Tuesday, July 9, 2013

Saya ingin jadi public figure yang cantik!

Bismillah. Assalamualaikum.


"Akak, saya ada satu masalah. Saya suka tengok artis2 dan perempuan yang cantik dan bergaya di blog. Saya suka baca blog, fb, dan insta artis dan vlogger, blogger yang sememangnya cantik dan banyak followers. 

Setiap kali tengok mereka, saya akan berasa rendah diri dan banyak lagi kekurangan yang saya ada. Saya rasa nak jadi cantik seperti mereka, bergaya, disenangi ramai orang. Kadang-kadang hati saya rasa sakit dan cemburu. Saya tak cantik kak. Dan saya pun tak kaya untuk beli branded stuff macam mereka. 

Saya tahu benda ni tak patut, saya tak boleh dengki. Tapi saya tak tahu macam mana nak hilangkan perasaan ni. Saya nak sangat2 jadi macam mereka....."


-Adik xxxx-




Izinkan saya kongsi hal ini di sini.

Apabila memikirkannya, saya rasa sangat kasihan pada adik yang bertanya ini.

Sebab rasanya saya juga pernah alami konflik yang serupa. Menyakitkan.

Kita tahu dan sedia maklum bahawasanya secara fitrah wanita memang suka akan keindahan, suka bercantik-cantik, menyukai harta, serta gemar dipuji.

Maka apabila kita tidak dapat mencapai semuanya dalam kehidupan ini, hati kita akan berasa tidak puas,resah dan gelisah. Ibarat membakar diri sendiri.

Apatah lagi bila kita melihat akan wanita-wanita lain yang kelihatan sungguh cantik, baik, anggun, banyak barangan serta pakaian yang bagus, lifestyle yang seronok serta dipuji dan diminati ramai orang.

Saya melihat fenomena ini mungkin terjadi kerana sekarang sudah ramai yang mempamerkan kehidupan, barangan yang dimiliki, wajah yang cantik, gaya hidup yang 'kelihatan' sangat indah dengan dihiasi barangan2 idaman yang menarik. Segalanya dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui.

Tidak. Saya tidak menyalahkan mereka. Saya juga tidak berhak menuduh sesiapapun mengupload apa2 sahaja untuk menunjuk-nunjuk. Nilainya itu hanya ALLAH yang berhak mengadili. Dan semua tersebut mungkin ada tujuan tersendiri yang murni. Asalkan tidak melanggar syariat, maka biarkanlah.

Cuma yang menjadi persoalan adalah, apakah kesannya pada kita yang melihat?

Duhai adik, jikalau adik merasakan bahawa dengan melihat gaya hidup mereka, wajah mereka, gaya mereka, 'kesenangan' mereka, serta segalanya yang tampak indah tentang mereka itu boleh membuatkan hatimu gusar, maka tanyakan pada dirimu duhai adikku, apakah nilai kebahagiaan yang telah dikau gariskan dalam kehidupan?

Kesenangan yang hakiki adalah dengan menjadi muslimah yang taat pada ALLAH.
Ketenangan hati hanya boleh diraih dengan kasih-sayang ALLAH,
Ketenteraman jiwa hanya boleh dipupuk jika kita meletakkan dunia di atas tangan dan bukan dalam hati.

Buat diriku, adikku, serta muslimah di luar sana. Jikalau merasakan melihat atau membaca itu semua boleh membangkitkan sebarang 'rasa' yang tidak sepatutnya dalam jiwa kita, memarakkan api cemburu, menyalakan ketidakpuasan hati akan apa yang ALLAH telah anugerahkan pada kita,

Merasakan diri kita lebih rendah kerana kita tampak zahirnya kurang cantik, kurang famous, kurang harta, kurang gaya berbanding mereka, maka berhentilah daripada perbuatan itu.

Hentikan perbuatan stalk fb, blog, insta, atau apa2 sahaja yang boleh membangkitkan rasa itu, kemudian beristighfarlah pada ALLAH.

Hati kita sedang digolakkan oleh keasyikan dunia serta segala keindahannya yang tidak kekal.


Tips daripada akak ialah:

1) Mohon ampun daripada ALLAH, cepat2 beristighfar.

2) Tuntut ilmu agama sebanyak-banyaknya. Kalau kita mengetahui hakikat yang sebenar, inshaaALLAH kita akan celik bagaimana ingin mencari bahagia sebagai seorang muslimah.

 Kita akan tahu definisi bahgaia seorang muslim dan mukmin bukan pada apa yang digenmggamnya di dunia, tetapi apa yang ditanamkannya di dalam hati yang ingin dibawa apabila menghadap ALLAH nanti.


