Saturday, February 4, 2012

Bukan ingin cantik memukau, cukuplah sekadar kemas menyenangkan..:)

Assalamualaikum..

Hari ni punya post, nak guna ganti nama 'aku' ya, supaya kita boleh rasa lebih 'feel', sebab hari ni setelah sekian lama tidak melakukannya, kita akan kembali ke segmen memory lane..
Biasalah, nak citer kesah nenek waktu muda mudi dulu, flashback haruslah guna 'aku' kan..ihik..ihik..

Okeh, ayo kita bermula!!


Waktu kecik2 dulu, sepertimana yang aku pernah mention sebelum ni, aku tak boleh tengok perempuan pakai tudung labuh, sebab aku akan rasa dia macam...ermm...ermm.. sebenarnya aku serba salah nak guna perkataan ni, tapi aku tak jumpa cari perkataan lain yang tepat untuk menggambarkannya, jadi no ofence okay, jangan tersinggung, ni cuma kisah lama2, jangan ambil hati ye kalau ada yang tak seswaii.


Macam nilah, aku tend to rasa yang pakai tudung labuh ni macam agak serabut sikit. Sikit je tau, tak banyak. Dan lagi sekali tolong jangan terasa hati atau ada apa2 judgement pelik bila aku cakap macam ni. Waktu tu kan aku masih kecil dan polos juga comel (betul tau, waktu kecil2 mak aku cakap aku pernah jadi kanak-kanak yang comel. Cuma bila dah besar, entah ke mana pula kecomelan aku menghilang. Oh, lupakan! ) jadi apa yang aku lihat, itulah yang aku judge ikut logik akal kanak-kanak. Dan anehnya, aku masih ingat lagi sampai sekarang. Itulah kadang-kadang aku hairan gak, banyak peristiwa waktu kecik aku ingat lagi sampai sekarang.


Antara sebab yang buat aku fikir macam tu adalah:

1) Banyak kali kalau aku jumpa orang yang pakai tudung labuh, kat tudung dia mesti ada macam comot2.

2) Mostly waktu kecik kalau aku nampak orang pakai tudung labuh jugak, tudungnya berkedut-kedut, lepas tu lipatan tudung macam tak kemas.

Rasa bersalah sedang menggigit-gigit tangkai hati aku sebenarnya untuk aku tulis macam ni, tapi itulah hakikatnya. DAHULU, okay? DAHULU.. sekarang dah okay, bahkan dengan aku sekali syok pulak rasa pakai tudung labuh. Seronoknya ewah, ringkas dan senang pula tu.

Baru tiga minit bersiap,...tadaa!!


Saya dah pun siap berpakaian lengkap.*tepuk-tepuk menggunakan hujung jari*

Main sarung je, tak payah nak belit2. Eh, tapi kadang2, aku pun main bedal jugak belit2.

Baiklah, berbalik semula kepada cerita tadi. Aku pun heran jugak, apesal aku boleh pikir se'ekstrem' itu waktu kecik. Dan bila aku analisa balik berpandukan latarbelakang sejarah, perkembangan pemakaian tudung labuh dan situasi di Malaysia pada ketika itu, barulah aku dapat agak, yang mana waktu tu dalam tahun 90-an, tak ramai lagi yang pakai tudung labuh bulat macam tu kan, lagipun, ke mana sangatlah aku ni waktu kecik dulu.


Aku tak terdedah dalam dunia yang luas, balik2 bandar jengka, tak pun jerantut atau temerloh, paling2 hebat pun peghlih (baca: perlis) sebab balik kampong.


Jadi peratus untuk aku jumpa orang bertudung labuh juga adalah kecil. Ditakdirkan pula, peratus yang kecil tu kebanyakannya terdiri daripada yang meliputi 2 aspek di atas tadi. Itu yang gamaknya aku dok ingat tudung labuh ni sinonim dengan serabut tu haa..


Bukan salah aku sepenuhnya lah macam tu kan, mengikut firasat dan kajian aku, Faktor sosiobudaya turut menyumbang rupanya.Lega sedikit resah di hatiku ini. Hahahaaa.. eh hihihihihiii. Oh ya, aku sedang mendidik diri untuk senyum sopan instead of gelak beria2. Doakan aku berjaya.

