Bukan. Sudah pasti ini bukan Fauzan. Ini cuma gambaran orang lidi yang saya lukis waktu kecil dahulu. (^_^)
Perhatian: Tajuk tidak begitu berkaitan dengan entri. cuma di penghujung, kamu akan mengerti. =)
Perhatian: Tajuk tidak begitu berkaitan dengan entri. cuma di penghujung, kamu akan mengerti. =)
Saat kecil-kecil dahulu, waktu umur yang suci dari dosa dan noda, pantang ada masa lapang, mesti nak membaca. Ya, membaca amalan mulia!
Eh, eh, ini bukan masuk bakul angkat sendiri, tapi itu hakikatnya, mungkin masa mengandungkan saya, mama banyak membaca al-Quran.(memuliakan ibu sendiri)
Tapi, saya tidak sebaik itu. Back to the history subject. Dulu-dulu, pantang ada masa lapang, kadang-kadang kerja sekolah juga diketepikan dan pura-pura menganggap cikgu hari ni sedar murid-muridnya bijak dan tak perlu kasi homework, mesti cari apa-apa pun buku untuk dibaca. Tapi, agak malang kerana bukan buku2 pelajaran yang menjadi pilihan. Jika begitu, maka tidak akan saya berada di sini sekarang, mungkin sudah berada di Jordan ambik medik ataupun di kolej persediaan untuk ke luar negara. Ok, bersyukur apa yang ada!
Kadang-kadang bila dah habis semua buku yang ada dibaca, saya akan ulang baca lagi dan lagi sampai dah boleh ulang balik cerita pada orang lain. Waktu malam nak exam pun, kadang-kadang duduk dalam bilik dan pada anggapan abah mama,
"oh, anakku sedang mengulangkaji pelajaran demi peperiksaan esok hari."
Padahal tengah landing atas katil sambil selak-selak mastika, atas alasan nak buat karangan, mesti banyak pengetahuan am, dan majalah isu semasa adalah pilihan terbaik!
Hampir setiap malam exam akan baca benda yang tak berkaitan, kecuali Matematik!
Isk, i hate you, math!
Waktu raya pun, mesti akan mengurung diri dalam bilik mak tih, dan baca satu-persatu novel beliau yang tersusun dalam almari. Dulu, waktu sekolah rendah, bila sebut raya, pasti akan terbayang suasana bilik mak tih di bahagian atas rumah tok aki yang banyak dengan novel, dan selepas solat raya, sesudah bersalaman bermaaf-maafan, dan makan kerepek bawang dengan air oren sahaja, (bajet makan sedikit), akan terus naik bilik, landing atas katil, dan marathon baca novel cintan. Tak, saya bukan suka sangat baca novel cinta...Tapi, itu sahaja pilihan yang ada..layyaannn...!!!!
Dan dari kecil lagi, sudah bercita-cita ingin menjadi penulis. Sampai dinding di dalam bilik pun, saya tulis-tulis, sambil diselang-selikan dengan melukis gambar doraemon dan orang lidi berkepala besar (seperti gambar di atas, cuma yang saya lukis, kepalanya wajib sedikit besar). Apabila sudah berada di sekolah rendah dan telah mendapat keinsafan supaya tidak menconteng dinding lagi, saya pun beralih kepada menukilkan rasa hati di atas kertas, Yang paling saya suka buat, adalah karangan autobiografi. Alah, yang tajuk dia mesti ada macam ni: 'Kisah saya sebatang pensil', atapun 'Saya sebuah kotak pensil'. Yang mana, plot ceritanya memang tak lari, mesti ada babak aku dibuat di kilang sekian- sekian, dipasarkan, dibeli oleh tuan baru, digunakan (mod gembira), dan akhirnya dibuang, kalau hendak buat berperikemanusiaan sedikit, endingnya pasti "aku ditemui di tempat sampah, dan aku digunakan semula."
Bila naik sekolah menengah, sudah moden sedikit, start menggunakan komputer untuk menekan-nekan dan disimpan di dalam disket. Entah apa yang ditulis pun, dah tak ingat, segalanya hilang bersama hilangnya zaman kegemilangan penggunaan disket setelah pendrive merampas takhta.
Kisah penulisan saya bermula apabila.. saya berada di Empat Ibnu Khaldun, Teacher Zaitun masuk ke kelas dan mengumumkan tentang pertandingan mengarang cerita kanak-kanak sempena Hari Guru, sama ada dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu. Semua wajib menyertai!
Saya pun yang sdah bercita-cita ingin mengikuti jejak langkah pak cik A. Samad Said, telah memilih untuk mengarang cerita dalam Bahasa Ibunda kita, dan menghabiskan masa-masa berkualiti saya mengadap komputer ber'window' xp di makmal komputer.
Dengan meng'save'kan cerita tersebut di pendrive Rasyidah Hanan kerana saya saat itu tidak memiliki pendrive, kerana merajuk akan mereka yang telah menamatkan zaman kegemilangan disket yang telah lama menemani saya. Timekacih hanan! :-)
Akhirnya, saya berjaya MEMENANGI saguhati peringkat kebangsaan.
*sila terharu dengan perkataan memenangi, dan abaikan yang disebelahnya..
