Wednesday, August 17, 2011

Nak mula pakai tudung/tudung labuh, tapi masih ragu2.


Tengok budak kecik ni, lepak je pakai tudung walaupun dia baby boy.
His name is naimi, Formerly known as Naimi Debab. =)


Assalamualaikumwarohmatullah :-)


Hari ini cuti bersempena Nuzul Quran, (Penurunan wahyu Al-Quran kepada Rasulullah, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam).

Murid-murid sekolah pasti ramai yang tersenyum lebar, kerana


CUTI= TIDAK PERLU KE SEKOLAH+BANGUN LAMBAT 'SIKIT' + TENGOK KARTUN+MAIN MERCUN BAWANG SEPANJANG SIANG.



Tapi kalau saya waktu sekolah dulu, saya tak suka cuti dan lebih suka ke sekolah waktu puasa, sebab




CUTI= MASA DIRASAKAN LAMBAT BERLALU MACAM SIPUT APABILA DUDUK DI RUMAH +BOSAN MEMBUATKAN PERUT LEBIH TERASA LAPAR
~KRUUITT KRUUIITT~ (bunyi perut)


Tapi saya tertanya-tanya, ada tak antara murid sekolah yang apabila cuti, terutamanya cuti pada hari ini, dan dalam bulan puasa sebegini, mereka gembira kerana:



CUTI= PUNYA LEBIH MASA UNTUK BELAJAR MENGAJI AL-QURAN DENGAN USTAZ/ATOK+ DAPAT MENGAJI SENDIRI BANYAK-BANYAK SEBAB ADA BANYAK MASA.



Mungkin ada, tapi mesti tak ramai, bahkan saya pun tak macam tu kalau cuti waktu sekolah dahulu (sekarang pun..isk..isk..).


Kalaulah ada, betapa bertuahnya ibu bapa si anak, dan betapa beruntungnya negara untuk mempunyai modal insan yang sebegitu, bukan yang hanya pandai berjoget sambil menyanyi dan melaungkan "T*M T*M B*K! T*M T*M B*K!" sahaja pada waktu cuti.


Justeru (ayat BM dulu2..harharharrr.Tapi sekarang tak selalu guna dah, sebab dah terlibat dengan english edukesyen), itulah pentingnya peranan sebagai ibu bapa dan guru2 untuk mendidik anak-anak sedari awal, dan jika sudah bercita cita hendak mendidik anak-anak/anak-anak bangsa a.k.a. anak murid, haruslah dimulakan dengan mendidik diri sendiri dahulu.


Jadinya dalam nak mendidik diri, pasti ada part2 yang perlu kita 'upgrade'kan, perlu kita ubah sikit, baiki yang mana perlu, dan telek mana kurang.


Kemudian, haruslah kita berhijrah ke mana yang patut. Itu yang saya nak cerita hari ni, tentang melakukan PERUBAHAN, tentang hijrah diri ke arah yang lebih baik.


Dan untuk entri ini, khusus buat kamu, atau mungkin dia, atau mereka, dan pastinya saya, yang mana ingin mula memakai tudung. Ataupun yang sudah bertudung, tetapi ingin mula mengenakan tudung yang lebih labuh bagi benar-benar melindungi perhiasan indah yang Allah kurniakan kepada kita ini. :-)



Saya ada dapat beberapa mesej dan PM di Fb dari beberapa sahabat-sahabat saya yang baik hati (semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan mereka kekuatan) bertanyakan dan minta pandangan tentang macam mana nak start pakai tudung labuh/besar/bidang 60, dan ada juga yang baru nak mula pakai tudung, tapi masih ragu-ragu untuk mula.


Macam-macam faktor yang menjadi penghalang dan perencat (baca: melambatkan proses transformasi kepada pemakaian tudung/tudung labuh) antaranya:
Bimbang akan persepsi masyarakat, dan juga pandangan serta penerimaan teman-teman dan ahli keluarga.


Juga ada yang khuatir tak dapat teruskan memakai tudung/tudung besar apabila sudah mula. Lebih kurang macam bimbang diri tak dapat nak adapt atau senang kata 'istiqamah' lah nak pakai tudung ni.


Saya ni mungkin bukanlah orang yang terbaik untuk memperihalkan tentang ni, sebab saya pun masih lagi dalam usaha untuk menutup aurat sebaik mungkin. Tapi, kalau nak tunggu sempurna baru boleh saya beri pandangan, maka sampai bila pun nampaknya tak tertulis lah pasal ni, kan?


