Assalamualaikum =)
Pagi tadi, saya dikejutkan dengan satu pengumuman dari masjid. Saya bersedia untuk mendengar pengumuman, suruh firdaus diam, dan berhenti mengadap laptop. Biasanya kalau pengumuman dari masjid, adalah untuk mengumumkan berlakunya kematian.
Tepat jangkaan saya, dan rupa-rupanya yang telah dijemput Allah pada pagi tadi ialah ustaz saya, Tn. Hj Harun. Oh tidak, bukan ustaz saya sebetulnya, tapi murabbi saya.
Dapat dikesan suara sebak ustaz mad yang mengumumkan pemergian sahabat dan juga rakan seperjuangannya itu. Bahkan saya pasti, siapa pun yang mengenali allahyarham, akan turut terasa kehilangannya. Semoga Allah mencucuri roh allahyarham.
Pengumuman pagi tadi, selain membawa kesedihan mendatangi hati, ia turut membawa ingatan saya kembali kepada beberapa tahun lampau, saat di mana saya menjadi anak murid allahyarham. Waktu darjah satu hingga darjah enam dulu, saya belajar di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Huda Jengka 16, pada sesi petang. Allahyarham merupakan guru besar sekolah waktu tu. Yang membuat saya kagum akannya dan murabbi yang lain, walaupun gaji sangatlah ciput, tetapi mereka tetap mendidik kami tanpa jemu dan sarat dengan kesabaran. Almaklumlah, kami nakalnya macam ungka, tenaga pengajarnya sangat sedikit, nak dibandingkan dengan student yang ramai dan comel.
Allahyarham seorang yang sangat baik, dan juga seorang murabbi yang kasih dan sabar akan kerenah anak2 murid. Ayah saya selalu, lepas balik solat jumaat, akan cakap " tadi waktu baca khutbah jumaat, khatib menangis".
Saya pun tanya " siapa yang baca khutbah, abah??"
Abah jawab "Ustaz Harun".
Tidak hairanlah macam mana allahyarham, yang juga imam masjid jengka 16, dengan gaji yang sedikit dan mungkin sahaja tidak setimpal jika diukur dengan keperluan duniawi, sanggup mengajar dan mendidik kami, anak2 felda yang tidak sedikit bilangannya, kerana itulah sebenarnya yang akan seorang insan lakukan, apabila menyedari hakikat hidup di dunia ini adalah untuk menyimpan bekal untuk dibawa ke akhirat sana, hingga kecintaan kepada dunia, dapat disingkir dari hati dan keikhlasan beliau mendidik terus-terusan meninggalkan bekas dalam hati anak-anak muridnya.
Bagi saya, jasa allahyarham tetap tidak akan luput, biarpun jasad sudah kembali menjadi tanah, biarpun telah terpisah dari dunia yang masih lagi kita punya.
Selepas ini, tiada lagi khutbah jumaat yang akan disampaikan oleh allahyarham, semalam merupakan khutbah jumaat terakhir yang allahyarham sampaikan, dan doanya usai solat semalam, panjang sekali, barangkali sudah dapat merasakan, bahawa sudah hampir tiba saatnya, dia dijemput Allah yang menjadi matlamatnya.
Allahyarham sudah tiada, namun ilmu yang disampaikannya akan tetap ada dan berkekalan, menjadi bekalan yang insyaAllah, tidak putus2 menemani dan mengurniakan syafaat kepadanya.
"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara : iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan."
Semoga Allah ta'ala mencucuri rahmat ke ats roh allahyarham, dan menghimpunkannya bersama orang2 mu'min dan para syuhada'..amiin. Legasi perjuangan beliau mendidik anak bangsa, ingin sekali saya teruskan, walaupun mustahil untuk menjadi sehebat Allahyarham. Semoga Allah memberkati cita-cita ini.
Saya mohon kalian yang membaca untuk turut sama menyedekahkan doa dan al-fatihah untuk murabbi saya ini.
Al-fatihah....
Insaflah kita, bahawasanya harta, kuasa, semua tak boleh membantu apabila dah mati nanti. Yang tiga perkara tulah yang boleh kita harapkan, dan usahakan selagi masih hidup kat dunia ni.
Semoga Allah ta'ala mencucuri rahmat ke ats roh allahyarham, dan menghimpunkannya bersama orang2 mu'min dan para syuhada'..amiin. Legasi perjuangan beliau mendidik anak bangsa, ingin sekali saya teruskan, walaupun mustahil untuk menjadi sehebat Allahyarham. Semoga Allah memberkati cita-cita ini.
Saya mohon kalian yang membaca untuk turut sama menyedekahkan doa dan al-fatihah untuk murabbi saya ini.
Al-fatihah....
sedeyh nye,,, terkejut ak pas dengar cite nieyh dari mak ak weyhhh,,,, sdeyh sgt2
ReplyDeleteinnalillah. alfatihah....
ReplyDeletealia~ tulah, dah ajal, kemalangan tu asbab nya. kita doa sama2..
ReplyDeleteim~ syukran, im..
As Salam,
ReplyDeleteTerkejut jugak kelmarin, masa tu saya on the way balik jengka, tiba2 mak call bgtau ustaz dah takde. Pagi tu sebelum accident, dia baru je lalu depan rumah, senyum dgn mak saya, tu yg mak terkejut sgt tu. Sempat juga ziarah keluarga ustaz. Rumah kami tak jauh pun. Al-Fatihah. Semoga rohnya tenang di sana.
~ Ainul A.B ~
http://ainulazlinda.blogspot.com/