Pada ketika itu, saya sangat gembira, kerana itulah cerpen pertama yang dikarang oleh saya sendiri bertajuk "Jadilah Seperti Bintang". . Biarpun cuma saguhati, namun saya tetap berpuas hati dan teruja, sehingga saat Teacher Zaitun memaklumkan berita itu kepada saya, saya terasa seperti ingin melompat-lompat. Dengan memakai baju kurung berwarna ungu lip lap yang saya dapat waktu pertandingan MTQ, saya pun pergi ke SMK Sri Jengka dengan menaiki van sekolah. Saya mendapat hadiah sebatang pen berdakwat cair dan bertulisan lebih kurang macam ni: "pertandingan mengarang cerita kanak-kanak sempena hari guru peringkat kebangsaan 2008".
Tapi, pen tersebut telah menghilangkan diri ketika pertandingan Tilawah al-Quran di UiTM Kuantan tahun lepas. Sob...sob...sob... sedih tau! Itu sahaja kenangan yang saya ada.
Baiklah, mari lap air mata dan sambung bercerita. Lepas SPM, lagilah banyak masa saya ada untuk membaca. Namun, ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Saya sangkakan saya akan kekal obses dengan membaca buku sampai bila2, tetapi rupanya kecanggihan teknologi telah sekali lagi mengubah hidup saya. Pisang telahpun berbuah dua kali (rujuk kisah disket dan pendrive). Saya semakin asyik dengan melayari internet dan membaca pelbagai maklumat dan cerpen, juga cerita online. Masa saya banyak dihabiskan untuk menghadap netbook yang mudah dibawa ke mana-mana, sama seperti buku.
Saya dapat merasakan, buku-buku saya di atas meja seolah-olah sedang berendam air mata dan meminta simpati. Masa seolah-olah telah merampas saya daripada mereka. Tragis bukan? Akhirnya, saya kembali kepada tabiat lama, iatu membaca buku-buku cerita dan novel-novel yang tidak memaparkan kisah2 cliche dan terlalu biasa. (cliche dan terlalu biasa bagi saya adalah kisah-kisah percintaan di mana biasanya mula2 uda dan dara saling membenci, kemudian 'ter'suka dan wujud pihak ketiga yang menguji percintaan. Tidak dilupa juga kepada 'kemestian' adanya watak tan sri, dato' datin dan rumah banglo ada swimming pool, dan pembantu rumah.Oh, lagi satu, biasanya heroin akan miskin sedikit berbanding si lelaki yang merupakan anak orang Dato' yang disebutkan tadi dan playboy. Sekian).
Apabila masa lapang banyak seperti sekarang ini, maka minat untuk menulis tiba-tiba menjelma kembali. Ia datang tanpa diundang, namun saya mengalu-alukannya.
Dipendekkan cerita, ini saya mahu khabarkan sesuatu.
Tapi sebelum tu, janji tau jangan gelak!
Sebenarnya, saya sedang menulis satu cerita.
Dah lama rasa nak buat sebenarnya, tapi tertagak-tagak sebab tak cukup masa (biasa, selalu feeling2 busy)
Ini kisah tentang kehidupan, tentang persahabatan,
Tapi, watak utamanya adalah lelaki, dan banyak berkisar tentang boys.
Bukan, saya tak gatal miang sebab tulis pasal lelaki, tapi saya dah dapat idea rasa nak tulis macam tu, saya tulislah! (tetiba emo)....T_T
Bagi yang suka baca cerita cinta, maaf tak perlulah baca cerita itu.
Bagi yang pantang akan wujudnya kesalahan tatabahasa dan juga kosa kata, maaf juga tak perlu baca cerita itu,
Bagi yang suka cerita yang menarik, funny, penuh warna warni, maaf tak perlu baca cerita itu.
Kerana itu cuma cerita yang biasa, layu, bosan, penuh grammatical error, dan tidak menarik.
Tapi saya punya mesej untuk disampaikan.
Kalau nak baca, bacalah.
Kalau tak nak, terserah..
Episod Satu akan saya 'post' kan secepat mungkin. (secepat mungkin bagi saya, mungkin 2 hari lagi, mungkin juga minggu depan)
Watak-watak sampingan saya pinjam nama-nama TESLian sahaja.
Latar tempat pun UiTM Kuantan je. Penat minda nak merantau jauh-jauh.
Kisahnya juga tema biasa sahaja.
It's not so cool somehow...
Biasalah, saya ini baru hendak merangkak, kalau ada salah silap, teguran anda amatlah saya harapkan :-)
Semoga Allah redha!
Babai!
Eh, sebelum tu..apa kaitan dengan Fauzan a.k.a. Pojan?
hmm........pojan, if you're walking ('adapted from blog walking') here now,
i want to tell you that this's my new project!!!
Thanks for your cooperation and all of those information :-)
Oh, click this to reach his awesome blog!
i want to tell you that this's my new project!!!
Thanks for your cooperation and all of those information :-)
Oh, click this to reach his awesome blog!
Pesanan: Jika ada terjumpa/terlihat pen tersebut, sila kembalikan pada saya. Nanti saya bayar wang pos anda! =)
=)
ReplyDelete