Tuesday, December 25, 2012

Char Kuey Teow Berapi Dibanjiri Udang.

Bismillah.

Waktu kecil aku tak suka makan kuey teow. Aku agak choosy sikit bab2 makanan ni waktu kecik, tapi dah besar aku sudah jadi ibarat ikan jerung yang menelan segala-galanya asalkan ianya halal dan tidak tercemar oleh lipas, telur lalat, mahupun peluh merecik si tukang masak yang mungkin berperanan menjimatkan penggunaan garam.

Hari ini aku ingin bercerita tentang kuey teow, tepatnya char kuey teow. Lebih tepat lagi keenakan char kuey teow pak cik aku. Pak cik aku ada buka satu kedai makan, masakan special nya adalah char kuey teow. Ish, aku malas tulis ulang kali sebab panjang sangat, short form char kuey teow adalah CKT.
Disebabkan CKT resepi pakcik aku inilah rasanya aku jatuh cinta dengn CKT dan KT.

Saat pertama deria rasaku menikmati keenakannya, perlahan-lahan aku belajar untuk menerima CKT dalam hidupku. Oh, alangkah indahnya ia~

Sebelum ini,aku dah pernah makan CKT, tapi hati aku tak pernah tertambat begini. Apakah yang membuatkan CKT pakcik aku ini begitu istimewa?

Yang pertama nya aku rasa sebab kuah dia. Kuah dia tidak terlalu pekat dan tidak juga cair, sedang-sedang sahaja. Resepi kuah ini aku pun tak pernah tanya.Tapi aku yakin semua bahannya halal dan baik.

Kuahnya bergenang bersama kepingan-kepingan KT yang putih bersih, apabila dicampurkan di dalam kuali, dan dimasak bersama, rasa  kuah tersebut begitu sebat meresapi kepingan lembut KT yang pada mulanya sekadar tawar tidak berperisa, seolah-olah mereka memang dah lama ditakdirkan untuk bersatu menghasilkan rasa yang padu!

Seterusnya aku rasa yang membuatkan ia menarik adalah udangnya yang besar dan banyak.Waktu aku makan dahulu, tak silap aku udangnya ada dalam empat-lima ekor. Udang-udang tersebut pula bukan dalam kategori kurus kering, tetapi udang versi terlebih berat badan. Apabila kita mengunyahnya, rasa isinya yang lembut manis bercampur dengan rasa kuah yang agak pedas dan cebisan telur yang dicampurkan sekali ke dalam CKT. Rasa macam dah makan banyak, tetapi udang masih banyak lagi berenang-renang di dalam pinggan seolah-olah memanggil-manggil kita untuk menikmatinya. Ini satu keajaiban!

Dan lagi satu ialah, aku rasa yang ini memang sesetengah orang sahaja yang boleh buat, iaitu skill memasak CKT tersebut. Pakcik aku terror masak masakan ni. Teknik dia, susah aku nak explain. Dia ala2 yang membakar kuali tu. Asap berkepul-kepul naik ke udara. Seolah-oleh kuali dan sudip memang telah melekat di tangannya. Fuhh, aku yang melihat juga berasa agak ketakutan. Tetapi setakat ini, Alhamdulillah belum pernah berlaku apa2 kebakaran disebabkan teknik berapi tersebut.

Sudah, aku tak boleh tulis lagi. Membayangkan keenakannya sahaja pun membuatkan aku rasa nak berlari balik ke jengka dan order CKT kat pakcik aku on the spot!

Kadang-kadang pelik kan, asasnya sama je, iaitu kuey teow yang putih bersih dan lembut.
Tapi dengan resepi dan cara memasak yang berbeza, ia menghasilkan rasa yang juga berbeza. Tidak sama walaupun asasnya serupa.

Ni nak cerita bab lain sikit ni.
Silalah baca sambil menikmati CKT..slurrpp..nyum..nyum..

Pagi tadi ada junior text aku. (Aku dah minta izin dia untuk cerita pasal ini di blog).Mesejnya lebih kurang begini:

"Akak, maaf sekiranya mengganggu. nama saya..... 
saya ada masalah pencarian matlamat hidup yang sebenar.
Kalau tak keberatan, boleh saya tahu matlamat hidup akak? " 

Aku pun reply lah secara sepatutnya. Dan aku minta beliau juga kongsikan matlamat hidupnya jika tidak keberatan.

Then cik adik manis ini membalas lagi.


"Wah, .........nya matlamat akak, 
Hmm..saya sebenarnya pun tak pasti. 
Makin lama, makin jauh saya dengan ALLAH..
Sampaikan saya tak tahu apa tujuan saya di dunia ini.
 Saya tahu tujuan setiap manusia adalah untuk beribadah kepada ALLAH s.w.t. 
Tapi masalahnya kalau saya sendiri tak buat apa yang dituntut tu,
 apa lagi kan, tujuan sebenar kita?"


Aku berfikir sejenak, aku rasa adik ini sedang mengalami masalah in which dia tengah down because of something, mungkin apabila solat, sekadar solat dan tidak rasa lazatnya solat. Dalam hati rasa yang ada sesuatu tidak betul sedang berlaku dalam diri

Rasa begini biasa muncul bila kita tahu kita semakin jauh dari ALLAH, tapi taktau macam mana nak baiki balik hubungan tu. Rasa lost, down, dan hopeless. 

Aku ambil masa yang agak lama untuk fikir nak balas apa. Aku rasa aku tak layak pun nak cadang any solution, tapi aku serba salah pulak kalau tak reply. Aku pun balas begini:


"So awak kena rasa diri awak bukan hamba biasa.

Setiap daripada kita ada tempat yang istimewa di sisi ALLAH Ta'ala, 
dan keistimewaan itu diukur dari segi taqwa. 

Buat hidup awak rasa bermakna dengan sentiasa ingat ibadah itu bukan sekadar lepas tanggungjawab,

 tapi setiap kali awak buat, hayati, rasai ALLAH tengan tengok kita dan sayang kita.

 Tapi yang pertama awak kena buat adalah ibadah wajib yang ALLAH suruh . 
Kalau rasa berat nak buat pun, paksa diri untuk buat. 

Walaupun mula2 takda rasa, inshaaALLAH lama2 penghayatan dan rasa indah akan muncul.

 Kita juga kena selalu doa pada ALLAH supaya lembutkan hati kita untuk rasai setiap yang kita buat dalam hidup ini ada makna. 

Solat bukan sekadar solat, tetapi solat membuat kita dekat denganNYA dan jauh dari 
maksiat.

 Mengaji bukan sekadar mengaji, tetapi kita akan berasa tenang dengan kalimahNYA.

 Puasa bukan sekadar puasa, tetapi puasa membuatkan hidup lebih tenteram dari godaan nafsu. InshaaALLAH adik jangan putus asa. 

Ini mungkin sedikit ujian, ujian perasaan. Mulakan hadapinya dengan usaha solat awal waktu setiap kali waktu solat dan baca al-Quran at least selembar sehari. 

Niatkan jelas kerana ALLAH sambil hati berdoa dengan penuh harapan agar ALLAH datangkan rasa indah untuk dekatkan diri padaNYA..."


Itu antara mesej terpanjang pernah aku taip dalam sejarah kehidupanku. Alhamdulillah, tak lama lepas tu adik ni reply. Aku harap beliau dapat selesaikan masalahnya. 

Dan aku juga rasa ALLAH ingin mengingatkan aku tentang beberapa perkara yang mungkin aku selalu terlepas pandang dalam hidup seharian. Kadang2 kan, apabila ada orang tiba2 datang untuk minta nasihat or share problem, sebenarnya itu adalah ingatan juga untuk diri sendiri. Kerana bila kita cadang penyelesaian pada orang tu, atau at least dengan masalah dia, kita pun akan sedar yang  "owh, aku pun sebenarnya masih belum settle dengan diri sendiri bab ni.." Subhanallah. ALLAH is The Greatest!!

Begitulah sebagai hamba, kadang2 kita akan mengalami konflik dalam diri. Apa yang penting, selagi mana kita value ibadah kita betul2 inshaaALLAH kita akan berasa tenang, kerana ibadah itu merupakan tanda ingatan kita kepada ALLAH.

Tinggal lagi, bagaimana kita buat ibadah biar dengan hati, bukan sekadar ia ikutan sebab dah jadi rutin dari kecil. Mak suruh solat, kita solat. Abah hantar mengaji, kita pun ngaji. Atok janji nak bagi upah kalo puasa, kita pun puasa. Sampai besar kita still lagi buat, tapi adakah kita buat dengan sepenuh hati demi ALLAH.

Ibadah itu basic, asasnya. Setiap orang pun mungkin buat buat ibadah yang serupa. Solat zuhur empat rakaat, mengaji dengan bertajwid, buka puasa time maghrib..etc..etc.. Tapi macam mana kita bagi makna pada ibadah agar ia menjadi ibadah yang bermakna dan membuat kita semakin dekat dengan ALLAH dan mendapat redhaNYA..


Itulah....Kuey Teow itu asasnya, tetapi untuk menjadikan Char Kuey Teow itu sedap, lazat, enak, bergantung kepada 'resepi' dan cara kita memasaknya...Barulah ia akan menjadi sesuatu yang sungguh bermakna dalam kehidupan kita..:)

Faham tak simbolik nya?? haha..Aku telah belajar dua subjek literature sem ni, jadi fikiran pun sudah terpengaruh dengan syombolism,, significance, images dan segala bagai tu.. (^_^)




Lihat udangnya yang seolah-olah sedang berenang dengan seronok!
Ini bukan CKT pakcik, gambarnya pinjam dari Google sahaja. 
Tapi lebih kurang beginilah rupanya.

 


Sunday, December 16, 2012

Kak Nusrah telah berehat buat selamanya.

Bismillah..

" Ehem.. pssttt..pstt.. tengok ni, kak, saya nak duduk dekat2 sikit dengan isteri imam muda ni, tumpang berkat, dapat suami soleh..hahah.."

Aku pusing ke belakang, mendekatkan kepalaku kepadanya, berbisik kepada kak nusrah.

Kak nusrah tersenyum, melayan sahaja, namun kedudukannya juga dirapatkan ke arah aku.
'Tumpang berkat' sekali..mungkin..

Aku tersenyum penuh makna kepadanya..
Dia membalas senyumanku,sorot mata yang telus,
sekuntum senyum yang mulus...

Itulah terakhir kali kami bertemu.
 Tidak lama, baru beberapa malam yang lalu. Ketika Program cinta High-Class, panel forumnya adalah Imam Muda Hassan, Dr. farhan Hadi, dan Ustazah Fatimah Syarha. Di 'moderator' kan oleh Saudara Nasaruddin Samsudeng.

Ia majlis ilmu yang indah, dan aku bersyukur arwah selalu berada pada majlis2 sebegitu.

Semalam waktu tengah berprogram bersama students edu, aku terkejut bila dapat mesej memberitahu kak nusrah kemalangan bersama kak ain.

Sebelah petangnya pula, ayunni datang bilik dengan mata berkaca, katanya kak nusrah sudah tiada.

Aku tergamam tidak sangka. Kemudian cepat2 kami ke hospital Klang. Itu pertama kali aku tengok jenazah live depan mata sebenarnya. Betul2 tengok, sebab aku tak pernah mengalami kehilangan orang terdekat sebelum  ini.

Semoga ALLAH Ta'ala menempatkan roh kak nusrah dalam kalangan orang2 yang beriman, para siddiqqin, syuhadaa' dan solihiin.

Semalam aku jumpa mak kak nusrah sekejap, bersalaman, dan aku bisikkan padanya "kak nusrah adalah insan yang sangat hebat, saya mengkaguminya. Beruntung ALLAH pinjamkan mak cik anak sebegitu.".
Agak skema bunyinya.

Aku pun tak pasti sama ada skrip tersebut patut diucapkan ataupun tidak. Adakah ia terlalu melankolik? Ataupun sepatutnya aku tak perlu berkata apa-apa?

Tapi mak arwah mula menangis lagi, air matanya berjatuhan sedikit demi sedikit ke pipi, namun tidaklah sampai teresak-esak.

Ah sudah..aku dah gabra, sebab kalau boleh sebenarnya aku tak nak kata2 aku menambah hiba dan sedih.
Aduhai mulut..Aku pun nak cover up balik " Eh, mak cik jangan lah menangis.." Aku usap2 bahunya.

Lepas tu, insan hebat itu menjawab " Takpe menangis, menangis ni tandanya hati kita lembut,kalau tak menangis tandanya hati kita keras.."

