Sunday, December 29, 2013

Ikhlaskah aku sebagai isteri?

Bismillah. Assalamualaikum.

Tajuk macam takda kaitan. Sebenarnya nak cakap pasal ikhlas sahaja, tapi rasa macam best pulak tajuk tu. kan? sebab tu korang tertarik nak tengok post ni kan? kan?kan?

Aku nak share satu kisah ni,

Pada satu zaman, ada seorang 'alim. Beliau ni sangat tekun menulis buku. Tapi yang peliknya, takda satu  buku pun yang beliau sebarkan. Dalam erti kata moden hari ni 'publish' laa maksudnya.
Buku2 beliau banyak tersimpan dalam simpanan peribadi.

Tibalah pada saat beliau ni dah nazak, dah di ambang kematian, beliau pesan pada seorang yang tengah berada di sisi beliau bahawa jika nanti dia meninggal dan tapak tangannya dalam keadaan terbuka, maka ambillah semua buku2 yang telah beliau tulis serta karang dan sebarkanlah ia untuk dimanfaatkan umum. Maksudnya, amalan menulis buku itu telah diterima dari dirinya.

Tapi, kalau tangannya tertutup saat meninggal, maka ambillah buku2 hasil tulisannya dan buanglah ke dalam sungai pada malam hari. Itu tandanya amalan itu tidak diterima dari dirinya. So, tidak perlu disebarkanlah buku2 tersebut buat tatapan umum.

Akhirnya, cuba teka tangannya terbuka atau tertutup??



Akhirnya tangannya terbuka, dan buku2 tersebut disebarkanlah untuk tatapan dan manfaat umum.

Kisah ni aku baca dalam sebuah kitab.
Dan terselit dalam helaian-helaian mukasurat bab 'Ikhlas'

Alasan kenapa 'alim tersebut tunggu sehingga saat betul2 akhir kehidupannya untuk sebar buku2 dia kerana dia bimbang akan kebarangkalian yang merosakkan ikhlas tersebut kalau dia masih hidup. Mana tau kot2 ada orang puji, sanjung dan menyebut-nyebut nama dia kerana ke'arifannya.

Dan lagi hebat adalah hingga saat akhir kehidupan pun beliau sangat2 menjaga kualiti ikhlasnya.

Yeah, kalau dah meninggal dunia, bila buku tu publish orang respond yang baik-baik pun beliau bukan ada dah atas dunia ni nak kembang kempis hidung pun kena puji kan?

Akhirnya inshaaALLAH jadilah amalan beliau amalan yang ikhlas jika dilakukan semata-mata kerana ALLAH dari awal hingg akhir.

Subhanallah! Apa rasa kita bila tahu kisah ni?

Jom kita renung balik diri sendiri. berapa banyak amalam yang sudah kita cemari kerana mencari serta mengharapkan penilaian manusia semata-mata.

Takpun, berapa banyak amalan kita yang asalnya bagus dah kerana ALLAH dan manfaat umat, tetapi akhirnya ia dicemari di pertengahan jalan.

Benar, nak jaga ikhlas memang payah. Perlu usaha serta mujahadah. Apatah lagi ikhlas ini amalan yang bersangkutan dengan hati yang tak boleh dilihat secara zahir.

Sebab itu marilah kita selalu doa supaya ALLAH menguatkan hati kita agar sentiasa tergolong dalam golongan mukhlisin, orang2 yang ikhlas melakukan segala-galanya kerana ALLAH semata-mata.

Dalam hidup seharian pun, jom kita renung kenapa kita update status di fb, kenapa kita usaha buat macam-macam untuk dakwah, kenapa kita buat apa yang sedang kita lakukan sekarang, dan sebagainya.

Jangan biarkan diri syok dan hanyut dengan pengiktirafa serta pujian dari manusia.

Perbanyakkan zikir yang dirasai oleh hati dan dilunas erti dalam hidup dengan amal perbuatan.

Peringatan buat diri sendiri terutamanya.

Betapa sedihnya kalau kita berpenat lelah di dunia, dan mengharapkan rehat di akhirat. Namun rupa-rupanya kita tertipu dengan harapan sendiri kerana hakikatnya amal telah bercampur dengan niat yang terpesong, hingga akhirnya kita muflis di hadapan ALLAH dan tiada apa lagi yang diterima pakai di akhirat kelak. Na'udzubillah.


Kadang-kadang, ada amal yang tidak perlu disebut pun di hadapan manusia. Biarlah yang mengetahuinya adalah kita dan ALLAH, para malaikat yang mencatit.

Ada satu syair yang telah dinukil dalam Minhajul Abidin, maksudnya sangat bermakna untuk mengingatkan diri sendiri yang alpa:


"Jika hendak mengikuti petunjuk para imam,
kuatkanlah dirimu, sanggup menerima segala musibah dengan hati yang sabar,
walaupun sedang dilanda getir.

Dan hat yang sabar terhampar di dalam dada,
lisan harus dikunci,
mata kau kendalikan,
rahsia kau sembunyikan,
hanya ALLAH yang melihatnya
dan janganlah orang mengenal namamu

Tutup lah pintu, tersenyumlah.
walaupun perut terasa lapar dan hatimu terluka,
perniagaan juga tidak berjalan dengan baik,
tidak dapat naik pangkat,
kebaikan yang dilakukan tersorok,
dan setiap hari menelan kepahitan,
akibat zaman dan kawan,
sedangkan hatimu tetap patuh.

Siang engkau sibuk mengislahkan orang tanpa mengungkit,
malam engkau merindui Tuhan dan senyap dari pandangan.

Ambillah kesempatan malam itu,
jadikan dia sebagai persediaan,
untuk menghadapi hari kiamat,
yang mana jalan untuk menujunya,
terlalu sukar.


Allah ya Allah, kita ni kadang-kadang, memula betul dah niat kerana ALLAH, tapi bila tergoncang sedikit oleh kepenatan, kelelahan, rasa usaha tidak dihargai orang dan sebagainya, mungkin terlepas jua satu dua keluhan.

Jika tidakpun di lisan, mungkin di alam maya seperti fb dan twitter kita lontarkan.

Allah ya Allah, moga kita kuat untuk ikhlas, kerana hanya orang yang ikhlas akan menemui ALLAH Ta'ala dalam kekayaan.

p/s: Sedikit lah berkaitan dengan tajuk: Rasanya, kalau jadi isteri kita perlu berkhidmat bakti pada suami bukan kerana mengharapkan semata-mata balasan suami jua akan berlaku baik pada kita dan belikan hadiah ke, puji2 selalu ke, tak kahwin lain ke, tapi lakukan segalanya dalam keadaan berharapkan redha serta rahmat ALLAH.

Moga dipinjam kekuatan melaksanakan. Pada segi zahirnya terluah sempurna, serta dari segi hatinya pula diniat ikhlas kerana ALLAH Ta'ala.

Ramai yang kahwin bulan 12 ni. Tahniah :)

Tuesday, December 24, 2013

A deep attachment to Matluthfi or to his videos or to the messages, or to his(our) GOD?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku malu untuk tulis something pasal lelaki bukan mahram (chewahhh) tapi perlu tulis jugak. So, kita gunakan kata ganti nama 'aku' supaya kelihatan lebih ganas dan tidak keperempuanan sangat. haha.

Baiklah, sebenarnya these past few days ada yang share dan selalu juga ada yang share tentang masalah. Masalah dengan orang sekeliling. Contoh nya bila ada seseorang yang penting dalam hidup kita meninggal dunia. Kita mestilah rasa sedih. It's normal.

Tapi entahlah, bila ada yang berjumpa aku dengan tears, pain, aku pun reflect diri aku balik.

Dan aku rasa aku perlu tulis ni. Walaupun aku rasa cam segan sikit, tapi aku rasa aku perlu. Sebab aku rasa ianya penting.

Dulu, aku gila suka tengok video matluthfi. Korang yang baca ni pun, aku bet mesti ada yang suka. Because those vids're gud, pastu mesej-mesej bagus, menarik dan perwatakan matluthfi tu sendiri menarik. Bagi akulah. When he came up with a new vid, it wouldn't fail to make me impress.  Every vid's a masterpiece....

He has his own talent, specialties and the like that makes me feel like putting him in my list of 'mustwatch'.

Tak dinafikan, his vids're meaningful, dan ada mesej bagus yang dapat dimanfaatkan oleh para penonton. Dan mula2 memang sebab tulah aku tertarik untuk scrolled back all his videos and watched them one by one bila aku free.

This didn't happen to other vloggers. Aku tak minat sangat video, or tonton movie. Jadi aku boleh kata, peribadinya video2 beliau memang betul2  menarik (dari perspektif) aku dan aku tak rasa membazir masa tonton.

Dan yang paling best adalah vid sebelah sayap. Wuaaa.. aku rasa cam nak nanges kot bila tengok. I could remember the last quote from imam maturidi even up until now.Because i nailed it down in my mind siap.

Tak cukup dengan itu, time tu ada yang offer aku untuk jadi kolumnis sebuah majalah untuk segmen remaja. Aku siap tekad dah nak tulis tentang vid tu untuk my 1st writing. Dan ia sangat2 membantu aku. Alhamdulillah sangat2 bermanfaat.


Tapi kan... Makin lama aku makin rasa yang something's not right with me.

Aku rasa macam aku akhirnya mengkagumi dia.

Aku rasa macam aku tonton vid tu bukan sebab aku nak dapat manfaat kerana ALLAH dah, but more because it's Matluthfi who uploads this vid.

