukan, inshaAllah.


Tapi jika kita sendiri yang beralasan dan terlalu menjakan diri untuk stay dan tidak melakukan perubahan, nescaya selama-lamanya kita akan berada di takuk lama. Tidak akan berubah, dan terus mencipta alasan demi alasan bersandarkan kelemahan diri sendiri.



Jadi, ini sahajalah yang saya ingin kongsikan serba sedikit.



Dan buat teman muslimah yang tersayang, ingatlah sesungguhnya perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk kita persiakan tiap detik dan waktunya.
Janganlah kita berlengah untuk melakukan perubahan demi mendapat keredhaanNYA, kerana tiada siapa yang dapat meneka, bila Izrail akan mengunjungi kita, dan mencabut nyawa kita yang mana selepas itu, tiada lagi peluang untuk kita kembali untuk membaiki segala kesalahan dan kesilapan semasa hayat di dunia.



Justeru, selagi masih ada kesempatan, pohonlah padaNYA agar dikurniakan hidayah, dan dipinjamkan kekuatan, semoga kita akan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang mu'min dan bertaqwa. Amiin.



Buat para Muslimin yang menjadi pemimpin kami, janganlah berlengah, perhatikanlah isterimu, ibumu, dan saudara perempuanmu. Janganlah biarkan mereka terumbang ambing tanpa bimbingan. Nasihatilah mereka sebaiknya.Gagahlah dalam membela kehormatan dan kemuliaan agama. Jangan ragu-ragu untuk menasihati kami, dan menegur kami dengan hikmah.



Pernah juga saya terfikir, kasihan juga pada lelaki ni ya..
Sebab, mereka dijadikan pemimpin bagi wanita, dipertanggungjawabkan ke atas wanita. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Walaupun pada zaman sekarang ni, ramai lelaki yang mengambil mudah akan tanggungjawab yang berat ini.


Tapi saya yakin, Allah maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Berserta tanggungjawab yang berat tersebut, Allah lengkapkan para lelaki ini dengan kekuatan dan juga kebijaksanaan yang tersendiri. IshaAllah, lelaki yang pintar akan menggunakan semua kelebiha dan potensi yang ada untuk menjadi khalifah dan hamba yang sebenarnya.


Akhiran, untuk muslimah sekalian, mari kita berubah bersama-sama, ayuh tingkatkan usaha memperbaiki diri, apatah lagi di bulan yang dijanjikan pelbagai keistimewaan ini.


Untuk sahabat sahabat yang masih ragu, yakinlah..Anda mampu melakukannya!



Just give it a go!!

Just give it a try!!

Come on!

You can do it!

(sorakan diiringi tarian pom pom)





Bonus: Sebagai catalyst untuk melakukan perubahan, di sini ada beberapa link online shop yang menjual tudung-tudung labuh yang menarik dan cantik. ! Jom kita shopping sama2!! (^_^)




Shop 1

Shop 2

Shop 3

Shop 4




Korang yang boys pun boleh jenguk-jenguk, boleh bagi kat mak, kakak, adik, nenek, mak sedara, jangan buang tebiat pakai sendiri sudah...

























Monday, August 15, 2011

Pengalaman di penjara.

Penjara tidak akan dapat memenjarakan hati orang-orang mu'min untuk terus bercita-cita tinggi menegakkan agama!

~pics courtesy from google~




Assalamualaikumwarohmatullah :-)


Ramadhan sudah separuh berlalu meninggalkan kita. Maka beruntunglah siapa yang benar2 memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang beruntung, tidak terleka dengan keasyikan dunia yang sementara. Pada 10 Ramadhan lepas, saya pergi ke BSN, menguruskan hal yang tertunggak. Susah juga jadi dewasa ni ya, macam macam perkara perlu diuruskan.


Saya sudah mula dibebani dengan bil WIMAX setiap bulan, walaupun saya langsung tak guna sebab di Jengka tiada perkhidmatannya. Sedih kan? Saya juga sudah mula menguruskan hal-hal berkaitan bank dengan sendiri. Sebelum ini, manalah saya reti, Nak tekan mesin untuk nombor giliran pun saya tak pandai mula-mula. Tapi Alhamdulillah, hari tu saya berjaya uruskan sendiri semuanya dari A sampai Z. =). Satu peningkatan dalam diri.


Lepas ke bank, saya ke satu kedai buku, dan saya terjumpa satu buku dengan cover yang sangat menarik. Warna kuning bercampur coklat, dengan corak ukiran di kelilingnya. Saya ambil, dan bayar. Sampai di rumah, sampulkan dan mula membaca! Hari ini, saya benar-benar nak kongsi dengan kamu semua tentang buku ini. Ia kisah yang sangat sedih, gembira dan indah.



Apa lagi yang boleh menyentuh dasar hati kita yang paling dalam selain kisah benar yang diceritakan di atas kertas dengan seluruh jiwa sang pencerita?
Yang membuat saya boleh membaca tanpa jemu dari muka hadapan sehingga ke perkataan terakhir adalah kerana penulisnya, dan kerana subjek penceritaanya, dan kerana ia berbentuk cerita. Mari sini saya kongsi serba sedikit bersama anda. Ia tentang.....