Subhanallah!! Hatiku rasa ngilu. Sebak dan kagum bertamu serentak..
Subhanallah waAllahuakbar..Tabah dan sabarnya ibu arwah. Aku bertambah yakin bahawa anak2 yang hebat adalah hasil asuhan ibubapa yang hebat. Peribadi ibubapa mampu mencorak warna pada kain sutera putih yang suci. Arwah dan ibunya, membuktikan itu kepadaku.


Then, bila balik aku buka fb.Sama seperti agakanku, ramai dah orang post tentang ini. Aku pergi page fb arwah Ummu Nusrah, aku scroll melihat ucapan2 daripada kenalan dan orang ramai yang mencintainya.

Bagi aku tak salah pun nak buat macam tu. Mungkin ia boleh jadi salah satu cara untuk ekspresikan kesedihan dan rasa kehilangan. Yang penting jangan melampau dan redha lah akan pemergiannya.

Walaubagaimanapun, kita harus ingat, bila seorang anak Adam telah meninggal dunia, terputus semuanya dari dunia ini. Even ucapan2 sedih kita pun tidak akan dibawa oleh arwah ke alam kubur. Melainkan tiga perkara. Iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat, juga anak soleh yang mendoakan.



So, aku rasa antara perkara yang kita boleh buat kalau kita kehilangan seseorang yang kia kasihi adalah seperti berikut:

1) Apa2 ilmu yang dia pernah share dengan kita, amalkan. Sebarkan juga pada orang lain. InshaaALLAH, seingat aku selama aku kenal kak Nusrah semenjak aku lepas SPM (waktu ni arwah belajar di UiTM Jengka), kak Nusrah pernah ajar aku banyak perkara dan aku perlu sebarkan. Mudah-mudahan berterusan pahala mengalir untuk arwah. Moga ia menjadi hadiah yang bernilai buat orang yang kita sayangi. Korang yang baca dan kenal arwah, recall lah balik apa2 ilmu, nasihat serta tunjuk ajar yang pernah diberikan oleh arwah. Practise and spread.

2) Bacakan al-fatihah, yaasiin.etc..etc.. Yang ni pun sangat bernilai. Tapi sometimes kita lebih mudah sedekah harta berbanding sedekah bacaan surah2 ini kerana kita (termasuk aku) ni pemalas. Astaghfirullah. Paling tidak pun, bacakanlah yaasin walau cuma sekali.

3) Teruskan apa yang telah dilakukan oleh arwah. Semangat juangnya yang tinggi  harus dicontohi.

4) Buat baik pada ibu dan family arwah. Aku teringat lagi, waktu salam mak arwah, beliau ada juga cakap "takde kawan dah makcik".. So, kalau berkesempatan binalah hubungan dengan beliau dan adik2nya, dan sesiapa yang tinggal di Johor terutamanya, rajin2kanlah diri jika berkesempatan, menziarahi ibu arwah.

Sebenarnya, tanda sayang kita kepada seseorang yang telah meninggal dunia adalah lebih baik kita ekspresikan dengan cara yang begini, supaya ianya bermakna. Sama ada buat Allahyarhamah dan juga buat diri kita.

Semoga roh Nur Nusrah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan dilapangkan kuburnya.

Benarlah kematian itu juga merupakan satu peringatan buat kita yang masih hidup. Buku amalannya terkatup pada usia 23 tahun. Masih muda. Dan aku tidak pasti sampai bila malaikat Raqib dan 'Atid akan terus mencatat amalanku.
Apapun, cepat atau lambat.... Yang penting biarlah berakhir dalam Iman dan Islam.

Allahumma amitnaa bil imaan.

Nur Nusrah telah pergi, namun namanya akan kekal di hati. Semoga setiap kali insan2 mengingatinya, bertambahlah gembira dan tenang rohnya, kerana kita akan menyedekahkan al-fatihah dan doa buatnya..AlFatihah...




Wednesday, December 12, 2012

Bismillah. 



" Nak?"

"Tak nak. bahaya."

"Alah, tak semestinya. Tu kalau hujan asid baru bahaya."

"Ceh, pepandai je. Takmo ah..Cuba kau tengok tu"

"Mana?"

"Tu dia.."

"Mende kau  ni?"

" Tu, hujung langit belah sana tu... "

"Eh, ha'ah lah. Cantik siot!"

"Siot..siot..tukar sket. Subhanallah...MasyaAllah"

"MasyaAllah.."

"Cantik kan?"

"Cantik.."

"Kau suka pelangi? "

"Hemm...bolehlah.."

"Aku suka pelangi. Suka gila2 punya. Kau nak tau kenapa?"

"Ha..kenapa?"

"Heh..adalah, mana boleh bagitau"

"Engkau ni saje je, buat suspen. Bagitau jelah.. dah buka topik nak biar pulak. Kenapa suka? "

"Adalah...haha.."

"Cis, kau membuatkan aku lagi nak tau. Provokasi!"

"Haha..aku akan bagitau, tapi bukan sekarang."

"Dah tu..bila?"

"Tunggu dulu. Bila dah sampai masanya.:

"Hemm..ikut kau ah."

"Yang penting pelangi memang cantik"

"Hmm..yelah.."

"Ceh, merajuk pulak.."

"Mana ada..malas aku layan kau. Macam angau je"

"Tak ah..pelangi memang cantik kan?"

"Ha..yela2 cantik.."

"Dah la tu. Jom! "

"Mana?"

"Adalah..jom ikut. 'Dia' dah tunggu kat lane..."

"Ok,"








*Manusia itu pelbagai. Allah menciptanya sedemikian. Untuk saling berkenalan, memahami, bantu-membantu dalam ikatan iman dan kasih sayang. 

Ada yang meluah menggunakan lukisan, ada juga yang senang membenamkan sahaja dalam diri, ada yang menterjemah ke dalam tulisan, dan juga ada yang perlukan teman. Mungkin niatnya ingin berkongsi jika ada iktibar dalam kisah perjalanan hidupnya yang biasa2 sahaja.

Itulah manusia.. Itulah insan. Namun satu persamaan; semuanya akan berakhir pulang semula kepada Ar-Rahman..






Tersisih.

Bismillah.

Malam tadi Anugerah Dekan. Tapi aku tak dapat dekan pun sem lepas.

Drop 3.0 dari semester sebelumnya. Result terburk selama aku pernah belajar di Universiti.

Nak kata sedih tak sedih sangat, nak kata tak rasa apa2 pun, tak betul sangat.
Sebab aku tau aku macam mana sem lepas. Main-main. Perasan sibuk. I deserve it.


Tapi yang peliknya, aku pergi. Aku kena pergi. Atas sebab tertentu.

Aku tak dapat dekan, tapi aku pergi Anugerah Dekan, malam untuk meraikan pelajar yang dapat dekan.
So rasanya apa perasaan aku sebagai orang yang tak dapat dekan? apakah sama rasanya dengan orang yang dapat dekan? Pastilah tidak. Tskkk.. walaupun aku jenis tak kisah sangat pasal result exam (tak bagus sangat, jangan ikut bab ni), tapi bila jadi macam ni, for sure hatiku terusik jua..

Bila semua kawan2 kau dapat dekan, and kau tak dapat, dan kau pergi juga, ada satu feeling yang mencucuk. Tak sakit sangat, tapi ngilu sedikit. Kau rasa terasing, walau muka kau cool dan chillax, tapi dalaman kau pucat dan hambar.

Kau rasa terasing di tengah keramaian..
Kau rasa sunyi di tengah keriuhan..
Kau rasa gusar di tengah kegembiraan..
Kau rasa terpisah dari kalangan yang terpilihkan..
Kau rasa kesal dengan diri sendiri yang tak dekan..

 Kau rasa sayu di hati, sebab kau bukan dalam kalangan mereka.
Kau rasa tercuit di jiwa sebab kau memang dah bunuh peluang untuk pakai selempang pink AnC (anugerah yang akan diberikan kalau dapat dekan tiap2 sem sampai habis study).

Ceh, aku emo pulak.

~Kebiasaannya, apabila result aku begini, aku akan bagitau mama and abah lambat sikitt.. T_T
Zaman sekolah dahulu, aku langsung tak bagitau, sampailah bila aku dah back-up balik waktu periksa seterusnya. Itu strategi namanya~



Sebenarnya gini, waktu aku melangkah dengan separa laju nak naik bas ke tempat majlis tu, aku pun fefeeling lah seorang diri. Dan sebenarnya, kalau kita lihat dalam kehidupan ni, banyak je situasi yang kita sepatutnya rasa begini. Rasa sedih sebab tidak terpilih, rasa sedih sebab kau tidak tergolong dalam kumpulan itu. Sama ada sebab kita tak layak, atau kau tak pernah usaha untuk melayakkan diri kau.

Misalnya, dalam sebuah universiti, kalau lihat kawan2 ke majlis ilmu, pernah tak rasa sedih kalau tak pergi?
Pernah tak kalau miss mana2 majlis ilmu yang diibaratkan seperti taman syurga tu, rasa sedih, secluded dan sebagainya. Sebab kita bukan one of those yang dapat priceless benefit yang ALLAH janjikan.

Atau pernah tak kalau kawan2 kau reramai pakat pergi mana2 program bermanfaat nak isi masa, dan kau dengan selamba miss peluang tu dan kau layan movie serta ber facebook kat bilik.

Pernah tak rasa sayu sebab kau bukan di kalangan mereka?
Pernah tak kau rasa macam majlis ilmu tu memanggil2 kau?
Pernah tak rasa menyesal sebab dah terlepas satu peluang yang baik untuk hidup?

Pernah tak rasa sedih sebab 'timeline' hidup yang masih berbaki, banyak yang tecicir di tengah jalan.
Bukan, bukan tercicir.. tapi sengaja dicicirkan.

Beginilah,sedih tak kalau dalam satu dewan yang cantik berhias indah, ada dua kelompok. Kelompok A dan B. Tetapi, dewan itu terhias untuk meraikan kelompok B sahaja. Mesti sebagai kelompok A kau sedih, tak banyak pun sikit mesti rasa gak kan?

So apa perasaan kau, bila di satu tempat, ada segolongan manusia yang berlumba2 buat kebaikan, tapi kau tergolong dalam golongan yang sebaliknya. Tak rasa apa2 ke?

Bagi aku, PATUT rasa apa2. Dan bezanya 'peluang' ini dengan peluang dapat dekan, bila dah sekali tak dapat dekan, kau takkan dapat AnC dah, tapi  untuk 'peluang' ini, kalau kau ter'miss' banyak kali pun, ALLAH tetap akan ampunkan dan buka pintu langit seluanya untuk terima kau.

Bertaubatlah.. you could start all over again. Berubahlah.. banyak yang boleh diubah dalam hidup, tapi bimbangnya, kalau asyik bertangguh nak mula, bila kau nak mula struggle setelah puas enjoy hidup. waktu tu sudah terlambat. Semester rupanya sudahpun berakhir, dan mata sudahpun tertutup..Buku amalan sudahpun terkatup, dan 'carry mark' kau rupanya tak cukup..tak cukup untuk mengizinkan kau 'diraikan' di syurga yang semerbaknya dapat dihidu dari jarak yang sayup..

Peringatan buat diri aku sebenarnya.
Kalau untuk dekan ini aku rasa sedih, mengapa aku tak rasa sedih kalau dengan selambanya aku terlepas peluang dan sengaja melepaskan peluang untuk grab ruang2 menuju jalan mendekati ALLAH yang banyak ALLAH kurniakan dalam kehidupan. Yeah,. life is about making choices. Nak dapat dekan pun choice; kita yang pilih untuk usaha setara mana. Kita yang pilih nak buat esaimen cincai mancai dan jawab test sambil lewa atau sebaliknya. Juga, kita yang pilih nak guna masa yang ada untuk disia2kan atau dimanfaatkan.

Cuma, keputusan mutlak itu terletak pada ALLAH Ta'ala. Usaha, doa dan tawakkal kita yang pilih untuk laksanakan atau tidak.

"Rabbanaa laa tuzigh quluubana ba'da iz hadaitanaa, wa hablanaa min ladunka rahmah.."

"Allahumma innaa na'udzubika minalhammi wal hazan, wa na'udzubika minal 'ajzi wal kasal, wa na'udzubika minaljubni wal bukhl, wa na'udzubika min ghalabatiddaini wa qohrirrijaall".. amin..

"Ya muqollibal quluub, thabbit qulubanaa 'alaa diinika, wa 'alaa thaa'atik bil imaan".

Semoga ALLAH sentiasa izinkan hati kita lunak untuk berbuat kebaikan. 


 Juga, tahniah untuk sahabat2 yang dapat dekan. Claszz uolss! Harap2 dapat join sem depan! Amiin..
. =)




 



Tuesday, December 11, 2012

Durian dan bas; Satu penyeksaan mental.