 Therefore, it's a 'mustwatch'!


Yelah, bukannya salah pon kan.

Tapi entahlah, aku rasa bersalah bila aku sedar yang niat aku macam dah tak align dengan yang sepatutnya.

His vids or messages yang supposed to make me closer to HIM, akhirnya just make me feel closer to him.

Err..cam geli nak cakap make me closer to him. Tapi itulah haikatnya. Jangan salah sangka tau, closer to him tu  maksud nya just dalam context a figure dengan 'so-called fan' jelah, bukannya aku really fall in love nak gi pinang dia ke hape.

Aku rasa aku dah mula jadi someone yang tonton vid dia kerana dia, bukan lagi kerana ALLAH,

Aku sedar yang bila aku tonton vid dia, aku bertambah kagum dengan dia, dan bukan dekat dengan ALLAH,

Those vids bring me to him, but not to HIM.

Sampai bila kawan aku bagitau yang dia terserempak ngan matluthfi kat pasar pagi seksyen 17 pun aku rasa macam "wah,, pasni aku nak gi pasar tulah tiap2 hari sabtu"..haha..

Dan the worst thing is ada satu jemputan untuk aku bagi pengisian di Pahang pada hari sabtu. Aku minta maaf aku tak boleh terima sebab aku ada kelas time tu. Then bila diorang upload latest poster bout the program, aku tengok yang dijemput adalah matluthfi n imam muda asyraf.

And i was like........T_T

Errr..kelas hari sabtu boleh cancel kot.
 

And that's when i started reviewing back about my own self. Dan aku rasa aku perlu hentikan semua perkara mengarut yang dah bercampur baur dalam diri aku ni. And i know the only thing yang aku  perlu mula buat masa ni adalah sama ada 1) Ubah niat aku  bila nak tonton his 'masterpiece'
                                       2) Avoid myself from these things

And i prefer the latter (2nd) one.

Sebab aku rasa kerana kebodohan dan kesilapan aku sendiri, perkara yang sepatutnya membawa kebaikan , akhirnya turns the other way.

Dan of course bukan salah matluthfi, but aku yang menyebabkan ianya jadi begitu. Sebab niat, dan bagaimana aku memandangnya.

When something doesn't bring us closer to ALLAH, and makes us impress to his creation, aku rasa baik aku tinggalkan.

I wouldn't spend my few minutes strengthening up my attachment to somebody, but at the same time brings me away bit by bit from my LORD. Allahu Allah wa astaghfirullah.

It's my fault, yang aku gi kagum dengan manusia tu kenapa, kan?

Dan aku rasa macam....macam..aku pon dah violate hak dia untuk dapat something good in return sebab sebagai penonton, ianya tak bagi feedback bermanfaat dah bagi aku. Mungkin ada manfaat, tapi kemudharatannya lebih lagi.

Because when we start mixing up niat kerana ALLAH dan semata-mata kerana ALLAH dengan manusia, aku rasa aku perlu ubah.

Dan kenapa aku relate hal peribadi ini dengan masalah orang yang bagitau aku?

Sebab aku rasa pokok permasalahannya bila kita sedih kerana manusia adalah kerana kita terlalu terikat dengan manusia, dan bukan kerana ALLAH.

Memang senang nak tulis dan cakap, tapi susah nak buat. Sebab itulah hidup ini merupakan satu perjuangan yang takkan pernah berakhir. Dan sebab itulah dunia ini digambarkan ibarat penjara bagi orang mukmin.

Dan sebab kita tak rasa lazat beribadah, tak rasa nikmat akan solat, baca al-Quran, berlumba-lumba berbuat kebaikan, rasa jemu berzikir lama-lama, mungkin adalah sebeb keterikatan yang erat dengan makhluk, sehingga longgar keterikatan dengan ALLAH.

Allah ya Allah, sebab menda ni jugak aku tak boleh lari dari reflect niat aku kalau pergi bagi ceramah ke apa, aku ilmu dahlah sangat cetek, kalau lah aku bagi pengisian sekadar sebab memenuhi jemputan dan lebih teruk lagi kalau semata-mata nak manusia kenal aku, aku mungkin akan dapat pengiktirafan manusia, tapi aku mungkin kehilangan redha ALLAH. Na'udzubillah.

Aku teringat kisah muhajir ummu qais. Apa yang kita niatkan, itu yang kita dapat.

Apabila kita meniatkan seluruh kehidupan ini kerana ALLAH, InshaaALLAH makhluk akan kelihatan kecil dan jiwa akan dipenuhi oleh kebesaran ALLAH.

Maka siapakah yang lebih berbahagia berbanding orang yang di dalam jiwanya dipenuhi dengan cinta kepada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang?

Dan pasti... apabila kita meletakkan makhluk sebagai paksi utama dalam apa2 yang kita lakukan, saat itu kita perlu bertanya balik, apakah akan munculnya kebahagiaan yang  abadi?

Allah ya Allah. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam hidup ini. Walaupun ada kalanya ia kelihatan begitu remeh, namun impaknya mungkin sedikit demi sedikit mencacatkan pengabdian kita pada Yang Maha Esa.


Notakaki: Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan kebagusan video2 matluthfi. Siapa yang belum pernah tonton, sila search dan tonton di youtube. Highly recommended. Moga ALLAH sentiasa memandu kita dalam apa yang dilakukan,.

Btw, ada kawan kata "wah, untunglah siapa dapat matluthfi!"
                    
dan aku rasa

 "yes, if only they could imagine him w/out his fame, and talent. would you still view him the same way without all those 'tempelan'? "
If yes, then i'll support u 100%.". 

Tapi takpalah, as long as he uses the talent and fame for gudness kan. 

Monday, December 23, 2013

Drama

Bismillah. Assalamualaikum.


Haritu kami ada drama. Ia adalah 'Drama wajib' yang bermarkah. Kami membawakan cerita adaptasi dari novel tulisan Jane Austen, "Pride & Prejudice". Kami telah menukar setting nya kepada masyarakat melayu. Nama hero+heroinnya pula telah dimelayukan menjadi Daud+Lijah. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik. Terima kasih semua.



Ada gaya tak era 80-an?? hehe...

 

Pentasnya dilengkapi dengan tirai yang boleh ditutup/buka.

Sewaktu drama bermula, seawal tirai dibuka perlahan, pasti semuanya suspen, berdebar, ingin melakukan yang terbaik. Cuba2 mengulang-ulang skrip dalam kepala.

Ada yang menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Ada yang membaca al-fatihah dan basmalah berkali-kali sambil mengurut dada yang dipalu debar. Ada juga yang membuat latihan vokal secara peribadi dengan suara yang perlahan.Ada juga yang berlatih ekspresi muka sambil menggenggam jari-jemari yang dingin.

Tatkala tirai pentas dibuka, semua berdebar. Namun cuba yang terbaik untuk sedia.

Sedang persembahan di atas pentas berlangsung, semua cuba memainkan peranan yang telah diberikan.
Namun adakalanya ada yang dirancang tidak menjadi. Ada yang terlupa skrip, ada yang tersasul, ada yang tersalah babak, ada aksi yang tidak jadi, dan pelbagai lagi. Ada juga yang berjaya beraksi di atas pentas dengan cukup baik.

Kemudian, setelah berhempas pulas menjayakan segalanya, pementasan pun tiba ke penghujungnya.

Tirai perlahan-lahan ditutup kembali.

Di sebalik tirai yang indah, ada wajah-wajah yang kecewa, ada yang tidak berpuas hati, ada yang menggigit jari jemari menyesali kealpaan skrip, ada yang berkerut-kerut wajah mengenangkan babak yang tidak jadi.

Dan ada pula yang tersenyum senang dan puas hati, kerana dapat menjayakan lakokan sebaik mungkin.

Namun gembiranya tidak lama, kerana mengenangkan rakan-rakan sepasukan lain yang kecewa.

Pementasan drama yang dicoretkan pelbagai warna, di saat akhirnya menyaksikan jiwa2 bahagia dan duka.

Apatah lagi pentas dunia.

Yang tatkala tirainya tertutup, tidak sedikit yang kesal serta kecewa dengan 'persembahan' yang tidak seberapa di atas dunia.

Yang memegang watak sebagai seorang 'hamba', tidak benar-benar menjiwai wataknya. Di pentas sebentar tadi, tiba-tiba bertukar menjadi orang kaya yang angkuh sombong. Maka menyesallah ia di ceruk pentas kerana menyesali pembawaan karakter nya yang tidak menjadi.

Yang memegang watak sebagai seorang 'khalifah' juga sedang meraup-raup wajahnya penuh tekanan, mengenang kealpaannya dalam menuturkan skrip ketika pementasan. Seharusnya dia menuturkan skrip yang menunjukkan ia mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, namun sebaliknya dia telah terleka ketika berada di atas pentas dalam tempoh masa yang singkat sebentar tadi, sehingga tidak terluah skripnya itu. Aduh, kini dia menyesal tak sudah.





 Bagaimanakah kita ingin tirai pentas kehidupan ini dilabuhkan?


Jawapannya terkandung pada persembahan kita semasa pementasan masih berlansung. 


Allah ya Allah, moga kita berjaya menjadi 'pelakon' yang dapat membawa watak dengan baik, supaya apabila tirai pentas ini dilabuhkan, kita boleh tersenyum bahagia tanpa sebarang kekesalan di hati.