Aku, dan Al-Ikhwan Al-Muslimun


Prof. Dr Yusuf Qaradhawi






Dr. Yusuf menceritakan pengalamannya berada dalam gerakan Islam di Mesir, iaitu Ihwanul muslimun. Saya rasa, ramai kot yang pernah dengar tentang gerakan yang terkenal ni. Paling kurang pun pernah dengar nama pengasasnya, iaitu As syahid Imam Hassan Al-Banna.




Dalam buku ni, part yang paling menarik bagi saya ialah, bila Dr. Yusuf membuka hikayat kehidupan para ikhwan di penjara. Para ikhwan (anggota gerakan Ikhwan) ni, mostly pernah dimasukkan ke dalam penjara tanpa sebab yang kukuh. Yang part ni, nanti korang beli baca sendiri ya, macam mana penubuhannya, gerakan dakwahnya, halangan halangan dan dugaan yang dilalui, dan banyak lagi kisah menarik yang boleh buat mata kita segar membaca walaupun dah lewat malam.




Apa yang saya nak sangat share dengan korang adalah part dalam buku ni di mana Dr. Yusuf Qardhawi bersama para ikhwan yang lain ditahan di dalam penjara; kehidupan mereka di sana dan penyeksaan yang dihadapi serta ketabahan dan kecekalan mereka menghadapinya.



Untuk pengetahuan korang, menurut apa yang diceritakan dalam buku ni, para ikhwan yang ditahan di dalam penjara dah membuatkan penjara tersebut bertukar menjadi satu 'pusat latihan' bagi ikhwan. Mereka ni bukan sahaja mengadakan solat berjemaah beramai ramai, tetapi turut mengadakan forum ilmiah dan diskusi. Tiada senggang waktu yang disia siakan buat mengenang nasib sedih kerana dihumban ke penjara atas kesalahan yang memang mereka tak buat, bahkan hampir setiap detik dihabiskan dengan berzikir, solat, mengaji Al-Quran dan juga berkongsi ilmu.


Betapa hebatnya mereka ni menjadikan penjara yang terpisah dari dunia luar sebagai tempat untuk saling berkongsi ilmu dan meningkatkan amal ibadat. Jeriji besi dan tembok batu yang disangka dapat menghalang para ikhwan untuk terus menyebarkan dakwah dan menegakkan keadilan itu rupanya tidak mampu langsung menghalang mereka untuk terus menerus mengumpul kekuatan spiritual, mendekatkan diri dengan Sang Pencipta, mengasah ketajaman minda dan melatih diri menjadi insan yang sabar dan redha. Juga langsung tidak memadamkan semangat perjuangan Islam yang marak menyala dalam diri masing-masing.


Itu yang bab macam mana mereka boleh memanfaatkan kehidupan di penjara sebaik mungkin, ni sekarang ni saya nak cerita pula serba sedikit bentuk penyeksaan yang mereka alami. Ada antara anggota ikhwan yang telah dijatuhi hukuman bunuh, antaranya ialah Abdul Karim Audah, Sheikh Farghali, Yusuf Tal'at, Hassan Hudhaibi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-2, dan hukuman tersebut diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup), dan juga Sayyid Qutb.

Antara seksaan yang kejam dikenakan kepada para ikhwan di penjara ialah, dipukul dengan keras, (tapi yang ni dah kira rutin ah, selalu sangat kena). Lepas tu, mereka juga diarahkan untuk berdiri dan mendepangkan tangan ke dinding selama beberapa jam, lepas tu siapa yang bergerak, akan dipukul dengan ganas. Lepas tu ada lagi, mereka juga pernah dipaksa untuk memukul muka sahabat sendiri, dan kalau tak nak buat, mereka pulak yang akan dipukul.


Dah tu, bukannya pukul sikit sikit macam pakwe makwe main tepuk tampar, ataupun macam ayah kita pukul kalau mengintip anak dara orang mandi, ini pukul dan belasah yang hardcore punya, sampai boleh berdarah darah bernanah dan meninggal dunia. Pulak tu, yang dah diseksa dan meninggal tu akan dikumpul kat ruang tersembunyi di sudut penjara, lepas tu akan dibawa oleh tentera ke Pdang Abasiah untuk dikuburkan dalam satu lubang. Tanpa dibersihkan, tanpa dikafankan, apatah lagi disembahyangkan. Isk..isk..sedih kan.. Kalau korang baca sendiri lagi pilu rasa hati.


Ada lagi, mereka ni juga hanya diberi makan makanan kering yang sudah diselaputi kotoran dan keras. Antaranya ialah roti keras (sampai ada antara ikhwan yang berseloroh cakap roti tersebu dicampur dengan simen), kismis kering dan lain-lain yang keras-keras dan kotor belaka. Makanan tu pulak ciput2 je dia bagi.



Pergi tandas pulak, 2x sehari je boleh pergi, iaitu waktu pagi dan senja. Tak kira sama ada sakit perut ke, sembelit ke, kencing tak lawas ke, cirit birit ke, tetap jugak HANYA 2 KALI!.



