Monday, December 29, 2014

Lama sudah tidak bersua

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sudaah lama kan, saya tidak menulis di sini? Harini saya nak berkongsi satu kekecewaan dengan semua.

Saya kecewa dan sedih dengan rancangan-rancangan televisyen yang berlambak pada hari ini.

Dan saya turut kecewa kerana adakalanya mata saya turut terpaku menonton rancangan yang ada.

Sakitnya perasaan bila kita menyedari lam-lama sensitiviti kita terhadap segala pemaparan maksiat itu semakin terhakis.

Adegan mesra antara pelakon sudah menjadi terlalu biasa, usah dicerita aurat yang tidak terjaga. Juga hukum hakam yang sudah dilanggar sesuka hati. Banyak drama tentang perempuan hamilkan anak orang lain, dan senang-senang sahaja dijadikan lelaki lain sebagai 'bapa sah' anaknya. Tidak langsung dibangkitkan persoalan nasab dan sebagainya di sini.

Jadi kita seolah-olah memberi signal kepada anak-anak yang menonton.

"Tidak mengapa terlanjur, jika kita ada wang, ada lelaki yang sanggup boleh sahaja kita jadikan lelaki lain sebagai penutup aib atau malu."

Ya, persoalan besar yang diangkat ialah MALU kepada orang lain. Tidak lagi persoalan besar yang melibatkan dosa dan pahala.

Dahulu ketika saya kecil apabila menonton rancangan Hollywood ibu bapa mesti ada bersama supaya bila munculnya adegan 'kissing' dan seumpamanya boleh dipastikan dialih ke siaran yang lain.

Tetapi kini, cerita-cerita tempatan pun sangat bahaya. Tidak tahu bagaimana standard untuk meluluskan sesebuah cerita boleh menjadi sebegini longgar.

Harini saya mengeluh dalam keadaan tidak mampu berbuat apa-apa.

Namun pada masa akan datang, saya berharap kita mampu menjadi sebahagian daripada penggerak perubahan.

Bagaimana? Mari kita fikirkan bersama-sama.

Saya sudah jemu menjadi pengkritik yang tidak konstruktif.

Semakin hari umur saya semakin meningkat, dan saya khuatir jika usaha-usaha untuk memulihkan keadaan umat Islam yang sudah semakin kritikal sekarang ini tidak digerakkan langsung.

Jika hari ini kita melihat ramai anak-anak sudah tahu mengenai perkara-perkara berkaitan seks, kita jangan berasa pelik kerana pendedahan tersebut ditayangkan sewenangnya dalam televisyen dan laman sosial yang pelbagai.

Semoga ALLAH mengampuni kelalaian kita semua. Moga diri kita, ahli keluarga kita, zuriat keturunan kita, umat Islam seluruhnya dilindungi daripada perkara sebegini.


Tuesday, August 26, 2014

Sajak.

Tadi di sekolah ada seorang pelajar lelaki minta tolong rakan sepraktikum, Cikgu Zulaikha ajarkan baca sajak. Tapi harini Cikgu Zulaikha agak sibuk. Almaklumlah, esok inshaaALLAH supervisor Cikgu Zulaika yang baik hati nak datang melawat Cikgu Zu mengajar.

Disebabkan Cikgu Zu sibuk, Cikgu Dibah ambil alih sekejap. Pelajar itu tunjukkan sehelai kertas sajak yang dah lunyai. Nampak sangat dah digenggam dan diulang baca banyak kali. Siap dengan highlighter merah dan hijau. Merah untuk tinggikan intonasi, dan hijau untuk merendahkannya.

Pelajar yang berjiwa besar-pelajar lelaki bersemangat masuk sajak sangatlah rare, ok..- itu, dia mulakan dengan muka berkerut-kerut untuk memperkenalkan nama. Hadoi, macam garang sangat je kalau nak bersajak macam itu. Jadi saya minta dia senyum lebar-lebar. Ketika perkenalkan diri, senyum lebar-lebar dahulu kemudian berhentilah untuk beberapa saat untuk serapkan perasaan dan tebarkan perasaan itu supaya para pendengar akan turut merasai nya.. chewah, konon ar pandai sangat. haha.

Akhirnya bersajaklah anak itu di hadapan saya. Boleh lah tahan. Teringat pulak cikgu dibah pada kenangan masuk pertandingan sajak sejak sekolah rendah lagi. Dulu di sekolah ada anak teacher Khadijah, namanya Farhana (sekarang menuntut di IPG) yang selalu feel kalau sajak dan biasanya untuk bulan kemerdekaan kak Farhana akan dapat jadi juara sajak.

Ingat lagi, dulu waktu sekolah biasanya hadiah agak lumayan kalau diukur dengan nilai waktu itu. Ada biskut, air kotak, dan makanan-makanan yang lain. Asal makanan je, haruslah best dan lumayan kan??

Dan dulu saya pun suka buat sajak dan patun. Cuma saya tak hantar ke mana-mana. Saya karang dan simpan sendiri. Sekarang semuanya sudah hilang. Cuma saya ingat lagi ada satu sajak yang dikarang sempena Hari Kemerdekaan SK Jengka 16. Sajak itu sajak pertama yang saya karang sempena Hari Kemerdekaan.

Saya tunjukkan kepada abah, dan bila abah membacanya abah komen yang sajak saya bagus. Abah berhenti berkata-kata seketika, dan abah sambung lagi, cuma mungkin kurang sesuai kalau untuk dibawa ke peringkat sekolah.

Kenapa?

Sebab sajak saya ada unsur-unsur radikal dan hasutan kah? haha

Ya. Betol tu!

Tapi bukannya radikal terlampau, cuma ada sedikit pendapat yang mungkin tidak memihak kepada memuji orang melayu pada tika itu. Mungkin saya cuma berniat nak mengajak audiens berfikir lebih kritikal ketika baca sajak saya tu. Agaknyalah kan,.. mana saya ingat dah apa yang ada dalam fikiran saya waktu itu. Tapi komentar abah tentang sajak itu, takkan saya lupa dan akan saya kenang sampai bila-bila. Agaknya sebab abah memang faham serba sedikit 'jiwa memberontak' yang memang saya ekspresikan dari kecil lagi.

Kalau saya tidak suka, muka saya akan tunjuk yang saya tidak suka.

Cuma bila dah besar rasanya sudah pandai sikit-sikit cuba sembunyikan perasaan. Yelah kan, takkan kita nak merosakkan mood atau keadaan orang lain semata-mata sebab kecenderungan peribadi. Matang dah leni.. hikhikhik.


Owh sudah jauh rupanya kita menyimpang. Sebenarnya nak cakap tentang sajak saja tadi.

Jadi berbalik kepada cerita pelajar yang minta dibimbing untuk mendaklamasi sajak tadi. Semenjak tadi, tiba-tiba saya rasa kedatangan pelajar tu dengan kertas sajaknya yang lunyai tu sudah mula menghidupkan kembali jiwa sastera 1/3 masak saya ini.

Malam ini pula, saya sudah mula mengarang kembali sajak. Yang lebih dekat dengan perasaan. Lebih halus mesejnya.


Dulu saya pernah tonton satu rancangan menceritakan tentang seorang penyajak wanita warga india dan bukan beragama islam yang mengarang sajak berunsur kerohanian.

Jadi, saya rasalah kan sajak ini boleh menjadi salah satu medium buat kita mengekspresikan cinta, rindu, sayang dan segala bentuk perasaan lagi yang tidak terluah secara zahir.

Kadang-kadang ada rindu yang tidak terbendung lagi.

Lalu kita luahkan rindu itu ke dalam bait-bait kata yang indah,

Kadang-kadang ada rasa sayang yang tak mampu dilafaz,

Lalu kita terjemahkannya ke dalam ayat-ayat yang manis,

Kadang-kadang ada rasa geram yang membongkah,

Lalu kita melarutkannya dalam untaian aksara yang bisu.

Dan akhirnya, yang paling tak terlawan adalah apabila kita menterjemah segalanya dalam sujud dan pengaduan kita pada Ilahi.

ALLAH adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu, berkongsi serta meletakkan segala rahsia hati.

Dan sajak jua boleh menjadi salah satu medium untuk kita mengekspresi kesyukuran dari sudut jiwa yang paling dalam-khas untuk DIA.


Lepas karang sajak, barulah idea nak buat rancangan mengajar (lesson plan) mengalir dengan lajuuu. inshaaALLAH.

Jom kita mengarang sajak!


P/s: Walaupun sajak saya tak best pon bahasanya, saya tetap akan tulis juga. Cuma tidak akan dikongsi sahaja. haha.

dan...saya sudah ada sajak 1/16. Baru siap satu.

Lagi 15 menanti. Dan ini adalah untuk


Friday, July 18, 2014

Tudungku terbalik!

Assalamualaikum.


Ada satu hari tu kan, saya ada latihan drama. Ketika latihan saya pakai tudung berwarna hitam. Ia tudung khas yang dipakai untuk latihan drama pada hari itu. Lepas habis latihan, dengan semangat berkobar-kobarnya saya pun bergegas tukar tudung dengan tudung lain berwarna hijau tua.

Saya bersiap dengan laju sebab waktu tu sedang 'dirasuk' semangat mak2 arab nak try buat nasi mandy (nasi arab) untuk makan tengah hari. Hari Jumaat giliran saya memasak di rumah sewa. Jam dah hampir 12 tengahhari.

Kemudian saya dengan sepantas mungkin bergeraklah ke Giant Seksyen 18 untuk mendapatkan barang-barang nak masak. Sambil berlalu pergi, saya melambai-lambai kawan2 lain yang masih lagi sedang berlatih dengan gembiranya.

Saya tahu saya perlu pantas dan efisien!

Waktu itu di Giant belum pun ramai orang.

Jadi turun sahaja di Giant dan bayar tiket untuk parking saya mula mencari barang yang nak dibeli.