Maka, ketika itu muncullah persepsi di benakku bahawa tudung yang pesen labuh2, yang biasa nya jahit kat tengah2, pastu ada sulam2 sikit kat hujung2 tu, semua tu buat aku serabut dan tak enak dipandang mata. So waktu kecik dulu, aku selalu rembat tudung bawal mak aku jek untuk dipakai kalau nak gi mana2. Bahkan, waktu tadika-darjah 2 kadang2 aku siap buat jambul jugak kat depan, biasanya stail itu dipadankan dengan tudung polka dot warna ijau seorang makcik baru balik haji hadiahkan. Jangan memain tau, kemain diva aku suatu ketika dahulu.


Ada satu malam tu, kitorang sekeluarga dinner kat luar, pastu aku pakai tudung kaler ijau tu buat style diva. Tapi Allah lebih menyayangi aku, aku terjumpa pulak dengan ustaz sekolah agama waktu tu (Ustaz tu dah pulang ke rahmatullah. Ustaz Harun namanya. Ada aku tulis kat sini. Al- Fatihah untuk ustaz. Al fatihah...)

Kantoi sudah aku menutup aurat dengan tidak sempurna. Ustaz senyum je, aku pulak gelabah lebih. Tapi it's a bless, tau? Lepas tu aku dah tak berjambul-jambul dah sebab malu dan khuatir takut2 terserempak dengan ustaz yang lain pula..hehe..


Korang tak kisah kan, aku campur adukkan pelbagai cerita. Sebab aku selalu macam ni, bila aku start menulis, macam2 keluar kat kepala aku. Sampaikan kadang2 hilang fokus. Isk..isk.. nak buat cemane. Inilah diriku. Takkan nak tulis blog pun aku nak buat draft dulu. Kalau nak buat artikel ilmiah yang formal, aku akan buat. Tapi tidak yang ini. Kalian baik2 aja kan? Kalau bosan, loncat2 je part2 yang tak penting ni. Takyah baca.


Okay sambung balik. Ditakdirkan Allah, bila sekolah menengah, aku sekolah kat sekolah agama. Jadi wajiblah ke atas aku untuk memakai tudung labuh, di mana antara syarat-syaratnya ialah bahagian hadapannya mestilah melepasi pusat, bahagian belakang melebihi punggung, dan bahagian tepi kiri mahupun kanan mestilah separas atau melebihi paras siku. Eh, eh, ada lagi. Bahagian tengahnya pula mestilah berjahit sempurna sama ada berjahit mesin ataupun jahit tangan. Tak main lah keronsang, pin2 blinkblink ni tau.


Maka bergegaslah aku dan ibuku menyediakan keperluan dan pakaian yang sepatutnya. Tudung labuh aku tu yang first mak aku yang buat kalau tak silap. Warna putih. Lepas tu, waktu hari pendaftaran kat jerantut, berkejaranlah pula kami ke kedai kain kassim (ni femes dalam kalangan orang j'tut dan pelajar sekolah aku).

Mak aku belikan lagi 2 helai tudung labuh. Satu kaler biru terang, lagi satu kaler hijau. Juga terang berkilauan. Kemain lagi mak aku. Semangat anak masuk sekolah baru mungkin. Sejujurnya 2 kaler tu sangat terang dan keadaan aku tyme tu pathetic gila.


Tudung tu labuh kat depan nak cecah lutut, padahal bahagian belakang dia pendek atas pinggang. Macam terjungkit pulak bila aku pakai. Pulak tu, waktu tu takde pun antara tudung tu yang match dengan baju kurung aku. Aku ingat lagi, waktu tu aku pakai baju kurung bunga2, kain kosong warna hijau lumut, pastu aku pegi pakai tudung warna biru terang tu. See? see? betapa naifnya aku, tak kisah pun tentang warna2 ni. Main taram je apa adanya. Bila dah besar, hamboi bukan main lagi demand.


