Dua hari yang lalu, saya melalui satu proses perjalanan yang agak mendebarkan. Ia perjalanan Shah Alam-Melaka-Kelantan.
Dalam perjalanan tersebut, ada terselit satu cerita menarik.
Yang menggambarkan kebesaran ALLAH, yang sentiasa mendengar rintihan hambaNYA.
Yang sentiasa ada saat kita perlukan bantuan.
Yang sentiasa menjadikan kehidupan kita jadi indah dengan memikirkan segala hikmahNYA.
Ceritanya begini.
Saya ada forum di UiTM Melaka, sebelah malam. Keesokan harinya mengikut perancangan saya akan pergi ke Kelantan. Menaiki bas, dan bukannya flight.
Saya membayangkan perjalanan yang panjang, maka saya merancang untuk bertolak pagi dari Melaka, dan inshaaALLAH sampai di Kelantan pada lewat petang.
Nazima akan bersama saya di situ.
Program Raudah di Hatiku yang perlu saya hadiri akan diadakan pada keesokan harinya.
Ia perancangan yang saya atur.
Dan ALLAH jua ada perancangan yang diaturNYA. Pasti itu lebih baik lagi.
Apabila saya ingin membeli tiket di Melaka, ternyata tiket ke Kelantan tiada. Salah saya jugak sebab tidak survey awal2. Lantas saya pun membeli sahaja tiket ke Kuala Lumpur, jam 8.45 pagi dari Melaka.
Saya fikir, dari Kuala Lumpur saya akan mengambil bas untuk ke Kelantan, ataupun jika tidak maka saya perlu ke KLIA/ LCCT untuk menaiki flight.
Jam 9.00 saya bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur.
Dalam bas, saya text Nazima. Nazima bagitau saya bahawa bas ke Kelantan hanya ada pada sebelah pagi dan malam sahaja.
Saya sudah menarik nafas panjang. Memikirkan perubahan rancangan.
Jam 11++ saya sampai ke TBS.
Sambil kaki melangkah laju, saya memikirkan apakah yang perlu saya buat. Saya tidak tahu bagaimana hendak ke stesyen putra, saya belum pernah sampai ke situ. Bahkan saya juga dihadapkan dengan kemungkinan (besar) yang bas ke Kelantan hanya akan ada pada sebelah malam.
Saya sudah terlepas bas sebelah pagi.
Sambil berjalan, hati ini tidak henti2 berharap, memulangkan segala pergantungan pada ALLAH.
Saya hanya mampu merancang mengikut apa yang saya rasakan terbaik, namun hanya ALLAH yang mengetahuinya.
Saya mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Stesyen putra.
Kaki saya melangkah ke kaunter KTM dan bertanya bagaimana untuk ke stesyen Putra.
Ya, boleh ke sana dengan menaiki KTM. Saya cepat2 membeli tiket. Tunggu KTM selama hampir 15 minit.
Dalam pada menunggu, otak saya masih ligat berfikir bagaimana..bagaimana...bagaimana...
Rasanya, jika betul2 bas tiada, sama ada saya perlu menunggu bas di sebelah malam ataupun saya perlu menaiki flight kesana.
Alamak, pasti kempis dompet saya beli tiket flight on the spot tanpa sebarang pilihan.Lagi pula, saya akan menaiki flight lagi sekali minggu depan. 'Lari'lah budget saya...sob..sob..(kedekut..haha..)
Kalau saya naik bas sebelah malam pula, saya akan sampai ke Kelantan pada sebelah pagi hari program tersebut. Tidak boleh, terlalu tergesa-gesa buat saya.
Namun dalam pada otak ligat memikirkan perancangan, hati yakin ALLAH akan membantu. Mungkin ini sedikit 'ruang' ALLAH hadiahkan untuk saya berfikir dan kembali memperbaharui dan muhasabah niat saya untuk ke sana.
Dalam keadaan begini, sesiapa sahaja pasti akan kembali benar2 pada ALLAH, memohon sungguh2 padaNYA agar dikurniakan pertolongan. Menyerahkan sepenuh tawakkal padaNYA yang menggenggam seluruh urusan langit dan bumi.
"Hanya padaMU aku bertawakkal Ya ALLAH, Engkau mengetahui apakah tujuanku Ya ALLAH, maka aku serahkan padaMU segala urusanku yaALLAH, kurniakanlah segala yang terbaik Ya ALLAH. Jika terdapat khilaf pada niatku Ya ALLAH, maka aku memohon keampunan serta petunjukMU.
Saat ini dan saat bila2 pun, hanya Engkaulah tempat hambaMU ini bermohon. Aku bersendirian Ya ALLAH, namun aku tahu Engkau sentiasa ada melindungiku, malaikatMU sentiasa ada di sisiku, memerhatikan segenap urusanku. "
Tempoh waktu menunggu tren datang dan perjalanan untuk sampai ke destinasi memberikan ruang yang cukup untuk saya menyedari hakikat diri yang kerdil ini.
Saya melangkah ke mana-mana pun semuanya adalah dengan Izin ALLAH.
Yang melembutkan hati ibubapa saya untuk mengizinkan anak perempuan mereka ini ke sana ke mari pun adalah ALLAH. (Saya tahu mama dan abah mengizinkan, namun tetap jua berbelit kerisauan.
Yang melindungi perjalanan saya selama ini adalah ALLAH.