Maka inilah, pada petang yang terik ini, ditemani suara Pak Nil sedang melaungkan TOM TOM BAK! TOM TOM BAK! bersama anak-anak cilik yang cute, sayup-sayup kedengaran melalui peti suara TV di ruang tamu, saya ingin kongsi beberapa tips, untuk kamu, gadis-gadis manis yang ingin melakukan satu perubahan; demi mencari keredhaan Allah, inshaAllah. =)




1) Pasangkan niat yang jelas; Melakukan perubahan kerana ALLAH. Bermatlamatkan keredhaanNYA, dan mengharapkan rahmatNYA.


Mula2 sekali, yang paling penting sudah tentu kena pasangkan niat dengan betul, niatkan kerana Allah. Ingin menutup aurat dengan sempurna kerana ia merupakan satu kewajiban wanita muslim, yang mana setiap wanita Islam, tidak kira putih atau hitam, cantik atau comel, melayu mahupun nigeria, TESL mahupun LAW, belajar di pondok mahupun di Ipta, anak Dato' mahupun anak driver Dato', semuanya WAJIB mengikuti perintah Allah.


Apabila niat sudah bulat hanya kerana Allah dan bukan kerana manusia, inshaAllah, halangan-halangan yang dirasakan besar seperti gunung akan mampu dihadapi seperti melangkah busut di tepian jalan.





2) Pedulikan apa orang nak cakap.


Ini lagi satu yang sangat penting. Lebih kurang 80% orang yang pernah saya dapati menghadapi masalah untuk berubah adalah kerana 'Cakap-cakap orang keliling'.

Memang tak dinafikan, ada je orang-orang yang bermulut kureng sopan (perkataan asal:mulut longkang), yang apabila kita nak mula pakai tudung, ataupun pakai tudung labuh sikit, sedap aje mulut nak mengata macam-macam.

Yang itu memang kita tak boleh nak buat apa kan. Dah mulut orang, kita lantakkan aja. Dan doakan juga agar mereka dikurniakan Hidayah. Satu kelebihan kita ni perempuan, sebenarnya kita punyai satu kekuatan dalaman tersendiri yang dianugerahkan Allah. Lihatlah, kita diberi kekuatan untuk melahirkan anak dan sesetengahnya menghadapi sakit yang amat sangat tiap-tiap bulan.


Kita ini kuat sebenarnya, tetapi kita sendiri yang melemahkan kekuatan dalaman kita dengan menggunakan sifat sensitif dan mudah tersentuh yang ada di dalam diri. Sepatutnya kita gunakan sifat sensitif kita untuk rasa sensitif terhadap perkara2 maksiat, bukan untuk menghalang dan melemahkan semangat kita untuk buat sesuatu yang baik.

Dahulu, ada seorang perempuan ini, dia nak pakai tudung, tapi biasalah, parents dia orang berada, yang jenis tak suka anak2 bertudung, kolot katanya. Mak aih, padahal tak lucut pun gelaran Dato' Datin kalau anak dia pakai tudung saji sekalipun. Tak cukup dengan tu, kawan perempuan ni turut memperlekehkan dan meng 'eeuuwww' kan niatnya untuk berubah.



Tapi disebabkan si anak ni bertegas jugak nak pakai tudung, dia nekad, dan dia pakai juga akhirnya. Still, sampai sekarang (dengan izin Allah) beliau ni still je pakai tudung, bahkan pakaiannya pun tidak menampakkan susuk tubuh.



Lihatlah, betapa tohmahan daripada manusia tidak dapat melemahkan semangat dia dan menggugah pendiriannya untuk mengikut perintah Allah.



Satu cara paling best yang boleh kita lakukan untuk menghadapi golongan macam ni ialah: Bila diejek, senyum sahaja, sambil dalam hati beristighfarlah kepada Allah, pinta dipinjamkan kekuatan, dan juga mohonlah padaNYA agar mereka ni juga dikurniakan kesedaran dan hidayah. Sebenarnya kita patut kesian kat diorang ni, sebab masih tak nampak jalan yang sebenar.



Lagi satu, kalau ikut saya, boleh je sekali sekala kita nak bidas kata2 mereka ni, tapi biarlah dengan ayat-ayat yang penuh berhikmah, sebab kadang-kadang manusia ni perlu disedarkan juga, agar dia tak pandang bahawa kita yang memakai tudung/tudung labuh ni sebagai lemah dan mudah dipijak-pijak kepala. Namun, kita berpadalah apabila nak balas tu. Jangan balas sebab rasa sakit hati dan nak balas dendam, cukuplah sekadar balas untu menjelaskan perkara yang betul, dan menegakkan kebenaran.



So, untuk tips kedua ni, yang paling penting sebenarnya adalah terus bina kekuatan! Jangan biarkan benteng pertahanan kita roboh dek tujahan kata-kata pedas masyarakat.