Ada satu hari, aku rasa teringin gila nak makan durian. Apatah lagi bila aku telefon rumah, kakak aku dok canang "eh, ang nak tau, mama buat pulut durian.." juga "kak long baru balik kebun tok, pergi kutip buah durian. Banyak gilaaa".

Aku takde lah obses sangat dengan durian, tapi tak tahu kenapa minggu lepas aku rasa teringin gila nak makan durian dengan pulut durian. Pulut durian versi mak aku adalah; pulut nasi kosong, dicurah dengan santan cair, ditabur gula pasir, kemudian dihidang dengan isi durian. Ada orang pulut durian digaul sekali dengan kuah/serawa durian, dan macam2 lagi lah.Yang pasti, persamaannya adalah jumlah kalori yang hampir menyamai satu hidangan snack plate KFC. Apapun bagi aku versi pulut durian mama adalah yang  paling sedap di dunia ini.


Pulut durian versi mama ala2 macam nilah. Kuahnya santan semata-mata. 
Cuba bayangkan lemaknya?? Haha..
 ~google pics~


Then, disebabkan aku teringin sangat nak makan durian, ditambah pula dengan kerinduan yang membuak-buak akan kampung halaman, apatah lagi setelah digiat oleh kakakku menggambarkan seolah-olah rumahku sudah jadi seperti gudang durian, aku pun cepat2 ambik tiket balik Pahang hari sabtu.
Aku plan, Ahad balik shah Alam semula.

Bila tiba hari Ahad, mama pun bekalkan aku durian yang dah siap di keluarkan isinya untuk dibawa balik ke kolej. Bagi kawan2 makan katanya. Mama letak dalam dua bekas plastik yang berasingan. Bersungguh mama belah durian. Ala2 samurai wanita dah. Sungguhlah, betapa kasih seorang ibu. Aku harap kalau diizinkan aku jaga mama bila mama dah tua nanti, aku diberikan kesabaran serupa untuk melayan mama, memenuhi segala permintaannya, dan menggembirakannya sebagaimana yang mama cuba usahakan buat anak-anaknya sekarang ini.

Kemudian, bila sampai stesen bas, aku pun bergegaslah naik ke dalam bas dengan menjinjit beg plastik yang berisi bekas durian itu tadi. Oleh kerana aku tak pernah bawak bekal durian, dan 'begitu cerdik' pula, aku gi bawak durian yang of course semerbak baunya itu ke dalam bas yang berhawa dingin. Maka terhasillah tindak balas antara udara dan bau-bauan buahan tempatan tersebut.

Bersemarak tebarlah ia ke serata bas. Maka, tercetuslah tindak balas yang menghasilkan reaksi spontan para penumpang bas. Aku di seat yang ke-5, sebelah aku perempuan muda. Aku rasa dia perasan yang aku bawa durian dalam bekal, tapi dia cool je. Yang menjadi masalah adalah orang yang duduk di seat nombor 2, maksudnya setentang berhadapan dengan aku. Lelaki. Buat kacau sungguh. Dia membuatkan aku rasa bersalah seperti telah membuat kesilapan yang besar sangat, sebab dia begitu bersungguh cover hidung dia dengan sweater.

Orang di seat sebelah lagi satu pun tidak kurangnya, dia asyik kipas2 tangan berdekatan hidung menandakan ada bau kurang senang yang menghantui sistem pernafasannya. Itu belum cukup menyeksakan lagi, tiba2 pemandu bas pulak cakap, eh, bukan cakap.. tetapi dia melaung.."Siapalah yang bawak durian masuk bas ni!!!" Hwaaaaaa.... Waktu ni aku dah rasa macam duri durian sedang mencucuk-cucuk hatiku. Dan again, aku rasa loser sebab tak ada kekuatan nak mengaku. Bahkan di dalam hati aku berdoa sungguh-sungguh supaya pemandu tersebut tidak memaksa yang tertuduh membawa durian mengaku dan apalah nasib durianku ini jika hal itu terjadi.

Aku berperang dengan perasaanku sendiri. Adakah aku patut turun dan meletakkan bekas durianku ini ke bawah bas, atau diamkan sahaja dan terseksa sepanjang perjalanan kerana telah menyebabkan ramai orang terganggu. Oh, tetapi malang sekali, sebelum sempatku berfikir lebih panjang, bas terlebih dahulu telah bergerak, dan secara automatiknya aku telah memilih pilihan yang kedua; Meneruskan perjalanan yang menyeksakan selama 4 jam dengan rasa takut jika rahsia durianku terbongkar dan dibelit rasa bersalah kerana telah menyebabkan penumpang lain tak selesa. Dalam hati, aku tidak berhenti memohon ampun.

Sepanjang perjalanan, orang di seat selang bersebelahan dan lelaki yang berada di seat nombor 2 asyik memandang ke arah bekasku. (Nota: Bekas berisi durian dibungkus dalam plastik putih susu, jadi tak nampak apa yang ada di dalamnya). Aku rasa, mereka sedari awal sudah mengesyaki bahawa akulah dalangnya. Tapi aku berpura-pura cool, padahal hati aku sudah berpeluh-peluh dengan dahsyatnya.

Aku rasa macam suspek penjenayah yang sedang melarikan diri dan dua orang lelaki tersebut adalah polis yang sedang menyamar. Mata mereka tidak lepas dari memandang ke arah ku. Dan aku terus-terusan dibelenggu rasa bersalah dan bimbang sepanjang perjalanan. Maka itu telah menjadi satu sejarah dalam hidupku; Perjalanan yang mencatatkan masa tidur paling minima, kerana aku tidak berani melelapkan mata walau untuk seketika. Namun jauh di sudut hatiku, aku bertekad, durian ini akan aku pertahankan sebaik mungkin!! Aku risau sangat, kalau2 tetiba ada penumpang yang tak tahan bau durian lalu termuntah atau pengsan. Pelbagai andaian buruk berlegar di fikiran.


Akhirnya Alhamdulillah,aku selamat tiba di Shah Alam. Aku pun cepat2 turun dari bas sambil menjinjit bungkusan berisi durian berharga tersebut. Aku tidak henti mengucap syukur di dalam hati. Akhirnya, misi membawa durian sudah terlaksana, namun aku tetap lagi rasa bersalah, sebab aku yakin, bau durian tersebut pasti masih melekat di dalam bas tersebut buat beberapa ketika. Apatah lagi aku telah membuat beberapa orang tidak selesa dengan baunya. Jauh di sudut hati, aku rasa kesal juga dengan diri sendiri sebab tak berani mengaku dan minta maaf pada penumpang yang terganggu tu.

Bayi tidak mungkin berbuat kesalahan seperti aku. 
Mereka masih belum memahami nilai signifikan durian dalam kehidupan.. Tskk


Lain kali, aku bertekad takmo bawa durian lagi masuk ke perut bas. Aku akan lebih bijak dalam merangka strategi untuk meng'handle' durian. Namun untuk peristiwa yang kunamakan 'Peristiwa Durian Jalanan' ini, aku sebenarnya dapat belajar beberapa perkara setelah aku refleks baik diri aku.,

Mungkin ALLAH Ta'ala nak uji aku, sejauh mana aku berani tanggung risiko untuk  berkata benar, walaupun tahu consequence nya mungkin kurang bagus. Dan untuk ini, rasanya aku masih belum pass. Astaghfirullah..

Mungkin juga ALLAH nak ajar aku, tentang hubungan sesama manusia. Habluminannaas, tapi aku sampai sudah tak minta maaf dengan penumpang2 semua yang terganggu tu. Astaghfirullah..

Aku juga terketuk dengan satu kisah  famous tentang seorang ulama', Syeikh Abdul Qadir Jailani yang mengaku depan perompak tentang kantung berisi wang tersorok yang dibawanya..Allah... Banyak yang ALLAH nak ajar aku melalui peristiwa ini, DIA ingin aku sedar, banyak lagi kelompangan yang ada dalam diri ini. ALLAH ingin aku refleks balik kejujuran dan keberanian untuk mengatakan yang Haq.

Selepas ini, durian bukan lagi sekadar sejenis buah bermusim yang digemari, tetapi ia lebih dari sekadar itu. Ia mengajarkanku tentang hidup sebagai seorang Muslim, akan kekurangan yang masih banyak perlu diperbaiki.

Ia juga boleh jadi satu perantara, antara hamba dengan penciptanya, selagi mana kita ingin melihat apa yang ingin dihulurkannya. Subhanallah.. Allahuakbar...


Tulis, tak tulis

Bismillah.

Dua tiga hari ini, selain menyiapkan assigment dan beberapa tugasan akademik lain, aku sering terfikir apakah tujuan aku menulis blog ini. Pada mulanya, aku menulis kerana ingin merekodkan perkara-perkara menarik yang bermakna dalam kehidupan, kemudian bercambah kepada ingin berkongsi sikit-sikit dengan sesiapa yang membaca. Tapi, makin lama aku makin bosan menulis. Semangat hendak menulis sudah seperti dibunuh, namun tidak sepenuhnya mati. Apa yang aku takutkan ialah, aku sendiri yang membunuhnya dengan tanpa sedar.

Tiap kali aku nak tulis apa2 post pun, tetiba 'feel' hilang, padahal berlambak benda dalam otak aku rasa nak share. Setelah diperiksa, aku rasa tak jadi nak tulis sebab aku terlalu me'limit'kan diri aku. Prinsip aku adalah kalau boleh, aku tak nak langsung expose pasal keadaan kehidupan aku yang sekarang di dalam blog. Kalau nak expose pun, biarlah itu cerita versi zaman kanak-kanak dolu2.

Tapi yang tak best nya, apa yang aku nak tulis selalunya berkaitan dengan apa yang aku alami tiap2 hari, kondisi aku sekarang. So bila aku pilih tak nak reveal apa2, automatiknya aku dah 'ter'pilih untuk tidak tulis apa2, which is aku rasa ianya tak bagus untuk diri aku.

Jadi aku dah ambil keputusan untuk reveal sahaja sedikit kejadian yang aku alami setiap hari, tapi dengan kadar yang sesuailah. Supaya aku boleh tulis dan tulis tanpa jemu dan bosan atas 'restriction' yang aku cipta sendiri. So kalau korang yang selama ini baca blog aku nak baca, terpulanglah.. Tapi kalau rasa ianya banyak buang masa dan tak bermanfaat, aku mintak maaf awal2. Tolong doakan agar setiap ayat yang aku tulis tak sia2.

* Tetiba rasa macam tengan buat diairi puleks. Cehhh... ' dear diary'

Monday, November 5, 2012

Mencorak Hidup.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Waktu kecik2 beringus dulu aku selalu berangan nak jadi polis, sebab aku rasa jadi polis macam cool gila. Almaklumlah, time kecik dulu cerita yang famous ada beberapa kerat je. Jadi mungkin sebab aku terpengaruh dengan cerita Gerak Khas. Inspektor Aliza, Inspektor Mazlan, perghhh..respect gila ah time tu kat depa ni. Maka bercita-cita lah aku nak jadi polis. Dan aku rasa mesti bangga gila dapat naik kereta polis. Unless kalau kau penjeyah yang naik kereta polis sebab kena cekup. Yang tu tak cool. So not cool..

Lepas tu, apabila aku dah besar sikit, dah realiti sikit. Aku dah takmo jadi polis, sebab aku dah ada cita2 lain. Aku nak jadi tukang taip dekat mahkamah. Sebab aku perasan aku ada kemampuan menaip dengan laju tahap kilat.Perasan je, padahal tak pong. Macam smart ah terbayang diri aku dok tepi majistret sampai buat muka serius menaip. Tapi cita2 ni paling sekejap bertahan. Lepas tu aku rasa macam tak syok dah.

Kemudian aku shift pulak nak jadi kaunselor perkahwinan. Yang ini memang setelah fikir masak2, baru aku tetapkan target. Sebab, time tu tak silap aku banyak retiss bercerai, so atas kesedaran bahawa perceraian tu adalah perkara yang  tidak begitu baik, aku pun fefeeling nak jadi penyelamat untuk mengurangkan kadar penceraian di Malaysia demi kesejahteraan anak bangsa. Sungguh sivik. Lagi pun, aku memang suka kerja dengan manusia, jadi aku rasa kaunselor ni memang bidang yang sesuai dengan jiwa aku. Agaknya lah.,

Cita2 aku yang ini bertahan agak lama. Sampai aku habis Form 5 aku masih memegang cita2 ini.