Wah2..kalau kita lah kena macam ni, maunya tak menangis. Tapi dalam buku ni, Dr. Yusuf ada menyebut, bahawa yang muda2 termasuklah beliau pada ketika itu, akde masalah sangat, tapi kesian kepada para ikhwan yang tua, bisalah kan, selalu nak ke tandas. Kalau nak membuang jugak, mereka kena buang dalam satu bekas kulit kecil yang disediakan di dalam ruang sel penjara. Dan belas tu jugaklah yang digunakan untuk mengisi air minuman. Nak buat macam mana, kalau dah sakit perut, terpaksa jugaklah membuang dalam tu.


Pernah juga ada seorang ikhwan ni nak tolong bersihkan najis sahabatnya yang ada dalam bekas tersebut (betapa hebatnya ukhuwah diorang ni. Kalau kita, ada nak tolong buang najis sahabat sendiri??Tolong warning "kau jangan lupa simbah bersih2, kalau berbau, nahas kau!" lagi adalah..kan?). Dia pun bawaklah bekas tu senyap-senyap ke tandas. Tapi, disebabkan bekas tu terlalu penuh dengan najis, ada air najis yang menitis dari bawah bekas tu, terus ke lantai. Ada pegawai penjara yang perasan, dan apa lagi..ikhwan tersebut disuruh menjilat air tersebut sampai bersih!


Sungguh sungguh hebat ujian seksaan yang dihadapi, mental dan fizikal. Emosi dan jasmani. Kalau kita hari ni, maunya tak sampai sehari kena seksa macam tu, terus sawan dan pura pura mati.

MasyaAllah, betapa hebat ujian yang Allah turunkan kepada orang orang yang sanggup menjual jiwa dan harta di jalan Allah, padanlah dengan ganjaran yang super duper hebat yang Allah janjikan di akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." (At-Taubah:11)


Banyak lagi seksaan yang dilalui oleh para ikhwan diceritakan dalam buku ni. Yang saya statekan di atas baru tak sampai 50%. Jadi, kalau nak tau the whole story dengan real dan menghayati kisah kisah hebat tu dengan penuh perasaan dan kesedaran, lebih baik kalian beli sendiri, dan baca.


Sekarang mari kita masuk bab bagaimana para ikhwan tersebut menghadapi segala ujian dan seksaan di penjara.

Ini lagi satu yang membuatkan saya rasa buku ini sangat menarik. Menghayati kisah di dalamnya,( Dengan izin Allah), membuatkan saya sedar dan percaya bahawa kebergantungan kepada Allah itulah yang membuatkan para ikhwan ini tetap bertahan di dalam penjara, tetap mantap dan teguh aqidah walaupun telah diseksa dengan kejam, dan tetap bersemangat memperjuangkan Islam walaupun teliah diancan dan diugut dengan keras.

Mereka bukan sahaja tidak mempunyai rasa ingin membalas dendam kepada para pengawal dan pengarah penjara yang telah menzalimi mereka sungguh sungguh sehingggakan sanggup melarang dan menyiksa mereka yang dilihat solat berjemaah dan membaca Al-Quran, bahkan mereka turut menghamparkan seluas keredhaan dan pengharapan kepada Allah.


Mereka melalui semuanya dengan keimanan yang jitu, mental yang teguh, dan hati yang tidak pernah terputus dari Allah dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Biarpun mungkin fizikal mereka lemah dimamah belantan dan kesejukan yang menggila di sel penjara hari demi hari, namun hati dan roh mereka kekal kuat dan mantap, kerana mereka yakin dan percaya, ini adalah sunnah yang pasti berlaku kepada para pejuang dakwah, dan penjunjung risalah, bahawa jalan juang itu tidak ditaburi dengan keindahan ros mahupun tar hitam yang berturap indah, namun jalan untuk menngapai kemenangan di dnia dan kebahagiaan di akhirat pasti dipenuhi duri dan dibanjiri darah, dengan gelimpangan tubuh para syuhadaa'.


Kesimpulannya, saya syorkan sangat-sangat lah kepada kamu semua untuk beli buku ini, dan baca. Saya ambil masa dalam lima hari untuk menghabiskan buku ni. Jangan kita mengejar nak habiskan buku cepat, tapi inputnya hanya sedikit yang kita boleh ambil. Bacalah, baca dengan membawa jiwa untuk turut sama menghayati. Lontarkan diri kita ke dalam cerita tersebut, biar kita seolah-olah turut sama berada di dalam perjuangan mereka, merasai ruh mereka, menjiwai semangat mereka, dan mendalami kesungguhan dan kecekalan mereka.

Sekian sahaja untuk hari ini. Ada lagi satu buku yang menunggu untuk disampul dan dibaca. Jadi, sekarang saya sudah tak boleh berlama-lama sangat online, sebab saya sudah menemukan kembali kecintaan saya terhadap buku, yang dahulunya pernah hilang sebab terlalu kerap menghadap laptop.