Saya bergerak dengan laju, dan saya perasan ada 2, 3 orang pandang2 ke arah saya. Saya pedulikan. Mungkin mereka hairan kenapalah makcik sorang ni laju bebenor jalannya.

Ayam, lemon, cili hijau, biji ketumbar, tomato, cili padi. Yeah, hampir semua barang sudah ada!


Cuma rempah kabsah yang istimewa tu sahaja belum ada lgi. Memang boleh buat sendiri, tapi idok le rajin.

Jadi saya pun mencongak-congak kedai mana lagi yang mungkin ada jual rempah tersebut. Selepas membayar, saya bergerak ke satu kedai di Seksyen 15. Kedai ni banyak jual barang2 dari timur tengah. Saya rasa kebarangkalian rempah tersebut ada di situ agak tinggi.

Saya pun pergi ke kedai tersebut dan masuk ke dalam.

Sambil menonong masuk, saya senyum kepada adik yang sedang jaga kaunter. Kemudian saya terus ke belakang mencari kalau2 rempah tersebut ada di sana.

Namun hampa. Yang ada hanyalah rempah ratus biasa sahaja. Untuk tidak mengecewakan diri sendiri dengan datang ke kedai dan tidak memebli apa2 dan sebab takut disyaki mencuri oleh adik kaunter. (biasalah kalau masuk kedai runcit yang banyak barang kecil2 dan keluar tanpa beli apa2, biasanya akan dipandang 'slack'..wuwuu)

Jdi saya pun belilah sepeket serbuk jintan manis. Dan jua sebatang coklat buatan muslim.Almaklumlah, cadbury dah was2 dah.

Saya pun lagi sekali senyum pada adik kaunter

"Dik, kira".

Adik kaunter berwajah slumber sambil membalas

"Akak, akak ni pakai tudung terbalik eh?"

Akak sudah malu tahap sembilan sambil melihat tudung dengan penuh spontan!

"Eh, ha'ah lah. Terima kasih lah ye bagitau.."

Mujurlah saya beli dua barang sahaja dan proses pembayaran dapat dilakukan secepat mungkin.

Malunyaaa.

Cuba bayangkan, tudung labuh bulat, apabila ianya dipakai secara terbalik maka AMAT jelas 'keterbalikannya' itu.

Apatah lagi saya memang tak iron yang bahagian sebelah dalam tu, jadi rupanya saya sudah ke Giant dan ke kedai tersebut dengan memakai tudung yang terbalik, di mana sebelah pendeknya di luar, dengan kedut seribu dan sebelah dalamnya(2nd) layer adalah lebih panjanag berbanding sebelah luar.

Nak cakap tudung tu memang fesyen layer2 macam tudung sekarang pun tak mungkin dia percaya, kerana rupanya nyata yang teramat bahawa ianya dipakai secara terbalik.

Muahahaha.. Saya pun masuk kereta cepat2 dan tukar.

Macam manalah saya tak perasan? Ish3x.

Begitulah agaknya hidup kita jika tiada teguran dari orang sekeliling. Banyak lompong dan cela yang kita tak perasan pun, dan kita terus-terusan menelusuri kehidupan hari-hari dengan kesilapan tersebut dengan yakinnya kerana kita ingat kita sudah okay, padahal kita tidak.

Tapi saya bersyukur sangat adik tu tegur, sebab lepas itu saya meneruskan pencarian rempah tersebut di satu kedai lain yang ada lebih ramai orang.

Begitulah kita perlu sangat2 bersyukur dan berterima kasih jika ada yang sudi menegur dan menasihati kita.

Mungkin pada awalnya sebagai manusia biasa pelbagai perasaan bercampur baur tatkala mula menerima teguran tetapi inshaaALLAH akhirnya hati akan lapang menerimanya jika kita tahu pembetulan serta penambahbaikan yang dilakukan akan buat kita bertambah baik. (malu kott, adik tu tegoq. Tapi cover pura2 tak kesah sangat..haha).

Dan dalam kes ini, saya sangat mengakuinya. Memang malu dan segan juga ditegur, tetapi lebih lagi rasa berterima kasih sebab jika tidak sampai ke sudahlah saya ke sana ke mari pakai tudung terbalik yang sangat 'obvious' tu.

Kadang2 kita sendiri pun tak nampak koyak di baju sendiri, tapi orang lain menyedarinya, dan apabila dia menegur dia hanya inginkan kebaikan buat kita. Tidak lain dari itu. Maka bersyukurlah.

Terima kasih dik! Lain kali akak datang kedai adik lagi lah. Tapi akak akan pastikan tudung akak dipakai dengan baik dan cantik sekali. :D


Akhirnya saya jumpa rempah kabsah tersebut di "Mahnaz Food" :)






Monday, July 7, 2014

How is our attitude toward the Al-Quran?

Assalamualaikum.

Waahhhhhh, lamanya  tak mencoret-coret di sini. :D

Harini sudah masuk 9 Ramadhan 1435 Hijrah. Allahuakbar. Benarlah, masa berlalu begitu pantas. Alangkah rugi jika kita terus-terusan lalai.

Bagaikan baru semalam rasanya telinga ini mendengar pengumuman puasa di sebalik corong radio. (ayat lame memory lane.lol)

Baiklah, disebabkan kita ingin mengelakkan ketiduran yang melampau pada bulan puasa ini, serta mengelakkan kita daripada buat perkara yang tidak berfaedah  akak dibah ingin berkongsi sesuatu dengan semua.

Haritu saya pergi satu seminar Al-Quran. Tajuk dia 'Al-Quran Inspirasiku'. Excited lah rasa hatiku ini nak pergi, tapi pada hari terbabit ada pulak satu meeting yang lebih utama untuk dihadiri. Jadi dapatlah saya pergi untuk 2 jam sahaja. Apapun Alhamdulillah! Bersyukur sangat2, sebab dalam masa tak sampai dua jam itupun banyak sangat input yang diberikan.




Sebab saya rasa sangat2 bagus perkongsiannya, jadi saya nak share dengan korang semua. Moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat. InshaaALLAH


1) Al-Quran should be internalized. Maksudnya Al-Quran memang benar-benar pelu dijadikan pegangan dan panduan dalam hidup.

Yes, kita memang tahu itu, Al-Quran petunjuk, Al-Quran panduan, etc..etc..

Tapi macam mana nak maknakan semua tu dalam hidup?
It's easier said than done, it's easier read than internalized.

Takleh nak rasa kadang-kadang,

Ada beberapa tips:

a) Baca Al-Quran dalam bentuk komunikasi. Berkomunikasi dengan Al-Quran. Rasai bahawa setiap ayat-ayatnya adalah berkaitan dengan kita.

Bagaimana nak rasa perkaitan tu?

Bila baca sesuatu ayat, fikirkan mengenai 2 perkara ini;

- Apa yang ALLAH ingin sampaikan pada saya melalui ayat ini? 

- Bagaimana ayat ini boleh membantu saya untuk improve diri, memberi panduan pada diri mengenai apa yang boleh/tak boleh buat, dan adakah apa-apa yang perlu saya ubah atau tambah dalam amalan saya (berpandukan ayat ini?).

Ni saya pun baru terfikir bila diberitahu haritu. Kadang-kadang ada antara ayat yang memang dirasa 'dekat'. Contohnya surah at-Talaaq, "barangsiapa yang bertaqwa ALLAH akan mengurniakan padanya jalan keluar," ataupun ayat dalam surah al-Insyirah "sesungguhnya bersama dengan kesusahan itu adanya kesenangan."

Ayat-ayat ini mudah untuk dirasakan relasi atau kedekatannya, sebab ia memang rapat dengan konteks kehidupan kita kan? Especially bila ditimpa kesusahan serta ujian.

Tapi bagaimana pula kita nak rasa kisah-kisah yang diceritakan dalam Al-Quran seperti kisah umat nabi Musa yang menyembah patung anak sapi, kisah Fir'aun, dan pelbagai kisah lain itu dekat dengan kita?

Jawapannya ialah:

Cari iktibarnya. Nah, itulah bahagian bimbingan untukmu.

Sentiasa cari "apa yang saya akan perolehi dari ayat ini untuk DIRI SAYA?"

In this case, please be 'selfish' (in another way lah kan).

2) Ketika membaca Al-Quran, cuba hadirkan hati bersama, Not merely baca sekadar hendak mencapai target, but enjoy the process itself.

Contoh kalau kita dalam usaha menghafaz AL-Quran. Memang target kita nak hafaz 30 juzu' contohnya, tapi target sebenarnya bukan nak hafaz 30 juzu' itu semata-mata, tapi manfaat yang kita peroleh, dalam pertambahan taqwa dan meningkatnya kedekatan kepada ALLAH sepanjang proses menghafaz itu sendiri. Jadilah ia satu proses yang sangat bermakna dan mempunya isi inshaaALLAH.


3) Persiapkan mental agar Al-Quran mudah dibaca sebagai kitab Hidayah

- Jangan 'berlagak pandai'. Open your heart. Sedia menerima seakan-akan sebuah bekas yang terbuka. Fikirkan bahwa banyak lagi yang kita belum tahu kerana ilmu itu terlalu luas. Banyak lagi yang perlu diterokai untuk peningkatan diri.

- Jangan ada barrier atau penghalang.

- Bacalah Al-Quran macam seorang yang sedang dalam keadaan sangat dahaga dan terjumpa sebekas air yang dingin dan menyelerakan (how would you react?) mesti kaw-kaw punya enthusiasm untuk mereguk segala isi kandungannya tu kan? There you are. Camtu lah kita kena bersemangat dan bersungguh nak mendalami isi Al-Quran.


4) Ingatlah bahawa ALLAH menurunkan AL-QURAN pada bulan Ramadhan, dan sekarang ini kita di bulan yang mulia tersebut. Subhanallah. Masa ini pasti akan berlalu, dan sekarang kita sedang berada di dalamnya, menikmati kemuliannya. Maka jomlah kita sama-sama memperbanyak baca AL-Quran.


