Sunday, April 8, 2012

Alhamdulillah: Sakit

Assalamualaikum.


Lamaaanyyaaaa aku tak update kat sini. Okay, bagi sesiapa yang rindu akan celotehku yang bingit, jangan bersedih, kerinduan anda terubat juga akhirnyaaa!! Suka tak? suka tak?

Baiklah, disebabkan terlalu banyak benda yang ingin diceritakan, jadi aku terpaksa menapis cerita yang betul2 penting sahaja untuk diceritakan di sini. Semoga ada manfaat, inshaAllah.

Pertamanya dan sebenarnya, semenjak dua menjak(tidaklah semenjak sangat sebenarnya, cerita ini dah bermenjak-menjak jugaklah, cuma sentiasa 'fresh dalam ingatan) ini, aku diuji dengan sakit yang bertimpa-timpa. Semoga sakit tu dapat menghapus dosa dan menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan cemerlang pada masa akan datang.. ecewah!! Tapi betullah kan, setiap yang ALLAH bagi kat kita tu, mesti ada hikmah. Cuma terpulang pada kita sama ada yang teliti baik2 atau tak.

Sama ada kita nak terus2 mengeluh, mengaduh, merengek or cuba untuk jadi kuat, sabar, gali dan gali hikmah di sebaliknya. Ni aku nak cerita lah ni, apakah dia sakit yang digembar gemburkan sangat. Tapi ni cerita bukan sebab nak mengadu ke apa, tapi ada nak share 'something' yang wonderful di sebalik sakit2 yang juga wonderful yang ALLAH bagi kat aku.

Pertamanya, aku sakit kaki. Ini bukan sakit kekejangan otot atau kaki terseliuh mahupun ketar lutut sebab nervous terlampau, tapi sakit kaki atau lebih tepat lagi sakit kuku kaki sebab ada drawer kayu jatuh menimpa atas kakiku. gedebukk!!! Tu diaaa... memang 'ummppphh' rasanya. Tapi memula tu cool je. Senyap je waktu drawer tu mendarat atas kaki. Sakit dia unexplainable. Sampai bila kena tu, tak bunyi sikit pun suara. Aku memang pesen gitu, kalau terkejut, dia jadi kelu nak bersuara. Biasa kan perempuan akan menjerit, tapi aku tak, aku bajet ayu TERLAMPAU, jadi apabila tengah sakit pun, harus terima dengan penuh keayuan, tak mainlah terpekik terlolong ni tau..ihiks..


Memula kena tu, aku ingat takdela teruk sangat. Kuku jadi warna pink2 gitu. Eh, cantik pulak aku tengok bila kaler pink. =,= Tapi bila dah sebelah petang, dia dah start sakit berdenyut-denyut. Petang tu aku ada kokurikulum, kelas debat kat intec, so aku terpaksalah jalan jugak, naik bas etc..etc.. Alhamdulillah, selamat jugak mendarat di intec dengan jayanya. Waktu tu sakit dah mencengkam, tapi boleh la tahan lagi.


Dan pada esoknya, sebab ni lagi satu pesen aku malas nak bubuh ubat, kuku aku jadi terlebih parah. Aku selalu bajet yang badan aku akan sembuh sendiri dengan cepat tanpa perlu usaha nak treat luka. Padahal, sebab aku malas sangat, 2nd day tu, memang bisa ah, jalan pun dah terhencot-hencot. Nak naik bus memang kena handle with care. Kalau terlanggar kerusi, ahh~ memang 'heaven' rasa dia. Bila sampai kat kelas, kawan2 aku yang prihatin dan baik hati juga penyayang tanyalah kenapa ngan kaki aku.


Pastu dengan muka bajet tak sakit langsung aku pun explain lah. bla..bla..bla... Kawan aku pun pakat2 dok kesian kat aku dah lepas tu. For sure, ada yang suruh aku pergi klinik, dan, saranan diorang tu disertai dengan kisah ngeri tentang orang yang ada kes sama ngan aku. Diorang ada cerita yang bila pergi klinik doktor mungkin akan cabut kuku aku.