Sebelum tu, mari kita sama-sama menghayati satu Firman Allah ta'ala:
Tapi saya kongsikan maksudnya sahaja ya, nanti kamu rujuklah al-Quran yang selalu dibaca tu :-)


Firman Allah Ta'ala:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana (datang kepada) orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan pelbagai macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya: "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".

(Al-Baqarah:214)



Rabbanaa laa tuzigh qulubanaa ba'da iz hadaitanaa wa hablanaa min ladunka rahmah,
wa hayyi' lanaa min amrina rashada.
Amiin ya Rabbal 'Alamiin.




Semoga Allah mengampuni dan mengasihi para pejuang agama Allah, dan mengasihi mereka, dan memasukkan mereka ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang soleh, membalas segala kebaikan yang telah mereka lakukan untuk agama dan umat, dan menjadikan kita dan mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat keredhaanNYA dan orang-orang yang redha kepadaNYA. Amiin.










Wednesday, August 3, 2011

Ayuh perjuangkan hak kebebasan wanita!

Kebebasan meminjam gambar dari google, membuatku rasa sungguh bebas!!
~pics courtesy from google~ (as usual) ('^_^)



Sudah lama tidak update, dan apabila mula menulis kembali pada Bulan Ramadhan hari ketiga berpuasa, sudah berubah jadi pejuang hak kebebasan wanita??


Salam Ramadhan:-)


Sepuluh hari pertama, dijanjikan oleNYA dengan kerahmatan mencurah-curah.Mari sama2 menggandakan ibadah, agar hari-hari yang berlalu tidak sia-sia dan kita tergolong dalam kalangan hamba yang taat, inshaAllah.


Kali ni, lebih kepada kaum2 wanita di luar sana yang sibuk cot cet cot cet nak perjuangkan hak kebebasan wanita, mari sini saya kongsi satu pandangan.


" Wanita yang berjiwa bebas itu merupakan wanita yang hati dan jiwanya tidak terpenjara dengan kemahuan material yang membuak-buak, dan penglihatannya tidak dikaburi oleh indah kilauan busana yang bergemerlapan dan solekan yang memberi biasan sempurna wajah laksana seri bulan yang tampak indah dari anjung rumah kita. Wanita itu hatinya tidak tergugat dengan keindahan dunia, dan bebas bercita-cita tinggi mengimpikan apa yang di akhirat sana."


Saya mahu jadi wanita bebas. Kerana sedari dulu, saya sukakan kebebasan. Saya tidak suka jika kebebasan saya untuk keluar ke mana-mana atau melakukan apa sahaja kemahuan saya disekat.


Mujurlah dahulu kemahuan saya tidak menjurus kepada yang bukan-bukan. Kalau ingin bermain sekalipun, takkan beraninya saya mengayuh basikal keluar dari kawasan rumah. Mujur juga tidak teringin mencuba yang bukan-bukan atas nama kebebasan.


Cuma pernah sekali menyertai kumpulan kanak-kanak ribena menghisap rokok kertas. Saya masih ingat, di hadapan rumah, berhampiran dengan ampaian. Waktu itu salah seorang kawan saya, kami panggil dia miyon, berjaya buat saya kagum dengan mengeluarkan asap dalam bentuk bulatan. Padahal bila dah besar sikit, baru saya tahu, yang sebenarnya keluarkan asap bentuk bulatan tu bukanlah perkara yang hebat sangat pun..Sesiapa pun boleh buat.


Atas nama kebebasan, selalu sangat wanita ni menuntut itu ini. Padahal bagi saya, wanita sekarang sudah cukup bebas sebenarnya. Yang menjadikan wanita tidak bebas sebab, mereka yang beria-ia itu menganggap kebebasan itu adalah persamaan dengan lelaki dalam apa jua cabang, persamaan layanan dengan lelaki dalam apa jua keadaan, dan persamaan hak dengan lelaki dalam apa jua perkara dalam kehidupan, walaupun sampai melanggar hukum Tuhan!


Sebenarnya wanita itu bagi saya, tidak akan bebas dan terbelenggu selama-lamanya jika ingin bebas mengikut nafsu menakluk dunia. Terlalu ingin bebas seperti burung terbang tinggi, sedang fikiran masih lagi di bawah tempurung kelapa belakang rumah.


Bagaimana wanita ingin bebas jika tidak ingin belajar dan memahami ilmu Tuhan di muka bumi, dan memandang bebas dengan takrifan boleh keluar mall sesuka hati, pakai mengikut fashionista terkini tanpa mengukur panduan yang DIA beri, dan melakukan apa sahaja walaupun mendatangkan akibat buruk kepada diri.


Jika itu maksudnya bebas, saya tidak ingin jadi wanita bebas.