Sekian sahaja. Moga bermanfaat.

Kadang-kadang rasa malu juga, banyak buku lain yang boleh habis dipelajari dan dihadam pembacaannya, tetapi Al-Quran yang merupakan kitab paling utama untuk dibaca, dipelajari, dihadam isi kandungannya ini kita masih berlengah.

Allahuakbar,

Jadikanlah AL-Quran sebagai kerinduan dalam hati kami.

Salam Ramadham Kareem.

Allahu Akram! :)


Saturday, May 31, 2014

Pakcik di sebelahku

Bismillah. Assalamualaikum.

Ada suatu hari ni, (lebih kurang sebulan yang lalu kot?) saya pergi sampaikan sedikit perkongsian di UTM Skudai, Johor. Pengisian tu malam Rabu.

Petang Rabu kelas saya cancel. Jadi saya pun naik flight petang Rabu, malam sampaikan talk dan akan pulang pagi esoknya, menaiki flight jam 8.30. Itulah perancangannya. Sebab pagi tu saya ada kelas jam 10.30.

Johor-Subang = lebih kurang 1 jam
Subang-Shah Alam = lebih kurang 45 minit paling lambat.

InshaaALLAH, saya yakin yang saya akan sempat ke kelas. Lagipun saya pernah buat perkara yang sama sebelum ni ketika balik dari USM Penang. Bahkan Alhamdulillah ada masa lebih kurang setengah jam sebelum kelas bermula saya sudah terpacak di Fakulti. Alhamdulillah. ALLAH jua yang mengizinkan.

Hari Rabu, segala perancangan berjalan  lancar. Saya sampai ke airport Senai tepat pada waktunya dan dibawa ke UTM. Talk pada malam tersebut berjalan lancar. Sebelum tidur pada malam itu sempat lagi saya ikuti wawancara berkaitan MH370.

Pagi esoknya saya sudahpun selamat dihantar ke airport kembali pada waktu yang sepatutnya. Terima kasih pengurusan UTM :)

Dan saya menarik nafas lega apabila flight berlepas seperti yang dijadualkan. Fikiran saya sangat lapang ketika itu. InshaaALLAH kurang dari sejam saya akan sampai ke Subang dan dapatlah saya pergi ke kelas seperti  biasa yeay!

Prinsip saya ialah saya tidak akan sewenangnya meninggalkan kelas untuk apa2 program melainkan saya rasa program itu sangat penting. Tolak tepi waktu jadi mpp yang memang selalu terpaksa meninggalkan kelas atas beberapa urusan mendesak.

Tetapi untuk meninggalkan kelas demi memenuhi undangan, rasanya ia kurang wajar lah kan.

Jam menunjukkan telah hampir 9:15. Kapal terbang sepatutnya sudahpun tiba saat untuk mendarat.

Tapi tiba-tiba kami merasakan ada sedikit gegaran kecil. Saya percaya waktu itu masing-masing risau sebab isu MH370 sedang  sangat-sangat hangat diperkatakan. Kemudian satu pengumuman dibuat menyatakan kapal terbang masih belum boleh mendarat kerana masalah cuaca.

Ketika itu jerebu di sekitar Lembah Klang memang teruk ya amat.

Kapal terbang terus berlegar-legar di udara.

Saya berdebar.

Jam ditangan dipandang lama.

Bukan berdebar kerana getaran-getaran kecil pesawat, tetapi berdebar kerana saya rasa saya akan lewat ke kelas. Hati mula kalut berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan segera dan dapatlah mendarat dengan baik. Saya cuba membayangkan apa yang akan saya lakukan sebaik sahaja dapat mendarat.

Turun laju-laju---> jalan separa berlari----->sambil sediakan tambang teksi RM30----> Beli tiket untuk naik teksi (cakap cepat-cepat pada akak jaga kaunter. Seksyen 17 Shah.Alam kak! ) -----> berlari ke luar dan ambil teksi. Minta pemandu teksi bawak laju sket. -----> Dalam teksi text kawan minta sampaikan pada pensyarah saya minta maaf akan masuk lewat sedikit atas beberapa 'masalah peribadi' -----> Sampai!


Kemain ligat lah konon otak berfikir akan  'Plan B' waktu itu. Tapi rupa-rupanya ALLAH ada rencana yang lain.

Tiba-tiba kami dimaklumkan yang kapal terbang akan mendarat di Penang dahulu.

And i was like....paddyaaaaa?????!!!! 


Dan waktu itu saya sudah pasrah.. Allahuakbar. Kalau diikutkan logiknya, memang saya terpaksa ucapkan slamat tinggal kepada kelas selama sejam tu.

Sampai sahaja di Penang, saya terus text kawan. Minta bagitau lecturer yang saya minta maaf tidak dapat ke kelas pagi tu. Saya duduk sorang-sorang dalam kekesalan sambil memerhatikan penumpang-penumpang yang lain. Dalam hati masih lagi cuba meyakinkan agar tidak mengeluh. ALLAH ya ALLAH. Bukankah segala yang berlaku itu inshaaALLAH ada hikmahnya?

Tapi saya masih belum menemukannya dalam penantian tersebut. Kami menunggu hampir sejam sebelum dibenarkan'berangkat' semula ke Subang.


Dalam perjalanan Johor-Subang, seat sebelah saya kosong tiada penumpang. Tapi kali ini dari Penang-Subang, saya sedikit terkejut apabila saya ingin duduk di seat yang ditetapkan rupanya ada seorang pakcik berbangsa Cina dalam linkungan usia 55-60 tahun duduk di sebelah saya. Saya menghulurkan senyum hambar.

Honestly saya hepi sangat kalau pakcik tak duduk sini.tskkk. Bolehlah saya tidoq tanpa rasa bimbang akan kebarangkalian kepala terlentok ke bahu penumpang sebelah macam selalu drama melayu tunjuk tu.sob..sob.. Tapi nak buat macam mana. I didn't pay for two seats pun. And obviously you have the right to sit there. It's yours now.

Kami diam beberapa ketika.

Dan saya pun memang tiada niat nak bersembang apa-apa. Saya masih lagi sedih (sikit je sebenarnya.haha) sebab tak dapat pergi kelas pagi tu.

Disebabkan saya bimbang untuk tidur, saya pun bawalah keluar satu buku nipis dan saya mulakan pembacaan. Jangan ketawa dan tak percaya ya, kalau saya bagitau yang buku yang saya baca tu adalah buku 'Grammar'. hehehe.

Jangan memain tau uols. I bawa buku Grammar dalam beg, sebab saya tau kalau  saya baca buku yang 'mendatar' nanti saya mengantok baca dalam kapal terbang. Buku Grammar kan sedikit mencabar dan teknikal. Jadi sangatlah ideal untuk saya baca dalam kapal terbang.Tambah lagi memang B.I. dan tatabahasa saya agak teruk. So saya pun bukalah dan baca.

Saya perasan uncle di sebelah pandang-pandang saja buku yang saya baca.

Nak share baca ke pakcik? kihkihkih

Saya rasa tak selesa. Tapi saya buat-buat tak perasan.

Cepatlah sampai ke subang!

Walaupun perwatakan saya sedikit ganas dan tidak begitu lemah lembut sopan santun gadis melayu terakhir gitu, tapi malulah juga duduk di sebelah lelaki. Walaupun beliau bukannya muda lagi.

Dan sebenarnya baca buku tu pun sebenarnya bukannya fokus sangat pun. Sekadar taknak rasa terlalu awkward saja.

Tiba-tiba (as expected actually) pakcik di sebelah mula bersuara. Dia dah mula..dia dah mula...

"Are you a teacher"?

He stares at me.

"Owh not yet but inshaaALLAH i'm becoming one."



Awkward silence takes place. fiiiuuhhhh~


 My heart asks. "What's next?"

I smile at him. I try to deliver a message that i know that he's about at my grandpa's age and i want to talk to him only if he talks to me about beneficial things. 

"Which university are you from?"

 "Owh, i'm from.....


bla..bla...bla..

Dan akhirnya baki hampir sejam perjalanan atas udara itu saya habiskan dengan bersembang dengan beliau.

And guess what? We did talk about serious businesses including religious issues dowh.

And that's the turning point.

When i started to realize that how my English could be so important for me to deliver the beauty of Islam.

There were a few questions he asked me about Islam. And we used English to communicate. Alhamdulillah i could speak quite well at that time (quite well here refers to understandable message i think i managed to deliver to him). Even better than when i deliver my graded presentations in the class.


Tapi waktu itu saya ada rasa sedikit terkilan sebab saya tahu, saya akan boleh sampaikan lebih banyak perkara kalau English saya lebih okay.

Sebab pakcik tu bagitau kot yang dia berminat tentang Islam. Beliau tanya kenapa saya pakai tudung? Beliau juga kongsikan pendapat beliau tentang Islam (which at certain point saya ada juga tak setuju). But I let him talk first.

Paling best, beliau dengan senyum lebar share satu kisah yang diabacanya dalam satu buku sains sosial (antropologi kah?) tentang sejarah bagaimana pada asalnya orang dulu-dulu pakai tudung. Ceritanya boleh tahan lah jugak kelakar. Dan saya pun terpaksa buat-buat ketawa sebab nak jaga hati beliau yang kelihatan sangat hepi bercerita.

Kenapa pura-pura ketawa? Sebab saya tahu yang diceritakan itu bukanlah sebab asal bagi asal-usul pemakaian hijab dalam Islam. He related it with the bad odour the women got in those days when they did not have any hair stylists or any proper hair care system like what we have today. So that's why they ended up wearing something on their hair only to cover up the odour (bau busuk). Tskkk.

 Jenuh kot nak terangkan dalam English since i rarely use English in my daily conversation.

Subhanallah perbualan itu  membuka mata dan minda saya terhadap banyak perkara.