 Sabda Rasulullah shallalllahu'alaihi wasallam:

"Di padang mahsyar kelak, kedua-dua kaki seorang hamba tidak dapat berganjak sama ada menuju ke syurga ataupun neraka. Sehinggalah beliau ditanya berkenaan umurnya, bagaimana umurnya dihabiskan. Beliau juga ditanyakan berkenaan ilmunya, apa yang dilakukan dengan ilmu itu. 

Beliau juga ditanya berkenaan hartanya, daripada mana ia diperolehi dan ke mana ia dibelanjakannya. Beliau juga ditanya berkenaan tubuh badannya, bagaimana beliau menggunakannya."

(Direkodkan oleh Tirmizi; hasan sahih) 



Ya ALLAH, kami memohon kebaikan di dunia serta akhirat. Jadikanlah kami dalam kalangan orang yang beramal soleh.
 






Saturday, November 23, 2013

Langkah

Kita beriringan melangkah ke suatu tempat.
Tiba-tiba langkahmu terhenti. Aku jadi hairan.

"Mengapa berhenti?"

"Aku tiada kekuatan. Barangkali, belum tiba masanya. Ini tempat orang baik2. Bukan 'taraf' aku"

"Tapi kau kata nak jadi baik?"

"Entah, tiba-tiba dah rasa malas pulak. Esok, mungkin. Masjid ini masih ada di sini kan, esok?"

*ketawa kecil*

Ya, pandai kau berjenaka.

Aku hanya senyum.

Ya, inshaaALLAH masjid ini akan masih utuh bertapak di sini esok hari,

Ia tidak akan berganjak sedikit pun. Mungkin.

Dan kau boleh sahaja datang ke sini sendirian tanpa aku menemani.

Bas banyak, dan jika berjalan kaki sekalipun, aku yakin kau tidak akan lelah.

Tapi......

Aku ingin menyatakan sesuatu, tapi lidahku kelu. Ia sekadar bergema di relung hati.


Aku mengajak kau sekali lagi.

Kau balas dengan gelengan perlahan.

Kita saling bertatapan dalam tempoh yang cukup singkat sebelum kau menundukkan mukamu.

Ah, aku serba salah.

"Okaylah, aku naik dulu. InshaaALLAH mungkin esok-esok jika sudah menemui kekuatan yang kau cari, kau akan menyusul aku setiap 5 kali."

Kau hanya tersenyum. Berpaling, dan berlalu pergi.

Aku jua begitu. Berpaling darimu dan terus mengorak langkah ke rumah ALLAH yang indah itu.

Tiba-tiba aku mendengar dentuman kuat sekali di belakangku.

Begitu hampir.

Ku berpaling kembali ke belakang.

Kaget.

Ah, kau memang tak pandai melintas jalan sejak dari dulu lagi.





"Ya, barangkali masjid ini akan terus dan tetap berada di sini esok hari, 

namun kita belum tentu lagi... "






Jangan terhenti di situ, saudaraku. Majukan langkahmu kerana boleh jadi ini hari terakhir buat ia berbakti.
    
                                                                 ~pic from google~


















Friday, October 11, 2013

Pandanglah dirimu.

"Mana milik kita,
 tidak ada milik kita,
semua yang ada,
ALLAH yang punya
tidak ada kita punya,
kita hanya mengusahakan sahaja
Apa yang kita dapat ALLAH sudah sediakannya......"

Pertama kali mendengarnya, mata sudah terasa kabur. Allahuakbar. menusuk hati.

Allah ya Allah, spontan saya merenung satu persatu barang-barangan yang ada di sekeliling. Baju-baju yang bergantungan indah, beg yang cantik, laptop yang sedang saya gunakan ini, telefon di sebelahnya, jam di pergelangan tangan, buku2 yang memenuhi meja, dan terlalu banyak lagi.

Semua milik ALLAH..Semua milik ALLAH.

Sebagai manusia sering sahaja kita terlupa bahawa segala sesuatu yang kelihaatan milik kita sebenarnya adalah mutlak milik ALLAH. ALLAH pinjamkan untuk menguji kita, bagaimana kita menggunakannya.

Allahuakbar.

Di hari kebangkitan nanti,segalanya pasti akan dihisab. Satu-persatu.

Apalah yang ingin kita jawab jika kebanyakan harta yang telah diamanahkan ini kita gunakan untuk perkara yang sia-sia sahaja. Termasuklah kesihatan tubuh badan yang ALLAH anugerahkan.

Apakah kita menggunakan kaki untuk sekadar melangkah ke tempat bersuka-ria? panggung wayang?

Apakah mata ini sekadar kita gunakan untuk menonton movie serta melihat wajah si dia yang cantik manis/kacak sambi membangkit keinginan syahwat di dalam hati?

Apakah telinga ini seringkali kita zalimi haknya dengan mendengar lagu-lagu serta melodi yang tidak baik?

Apakah mulut ini kita khianati dengan menuturkan umpat keji serta mengeluarkan perkara yang sia-sia saban hari?

Apakah harta yang ALLAH pinjamkan kita gunakan untuk pelaburan memuaskan nafsu semata-mata? Apakah ianya banyak kita laburkan di butik2 pakaian serta poket2 tauke gajet ataupun kita banyak menyedekahkannya kepada ahli keluarga dan mereka yang memerlukan?

Allah Ya Allah, banyak benar yang ALLAH pinjamkan.

Benar, tiada satu pun milik kita. Segalanya adalah milik ALLAH. ALLAH pinjamkan untuk kita jadikannya 'modal' menjadi hamba bertaqwa.

Allah tabaraka wataala Yang Maha Pengasih dan Penyayang mengurniakan pelbagai kemudahan dalam kehidupan kita, namun nafsu masih lagi meraja sehingga kita merasakan dunia terlalu sukar untuk ditolak.

Kenikmatannya yang palsu menghimpit sanubari hari demi hari. Lantas kita berasakan segala yang ada dalam genggaman adalah milik kita dan kita menggunakannya sewenangnya seolah-olah kita tidak akan dipertanggungjawabkan ke atasnya di akhirat kelak.

Lebih teruk lagi jika kita merasa bangga dan takjub dengan apa yang kita ada. Sama ada dari sudut fizikal seperti harta, kecantikan, anak2, ataupun dari sudut kelebihan diri seperti kebolehan bercakap, menyanyi, menulis dan pelbagai lagi.

Allahuakbar. Astaghfirullah.

Marilah kita mohon keampunan ALLAH atas segala kesilapan yang telah kita lakukan. Tiada milik kita di dunia ini. Tiada secebis pun dari harta dunia yang boleh kita bawa ke akhirat. Melainkan segalanya yang telah kita manfaatkan atau gunakan semata-mata kerana ALLAH, untuk menegakkan agama islam.

Janganlah kita berbangga dengan apa yang kita ada, kerana tiada milik kita..Semua ALLAH punya. Juga janganlah kita mengungkit kebaikan yang telah kita lakukan. Sesungguhnya tanpa hidayah dan taufiq dari ALLAH, mana mungkin kita akan dapat melakukannya.

Maka bersyukurlah padaNYA atas segala kurniaan izin untuk berbuat kebaikan.


"Sesungguhnya segala yang ada di bumi itu akan binasa, tetapi wajah tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan akan tetap kekal".... (Ar-Rahman: 26-27)






p/s: Dengarlah lagu ini, ia bertajuk "Mana Milik Kita- Rabbani" sambil merenung diri sendiri dan beristighfar sepenuh hati.

Saturday, September 28, 2013

Katakan padanya, "Pulangkan hatiku!"

Bismillah. Assalamualaikum,

Lately,  fefeeling macam doktor cinta pula. Bukanlah hebat sangat, tetapi banyak pembacaan tentang cinta, berfikir tentang cinta, dan macam-macam lagi berkaitan cinta. Sebab perlu bagi pengisian tentang cinta. Jadi perlulah menyelam ke dasar hakikat cinta untuk benar2 menghayatinya sebelum dikongsikan bersama yang lain.

* sudah 6x  perkataan cinta digunakan.


Cuma satu saya nak kongsikan:

Di tengah2 sibuk berkongsi tentang cinta, terselit satu perkongsian yang menuntut saya bercakap mengenai solat. "Empowering Solah", satu sesi bersama muslimat di Mahallah Zainab uia pj.

Allahuakbar. Saya cuba mencari input2 berkaitan solat.

Ia kelihatan sangat rutin dan biasa dilakukan.

Kadang2, mungkin kita melakukannya secara automatik. Rukun fi'l (perbuatan) sudah berulang-ulang kali dilakukan. Kita boleh melakukannya tanpa perlu berfikir.

Rukun qaul nya  juga begitu. Sudah menjadi kelaziman di lidah. Melainkan bagi yang cuba mengulang hafalan surah di dalam solat.

Adakalanya, ia dilaksanakan sepantas kilat. Zuuupppp. 4 rakaat boleh diselesaikan dengan cekap dalam masa 4 minit. Satu catatan masa yang 'membanggakan'.

Apatah lagi bila tersepit antara kesibukan kuliah, program, serta terkejar-kejar dengan segala tugasan yang lain.

Kita solat, namun ruku'nya pincang

Kita solat namun thama'ninah nya sudah hilang,

Kita solat, namun segala penghayatannya sudah lenyap.

Sujud sekadar memenuhi rukun, namun hati tidak merasa ALLAH dekat.

Takbiratul ihram sekadar memulakan solat, namun ia tidak memutuskan segala ingatan kepada yang selain ALLAH.

Astaghfirullah.

