Bismillah.
Assalamualaikum.
Di tempat aku, ada satu masjid yang apabila solat Tarawih, Alhamdulillah jemaah kemain ramai. Waktu mula2 masuk sampai takda ruang kosong. Then, bila dah beranjak ke hadapan, barulah semua orang dapat tempat masing2 di dalam saff. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Ramai yang tidak melepaskan peluang mengerjakan ibadat sunat yang sangat dituntut dan istimewa ini. Mungkin ada yang berkata " jangan sekadar terawih sahaja penuh, tetapi solat fardhu berjemaah, lengang!" Ya, memang betullah itu, namun bagi aku sekurang2nya, kita dapat lihat masyarakat sedang berjinak-jinak dengan masjid, melalui solat terawih. Cuba kita lihat dari sudut positif, dan jauhkan dari asyik menempelak. Pada masa yang sama, doakan dan terus berdakwah untuk mengajak orang sujud di masjid setiap kali Solat Fardhu. Terutamanya lelaki :).
Semalam, rakaat kelima hingga lapan, aku duduk di saff paling belakang, berdekatan dengan pintu. Di tepi pintu tu terdapat sekumpulan budak perempuan dalam linkungan umur budak2 sekolah rendah. Dah besar lah juga kiranya. Waktu tengah solat, agak rancak jugak depa ni bersembang. Kira macam diorang tengah dok dalam kelas, bersembang sementara tunggu cikgu subjek seterusnya masuk. Of course ianya sangat mengganggu.
Budak2 kecil pun ada juga, tapi diorang ni lain sikit, tak bercakap mahupun bersembang, tapi pergi main keluar masuk keluar masuk pintu dan menjerit2. Sabor jelah. Budak-budak..bukan tau apa sangat. Mungkin rumah diorang takde pintu kot, tu yang bila jumpa pintu jadi jakun semacam. Wah, jahat kan aku? Tapi tak kisahlah budak2, kecil lagi. Mungkin mak diorang dah pesan, tapi biasalah..
Tetapi yang aku tak boleh terima ialah bila budak2 sekolah rendah ni bising, makin lama makin bertambah volume dan topik perbincangan juga semakin meluas. Aku dah tak sedap dah rasa. Bagi aku, diorang sudah tahu akan keperluan menghormati orang yang sedang bersolat. Dah besar pun, dan sudah baligh mungkin.
Lantas, selepas habis rakaat keenam, sambil nak bangun ke rakaat ketujuh, aku pegang bahu salah seorang 'suspek' dan kata " adik, minta jangan bercakap ya.." dengan muka yang pura2 manis. Psikologi gituu. Aku guna teknik lemah lembut, sebab itu adalah amaran kali pertama. Then, budak tu cakap terima kasih kat aku. Baguihh juga depa ni, mungkin sebab tertawan dengan senyuman aku kot.hahaa..
Alhamdulillah, lepas tu aku boleh solat dengan aman, dah tak dengar dah diorang bercakap-cakap. Lepas solat aku ingat nak salam ngan budak tu, tapi diorang dah blah dah. Bila nak keluar,, aku tunggu jap kat tepi. Bagi peluang kat makciks2 nak keluar dulu. Aku saje je, berlakon sopan dan bertimbang rasa. Dengar2 suara imam terawih tadi macam muda lagi. Mungkin salah seorang makciks2 ni merupakan emak beliau. Justeru, aku harus mengambil langkah berjaga-jaga dari awal. Takpelah makcik, keluarlah dahulu. Tidak sopan pula kiranya anak ini ingin berebut dengan makcik. Bukankah bersabar itu amalan yang mulia?? ihikss..
Tiba2 aku terpandang note atas kertas A4 mengingatkan parents yang bawa anak kecil awasi anak anda baik-baik. Owh, dah diberi peringatan rupanya. Dan aku rasa dekat note tu patut tambah " Juga kepada jemaah masjid, sila awasi nada suara dan mulut anda ketika berada di dalam masjid serta silalah menegur dengan berhemah jika ada orang yang bising."
That's it. Kadang2 manusia takut untuk saling memperingatkan, dan memilih untuk bagi jelingan maut sahaja. Tell ya, jelingan maut tak akan merubah keadaan, tetapi lebih menimbulkan ketidaksenangan perasaan. Aku tak kata aku bravo gila berani tegur budak skolah yang dah tahu fikir baik buruk tu sebab bising instead of sekadar bagi jelingan maut dan merungut "ish, apelah naj jadi budak2 sekarang ni, dalam masjid pun nak bising!" ALLAH yang izinkan aku tegur.
Bukankah elok kalau kita tegur, sebab mereka itu bukan dari golongan kanak2 lagi dah. Sudah besar dan pandai berfikir. Juga, mungkin diorang tak perasan yang suara diorang terkuat sedikit sehingga mengganggu jemaah lain. Mungkin juga dari kecil diorang tak dididik dan diberitahu akan adab2 di dalam masjid. So, tegurlah dengan cara yang berhemah. Sekurang2 nya hati kita akan tenteram dari api amarah, dan mereka juga akan mendapat manfaat, inshaAllah.
Tapi sekarang ini, aku masih lagi tak pernah berani nak tegur dan ingatkan orang yang lebih tua berbanding aku, ataupun yang sebaya.. Astaghfirullah. Semoga kita terhindar daripada suka berbuat bisiing di masjid/surau dan dikurniakan sedikit kekuatan oleh ALLAH ta'ala untuk saling ingat-mengingatkan.
Oh, lagi satu aku teringat. Tadi sewaktu aku scroll senarai blog yang aku follow, ada satu blog ini, blog seorang kawan di Uitm Kuantan waktu Asasi. Lamanya tak berupdate. Aku agak suka baca entri2nya satu ketika dahulu, tapi kenapa ya, sudah lama tak diupdate? Bagi aku artikel yang ditulis adalah bermanfaat dan inshaAllah berkualiti. Semoga jika ia mendatangkan kebaikan, si penulis kembali menulis blognya, berkongsi ilmu ALLAH sekadar mampu, inshaALLAH. Ini link blog beliau ------> BLOG
No comments:
Post a Comment