Wednesday, April 6, 2011

Episod 1- TESLian ~143~

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA Mekashih iluvislam.!




Tajuk macam geli. haha.

Tapi tak tahu nak letak tajuk apa lagi.

Here comes 'their' story.

A story of friendship..

Between two guys, who are searching their way..

Enjoy! =)



~TESLian-143~



“Ouch,Sakit dowh!”

“Haha..gurau sikit pun tak boleh.Jom!”

Mana??

“ABJ”.

“On you??”

“Set!.”

Ais bercampur jagung yang dah tinggal separuh tu ditenung lama.Tangan masih lagi still, dari tadi mengacau ais yang dah jadi air sepenuhnya tu. Bibir mengukir senyum tiba-tiba.

“Cepatlah Mir! Berapa lama lagi nak fikir? Dah jadi air jagung dah dalam mangkuk kau tu! Aku tanya pendapat kau ni, yang kau gi sengih-sengih tu apesal?”

Tangan menyudu ketulan jagung bercampur ais ke mulut.

“Bukan, tiba-tiba aku teringat waktu kau mula-mula masuk sini. Bukan main lagi alim nya. Aku yang tengok kau first time tu pun dah rasa macam..wah..salah masuk course ke apa kau ni. Dengan kopiah bagai lagi. Dengan kau punya mukadimah waktu perkenalkan diri masa MDS, memang aku rasa macam masuk UIA pulak pun ada. Nak suruh kau cakap dengan perempuan pun macam nak mintak kau bunuh diri. Alik2 sekarang, nak bercinta pulak? Mana terbang prinsip-prinsip yang kau pegang sungguh-sungguh dulu tu?” Air dihirup perlahan. Sudu dah selamat diletak ke tepi. Hirup dari mangkuk terus. Senang.

Abduh menarik nafas perlahan. Mangkuk kosong ditolak, diubah letak ke hujung meja. Memikir jawapan terbaik. Tepat kena batang hidung sungguh apa yang Amir cakap tu. Memang boleh tahan laser kawan yang seorang tu kadang-kadang.

Fikir....fikir...fikir...dan akhirnya...


“ Well, people change.” Jawapan terbaik. Selamat.

Amir sengih. “Jomlah, dah nak maghrib ni.”

“Eh, habis tu...Kau belum jawab lagi soalan aku!”

“Nanti aku jawab. Solat dulu. Cari ilham.”

“Macam-macam kau ni. Jap, Aku gi bayar dulu.”

Hmm..Amir menyilang tangan.Tubuh disandar ke tiang arked yang sudah uzur itu. Mata menjamah langit yang semakin gelap. Minda terasa berat memikir sahabat yang telah membimbing jiwanya kembali kepada DIA itu, yang telah membuat cara hidupnya berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.


Abduh....


*****************************************************************************************



Solat maghrib baru selesai. Amir duduk tegak bersandar ke tiang surau. Tangan memegang senaskhah al-quran poket. Matanya mencari-cari kelibat Abduh dalam hanya beberapa jemaah yang masih tinggal. Tak jumpa.

“Pojan, Im, ada Nampak Abduh tak?”

Mulut menyapa Fauzan dan Imran yang ingin melangkah keluar dari surau.

“Entah, tadi tak silap aku dia ada, solat sebelah aku. Lepas baca doa dia dah tak ada. Tak tau pergi mana.”

“Hmm.takpelah. Thanks.”

Mulut mengukir senyum seulas kepada Fauzan sebelum mata kembali dibawa ke helaian mushaf pemberian Abduh suatu ketika dulu.

Minda ligat mencerna perihal sahabat yang sudah semakin jauh dirasakan, biarpun hari-hari bertemu jasad.

“Again..”

Keluhan dibisik tanpa sedar.



*************************************************************************




Cadar kapas berwarna biru sudah siap dipasang. Kalau tak kerana mak yang beli, memang takkan dipakainya cadar yang sarat berbunga siap dengan tulisan ‘I Love You’ yang memang kalau orang tengok mesti ingat katil tu perempuan punya. Nasib bukan warna pink. Dahlah bilik ni pun baru bercat warna pink. Haru!

Barang-barang dah 80% siap di unpack. Tinggal lagi baju-baju belum dihumban ke dalam locker. Katil atas dijeling sekilas. Student yang juga bakal merangkap teman sebilik masih belum sampai lagi. Katil atas masih kosong. Pintu bilik air ditolak. Kepala dijenguh ke dalam.

“Just nice. Walaupun tak besar mana, tapi at least tak perlu nak kongsi ramai-ramai dan paling penting, tak payah susah-susah keluar bilik kalau aku nak melabur tengah-tengah malam. Test dulu lah. Sorry my roommate, aku rasmi dulu bilik air baru tile ni.”