Jika hanya itu apa yang kebebasan boleh berikan kepada saya, biarlah saya terpuruk sahaja di rumah sendiri tanpa ke mana-mana biar tak termampu cahaya matahari memamah diri.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, biarlah bebas itu kita terjemahkan dalam usaha menegakkan yang benar, dan membenamkan yang batil.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, biarlah kita bebas dari pengaruh keasyikan dunia yang disogokkan sehari hari dalam kehidupan kita. Nafsu kita menyukainya, namun jiwa kita tidak bebas dan terbelenggu untuk mencapainya.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita yang bebas, biarlah kita jadi wanita yang bebas lapang keluar dari rumah tanpa dibelenggu dengan ketidak yakinan akan diri tanpa dicaliti make-up buat penarik hati lelaki ajnabi.



Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, maka bebaskanlah cita-cita dan impian untuk terbang tinggi menjadi wanita luarbiasa yang memberi manfaat buat saudara dan agama.



Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, luaskanlah pandangan dan pemikiran agar tidak kita diinjak oleh mereka yang busuk hati, bahkan boleh pula kita menyelamatkan sahabat sendiri.



Sahabat, jika kau ingin bebas, maka bebaskanlah dirimu untuk benar-benar menghayati dua permata tiada ternilai harga yang telah Rasulullah tinggalkan, Al-Quran dan sunnahnya yang indah tiada terperi.



Sahabat, kalau kau benar ingin jadi wanita bebas, ayuh kau fahami dan dalami setiap firman DIA, tiap sabda Baginda,seterusnya inshALLAH, kau akan bebas, dan jiwamu, cita-citamu, impianmu, akan terus terbang tinggi. Melata di atas dunia, dan tembus ke hakikat pengakhiran yang abadi.



Teruslah bebas. Teruslah bebas. Dan kita tersenyum, kerana akhirnya jiwa yang selama ini terbelenggu, sudah bebas sebebasnya!



Senyum~

Dan senyum lagi.








nota kaki: Ain Fatihah, sahabat saya di uitm dahulu, antara salah seorang wanita yang berjuang untuk bebas, bahkan bercita-cita pula menjadi superheroin dengan memakai sut pink. Semoga kau berjaya sahabat! :-)












Wednesday, July 13, 2011

Huduh sangat ke blog saya ni??? isk..isk..

YA!!!



Saya rasa 99% dari yang membaca tajuk tu akan menjawab seperti di atas.
Dah2 tak payah nak tersenyum sinis dengan hati berkata-kata "haa..tau pun blog kau buruk"..

Isk..isk.. saya tau..saya tau..


Saya sedar bahawasanya blog saya sangat simple tetapi menawan, tak punya header atau background yang meletuupp! dan juga aksesori tambahan yang lain.

Ya, saya faham kerana memang blog saya tak cantik macam blog awak, dah lah dull, lepas tu kosong je pulak. Lepas tu, gambar pulak style ketinggalan zaman, pinjam dari google dan ditepek di atas entri setiap kali. T_T


Baiklah..sudah-sudah lah tu angguk kepala tanda sangat bersetuju. Sebenarnya macam ni, semalam waktu saya nak reply comment di blog, tiba-tiba my super duper sarcastic KAK LONG menjeling sekilas pada skrin laptop saya, dan berkata (waktu tu muka dia polos, dan ayatnya tidak sarkastik, menandakan apa yang dikatakan adalah tulus dari hati):



"Eh, hang baca blog siapa tu? Buruk macam blog hang juga!!!"




T_T



*memanglahsamadahinimemangblogdibahpun!!!!!!*



Oh walaubagaimanapun, saya akan tetap tabah menulis!


Nanti2 kalau saya rajin, saya upgrade lah.


Tetapi buat masa ni, inilah design yang paling saya senangi,no matter how ugly it is in others' eyes =)




Saturday, July 9, 2011

Bercinta selepas kahwin. Relevankah??


Eh, korang perasan tak, sokmo kalau kartun2 islamik macam ni, kartun dia mesti kulit putih melepak. Diorang ni memang semua orang korea ke? Lagi satu, yang lelaki mesti pakai spek mata.. T_T
~pics courtesy from google~




Kalau korang round2 blog, banyak dah yang post pasal bercinta sebelum@selepas kahwin ni. Banyak juga yang kata mereka nak bercinta selepas kahwin, kerana menurut mereka, itu lebih indah dan manis gitue!. Tapi, kalau zaman sekarang, relevankah bercinta selepas kahwin?


Kalau tanya kepada mereka yang sokong bercinta selepas kahwin, mesti ada pendapat masing-masing untuk menyokong, seperti lebih berkat, dapat mengelakkan maksiat, dapat membina keluarga yang diredhai, dapat mencapai mardhatillah, lebih indah kerana dapat buat pelbagai aktiviti dengan suami atau isteri tanpa berdosa sebab dah ada ikatan yang sah, bla..bla..bla..


Dan sama juga, kalau ditanya kepada yang berat menyokong kepada cinta sebelum berkahwin, mereka juga mempunyai hujah tersendiri untuk menyokong pendapat masing-masing, seperti mudah untuk saling mengenali pasanga sebelum berkahwin, ingin memastikan pasangan betul2 mereka punya Mr @Mrs. Right sebelum memilih mereka untuk dijadikan suami atau isteri, ingin ruang untuk lebih memahami hati dan sikap masing-masing sebelum ambil keputusan besar untuk bernikah, dan sebagainya.