Akhirnya apa sahaja yang tinggal dengan solat kita melainkan satu perbuatan melunaskan tanggungjawab sebagai seorang hamba?

Astaghfirullah. Akhirnya ia tingga menjadi rutin semata-mata tanpa berfungsi sebagai pencegah segala fahsyaa serta mungkar dalam kehidupan.

Namun ia tidak akan jadi begini jika kita melakukan solat dalam keadaan hati mencintai ALLAH.

Orang yang mencintai ALLAH, pasti akan berusaha untuk melakukan solat dalam keadaan yang terbaik.
Merasakan solat itu penting serta sangat perlu dititikberatkan.

Akan menyemak kembali kesempurnaan solatnya, berusaha memperelokkan segalanya.

Orang yang hatinya dipenuhi dengan kebesaran ALLAH, pasti akan terdorong untuk mendalami ilmu fiqh untuk meletakkan diri di landasan yang betul dalam amalan kehidupan.

Orang yang hatinya merasakan ALLAH adalah segala-galanya pasti akan menuntut ilmu berkaitan akhlak untuk diamalkan dalam kehidupan semata-mata kerana ingin mendapat rahmat ALLAH.

Orang yang hatinya sudah sarat kecintaan pada ALLAH pasti akan menuntut ilmu aqidah untuk memperkukuh ikatannya dengan ALLAH.

Orang yang mencintai ALLAH, pasti tidak perlu lagi merasa terpaksa menuntut ilmu agama kerana ia dilakukan dengan rela hati untuk hidup dalam keredhaan ALLAH serta terhindar dari kemurkaanNYA.

Cinta ALLAH adalah kuncinya.

Peliharalah solat untuk mendapatkan cinta ALLAH,
Cintailah ALLAH untuk menghayati solat.

Di saat memenuhi tuntutan ALLAH yang satu ini, katakan pada segala macam keserabutan dunia;

 "Tolong pulangkan hatiku. Aku ingin menyerahkan seluruhnya hanya pada ALLAH."

InshaaALLAH, mudah-mudahan ia menjadi permulaan untuk mencabut cinta serta hati sepenuhnya daripada dunia.



nota: Antara yang perlu kita muhasabah ialah. Tanya pada diri apakah perancangan solat pada hari ini.
 Kita biasa merancang aktiviti harian agar segalanya berjalan dengan baik. Apa kata kita mula    merancangnya dengan meletakkan solat sebagai salah satu aktiviti yang sangat perlu kita rancang sebaik mungkin.

Contoh: kita tahu jadual kelas pukul berapa, rancang lunch sampai pukul berapa dan get ready untuk solat lebih awal dan di mana. Kemudian bila petang apa pula aktiviti kita? Adjust untuk target solat Asar pula. Bila sudah perlu get ready dan di mana boleh solat. Maghrib pula hendak solat di mana? Pusat islam atau surau kolej.

 Untungnya jika dapat solat berjemaah di surau/masjid. InshaaALLAH jika hari2 kita sudah nekad untuk melakukan solat dalam keadaan yang terbaik, ALLAH memberikan jalannya.



Sunday, September 15, 2013

Mari mendekati ALLAH di UiTM Shah Alam

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari tu, saya pergi ke Pusat Islam dan terjumpa dua kertas kuning tertampal elok di dinding. Rupanya ia berkaitan pemberitahuan jadual kelas al-Quran anjuran pihak ACIS (dahulunya CiTU) di UiTM.

Allahuakbar.

Air mata terasa ingin luruh.

Ia perkara yang agak sukar ditemui dalam celahan jadual kuliah yang padat.

Sesungguhnya perkara ini tidak sama dengan kelas akademik yang wajib. Ia atas pilihan sendiri sama ada hendak menyertainya mahupun tidak. Apabila peluang telah dibuka sebegini jadi marilah kita sama2 berusaha untuk mengambil bahagian mengikut kesesuaian masa serta aturan urusan.

ALLAH ya ALLAH, moga ALLAH sentiasa membuka hati kita untuk cenderung kepada majlis-majlis ilmu.

Kerana setelah melalui tempoh singkat kehidupan dunia ini, kita akan pulang kembali kepada ALLAH.
Ruginya jika kita tertipu di dunia lantas yang kita bawa pulang bersama ke sana nanti langsung tidak bermanfaat untuk diri sendiri.

Saya ada tangkap gambar jadual tersebut, tapi paham2 jelah kalau saya tangkap gambar. Hasilnya agak menyedihkan. Senget benget.

Jadi saya catittkan maklumatnya di sini:


- Kelas pengajian Al-Quran akan bermula pada 17 September 2013 (Selasa)/ Qasidah & Selawat 23 September 2013.

-Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid, Pusat Islam.

- Kepada pelajar2 yang telah mengikuti kelas ini dari bulan Februari - Julai 2013 yang lalu, boleh terus mengikuti kelas tersebut.

- Untuk makluman Pengajian Al-Quran telah ditukar seperti nama di bawah:

1- Kelas Talaqqi Asas ditukar kepada Kelas Iqra: Tenaga pengajar Ustaz Ismail Hashim

2- Kelas Talaqqi Lanjutan ditukar kepada Kelas Al-Quran . Tenaga pengajar  Ustaz Muhamad Zaki dan Ustaz Mohd Bakri.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Unit Masjid 019-2507890? 018-5987890 (Ustz, Mohd Syukri)

Jadual:

Isnin (Bermula 23/9/2013). 

-Kelas Qasidah/ Selawat- Selepas Solat Maghrib di Dewan Muktamar 1.

Selasa: (Bermula 17/9/2013)

- Kelas Iqra' di Bilik mesyuarat 1
- Kelas Al-Quran di Bilik Mesyuarat 2
- Kelas Al-Quran Di Dewan Muktamar 1.

Rabu (Bermula 18/9/2013)

- Kelas Tarannum Asas di Dewan Muktamar 1
- Kelas Hafazan di Bilik Mesyuarat 1

*Semua di atas bermula selepas solat maghrib.
* Buat yang ingin menyertai,  Sila ambil borang penyertaan di Pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid)

Jumaat (bermula 20/9/2013)

-Klinik Al-Fatihah di Pejabat Unit Masjid jam 10.00 pg - 12.00 tengahari ( Kedatangan secara walk-in, tak perlu ambil borang dahulu. Datang je terus masuk)

- Kelas Al-Quran (Muslimat Sahaja) di Bilik Mesyuarat 1 jam 12.30 tengah hari - 1.45 ptg. ( Ambil borang penyertaan di Pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid)



                                      Kalau gigih, boleh juga baca maklumat terus dari gambar ini.lol.


Selamat berlumba-lumba untuk menuntut ilmu, memperbetul bacaan Al-Quran, dan moga kita nekad untuk menghadirinya terlebih dahulu sebelum memberi alasan.

Lihat dahulu jadual, adjust2 aktiviti serba sedikit. Yang mana rasa boleh sertai, mari kita tanamkan azam untuk benar2 komited. Tolong doakan untuk saya juga. Mari jadi zero alasan untuk perkara kebaikan!

mari kita doakan kesejahteraan buat pihak ACIS yang bertungkus lumus mengusahakan majlis ilmu ini. Ia hadiah tidak ternilai buat kita semua. 

Moga segalanya kita lakukan kerana ALLAH, InshaaALLAH.

Jom sebarkan!


         
                                                                 





Friday, September 6, 2013

Saya mahukan ibu yang lain!

Bismillah. Assalamualaikum.


Dulu waktu kecil, saya selalu berkonflik dengan mama. Sebab saya suka melawan dan merajuk.
 Merajuk pula boleh dikategorikan sebagai hobi.

Apabila ada masa lapang dan terluang, pasti saya akan merajuk!

Mama dan abah sabar.

Tapi kalau bergaduh dengan kak long, mama akan cakap.

"Haaa..nanti mama bagi pisau sorang satu. Gaduh puas puas!"

Tudiaa.. cool, bukan?.

Biasanya akan gaduh dengan kak long sebab berkira nak buat kerja rumah.
Jadi mama dan abah akan bahagikan tugas mengikut kecenderungan masing2.

Kak long pandai menyapu, jadi beliau ditugaskan untuk menyapu sampah dan kemas ruang tamu.
Saya pula 'memikul tanggungjawab' sebagai pembasuh, penyidai serta tukang lipat kain.

Ia menjadi kegemaran sampai dewasa. Kak long dengan menyapu, saya dengan baju-baju.

Kalau saya yang menyapu, tidak akan jadi sebersih kak long.
Kalau kak long melipat baju, tidak akan segigih saya *perasan*.

Gandingan yang serasi.

Hasil lenturan mama dan abah dari kecil.

Dan kalau waktu kecil dulu, abah suka kemas rumah secara berkala. Dan dalam beberapa bulan sekali abah akan melakukan proses 'geledah' bilik kami (saya & kak long).

Waktu tu, pasti hati rasa berdebar-debar. Saya akan duduk di muka pintu bilik dan memerhati.

Bila abah hendak kemas bawah katil, dada terasa dup dap dup dap... Apalah yang abah akan jumpa di bawah sana..

Banyak barang yang disepahkan di bawah katil. Ada bantal, buku, pensil, mainan dan macam-macam. Ia jadi ruangan stor eksklusif. Sebab itu kami resah dan gelisah bila abah hendak membersihkan bilik. Pecahlah rahsia yang tersembunyi di dalam stor khas tersebut.

