Monday, August 15, 2011

Pengalaman di penjara.

Penjara tidak akan dapat memenjarakan hati orang-orang mu'min untuk terus bercita-cita tinggi menegakkan agama!

~pics courtesy from google~




Assalamualaikumwarohmatullah :-)


Ramadhan sudah separuh berlalu meninggalkan kita. Maka beruntunglah siapa yang benar2 memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang beruntung, tidak terleka dengan keasyikan dunia yang sementara. Pada 10 Ramadhan lepas, saya pergi ke BSN, menguruskan hal yang tertunggak. Susah juga jadi dewasa ni ya, macam macam perkara perlu diuruskan.


Saya sudah mula dibebani dengan bil WIMAX setiap bulan, walaupun saya langsung tak guna sebab di Jengka tiada perkhidmatannya. Sedih kan? Saya juga sudah mula menguruskan hal-hal berkaitan bank dengan sendiri. Sebelum ini, manalah saya reti, Nak tekan mesin untuk nombor giliran pun saya tak pandai mula-mula. Tapi Alhamdulillah, hari tu saya berjaya uruskan sendiri semuanya dari A sampai Z. =). Satu peningkatan dalam diri.


Lepas ke bank, saya ke satu kedai buku, dan saya terjumpa satu buku dengan cover yang sangat menarik. Warna kuning bercampur coklat, dengan corak ukiran di kelilingnya. Saya ambil, dan bayar. Sampai di rumah, sampulkan dan mula membaca! Hari ini, saya benar-benar nak kongsi dengan kamu semua tentang buku ini. Ia kisah yang sangat sedih, gembira dan indah.



Apa lagi yang boleh menyentuh dasar hati kita yang paling dalam selain kisah benar yang diceritakan di atas kertas dengan seluruh jiwa sang pencerita?
Yang membuat saya boleh membaca tanpa jemu dari muka hadapan sehingga ke perkataan terakhir adalah kerana penulisnya, dan kerana subjek penceritaanya, dan kerana ia berbentuk cerita. Mari sini saya kongsi serba sedikit bersama anda. Ia tentang.....







Aku, dan Al-Ikhwan Al-Muslimun


Prof. Dr Yusuf Qaradhawi






Dr. Yusuf menceritakan pengalamannya berada dalam gerakan Islam di Mesir, iaitu Ihwanul muslimun. Saya rasa, ramai kot yang pernah dengar tentang gerakan yang terkenal ni. Paling kurang pun pernah dengar nama pengasasnya, iaitu As syahid Imam Hassan Al-Banna.




Dalam buku ni, part yang paling menarik bagi saya ialah, bila Dr. Yusuf membuka hikayat kehidupan para ikhwan di penjara. Para ikhwan (anggota gerakan Ikhwan) ni, mostly pernah dimasukkan ke dalam penjara tanpa sebab yang kukuh. Yang part ni, nanti korang beli baca sendiri ya, macam mana penubuhannya, gerakan dakwahnya, halangan halangan dan dugaan yang dilalui, dan banyak lagi kisah menarik yang boleh buat mata kita segar membaca walaupun dah lewat malam.




Apa yang saya nak sangat share dengan korang adalah part dalam buku ni di mana Dr. Yusuf Qardhawi bersama para ikhwan yang lain ditahan di dalam penjara; kehidupan mereka di sana dan penyeksaan yang dihadapi serta ketabahan dan kecekalan mereka menghadapinya.



Untuk pengetahuan korang, menurut apa yang diceritakan dalam buku ni, para ikhwan yang ditahan di dalam penjara dah membuatkan penjara tersebut bertukar menjadi satu 'pusat latihan' bagi ikhwan. Mereka ni bukan sahaja mengadakan solat berjemaah beramai ramai, tetapi turut mengadakan forum ilmiah dan diskusi. Tiada senggang waktu yang disia siakan buat mengenang nasib sedih kerana dihumban ke penjara atas kesalahan yang memang mereka tak buat, bahkan hampir setiap detik dihabiskan dengan berzikir, solat, mengaji Al-Quran dan juga berkongsi ilmu.


Betapa hebatnya mereka ni menjadikan penjara yang terpisah dari dunia luar sebagai tempat untuk saling berkongsi ilmu dan meningkatkan amal ibadat. Jeriji besi dan tembok batu yang disangka dapat menghalang para ikhwan untuk terus menyebarkan dakwah dan menegakkan keadilan itu rupanya tidak mampu langsung menghalang mereka untuk terus menerus mengumpul kekuatan spiritual, mendekatkan diri dengan Sang Pencipta, mengasah ketajaman minda dan melatih diri menjadi insan yang sabar dan redha. Juga langsung tidak memadamkan semangat perjuangan Islam yang marak menyala dalam diri masing-masing.