Ouhhh!! waktu tu memang meremang ah dengar. Aku ni memang akan over sikit bila masuk bab2 kecederaan fizikal ni. Ngeri2. Aku dah decide waktu tu aku tak nak gi klinik. Aku pasakkan sungguh2 ke dalam hati yang aku akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan usaha mengubati kaki aku dengan cara tradisional. Aku akan bubuh minyak segala macam yang aku ada. Padahal aku ada satu jenis minyak je dalam laci. Beli kat koop, itupun dah tumpah separuh atas meja waktu mula-mula beli.

Berbalik kepada cerita kawan aku tadi, yang lucunya, ada kawan aku, siapa ntah aku dah lupa. Beliau cerita, pernah sorang jirannya ni, sakit macam aku jugaklah, ada benda apa ntah hempap jari dia sampai kuku ada darah beku macam ni. Pastu, jiran dia ni punyalah takut nak gi klinik, sebab takut doktor akan cabut kaki dia. Dia pun, sama macam aku.. decide taknak pergi hospital atas dasar ngeri akan kebarangkalian yang dahsyat tersebut. Dia pun biarkan aje, lama2 kuku tu pun tercabut dengan sendirinya. and..and..and.. nak tau tak dia buat apa lepas kuku dia cabut?? Disebabkan rasa gembira dan bersyukur yang tidak terhingga kerana kuku dia boleh tertanggal dengan sendirinya tanpa perlu 'direntap' oleh tuan doktor, dia siap buat kenduri kesyukuran tuu.. amazing2. Bagus betul kan, jiran dia tu..

Waktu aku explain kat kawan2 yang bertanya pada aku tu, even kaki aku tengah berdenyut dengan ganasnya waktu tu, aku cool je, alhamdulillah. Boleh bertahan rasanya.. Lepas tu, bila kawan aku dah bubar (maksudnya kembali ke tempat masing-masing dalam kelas selepas dengar kisah kaki aku), aku pun terfikir nak call mama. Saja je, nak mengadu nasib. Takdelah sedih sangat pun kuku jadi macam tu sebenarnya. Aku redha, inshaALLAH, cuma aku just nak bagitau mama.

Lecturer masa tu belum pun masuk lagi. Aku pun keluar sekejap nak cakap ngan mama kat korodor. Aku pun tekan nombor mama, tuutt...tuuttt..tuuttt.. *talian bersambut*


Tapi, bila dengar je suara mama, aku terus jadi tak mampu nak keluar suara. Automatik air mata jadi macam air terjun tak henti-henti. Aku cuma mampu cakap sebaris... Lepas tu, aku terus menangis semahunya... sob..sob..sob.. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis, padahal tadi aku orait je, dan sakit ni bukanlah sampai tahap kronik macam heroin dalam cerita Autumn in my heart yang sakit leukimia tu pun.

Mama dah cemas dah, waktu tu mama dalam kereta, otw balik dari Perlis. Aku cuma sempat bagi salam and cakap aku sakit kaki je, lepas tu terus dah tak mampu nak keluar suara dah. Mama tanya kenapa. Suara mama macam nak marah pon ada. Yelah, mestilah mak kita risau kan.. Apabila anak dia telefon, cakap kaki sakit, pastu nangis macamlah kaki tu kronik sangat. Yang aku ni pun satu.. intro bukan main gempak, dan tersangatlah umum. KAKI SAKIT. Mestilah mama risau terlebih. Kaki patah ke? Kena langgar ke? Cedera parah ke? Padahal sebenarnya cuma sakit kuku sahaja. Sungguh bertuah punya anak..

Setelah beberapa detik aku teresak-esak, aku mula mengumpul segenap kekuatan untuk bersuara kembali. Sambil air mata tak henti2 keluar, aku pun ceritalah dekat mama....and Alhamdulillah, aku dah boleh tahan tak menangis dah bila dah cakap lama2. Lepas tu dah lega. Alhamdulillah! Dalam seminggu jugaklah kaki aku ambil masa untuk recover. Sakitnya masa tu, memang buat aku insaf. Aku terpaksa jalan slow sangat, dan dengan penuh hati2. Even waktu nak solat pun, memang kena jaga elok2.

Dan melalui sakit ini, memang ada ALLAH nak aku muhasabah diri, dan berfikir megenai kebesaran, kekuasaan dan kehebatan ALLAH.