Hakikatnya, kami (terutamanya saya ) sangat suka menyepahkan barang. Sampai saat abah dan mama kemaskan, pasti  jantung berdetak laju. Habislahhhhh..!!!!!


Terlalu banyak kenangan masa kecil bersama keluarga, terutamanya kedua ibubapa. Saya seringkali berharap dan berdoa agar kenangan2 itu tidak akan saya lupa, kerana ia menunjukkan kasih mama abah yang tidak berbelah bahagi. Kesabaran yang cukup tinggi serta kegigihan yang tidak tertolok bandingnya.

Mama dan abah adalah cahaya hati ini.

Melihat wajah mereka mendatangkan ketenangan.

Mengingati mereka membuahkan kesyukuran.

Mengenang bakti mereka membuat air mata bercucuran.

Akhirnya, anak ini berharap dan terus berharap agar keduanya dapat melihat wajah ALLAH dengan gembira di akhirat nanti. 


Saya tidak pasti, apakah reaksi anda yang membaca tentang secebis tulisan saya pada mama & abah.

Mungkin ada yang berkecil hati. Mungkin hatinya sedang berbisik sayu
"..alangkah bahagia punya ibu bapa yang memahami, yang membahagiakan, yang tidak marah-marah serta tidak melulu menuduh macam-macam."

Mungkin ada yang membentak
.."ibu dan bapa tidak berjaya mendidik saya dan adik-adik. Terlalu sibuk mengejar karier, sedang keluarga di ketepikan. Bahkan ibu dan bapa mengalami masalah. Anak2 tertekan. "

Mungkin ada yang mempunyai masalah keluarga. Mungkin juga tidak.

Ada yang tersepit dalam konflik ibu dan ayah yang sudah tidak serasi. Ada yang tertekan dengan perilaku ibu/bapa sendiri yang kasar serta sukar difahami. Mungkin ada yang terhumban pilu kerana sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ibu/ ayah. Mungkin juga ada yang terbelit dengan persoalan mengapa ibu dan bapaku tidak seperti ibu dan bapa orang lain.

Sampai satu saat hati menjerit.."Aku ingin menarik diri dari keluarga ini atau mahukan ibu @ bapa lain yang lebih baik! "

serata

"...alangkah bagus jika ibu dan ayahku seperti ini..." (merujuk kepada seseorang dikagumi yang kita harapkan menjadi ibu/bapa sendiri)


Allahuakbar.
Astaghfirullah.

Mari kita sama2 menghayati istighfar serta memohon kejernihan hati daripada ALLAH, agar pemikiran kembali tenang serta rasional.

Ibu bapa merupakan ketetapan ALLAH. Adakalanya ia juga menjadi ujian.

Kita biasa mendengar anak2 adalah sebagai ujian, namun dalam sesetengah percaturan kehidupan, ibu bapa juga boleh jadi merupakan salah satu ujian dalam kehidupan anak-anak.

Mungkin ada yang sedang menempuhinya. Bersabarlah duhai anak, ibu bapa adalah insan terpenting dalam kehidupan selepas ALLAH dan Rasulullah. Bagi wanita yang telah bersuami, selepas suaminya.

 Bahkan redha keduanya juga merupakan salah satu pra syarat  bagi mendapatkan keredhaan ALLAH.

Pandanglah wajah mereka dengan penuh kasih.

Mungkin marah mereka kerana begitu sayangkan dirimu.
Mungkin bebelan mereka kerasa kerisauan yang tidak bertepian,
Mungkin kesibukan mereka mencari wang kerana inginkan hidupmu selesa,
Dan mungkin juga salah yang mereka lakukan kerana ilmu yang kurang,

Maafkanlah mereka, serta terima lah seadanya.

Mungkin ALLAH ingin menguji kita dengan keadaan mereka. Mungkin mereka memendam masalah yang meremukkan hati.

Jadilah penyejuk mata kepada kedua ibu dan bapa.

Jika mereka marah tanpa sebab (pada pandangan kita), biarkan sahajalah. Tidak perlu diambil hati.

Jika mereka menegur cubalah untuk menerima tanpa melawan,

Jika mereka menyuruh berbuat kebaikan, ikutilah walaupun hati terasa enggan. Pujuklah hati untuk taat.

Jika mereka menyuruh berbuat keburukan, tolaklah dengan penuh hikmah kebijaksanaan.

Ibu serta ayah yang dipinjamkan ALLAH kepada kita pada hari ini adalah yang terbaik buat kita.

Ibu serta ayah orang lain pula pasti yang terbaik buat anak2 mereka sendiri.

ALLAH tidak akan pernah tersilap.

ALLAH adalah Yang Maha Teliti penilaiannya. Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba2NYA. Pasti segala yang diberikan kepada kita dalam mengharungi hidup yang sementara ini adalah yang terbaik buat kita.

Bergantung pada cara kita menilainya.

Mari lazimi berdoa untuk kedua ibu bapa, serta bertekad untuk menjadi anak soleh yang membawa mereka dekat dengan ALLAH.

Jasa dan bakti mereka tidak akan pernah terbalas walau apapun yang kita lakukan.

Mungkin di pertengahan jalan, ada langkah mereka yang tersilap. Sebagai anak, jangan lari meninggalkan.
Papahlah dengan penuh kasih sayang, ubati luka mereka, dan maralah menuju keredhaan Tuhan. 

Perjuangan menjadi anak yang soleh sentiasa memerlukan kesabaran serta hati yang ikhlas.

Moga sentiasa tabah dan bersyukur wahai anak2 sekalian!


Mama dan abah, moga kita bertemu di syurga!







p/s: Saya juga pernah melalui konflik tersendiri.  Perjuangan menjadi anak yang baik memang tidak mudah, terutama buat yang suka memberontak.

Alhamdulillah wa syukur lillah.

Barangkali kematangan serta petunjuk mencelikkan sedikit hati yang selama ini buta menilai kasih ibu dan ayah yang tidak bertepi. Kalau saya pergi dahulu, moga mama dan abah meredhai pemergianku, jika mama dan abah pergi dahulu, moga diriku dapat menjadi anak solehah yang bermanfaat buat kehidupan akhirat mama dan abah.

Hakikatnya, kita ingin sama2 mengajak ahli keluarga mencari keredhaan ALLAH.

Friday, August 30, 2013

Pilihan dalam hidup

Bismillah. Assalamualaikum.

Post ini terlalu random. Ia tiada topik khas.


Dalam hidup, kita akan begitu banyak membuat pilihan.

Adakalanya, ia mudah. Namun seringkali sukar dan meresahkan.

Penawar yang terbaik adalah dengan berserah kepada ALLAH, melakukan segala-galanya hanya kerana ALLAH, serta bertawakkal sepenuh hati setelah segala usaha dikerahkan mengikut kadar kudrat yang terbatas.

Sesungguhnya apabila kita melepaskan sesuatu yang terasa dekat di hati itu pergi kerana memikirkan lebih banyak perkara yang perlu diberi perhatian buat masa ini, diri pasti terkesan.

Namun ALLAH itu sentiasa mendengar. Lepaskanlah ia pergi buat sementara waktu. Jika ia adalah yang terbaik pasti ALLAH mengembalikannya dalam keadaan yang lebih baik lagi.

Jika ia bukan yang terbaik, maka pasti ALLAH akan datangkan yang lebih sesuai.

Ia sangat subjektif serta penuh teka-teki.

Itulah kehidupan.

Persoalan masa hadapan yang tidak jelas dalam pengetahuan manusia yang terbatas ini, menjadikan kita hamba yang benar-benar meletakkan seluruh jiwa raga di tangan ALLAH.


Teka teki seiring denyut nadi.

Terkadang menghumban diri ke dalam dilema tidak bertepi. 

 ALLAH Maha Mengetahui.


Saturday, August 24, 2013

Masih sendiri.

 ~tq to google~








Bismillah. Assalamualaikum.


Semakin kita dewasa, begitu banyak perkara yang perlu ditempuh sendiri.

Adakalanya ia menguji. Adakalanya rasa tidak mampu. Adakalanya rasa begitu sayu, sepi, terasing.

Bila kita bersendirian. Ia nyata memberi kesan terhadap jiwa.

Allahuakbar.

Saya juga pernah begitu. Sejak sekolah, saya selalu perlu pergi ke mana-mana sendiri. Ia adalah pilihan yang dibuat sendiri tanpa paksaan, semata-mata untuk mengejar kecemerlangan prestasi peringkat sekolah.

Saya pernah ke satu majlis penerimaan anugerah di KL. Tanpa guru pengiring mahupun pelajar lain dari sekolah sendiri. Saya bersendirian!

Saya perlu menaiki satu bas yang sama dengan pasukan bola sepak (sekolah negeri) yang kesemuanya lelaki.

Dan guru pengiring sekolah tersebut juga adalah lelaki. Aduh, sudah pasti pemandu bas juga merupakan seorang lelaki.

Ya ALLAH, perjalanan dari Pahang-KL ketika itu dirasakan cukup lama dan mendebarkan.

Namun itu adalah pilihan sendiri. Hati berasa sedikit sedih, tetapi tiada yang harus dipersalahkan.

Semakin menginjak dewasa, makin banyak pula pilihan yang perlu dibuat. Dan banyak ketika, pilihan2 itu menuntut saya bersendirian. Merata-rata.

Allahuakbar, ia adalah pilihan sendiri, namun masih terselit kesedihan yang berbaki. Kerana adakalanya jauh di sudut hati tidak mahu namun keadaan serta kewajipan memaksa.

