Monday, January 31, 2011

CNY BREAK MISSION!!

Awak, cuti 4 hari ni awak nak buat apa? Tolak tepilah assignment, presentation yang kononnya awak nak buat kat rumah tu... Maksud saya, apa misi awak balik rumah kali ni? Nak solat 5 waktu sehari semalam kat masjid? nak bangun awal2 pagi tolong mak buat sarapan? Nak balas dendam tidur sampai waktu lunch?
Biasanya, sejak dari sekolah menengah lagi, kalau cuti lebih dari 2 hari, saya akan ada misi perkara yang hendak dijayakan di rumah. Biasalah, orang hati tegar macam i ni memang jarang balik rumah, sekali bila cuti sekolah, sudah pasti semangat berkobar-kobar nak buat macam2.
Tapi waktu sekolah dulu, misinya lebih kepada tidur sepuaspuasnya dan makan sebanyakbanyaknya..oH, sungguh huduh perangai ini..
Then bila dah besar, tak nak ah stay macam tu kan, perlu lah ada misi yang lebih bermakna sikit.
Dan misi kali ini agak mencabar, sebab ia melibatkan makhluk lain.

Saya ada dua orang adik. Lelaki dan perempuan. Firdaus dan Awadah. 8 tahun dan 13 tahun.
Salah seorangnya merupakan subjek misi waktu cuti.Tolak tepi si kuntut firdaus, fokus pada awadah. I'm gonna change her style. Memujuk dan menggodanya untuk memakai my old tudung lerang bersulam-sulam.

Sebab apa?
Dia dah besar. Dah masuk sekolah menengah. dan bagi seorang gadis, di dah matang dah pun (faham kan maksud ni..)
Jadi, dah banyak benda kena ambik berat. Dan yang paling penting first sekali bagi perempuan, mestilah aurat kan?
Sebab part ni memang mudah nak berdosa. Dan part ni juga memang susah nak jaga.

So, saya sebenarnya nak ajak dia pakai tudung besar. Bukan yang labuh berjahit tengah tu, tapi yang bawal besar boleh pin kat bahu tu. Baru nak berjinak, bagi ah dia rasa nak fesyen2 sikit. Boleh dia letak brooch teddy bear ke, bunga2 ke, barulah dia minat.inshaAllah.

Paling penting sebenarnya saya nak dia belajar menutup aurat betul2 sedari awal lagi. Biar \pun baru 13, tapi bagi saya usia ini dah cukup ideal untuk dia mula. Kalau dulu saya start agak lambat, iaitu waktu Form 3, saya nak sangat dia start awal dari saya. Kalau dulu saya baru belajar pakai sarung kaki bila keluar waktu Form 2, saya nak sangat dia praktis lebih dahulu dari saya. Kalau dulu saya sedar hakikat itu dengan sebenar-benarnya pada usia 16 tahun, saya mahu dia sedar hakikat itu lebih awal dari saya.

Saya akui, dan saya sesal, saya mulakan segalanya agak lambat. Saya mula betul2 melabuhkan tudung saya selepas 15 tahun Allah beri peluang saya hidup. Namun apapun saya bersyukur, sebab DIA bagi saya peluang juga untuk sedar dan mengorak langkah untuk berhijrah.

Dan kini, bila saya sudah terima dan sedar akan hakikat yang sebenarnya, sedar apa yang perlu saya kenakan pada tubuh saya sebagaimana yang Allah syariatkan dan Rasulullah sampaikan, saya tidak ingin sendirian. Saya ingin ramai turut bersama, terutamanya yang paling dekat dengan jiwa saya, keluarga saya.

Doakan saya berjaya. Misi ini saya harapkan temu jayanya. Saya hanya mampu usaha, natijahnya Allah yang tentukan. Semoga Allah, lembutkan hatinya...

Tak sabar nak balik!!!

No comments:

Post a Comment