Perut terasa memulas. Inilah bahananya bila makan tak ingat dunia. Semalam abah bawa sekeluarga pergi makan kat Tanjung Lumpur. ‘Ana ikan bakar petai’. Konon abah kata nak meraikan dia yang bakal tinggalkan keluarga semula setelah hampir setengah tahun habis sekolah menengah. Yelah, dia kan dah nak masuk UiTM. Lepas ni tak tahu bila pulak nak cuti nya. Tapi memang lawak, sebab bukan ke dia tinggal kat Kuantan je? Dekat IM je pulak tu. Hari-hari pun boleh balik. Saje je abah ni, nak buat dia rasa terharulah tu.

20 minit....

Flush ditarik Selesai sudah urusan perut. Mujur dia tak cirit birit. Kalau tak, maunya dia mencipta rekod pelajar cuti paling awal sebab kena ambil M.C.

“Eh??”

Mata menangkap kelibat seseorang sedang membetul-betulkan cadar di katil atas.

There he is.

Roommate baru?

Ataupun ayah kepada roommate baru?

Berseluar slack, kemeja berbelang kelabu, dan....kopiah?

Muka tak nampak. Muda ke? Tua ke? Tapi gayanya macam ayah orang. Kopiah apa semua lagi.

“Err..hai!”

Tangan dilap ke peha seluar. Teragak-agak rasa mulut nak dibuka. Nak panggil pak cik ke apa ni?

“Eh, assalamualaikum. Maaf, tak sedar kau dah keluar toilet.”

Muka diarah tepat menghadap Amir dengan kuntum senyum di bibir.

“Eh, takpe. Kau student jugak eh? Kira roommate lah kita lepas ni, kan?”

Kepala dah mentafsir bahawa ini bukan lah ayah mahupun abang kepada roommate baru yang dinanti dari tadi. Muka jelas-jelas menunjukkan bahawa lelaki ini muda lagi Sebaya, tapi dengan kopiah dan raut wajah menampakkannya lebih matang sedikit.

Inilah dia, teman sebilik yang bakal sama-sama berkongsi bilik kecil ini dengan dia sampai habis semester.

“InshaAllah, macam tu lah gayanya. Lama dah ke kau sampai?”

Tangan masih lagi menarik-nari tepi cadar. Lebihan cadar dibawa ke bawah tilam. Kemas. Itu yang didik ibu bapa nya sedari kecil.

“Lama tu taklah sangat, dalam sejam macam tu ada lah. Barang-barang apa semua aku dah siap kemas dah, tinggal baju aku je tak kemas lagi. Kau dari mana?”

Tangan mencapai kerusi plastik di meja belajar. Rasa penat pulak berdiri lama-lama.

“Aku dari Kuantan ni je. Permatang Badak. Engkau?”

“ Oh, sama lah kita, aku pun orang Kuantan jugak. Tinggal dekat IM.”

Mata menjeling sekilas cadar katil atas milik ‘roommate’ yang sting kemas dan cadar di katil bawah miliknya yang renyuk berkedut-kedut walaupun memang takde orang duduk dari tadi.

Gulp! Ini memang dapat yang 360 darjah berbeza dengan aku ni.

“Eh, Ya Allah, lupa pulak nak tanya nama. Kau nama apa ek?”

Dia yang sudah selesai memasang cadar, berdiri tegak di hadapan Amir. Tangan memegang sarung bantal pula.

“Ha’ah. Macam-macam dah cakap, nama lupa nak tanya. Aku Amir, Mohd Amir Saifullah. Panggil je lah apa-apa kau nak panggil. Kau pulak?”

“Sedap nama kau.Indah maksudnya. Aku Muhammad Abduh bin Ibrahim. Panggil je Abduh.”

Amir menarik senyum. Muhammad Abduh? Macam pernah dengar dalam Sejarah dulu. Pejuang Reformis? Padanlah dengan orangnya..

“Amir?”

Abduh menghulur tangan, ingin berjabat.

“Eh, sorry. Tak perasan”.

Wah~siap bersalaman lagi ustaz ni.

“Hehe..aku pun lupa nak salam dengan kau waktu mula2 tadi.”

Abduh mencapai tangan Amir. Erat.

Mereka saling menghadiah senyum.

Dua tangan berjabat,

Satu persahabatan wujud dengan izin Allah...

Menghubungkan hati, memancarkan ukhuwwah.

Antara Muhammad Abduh, dan Amir Saifullah.




To be cont...




Nota kaki: feel free to suggest anything for 'upgrading' this story, and also just tell me if there's anything wrong :-)

3 comments:

  1. like,like,like
    sambung,sambung,sambung cepat2

    ReplyDelete
  2. i've got to say this, "u have the talent".. :)
    nice piece of work..

    ReplyDelete