Thursday, May 16, 2013

Di sebalik kupon kecil.

Bismillah. Assalamualaikum.

Aku ada satu kisah nak cerita. Ia berkaitan kupon kecil. Mungkin remeh, namun cukup membekas di jiwa. Setidaknya untuk aku.

Ada satu malam  minggu lepas, aku jadi moderator untuk forum derma organ dekat Dataran Kolej Mawar.

Waktu mula datang, aku duduk di kerusi audiens. Bila naik ke pentas, aku tinggal je beg dan handphone dalam beg. Waktu tu bateri sudah nyawa2 ikan.

Lepas selesai program, aku pun macam biasalah, duduk makan2 dengan panel dan ada sekali pengarah program (hafizul nama dia).

Berdekatan dengan meja kami makan ada satu meja pendaftaran dan tempat untuk daftar ikrar derma organ. Kat situ ada juga ajk bagi kupon untuk peserta. *Di UiTM, kupon adalah penting bagi markah KI (kemahiran insaniah).

Then lepas habis makan, panel pun dah balik semua. Aku pun nak balik, salam2 lah dengan orang yang dekat meja pendaftaran tu. Then hafizul cakap "Adibah, ambillah kupon tu".

Dalam hatiku berkata dengan angkuhnya "malas ah nak ambil. dan untuk pengetahuan engkau, program2 yang aku pergi aku tak ambil pun kupon.haha" Huh, berlagaknya manusia....Astaghfirullah.

Tapi kata2 hati terkeluar pulak kat mulut. Aku 'ter'cakap kat Fizul " Eleh, takyah laa kupon2 ni. Aku bukan guna pon." *sambil berlalu dengan laju menuju ke  bilik kolej.

Tapi taktau kenapa dengan tiba2, aku macam pergi balik dan ambil kupon tu dalam plastik. Sambil tersenyum kambing sebab sebelum tu mati2an taknak ambil. Aku ambil satu je kupon kecik. Simpan dalam beg. Aku pastika ia berada tempat yang selamat. Yang mana sangat jarang untuk orang seperti aku lakukan. Sebab aku akan campak aje segala barang (apatah lagi kertas2 kecil) dalam compartment paling besar dalam beg.

Tapi tidak bagi kupon ini.

Walaupun aku keras hati mengatakan yang aku memang tak nak pun ambil.

Then aku balik bilik. Tidur.

Esok paginya baru aku teringat, handphone dalam beg.

Aku ambil phone dan charge. Bila tengah charge, aku on phone.

Ada beberapa mesej masuk. Beberapa mesej dari malam tadi belum dibaca.

Aku buka satu persatu. Ada satu mesej dari wana. Mesej malam tadi. Jam 10 ++ mlm. waktu aku tengah forum.(Lebih kurang begini maksudnya)----> Mesejnya tertulis:


" Dibah, tolong ambilkan satu kupon untuk ain boleh? Kesian ain, dia stay dari awal program tapi tak sempat tunggu habis untuk dapat kupon sebab kitorang kena balik."


Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah....








p/s: Ini bukan kebetulan..Ini tanda kasih sayang ALLAH buat hambaNYA.
      Ini bukan sekadar kisah picisan, bahkan ia satu tamparan, buat jiwa2 yang sering melupakan ALLAH sentiasa hampir dalam setiap keadaan.




Setelah diselongkar, ini antara kupon yang ada dalam simpanan. (Beginilah bentuknya kupon kebanyakan program di UiTM). Ada beberapa kupon lain lagi. Tidak hairanlah jika saya tidak terasa ingin mengambilnya di mana2 program. Namun Subhanallah, rupanya yang saya pandang sebelah mata inilah, melaluinya ALLAH ingin mengajar sesuatu.


Sehelai kupon kecil, memadangnya selepas ini, bukan lagi dengan perasaan yang sama. Allahuakbar.

Seluruh isi dunia berada dalam genggamanNYA!

3 comments:

  1. MasyaAllah...subhanallah..Allah sedang mengajar kita.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak adibah..saya minat sangat kat akak dlm da'i pendakwah milenia tu...dan akak adalah salah seorang idola saya selain NABI MUHAMMAD S.A.W...mmm..akak kan pelajar jurusan tesl uitm kan???emmm..saya ni pelajar spm 2012 dan saya dapat asasi tesl uitm tu..saya jugak dapat matrikulasi kat penang..alhamdulilah...sekarang nie kak..saya dilema nak ambil asasi tesl atau matrik..saya bercita-cita jugak nak jadi teacher...tapi saya takut nak masuk uitm tu..sebab apa yang saya dengar dan tahu uitm tu macam universiti yang agak sosial jugak..lagipun tak ada sorang pun kawan saya yang dapat asasi tesl tu..saya nie budak sekolah agama..jadi..saya takut nanti kat sana saya tak jumpa kwn2 yang baik dan beragama macam akak...nanti saya mudah terpengaruh dengan suasana kat sana..nanti jadi kejutan budaya pulak..lagi satu..saya nak tanya akak...macam mana cara pembelajaran tesl tu sebenarnya?????susah ke kak??? lagi satu akak boleh tak ceritakan suasana uitm yang sebenarnya???
    saya haaaaarap sangat akak dapat bantu saya dalam masalah niii...tolong akak...balas komen ni kak sebelum terlambat...segala jasa baik akak hanya Allah yang dapat membalas...

    ReplyDelete