Dulu seingat saya, saya pernah ada baca satu artikel tentang bercinta selepas kahwin, then ada salah satu komen bertanyakan, "habis tu, macam mana nak tahu orang tu sesuai ke tidak dengan kita, macam mana nak kenal orang tu?"


Jadi, bila saya fikir2 balik, saya ni nak pilih yang mana ya,,,, Oh tidak, saya bukan gatal merenyam nak bernikah sangat pada usia 19 tahun, tapi saya perlu fikir dari sekarang, supaya dapat menetapkan matlamat untuk masa depan, kerana kalau saya memilih bercinta sebelum kahwin, maka saya harus mula mengorak langkah dari sekarang untuk mencari lelaki berpotensi, untuk saya bercinta dengannya dahulu agar nanti bila dah besar, dan tiba saat saya ingin bernikah, saya sudah cukup kenal hati budi dia. Kalau saya bercinta dari sekarang, maknanya saya mempunyai masa bertahun-tahun untuk berkenal-kenalan dan menyemai cinta bersamanya.

Dan jika saya memilih untuk menetapkan cinta selepas kahwin, maka tindakan yang perlu saya ambil dari sekarang ialah, jaga diri baik2, kurangkan berhubung dengan lelaki bukan mahram melainkan untuk urusan penting, jaga hati baik-baik, dan menjauhi sebarang jenis perhubungan yang sia-sia.

Tapi korang, nak pilih yang mana?

Berbalik kepada persoalan tadi. "kalau kita tak kenal orang tu sebelum kahwin, macam mana pulak kita nak hidup bersama dengan dia? Kalau zaman dulu tu lainlah, zaman sekarang ni, lelaki perempuan sama sahaja, banyak yang tidak boleh dipercayai"

Hmm betul jugak kan,? Mana tahu kot2 dah kahwin, tiba2 kita rasa tak boleh nak go on dengan dia, sebab terlalu banyak sikap dan karakter dia yang kita tak berkenan. Mana tahu kot2 dah kahwin, baru kita tahu sebenarnya suami kita ini menyimpan rahsia yang cukup besar, contohnya suami kita sebenarnya adalah Superman atau Spiderman mahupun Kluang Man. Waktu tu mungkin kita akan cakap, "oh damn, kalaulah aku bercinta dahulu dengan dia sebelum kahwin, dan tak terus kahwin hari tu, mesti semua ini gak akan berlaku. Dah tak pasal-pasal sekarang ni aku kena kejar dengan penjahat!"

Tapi best jugak kan, bila fikirkan balik, kalau2 besar nanti kita berkahwin, dan suatu hari kita terjumpa bilik kebal rahsia di bawah tanah, dan kita pun tahu suami kita rupa-rupanya adalah seorang superhero yang selama ini menyelamatkan orang awam. Hebatnya dia~ :)
Tapi, macam mana pulak kalau kita jumpa sut Green Goblin? Maknanya suami kita tu jahat sebenarnya..waaa..sedihnya..:(

Imaginasi terlampau!~ T_T


Jadi setelah difikir-fikirkan, kalau ikut pandangan saya, saya lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin, tetapi berkenalan sebelum kahwin. Maksudnya bagaimana ya..

Adakah dengan berkenal sebelum kahwin maksudnya saya akan ym, chatting dan skype dengan dia untuk lebih mengenali. Yalah, mestii nak tanya, dia suka makan apa, warna apa yang disukai? kalau ada masa lapang, selain DOTA, apa lagi yang dia suka buat, penulis apa yang digemari, kenapa perhimpunan bersih pakai warna kuning? mengapa tidak kelabu ataupun pink? , bla..bla.. antara Oprah Winfrey show dengan Semanis Kurma mana lagi suka tengok, bla..bla...bla...Catherine Zeta Jones dengan Jennifer Lopez mana lagi chantek, pernah pergi Jom Heboh tak?..bla..sok..sek...saya sayang awak..okay, i love u....


Bila dah berkenal-kenalan begitu, yakinkah kita akan bahagia selepas kahwin? Betul ke kita perlu tahu sedetail-detailnya tentang setiap mukasurat kehidupannya?


Jawapan saya adalah TIDAK. Bukan perkenalan begitu yang saya maksudkan. Jika kita ingin yakinkan diri dengan sikap dia, perangai dia, ada inisiatif yang berganda lebih baik dan terjaga lagi berbanding kita sendiri tanya dia.

Islam sebenarnya dah ajar semua benda ni. Cuma kita je yang tak tahu, atau memang sengaja takmau ambil tahu.

Caranya ialah dengan berta'aruf. Maksudnya dalam bahasa melayu, saling berkenalan.
Oh, mungkin korang tertanya-tanya, apa bezanya dengan yang atas tu?

Untuk yang belum tahu, ta'aruf/ proses berkenalan yang dianjurkan Islam ni merupakan proses yang melibatkan orang tengah, maksudnya macam lelaki dan perempuan ni kalau nak berta'aruf biasanya akan ditemani mahram atau teman yang reliable, so takdelah diorang berdua sahaja yang berbincang.