Lama-kelamaan hati mula meningkah. Mengapa aku perlu selalu bersendirian? Mengapa perlu bersusah-payah begini? Mengapa tidak boleh sentiasa seperti orang lain?

Mengapa tidak sahaja melepaskan segala2 dan bersama menjadi arus yang melalui jeram.

Mengapa perlu bersusah payah menjadi setitik air embun yang sering berada di hening pagi dalam sunyi sepi?

Tambahan pula, dalam satu tahap kehidupan saya menyertai Rancangan Da'i.

Allah.. Lebih banyak keadaan menuntut untuk sendiri. Terlalu banyak. Hati sering meningkah dan menangis.

Cabarannya besar. Tidak hanya apa yang dipaparkan, bahkan ia lebih daripada itu. Biarlah hanya ALLAH mengetahui.

Satu saat pada minggu2 akhir yang sangat menghampiri final, saya menelefon kak long.

" I can't stand it anymore. I wanna quit!"

Allahuakbar.

Hati begitu lemah ketika itu. Segalanya dirasakan serba tak kena. Dunia berpusing-pusing.

" Sikit je lagi. Cuba hang ingat balik matlamat untuk dakwah..."

Jawapan kak long sangat pendek dan bersahaja.

Saya meletakkan telefon.

Ya, jawapan kak long benar. Namun bukan itu yang saya mahukan!

Hati semakin kucar-kacir. Jiwa terasa lemah.

Saya masuk ke bilik penginapan. Menatap keseluruhan bilik yang sunyi sepi. Otak sedang berfikir-fikir lagi tentang tugasan final yang saya rasakan sangat  mencabar serta beberapa perkara lain yang sering menjadi pertarungan sengit dalam jiwa.  Saya harus menempuh segalanya.

ALLAH ya ALLAH, saya sendiri lagi!

Malam itu saya tidak lena tidur. Mata tidak mahu terpejam.

Lantas saya bangun menghamparkan sejadah. Saya memerlukan 'seseorang' yang memahami untuk mengadu segala-galanya yang saya alami. 

Akhirnya, air mata yang sering ditahan-tahan selama itu mencurah-curah.

Rasa hati yang dipendam langsung diluahkan seluruhnya kepadaNYA.

Subhanallah. Hati terasa sangat tenang.

Astaghfirullah, rupanya sudah lama tidak mengadu pada ALLAH.
Sudah lama 'perasan' bahawa diri ini cekal tanpa memerlukan sesiapa. Sudah lama rupanya tidak benar2 meletakkan pergantungan seluruhnya pada ALLAH.Sudah lama tidak bermunajat dan bercerita segala suka duka kepada ALLAH.

Saat itu saya mengerti bahawa ALLAH memberikan kita ruang untuk menghadapi beberapa perkara sendiri supaya kita benar-benar merasai keberadaanNYA di dalam hati.

Meletakkan seluruh pergantungan hanya padaNYA dan tidak kepada makhluk.

Rupa-rupanya ALLAH memberi kenikmatan bersendiri untuk kita selalu berkomunikasi hanya denganNYA. Mengadu segala permasalahan hanya padaNYA. Kesusahan, kesedihan, kebimbangan, kegembiraan, kesyukuran segalanya dikembalikan kepada ALLAH dengan jiwa penuh kehambaan.

ALLAH, rupanya situasi bersendirian yang ALLAH takdirkan sebelum ini juga adalah latihan untuk hamba ini menghadapi apa yang akan berlaku di hadapan. Nyata, sekarang lebih kerap perlu menghadapi pelbagai perkara sendiri. Benarlah, ALLAH Maha Mengetahui sedang kita tidak tahu. ALLAH menyediakan ujian-ujian yang lalu sebagai satu latihan untuk mengukir jiwa supaya cekal apabila menghadapi perkara yang mendatang.

Sekarang, lebih kerap perlu bersendiri menghadapi pelbagai situasi. Namun Alhamdulillah, bersendiri itu tidak lagi menyedihkan, kerana formulanya sudah ditemui.

Bersendirian memberi banyak ruang memuhasabah diri, merenung kekuasaan ALLAH, berdoa sebanyak-banyaknya, menghindarkan percakapan serta perbualan yang sia-sia serta menjadikan buku teman yang terbaik.

Subhanallah, rupanya dalam bersendirian itu ada kenikmatan, jika kita benar-benar mengimani serta menghayati yang ALLAH sentiasa ada di sisi.


" Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu mengenai KU maka sesunggunya AKU (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka...."                                                                                         (Al-baqarah: 186)




p/s: Saya menulis artikel ini ketika duduk bersendirian. Sudah hampir dua hari tanpa ada yang menemani. Alhamdulillah, ia tidak lagi menjadi satu perkara yang menyedihkan.

Allah ya Allah kita tidak akan pernah sunyi sebenarnya, kerana terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan.

Semoga kita sentiasa diberi hidayah serta petunjuk dari ALLAH. 



Monday, August 19, 2013

Mahar atau wang hantaran; Mengapa ia perlu mahal?

Bismillah. Assalamualaikum.


Disebabkan perihal hantaran kahwin yang tinggi tiba2 menjadi isu yang hangat diperkatakan ketika ini, saya pun turut 'terjebak' dalam memikirkannya.

Apatah lagi sebagai pelajar yang berada di universiti, kawan-kawan pastilah ramai menyebut-nyebut masalah yang dihadapi untuk berkahwin. TAKDAK DUIT DIK NON OIII.

Baiklah, tadi setelah 'asar saya duduk termenung di surau mawar. Ketika itu, hati tergerak untuk memikirkan perkara ini secara lebih mendalam. Ia tidak pernah menjadi isu peribadi buat diri sebelum ini. Namun rasanya tidak terlalu awal untuk memikirkannya secara spesifik.

Saya membuat sedikit catatan di atas kertas. Mula mencerna dan menulis sekadar ikut logik akal.

Saya berbalik kepada persoalan paling asas: Apakah yang saya harapkan dari sebuah perkahwinan sebagai seorang muslimah????

Jawapannya: Mendekati ALLAH, mendapat keredhaan ALLAH, mengumpul amal kebajikan yang diperolehi melalui perkahwinan, mengikut sunnah nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam,  bersama-sama suami saling tegur menegur serta memperbaiki diri.

Pendek kata, (bagi sayalah) perkahwinan ini ibarat satu 'kilang proses', di mana dalam 'lawatan sementara'  kita di dunia ini, kita akan memasukinya. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis proses untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat berbanding sebelumnya.

Kerana itu yang paling penting sebelum kita bincang bab wang hantaran; harus jelas dan kenalpasti kenapa kita ingin berkahwin? Kerana nafsu semata? atau kerana sekadar follow the flow dan berseronok?

Allahuakbar. Sungguh rugi jika kita tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam sesebuah perkahwinan.

Baiklah, pertama sekali menurut islam yang wajib adalah MAS KAHWIN atau MAHAR, dan hantaran kahwin adalah cenderung kepada adat2 melayu.

Pendek kata, kalau nak nikah settle dah kalau bagi mas kahwin menurut syarak, tapi agak janggal dan pelik lah pulak  bagi masyarakat melayu. Karang makcik2 tanya ni dulang berapa berbalas berapa??? Haaa...nak jawab apa beb?

Lagi satu, kebiasaannya masyarakat melayu adalah mengisytiharkan/ mewar-warkan hantaran yang diberikan. Tudiaaaa kalau hantaran tinggi maka pengantin akan dianggap sangat bertuah, dan kalau sebaliknya pasti ada mulut mencebik.. cikitnyeee. Bukan pengantin pompuan tu ada  degree ke?

Astaghfirullah. Mohon dijauhkan dari buruk sangka, namun itu antara hakikat sebenar yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya pula, mari kita 'relate' dengan hadith yang sangat popular dan selalu diwar-warkan terutamanya oleh kaum lelaki kepada kaum perempuan:

"Mas kahwin yang paling baik adalah yang paling mudah"

Ia hadith riwayat Imam Al-Hakim

Kalau kita lihat, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat menghargai dan menyayangi para wanita, maka sudah pastilah apa yang dipesan oleh baginda adalah amalan yang paling bagus serta baik untuk diikuti. Tinggal lagi ia berkaitan keyakinan serta permainan hawa nafsu yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati.

Mudah di sini bermaksud tidak memberatkan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki yang perlu memberinya.

Mudah di sini bermaksud ia mengikut kapasiti kemampuan tanpa menyebabkan kemudharatan semata-mata kerana ingin melunaskan mas kahwin tersebut. Sebagai contoh terpaksa pinjam duit banyak dari bank atau lagi parah dari along.

Mudah di sini bermaksud ia bersifat relatif menurut kadar ekonomi masing-masing.

Kalau lelaki tu memang kaya dan banyak harta, mungkin 20,000 dan rantai emas 916 wah chan  seberat 1 kg itu  MUDAH bagi beliau.

Mungkin bagi seorang lelaki yang baru hendak mula kerja, baru habis belajar, baru nak stabilkan hidup,  tiap2 bulan bayar ptptn, nak bayar motor/kereta lagi, nak prepare untuk bajet kenduri belah lelaki lagi, RM 5,000 pun BELUM TENTU MUDAH bagi beliau.
 

Sebab itu dalam islam tiada jumlah mutlak dan tetap, kerana definisi mudah itu berbeza mengikut keadaan, tempat serta zaman. Subhanallah, benarlah islam itu bersifat syumul, 'alamiyah, sentiasa relevan  dan mengandungi hikmah untuk sepanjang kehidupan.