Lepas tu, bila dah lama sikit sekolah, aku pun dah pandai lah sikit, aku pun mula lah belajar buat tudung labuh sendiri. Yelah, untuk dipadankan dengan kaler baju kurung ku yang pelbagai. Ada warna pink, ungu, kuning, dan lain2 lagi. Aku pun beli lah kain untuk buat tudung dekat kedai......


ce teka aku beli kat kedai apa???


Cubalah teka~


Cubalah~


ye betul!!!!!



KEDAI KASSIM!


Aku pun beli lah satu waktu kluar outing. Lepas tu zaaapp!!! aku pun potinglah ikut ukuran. Tapi tudung tu terpendeklah pulak di bahagian depan. Haisshhh.. aku pon kecewan, namun aku tidak berputus asa. Aku pun prektis buat tudung lagi dan lagi. Sekarang, alhamdulillah semua tudung aku buat sendiri. Walaupun tak secantik mana. Sebenarnya tudung aku tu, kalau tengok betul2, semua mana sama kepaanjangan setiap sisi. Aku sangat fail bab potong2 kain ikut ukuran ni.

Dah hari2 aku pakai tudung labuh kat sekolah, lama2 aku pun jatuhlah cinta akan tudung labuh ni. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah lah yang hadiahkan aku perasaan yang indah ini~


Akhirnya bila aku dah masuk sendiri dalam suasana yang majoriti nya pakai tudung labuh ni, persepsi aku pun dah berubah, ditambah pula dengan pemikiran aku yang semakin matang mungkin. Waktu freshie2 mula2 masuk, aku suka sangat tengok kakak2 yang pakai tudung kemas2, ramai pulak tu yang kemas. Tudungnya dilipat elok, dan dikemaskan pula lagi dengan jarum peniti agar tudung tidak terjejas ditiup angin dan apabila tersengguk di dalam kelas. Tudungnya pun bersih je sampai habis waktu sekolah.


Waktu tu aku memang tabik spring ah, sebab tudung aku sebelum rehat pun dah kucar lanar, comot sana sini. Tu belum sampai bab makan kat dewan makan lagi, tak sah kalau takde kuah ter'splash' kat tudung. Aku rasa senior2 boleh mengetahui menu yang dihidangkan berpandukan cebisan makanan kat tudung kitorang selepas pulang dari DEMA (singkatan dewan makan).


Jadi aku pun berusaha untuk pakai tudung ngan kemas. Tapi ikut mood jugaklah, kadang2 bila aku terlebih rajin, aku akan lilin tudung baik2, supaya senang dibentuk dan siap pakai jarum peniti walaupun hanya nak gi prep. Dulu kat skolah, waktu sekolah je wajib pakai jarum, waktu prep tak yah pakai. Tapi kadang2 bila aku malas, serabai kemain.

Tudung pun berkedut, tapi aku chillax je, cuma bila dah makin besar, dan bila dah keluar dari sekolah ni, aku mula fikir balik semula, dan apabila aku cuba untuk mengekalkan imej bertudung labuh ni kat luar, sebab ini yang aku rasa paling selamat untuk melindungi diri dan juga kehormatan aku, aku banyak berfikir sebenarnya mengenai penampilan aku.

Aku review balik apa niat utama aku, matlamat yang ingin aku tuju, bagaimana untuk menuju matlamat tersebut, dan juga hal2 sampingan yang mungkin mempengaruhi proses menuju matlamat tersebut.

Samalah bila aku hendak memilih apa yang akan aku pakai, yang akan protect diri aku. Aku fikir masak2, ingat balik pesan ustaz ustazah cikgu2 dan parents aku. Kawan2, senior2 aku dulu apa semua. Dan sekarang ni aku dah pilih untuk kekal dengan tudung labuh. Niatnya, hanya Allah yang Paling Tahu. Matlamatnya senang: Redha Allah.


Senanglah nak tulis, tapi nak capai tu memang lah berliku. Well, hidup bukan ibarat sekatil bunga ros (google translate).

Dan untuk mencapai matlamat itu, salah satu jalannya adalah dengan mencuba sedaya upaya untuk mengikut suruhanNYA dan jauhi laranganNYA dengan cara yang paling kita yakini. Bagi aku, pakai tudung labuh handmade ni adalah cara aku, salah satu cara aku untuk capai matlamat itu.