Sejak hari itu (baru  je pun) saya dah mula bersungguh sikit nak baca buku english dan cuba baiki English yang berterabur. Sikit-sikit inshaaALLAH.

Hikmahnya mula tersingkap.

Saya bersyukur walaupun saya terlepas kelas sejam hari itu, tapi rupanya ALLAH dah sediakan satu 'kuliah khas' buat saya dalam kapal terbang. Bahkan ia kuliah percuma yang memberikan terlalu banyak perkara baru.

Allahuakbar.

Sebelum turun saya sempat berlawak dengan pakcik tu yang saya pakai tudung bukan sebab nak sembunyi 'odour' sebab sekarang kita dah ada Sunsilk dan Pantene..hehe..

Akhir sekali, saya berterima kasih pada pakcik tersebut dan minta beliau fikirkan kembali tentang agama Islam yang menurutnya "it is actually a very good religion". 

Moga ALLAH mengurniakan hidayah kepada beliau. Kepada kita semua.


Saya pulang ke Shah Alam dengan perasaan yang bercampur baur pada hari itu.

Terima kasih Ya ALLAH.

Benarlah Ilmu dan pengajaran itu konteksnya sangat luas.

Kita boleh memperolehi pelajaran di mana-mana sahaja!

Moga segala ilmu yang diperolehi bermanfaat dan membawa kita dekat padaNYA.

Tuesday, April 22, 2014

Mengapa ramai yang lebih memilih lelaki yang kaya?

Nampak macam banyak, tapi kalau kira baru RM400. begitulah...tidak pernah cukup..:)

~pic by google~



Assalamualaikum.


Saya dapat banyak peluang untuk berkongsi mengenai alam perkahwinan bersama pelajar universiti. Disebabkan ilmu saya sangat terhad, dan masih lagi banyak perlu belajar dan belajar, biasanya saya akan kongsikan apa yang saya tahu sahaja. Lagipun saya pun kan belum ada pengalaman kahwin..hiks..hiks..

Apapun macam biasa, kalau buka aje topik kahwin-kahwin mesti ramai yang datang. Serius ramai. Kadang2 sampai penuh ruang yang disediakan. Nampaknya memang topik ni topik yang hangat dan digemari dalam kalangan orang muda. Korang pun sama kan?haha.

Cuma satu isu yang saya nak bangkitkan kali ni adalah.... Biasanya kalau saya tanya kawan, lelaki macam mana yang dimahukan, mereka akan jawab yang beriman, baik, boleh menghargai, caring...bla..bla... dan tak ramai pon yang jawab nak lelaki yang KAYA.

Tapi hakikatnya, banyak rumahtangga yang bergoncang kerana duit. Jadi, nak tak nak bab harta tu memang kena jeling2 jugak. Betulkah?

Entahlah... jawapannya berbeza mengikut perspektif, ilmu serta pengalaman masing-masing. Cumanya saya nak kongsi satu perkara bila kita melihat lelaki dari sudut kekayaannya ni:

Ada sesetengah jawapan yang cliche atau klise, akan kata:

" Takpa tak kaya wang atau duit, yang penting kaya budi bahasa"

*Senyum malu. *

"Takpa tak kaya duit pon, yang penting ilmu agamanya boleh pimpin saya ke syurga..."

*Senyum ala2 solehah*

"Takpa tak kaya pun, yang penting lepas kahwin dengan saya dia akan jadi kaya".

*kes kahwin dengan anak perempuan orang hartawan*.

"Takpa tak kaya pun, sebab ALLAH tak memandang itu semua. Yang penting dia ni rajin pi solat kat masjid.*

*senyum tak pandang wajaha(jaga pandangan)*

Memang hakikatnya macam-macam lah pendapat memasing, cumanya kalau kita tanya jujurlah pada diri kan, mesti kita akui bahawa harta tu penting, dan memang menjadi tarikan pun untuk memilih suami/memilih menantu.

Para wanita yang sedang membaca sekalian, cuba fikir rasional. Fikir ke hadapan sikit. Memang kita akan cenderung memandang kepada kestabilan kewangan lelaki kan?

Dan berapa banyak kes isteri curang sebab ikut lelaki yang lebih kaya. Di awal perkahwinan "takpa bang, saya sanggup hidup susah senang bersama abang. You jump..i jump!!"

Namun di pertengahannya lain pulak yang terjadi.

Peribadinya saya memang rasa yes, lelaki kaya tu best. Boleh bagi kita hidup senang, tak payah pening kepala fikir. Lepas kahwin rasa secure (dari sudut kewangan lah) dan macam-macam lagi kelebihan yang ada.

Bunyinya amatlah kejam dan materialistik kan?

Tetapi hakikatnya memang itu yang pernah saya fikirkan. KALAU lelaki tersebut kaya.

Namun itu dulu...chewahhh..get ready..get ready.. nak ubah mood sikit neh.

Tapi semakin lama, bila diteliti balik semula kan.

Yang kita mahu bukan lah harta kekayaan berbentuk fizikal tu. Tapi hakikatnya apa yang kita, manusia sering perlukan adalah 'perasaan cukup'.

Faham tak?

Dia contohnya begini.

Kita ada harta banyak, contohnya 200 ribu simpanan dalam bank. Kita pun rasa selamat dan yakin melalui hari2 yang mendatang. Tapi semakin lama, duit tersebut semakin kurang sebab kita selalu ulang alik masuk mall beli kasut, baju dan handbags.

Kita pun bila tengok wang dah kurang, kita akan rasa insecure dan bimbang balik. Kita terfikirkan rumah yang belum habis bayar tiap2 bulan, kereta, aset2 lain yang dibeli, bil itu ini.

Kita akan kembali bimbang, dan usaha lagi nak tambah kan harta.

Beza dengan seorang yang punya simpanan cuma 20 ribu. Tapi dia ini berpada guna duit. Beli sekadar keperluan. Kereta dan rumah takda nak bayar sebab duduk rumah tinggalan mak ayah, pergi kerja naik LRT. Tak banyak bil itu ini. Walaupun jumlah tercatat dalam akaun bank dia jauh lebih sedikit berbanding orang pertama tadi, dia tidak rasa bimbang, dan dia rasa cukup.

Jadi kalau kita fikirkan balik, ramai orang harini mengejar kekayaan dan nilai mata wang bukan kerana kurang wang, tetapi kerana selalu rasa tak cukup.

Wang=fizikal/luaran

Rasa cukup= hati/perasaan/dalaman

Dua2 pun boleh membuat hidup kita tenang dan hati rasa senang.

Cuma bezanya, orang yang banyak wang dia rasa tenang dengan harta dan duit yang dia ada.

Dan orang yang rasa cukup, hidupnya juga senang dan tenang.

Nmaun, orang yang tenang kerana wang akan mudah goyah sebab wang tersebut akan habis dan tidak terkawal kdang-kadang, tetapi orang yang tenang dan senang sebab dia merasakan kecukupan dalam hatinya, hati tidak mungkin hilang dan dicuri dari dalam diri. Cuma yang mungkin berubah adalah keadaan hati itu sendiri.

Harap korang faham. Sebab point ini sangat penting (bagi saya) untuk mengubah cara saya memandang hal ini.

Jadi, hidup senang dan kaya bukan bergantung kepada material yang berbentuk fizikal, tetapi bergantung kepada sama ada kita rasa cukup/tak cukup dengan apa yang sedang kita miliki (hakikatnya pinjaman dari ALLAH) sekarang.

Kalau kita letakkan kesenangan hidup pada wang dan harta, sangat rapuh kesenangan tersebut.

Tapi kalau kita letakkan kesenangan serta ketenangan dalam merasakan kecukupan akan apa yang kita ada, kita akan bahagia dengan sesuatu yang akan tetap berada dalam diri dan tidak mungkin hilang lagi. Iaitu hati yang menyimpan nilai kebahagiaan diri.

Orang kaya= Senang sebab banyak harta
Orang kurang kaya= Senang sebab rasa cukup dengan apa yang ada

Jadi apa beza orang kaya dengan orang kurang kaya? Bezanya dari jumlah harta dalam bentuk fizikal, tetapi tidak berbeza dari sudut kebahagiaan kehidupan.

Jadi kesimpulannya wahai wanita sekalin, saya rasalah....

Kita sebenarnya bukan perlukan lelaki yang kaya, tetapi lelaki yang boleh mendidik kita untuk merasa cukup dan bahagia dengan apa yang kita ada.

Kalau kita dilambakkan dengan harta, dimanjakan dengan duit yang banyak mungkin kita memang akan bahagia dan hidup senang tetapi bagaimana keadaan hati kita apabila terlalu terpaut pada dunia dan segala keindahannya yang fana?

Tetapi bagaimana pula jika kita dididik untuk menelusuri kehidupan dalam kesederhanaa, kecukupan serta dibentuk untuk menjadi wanita yang tidak meletakkan nilai kehidupan pada material yang dimiliki, subahanallah! pasti hidup akan lebih bahagia.

Kalau macam ni, barulah boleh you jump...i jump!

Sebab...kalau dia 'jump', dan duitnya tertiinggal di belakang, kita tak akan mengikutnya kerana harta2nya yang menjadi dambaan dan keperluan kita masih tertinggal di belakang.

Tapi..kalau dia 'jump' dan didikannya berbekas untuk membentuk kita menjadi seorang yang lebih baik dan merasa cukup dengan apa yang ada..Kita akan ikut dia 'jump' juga, sebab dia adalah mu'allim kita, yang mengenalkan kita akan keindahan mengamalkan kehidupan beragama yang sebenarnya.

Tapi tidak bermaksud salah jadi kaya, banyak harta. Banyak amal ibadat boleh kita persembahkan padaNYA melalui harta tersebut.Bahkan lebih bagus supaya dapat membantu memajukan ekonomi umat. Cumanya kali ini, kita ingin melihat dari sudut yang semacam ini. Boleh sahaja, orang yang punya banyak harta kekayaan, dan pada masa yang sama hidupnya semakin tunduk kepada ALLAH dan mereka bahagia. Tetapi bahagia bukan berdasarkan jumlah banyaknya harta itu, namun kerana keadaan hati yang bersyukur dan merasakan kecukupuan saban waktu.

