Sunday, January 16, 2011

Begitu Begini

Ya, memang mudah nak ikut arus, dan sungguh susah nak melawan derasnya.
Bila dah ramai yang begitu, memang susah nak kekalkan diri.
Bila yang begini sedikit bilangannya, dan kurang kuat pula pengaruhnya, memang senang nak jadi begitu.
Bila antara begitu dan begini pun tak tau mana satu nak dipilih, maka hati mula kecamuk,
Bila nafsu suruh begitu, tapi teragak-agak lagi nak tinggalkan begini, haruslah punya kekuatan untuk up jadi begini,
Bila begitu kita biarkan begitu, dan begini hanya bersama begini, tidak kena pula kerana sampai bila begitu harus kekal begitu?
Bila begini mulai hendak jadi begitu, maka sepatutnyalah begini begini,selamatkan begini dari jadi begitu.
Bila begitu hendak mula jadi begini, perlu terima dengan sepenuh hati, usah persoal mengapa begitu ingin jadi begini,
Bila begini mulai serasi dengan begitu, begini perlu kekal begini, biar begitu ingin dan ingin jadi begini lagi,
Bila begitu dan begini bertemu, pasti menuntut pilihan,
Mahu begitu? atau begini?
Begitu manis di sini, Begini manis di sana.
Begitu syurga di sini, begini syurga di sana.
Begitu tawa di sini, begini tawa di sana.
Begitu bersenang di sini, begini bersenang di sana.
Begitu sukanya di sini, begini sukanya di sana.

Antara begitu begini, biar kekal begini, walau tsunami melanda, harus jangan ubah jadi begitu.
Biar kekal begini..

No comments:

Post a Comment