Dan wang hantaran pula adalah wang yang biasanya diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai hadiah. Wang hantaran ini tidak menjadi hak mutlak milik isteri menurut syarak. Kalau mas kahwin yes, ianya milik mutlak isteri. Biasanya digunakan untuk buat biaya kenduri sebelah perempuan.

Dan inilah fokus kita pada hari ini: WANG HANTARAN

Sebagai seorang perempuan (ni yang perempuan terutamanya sila ambil perhatian ya ), kita perlu fikir panjang dan rasional. Fikir long-term punya biar extend  sampai ke akhirat, inshaaALLAH.

Pertama sekali, niatlah untuk kahwin kerana ALLAH. Yang kita harapkan pada sesebuah perkahwinan itu bukanlah untuk mendapat keuntungan dunia, bahkan yang kita harapkan adalah keuntungan di akhirat.

Ada juga yang berpendapat kalau murah sangat, macam mudah sangat je nak dapat. Biarlah mahal2 sikit, baru dia hargai.

Allah ya Allah. Maaf saya katakan, tetapi saya kurang bersetuju dengan pendapat ini.

Pendapat saya adalah, kalau kita memilih seorang lelaki kerana keimanannya, maka kita perlu yakin bahawa beliau akan melayan seorang isteri dengan baik sebab dia tahu itulah perintah ALLAH dan termasuk dalam amal soleh yang sangat dituntut. Bukan kerana mahal/murah 'harga' yang dilaburkan seawal perkahwinan menentukan kelas layanan mereka. Tetapi yang menentukannya adalah keimanan serta ketaqwaannya.

Berapa ramai orang bercerai hari ini, tak jadi bercerai sebab terfikir dulu bayar mahal nak kahwin dengan dia ni dulu.. ishhh...tak jadilah pulak nak cerai. Rugi!!"

Maaf, tapi rasanya tiada kes sebegini. Kalau ada pun, mungkin kes2 yang sangat terpencil.

Nyata, hantaran kahwin itu terguna pakai secara nyata untuk satu tempoh masa yang tidak lama. Yang menjadi penentu hala tuju serta situasi dalam sesebuah rumahtangga adalah keimanan para penghuninya. Kerana iman akan mengawal tingkah laku, akhlak, peribadi serta hati. Bukan wang yang menentukannya

Jadi, kalau kita berkahwin mahal2 tetapi tiada keimanan rumahtangga akan mudah goyah dan terjatuh.

Namun, kita tak boleh lari dari kenyataan yang sangat rasional bahawa kita memerlukan duit untuk terus hidup. Ya, kalau hidup dengan cinta semata-mata, nak makan maggi pun tak lepas abang oiii. 

Tapi, itu juga bukan bergantung pada jumlah hantaran kahwin yang mampu disediakan, ia bergantung kepada 'financial stability' lelaki terbabit. Kalau difikirkan, apabila lelaki tersebut terpaksa menggunakan sebahagian besar wangnya dan jika sampai terpaksa meminjam untuk membayarnya, maka itu lagilah menjejaskan 'financial stability' selepas berkahwin.

So rasanya lebih relevan kalau parents soal siasat dan cakna lebih sedikit kepada kematangan serta perancangan hidup lelaki terbabit berbanding fokus bincang 'sebutharga' untuk anak mereka.

Maaf kalau ada yang tak setuju, tapi saya rasa ini yang paling ideal untuk dilakukan. Lelaki yang punyai matlamat yang jelas dan pandai mengurus serta merancang kehidupan inshaaALLAH akan tahu bagaimana ingin bertanggungjawab terhadap isteri yang dinikahinya dan merancang kehidupan berumahtangga yang stabil.

Apalah gunanya, bila buat kenduri besar-besaran, mewah, lip lap, tapi lepas kahwin takde duit...tskk...

Lagilah sedih kalau wang hantaran tersebut kita gunakan untuk buat kenduri besar besaran dengan niat untuk ditunjukkan kepada orang lain ataupun kerana malu nak bersederhana. "Apa pulak kata orang nanti nii...I retisss kott!"

Tidak menjadi masalah jika memang benar2 mampu, tetapi ia menjadi sebaliknya kalau sampai MEMBERATKAN PIHAK LELAKI untuk menyediakannya.

Allahurabbi.

Biarlah untuk walimah, kita niatkan untuk menjamu orang ramai dengan niat infaq.

Biarlah untuk mengadakan kenduri, kita adakan untuk mengikut kadar kemampuan masing-masing. Pedulikan kata orang. Dan juga kalau boleh sebagai anak jika ibu bapa belum faham jangan cepat melenting dan salahkan mereka dahulu.

Tolong sedikit sedikit secara hikmah beri mereka penjelasan dan banyakkan berdoa agar ALLAH kurniakan petunjuk dan lembutkan hati mereka. Subhanallah, ALLAH Muqollibal Quluub. ALLAH tidak akan membiarkan hambaNYA yang berdoa dengan penuh ikhlas tergapai-gapai begitu sahaja. Pasti ada jalan..



PANDANGAN PALING PERIBADI (random )

Ini pula pandangan paling peribadi dari hati saya (inshaaALLAH).

Sebagai seorang perempuan, saya fikir begini:

Perkahwinan ini saya harapkan dengannya saya akan semakin hampir dengan ALLAH serta melaluinya saya dapat meningkatkan ketaqwaan serta amal soleh.

Saya inginkan ia perkahwinan yang benar-benar menjadi laluan menuju ALLAH.

Justeru, saya fikir pembinaan rumahtangga yang diberkati perlu sedari awal proses nya perlu diperhalusi mengikut syariat dan biarlah ia dipenuhi dengan elemen-elemen kebaikan semata-mata.

Contohnya begini. Kalau diikutkan saya ingin rancang untuk berkahwin dalam tempoh 2-3 tahun lagi dan JIKALAU saya sudah ada calonnya sekarang (contoh k..). Jadi, boleh dikatakan tempoh bertahun itu adalah masa untuk membuat persiapan serta persediaan dari segenap aspek.

Kalau saya mengenakan mahar/wang hantaran yang tinggi, saya fikir tentulah lelaki terbabit akan berusaha memenuhinya. Beliau mungkin akan berusaha menyimpan wang sungguh-sungguh.

Alhamdulillah ia bagus, namun saya cukup khuatir jikalau kerana sibuk mengumpul wang untuk berkahwin, beliau jadi kurang bersedekah dan infaq.

Saya jadi bimbang jikalau beliau sibuk mengumpul wang untuk berkahwin, maka praktis amal solehnya terganggu.

Saya tidak boleh terima jikalau kerana sibuk bekerja mengumpul wang untul berkahwin, beliau terlalai dari amal fardhunya terutama solat 5 waktunya di masjid.

Saya zalim jikalau saya sampai tahap memberatkannya, menyusahkan hidup satu jiwa muslim. Menyebabkan fokusnya lebih kepada pengumpulan harta berbanding pengislahan diri.

Serta yang paling teruk adalah saya tidak ingin jika sampai kerana ingin berkahwin, fokusnya terhadap akhirat terjejas dan lebih menumpu terhadap dunia saban hari.

Kerana ingin melunaskan wang hantaran yang di luar batas kemampuannya.

Allahurabbi. Maka ia tidak akan mencapai maksud perkahwinan yang diidamkan. Sedari awal ia sudah hancur berkecai hanya kerana sebuah 'sebutharga'.

Biarlah wang hantarannya sederhana dan tidak menyusahkannya. Biarlah itu di dalam kemampuannya.
Biarlah tempoh sebelum berkahwin itu fokusnya lebih kepada mencari bekalan akhirat berbanding dunia. Kerana saya ingin dia bawa saya ke sana bersama-samanya.

Lagipun jika saya ingin berkahwin kerana ALLAH, mengapa saya sanggup pula (secara tidak langsung) menyebabkan kehidupannya disibukkan oleh urusan dunia?

Tidak dapat saya bayangkan jikalau kerana saya beliau terpaksa mengorbankan masanya untuk menuntut ilmu agama, menunaikan ibadah sunat serta melakukan amal kebajikan yang lain.

Saya ingin menjadi wanita yang bermanfaat untuk dinikahi. Maksudnya, sedari awal proses lagi beliau mendapat manfaat serta kesenangan melalui saya, bukannya mendapat mudharat kerana permintaan yang memberat-beratkannya.

Kerana saya yakin dan percaya bahawa nilai seorang perempuan tidak akan pernah ditentukan oleh nilai wang hantarannya, namun ia ditentukan oleh keimanan serta taqwa.

Dan....perempuan yang beriman serta bertaqwa pastilah ingin menjadikan hadith nabi serta perintah ALLAH sebagai bekalan untuk sepanjang perjalanan hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak).”

 (Riwayat Imam Ahmad).


Allah ya Allah. akhirnya kita kembali padaNYA. InshaaALLAH yakin dan percayalah bahawa kita tidak akan pernah rendah kerana wang hantaran/ mas kahwin yang mudah.

Apa yang penting adalah kita perlu faham dan jelas apakah yang kita inginkan dalam sebuah perkahwinan dan kita berkahwin kerana ALLAH semata-mata.

Ingatlah,  Perkahwinan itu ibarat satu pintu gerbang. Walau bagaimana mahal dan indah pun ia, kita akan sekadar melaluinya untuk seketika waktu, namun apa yang penting adalah yang dibalik pintu gerbang itu.