Mungkin bagi korang, kisah ni biasa2 sahaja, tapi bagi aku, bermakna sangat. Sebab tu, aku nak cerita jugak. Betapa dekatnya ALLAH dengan kita, dan betapa benarnya segala sifat2 ALLAH, Yang Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa, Maha Segala-galanya. Subhanallah..

Kaki aku kena hempap drawer ialah pada hari Isnin, pagi. Mula sakit yang berdenyut, belah petang. Dan pada keesokan harinya, level sakitnya dah bertambah. Aku kena jalan slow2 sangat, dan setiap langkah membuat kening aku berkerut. Sungguh lemah dan lembik lah aku waktu tu. Sesungguhnya, memang pada ALLAH jugaklah tempat kita memohon pertolongan dan menyerahkan sepenuh pengharapan. Alkisahnya, hari Selasa tu bagi aku adalah hari kemuncak kesakitan. Memang boleh kata sakit sungguh lah. Aku yang suka tersengih-sengih ni pun, jadi tak berapa nak sengih dah hari tu, sebab tak tahan sakit. Kelas aku pulak sampai pukul 6 petang hari tu. Biasanya bas akan ada area 6.40 petang, dan kami akan naik bus, sampai kolej dalam pukul 7++ macam tu.

Kebetulan Hari Selasa memang akan ada pengajian berkitab dekat masjid besar Uitm. Nama famous dia P.I., Pusat Islam. Pengajian berkitab ni kan, best tau.. Tak silap aku dia anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH). Kalau korang free, silalah datang, Hari Selasa, antara Maghrib sampai Isya'. (Promo2.)

Jadi aku ni pun, nak lah jugak pergi ke P.I. tu. , tapi aku selalu yang selalu culas, malas, dan 'ter'miss program2 bermanfaat yang selalu dibuat di uitm ni, memang nak pergi lah hari tu.

Aku nak sangat pergi.. Tapi masalahnya, waktu tu hujan, dah pukul 7++, dan aku sakit kaki sangat2, yang membataskan pergerakan aku. Kalau hendak ke P.I, aku kena turun di bus stop mawar, dan naik bus rapid T603 ke P.I. Dan masalahnya lagi, dah pukul 7 lebih, biasanya dah takda bus. Aku pun terus berfikir dan berfikir, gimana caranya aku mau ke sana. Nak jalan kaki? Itu mustahil dalam keadaan macam ni.

Fikir punya fikir,,, aku buntu. Tapi aku nak sangat-sangat pergi. Waktu bus tu dah nak sampai kat bus stop, aku pun minta sungguh2, doa pada ALLAH minta bantuan ( yang sepatutnya aku lakukan awal2 lagi sebenarnya). Aku mohon sangat2 supaya dipermudah urusan dan aku dizinkan untuk pergi P.I. malam tu.


Then, bila dah bus tu berhenti kat Mawar, entah macam mana, dengan izin ALLAH aku boleh terkedek-kedek pergi depan bas, minta kat pak cik driver tu untuk berhenti kat P.I, dan Subhanallah, pakcik tu pun agree. Aku memang waktu ni dah sebak dan terharu. Sebabnya, bus ni memang biasanya akan keluar melalui pintu Sek.7, dan dah tak akan lalu dak ikut P.I bila dah lebih pukul 7, sebab ini trip bus siang terakhir.


Dan biasa2 kitorang naik pun, dia takkan lalu dah ikut jalan P.I. tu. But, ALLAH jugaklah yang lembutkan hati pakcik tu untuk bersetuju angkut kami ke P.I. Nak lagi amazing, dia berhenti betul2 depan tangga nak naik ke P.I., sekaligus memudahkan aku tak payah nak berjalan jauh2 dalam keadaan kaki yang sakit. Subhanallah.


Aku rasa terharu, rasa terkedu, rasa bersyukur, amazed dan lain-lain lagi perasaan yang bercampur baur. Mungkin bagi korang biasa2 sahaja, tapi bagi aku, aku sungguh terkesan. Hebatnya ALLAH, dan aku rasa ALLAH sangat dekat, dan benarlah ALLAH itu senantiasa memerhatikan hamba-hambaNYA, mendengar rintihan hamba-hambaNYA, dan ALLAH jualah sebaik-baik tempat kita menghamparkan segenap pengharapan dan memohon pertolongan. Allahuakbar! Pada ALLAH jualah kita serahkan urusan hidup dan mati, dunia dan akhirat kita dengan segenap rasa cinta, inshaALLAH.