Nope, aku tak kata pakai tudung labuh confirm baik, dan kalau tak pakai tudung labuh berjahit tengah ala2 ustazah tu confirm tak baik. Tak pernah aku cakap, ok? :) Kalau nak pakai pashmina yang menutupi dada or tudung bawal pun no hal, asalkan cukup lengkaplah syaratnya.


Ni cara aku. Dan yang paling penting sebenarnya aku nak ketengahkan pada post kali ni, yang sampai aku pegi cerita zaman kecik2 prejudis apa semua itu adalah sebab, aku nak kaitkan apakah pentingnya, kita sebagai seorang muslim untuk menjaga penampilan diri.

Jangan salah sangka ya. Bila aku cakap jaga penampilan diri, janganlah pulak korang terbayang maskara, eye liner, pink blossom, contact lens rimau aauumm yang kakak korang simpan dalam dashboard kereta tu..


Menjaga penampilan diri di sini maksudnya kita sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan diri sendiri. Tak sama tau dengan menghias diri dengan make-up dan anting2 sebesar cucuq badak disertai braces warna pelangi.

Kadang-kadang sebenarnya, sesetengah daripada kita mungkin terperangkap dengan persepsi ataupun 'prinsip' zuhud yang salah. Juga mungkin ramai yang kata : "Alah, kita ni tak yah lah nak melawa sangat, kita melawa depan suami je"..


Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan bagi sesiapa yang Allah hadiahkan kesedaran sedemikina. Namun cek balik, apakan definisi melawa bagi kita? Kalau melawa itu kita definisikan dengan pakai baju yang bergosok, bersih dan tudung terlipat kemas, bagi saya itu bukan melawa, tetapi itu ialah KEKEMASAN.

Dan KEKEMASAN itulah sebenarnya yang membuatkan persepsi saya terhadap tudung labuh dahulu bertukar. Mula2 saya pandang tudung labuh ni tak best sebab tak nampak kemas n comot, but then saya mula tertarik hati dengan asbab kekemasan yang dipamerkan oleh senior2 saya yang memakainya dengan begitu baik sekali.

Dalam islam sendiri pun, kita tak diajarlah untuk berpakaian selekeh. Biarpun pakaian itu cuma pakaian yang biasa2 sahaja, namun yang penting ialah kebersihan dan kekemasan.

Kalau bagi muslimah, kita nak kata "..MELAWA atau BERCANTIK BERHIAS hanya di hadapan suami.." Yes! saya setuju sangat, tetapi KEKEMASAN itu adalah sesuatu yang harus kita praktikkan hingga ke luar rumah, sampai ke lapangan masyarakat.

Bayangkan kerana kita tersalah menjayakan prinsip murni tersebut, kita dalam rumah dah molek dah comel lote, suami girang, rumahtangga pun tenteram..

Tapi sayangnya apabila keluar, si isteri ni pakaiannya tak bergosok, kedut berketak-ketak, dengan susu botol anaknya yang tumpah tercetak di tengah tudung, tak ke rasa macam tak selesa bila tengok? No, i'm not condemning ibu2 yang ada anak. Aku pun takleh cakap lebih2, aku belum kahwin dan belum ada anak pun, mana tau nanti2 aku punya sibuk tak terurus, silap2 ari bulan, tudung saji pun aku rembat..('^_^). Tapi na'uzubillah, minta jauh semua tu.


Macam nilah, kita kalau keluar elok dah tutup aurat pakai tudung labuh apa semua, tapi tudungnya comot, stokingnya pun kotor, dengan baju tak bergosok dan nampak ketara kesan lipatan berpetak-petak (sebenarnya aku pon selalu je tak gosok, tapi ikutlah kan, kalau rasa tak sempat gosok, pakailah baju yang tak berkedut sangat) apakah persepsi orang terhadap kita?:


Yes, kita memang bukan pakai ni semua sebab nak menunjuk kat manusia, tapi pernah tak kita fikir apakah akibat atau kesan buruk yang mungkin terjadi kalau kita tak jaga imej.