Tidak dinafikan kadang-kadang kita berasa lelah dan lemah dengan perangai manusia di sekeliling kita, namun ingatlah bahawa Allah akan senantiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, dan pertolongan Allah itu pasti tiba buat hamba-hambaNYA yang bertaqwa dan mengharapkan keredhannya. :-)




3) Jangan pernah merasakan pakai tudung/tudung labuh itu ketinggalan zaman.


Ada sesetengah orang berpendapat pakai tudung ni, ataupun lebih tepat lagi pakai tudung labuh ni ketinggalan zaman, kolot ataupun serabut. Saya pernah dulu, waktu kecik-kecik, saya rasa orang yang pakai tudung labuh ni serabut dan bila tengok ada orang pakai tudung labuh, mesti saya ingat dia golongan makcik makcik, walaupun si pemakai tu sebenarnya masih muda belia lagi. Huwaaa..entah apa yang tak kena dengan kepala otak saya waktu tu. :-(



Tapi bila dah besar sikit, dan apabila Allah mentaqdirkan saya masuk pula ke sekolah yang diwajibkan memakai tudung style makcik makcik tersebut, barulah sedikit demi sedikit saya jelas dan mendapat pencerahan tentangnya.



Kadang-kadang mungkin akan terdetik juga hati kita merasakan pemakaian tudung kita ini agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain, apatah lagi apabila kita masuk ke mall yang hampir semua anak muda sebaya kita berpakaian mengikut trend dan ada style.



Namun, kita kena yakinkan diri sendiri, bahawa, pilihan kita, apa yang kita pakai, dan tujuan kita melakukan itu semua kerana Allah merupakan aspek yang paling berharga. Bahkan tidak akan terkalahkan oleh ke'stylo'an, ke'cool'an, keindahan, mahupun segala kemewahan yang terdapat pada pakaian yang tidak mengikut syariat dan yang paling penting, tidak mampu untuk melindungi tubuh dan kehormatan kita.

Yakinlah duhai muslimah bertudung dan berbusana mengikut apa yang telah ditetapka olehNYA, bahawa kita tidak akan pernah ketinggalan zaman, kerana hukum Tuhan itu untuk sepanjang zaman, dan kita style, kita cool, juga kita bergaya, dengan cara kita yang tersendiri.
Lagipun, sanggupkah kita kelihatan cantik sekadar di mata manusia, namun sebaliknya di mata Allah s.w.t..



4) Jangan fikir " Aku belum cukup baik untuk pakai macam tu, macam ni".


Satu lagi alasan yang mungkin mengikat diri daripada melakukan perubahan adalah kita berpendapat bahawa kita masih belum cukup baik ataupun layak untuk bertudung/bertudung labuh.

Ramai juga yang mengatakan "aku taklah sebaik mana nak pakai tudung/tudung labuh macam ni. Kau tahulah aku macam mana, kan..Karang elok2 je sopan pakai tudung, tiba2 gelak macam hantu, tepuk tampar dengan lelaki apa semua. Tak guna jugak kan..." (Itu dialog reka sendiri. Nak lagi real, korang buatlah dialog sendiri ikut pengalaman).



Kalau kita fikir2 balik, patut ke perkara ni dijadikan satu alasan untuk kita buat perkara baik? Perkara ni sebenarnya lebih teruk daripada kita tak buat sebab dengar kritikan orang, sebab kita jadikan DIRI SENDIRI, dan SIKAP kita sebagai halangan.



Padahal, kita mampu untuk mengubah perkara tersebut (dengan izin Allah, inshaAllah).
Ya, tak dinafikan, mungkin ada yang berniat baik sebab tak nak nanti orang cop orang yang pakai tudung/tudung labuh ni bukan2 disebabkan sikap diri sendiri, tetapi mengapa kita memilih untuk meninggalakan sedangkan kita boleh lakukan sesuatu.




Ibaratnya kalau kita ingin mendaki gunung, tapi kita ada penyakit gayat (adakah gayat sejenis penyakit? saya pun tak sure. Nanti korang check balik) . Kita rasa macam tak mampu nak naik, tapi di puncak gunung tersebut ada sejumlah harta yang sangat banyak. Dengan cincin berlian bernilai jutaan ringgit, permata, barangan kemas Poh kong, dan lain-lain lagi. Maka takkanlah kita nak tinggalkan semua tu hanya kerana kita gayat? Mesti kita daki jugak, sedikit demi sedikit, sambil sambil tu, kita cuba untuk atasi kegayatan kita terhadap tempat yang tinggi. Last last, bila dah sampai, harta dapat, gayat pun hilang! Best tak? best tak? Best kan..