Tapi bila aku dah besar, dah masuk u, aku dah tak rasa sangat dah nak jadi kaunselor perkahwinan, Apatah lagi bila aku dah decide nak further study TESL. Kalau ikut logiknya nanti keluar jadi cikgu bahasa inggeris yang voke lah gamaknya. Tak pun jadi pensyarah. Ataupun jadi journalis, penulis, penterjemah dan yang berkaitan. Ops, lupa laks. Ataupun juga menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang pandai berbahasa inggeris dengan pokok bunga? ihikss. Kalau korang perasan, cita melayu sokmo tunjuk babak orang pompuan datin2 siram pokok bunga sambil cakap dengan pokok bunga beliau. Wah, mesti best kalau dapat jadi datin dok lepak je kat rumah. =,=

Sebenarnya aku dok ungkit cita2 sejak zaman kegemilangan gerak khas zaman dolu2 ni, sebab aku tadi, bila tengah dok dalam bas sambil memandang rintik2 hujan, dengan kasut penuh bergenang air (sampai tahap boleh bela ikan gapi di dalamnya pun.), aku terfikir balik sebab apa aku susah payah belajar ni. Sepertinya, aku mencari balik tujuan aku belajar, dan lepas belajar aku nak jadi apa?

It's like i'm doing the reflexing session pulak kan dalam bas mini yang super power adventure kalau naik time hujan. Tapi betullah, bila aku fikir balik tadi, banyak perkara yang aku buat dalam hidup ni lari daripada tujuan asal kita diciptakan. Maksud aku ialah ianya tidak menepati target iaitu untuk menjadi khalifah dan hamba di muka bumi ALLAH ini, berdakwah dan menyampaikan risalah kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar serta menarik seberapa ramai orang pun terhadap ajaran Islam yang sebenar.

Banyak main-main.

Banyak buang masa sia-sia.

Banyak manjakan diri.

Banyak bercakap dari buat kerja.

Sebab itu aku rasa ALLAH Ta'ala yang sangat sayang hamba-hambaNYA tu berikan aku beberapa perkara baru untuk aku venture. Semakin lama  semakin luas dunia DIA izinkan aku teroka. Semakin bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab.

Walaupun terkadang aku rasa hidup aku hectic dan tipulah kalau aku tak teringin nak hidup rileks2 saja. Pergi kelas, balik study sikit, buat assigment, jalan2, shopping, gi berkayak hujung minggu. Buat apa sahaja yang NAFSU aku suka. But aku tahu, semua kerja yang ALLAH bagi ni, sebab ALLAH sayang aku, sebagaimana DIA sayang korang.

Barangkali jika aku tak disibukkan dengan perkara2 ni, aku akan jadi tak keruan. Hujung minggu gi konsert ke apa, duit aku campak dalam poket taukey shopping mall, jalan2 tak tentu hala, tidur sampai lebam, dan sebagainya. Nauzubillah.. minta jauh.

Now aku bersyukur, even kadang2 aku rasa macam sibuk kononnya, dan rasa macam aku terlalu muda untuk hadapi semuanya, tapi aku yakin ALLAH Ta'ala tetapkan semuanya sebab aku mampu, dan ALLAH nak aku belajar dan improve diri.

Aku tak boleh cakap aku tak mampu, tak larat, bla..bla..sebab aku sendiri tak kenal dan tahu sepenuhnya diri aku sendiri, tapi ALLAH tahu exactly, dan ALLAH sentiasa berikan yang terbaik pada hamba2NYA.

Tapi, dalam menjalani hidup, satu perkara yang susah hendak dikawal bagi aku ialah niat. The moment niat lari, tak bermakna apa yang dilakukan. The moment niat berubah, tak kira sama ada buat sebab nak menusia tengok ko baguih, nak nama naik, nak bangga, nak famous, nak kuasa, waktu itulah rahmat ALLAH menjauh dan semakin menjauh. And waktu itulah diri akan rasa lemah, dan even tak ada benda sangat pun yang nak dibuat, disibukkan, masa akan rasa sangat sempit dan tak sempat nak buat apa2, sebba keberkata sudah ditarik oleh ALLAH Ta'ala. Nauzubillah.

Semoga aku belajar sebab ALLAH, pegang apa2 jawatan sebab ALLAH dan buat apa2 pun sebab ALLAH. And aku tulis sebab nak minta uols doakan. Aku takmo tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Semoga niat kita sama2 terpelihara. Biarlah dalam bidang apa pun kita diletakkan, semoga ianya dapat menyumbang kepada perkembangan dakwah, dan kita lakukan segalanya kerana ALLAH. InshaALLAH.

P/S: Kalau nak jadi polis pun, biarlah sebab ALLAH, bukan sebab rasa cool gila dapat naik kereta polis sambil buat muka serius ataupun jadi jurutaip sebab nak berbangga dengan penjenayah yang tengah dibicarakan dalam kandang.LOL.

Tugas aku berat, tapi aku banyak lalai dan main2. Amanah bukan sedikit, tapi aku boleh buat rileks macam lah aku hidup ini takde amanah yang dibawa.

Sunday, September 16, 2012

Dewasa.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini saya tersedar, bahawasanya kedewasaan itu bukan sudah menghampir, tetapi ia sedang mendakap diri. Ya, saya kini sudah dewasa. Bagi saya, bukanlah umur itu yang menjadi kegerunan, tetapi kedewasaan itu yang mengundang debaran. Ingin jadi dewasa bukan mudah. Ia menuntut kematangan, sama ada dari segi pemikiran, tindakan mahupun percakapan. Hendak atau tidak, setiap orang akan melaluinya jika diizinkan ALLAH.

Semakin hari semakin banyak perkara baru menyinggah dalam hidup. Sedikit sedikit ia membina kematangan. Mewujudkan satu rasa yang sukar ditafsirkan. Takut dan bimbang. Takut kerana sedar akan tanggungjawab yang banyak masih belum tertunai. Bimbang akan cabaran ujian yang menanti di hadapan. Namun, bersangka baik dengan ALLAH itu merupakan sebaik-baik tindakan.

Hidup sudah tidak sama seperti dahulu lagi, tetapi bukanlah untuk disedihkan. Hidup saya yang dahulu, jika diingat-ingat kembali, terlalu banyak lompong masa yang tidak terisi, begitu banyak kewajipan yang dilihat dengan sebelah mata sahaja, dilaksanakan sambil lewa.

Ada sisi dan perkara yang perlu diubah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Semoga saya berjaya mengharung kedewasaan, bersama kematangan.

 InshaALLAH.

 Mohon didoakan.


Thursday, August 9, 2012

Bising di Masjid: Yang perlu dibiar dan ditegur

Bismillah.

Assalamualaikum.

Di tempat aku, ada satu masjid yang apabila solat Tarawih, Alhamdulillah jemaah kemain ramai. Waktu mula2 masuk sampai takda ruang kosong. Then, bila dah beranjak ke hadapan, barulah semua orang dapat tempat masing2 di dalam saff. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

 Ramai yang tidak melepaskan peluang mengerjakan ibadat sunat yang sangat dituntut dan istimewa ini. Mungkin ada yang berkata " jangan sekadar terawih sahaja penuh, tetapi solat fardhu berjemaah, lengang!" Ya, memang betullah itu, namun bagi aku sekurang2nya, kita dapat lihat masyarakat sedang berjinak-jinak dengan masjid, melalui solat terawih. Cuba kita lihat dari sudut positif, dan jauhkan dari asyik menempelak. Pada masa yang sama, doakan dan terus berdakwah untuk mengajak orang sujud di masjid setiap kali Solat Fardhu. Terutamanya lelaki :).

Semalam, rakaat kelima hingga lapan, aku duduk di saff paling belakang, berdekatan dengan pintu. Di tepi pintu tu terdapat sekumpulan budak perempuan dalam linkungan umur budak2 sekolah rendah. Dah besar lah juga kiranya. Waktu tengah solat, agak rancak jugak depa ni bersembang. Kira macam diorang tengah dok dalam kelas, bersembang sementara tunggu cikgu subjek seterusnya masuk. Of course ianya sangat mengganggu.

Budak2 kecil pun ada juga, tapi diorang ni lain sikit, tak bercakap mahupun bersembang, tapi pergi main keluar masuk keluar masuk pintu dan menjerit2. Sabor jelah. Budak-budak..bukan tau apa sangat. Mungkin rumah diorang takde pintu kot, tu yang bila jumpa pintu jadi jakun semacam. Wah, jahat kan aku? Tapi tak kisahlah budak2, kecil lagi. Mungkin mak diorang dah pesan, tapi biasalah..

Tetapi yang aku tak boleh terima ialah bila budak2 sekolah rendah ni bising, makin lama makin bertambah volume dan topik perbincangan juga semakin meluas. Aku dah tak sedap dah rasa. Bagi aku, diorang sudah tahu akan keperluan menghormati orang yang sedang bersolat. Dah besar pun, dan sudah baligh mungkin.

Lantas, selepas habis rakaat keenam, sambil nak bangun ke rakaat ketujuh, aku pegang bahu salah seorang 'suspek' dan kata " adik, minta jangan bercakap ya.." dengan muka yang pura2 manis. Psikologi gituu. Aku guna teknik lemah lembut, sebab itu adalah amaran kali pertama. Then, budak tu cakap terima kasih kat aku. Baguihh juga depa ni, mungkin sebab tertawan dengan senyuman aku kot.hahaa..

 Alhamdulillah, lepas tu aku boleh solat dengan aman, dah tak dengar dah diorang bercakap-cakap. Lepas solat aku ingat nak salam ngan budak tu, tapi diorang dah blah dah. Bila nak keluar,, aku tunggu jap kat tepi. Bagi peluang kat makciks2 nak keluar dulu. Aku saje je, berlakon sopan dan bertimbang rasa. Dengar2 suara imam terawih tadi macam muda lagi. Mungkin salah seorang makciks2 ni merupakan emak beliau. Justeru, aku harus mengambil langkah berjaga-jaga dari awal. Takpelah makcik, keluarlah dahulu. Tidak sopan pula kiranya anak ini ingin berebut dengan makcik. Bukankah bersabar itu amalan yang mulia?? ihikss..

Tiba2 aku terpandang note atas kertas A4 mengingatkan parents yang bawa anak kecil awasi anak anda baik-baik. Owh, dah diberi peringatan rupanya. Dan aku rasa dekat note tu patut tambah " Juga kepada jemaah masjid, sila awasi nada suara dan mulut anda ketika berada di dalam masjid  serta silalah menegur dengan berhemah jika ada orang yang bising."

That's it. Kadang2 manusia takut untuk saling memperingatkan, dan memilih untuk bagi jelingan maut sahaja. Tell ya, jelingan maut tak akan merubah keadaan, tetapi lebih menimbulkan ketidaksenangan perasaan. Aku tak kata aku bravo gila berani tegur budak skolah yang dah tahu fikir baik buruk tu sebab bising instead of sekadar bagi jelingan maut dan merungut "ish, apelah naj jadi budak2 sekarang ni, dalam masjid pun nak bising!" ALLAH yang izinkan aku tegur.

 Bukankah elok kalau kita tegur, sebab mereka itu bukan dari golongan kanak2 lagi dah. Sudah besar dan pandai berfikir. Juga, mungkin diorang tak perasan yang suara diorang terkuat sedikit sehingga mengganggu jemaah lain. Mungkin juga dari kecil diorang tak dididik dan diberitahu akan adab2 di dalam masjid. So, tegurlah dengan cara yang berhemah. Sekurang2 nya hati kita akan tenteram dari api amarah, dan mereka juga akan mendapat manfaat, inshaAllah.

Tapi sekarang ini, aku masih lagi tak pernah berani nak tegur dan ingatkan orang yang lebih tua berbanding aku, ataupun yang sebaya.. Astaghfirullah. Semoga kita terhindar daripada suka berbuat bisiing di masjid/surau dan dikurniakan sedikit kekuatan oleh ALLAH ta'ala untuk saling ingat-mengingatkan.

Oh, lagi satu aku teringat. Tadi sewaktu aku scroll senarai blog yang aku follow, ada satu blog ini, blog seorang kawan di Uitm Kuantan waktu Asasi. Lamanya tak berupdate. Aku agak suka baca entri2nya satu ketika dahulu, tapi kenapa ya, sudah lama tak diupdate? Bagi aku artikel yang ditulis adalah bermanfaat dan inshaAllah berkualiti. Semoga jika ia mendatangkan kebaikan, si penulis kembali menulis blognya, berkongsi ilmu ALLAH sekadar mampu, inshaALLAH. Ini link blog beliau ------> BLOG

Monday, July 30, 2012

Mendidik anak menjadi ahli syurga.

Assalamualaikum.