3) Bergaul dengan sahabat2 yang baik. Yang sering mengajak dirimu ke majlis ilmu (bukannya shopping mall semata), bukan yang sering berbincara tentang artis, gosip, lelaki serta fesyen2 terbaru, yang akan menegurmu tika solatmu selalu di hujung masa, yang akan mengingatkanmu saat kau mula terleka dengan dunia.

Mereka ini  mungkin tidak secantik model2 atau figur2 yang dikau jumpai di laman maya, namun inshaaALLAH mereka akan menjadi penyejuk hatimu.


4) Sentiasa bersyukur dan penuhi masa dengan mencari ilmu dan mentadabbur al-Quran. Apabila masa tidak dipenuhi dengan perkara bermanfaat, maka ia pasti dipenuhi dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Perkara yang tidak bermanfaat akan menyebabkan jiwa resah dan dahaga.

5) Perlu cipta definisi bahagia dan cantik mengikut al-Quran dan sunnah.

6) Perlu yakin dengan diri sendiri.

Akhirnya, secara sejujurnya akak memahami apa yang dirasakan olehmu duhai adikku.

Ia merupakan perasaan yang akan terbit apabila kita terlalu menyerahkan hati untuk dimamah oleh keindahan dunia.

Jadilah dirimu muslimah yang sentiasa ingat dan sedar bahawa hidup ini hanyalah persinggahan.

Carilah kecantikanmu dalam kepuasan solat serta menghayati kisah-kisah perjuangan sahabiah yang hebat.

Menghayati kisah2 serta sirah2 mereka akan membuatkan kita rasa kerdil secara yang sepatutnya. Ia akan menyebabkan kita rasa yang kita masih belum cukup amal  belum cukup berilmu, serta belum cukup berusaha untuk mendekati ALLAH lagi.

Maka inshaaALLAH kita akan berusaha menambah ilmu serta amal.

Bukannya menambah cantik, menambah harta, menambah itu dan ini untuk mendapat pengiktirafan manusia.

InshaaALLAH apabila kita menyibukkan diri dengan perkara yang  bermanfaat, maka kita akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.

Yakinlah dengan dirimu, duhai muslimah. Selagi ALLAH ada dalam hatimu, inshaaALLAH dirimu akan menjadi insan yang paling bertuah.

Jangan merendahkan diri sendiri atas apa sahaja kekurangan dari sudut keduniaan, material yang engkau miliki bukanlah penentu kebahagiaan yang abadi.

Kecantikan yang sering engkau cemburui, bukanlah itu yang menjadi tempat jatuh nilaian Ilahi.

Gaya terkini yang sering kau cuba  untuk ikuti, tiadalah itu yang akan mencampakkan rasa puas hati dan yakin diri.

Yakinlah dengan janji-janji ALLAH buat muslimah yang dicemburui para bidadari.

Penuhi jiwamu dengan kalam Ilahi, alirkan segenap air matamu untuk perjuangan mendapatkan redha ALLAH.

Maka itu akan membuatkan kau lebih tinggi,

Walaupun kau hanya mengenakan sehelai tudung serta jubah kosong yang tidak langsung dipuja puji oleh manusia, serta kau tidak langsung dikenali.

Berbahagialah kerana kau seorang muslimah!




Moga kelam ini, tampak bersinar di sisi Ilahi...InshaaLLAH.

~pics from google~



6 comments:

  1. saya pula suka melihat wanita-wanita yang kahwin muda dan dah ade anak. macam mane ye? ;P

    ReplyDelete
  2. wahai bakal bidadari syurga, berbahagialah kamu saat Allah menjadi yang pertama di hatimu :')

    ReplyDelete
  3. saya x nak jadi gadis semasa..cuma nak jadi gadis biasa...tp nak jadi mcm uwais al-qarni....IN SHAA ALLAH...doakan saya ya kak..

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam,
    bila kita bertanya kepada 10 manusia tentang cinta maka kita akan dapat pelbagai definisinya. begitu juga jika kita bertanya kepada 10 manusia tentang kecantikan, pasti pelbagai juga definisinya. Saya juga pernah mengalami situasi adik berkenaan, betul kata admin, hentikan sahaja perbuatan yg menjurus diri merasa sakit hati dan cemburu. Kecantikan itu pelbagai, terpulang kepada diri cara mendefinisikannya, tapi seelok-eloknya definisikan kecantikan itu mengikut syariat...

    ReplyDelete
  5. Betul, inshaaALLAH semua. Terima kasih :)

    Bagi Salwa yang suka melihat pere,puan berkahwin dan ada anak pula, itu sangat boleh dicontohi. silakan..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cantik dimata manusia itu hanya biasa-biasa.. cantik dimata Allah itu luar biasa,Subhanallah :)
      sy share ya :)

      Delete