Meskipun analogi tu saya rasa macam tak berapa kena, (biasalah menaip petang-petang idea termendap sikit), tapi itulah ibaratnya. Takkanlah kita nak tinggalkan sesuatu yang berharga, bahkan tidak ternilai dengan dunia dan seluruh isinya, yakni keredhaan Allah dan ganjaran yang dijanjikanNYA di akhirat yang kekal abadi, hanya kerana sikap yang ada dalam diri kita?
Kita mampu mengubahnya, jika kita bertekad dan kita yakin, kita akan lakukan, inshaAllah.


Tapi jika kita sendiri yang beralasan dan terlalu menjakan diri untuk stay dan tidak melakukan perubahan, nescaya selama-lamanya kita akan berada di takuk lama. Tidak akan berubah, dan terus mencipta alasan demi alasan bersandarkan kelemahan diri sendiri.



Jadi, ini sahajalah yang saya ingin kongsikan serba sedikit.



Dan buat teman muslimah yang tersayang, ingatlah sesungguhnya perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk kita persiakan tiap detik dan waktunya.
Janganlah kita berlengah untuk melakukan perubahan demi mendapat keredhaanNYA, kerana tiada siapa yang dapat meneka, bila Izrail akan mengunjungi kita, dan mencabut nyawa kita yang mana selepas itu, tiada lagi peluang untuk kita kembali untuk membaiki segala kesalahan dan kesilapan semasa hayat di dunia.



Justeru, selagi masih ada kesempatan, pohonlah padaNYA agar dikurniakan hidayah, dan dipinjamkan kekuatan, semoga kita akan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang mu'min dan bertaqwa. Amiin.



Buat para Muslimin yang menjadi pemimpin kami, janganlah berlengah, perhatikanlah isterimu, ibumu, dan saudara perempuanmu. Janganlah biarkan mereka terumbang ambing tanpa bimbingan. Nasihatilah mereka sebaiknya.Gagahlah dalam membela kehormatan dan kemuliaan agama. Jangan ragu-ragu untuk menasihati kami, dan menegur kami dengan hikmah.



Pernah juga saya terfikir, kasihan juga pada lelaki ni ya..
Sebab, mereka dijadikan pemimpin bagi wanita, dipertanggungjawabkan ke atas wanita. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Walaupun pada zaman sekarang ni, ramai lelaki yang mengambil mudah akan tanggungjawab yang berat ini.


Tapi saya yakin, Allah maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Berserta tanggungjawab yang berat tersebut, Allah lengkapkan para lelaki ini dengan kekuatan dan juga kebijaksanaan yang tersendiri. IshaAllah, lelaki yang pintar akan menggunakan semua kelebiha dan potensi yang ada untuk menjadi khalifah dan hamba yang sebenarnya.


Akhiran, untuk muslimah sekalian, mari kita berubah bersama-sama, ayuh tingkatkan usaha memperbaiki diri, apatah lagi di bulan yang dijanjikan pelbagai keistimewaan ini.


Untuk sahabat sahabat yang masih ragu, yakinlah..Anda mampu melakukannya!



Just give it a go!!

Just give it a try!!

Come on!

You can do it!

(sorakan diiringi tarian pom pom)





Bonus: Sebagai catalyst untuk melakukan perubahan, di sini ada beberapa link online shop yang menjual tudung-tudung labuh yang menarik dan cantik. ! Jom kita shopping sama2!! (^_^)




Shop 1

Shop 2

Shop 3

Shop 4




Korang yang boys pun boleh jenguk-jenguk, boleh bagi kat mak, kakak, adik, nenek, mak sedara, jangan buang tebiat pakai sendiri sudah...

























5 comments:

  1. Allahuakbar..dlm prkongsiannya teh..
    Alhamdulillah..mga Allah trus mngilhamimu agr karya2 trbaik akn trlahir lgi drimu..
    ..syukran ateh~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah~
    he he.
    buat buku lah mcm ni ateh?
    soo awe inspiring~
    moga boleh tulis byk lagi karya2 yg mmbuka minda.
    muchos gracias amigos~ :)

    ReplyDelete
  3. dibah...dibah...dibah~bestnyer post nie
    thank you sangat2 :)

    ReplyDelete
  4. Rye~ U're welcome.Thanks to Allah for permitting me to write it, and giving me the idea. It's all from HIM.:-)

    Wajie@usu~ Alhamdulillah.Haza min fadli rabbi, semuanya dari DIA =). Ateh ternanti-nanti coretan emas usu pulak ni.

    Dyana@achik~ InshaAllah, chik. Segala puji bagi Allah. :-)Achik pun, bilanya nak hapdet lagi tentang cerita2 dari buku2 yang acik baca tu..share ah dengan orang malas ni..hehe..

    Hidayah~ Alhamdulillah,semoga ada manfaat buat kita bersama, inshaAllah. Tinul punya tudung pun dibah suka..hehe..(^_^)

    ReplyDelete