Itu hari, aku ada tengok satu rancangan di TV Al-Hhijrah, Rancangan Soal Wanita. Tetamu jemputannya adalah Prof. Dr. Muhaya. Dalam banyak2 point bernas yang Dr. bagi, aku paling tertarik dengan satu perkara ini. Ia bukan saat beliau menjawab pertanyaan pengacara mengenai soal kerjaya, bukan juga soalan berkaitan tips berjaya, mahupun soal jodoh (time ni pengacara ke-3 paling 'excited' sekali. Tepuk dahi aku tengok.), tapi yang paling membuat aku tertarik ialah apabila pengacara tanya rahsia beliau mendidik anak2. Walaupun aku belum ada anak, tetapi bagi aku point nya yang ringkas itu, sangat bermakna.

Kata beliau.(lebih kurang lah ni. Aku pun sambil menonton tu catat point je, tak sempat nak salin ayat sebijik2):

.."satu perkara, apabila kita menanamkan cita2 pada anak2, jangan cakap cita2 nak jadi doktor ke, jurutera, ke, jururawat, che'gu, blogger, ultraman, etc..etc... , tetapi cakap dan ajar pada anak, cita2 adalah NAK JADI AHLI SYURGA"...


Betul. Aku setuju sangat. Pada pendapat aku yang hina dina ini, memang seharusnya sedari kecil lagi jiwa anak-anak perlu dididik dengan didikan agama.

Maksudnya bukan sekadar mengajar anak solat , bagi pakai kopiah kain berkait comel siap ada tulis nama, bagi pakai telekung cute gambar strawberi, puasa dengan janji sehari 5 hengget, hantar rumah cik bedah mengaji tiap2 petang lepas balik sekolah agama dan sebagainya, tetapi juga didikan itu perlu selari dengan didikan dari segi pemikiran, cara berfikir, persepsi, dan peribadi.

Dan untuk mendidik anak2 begini, ia bukannya satu perkara yang mudah menurut pendapat aku. Anak2 merupakan amanah dari ALLAH, kelahirannya membawa bahagia, (tolak tepi kes buang anak tu) kepada ibu dan bapa. Namun, sejauh manakah sebenarnya kebanyakan ibu bapa menyedari akan hakikat bahawa pendidikan agama itu merupakan asas kepada kehidupan yang bahagia.

Ramai yang mengimpikan anak2 menjadi orang yang 'besar', ternama, dan berpengaruh. Tidak salah, untuk ibu bapa berasa gembira akan kejayaan anak2, namun janganlah dijadikan seolah-olah hanya itulah tujuan hidup ini.

Pendidikan agama dan pembangunan jiwa diletakkan di  tangga ke-2, kecemerlangan akademik mahupun kemilauan bakat diberi prioriti tertinggi. Sedari kecil, anak2 seolah sudah diajar untuk memandang dunia semata. Mungkin atas anggapan anak2 belum faham perihal akhirat, mereka masih kecil. Cukup sekadar apa yang diajar di sekolah.

Tetapi bagi aku, kalau merasakan sudah sampai waktunya mengajarkan mereka untuk bercita2 menjadi doktor, peguam, pensyarah, atau mana2 orang yang berguna, mengapa tidak turut merasakan sudah sampai waktunya mengenalkan mereka kepada ALLAH, dan menyaduri jiwa mereka dengan didikan Islam. Jangan pandang rendah pada anak2 kecil, hati mereka tenang, suci dan bersih. Jika sedari awal mereka sudah meletakkan cita2 untuk menjadi ahli syurga, inshaALLAH segala tindak tanduknya, amalannya, tutur kata, perbuatan akan menuju ke arah apa yang dicitakan.

Kalau ia belajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan amalan fardhu. Kalau dia ingin berbuat sesuatu, dia akan berfikir dahulu akan pandangan ALLAH. Biarpun ibu-bapa tiada di sisi, mereka akan takut untuk buat perkara yang tidak elok, kerana untuk menjadi ahli syurga, sifat ehsan dan taqwa itu perlu ada. Dan sifat2 itulah yang akan melengkapi peribadi mereka.

Ajar mereka untuk takut dan kenal ALLAH, bukan hidup untuk memuaskan hati manusia dengan segala gelaran, pekerjaan dan harta yang ada. Dengan begitu, inshaALLAH kedua2 ibubapa dan anak2 akan berasa bahagia di dunia dan akhirat.

Mungkin satu hari nanti, aku juga akan menjadi seorang ibu. Mungkin juga tidak. Walau apa pun, kalau aku diberi amanah untuk mendidik seorang anak, ataupun anak2 murid, aku berharap aku tidak lupa akan apa yang aku tuliskan ini.

Mendidik anak menjadi ahli syurga, ia tidak semudah mendidik anak untuk sekadar menjadi 'ahli dunia', tetapi aku percaya, proses didikan yang payah itu, akan membuahkan hasil yang indah!


"Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa zurriyyatinaa qurrota a'yun, waj'alnaa lil muttaqiina imaama"

p/s: Mama dan abah yang tercinta, terima kasih atas didikan yang cukup baik. :Alhamdulillah! :)

*Sebenarnya aku nak kupas lebih lanjut lagi pasal ni, ia satu topik yang digemari, sangat menarik. InshaALLAH selepas habis lagi seminggu di sekolah.

Monday, July 23, 2012

Buat wanita yang mendamba lelaki yang Soleh sebagai suami.

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sebenarnya, aku agak segan silu sedikit nak tulis tajuk seperti di atas. Bab teman2 hidup ni, tertutup sikitlah aku nak bincang, biasalah perempuan..
Segan aii. tapi dalam hati, amboi kemain lagi kann..haha.. tapi aku tak..aku takkkk.

 Tapi yelah, aku taknak pulak sampai segan aku tu jadi segan tak bertempat, sampai menghalang aku untuk menyampaikan pendapat serta pandangan aku. Maka, aku gagahkan juga jari jemariku yang tak berapa nak runcing ini untuk berkawad di atas keyboard. Sebab, aku rasa ia sangat penting untuk aku sampaikan.

Tajuknya mungkin agak klise, atau tipikal. Berlambak dah orang dok post kat fb fasal teman hidup yang soleh mahupun solehah ini, tapi aku hari ini akan membawa anda semua mengupas isu ini dari satu sudut pandang yang agak berbeza. Aku harap ianya bermanfaat. Sebelum bermula, aku ingin ingatkan sekali lagi, bahawa segala apa yang aku bakal tulis ini adalah pendapat dan pandangan aku semata-mata. Kalau ada yang bercanggah dengan pendapat anda atau ada yang menyentap, aku minta maaf.

Mari bermula..Bismillah..

Lelaki soleh.

Ia idaman setiap wanita. Aku yakin akan perkara itu. Hal yang sama berlaku kepada lelaki. Aku agak kebanyakan daripada mereka juga mengharapkan perempuan yang baik untuk menjadi teman hidup mereka, dan menjadi ibu kepada anak2 mereka yang berwajah comell <---- (confirm tak ikut muka ayah).

Sebagai perempuan, tipulah kalau aku kata aku tak pernah terfikir tentang pasangan hidup ini. Walaupun umur aku baru 20 tahun, tapi aku tak rasa ia umur yang terlalu muda untuk aku mula berfikir tentang jodoh. Ia satu ketetapan.

Ianya satu topik yang selalu hangat diperkatakan oleh remaja atau mereka yang berada di peringkat awal dewasa. Namun, tiadalah pula aku terfikir akan sesiapa yang aku nak jadikan suami, ataupun rumah si polan mana yang aku nak aim untuk hantar tepak sirih. Tiada sebarang nama yang spesifik. Ianya umum, namun ada kriteria tersendiri yang telah dijadikan batu ukur. Iya, aku mengakui, jika aku tidakdirkan mempunyai suami di dunia ini, aku mengharapkan dia adalah seorang lelaki yang soleh.Aku berharap suami aku ialah Lelaki yang soleh...


Aku percaya ia impian hampir setiap wanita (sepertimana yang dah di'mention' di atas). Kerana, aku melihat banyaknya fotografik dan hasil karya yang menterjemah keindahan atau ke'sweet'an pasangan yang soleh dan solehah yang mempertahankan serta merasai manisnya cinta selepas kahwin. Alhamdulillah. Ia merupakan satu usaha yang bagus untuk mendekati para remaja dan menyampaikan mesej supaya menjauhi couple dan lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin.


Namun, semakin aku dewasa, aku terfikir bahawasanya apabila kita menyelak realiti di sebalik peranan lelaki yang soleh tersebut, impian untuk memiliki mereka sebagai imam dalam hidup kita, sebenarnya menuntut persediaan yang tidak sedikit. Ianya bukan sekadar mempersiapkan diri untuk menjadi wanita solehah agar ALLAH mempertemukan kita dengan yang terbaik juga, tetapi bagaimana ingin mempersiapkan diri kita untuk menjadi pendamping lelaki soleh yang mewakafkan dirinya ke jalan ALLAH semata.


Membayangkan diri menjadi isteri kepada seorang lelaki yang soleh memang indah, mereka boleh menjadi asbab dan memudahkan laluan kita ke syurga, mereka jua boleh memimpin tangan kita untuk menuju redhaNYA, mereka boleh menjaga kita sebaiknya, melindungi dengan keterbatasan kudrat yang ada, juga mengasihi kita dan anak2 dengan segenap jiwa yang diletakkan ALLAH, Rasul dan ibu bapa terdahulu di atasnya.

Namun, kita harus sedar bahawa, realitinya tidak begitu indah pada kehendak dan keinginan nafsu kita. Apabila bercakap berkaitan nafsu, ia bukan terbatas untuk hal2 di bilik tidur sahaja (bukan lucah, tapi aku mention untuk biar jelas.), tetapi kita mempunyai keinginan untuk dia berada di samping kita setiap hari, menemani kita ke mana2,sentiasa ada jika kita perlukan mereka, membelanjakan sedikit wangnya untuk kita sekali-sekala, menemani kita membaca Al-Quran, meminjamkan bahu mereka di saat kita menangis kerunsingan mahupun kegembiraan, bersama2 untuk berkongsi pelbagai cerita, menghabiskan masa berkualiti bersama berdua, dan jika ada, turut bersama anak2, serta  pelbagai lagi.

Kerana jika benar mereka lelaki yang soleh, aku percaya dalam keadaan umat islam yang membimbangkan pada hari ini, tempat lelaki2 yang soleh ini banyaknya di luar sana. Merekalah lelaki2 soleh yang berjuang untuk membantu agama ALLAH. Sudah adat berjuang, mereka harus berpergian, biarpun medan tempur mereka bukan di padang pasir mahupun medan perang.

Kerana itu, di saat kita mula mengimpikan untuk seorang lelaki soleh sebagai suami, kita sendiri sudah perlu menggerakkan langkah pertama ke arah kesediaan. Kita tidak boleh sangat berharap mereka berada di samping kita sepanjang masa. Kita tidak boleh mengangankan mereka untuk menemani kita shopping setiap hujung minggu dan tiap2 waktu makan, duduk makan bersama.

Realitinya tidak begitu santai, ia tidak seringkas itu.


 Kerana, sebagai 'pakaian' seorang lelaki soleh, itu bermakna kita perlu siapkan hati untuk berlapang dada dengan kesibukannya, merelakan setiap pemergiannya dengan muka yang manis, menenangkannya di saat dia terluka, dan barangkali juga kita harus mempersiapkan diri untuk lebih banyak lelah dan penat, berbanding senang dan rehat selepas hidup bersamanya.


Namun, aku yakin kalau kita benar2 beriman dan ingin bersama2 lelaki soleh itu beriringan mencapai tujuan hidup, yakni menjadi hamba ALLAH dan khalifah, kita akan sentiasa tersenyum setiap kali menyambutnya pulang walaupun untuk sedetik waktu, kita akan berlapang dada setiap kali dirinya terpaksa berada jauh walaupun kita merinduinya, kita akan berasa senang walaupun wangnya lebih banyak dihabiskan untuk jalan juangnya, kerana kita yakin, kebahagiaan yang abadi ada tersedia untuk kita, dan dia sebenarnya sedang membawa kita menuju ke sana.


Selepas menyedari akan hakikat ini, aku bertanya kepada diri. Layakkah aku mengimpikan lelaki  yang soleh?

Soalan tersiratnya ialah: "Adakah aku sudah bersedia untuk mengasihinya, mentaatinya, mendampinginya, menyokong perjuangannya, bahkan bergerak seiring dengannya?"

Mendamba lelaki soleh, ianya bukan sekadar mendamba kelebihan yang ada padanya sebagai hamba ALLAH yang baik, namun ianya menuntut pengorbanan dan kesediaan yang tinggi!

Dan sejujurnya, untuk bertanya kepada diri adakah aku sudah cukup bersedia...