Tapi teman2 tu pulak mestilah yang dipercayai, yang waras, yang tahu beza baik buruk. Jangan pulak bawak adik kakak yang terencat akal tak tahu apa2 atau adik umur lapan tahun yang boleh rasuah eskrem pi main jauh2..

Biasanya kalau korang baca novel2 islamik, mesti ada babak laki ni nak berkenalan ngan perempuan ni, so dia guna orang tengah yang dipercayai minta tolong sampaikan hajat dia, dan kalau perempuan tu pun setuju, bolehlah buat sesi kenal-kenalan/ta'aruf/ice-breaking or watever you may call it. Tapi tak ice breaking sangatlah kan. Biasanya orang kalau ta'aruf ni bukannya tanya apa benda detail sangat, kira macam perkara2 dasar sahaja, tak sampai cair lagi ais tu, macam baru keluar peti sejuk je. Still keras, tapi lama-kelamaan selepas kahwin, akan cair (orang pick-up mesti faham analogi ni. Siapa tak faham, makan ikan dan gajus banyak sikit, biar cergas otak).


Lagi satu, kalau nak tahu pasal peribadi orang yang kita hendak pilih sebagai pasangan hidup a.k.a. soulmate ni, bagi saya cara paling tepat adalah dengan menggunakan orang tengah yang dipercayai, untuk bertanyakan tentang peribadi orang tu.


Contohnya macam ni:
Ada seorang lelaki, misal kata namanya Naimi. Naimi ni seorang yang baik, stok2 tak tinggal solat berjemaah di masjid, hormat ibu bapa, kasihkan binatang, dan juga suka menderma. Jadi satu hari, Naimi ni rasa sudah tiba masa untuk dia mendirikan rumah tangga. Kebetulan dia pun ada macam crush gitu dengan seorang budak perempuan satu universiti dengan dia. Minggu lepas dia ternampak budak perempuan ni selamatkan kucing yang sedang terkapai-kapai di dalam longkang besar, dan secara automatiknya dia pun terjatuh hati. Tanpa berlengah lagi, Naimi ni pun bertanyakan seorang pensyarah di universiti dia yang dipercayai dan rapat dengan budak perempuan ni tentang peribadinya. Baik ke tidak budaknya? perangainya macam mana? fikrahnya bagaimana? dan beberapa lagi soalan yang betul2 penting dan perlu diambil kira.Sebab bagi Naimi, setakat selamatkan kucing jatuh longkang bukanlah satu jaminan yang pasti untuk menjamin peribadi perempuan ni. Manalah tahu kot2 budak perempuan tu sengaja jatuhkan kucing tu, dan pura2 selamatkan sebab nak bagi orang kata dia wirawati penyelamat haiwan kan..manalah tahu..


So selepas merisik2 mantaplah hati Naimi untuk meminang perempuan ini berdasarkan opinion dan feedback daripada pensyarah yang dipercayai dan juga beberapa orang kawan perempuan ini yang sempat ditemu ramah. Naimi pun bernikah dengan perempuan ni dengan majlis yang sederhana, mas kahwin yang sederhana dan tidak melampau-lampau. Then selepas nikah, barulah Naimi dan Naimah betul2 bercinta dan mengenal hati budi masing2. Setel!


Itu kalau ada yang dah berkenan di hati, tapi kalau yang tak ada sesiapa lagi yang di'aim'kan, tapi rasa macam dah sedia nak bernikah, minta je lah mak carikan, ataupun nak lagi best minta tolong dari mana2 ustaz, atau ustazah, atau siapa yang kita yakin dia akan memberi kita pendapat dan cadangan yang terbaik. Kan senang macam tu. Waktu saya menumpang sekejap kat pondok dulu pun, selalu je dengar ada yang minta ustaz dan ustazah yang ada kat situ untuk carikan calon isteri, dan memang selalu ada yang nak akad nikah dan buat kenduri terus di pondok. Majlis yang sederhana dan tidak membazir. Tak payah nak pelamin2 bagai. Kitorang budak2 pondok ni pun tumpang gembira. Memasing menyibuk je nak tengok muka pengantin. Tapi tak bestnya kitorang kena basuh2 ayam.. *Saya paling tak suka bersihkan ayam! T_T..

Oh ya, sekarang ni kalau tak silap saya, ada persatuan Baitul Muslim, dia ala2 pencarian jodoh macam tu lah. Lagi senang.

So itulah.. sebenarnya tiada istilah couple sebelum kahwin, sebab once kita berkahwin, barulah kita boleh bergelar couple. "You complete my life". Cewah!!

Kita tidak perlu risau takut2 tersalah pilih, sebab inshaAllah DIA mengatur yang terbaik buat kita. Jodoh itu sudah ada, inshaAllah. Tak perlu kita nak runsing untuk bercinta awal2 sebelum adanya ikatan pernikahan.