Ni bukan nak stresskan cik kak2 yang pakai tudung labuh kat luar sana tu, tapi kita (termasuklah aku) kena fikir balik, suasana atau lumrahnya di Malaysia ni, orang pakai tudung labuh atau tudung yang besar sikit ni dikaitkan dengan ustazah lah, banyak ilmu agama lah, beragama, dan apa semua tu. Kalau tidak, masakan kalau aku pegi mall, aku rasa macam ramai sangat 'lelaki soleh', sebab rajin sangat lah pulak bagi salam. "Semekom ustazah, tak jawab dosa, jawab mengada.." *senyum kambing*


Faham je kan, maksudnya macam mana. It's a mind set. Jadi, jangan sampai kerana kita memakai pakaian yang tidak kemas, ianya menyebabkan orang memandang serong kepada agama islam.Sebab, agama Islam sendiri mengajar kita untuk kemas dan bersih ni.


Ingat lagi sekali, kemas tu bukan bermaksud kita melawa. Kita boleh bersederhana. Setakat memakai pakaian yang bersih, kemas, cantik bergosok itu rasanya tidaklah sampai membuatkan kita jatuh ke tahap bertabarruj. Yang penting kita kena ingat, terutamanya diri kita sendiri.


Setiap dari kita ni membawa misi islam, kitalah wakil2 agama. Tak kiralah bertudung labuh or tak, kopiah or serban or snow cap mahupun abang botak. Asalkan kita mengucap syahadah dan bergelar muslim je, kita ni membawa islam bersama dalam hidup seharian kita. Beratnya kepada yang tudung labuh ni, sebab mentaliti nya begitu, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk tunjuk yang terbaik, dan semoga segalanya terbit dari keikhlasan, bukan untuk menunjuk-nunjuk.


Sebab itu sekarang saya akan rasa bersalah kalau pakai tudung da baju serabai2. Saya cuba jugak sedaya upaya untuk kemaskan diri. Tapi kadang2, bila dah habis kelas petang, dan terpaksa pulak berhimpit2 dalam rapid, mod serabut serabai mula dihidupkan. Tapi takpe, improve sikit2. inshaAllah.

Semoga apabila kita kemas dan penampilan kita menyenangkan dan tidak menimbulkan persepsi negatif, Allah gerakkan hati sahabat2 kita yang lain untuk melihat indah sebenarnya apabila kita cuba menutup aurat dengan sempurna ni. Semoga Allah kurniakan kekuatan, dan sentiasa menguatkan hati kita dari rasa yang tidak sepatutnya.

Ingat ye, kita bukan nak melawa untuk cantik memuakau sang adam, tetapi cukuplah kita bersederhana, dengan berpakaian kemas dan menyenangkan jiwa. Semoga bila kita kemas di dunia kerana DIA, kita akan dipakaikan juga pakaian yang indah dan kemas di sana nanti InshaALLAH.


Banyak lagi yang perlu diperbaiki ni, semoga Allah kurniakan kekuatan. Jom kita sama2!! :)


p/s: Buat sahabat jauh tapi dekat di hati, Nur Azwa Asham Mohd Hamin, hanya lafaz syukur mampu diungkapkan di hati, kerana lidah turut terkelu dan jasadku membeku dirangkul pelbagai perasaan yang berbaur melihat perubahanmu. Semoga sentiasa istiqamah, duhai muslimah. Semoga kita semua, sentiasa istiqamah, inshaAllah.:)

5 comments:

  1. wow dibah boleh buat novel lah camni.hehehe. nasib baik saya ni rajin membaca.eh. walaupun panjang.

    i like the way you express it through your experience. And I gotta say " ME LIKEY"

    Thanks again for sharing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Rai, Alhamdulillah. This comes from Allah. saya perantara sahaja. :) Semoga kita sama2 dapat manfaat.

      Btw, rajinnyyeee awak membaca repekan saya...hehe.. *clap*

      Delete
  2. wahh,,so panjang tulis...hoho...skul mana dulu ek???kita pun duduk area tempat tinggal awak juga..

    ReplyDelete