Itu yang bab macam mana mereka boleh memanfaatkan kehidupan di penjara sebaik mungkin, ni sekarang ni saya nak cerita pula serba sedikit bentuk penyeksaan yang mereka alami. Ada antara anggota ikhwan yang telah dijatuhi hukuman bunuh, antaranya ialah Abdul Karim Audah, Sheikh Farghali, Yusuf Tal'at, Hassan Hudhaibi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-2, dan hukuman tersebut diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup), dan juga Sayyid Qutb.

Antara seksaan yang kejam dikenakan kepada para ikhwan di penjara ialah, dipukul dengan keras, (tapi yang ni dah kira rutin ah, selalu sangat kena). Lepas tu, mereka juga diarahkan untuk berdiri dan mendepangkan tangan ke dinding selama beberapa jam, lepas tu siapa yang bergerak, akan dipukul dengan ganas. Lepas tu ada lagi, mereka juga pernah dipaksa untuk memukul muka sahabat sendiri, dan kalau tak nak buat, mereka pulak yang akan dipukul.


Dah tu, bukannya pukul sikit sikit macam pakwe makwe main tepuk tampar, ataupun macam ayah kita pukul kalau mengintip anak dara orang mandi, ini pukul dan belasah yang hardcore punya, sampai boleh berdarah darah bernanah dan meninggal dunia. Pulak tu, yang dah diseksa dan meninggal tu akan dikumpul kat ruang tersembunyi di sudut penjara, lepas tu akan dibawa oleh tentera ke Pdang Abasiah untuk dikuburkan dalam satu lubang. Tanpa dibersihkan, tanpa dikafankan, apatah lagi disembahyangkan. Isk..isk..sedih kan.. Kalau korang baca sendiri lagi pilu rasa hati.


Ada lagi, mereka ni juga hanya diberi makan makanan kering yang sudah diselaputi kotoran dan keras. Antaranya ialah roti keras (sampai ada antara ikhwan yang berseloroh cakap roti tersebu dicampur dengan simen), kismis kering dan lain-lain yang keras-keras dan kotor belaka. Makanan tu pulak ciput2 je dia bagi.



Pergi tandas pulak, 2x sehari je boleh pergi, iaitu waktu pagi dan senja. Tak kira sama ada sakit perut ke, sembelit ke, kencing tak lawas ke, cirit birit ke, tetap jugak HANYA 2 KALI!.



Wah2..kalau kita lah kena macam ni, maunya tak menangis. Tapi dalam buku ni, Dr. Yusuf ada menyebut, bahawa yang muda2 termasuklah beliau pada ketika itu, akde masalah sangat, tapi kesian kepada para ikhwan yang tua, bisalah kan, selalu nak ke tandas. Kalau nak membuang jugak, mereka kena buang dalam satu bekas kulit kecil yang disediakan di dalam ruang sel penjara. Dan belas tu jugaklah yang digunakan untuk mengisi air minuman. Nak buat macam mana, kalau dah sakit perut, terpaksa jugaklah membuang dalam tu.


Pernah juga ada seorang ikhwan ni nak tolong bersihkan najis sahabatnya yang ada dalam bekas tersebut (betapa hebatnya ukhuwah diorang ni. Kalau kita, ada nak tolong buang najis sahabat sendiri??Tolong warning "kau jangan lupa simbah bersih2, kalau berbau, nahas kau!" lagi adalah..kan?). Dia pun bawaklah bekas tu senyap-senyap ke tandas. Tapi, disebabkan bekas tu terlalu penuh dengan najis, ada air najis yang menitis dari bawah bekas tu, terus ke lantai. Ada pegawai penjara yang perasan, dan apa lagi..ikhwan tersebut disuruh menjilat air tersebut sampai bersih!


Sungguh sungguh hebat ujian seksaan yang dihadapi, mental dan fizikal. Emosi dan jasmani. Kalau kita hari ni, maunya tak sampai sehari kena seksa macam tu, terus sawan dan pura pura mati.