Jawapanku adalah, "Hanya ALLAH yang mengetahui kemampuanku". Adakah aku mampu untuk membantu perjuangannya, ataukah aku sekadar menjadi perencat langkahannya, hanya kepada ALLAH aku mohon perlindungan dari berada dalam kategori yang kedua!












Thursday, July 5, 2012

Kes rogol dan langkah berjaga-jaga.

Bismillah..

Assalamualaikum.


Aku rasa darah berderau waktu Misra cerita tentang berita seorang perempuan (semoga beliau dikurniakan kekuatan dan ketabahan oleh ALLAH) yang dirogol bergilir-gilir kemudian kena campak macam tu sahaja di tepi masjid negeri Selangor. Ya ALLAH.. Waktu dengar tu, tiada yang terkeluar dari mulut aku melainkan istighfar, sebab aku rasa sangat tak percaya dan tak sangka (walaupun dah banyak kes yang seumpama berlaku), dan aku rasa risau serta macam-macam lagilah. Misra ni pulak pergi cerita waktu tengah bawak motor dan aku tengah membonceng beliau. Nasib baik aku tak tercicir terloncat dari motor sebab terlampau terkejut.. kuss semangat...Misra..misra..hehe..

Sebenarnya aku perasan je 'link' yang di post di fb mengenai berita ni, tapi tak tergerak pula nak baca. Dasar malas baca surat khabar kan..Tapi metro memang aku jarang baca pun. Then, lepas Misra cerita pun aku still tak nak baca lagi, sebab aku rasa tak sanggup dan nak muntah baca benda2 ngeri macam ni. Link dia sini, kalau tak sanggup takyah baca. Minta kawan yang sanggup tahan baca tolong bacakan, pastu ceritakan secara ringkas kat korang.Just untuk tahu dan sedar, betapa kroniknya 'barah'  yang melanda anak muda sekarang ni.

 Astaghfirullah. Walaubagaimanapun, pada pandangan aku, aku rasa bagus untuk didedahkan dan diwar-warkan kejadian-kejadian macam ni, supaya masyarakat, terutamanya perempuan2 macam aku, lebih sedar, 'aware', bangkit, dan bersiaga untuk lebih mejaga keselamatan diri sendiri!

Kalau korang perasan, apa yang aku perhatikan selama ini, masyarakat termasuk diri aku sendiri akan mengambil langkah penjagaan ataupun sedar akan kepentingan berjaga-jaga apabila cerita macam ni masih panas. Maksud aku, contohnya macam ni. Berita ini keluar dalam minggu ni, kemudian aku percaya, pasti waktu inilah kami, perempuan2 akan jadi berlipat kali ganda punya hati-hati, mak ayah pun berpesan ke anak-anak perempuan supaya jaga diri, jangan jalan sengsorang, jangan naik motor ikut laki macam tu je..ingat 1 motor 1 gender..bla,..bla...bla...

Aku yakin, dalam 2 minggu atau lebih, kalau dah takde berita macam ni lagi yang dipaparkan, pasti hal ini akan dilupakan, dan tahap berjaga2 juga akan dilonggarkan sedikit demi sedikit. Yes, sebab itu lah pepatah melayu ada mengatakan 'sudah terhantuk baru nak terngadah'. Itulah kadangkala sikap kita yang salah. Apabila ada kes, barulah pakat dok senyap dalam bilik bila malam, aktiviti rutin seperti makan nasi goreng di Barra juga 'dikorbankan' dan dengan digantikan dengan makan nasi DC sahaja, juga pakat2lah berkejaran ke supermarket membeli 'pepper spray', ataupun jika tiada.. pes cili letak dalam bekas spray pon jadilah..

Dan lagi, berlumba-lumbalah buka youtube search 'seni silat mempertahankan diri bagi perempuan' dan berlatihlah beramai-ramai selama 10 minit (hangat-hangat tahi ayam, lepas 10 minit dah berlakon pengsan). Itulah, orang suruh masuk silat tak mau kann..T_T

Justeru, kita kena sedar dan lebih berwaspada SEPANJANG MASA. Oh, tertinggal pulak.. sambungan, time berita ni masih panas jugaklah orang dok sibuk update blog pasai ni  kan...

Aku pun tak terkecuali memikirkan perkara ni dengan agak serius. Haruslah kan, sebagai perempuan, sudah menjadi satu kewajipan untuk mempertahankan 'mahkota' yang satu itu daripada diragut begitu sahaja. Jadi, aku ngan member2 yang berjiran bilik pun ada 'brainstorm' sama2 tentang hal ini, dan kami telah mengakhiri perbincangan pendek tersebut dengan beberapa resolusi. Aku nak share, moga2 ada manfaat inshaALLAH. Yang paling penting, apabila aku dah tulis kat sini, harapnya aku tak lupa juga untuk buat, inshaALLAH.


LANGKAH2 PENJAGAAN KESELAMATAN DIRI  BAGI GADIS cantik AKHIR ZAMAN. 


1) Kalau boleh, jalan ke mana-mana mestilah berteman. Kalau terpaksa jugak jalan sengsorang, pastikan kawan2 tahu/maklum ke mana kita akan pergi. 

Haha..yang ini tepat ke batang hidung aku sendiri. Tsk.. aku rasa jalan sengsorang itu lagi best sebab aku tak suka tunggu orang.. 

2) Pastikan telefon bimbit berada di tempat yang mudah dicapai seperti letakkan di kocek seluar mahupun sweater. Ataupun letak dalam beg kecil yang 'handy', boleh pegang di tangan. Susah2 pun, pegang je kat tangan, ikat ngan getah ke, apa ke.. Biar mudah untuk diguna serta merta. Yang penting, pastikan ada bateri dan kredit. Kalau pegang telefon mati dan kredit kosong, baik pegang batu je cik kak..

3) Kalau boleh, pakai pakaian yang memudahkan pergerakan. Ini bukan semestinya pakai sluar track yang dok buat lari balapan tu, tapi apa2 jenis pakaian yang paling kita selesa pakai, dan memudahkan pergerakan. Tapi, jangan pulak bantai pakai baju kelawar . Ewah, mentang-mentanglah mudah dan selesa yang teramat baju tu kan.. Pakai yang menutup aurat, dan menyelesakan diri. Jubah pun no hal je sebenarnya nak berlari ke apa. Mak kawan aku lepak je panjat gunung pakai jubah. 
Ni memang aku tabik spring ah.. 

Yang membuatkan mak dia boleh sebegitu 'power' walaupun pakai macam tu sebab mak dia dah biasa pakai jubah. Hari2 pakai jubah, that's why aku cakap, ikut koranglah yang mana paling menepati kesesuaian diri. Kalau aku sendiri, aku prefer shirt/blouse labuh + slack atau jubah. Kat dalam jubah pakai seluar. Kalau nak pecut boleh angkat sikit jubah dan berlari dengan gumbira sebab ada seluar di bahagian dalam.

4) Berkaitan pakaian juga, pastikan pakaian yang kita pakai adalah sopan dan menutup aurat, agar kita tidak menguji keimanan lelaki2 di luar sana. Ni aku malas nak ulas panjang, semua dah faham kot. 

5) Kalau boleh, elakkan keluar waktu malam. Terutamanya jika berjalan kaki. Serius sangat bahaya. Even kita rasa tempat tu sangat 'familiar' dan dekat sahaja. Tetapi please, jika tiada keperluan yang mendesak, duduk diam2 je kat bilik tu. Hal2 lain yang memerlukan kita keluar, cuba adjust untuk pergi beramai-ramai buat rombongan cik kiah ataupun minta tolong abang kandung ke, ayah ke untuk bawa. Tapi kan, aku sedang menulis untuk konteks pelajar u. Takkan ayah yang duduk nun jauh di pahang ingin datang ke sini semata-mata nak teman anaknya berjalan waktu malam, jadi cubalah untuk elakkan, okay.

6) Jangan begitu mudah mempercayai lelaki. Walaupun kita rasa dia baik sangat2, tapi ingat, syaitan tu sokmo je ada dok 'mengendeng' bisik yang bukan2. Muka yang macam nenek kebayan baru bangun tidoq tu pun lelaki boleh nampak cun macam J.lo bila syaitan + nafsu bergabung. Mula2 memang niat dia nak tolong hantar naik motor gi mana2 je ke, tapi hmm.. korang boleh fikir sendiri lah kan, apa kebarangkalian yang boleh terjadi..

Kita yang perempuan ni pun, mudah juga terjebak dengan permainan nafsu, jadi jangan cuba2 nak membuka ruang dan peluang. Astaghfirullah...

7) Last.. dah nak keluar tu, sertakanlah sekali apa2 persediaan diri or material. Bawa Pepper spray ke, parang/sabit ke <-----*over* , belajar seni mempertahankan diri dan juga buat latihan vokal (supaya tiada masalah ingin menjerit kuat2).

8) Bersiaga sepanjang masa, bukannya bermusim. Walaupun nanti kes ni sudah 'sejuk', tetapi kita perlu tanamkan sifat sensitif akan persekitaran dan kena beringat bahawa bila2 masa sahaja perkara yang sama mungkin terjadi, naudzubillah. 

Ataupun salah satu cara untuk sentiasa beringat, mungkin kita boleh tampal gambar perogol berwajah bengis dan mengerikan di cermin, supaya hari-hari tengok, dan secara automatiknya, hari2 kita akan ingat dan waspada. Itupun kalau sangguplah...

9) Jangan bagitau/war-warkan yang kita ini bersendirian atau sedang berseorangan. Tak faham? Dia macam ni.. Contohnya kita nak pergi Giant, memula janji dengan nik ayuni (bukan nama sebenar) nak pergi sama2, tapi tiba2 nik ayuni pulak sakit perut sebab makan nasi lemak banyak sangat, so kita pun terpaksalah pergi sorang2. Pastu kita pulak, dengan perkembangan teknologi yang sedang mencanak naik sekarang ini, pergilah update status kat fb berbunyi.

"Terpaksalah berjalan ke Giat sengsorang..isk..isk..Takut tau.. Nak ajak kawan teman, sakit perutlah pulak..@nik ayuni, jangan lupa makan pil chi kit teck aun tau.. :( "

Owh,, please lah.. jangan dok buat perangai lagu tu okay. Kalau boleh, jangan bagitau orang secara terbuka di mana lokasi kita berada pun. Sebagai langkah berjaga2. Sekarang kan ada application ape tah namanya, yang akan update lokasi kita. Kalau rasa tak perlu dan tak penting, halau ia dari terpapar di profile anda.  


Akhir kalam, sebenarnya kan, kalau diteliti solusi yang terbaik telahpun disediakan dan dibentangkan sedari awal lagi. Yakni, dengan menjadikan islam sebagai ad-Din. Kerana, kalau ikutkan setiap seustau yang di'ristrict'kan kepada muslimah seperti tak digalakkan keluar malam, pakaian menutup aurat, menjaga perhubungan dengan lelaki, tidak bermusafir berseorangan tanpa ditemani mahram, dan juga memelihara tingkahlaku dan akhlak, setiap satunya merupakan resolusi yang disediakan ALLAH untuk kita. Cuma, kita selalu mengabaikannya. 

Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini pun, kita masih lagi tidak ingat dan alpa untuk kembali merujuk hikmah ALLAH menetapkan hukum2 tertentu buat wanita.Subhanallah...Setiap satunya padan betul dengan situasi kita sekarang ini, Cuma tinggal mahu ambil atau tidak, itu sahaja.


Dan paling penting, walau kita dok pum pang pum pang berbincang beria2 mencari jalan mengatasi perkara seumpama ini dan mengambil langkah berjaga-jaga dan perlindungan di tahap maksimum pun, kita perlu yakin dan sedar, Yang Maha Melindungi itu ialah ALLAH. Yang Maha Perkasa itu ALLAH. Yang Maha Berkuasa itu ALLAH. Yang Maha Hebat itu ALLAH... Segala-galanya hak milik ALLAH, setiap yang berlaku itu adalah dengan izin ALLAH.. Subhanallahh..

Pengalaman aku sendiri, seperti mana yang pernah aku ceritakan satu masa dahulu, kalau aku terpaksa travel seorang diri, pasti aku akan menyerahkan diriku bulat2 (bukan diriku yang bulat, ya..) kepada ALLAH.. Sepenuh pergantungan aku hanya pada ALLAH. Sebab memang aku rasa risau, tapi aku yakin ALLAH ada sentiasa bersama aku. Allah jualah yang izinkan aku rasa begitu yakin.. Alhamdulillah.

Kalaulah misalnya kita kata denagn berkahwin kita akan lebih selamat sebab ada suami yang akan protect kita dan teman kita untuk ke mana2. Tapi suami tetap manusia yang lain, tak sama jasad dengan kita, walaupun hati sudahpun bercantum menjadi satu.. cewahh!! muntah pulak korang nanti.. Suami pun takkanlah ada 24  jam dengan kita, he's got his own life. 