Segala-galanya di bawah kekuasaan ALLAH!
Setelah sampai ke hentian putra, saya bergegas ke ke stesyen bas.
Di manakah stesyen bas??
Saya lansung tidak tahu. Lantas, saya ikut sahaja susur jalanan berbumbung.
Alhamdulillah,saya lihat bas berderet di tepi jalan. InshaaALLAH, Inilah destinasinya.
Ada banyak bas berderet di tepi jalan, dan sempat juga saya tersengih melihat bas R*ng*t yang berwarna hijau turut berada di situ.
Banyak sungguh kenangan bersama bas tersebut ketika di UiTM.. hihi...
Bas-bas tersebut nampaknya sudah ingin bergerak. Babai bas, semoga selamatlah sampi ke destinasi.
Nasib saya belum tentu lagi. Adalah waktu ini saya akan turut bergerak ataupun tidak?tskk...
Harapan yang masih samar-samar.
Saya semakin pantas melangkah menuju ke bangunan tempat jualan tiket,
Harap-harap adalah bas .... Ya ALLAH, 'ada'kanlah bas untuk ke KB tengah hari ini.
Saya melangkah dan terus melangkah, tidak menghiraukan kiri dan kanan lagi, namun tiba-tiba.....
"Adik, adik nak ke KB ke???!!!"
Langkah saya mati. Tercengang.
Saya memandang sebelah kanan,
Adik nak pergi KB??!!"
Daripada bas R*ng*t yang saya 'ketawa'kan tadi, seorang pakcik memandang saya. Beliau yang melaung bertanya.
Allahuakbar...Allahuakbar....
Sambil berdiri statik sambil hati berdebar-debar, saya bertanya meminta kepastian.
"Bas ke Kota Bharu??"
"Ya dik, nak pergi KB? Ada lagi satu seat kosong."
"Cepat dik, bas dah nak jalan dah ni."
Allahuakbar! Alhamdulillah!
Saya pun 'memecut' ke arah bas terbabit. Dalam pada itu, hati ini rasa ngilu dan terharu. Selepas membayar tambang RM 40, saya pun masuk ke dalam bas. Saya duduk di seat paling hadapan.
Tidak kisahlah duduk di mana2 pun, yang penting saya dapat bas ke Kelantan. Kalau diikutkan, duduk di bawah pun saya sanggup, pakcik!!
Hati saya rasa tersangat sayu, sedih, gembira, dan pelbagai lagi.Rupanya bas tersebut terlewat 'berlepas' dari Shah Alam kerana jalan sesak. Dan terlewat pula sampai ke stesen putra. Mereka sepatutnya sudah bertolak ke Kelantan seawal jam 8.30 pagi lagi.
Ia bukan kebetulan. Saya yakin ia bukan kebetulan, melainkan perancangan ALLAH Yang Maha Mengasihani.
ALLAH MAHA HEBAT, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI.
dan ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG.
"Hanya padaMU kami bertawakkal ya ALLAH".
Dan ALLAH jua yang mengizinkan pakcik tersebut 'approach' saya, kerana saya takda pula saya tampal apa2 "papan tanda' tertulis "Saya ingin ke KB" ataupun "Bantulah saya" di badan.
Saya tidak tampal 'signage' ini di badan, tetapi ia terpaku di di dalam hati
~pics by google~
Ia bukan kebetulan, melainkan ALLAH yang menggerakkan lisan beliau.Menggerakkah hatinya untuk memanggil dan bertanya.
Ia bukan tidak sengaja, bahkan ALLAH lah yang mengizinkan beliau terlihat akan saya.
Allahuakbar, sesungguhnya ALLAH menyambut rintihan "bantulah saya" yang bergema di dalam hati hambaNYA!
p/s: ALLAH Maha Hebat, kita sebagai hamba tidak punya apa2 kudrat melainkan dengan izinNYA.
- Lagi sekali kenangan penuh pengajaran dengan bas. bas...bas..Daripadanya saya belajar banyak perkara. Alhamdulillah :)
SubhanAllah!!! hebatnya kuasa Allah,ni nak tunjuk betapa sayangnya Allah dekat kita kan
ReplyDeletekita ini pengembara,
ReplyDeletedi dunia yang fana,
demi mencari redhaNya.
Moga Allah pelihara akak :)
masyaAllah...Allah sayang Dibah.
ReplyDeleteMinggu lepas, saya ke pasar tani Brincang. Hajat hanya ingin membeli setongkol jagung bakar sambil menemani sahabat membeli belah. Jalan jalan jalan..sudah hampir ke penghujung langsung tidak kelihatan jagung yang dicari. Tiba-tiba..."nah, jagung bakar. Kami dah nak balik." Seorang lelaki menghulurkan satu plastik mengandungi setongkol jagung bakar! Mula-mula saya terkulat-kulat memandangnya. Dia tiba2 datang dari sebelah kanan saya. Saya lihat semua barang2 jualannya sudah dimasukkan ke dalam van. Tinggal jagung itulah sahaja ditangannya. Subhanallah...bagaimana dia tahu saya begitu berhajat dengan jagung bakar tersebut? Tidak lain dan tidak bukan pasti Allah lah yang telah menggerakkan hatinya...Allah..Allah..ya, sangat terasa disayangi olehNya.
diibah, lain kali datang kl gtau hanah.. mana tau blh tolong apa2.. =)
ReplyDelete