MasyaAllah, betapa hebat ujian yang Allah turunkan kepada orang orang yang sanggup menjual jiwa dan harta di jalan Allah, padanlah dengan ganjaran yang super duper hebat yang Allah janjikan di akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." (At-Taubah:11)


Banyak lagi seksaan yang dilalui oleh para ikhwan diceritakan dalam buku ni. Yang saya statekan di atas baru tak sampai 50%. Jadi, kalau nak tau the whole story dengan real dan menghayati kisah kisah hebat tu dengan penuh perasaan dan kesedaran, lebih baik kalian beli sendiri, dan baca.


Sekarang mari kita masuk bab bagaimana para ikhwan tersebut menghadapi segala ujian dan seksaan di penjara.

Ini lagi satu yang membuatkan saya rasa buku ini sangat menarik. Menghayati kisah di dalamnya,( Dengan izin Allah), membuatkan saya sedar dan percaya bahawa kebergantungan kepada Allah itulah yang membuatkan para ikhwan ini tetap bertahan di dalam penjara, tetap mantap dan teguh aqidah walaupun telah diseksa dengan kejam, dan tetap bersemangat memperjuangkan Islam walaupun teliah diancan dan diugut dengan keras.

Mereka bukan sahaja tidak mempunyai rasa ingin membalas dendam kepada para pengawal dan pengarah penjara yang telah menzalimi mereka sungguh sungguh sehingggakan sanggup melarang dan menyiksa mereka yang dilihat solat berjemaah dan membaca Al-Quran, bahkan mereka turut menghamparkan seluas keredhaan dan pengharapan kepada Allah.


Mereka melalui semuanya dengan keimanan yang jitu, mental yang teguh, dan hati yang tidak pernah terputus dari Allah dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Biarpun mungkin fizikal mereka lemah dimamah belantan dan kesejukan yang menggila di sel penjara hari demi hari, namun hati dan roh mereka kekal kuat dan mantap, kerana mereka yakin dan percaya, ini adalah sunnah yang pasti berlaku kepada para pejuang dakwah, dan penjunjung risalah, bahawa jalan juang itu tidak ditaburi dengan keindahan ros mahupun tar hitam yang berturap indah, namun jalan untuk menngapai kemenangan di dnia dan kebahagiaan di akhirat pasti dipenuhi duri dan dibanjiri darah, dengan gelimpangan tubuh para syuhadaa'.


Kesimpulannya, saya syorkan sangat-sangat lah kepada kamu semua untuk beli buku ini, dan baca. Saya ambil masa dalam lima hari untuk menghabiskan buku ni. Jangan kita mengejar nak habiskan buku cepat, tapi inputnya hanya sedikit yang kita boleh ambil. Bacalah, baca dengan membawa jiwa untuk turut sama menghayati. Lontarkan diri kita ke dalam cerita tersebut, biar kita seolah-olah turut sama berada di dalam perjuangan mereka, merasai ruh mereka, menjiwai semangat mereka, dan mendalami kesungguhan dan kecekalan mereka.

Sekian sahaja untuk hari ini. Ada lagi satu buku yang menunggu untuk disampul dan dibaca. Jadi, sekarang saya sudah tak boleh berlama-lama sangat online, sebab saya sudah menemukan kembali kecintaan saya terhadap buku, yang dahulunya pernah hilang sebab terlalu kerap menghadap laptop.

Sebelum tu, mari kita sama-sama menghayati satu Firman Allah ta'ala:
Tapi saya kongsikan maksudnya sahaja ya, nanti kamu rujuklah al-Quran yang selalu dibaca tu :-)


Firman Allah Ta'ala:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana (datang kepada) orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan pelbagai macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya: "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".

(Al-Baqarah:214)



Rabbanaa laa tuzigh qulubanaa ba'da iz hadaitanaa wa hablanaa min ladunka rahmah,
wa hayyi' lanaa min amrina rashada.
Amiin ya Rabbal 'Alamiin.




Semoga Allah mengampuni dan mengasihi para pejuang agama Allah, dan mengasihi mereka, dan memasukkan mereka ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang soleh, membalas segala kebaikan yang telah mereka lakukan untuk agama dan umat, dan menjadikan kita dan mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat keredhaanNYA dan orang-orang yang redha kepadaNYA. Amiin.










3 comments:

  1. Eh, senyum sokmo die..hehe..;-)

    ReplyDelete
  2. huhu..hnya mnanti detik..saat dan ketika utk ateh update blog..akhirnya pnantian trbayar dngn prkongsian ckup brmanfaat..syukran atehku.

    ReplyDelete
  3. Usu~ hehe..ada2 je usu ni :-)
    Alhamdulillah. 'Afwan ya habibatiy.

    ReplyDelete