So kesimpulannya, sebenarnya bukan lelaki yang kaya,
Tetapi lelaki yang mendidik dan membimbing jiwa kita untuk dekat padaNYA.

Kerana apabila kita telah memiliki ALLAH di dalam kehidupan kita, kita sudah tidak memerlukan apa-apa lagi. Itu nilai yang mudah ditulis, dinukil dan dituturkan namun cukup sukar itu digenggam erat dalam kehidupan sendiri.

Kami memohon keampunanMU YA ALLAH.







Monday, March 3, 2014

Mari mendekati ALLAH di UiTM Shah Alam (2).



Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, inshaaALLAH semester baru sudahpun bermula. Pasti hadek-hadek semua sedang bersemangat dengan beg baru, bekas pensel baru, tekad yang baru, dan pelbagai lagilah. Akak ni pakai yang mana ada je dik. Zaman akak teruja dengan peralatan baru apabila masuk penggal baru telahpun berakhir. mungkin.

Sebab sekarang, akak sedang belajar untuk tidak membeli barang tanpa sebarang keperluan selepas trauma terpaksa mengangkut barang-barang milik akak sebanyak 3x trip untuk dipindahkan dari kolej. Sekarang akak sudah insaf dan tidak ingin lagi menambah koleksi barangan yang membuatkan akak semput untuk mengangkat mereka.

Baiklah, cukuplah cerita yang membosankan itu. Sekarang mari kita beralih kepada perkhabaran yang sangat-sangat best dan mengujakan!

Untuk pengetahuan semua, di UiTM Shah Alam ni kita ada Pusat Islam yang cukup besar dan selesa.
Kita memanggilnya dengan panggilan yang ringkas seperti P.I. ataupun MTM (Masjid Tuanku Mizan).P.I. sering menganjurkan program-program yang bermanfaat.

Dulu saya selalu berjalan dari Kolej Mawar ke P.I. Untuk berjalan dari Mawar ke P.I, masa yang paling laju pernah saya catatkan ialah selama 15 minit. Saya sedikit malu apabila menyusuri jalan di sebelah kolej perindu. Ye, mesti anda akan kata "ceh, perasan ah. macam ada orang pandang hang!".

Tapi ianya bukan begitu. Saya berasa malu dan segan kerana apabila perjalanan sudah sampai ke tahap tersebut. muka anda akan dipenuhi peluh, tercungap-cungap dan keadaannya cukup menakutkan mata yang memandang. Jadi sebelum bercerita mengenai aktiviti di P.I, saya akan bagitau serba sedikit transport yang boleh digunakan terutama yang menaiki bas dari kolej.

Dari Perhentian Kolej Mawar:

Anda boleh menaiki bas Rapid t603 (jika masih wujud perkhidmatannya di uitm) dan minta encik pemandu bas berhentikan anda di tepi jalan P.I. Tapi ianya bergantung kepada pemandu bas tersebut. Sebab memang itu bukan tempat perhentiannya yang 'rasmi'. Kalau tidak pun, anda boleh berhenti di Perhentian Kolej Perindu dan menapak ke Pusat Islam. Tak jauh pun.


Anda boleh menaiki bas ber'tag' G.

Bas ini akan berhenti di Perhentian Kolej Perindu. Kemudian sila eksersais (baca: exercise) ke P.I yang cuma sepelaung sahaja.

Anda boleh menaiki bas ber'tag' E.

Bas ini merupakan bas untuk pelajar-pelajar yang ingin ke Fakulti Pendidikan di Seksyen 17. Untuk bas ini anda perlu berhati-hati dan tanya dahulu sama ada bas akan melalui perindu/seroja ataupun akan terus keluar melalui pintu seksyen 7. Jika uncle bas memberitahu anda bahawa bas tersebut akan dibawa melalui kolej-kolej tersebut, bolehlah naik dan lakukan seperti di atas. Jika bas tersebut terus ke Seksyen 17 melalui pintu Seksyen 7, sila jangan naik. Nanti anda akan terlepas ke P.I intec pula..hikhik.


Anda juga boleh menaiki bas ber'tag B yang akan pusing dalam UiTM.

Pendek kata, anda boleh menaiki apa sahaja pengangkutan awam yang akan pusing dalam kawasan kolej kediaman uitm (kecuali bas C dan T604 dari kolej Mawar) kerana bas yang dalam kurungan ini akan terus keluar melalui pintu Seksyen 7. Harap maklum. Jika ada kesalahan informasi boleh komen. Tq.

Tapi jika anda ini tinggal di Kolej Perindu, adalah sangat molek jika  berjalan kaki  sahaja ke sana. Cuma jagalah perasaan anda. Jangan pula selepas siap berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih, anda berjalan ke masjid dengan harapan agar dipandang orang. Na'udzubillah kita sama2 usaha agar terhindar.


Berbalik kepada berita yang best tadi.

InshaaALLAH P.I dengan kerajinan dan usaha yang tidak putus2 daripada AJK masjid ada mengadakan pengajian berkitab isnin-jumaat. Di  bawah ini saya letakkan gambar jadual tersebut:


Subhanallah. Maha Suci ALLAH yang membukakan peluang kepada kita untuk menuntut ilmu serta menajamkan kefahaman agar dapat menggerakkan amal. Moga-moga kita bertambah dekat padaNYA.

Selama saya duduk di UiTM Shah Alam, P.I memang banyak menganjurkan program-program yang bermanfaat, percuma dan terbuka kepada semua untuk menyertainya. Tinggal lagi, antara mahu atau tidak sahaja.

Di sini saya letak link FB P.I. di mana kita boleh dapatkan maklumat-maklumat terkini. Sila LIKE dan rajin-rajinkanlah diri untuk tengok page ini. Banyak  sangat aktiviti menarik yang saya terlepas sebelum ni sebab sendiri malas mendapatkan info. Selalu sahaja bila ternampak iklan di fb hati meloncat keterujaan namun seringkali juga hati ini jatuh berderai bila tengok sahaja tarikh, rupanya saya dah terlepas. Tskk...


Jadinya, sila-sila lah update maklumat di situ ataupun boleh juga ke mana-mana page lain seperti page MPP UiTM atau page ayahanda kita, TSDS Sahol Hamid, atau armada uitm untuk dapatkan maklumat lanjut.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya:


Akak, tu je kew saluran yang ada untuk saya enjoy hidup saya di sini???  
*muka suci, garu kepala*


Oh, sudah pasti bukan itu sahajaa!!

Selain itu apa yang saya rasa akan mengikat hati kita sungguh-sungguh adalah suraunya. 

Ya, selain dari P.I, surau-surau kolej pun sangat best. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berada di Kolej Mawar. Tak percaya? Jom layan gambar-gambar ni. zaasssss!



hampa jangan main2. arkitek sedang merangka pelan bangunan dalam surau tuh. :p

Kita ada sharing moment. Jiwa terisi. Tengok muka depa semua happy kan?




Hangpa bosan hari-hari ceramah? Jangan khuatir! Kita ada juga tayangan video yang best once in a week.:D


iftar (buka puasa ) sama-sama pon adaaa...best kan?


                                              Moga ALLAH memandang amalan-amalan ini.

*rasa cam nak nanges pon ada bila tengok balik gambar-gambar ni. Allahuakbar. Teringat-ingat.

Honestly sepanjang saya duduk di Kolej Mawar, salah satu elemen istimewanya yang buat saya teringat selalu pada kolej sekarang ni (saya dah menyewa di luar) adalah 'iklim' suraunya. Atau kami biasa memanggilnya Teratak Coklat.

Serius lah nak bagitau kat sini.

Pergilah surau.

Kalau rasa kecamuk, takleh nak cope-up dengan subjek ke, ada prob dengan manusia lain ke, kewangan ke, pergilah surau kolej yang anda tengah duduki sekarang ni. Bukan lah sekadar pergi surau duduk melangut 2,3 minit terus fuh!! masalah hilang, tapi inshaaALLAH kalau kita melangkah ke sana dengan niat untuk menjadikan ia salah satu medium meningkatkan diri, improve hubungan dengan ALLAH inshaaALLAH akan rasa lah 'lain' dia tu.

Memang after kita balik kelas lewat petang, nak dekat maghrib tu alangkah bestnya jika solat di bilik, lepas tu dok lepak atas katil atau buka laptop online fb atau tengok movie. Tapi gagahkanlah kaki anda untuk turun ke surau. InshaaALLAH cer try sekali dua. Paksa kaki tu. Niat kerana ALLAH. Cubalah, siapa tak cuba memang rugi.

Dan sepanjang saya dok dengar pengisian di surau kolej inshaaALLAH takda pulak sebarang penyebaran ajaran sesat mahupun hasutan untuk menggulingkan kerajaan ke apa. InshaaALLAH pengisiannya terpelihara.

Selain Kolej Mawar, kolej-kolej lain seperti Melati, Seroja, Anggerik dan Delima pun ada surau juga. Dan ada aktiviti juga. Dulu waktu saya jadi MPP kerohanian ada lah juga survey sikit maklumat pasal aktiviti surau di kolej. Dan memang betul hampir setiap kolej memang suraunya banyak akyiviti. Selain aktiviti antara maghrib-isya', ada juga program-program besar yang melibatkan semua warga kampus. Subhanallah, best!


Errr...saya ni lelaki kak, dok kolej perindu. boleh kew sayew nak join program bersama serikandi-serikandi mawar? saya berminat gak program2 surau ni. Boleh dak akak? hikhik...


Oh, itu anda jangan risauu!