Bukan sepanjang masa nak teman kita ke mana2, nak2 pulak kalau yang jenis sibuk tu kan. Kita tetap kena berdiri di atas kaki sendiri dan tidak hanya mengharapkan suami. Maka, ALLAH jualah yang akan tetap ada sepanjang masa, tiap saat dan ketika untuk memerhatikan kita..bersama kita...

Konklusinya, letakkan pergantungan dan keyakinan kita kepada ALLAH, dan juga bolehlah kita amalkan ayat2 quran sebagai salah satu ikhtiar untuk keselamatan dan perlindungan. Tetapi kita kena beringat, yang memberi perlndungan bukannya ayat tersebut, tetapi ALLAH jua. Itu merupakan salah satu ikhtiar untuk kita dekat dengan ALLAH, dan meyakini segala apa yang datang dariNYA. 

Semoga adik lelaki aku, ayah aku, pak sedara, atok, ahli keluarga, rakan sekelas, cikgu2, ustaz2,bakal suami (kalau ada), sahabat handai, segala zuriat keturunan dan para muslimin yang lain tak jadi lelaki yang melekakan dan memudaratkan wanita.  Na'udzubillah. Jadilah lelaki yang bersama membimbing dan memimpin wanita untuk menuju jalan yang diredhai ALLAH, dan mendidik generasi Islam yang sejahtera, IshaALLAH.

Dan buat para muslimah (termasuk aku pastinya), marilah kita sama2 cuba yang terbaik untuk menjaga diri, dan semoga segala pergantungan kita serahkan kepada ALLAH. Juga semoga kita berupaya mengamalkan cara hidup islam sepenuhnya di dalam kehidupan sehari-hari.

 Agama Islam telah menyediakan satu cara hidup dan panduan yang sangat lengkap buat kita. Ia bukan sahaja memelihara kita, bahkan juga menjaga, memuliakan dan menghargai sebenarnya. Subhanallah... 

Tiada yang lebih berkuasa melainkan ALLAH. Jagalah  ALLAH, ALLAH pasti akan menjaga kita, inshaALLAH.

Kalaupun datang sejuta lelaki pun nak buat jahat ke kita, tapi ALLAH memberi kesejahteraan dan perlindungan buat kita, maka inshaALLAH terselamatlah kita. 

Hasbunallah ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'mannasir..

Cukuplah ALLAH sebagai pelindung! 



*Mari kita doa semoga ALLAH mengurniakan hidayah kepada para perogol tersebut, semoga mangsa itu pun dikurniakan kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang dan untuk redha akan apa yang berlaku. 

*Kata nik ayuni (yang ini versi nama sebenar). "Sebelum perogol attack kita, kita attack dia dahulu!!!" Haha..orai gak tuu..('^_^)

Monday, June 25, 2012

Tukar URL Blog

Bismillah.

Assalamualaikum 

Maaf kepada sahabat2 yang ada melawat baru2 ini dan mendapati blog hambar ini sudah tiada. Sebenarnya, atas faktor tertentu, saya telah menukar URL Blog buat sementara. Sekarang sudah guna yang lama semula. :) 

Sunday, June 24, 2012

Bestnya jadi lelaki

Pernah suatu ketika, aku melalui fasa di mana aku merasakan aku nak sangat jadi lelaki. Ya, betullah tak elok berperasaan begitu, tapi sekarang tak dah lah. Cuma, aku nak share mengapakah aku rasa jadi lelaki ni best.

1) Aurat lelaki kan cuma dari pusat ke lutut. Berbeza dengan perempuan, iaitu seluruh tubuh badan, melainkan muka dan tapak tangan. Maka, jikalau aku merupakan seorang anak teruna, tak perlulah apabila ada orang datang bagi salam di rumah, terus berlarian lebih pantas dua kali ganda berbanding lipas kudung mencapai tudung apa yang ada di kawasan terdekat, lari balik mengejar untuk membuka pintu..dan alahai..tudungku senget rupanya. Mujur yang datang cuma pakcik dan bukan anak teruna jiran baru  yang selalu pergi masjid jalan kaki tu..:P

Tapi aku selalu hairan, ada jugaklah lelaki ni yang tak mau pakai seluar panjang. Seluar pendek je memanjang. 3 quarter tahan lagi. Ni dah menunjukkan lutut angpa yang tak cun tu apa kes? Apa ke 'cramp' kaki tu encik2 oi kalau pakai sluar panjang??

2) Lagi satu, aku rasa sangat heaven jadi lelaki ialah kerana aku fikir, kalau jadi lelaki ni, mudah untuk bergerak ke mana-mana. Lebih bebas nak ber'bag packing' dan travel ke mana sahaja aku suka. Seronoknyaaa... Aku akan pergi ke tempat2 yang aku nak pergi hanya dengan membawa cash, pasport, kad atm, baju dua tiga helai, handphone sumbat semua dalam bag, settle!  Dan aku akan berjalan mengikut hatiku, ke mana sahaja ia mahu pergi. Aku akan menjelajah bumi ALLAH yang luas ni.. Haa~ how heaven is that!!

Tapi sebagai perempuan, aku tak boleh lah nak  buat macam tu walaupun hati sangat menjerit dan meronta2 ingin travel ke mana sahaja yang aku suka secara solo, boleh bergerak laju2. Sebab perempuan haruslah ikut ketetapannya, dan keselamatan itu yang paling penting. Perkara yang aku paling aware  kalau travel seorang2, ialah botol air aku. Aku sangat bimbang akan kebarangkalian kena spike. So girls, kalau nak pergi travel or naik pengankutan awam yang kena bersesak sesak bagai, letak botol dalam beg, bukan di tepi beg dan jangan tinggal botol walaupun untuk tempoh masa yang sekejap. Ibaratnya botol tu anak kecil kita lah, jangan lepas dari pandangan langsung.

Tetapi kan, satu perkara yang aku sedari, apabila ada waktunya aku harus travel sendiri, aku akan rasa kebergantungan yang sangat tinggi kepada ALLAH. Waktu nilah sedar sangat2 yang ALLAH sentiasa ada bersama dalam apa jua ketika dan keadaan, ALLAH jualah tempat aku serahkan diri aku seluruhnya dan mengharapkan bantuan. Dan itu yang membuatkan aku rasa selamat dan comfort. Alhamdulillah.. Syukur sangat2 pada ALLAH yang Maha Melindungi.

3) Best juga jadi lelaki ni sebab boleh usha anak orang yang aku berkenan. haha..takde ah.:p

4) Next yang pernah membuatkan aku fikir jadi lelaki ni best ialah aku sebabnya dulu2 aku suka gila ah konsert. Waktu kecik2, di jengka.(aku dibesarkan di jengka, so persekitaran banyak mempengaruhi minat aku). aku ingat lagi, banyak poster2 hitam putih ditampal di pokok2, tiang elektrik, dan luar kedai runcit. Aku hari2 akan tengok poster tu kalau ikut abah pergi kedai ke, waktu on the way balik sekolah agama, waktu main petang2, depan kedai aci banyak kot tampal poster kecik2 ni.

Dulu2 banyak rockafellass jiwang datang buat show kat jengka. Aku taktau macam mana aku boleh terlayan pulak lagu2 diorang. Zaman2 joe burnmark naik mungkin..Dan zaman2 A to Z punya lagu itik gembo gembo tengah famous . Ni waktu aku mengaji di rumah ustaz mad, waktu sampai turn aku nak ngaji, anak ustaz dok ejek aku itik gembo gembo., Cis, mentang2 aku gemok gila waktu tu.. *dendam*...nostalgia2..

Waktu tu memang membuak keinginan aku nak pergi konsert sebenarnya, tapi Alhamdulillah ALLAH masih lindungi aku. Aku takut nak cakap dekat mama dan abah bukan sebab takut mereka marah, tapi takut kena gelak. Sampai sekarang pun mama n abah bukan tahu yang aku pernah minat tahap moksya dekat lagu2 seumpama itu. Aku teringat waktu Ali exXPDC datang uitm bawak bunga angkasa itu hari... Nostalgik2. setelah sekian lama ditinggalkan, layan semula dengan intipati yang berbeza. Tiada lagi kekaguman dan kecintaan kepada bunga angkasa, tetapi tulus buatMU, ALLAH Yang Esa..Subhanallah. Tapi aku tabik ah orang dulu2, suara memang power habis. Sekarang payah dah nak cari. Pasaipa ek??

 Berbalik kepada apa yang membuatkan aku rasa jadi lelaki ni best ialah, aku boleh ah nak join konsert tu tanpa kekangan sangat. Sebab itu lah ALLAH jadikan aku perempuan kan, kalau tidak gamaknya aku merempit malam2 pergi menadah telinga dan goyang2 tangan dengan torclight kecik kat konsert. Dulu2 mana ada goyang2 phone, nak lampu beli yang kat funfair tu je.


Itulah antara sebab dominan yang buat aku rasa best sangat kalau aku ialah lelaki satu ketika DAHULU. Dahulu ya, sekarang tidak lagi. Jika diteliti, aku mendapati banyak sebab aku rasa jadi lelaki ni best berbanding perempuan ialah KEBEBASAN yang lebih. Maka aku tak hairanlah kalau zaman sekarang ni, ramai sangat perempuan dok pom pang, pom pang bangkit bersuara mempertahankan hak kebebasan wanita, dan menuntut taraf dan hak yang sama seperti lelaki. Mungkin kerana kurang kefahamanm, sebab aku dulu pun, pernah mengalami zaman2 gelap tersebut. Syukur kepada ALLAH yang telah 'selamatkan' aku.


Kalau dilihat sebenarnya, lelaki ini ALLAH jadikan memang lah dengan perbezaan yang ketara dengan perempuan. Fizikal mereka lebih kuat, kebebasan untuk bergerak lebih, hak untuk mengetuai yang lebih, peluang untuk menguasai yang lebih , harta pusaka pun dapat bahagian yang lebih, dan..dan..dapat pulak tu kahwin lebih....eh?

Jadi sebab tulah kot, perempuan ni ada yang rasa tak adil rasa tak best jadi perempuan, nak jadi lelaki, dan rasa ingin memberontak dan menjadi 'pejuang' menyamakan taraf dan hak antara lelaki dan perempuan.

Cik adik manis sekalian, mai sini nak habaq sket..

Lelaki ni, ALLAH tanggungjawabkan pada mereka jawatan imam, pemimpin  kepada para perempuan. Dalam hidup mereka, yang ada bukan diri mereka sahaja, mereka perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan meminpin, isteri, ibu, adik perempuan, kakak nya lagi, masyarakat, dan banyak lagilah. Berat kan tanggungjawab lelaki ni? That's why ALLAH mengurniakan lelaki beberapa kekuatan dan kelebihan berbanding perempuan, supaya selari dengan amanah yang dipikul oleh mereka, supaya selaras dengan kemampuan mereka. Semoga setiap lelaki muslim faham dan tahu serta jelas akan tanggungjawab masing2.

Dan sekarang, aku rasa best sangat ALLAH ciptakan aku sebagai perempuan. Sebab, duhai muslimah yang ayu +sopan+comel+cute sekalian, ALLAH telah kurniakan kita terlalu banyak kelebihan. Berhimpun ganjaran yang ALLAH sediakan untuk perempuan yang beriman, dan tidak terkira banyaknya peluang yang ALLAH bentangkan di dunia ini buat kita mengumpul pahala dan memahat kemuliaan di akhirat sana.

Jika hendak dilist kan, ia terlalu banyak, dan jika kita benar2 sedar, mau mengalir air mata dan hingus mengenangkan betapa kasihnya ALLAH terhadap hambaNYA, tanpa ada ketidakadilan dan perbezaan pun antara jantina. Bahkan Rasulullah s.a.w. juga telah mengangkat martabat wanita, dan baginda sangat kasihkan kita.

Hukum dan ketentuan ISLAM yang telah terpatri terhadap wanita bukanlah untuk mengongkong, bahkan untuk menjaga, dan melorongkan jalan ke syurga. Kalau kita rasa jadi wanita membataskan pergerakan kita, kita salah, kerana ia bukan membataskan mahupun menyekat, tetapi untuk menyelamatkan, dan juga untuk menjaga. Kalau kita rasa jadi wanita ni tak syok sebab kena menutup segala2, ingatlah bahawa keindahan itu bukan selalu dipertontonkan, bukan juga untuk ditatapi oleh mereka yang sembarangan, dan apabila ALLAH telah mengarahkan kita untuk melindunginya, memeliharanya, menutupinya, maka terbuktilah bahawa kita ini indah dan istimewa bukan?? :)

Jadi ikutlah apa yang menjadi ketetapan. Kalau kita rasa ianya menyusahkan, maka akan jadi susahlah ia. Tetapi kalau kita menganggap segala aturan indah itu sebagai sesuatu yang diwajibkan untuk memberi manfaat dan pemeliharaan ke atas kita, nescaya kita akan berasa bahagia melaksanaknnya, inshaALLAH.

