Monday, July 1, 2013

Uncle Bobss

Bismillah. Assalamualaikum.

Disclaimer [Post ini TIDAK ditaja oleh syarikat Uncle Bob]- lol




Gambo hok sedakk ni kome pinjam ket gugel<---loghat p="" pahang="">
(Gambar yang sedap ini saya pinjam kat google)







Sedang dalam perjalanan balik dari fakulti, saya berjalan bersama kawan.


Kami bersembang-sembang sambil melangkah dengan kelajuan sederhana, kerana kelibat bas masih belum kelihatan.

Kami berbicara fasal hidup, dan terus melompat kepada topik makanan. ( Hidup=makan)

Apabila saya memberitahu kawan bahawa baru sekali sahaja saya pernah beli ayam 'Uncle Bob' seumur hidup ini, beliau kelihatan sangat terkejut mendengar pernyataan tersebut.

Dengan perasaan terkejut yang masih tersisa, beliau berkata " aku hampir hari-hari beli ayam Uncle Bob, baru malam tadi makan..hikhikhik.."


Saya tersengih sahaja.



Entah, bagi saya semua ayam adalah sama. Mereka berhak dilayan sama rata begitu.

Namun sebagai manusia, ada yang suka ayam masak merah, ayam panggang, ayam masak lomak cili api, ayam KFC (demand),ayam Uncle Bob, ayam kampung, dan lain-lain lagi.


Begitulah kita dicipta dengan kelainan.

Yang pasti, semua kelainan adalah dalam aturan ALLAH, bersebab dalam rancanganNYA yang rahsia.

Ianya indah dan tidak perlu dipertikai.

Termasuk dalam rahsia pembahagian rezeki oleh ALLAH.

Kadang2, kita berasa hairan apabila ada beberapa kedai yang berdekatan antara satu sama lain, menjual barangan yang hampir sama, dengan harga yang hampir sama, dan keramahan/kecomelan pekedai yang hampir sama, namun masing2 ada pelanggan tersendiri setiap hari.

Para pelanggan yang secara rawaknya masuk ke setiap kedai.

Ia semua pasti diatur ALLAH.

ALLAH mengatur rezeki buat setiap hambaNYA.


Itulah asas keyakinan yang dipegang oleh Imam Hassan al-Basri tatkala ditanya akan rahsia zuhudnya.







"Aku yakin rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, 
kerana itu hatiku sentiasa berasa tenang."


Allahuakbar.

Rasanya saya mengerti, mengapa kita dicipta berbeza.




Kerana di saat rakan saya membayar RM5 untuk sebungkus ayam di gerai Uncle Bob, penjual di kedai makanan berhadapan tersenyum menerima RM5 untuk nasi ayam yang saya beli di kedai beliau...




Indah aturan ALLAH Yang Maha Hebat.







4 comments:

  1. Sarah yang SolehahJuly 4, 2013 at 5:32 AM

    Teringat makan kacang Jordan dgn Kak Dibah, Kak Shidah, Kak Wardah kat KFC Jerantut.
    Pertemuan tu juga diatur Allah. Semoga Allah atur lagi pertemuan antara kita. *hugs*

    ReplyDelete
  2. nice sharing :) Rezeki Allah Maha Luas..ada dmna2 sahaja. aturannya yg terbaik buat kte..moga Allah mudahkn rezeki yg halal buat kta semua...

    ReplyDelete