Tidak perlulah 'susah payah' ke kolej siswi, sebab di Kolej-kolej kediaman siswa pun ada surau juga bahkan, lagilah masyukk program-program nya. Sebagai contoh pengisian antara maghrib-isya' oleh ustaz-ustaz yang power. Tak percaya lagi? Jom layaannn foto-foto tersebut. Zoommm!!




                                   Those're the 'selected' guys. Eh, I mean selected to go for the majlis ilmu.


Selesa kan suraunya? Kemudahan pun okay. Alhamdulillah.




Di bawah ni pula di Surau Kolej Teratai. Jangan memain, Kolej Teratai ni ramai kakak kakak dan abang abang badan beruniform yang berhati waja tauu. Tapi depa ni baguih sebab suraunya 'hidup' juga. So yang tinggal di Teratai tu, apa tunggu lagi?

Gerakkan langkahmu ke surau kolej yang dekat amat itu.

Gegarkanlah surau itu sebagaimana anda menggegarkan jantungku sewaktu berlatih kawad di padang kawad dahulu.  hikhikhik *dulu saya sangat gerun apabila tibanya hari Khamis sebab ada latihan Kesatria.:) *

Tapi walau apapun saya sangat respect dan kagum dengan mereka yang memilih untuk sertai badan-badan sebegini sebab tak semua mampu bertahan dan berdisiplin seperti mereka. Syabas!!

Kalau pergi surau, double syabas!!

Kawan kita kata adik yang pakai baju hitam dok tersengih tu nama dia Zulhelmi. Rajin dia ni pi surau *promosi* lol




         soleh-soleh belaka, inshaaALLAH. Tak teringinkah berada dalam kalangan mereka?? 


Semua gambar ini saya 'pinjam' dari page FB surau yang berkaitan. Kalau rasa nakkan maklumat mungkin boleh rujuk page2 di bawah:


 Jati
Moga-moga di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba ini kita tergolong dalam golongan yang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. 
Moga kita sentisa berniat dan bertekad untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan menambahkan taqwa padaNYA kerana itulah nilaian yang menjadi pertimbangan di sisi ALLAH. 
Corakkanlah kehidupan kita sebaik mungkin. Teruskan mencari dan mencari. 
Saya pun masih bertatih tatih. Kadang kadang jatuh terkepleot jua sebab terlalu leka ketika bertatih sampai tersasar dari jalan.
Allah ya Allah marilah kita sama-sama mencari ruang dalam kehidupan untuk memperbaiki diri. Rakan-rakanku yang berada di usia muda belia, terutama rakan-rakan mahasiswaku yang berada di UiTM (yang kukasihi), marilah kita berusaha untuk meningkatkan ilmu dan memperkukuh amalan kita. 
Moga kita tidak menjadikan suasana atau persekitaran untuk tidak menggerakkan langkah menuju ALLAH ta'ala dan berhenti menuntut ilmu yang menghidupkan jiwa kita. 


Saya tidak segan silu untuk meminta anda yang membaca untuk berkongsi post kali ini,kerana saya rasa hakikatnya maklumat sebegini jarang diketahui. Mungkin ada mereka yang sedang mencari-cari tapak untuk mendekatiNYA. Mungkin ini boleh menjadi medium untuk mereka mengetahui serba sedikit maklumat.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa padaNYA, agar sentiasa terpelihara dari fitnah dunia, hati sentiasa cenderung ke arah kebaikan dan jiwa sentiasa dahaga untuk terus mencari dan mencari keridhanNYA. 

Ilaahi anta maqsudi,
Wa ridhaka matlubi...

Allhaukbar.
Subhanallah.

Wednesday, February 5, 2014

Resepi mudah buat orang yang rasa masak tu leceh dan payah

Resepi 1- Kari ayam.

Ambil sebiji dua bawang besar, 3 butir bawang putih, sedikit halia (dalam 2 inci), potong ikut suka hati dan campak dalam blender. Masukkan air sikit, lepastu blend sampai semua hancur.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, lepastu masukkan semua yang dah diblend tadi.

Dah tumis agak-agak dah orait tu, masukkan serbuk kari sepeket.gaul-gaul. Masukkan ayam pulak. (dalam 1/2 ayam )

Lepas tu, biar sekejap ayam tu. biar dia menjadi masak dengan kawan-kawan dia dalam kuali tu.

Then tambah air sikit, after that masukkan santan dalam secawan. kalau nak guna susu cair pun boleh.

Timbuk-timbuk (kacau-kacau) pastikan santan tu tak berketul. Tambah garam secukupnya.

Masukkan kentang dengan segera kalau ada. Karang tak empuk pulak kentang tuh.

Lepas tu kalau nak bagi colourful sikit masukkan jelah cili merah (cili besar) yang telah dihiris.

Kalau nak pedas masukkan jelah cili padi.

Biar je dia dalam kuali tu agak-agak dah masak angkatlah.



Resepi 2-Ayam Halia

Ambil satu labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, halia dalam 3 inci, sedikit cili padi ( ikut lah, kalau taknak pedas sangat letak je dalam 2,3 biji. kalau nak lebih silakaan.). Lepastu potong semua secara sewajarnya.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Lepastu masukkan je bahan-bahan di atas. Tumiskan mereka sampai kekuningan/layu. Agak-agak lah api jangan kuat sangat, dan jangan tumis lama sangat nanti hangit.

Lepas tu masukkan ayam (1/2 ekor), 3 sudu sos tiram. kalau nak bubuh lada hitam pun boleh, ambil sesudu kecil lepastu tumbuk guna lesung batu (Kalau tak cekap pastikan dah prepare awal2 tumbuk bagai, karang mula kalut), dan kacau rata. Kalau taknak bubuh lada hitam tu pun takpa.

Dah kacau-kacau bagi sebati semua bahan dalam kuali tu, masukkan pula air secukupnya (jangan banyak sangat-tidak sampai begitu berkuah). Biarkan depa dalam kuali tu sekejap. Kita nak tunggu ayam tu lembut.

Ambil sesudu kecil tepung jagung, bancuh dalam air sikit (dalam 1/2 cawan).

Lepastu bila ayam dalam kuali tu dah orait dah lembutnya, kalau nak letak sayur macam lobak ke, silakan.  lepas tu masukkan bancuhan tepung jagung.

Biar hingga kuah jadi pekat. Kalau nak masukkan apa-apa lagi sayur lembut macam baby tomato ke, masukkan time ni.

Kacau-kacau biar sebati semua bahan. Lepas tu dah boleh tutup api dah dah siap pun.



Takda susah ngat pun kan.. Saya rasa, masakan ni jadi macam payah sebab kalau kita tengok resepi dia, mesti macam panjang gila dan banyak bahan. Kita rasa macam sangat renyah dan leceh. Sebenarnya kebanyakannya bahan dia memang banyak, tapi simple ja cara dia. Banyak bahan dia adalah bahan asas yang digunakan dalam pelbagai masakan. Guna bahan asas yang sama.

Selamat mencuba.
Sekian. senang je

Tuesday, February 4, 2014

Kisah yang menarik

' Apa kata kita khabarkan kepada mereka bahawa Muhammad merupakan seorang penyair?'

'Bagaimana pula jika kita mengaitkannya dengan seorang yang gila? Semua kata-katanya itu di luar akal yang waras, bukan? '

'Mungkin dengan pertuduhan bahawa Muhammad itu seorang penyajak? Ajakannya itu tidak lebih dari sekadar jalinan ayat berbunga yang menjadi halwa telinga!'

' Ah, semua itu tidak begitu tepat. Ayat-ayatnya tidak kedengaran seperti kebanyakan syair arab, gaya bahasanya ternyata berbeza!'

'Baik, jikalau begitu apa kata kita beritakan kepada semua yang hadir berkunjung ke Baitullah itu bahawa Muhammad merupakan seorang penyihir? Yang mempunyai jampi yang boleh mengakibatkan perpisahan antara ahli keluarga, suami isteri dan memecah belahkan ramai orang?'

'Tidak! Bukankah selama ini Muhammad yang kita kenali bukan orang seperti itu? Muhammad tidak pernah dilihat mengamalkan sihir.'

'Ahh, namun menurut perkiraanku itu yang paling sesuai untuk kita gelarkan padanya. Sudah! Kita putuskan sahaja di sini. Muhammad sebagai seorang penyihir, yang menyampaikan ajaran sonsang, menghina agama nenek moyang kita, menidakkan latta dan uzza yang selama ini kita sembah. Dia patut dijauhi, dan kata-katanya patut diingkari!'

Maka berkejar-kejarlah kaum musyrikin makkah yang buta mata hati berusaha menghentikan penyebaran agama oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad sallallahu 'alaih wasallam.

Perbincangan yang diadakan di tempat Al-Walid bin Al-Mughirah telah mencapai kata sepakat yang keji.

Mereka mesti menghalang usaha dakwah Muhammad!

By hook or by crook!

Lantas ketika baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaih wasallam mendekati golongan yang datang ke Makkah untuk menyebarkan agama Islam, langkahnya turut dijejak oleh Abu Jahl, yang berteriak dengan nyaring menidakkan ajaran baginda.

Tidak cukup itu, mereka mengancam pula agar baginda menghentikan usaha dakwah itu. Tidak puas dengan cara kasar seperti melempar batu, perut unta, najis, dan meletakkan duri di laluan baginda, mereka juga menggunakan cara halus dengan menawarkan baginda harta, pangkat, kedudukan supaya baginda meninggalkan seruan dakwah yang agung itu. Bahkan ada si dungu yang menawarkan agar diamalkan agama islam dengan anutan mereka secara bergilir-gilir.

Baginda enggan.

Para pembesar Quraisy bingung.

Mereka yang melafaz syahadatain  semakin meningkat.

Meninggalkan berhala-berhala sembahan yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Mereka tidak berputus asa. Langkah diatur menuju bapa saudara baginda yang amat mengasihi ank saudaranya.