Kalau misal kata kita masih belajar dan betul2 suka pada seseorang dan kita memang nak jadikan dia sebagai isteri/suami suatu hari nanti, jumpalah parents dia, bertunang dulu.Jumpa parents terus much better and proper daripada kita sendiri berhubung dengan yang empunya diri. Pada masa yang sama, walaupun dah bertunang, jangan pulak kita menggatal nak call, skype, chat, ym, text semua tu selagi tiada urusan yang penting.


Ingat ya, bertunang bukan satu tiket untuk menghalalkan semua benda tu. Hubungan sesama tunang sama sahaja batasnya dengan lelaki dan perempuan yang lain. Cumanya, tunang itu sebagai satu tanda dan keterikatan janji antara lelaki dan perempuan tersebut. Sebab, syaitan tu kan, dia licik sangat, macam-macam cara dia boleh guna untuk menyesatkaan kita. Pantang ada peluang, terus je dia masuk line.


Jadi kesimpulannya bercinta selepas kahwin ni sangat relevan. Tak perlu timbul isu "eh, habis tu macam mana kita nak kenal? nak tahu dia tu baik atau tidak? Semua ada solusi dan jalannya mengikut kaedah yang dibenarkan syara' dan dapat memelihara hati dan perasaan. Islam itu syumul, jangan kita sempitkan. Kalau tak sefahaman sikit tu biasalah, bak kata orang tua2, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Kalau dah kahwin, pandai-pandailah sesuaiakn diri dan bertolak ansur. Perbezaan itu yang membuat hidup kita berwarna-warni. Takkan semua nak sama je kan. Tak challenging lah gitu. Ceh, kenyataan macam orang dewasa yang sudah berpengalaman. (Jangan main2 ya, saya pernah bercita-cita menjadi kaunselor perkahwinan waktu Tingkatan Lima) :p


Lagi satu, tak usah kita bimbang sangat, fikir sangat tentang "macam mana suami aku ni nanti ea?" atau "siapalah bini aku nanti"?

Suka saya untuk memetik satu kata2 yang saya pun tak ingat dapat dari mana:

"Banyakkan menjadi daripada mencari".


Maksudnya, kita tak payah nak bimbang nak cari sedari awal, dan sibukkan diri kita dengan those petty things semua tu. Sebab bercinta @ couple awal2 ni pun banyak buat sakit kepala jugak. Time bahagia, yes, memang hati berbunga2, tapi kalau mai ribut taufan tu, mau serabut kepala kita nak fikir. Effect kita punya life dan study nanti. Paling penting, hubungan kita dengan Allah macam mana?


Apa yang perlu kita buat, single- single ladies and gentlemen sekalian adalah :

1) Perbaiki diri dari masa ke semasa.
2) Tuntut ilmu sebanyaknya
3) Baiki dan jaga hubungan dengan Allah.

Ingat satu perkara ni. "Jagalah urusan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga urusanmu. "

Bab-bab jodoh ni, kita serahkan pada DIA. Tak bermakna kita tidak usaha, kita PERLU USAHA! Tapi bukan usaha untuk cari bf or gf, tetapi usaha untuk mencari suami/isteri.


Dan korang pun biasa dengar kan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaiknya. Jadi baiklah sekarang ni kita cuba usaha membaiki diri, rapatkan diri dengan Allah, baiki hubungan dengan DIA dan inshaAllah the rest will flow by its own, in a very amazing and unexpectable way. Believe me. :)



Ruangan bonus bulan ni:

1) Kalau pun kita tak berjodoh di dunia ni, tak perlu sedih sangat dan kecewa pun. Imam An-Nawawi misalnya, seorang ulama' yang sangat berjaya dan memanfaatkan ilmu dan usaha sepanjang hidupnya demi Islam pun membujang hingga dijemput Ilahi.

Rabi'atul 'Adawiyah yang terkenal dengan riwayat kesufiannya itu pun tidak pernah sedih kerana tidak ber'soul mate'.

Dalam hidup ini, apa yang penting, dan yang kita perlu damba sangat2 adalah redha Allah. Usaha ke arah itu yang penting :).


2) Saya sangat ingat nasihat Madam Wan (UiTM Kuantan) saat saya mengadu kepada beliau tentang sesuatu. Kata beliau : "Kita ni, tak perlu spesifikan sesiapa untuk jadi suami kita, tapi sppesifikkan ciri-ciri yang kita mahukan dalam diri seorang suami, yang bakal menjadi imam kita."

Kata-kata ini saya pegang sungguh-sungguh. Saya tidak akan aim siapa2, apatah lagi pada usia yang masih sangat muda ini. Saya cuma ingin belajar menjadi wanita yang terbaik di mata Allah, kerana saya yakin, DIA juga sentiasa memberikan saya segala yang terbaik dalam hidup ini. Wallahua'alam

Nota kaki:

1)Maaf jika ada sebarang salah silap dan ayat-ayat yang mungkin mengguris hati mana2 pihak. Kebenaran itu, sepahit mana pun ia, wajib kita tegakkan.

Dan jika ada mana2 part yang kurang jelas saya terangkan sehingga menimbulkan kekeliruan, anda boleh tegur da tanya saya semula.

2) Saya akan sibuk minggu hadapan inshaAllah. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. (^_^)