Kelebihan seorang perempuan terlalu banyak, kerana itu sekarang aku sudah sedar dan 'terjaga', dan aku akur serta bersyukur, akulah wanita yang bertuah!


* Tidak mahu jadi lelaki lagi, sebab lelaki dah kena mula bahagikan wang simpanan untuk hantaran..lol. :P

P/S: Kalau cik adik manis sekalian, masih blur dan tak nampak apakah kelebihan perempuan ni, cuba lah cari kat internet ke (cari dari sumber yang dipercayai ya), baca buku ke, banyak sangat dah orang tulis tentang kelebihan perempuan. Cari sendiri ya, dan sediakan lidah untuk ucap Alhamdulillah banyak2, sebab anda akan menemukan kelebihan2 yang tidak terjangkakan..:)


Sunday, June 17, 2012

Aku, Pengawas & Skuad Penyayang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dulu2, waktu sekolah aku ialah seorang pengawas. Dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah. Mujur tadika tiada jawatan pengawas. Jika tidak, pasti cikgu tadika akan pilih aku juga untuk jadi pengawas. Ahakss... * perasan tahap tak hengat*

Di sekolah rendah, ada kawan2 panggil aku gengster sebab aku garang dan aku suka belasah orang. Eleh, sebenarnya aku bukan belasah pun, aku tampar belakang diorang je kalau diorang bising dalam kelas. Diorang yang lembik, baru buat sikit, dah 'anugerahkan' aku gelaran gengster..

Aku pulak, pengawas lah katakan, haruslah menjalankan tugas sebaik mungkin! Tapi sekarang dah tak boleh buat sentuhan fizikal dah..Mujur dulu time aku tampar belakang anak orang, takde parents datang saman.

Waktu tu tak kira laki ke perempuan, aku main bantai je bagi pelempang. Budak laki yang berhingus ni takut ah kat aku. Aku macho dan garang  kot..haha..

Lepas tu, naik sekolah menengah, masa tingkatan 2 aku jadi pengawas jugak. Tapi waktu ni dah lain dah, disebabkan aku masuk sekolah agama, maka pergaulan lelaki dan perempuan pun dah terjaga. Dah tak main dah lempang2 belakang ni. Dah besar kan, jadi approach dan masalah pun lain dah.. Waktu ni ada yang panggil aku 'gipang' lah, apa lah, biasalah kan.. pengawas. Tapi aku rilex jelah.. Kadang2 tu aku rasa juga nak bertukar jadi rasaksa dan belasah depa semua ni, tapi Alhamdulillah ALLAH masih sayang kat aku, tak izinkan aku buat perkara yang bukan2.

Waktu jadi pengawas kat sekolah menengah nilah yang ajar aku terlalu banyak perkara. Mungkin bagi setengah orang,apabila flashback balik kenangan2 sekolah menengah, yang ada hanyalah sekadar kenangan muda2 untuk diingat, disembang2, diungkit apabila bertemu teman lama, sekadar untuk menambah rencah dalam bercerita. Tetapi bagi aku, apa yang aku lalui sepanjang menjadi pengawas di sekolah adalah kenangan yang bukan sekadar untuk dikenang buat bahan gelak tawa, tetapi banyak sekali pengajarannya.

Waktu sekolah menengah, aku mula kenal dakwah. Waktu jadi pengawas, kami bukan sahaja nak  pastikan student lain ikut peraturan sekolah, tapi kami juga nak ajak kawan2 lain ni, bersama diri kami juga, untuk buat benda2 baik, sebagai contoh pakai stokin, sarung lengan, prevent dating, nak asingkan sukan lelaki dan perempuan, dan pakaian shirt labuh untuk hari sukan buat perempuan.

Pendek kata, bila masuk sekolah menengah nilah aku start join usaha2 untuk dakwah ni. Jangan salah sangka, aku cerita bukan nak menunjuk ke apa. Usaha aku se'coet' dan sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain. Aku ni mula2 main ikut2 je. Kakak2 buat ni, aku join, kakak2 but tu, aku pun turut serta. Sampailah aku Form 5, macam-macam dah yang aku lalui. Ada jugak dalam semangat berkobar-kobar nak ajak kengkawan buat baik tu, pendekatan yang aku guna tak sesuai, malah ada yang kalau aku kenang balik sekarang, mesti aku sampai geleng2 kepala sebab benda yang aku buat tu teramat tak sesuai. Yes, tujuannya memang baik, tapi approach nya kureng sikit.

Mungkin sebab waktu tu belum matang sangat lagi, darah masih menggelegak, semangat terlalu berkobar mungkin, sampai matlamat nak dituju dengan tergopoh gapah. Tapi takpelah, jadikan pengajaran. Itulah asam garam dalam hidup, belajar dari pengalaman dan kesilapan. Kalau fikir2 balik, aku rasa waktu sekolah menengah adalah waktu yang paling banyak perkara lucu dan merapu yang aku buat. Aku pernah kot, marah seorang budak lelaki ni sebab dia couple. Waktu tu aku memang marah gila lah. Sampai aku rasa nak baling kerusi kat beliau. Pergh, nasib baik aku tak buat, kalau tidak mesti dia balas servis dengan baling meja kat aku. Tulah aku cakap, waktu sekolah aku rasa aku macam 'super saiya', diselubungi dengan aura api..haha..

Kemudian, bila masuk asasi kat kuantan, lain lah pulak ceritanya. Bagi aku, masuk je asasi aku lebih tenang. Mungkin sebab komuniti nya sedikit, dan aku dah dewasa sikit kot. Di asasi ada Persatuan Global Islamic Art, pendeknya GIA. Banyak program2 islamik dan ilmiah yang aku join adalah dari kelab ni. Waktu sem 1 aku slow je, ikut je. Waktu ni aku kenal dengan kakak2 senior law. Kak khairunnadiah, kak akmal, kak hasya, kak may, dan ramai lagilah.

Lepas dah takde senior, barulah kami gerak sendiri. Approach nya berbeza juga dengan waktu aku sekolah menengah. Kami lebih kepada buat program2, explorace, QG apa semua tu. Siapa berminat  join, siapa tak nak terpulang... Waktu ni best jugak lah, dan waktu ni memang program2 dirangka, dilaksana, dirancang semuanya dibuat sendiri. Alhamdulillah. Banyak pengalaman dan ilmu baru dapat ditimba.

Habis asasi, masuk pulak shah alam. Uitm Shah Alam. Kat sini bagi aku, aku paling lambat sekali panaskan enjin. Aku rasa macam progress aku lembap gila. Ada program banyak, tapi aku yang tak involve sangat. Sem 1 berlalu dengan agak hambar dan suram. Apa2 update pasal kelab ke, aktiviti menarik ke, program da bomb ke, hampir semua aku lepaskan begitu sahaja.

Betapa ruginya aku sebenarnya. Padahal, bukannya kuat studi sangat pun. Dah tu ke mana pergi masa lapang aku yang berlambak tu? Entah, aku pun confuse. Maka bila naik sem 2, aku sikit2 cuba lah nak join mana2 aktiviti yang bermanfaat. Tapi, sem 2 ni pulak aku jadi Jpk. So macam sibuk sikitlah. Aku malu nak cakap aku sibuk, sebab aku tau ramai lagi yang lebih banyak buat kerja dari aku sebenarnya.

Kat shah alam ni pulak, ada satu persatuan ala2 islamik gitu. Persatuan Mahasiswa Hadhari nama diberi. Mula2 aku agak pesimis terhadap persatuan ni. Berikutan nama nya mungkin. Tapi lama2 aku orait je. 1st program yang aku pergi adalah program or talk Think For A Moment. Syok gak ah, waktu ni aku sem 1.

Lepas tu ada kawan aku ajak pulak pergi Skuad Penyayang. Memula dengar aku dah tergelak sakan. Sebab aku membayangkan Power Rangers. Aku pun taktau kenapa harus Power Rangers. Sebab ada perkataan Skuad tu kot. Skuad= pasukan yang gagah. Pasukan yang gagah = PowerRangers?? Ahhh abaikan..

Tapi dah kawan aku ajak, so aku layankan aje. Malam tu baru aku tau yang Skuad Power Rangers ni rupanya share2 risalah ngan orang ramai. Dia pecah dalam grup2 yang kecil, then jalan dalam kumpulan pergi kongsi risalah dengan orang ramai. Waktu pertama kali join, aku main bagi je. Takde mukaddimah takde apa, bagi salam dekat orang, lepastu nah, bagi kertas sekeping.Then aku blah...dah orang tu, terkebil2 dok pandang aku yang sudah berlalu dengan anggunnya.~~~~

Next bila aku join seterusnya, baru aku masuk grup kak aini. Aku pun tengoklah macam mana kak aini ni approach orang. Bukan main bagi je, tapi kak aini bagi salam dulu, tanya nama, bersalaman apa semua, kemudian bercerita serba sedikit, gelak2 sopan sekali dua dengan orang tu, then barulah berlalu kepada next person yang nak dishare kan risalah menarik tu. Ooooo.. baru aku tau macam mana. Bukan main taram je bagi kertas, bagi kertas, dah habis boleh balik. yeayy!!

Tak2, start lepas tu, aku pun try lah sikit2. Tapi sem 1 kan aku kata aku lembap sikit, so dalam 2 kali je kot aku pernah pergi. Kemudian sem ni, Skuad penyayang masih lagi ada, seperti biasa, tapi dengan sambutan yang agak luar biasa. Lebih ramai insan2 yang tertarik nak join, turut sama sebar risalah. Alhamdulillah. :)

Dan aku dapati, risalah nya pun sudah semakin menarik. Selain tulisannya yang jelas dan saiznya yang mudah dibawa, ada gula2 tau uoollssss.. Dan gula2 tersebut di staplekan di atas risalah tersebut. Pernah jugak bila aku bagi sorang budak ni yang tolong mak dia berniaga kat DC, dia terus on the spot buka gula2 tu dan makan.Kertas tu dia ignore je.. Tskk..tskk.... takpe2, aku tau..aku tau.. lepas aku pergi mesti dia baca. Dia segan tu, nak tunjuk depan aku yang dia berminat.. Takpe dik, takpe..akak faham. T_T

Dan sebenarnya, aku pernah terfikir tau, sebagai ahli biasa yang terlalu biasa, apalah yang dah pernah aku buat untuk membantu usaha murni ini. Nampak sahaja macam simple je bendanya, tapi aku baru sedar, yang di sebalik helaian bersaiz A5 (kalau tak salah aku) yang tercetak ilmu dan peringatan di atasnya tu, ada usaha2 yang tidak sedikit.

Barangkali ada mata yang bengkak, mungkin bersengkang mata menghadap komputer untuk mendesign 2 atau lebih edisi tiap2 minggu. Mungkin juga ada tangan2 yang lenguh men'staple' gula2 untuk 500+- helaian tiap-tiap kali. Ada juga keringat yang mengalir untuk mengangkat dan membawa  risalah2 yang banyak sekali bilangannya ke DC. Ada sejumlah masa yang diperuntukkan, dalam kesibukan kuliah, tugasan dan sebagainya, demi untuk menyiapkan dan menyediakan risalah buat dikongsi bersama rakan2.

Sungguhlah, di sebalik Skuad Penyayang, ada usaha keras yang cukup bermakna. Bukan sekadar melayangkan kertas  kepada mereka yang lalu di sisi kita sahaja. Tetapi ia lebih dari sekadar itu. Semoga ALLAH memberikan rahmat dan berkat juga balasan yang setimpal kepada 'mereka' yang menggerakkan usaha di belakang tabir itu.

Dan bagi aku sebagai ahli biasa, mungkin yang termampu aku yang lemah ini lakukan setakat ini hanyalah.... Mengongsikan risalah hasil usaha dan kerja keras itu dengan rakan2 yang lain..

Maka kalau itupun aku masih mahu elak dari melakukannya walaupun aku mampu dan diberi ruang.. Apakah nilaian aku di hadapan ALLAH Ta'ala....

Syabas rakan2 ku yang telah bekerja keras! Sesungguhnya aku berasa malu dengan kalian.. Semoga ALLAH Ta'ala mengurniakan segala yang terbaik atas ganjaran apa yang kalian usahakan buat mengajak masyarakat, kembali menata jalan keredhaan.