Dibawa bersama seorang pemuda bernama 'Umarah Al-Walid

'Wahai Abu Talib, lihat ini. Beliau merupakan seorang pemuda yang cerdas, cergas dan kau boleh mengambilnya sebagai anakmu. Kau bebas menggunakan tenaga mudanya, dia ini pemuda yang penuh potensi.

Nah, ambillah dia sebagai ganti kepada Muhammad. Serahkan anak saudaramu yang sudah tidak berguna itu kepada kami! Dia telah menghina ajaran kita, menidakkan tradisi nenek moyang kita. Dan dia telah menyesakkan kehidupan kamu duhai Abi Talib!'

Abu Talib membalas dengan tegas.

'Kau memberikan anakmu untuk aku membesarkannya, namun aku memberikan anakku kepadamu untuk dibunuh. Apakah itu perkiraan yang adil?!'

'Sungguh, aku tidak akan menyerahkan Muhammad kepada kamu. Pergilah!'


Bersambung.......

Saturday, January 18, 2014

Moga hatiku lembut dengan kebaikan

Bismillah. Assalamualaikum.

Siapa antara yang sedang membaca ini, dia rasa hati dia sangat susah untuk cenderung kepada kebaikan? Bila pergi majlis ilmu panas punggung je nak balik cepat. Bila dengar rakaman mengaji je, cepat-cepat rasa nak dengar lagu yang lebih 'dekat di hati' katanya. Apabila dengar ada 'alim / ulama' meninggal, tak rasa sedih apapun?

Kadang2, dalam kehidupan ini kita perlu ambil masa untuk merenung ke dalam diri sendiri.

Terutama apabila kita sudah besar, dah berapa dah umur kita sekarang ni kan..
Kalau ikut tahun masihi, saya sudah pun hampir berusia 22 tahun.

Dahulu saya target 22 tahun nak kahwin dah, tapi nampak gayanya macam tak je. Sebab sampai saat ini saya rasakan terlalu banyak perkara dalam hidup, dalam diri yang sangat perlu diperbaiki. Dan masa makin-makin menghimpit.

Hampir 22 tahun sudah berlalu dalam kehidupan saya di dunia, dan saya selalu tertanya-tanya agaknya berapa lamakah masa yang masih berbaki?

Dan dengan sikap saya yang sebegini, dengan begitu banyak kelemahan dalam pelbagai sudut, memikirkan kematian boleh menjadi satu peringatan yang cukup menginsafkan.

Lantas apabila kita merasakan bahawa masa sudah semakin berarak pergi, kita akan sedar bahawa tiada satu saat pun yang patut dibazirkan.

Dan apabila kita menyedari bahawa malaikat izrail bila-bila masa sahaja akan menjengah dengan jemputan ajalnya, kita akan segera sedar bahawa yang menanti di hadapan adalah ketidakpastian. Justeru waktu sekarang adalah masa terbaik untuk dimanfaatkan.

Marilah kita bersama-sama memelihara solat, menjaga aurat, menyantuni ibu bapa dengan baik,perbaiki hubungan dengan mereka dan yang lainnya.

Kerana kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang masih berbaki. Dan kita masih lagi lalai dan terus lalai menghabiskan waktu berharga dengan membeli belah lama-lama, menonton video satu demi satu, bergelak tawa bersama rakan-rakan untuk berjam lamanya, dating bersama teman yang menarik disenangi oleh nafsu dan keinginan dan sebagainya.

Kita mungkin boleh menyembunyikan dosa-dosa serta maksiat kita dari pandangan manusia, namun ingatlah tiada satu apapun yang terlepas dari pandangan ALLAH Tabaraka wata'ala.

Hatta saat saya sedang menulis ini pun Ya ALLAH, (Engkau) mengetahui apa yang bersarang dalam hatiku. Dan ALLAH memerhatikan tiap jari jemariku yang sedang menekan kekunci demi kekunci ini.

Moga kita tidak terusan terleka dengan dunia. Moga saya dapat mengurangkan perkataan serta gurauan yang tidak mendatangkan kebaikan. Kerana tiap apa yang ada dalam kehidupan ini, ianya adalah anugerah pinjaman dari ALLAH. Dan di akhirat kelak, tiap2 sesuatu akan dihisab tentang pengguannnya di atas dunia.

Allah ya Allah. Kami ingin termasuk dalam golongan yang beruntung di akhirat nanti,
Namun lemahnya kami kerana begitu sekali dihanyutkan dengan godaan dunia yang sementara ini.

Ampunkan kami Ya ALLAH Yang Maha Pengampun.
Ampunkanlah kami Ya ALLAH,
dan kami memohon sekeping hati yang lunak akan perkara kebaikan.

Agar kami sentiasa berlumba-lumba mengerjakannya.

p/s: Untuk yang berada di sekitar lembah kelang (esp. shah alam), saya mendapati begitu banyak kuliah maghrib dan majlis ilmu yang diadakan di sini. MashaaALLAH Subhanallah. Rebutlah peluang ini. Di masjid seksyen 13 yang cantik itu pun ada kuliah dhuhaa setiap sabtu dan ahad.

Suraunya pula sejuk dan nyaman sahaja. Maka apa lagi keselesaan yang kita pinta?

Friday, January 10, 2014

Tudung Labuh; antara prinsip dan kewajiban

Gambar ni terbalik. Tapi tidak mengapalah. Terimalah seadanya. :D





Dahulu time sekolah menengah aku pakai tudung labuh sebab sekolah Agama. Semua wajib pakai tudung yang berjahit di tengah seperti yang pernah aku ceritakan di sini. Jadi bila dah masuk Form 4 aku dah mula berjinak-jinak memakainya di luar, bila balik kampung dan sebagainya.

Bila masuk asasi uitm pun macam tu jugak stay pakai tudung labuh. Time tu aku rasa biasa jelah, sebab berada dalam zon selesa. Pakai tudung selempang besar pin kat bahu kiri kanan pun jarang. Tudung aku mesti pesen yang berjahit tengah, tepi dia lilin.

Lepastu bila dah lama sikit, tepi bahagian lilin tu terbuka, dia punya benang akan terkeluar-keluar maka aku pun akan mengeluarkan pemetik api dan lilin yang diseludup secara profesional lantas aku akan bakar tudung lagi biar kemas di bahagian tepi.
Ni kalau tersalah mau terbako hostel. Dan kalau ada sport check pasti aku akan di suspek merokok sebab ada lighter, Alhamdulillah. dah selamat sampai sekarang.

Tapi sekarang dah tak bawak lighter hokayy, sebab tudung hampir semua dah dijahit tepikan. Maksudnya bahagian tepi tudung tu, semenjak aku masuk degree ni dah tak lilin dah, tapi aku dah hantar pergi jahit tepi semua. Lagi kemas. Dulu kat sekolah, tak main lah jahit tepi ni. Bukankah ia kelihatan skema dan seperti Form 1? hehe. Dulu time sekolah, biasanya budak2 Form 1 je yang selalu pakai tudung jahit tepi ni, sebab depa belum pandai buat tudung sendiri dan mesti beli kat kedai. Sori ya adik-adik. Tapi sebenarnya, jahit tepi ni yang kemas, kan? Lantak je kakak senior tu cakap apa pun? at least korang tak payah seludup lighter kan? :)

Sampailah degree aku orait je lagi pakai tudung labuh bulat. Even waktu kesatria pun aku pakai tudung bulat labuh. Ia kekal dipakai walaupun macam-macam pesen tudung ada di pasaran. Aku tak teringin. Sebab aku dah selesa dengan apa yang aku pakai.

Ia dah jadi rutin. Rutin..rutin.. Hari-hari sarung. Dan ada beberapa tudung yang memang aku gemar sangat-sangat. Kalau boleh dalam seminggu tu aku nak pakai tudung-tudung yang sama je ulang-ulang. Kalau kawan-kawan dekat mesti diorang boleh tau tudung yang mana satu.

Keadaan selesa je. Takda orang ancam ke apa, cuma ada lah sekali pakcik polis bantuan time asasi dia panggil aku keluang man. Huahuahaua. Tapi aku rilek jelah. Takpalah pakcik, nanti kalau penjahat mari, dan pakcik tak mampu nak lawan dia pakcik calling2 saya pon takpa. Memang dah tugas saya kan, sebagai keluang man untuk melawan penjenayah. =,= (Siapa tak pernah kenal dan tonton keluang man waktu kecil dia memang hopeless)\


Cuma, bila masuk da'i aku kena pulak pakai tudung macam-macam fesyen. Keadaan mulai tegang.

Zon selesa aku sudah diancam. Dan aku pon rasa tertekan. Waktu tu macam-macam benda bermain di fikiran aku.

Ish, mana boleh tak pakai tudung labuh bulat?

Nanti apa orang kata? Nak masuk tv je dah tukar tudung!

Nanti apa aku punya junior sekolah kata? Tengok kak dibah dah hilnag dah tudung labuh dia tu haaa..

Time tu memang aku berhadapan dengan konflik yang dahsyat. Pening kepala aku fikir, nangis2 kot memalam.

Time make-up pun sama. Aku rasa macam sangat berdosa dan balik tu aku terus sakit kepala yang teramat sangat dan badan panas.

Waktu tu lah aku mula menilai balik. Aku pakai tudung ni tujuan nya untuk apa?

Waktu tu mula aku tanya diri balik bila ada konflik dengan prinsip dan pegangan aku untuk mempertahankan tudung labuh bulat yang aku pakai/

Time nangis2 tu tiba-tiba aku terfikir; Agaknya selama ini aku pakai tudung labuh buat berjahit tengah tu, adakah ianya sebab aku takut nanti apa orang kata kalau bekas ketua pengawas muslimat bila keluar sekolah dah tak pakai tudung labuh dah?

Adakah aku sekadar sarung tudung tu hari-hari sebab aku nak tunjuk baik pada junior2 yang aku masih boleh maintain pakai tudung labuh walaupun dah sampai universiti, dah keluar zon sekolah?