Itu satu, dan ada lagi satu kisah waktu sakit tu yang sangat menyentuh hati aku, tapi yang itu eksklusif, aku simpan nak sendiri je. Dan tak sesuai nak cerita, cuma aku nak bagitau jugak, kejadian tu pun sangat2 menyedarkan aku dan buat aku rasa sangat terkesan. Subhanallah.


Dan lagi, melalui sakit itu, ALLAH sedarkan aku bahawa kita sebagai hamba ni kerdil sangat, jangan pernah rasa diri lebih berbanding orang lain, jangan sombong. Sama ada dari segi harta, ilmu, mahupun kudrat dan tenaga. Tak ada lebihnya kita berbanding orang lain, kerana apa yang ada pada kita sekarang ini ialah pinjaman semata-mata, dan atas kezinan ALLAH jugaklah kita mampu buat apa yang kita buat sekarang.

Aku suka jalan laju. Dan aku rasa leceh apabila aku nak jalan laju, dan orang depan aku jalannya alahai, santai kemain. Aku suka bergerak pantas dan aktif. Sometimes jadi ganas pulak apabila berjalan. Aku rasa best sangat apabila dapat jalan laju-laju tanpa ada halangan. Senang bergerak ke mana-mana. Independent. Rasa kepuasan. Rasa diri macam iron lady gitu. (^_^)

Tapi, ALLAH nak tunjuk, sedikit sahaja ALLAH 'cuit' fizikal aku, sudah habis lumpuh dan lesu segala pergerakan aku yang laju. Terbatas habis semuanya. Aku jadi orang yang berjalan dengan sangat slow dan berhati-hati. Maunya tak hati-hati, kalau terlanggar apa2, sampai ke nerve rasa sakit dia.

Aku dah tak boleh nak jalan laju-laju, langkah anak tangga 2 sekaligus, bahkan untuk ke tandas pun, bukan main lama masa diambil untuk sampai. Waktu ni penat memang penat. Berat aku turun sekilo dalam 3 hari. Hehe.. yang ni best.

Tapi time tu, memang aku rasa lah.. yang kita ni kecik dan kerdil sangat, tak ada daya apa pun, melainkan denagn bantuan dan pinjaman kudrat, tenaga, kekuatan dari ALLAH. Selama ni aku rasa energetic, pergi berjalan ke hulu ke hilir dengan best, tapi Maha Suci ALLAH, yang menguasai segala sesuatu adalah ALLAH, segala nikmat semua DIA pinjamkan sementara sahaja. Maka sebagai hamba, kena selalu bersyukur, dan sedar diri.

Masuk hari kelima, Alhamdulillah, dah tak berapa sakit. Dan aku start jalan lelaju balik dah. Tapi kali ini, setiap langkahan kaki, ditemani dengan 'rasa' yang berbeza. Rasa kepuasan yang berpada-pada, kerna sakit itu buat saya sedar, segalanya yang kita rasa, punya, dan ada, semuanya dari DIA..:) Alhamdulillah.


Sungguh kan, segenap inci alam ini, segalanya milik ALLAH, dan penuh dengan tanda2 kekuasaanNYA, buat menyuluh hati kita.

Dan segala yang ditimpakanNYA ke atas kita, pasti ada 'sesuatu' yang ingin disampaikaNYA, itulah tanda rahmat dan kasih sayang ALLAH, buat menerangi seluruh kehidupan kita.


p/s: Saya ingin tulis banyak lagi. Banyak betul yang nak saya kongsi. Semoga diizinkan ALLAH, dan harapnya saya akan punya masa senggang lagi untuk melakar baris ayat di sini.

Segala yang bermanfaat, ambillah. Yang buruk, tolong jauhkan.Tulisan2 ni banyak merapu sikit, kena filter2 dahulu. Maaf kalau ada salah dan silap! Tata.. :)

1 comment:

  1. Salam...sis rawat dgn ubat apa utk rawat sakit tu?

    ReplyDelete