Baitul muslim yang bakal dibina, coraknya tidak ditentukan oleh mahal murahnya pintu gerbang yang sudah kita lewati, namun nilainya yang kita dasari berdasarkan keimanan serta ketaqwaan lah yang akan kita bawa untuk bertemu Ilahi.


Dan last sekali, perlu ulang yang kita perlu pandai dan berhikmah untuk menerangkan pada ibubapa. Kita perlu ambil kira serta fikirkan tahap kefahaman dan pemikiran mereka. Cuba jernihkannya dengan perbincangan yang baik serta tidak putus2 berdoa pada ALLAH. :)

Dan last sekali, kita perlu yakin untuk menyatakan:

"Saya berbesar hati untuk mempermudah urusan perkahwinan ini dengan tidak membebankan orang yang bakal saya kasihi, taati, hormati kerana bersama beliaulah saya melangkah lebih laju menuju ALLAH ta'ala, inshaaALLAH."

Dalam sesebuah perkahwinan, ada 'give and take', beri dan terima (macam pelik je in b.m.), dan biarlah kita berniat dan bertekad untuk tidak berkira dalam memberi tanpa mengharapkan balasan dari manusia kerana kita memberi kerana ALLAH.  Biarlah kita lebih menumpukan terhadap tugas serta tanggungjawab sebagai isteri, berbanding hak kita terhadap suami. Begitu jua sebaliknya.

Saya yang menulis ini pun,  masih lagi bertatih dalam proses menetapkan hati. 
Menulisnya memang mudah, namun untuk melaksanakannya memerlukan satu kekuatan serta kefahaman yang sentiasa berpaksi pada ALLAH. 

Moga ALLAH izinkan kita menjadi wanita solehah yang menjadi penyejuk mata dan jiwa, inshaaALLAH.


Mari berusaha mengumpul  mata ganjaran dari ALLAH sedari awal proses perancangan perkahwinan!


Dan  buat para lelaki, keimanan lah merupakan mahar yang tidak ternilai harganya. Bawalah rumahtangga ke arah jalan yang diredhai ALLAH. Tentukan corak rumahtangga bagaimana yang ingin dibina bagi untuk mengundang rahmat ALLAH.  Niatlah berkahwin untuk mendapatkan keberkatan. Gunakan segenap masa yang ada untuk bersedia dari sudut kerohanian, ilmu, fizikal serta kewangan.

Persiapkan diri dari sudut keilmuan serta kemantapan hati. Ambil tahu serta jelaskan kefahaman terhadap tanggungjawab seorang suami. Biarlah kita berniat ingin menjadikan perkahwinan sebagai salah satu sumber pahala yang tidak bertepi agar dengannya kita akan mendekati ALLAH dan mati dalam keadaan beriman.


Errr... tapi kan..kalau memang berkemampuan, bagi jelah tinggi2 tade hal. Niatkan ia sebagai hadiah untuk isteri kalian. Perempuan afterall, suka je kalau diberikan hadiah..lol. 








Friday, August 16, 2013

Nadia Zahari; pemergiannya satu motivasi



Saya dikejutkan dengan kematian seorang sahabat. Nyata, saya baru mengenalinya setelah beliau tiada. Saya mengetahui berita pemergiannya melalui status seorang sahabat di Uitm; k.faradiba anuar.

Namun ada sesuatu yang sukar saya gambarkan lewat pemergiannya. Usaha-usaha dakwahnya melalui kemahiran yang dimiliki. Berkemahiran dalam bidang fotografik, arwah dalam usaha menghasilkan header cover photo makna-makna bacaan dalam solat.

Subhanallah, usaha beliau terhenti setakat surah al-fatihah.

 ALLAH ya ALLAH. 

Lihatlah bagaimana ALLAH memandang dan mengangkat usahanya ini. Setelah beliau tiada, page jom solat yang beliau wujudkan bagi memuat turun segala rekaan header cover photo mula mendapat perhatian; lebih lagi berbanding ketika beliau ada.

 Logiknya, boleh saya katakan kematiannya menjadi satu publisiti besar buat usaha-usaha dakwahnya yang sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu.

Subhanallah…Subhanallah..Subhanallah…

Apakah lagi bekalan terbaik yang mampu kita bawa ke akhirat melainkan amal soleh yang berterusan pahalanya?

Melalui akal yang kerdil dan terbatas ini, saya memandangnya sebagai salah satu tanda ALLAH memuliakan usahanya.

Allahuakabar.

 Dan saya percaya ia menyuntik semangat daripada ramai lagi insan2 lain untuk tetap dan terus berdakwah walau sekecil mana pun ia dilihat di sisi manusia. 

Gunakan apa sahaja kemahiran yang kita miliki. Jikalaupun tangan kita cukup keras untuk membuat lukisan atau lakaran yang cantik (seperti saya), 

Mungkin kita mampu merangkai ayat-demi ayat. 

Walaupun kita tidak cukup ‘berbahasa’ untuk menulis, mungkin kita boleh menggunakan kemahiran berkomputer untuk membuat rekaan-rekaan grafik yang menarik. 

Jika kita mahir berkamera, ia boleh menjadi sumber kerja dakwah yang menarik. 

Jika kita mampu berkata-kata, menyanyi, mengaji, bertarannum atau apa sahaja, segala-galanya asalkan selari dengan syariat, boleh kita jadikan modal untuk berdakwah!



"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus pahalanya adalah lebih baik di sisi Tuhanmu dan lebih baik untuk menjadi harapan.."

(Al-Kahfi: 46)


ALLAH ya ALLAH, izinkanlah kami menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan perbuatan amal soleh ya ALLAH. Sesungguhnya itulah bekal terbaik untuk kami bawa buat bertemuMU ya ALLAH...



Al-fatihah buat allhyarhamah Nadia Zahari.

page jom solat yang diasaskan arwah 


Wednesday, August 14, 2013

MesirKU...

Bismillah. Assalamualaikum.

Saat ini, mata tidak mahu terpejam. Mencari-cari di manakah lagi maklumat dari sumber paling dipercayai yang boleh dibaca. Semakin dibaca, semakin diteliti berita-berita yang disampaikan, semakin berdesir hati ini.

YA ALLAH, saudara2 kita sedang dihadapkan dengan ujian yang cukup besar dan jelas terlihat secara fizikal.

Hati dan minda saya tidak tahan melihat foto2 yang sadis, maka saya memilih untuk tidak melihat koleksi gambar yang dikirim, cukup sekadar membaca, dan terus membaca. Moga2 segala maklumat yang disalurkan itu adalah maklumat yang benar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Persoalan as-Sisi, puak2 kudeta, darurat, syahid, hospital yang dibakar,  silih ganti berlegar-legar. Bercelaru.

Tidak dapat dibayangkan betapa hebatnya jiwa mereka yang berhadapan dengan ujian sebegini berat. Semoga dicampakkan oleh ALLAH keberanian dan ketenteraman dalam jiwa saudara2 kita di sana. Itu bukan 'Mesir' mereka sahaja, bahkan itu adalah 'Mesir' kita semua.

1 jiwa muslim yang ditembak, seluruh umat Islam merasai pedihnya.

Mungkin kita begitu begang dengan Sisi serta pengikutnya, namun yakinlah dalam hati orang yang berbuat zalim itu tidak akan pernah ada ketenangan. Mari kita doakan untuk hidayah ALLAH.

Begitu juga, mungkin kita begitu bersimpati dengan Dr. Mursi serta para pro-legitimas, yang menyokong kepimpinan dr.mursi atas nama ALLAH dan kebaikan, namun yakinlah inshaaALLAH bendera kemenangan mereka sedang berkibar di sisi ALLAH. Allahuakbar.



"Janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka, dengan mendapat rezeki"                                                   
(Ali-'imran: 169)


 "And never think of those who have been killed in the cause of Allah as dead. Rather, they are alive with their Lord, receiving provision"
 (Ali-'Imran: 169)


Kita sebagai umat Islam juga, harus jelas dan faham akan situasi yang berlaku. Mari cuba sehabis baik untuk mengikuti maklumat terkini, berdoa, serta melakukan apa sahaja yang terjangkau melalui apa sahaja cara yang diizinkan ALLAH.

Namun ternyata yang paling penting, kita terlebih dahulu harus membina kefahaman serta jelas mengapa kita beria-ia marah akan pembunuhan beramai-ramai serta rampasa kuasa ini.

Mari lakukan dengan penghayatan. Isu di Mesir, ia bukan sekadar satu ikut-ikutan.

Bukan sekadar kekejaman rejim Sisi terhadap penyokong Mursi..

Namun ada yang ingin diuji ALLAH buat kita di sini!

Ayuh berdoa sahabat2 semua.


 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)

"Allah hath purchased of the Believers their persons and their goods for theirs (in return) is the Garden (of Paradise): they fight in His Cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in Truth, through the Law, the Gospel, and the Quran. And who is more faithful to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which ye have concluded: that is the achievement supreme."
(At-Taubah:111)

Allahummansur Islam wal muslimin fil Misr...


  


Nota: Saya banyak merujuk di fb Mesir Kini untuk mendapatkan maklumat terkini.

InshaaALLAH selepas solat Jumaat esok masjid2 negeri di seluruh negara akan mengadakan solat hajat perdana khas buat Mesir KITA.
Ayuh luangkan masa untuk menyertainya dan solat sunat hajat sendiri juga pada bila2 masa. 

Rujukan: Tulisan maksud ayat Al-Quran versi BM & BI itu saya pinjam dari sini. Syukran.