Adakah aku sekadar pakai atas nama prinsip peribadi, dan semata-mata prinsip?

Time tu aku macam sedar yang aku pakai selama ni mungkin banyak sebab manusia. Allah ya Allah, benda yang nampak macam baik pun boleh jadi sebegitu rosaknya bila takda 'total submission' pada ALLAH tabaraka wata'ala.

Time tu ada seorang da'i  lelaki ni cakap pada aku : '

"nti kena tahu beza, antara pakai sebab prinsip semata-mata dan kerana ALLAH"

PAPP!!!

Aku tersentak gila time tu. Betullah, aku tanya diri aku balik betul-betul. Aku pakai labuh selama ini, kalau betul2 sebab ALLAH, kenapa bila aku dah kena pakai pakaian yang lain sikit, KERISAUAN yang berlegar dalam jiwa bukan KERISAUAN yang berkait dengan redha ALLAH semata-mata, tapi

KERISAUAN AKAN PANDANGAN MANUSIA.

Kenapa aku bimbang dan hati bergetar bukan kerana KHAUF, tapi kerana prinsip diri yang aku taknak langgar.

Contohnya, salah satu prinsip yang aku nak pegang sungguh-sungguh adalah make-up hanya di hadapan orang yang layak dan berhak tengok muka aku make-up cantik. (kalau cantik ah kan, tapi kalau salah make up akan kelihatan seperti pontianak pula kan?)

Tapi bila nak masuk tv of course lah kena make-up. Waktu first make-up aku rasa segan sangat-sangat dan nak menangis. Waktu mula2, mestilah aku ikut je. Aku cuma berani cakap "akak, jangan mekap saya tebal sangat ye." Tapi tak tebal pun, lain macam jugak muka aku jadinya.


Huaaaaa.... Balik tu rasa macam nak pingsan pon ada. Aku rasa macam aku sendiri dah menhancur lumatkan prinsip yang aku genggam selama ini. Sebab tu aku pernah mention yang tahun 2013 adalah tahun air mata. Di sebalik apa yang orang nampak aku 'dapat', di sebaliknya bergelen-gelen air mata tumpah sebab benda-benda dalaman macam ni.

Mungkin ada sesetengan orang nampak benda2 macam ni remeh, tapi tidak bagi aku. Sejak sekolah menengah aku dah gariskan beberapa prinsip dalam kehidupan. Ada antaranya prinsip muamalah dengan lelaki, aurat dan make-up.

Nah, bila jadi macam ni baru aku question balik diri sendiri. Agaknya prinsip2 yang selama ini aku pasakkan itu kerana ALLAH atau kerana diri sendiri punya ego dan matlamat?

Adakah aku sedih gila kena mekap sebab betul aku takutkan larangan ALLAH untuk bertabarruj ataupun ia sekadar tinggal sebab memang prinsip aku taknak mekap melainkan depan orang yang berhak?

Nampak prinsip tu macam orait ja, tapi rupanya ada yang hilang.

And the missing piece is:



Hubungan antara prinsip dan pengabdian pada ALLAH Ta'ala.



Bilamana aku meletakkan prinsip atas dasar ketaatan pada ALLAH, maka pastilah kerisauan aku akan berpusat kepada ALLAH semata-mata. Perasaan takut melanggar perintahNYA dan sebagainya.

Tapi bila aku dah mula sedar yang banyak keriasuan bertandang dalam jiwa aku, merusuh dalam hati kerana manusia, memikirkan persepsi manusia pada diri aku  maksudnya prinsip aku bukan lagi total kerana ALLAH Ta'ala.

Moga ALLAH mengampuni diriku yang terlalu hina ini.

Dalam kehidupan, ALLAH akan menghadirkan situasi getir sebagai tamparan kepada kita bahawa ada aspek dalam diri yang sudah tidak in-line lagi dengan kesepatutan kita sebagai hamba padaNYA.

Bila dah lama berada dalam zon selamat, dan kita makin jauh..jauh...dan jauh, ALLAH akan memberikan pengajaran supaya kita kembali ke pangkal jalan.

Moga kita mati dalam keimanan.

Buat para muslimah yang bertudung labuh. Alhamdulillah, teruskan sambil kita seringkali ingat bahwa kita pakai ini kerana ALLAH, mengharapkan keredhaanNYA dalam setiap perlakuan kita. Tidak bermakna kita adalah yang terbaik, sebab selain dari tudung secara fizikal, banyaakkk lagi aspek yang kita perlu perbaaiki dan improve dari masa ke semasa.

Tuntutlah ilmu supaya kita dapat beramal dengan amal yang benar dan tidak bercampur dengan perkara yang merosakkan amalan.

Dan janganlah hati kita meliar untuk merasakan kita lebih baik dan solehah berbanding sesiapa. Kerana dosa kita begitu banyak, dan ALLAH yang menutup keaiban kita daripada pandangan dan pengetahuan manusia.

Moga kita sentiasa memberikan pengabdian total kepada ALLAH, Menghadapkan jiwa kita sentiasa padaNYA dalam apa jua keadaan.

Allah ya Rabb, kami memohon keampunanMU. Sesungguhnya Engkau adalah Penilai Yang Maha Teliti Penilainnya. Janganlah amal kami menjadi debu yang berterbangan kerana niat murni telah tercampur dengan nafsu yang membinasakan.









Saturday, January 4, 2014

Saya di 2014

Bismillah. Assalamualaikum.

Sekarang, alhamdulillah rasanya bolehlah dikatakan saya sudahpun berusia 22 tahun.. hehe.

Alhamdulillah, banyak sangat perkara yang telah berubah dalam kehidupan.

Boleh tak kalau saya katakan 2013 adalah tahun air mata? (pompuan sangaattt)

Banyak perkara berlaku, dan saya perlu adapt dengan cepat.

Saya dah boleh drive, yeay! alhamdulillah. Abah risau nak bagi memula. hehe.

Kereta tu nama dia Sofea.

Ada orang tanya, kenapa tak letak nama maskulin sikit.

Bukan apa, saya bimbang contohnya kalau orang tanya: "Nanti nak gi sana ngan sape?"

Saya biasanya akan jawab "dengan sofea (kalau naik kereta).

So, kalau saya letak nama lelaki, nanti ada yang salah sangka.kihkihkih

Contoh: "Owh, nak gi dengan Mansor". Lepastu sy lupa yang orang tanya tu taktau pun tu nama kereta, mesti dia akan curious, kan?

Dan sebenarnya waktu mula2 bawa kereta tu adalah waktu yang paling saya nak abah ada di sisi. Tskk..Tapi nak buat macam mana, abah di jengka, saya di shah Alam.


Tapi takpa, sebab abah takda di sisiku, ALLAH Yang Maha Rahiim sebenarnya nak didik saya jadi lebih tabah.

Banyaknya benda kena buat sendiri. Banyaknya situsai cemas kena lalui sorang2. Banyaknya perkara tak terjangka kena lalui secara berseorangan.

Tapi takpa, ALLAH nak didik jadi lebih tabah.

Dan bila terjadi sesuatu masalah, atau situasi yang sangat kritikal sampai rasa nak menangis, saya akan urut-urut dada dan bisik, "Jangan nangis depan orang!!!"

Jauhkan fon, semua device yang boleh connect dengan internet sebab takut termengadu di status. 

Ada orang yang lebih teruk keadaannya. Ada yang lebih parah, ada yang lebih kritikal

Sebab itu kita kalau kena sikit2 jangan lembik sangat. Nak menangis boleh, tapi janganlah sampai kita termengadu dan berkeluh kesah.

Itu jelah, lain kali saya update lagi. Saya inshaaALLAH nak update lebih kerap dan jadikan blog ini lebih dekat dengan hidup saya.

Saya juga akan tutup akaun fb Nor Adibah Rozain. sayang memang sayang.

Tapi ada sebabnya yang saya rasa lebih baik untuk saya tutup.

Nanti kalau saya rasa nak share, saya akan cerita juga.

2014 ni saya ingat saya nak lebih banyakkan membaca buku berbanding baca blog. Sebab...saya nak rasa balik jadi diri saya yang 'dulu'. Iya, yang 'dulu.


Friday, January 3, 2014

Tempat itu

Saya jarang berminat nak ke mana-mana.

Waktu kecil dahulu, kesian juga pada mama dan abah (terutama mama sebab mama memang suka jalan2), sebab saya tak suka nak ikut kalau pergi bercuti ke, jalan2 ke. Tapi mestilah kena ikut juga kan. Takkan nak tinggal saya seorang di rumah.

Dan saya akan buat muka masam dengan huduhnya, mama pulak cuba pujuk dengan sabar.
Bila saya tak seronok dan stress saya mulalah akan pening kepala.. Pelik kan? Pergi jalan yang sepatutnya hepi tu pun boleh stress hehe.

Teringat lagi, waktu tu mama dan abah bawa kami pergi aquaria. Saya mula memberontak. Saya tak nak masuk! Saya tak suka lah, tengok ikan-ikan dan haiwan laut ni. Saya mula memprotes dengan membuat muka seperti kebiasaan.

Mama cuba pujuk-pujuk. Iskk....kesian sangat pada mama. ;(

Bila teringat balik dah dewasa ni, rasa bersalah yang teramat sangat. Saya takkan buat dah perangai buruk macam tu.

Tapi sampai sekarang pun saya masih tak suka sangat bercuti ke mana-mana. Saya suka duduk di rumah dan baca buku yang saya suka. Bosan kah? hehe...

Tapi ada satu tempat ni. Saya nak pergi sangat.

Bukan Australia, bukan Paris, bukan tempat yang 'grand2' pun, tapi ia tempat yang tiada sebarang tarikan pelancongan sangat pun. Dan tiketnya pun murah sahaja.

InshaaALLAH. Saya akan jejak juga tempat itu suatu hari nanti.