Di pagi jumaat penuh barakah ini, aku nak bercerita lah. Kisah kecik2 dulu.
Waktu kecik, abah hantar aku dan kak long pergi mengaji kat rumah ustaz mad.
Ramai jugak yang belajar mengaji dengan Ustaz, lelaki dan perempuan. Abah akan hantar aku dan kak long pergi rumah ustaz dan kami solat berjemaah sama2 di sana.
Kami akan duduk beramai2 membentuk satu barisan, dengan ustaz di hujung/tengah baris mengepalai (ala2 kedudukan mesyuarat, yang jadi pengerusi tu). Satu barisan lelaki dan satu lagi barisan perempuan.
Lepas tu, kami tunggu giliran seorang demi seorang menghadap ustaz untuk mengaji.
Tapi waktu kecik dulu aku gemok macam itik (kot??) sebab bila tiba giliran aku, aku berasa sungguh 'istimewa', kerana bila aku bangun --->mengesot sebenarnya-sebab pemalas sangat, akan ada budak2 lelaki mendendangkan lagu:
"itik gembo-gembo,
ayam kedek-kedek,
Bilo tembok....."
T_T
Owh, Aku rasa aku tak perlukan sebarang lagu iringan, tapi mereka sangat 'baik hati' menyanyikannya untukku.
Hehe.. sampai sekarang kalau terdengar (rare kan dengar lagu tu dah sekarang. dah jarang dimainkan) aku akan teringat lah zaman dolu2.
Rumah ustaz mad yang menenangkan,
isteri ustaz yang akan memangku jawatan ustaz jikalau ustaz tiada,
anak2 ustaz yang baik hati,
Semuanya inshaaALLAH akan segar dalam ingatan.
Aku bersyukur mama dan abah hantar kami adik-beradik belajar mengaji elok.
Aku bersyukur sebab ada insan2 mulia yang sudi ajar aku mengaji.
Aku bersyukur ALLAH izin aku pandai baca Al-Quran.
Semua nampak macam benda2 remeh yang jarang disyukuri. Nikmat membaca Al-Quran, nikmat solat, nikmat mendapat kefahaman agama, nikmat kehidupan yang berlandaskan iman dan islam..
Aku harap sampai mati aku sedar, bahawa inilah kenikmatan yang tidak dapat dibeli oleh kepuasan dunia yang sering membuat manusia haus.
Sehingga terlupa terlalu banyak ruang syukur yang masih belum diterokai.
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah ia disinari cahaya hidayahMU."
Eh, terkejutnyaa!!!
Lebih kurang la dengan muka aku waktu kecik dulu.. hihi..konon..:p
~Pic's taken from google~
No comments:
Post a Comment