Friday, June 7, 2013

Bercakap dengan lelaki.

Bismillah. Assalamualaikum.


"it's better to suffer first,
 ....then to suffer later"


Kadang-kadang aku rasa bersalah bila bercakap dengan lelaki. I mean, bercakap perkara yang tidak sepatutnya. I mean, bersembang kencang padahal topik tersebut tak penting pun, dan kalau tak cakap pun takpa.

Bahkan lebih baik.


Untuk tidak bercakap jika tidak perlu. Itu konsep yang asas.


Rasulullah dah pesan. "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik ataupun diam sahaja".

Sebab perhubungan perempuan dengan lelaki ada batasnya, termasuklah dari segi percakapan dan komunikasi.

Tapi bukan mudah. Especially untuk yang 'semulajadi'nya peramah (kononnya) macam aku. '

It's a battle.

Bila ada orang keliling (lelaki) tengah bersembang, dan topik tersebut kau rasa macam dekat sangat di hati. Bukan mudah untuk hindar dari tumpang sekaki.

Bila ada kawan lelaki tegur tanya pasal perkara penting dan buka topik perbualan, bukan mudah nak jawab sepatah sekadar perlu dan terus berlalu. Namun terkadang tetap juga terus menunggu dan bercakap hal2 lain kencang bagai butir peluru.

Bila tengah mingle2 around dengan kawan perempuan, dan ada lelaki yang datang turut menyembang sama, bukan mudah untuk jadi setiausaha mencatat minit mesyuarat sahaja tanpa bersuara untuk turut serta.

Kadang atas alasan tidak mahu dikatakan sombong.

Aduh, itu nilaian manusia....Namun apakah nilaian ALLAH pada kita?

Bukan mudah nak kekang mulut dari bersembang perkara2 yang sebenarnya tidak perlu pun.

apatah lagi bila diletak atas dasar kawan lelaki.

Namun semakin hari, dapat dirasakan ada yang tidak kena dalam pergaulan sehari-hari.

Muslimah seharusnya bukan begini.

Muslimah bicaranya harus disimpan, sekadar perlu dikeluarkan untuk tuntutan bermuamalah untuk perkara yang perlu sahaja.

Aku rasa ia agak payah. Apatah lagi dalam kondisi universiti yang bercampur jantina seperti ini.

Tapi aku rasa, kadang2 lepas aku bersembang perkara yang tidak patut dengan lelaki. Tak patut tu maksudnya perkara2 remeh yang tak perlu pun dibicarakan. Tak melibatkan urusan penting, aku akan rasa agak menyesal lepas tu.

And i would suffer inside.

Comparing myself 'dulu' dan 'sekarang', bila di sekolah dan universiti.

Suasana yang berbeza, tetapi bukan suasana yang harus dipersalahkan, kerana manusia telah diberi pedoman untuk membuat pilihan.

So aku rasa aku perlu bertahan untuk mengunci mulut (walaupun seksa gak nak tahan dari becakap ni sebenarnya) bila nak bersembang dengan lelaki tentang perkara yang tak perlu.

Ia lebih baik berbanding aku terpaksa seksa selepas itu menanggung rasa menyesal, bersalah dan na'udzubillah seksa kat akhirat nanti kerana tidak tahu menjaga diri dan hati.

Moga ALLAH kurniakan kekuatan.

Dalam dunia yangpenuh mencabar hari ini, moga diri sentiasa terpelihara, untuk menjadi muslimah yang diredhai Ilahi.

"It's better to suffer now,
then to suffer later"

But it's better not to suffer at all,
When we do everything sincerely because of ALLAH,"

Moga ALLAH kurniakan kekuatan hati!






~Shut up and smile, inshaaALLAH~ 
pic pinjam google



6 comments:

  1. betul-2. memang susah nak dielakkan bagi yang dah terbiasa . hurmmm . =(

    ReplyDelete
  2. inshaaALLAH sama2 kita usaha.

    ReplyDelete
  3. salam,
    kalo chatting kat pesbuk mcm mane ea?

    ReplyDelete
  4. Kak Adibah free? Jom usrah lagi mcm dekat Bakau Gruv Resort tu. Rindu nk dengar kak Adibah ceramah :)

    ReplyDelete
  5. nur julianamana ni ye??ingat akak lg??

    ReplyDelete