Otak warna warni
Otak dah lenguh buat assignment..
now aku nak lontar satu buah fikir yang dari tadi dok tergantung kat minda aku.
tapi sebelum tu, aku nak share satu anekdot..enjoy!!
"Satu hari yang kelam, aku pulang dengan berjalan kaki dari sekolah. Seperti biasa, aku akan melalui satu selekoh yang terletak di antara gerai Mak Cik Juha dan Sekolah Agama Nur Huda. aku pun berjalan lajulaju kerana menurut orang kampungku, di selekoh itu telah banyak kemalangan berlaku, maka seperti biasa menurut mereka, banyak roh2 jahat berkeliaran di situ, terutamanya jika hari mendung dan mahu hujan.
Aku pun berasa sedikit takut dan bulu tengkuk di belakangku mula meremang dan berdiri dengan tegak, sepertimana aku berdiri ketika cikgu disiplin ingin masuk ke kelas kami untuk pemeriksaan kebersihan. Apatah lagi hari itu gerai Mak Cik Juha tidak menjual chempedak goreng seperti biasa. Jalan itu menjadi sunyi dan gelap dan aku pun bertambah takut. Sedang mataku meliar ke kiri dan ke kanan, telingaku menangkap satu suara berdekatan dengan gerai goreng chempedak Mak Cik Juha. Aku ingin lari, tetapi entah dari mana, kekuatan datang mendakapku, dan aku pun jadi berani untuk pergi ke arah suara tersebut.
Aku pun mengorak langkah perlahan sambil telingaku cuba untuk mengenalpasti suara tersebut. Setelah diamati, jelas bahawa suara tersebut ialah suara tangisan. Otak tahyul ku berfikir, mungkinkah itu suara tangisan hantu yang menangis kerana mati accident tanpa sempat bertaubat dan meminta ampun sesama manusia??
Aku jadi ngeri kembali, namun aku masih lagi memberanikan diri.. ku melangkah setapak..dan setapak lagi.. dan akhirnya!!
Rupa-rupanya yang menangis itu ialah rakanku, Cat Farsi namanya (ya, aku tahu kalian semua mesti kata macam ni "eleh, aku dah agak, mesti bukan hantu..eleh..menyampah!cliche!"..)
so peduli apa aku..
aku teruskan cerita. Cat Farsi sedang duduk di atas tunggul kayu di bahagian belakang gerai chempedak. Dia sedang menangis tersedu sedan dan aku nampak ada hingus tergantung di hidungnya..yuckkss..
tetapi sebagai sahabat, adalah wajar untuk aku mengambil kisah akan dirinya.. maka terjadilah adegan motivasi antara aku dan Cat Farsi..
aku: Cat, kau kenapa??

(aku usap bahunya dengan penuh hati-hati kerana khuatir jemariku terkena tempekan hingus Cat Farsi)
Cat: Aku..isk..isk... aku..isk...
susah aku nak cakap, kau takkan faham..isk..isk..
aku: Memang aku tak faham kalau kau tak cerita dekat aku,
cube kau bagitau apa masalah kau, mungkin aku boleh tolong...
pedepek!!!! setepek lagi hingus Cat Farsi menembusi baju uniformnya.
kali ini chantek sekali tepat2 masuk ke dalam poket..
aku menelan air liur..tahan..tahan..control macho...
Cat: kau tau, tadi kan kita dapat kertas pekse ujian P2,
pastu yang buat aku sedih sangat, aku dapat markah cikit cenonet je..
isk..isk...rrrrrsfrrr..(bunyi sedut ingus)
aku dah study sampai lewat malam,
aku dah solat hajat tiap2 hari,
aku dah tak tidoq n daydreaming dalam kelas,
lepas balik kelas kafa, aku terus balik umah study,
sampai tak de masa nak manja2 ngan piboot n tinoot,(kucing dia)
tapi result aku..isk..isk....
macam mana aku nak berbakti pada agama, bangsa dan negara kalau macam ni?
kenapa???
kenapa aku tak dapat result heaven macam orang lain?
why?
tell me babe.!!why??
aku tarik nafas.. terbayang Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam 106..
dan aku mengumpul semangat...
aku: Cat, mungkin...kau..bla..bla...takpun bla..bla..."
Ok, sekian saja anekdot, aku tak nak u all dengar narrator tu gebang.
ok,straight to the point.
Aku rasa ramai manusia dalam dunia ni pernah alami situasi yang sama dengan Cat, bukan??
Pernah tak korang rasa down sangat2,especially bila korang tak dapat something yang korang nak even korang dah usaha separuh nyawa?
pernah tak korang fail/dpt result teruk bebenor waktu exam walaupun korang rasa korang dah study bagai nak rak, tumpu dalam kelas, solat hajat, solat sunat tiap2 hari, then doa dan doa lagi..
tapi result korang still the same, bahkan mungkin sesetengahnya lebih teruk lagi dari yang sebelum ni?
and what makes things become worse is bila korang tengok kawan2 lain yang lepak maintain tak study, ponteng kelas, esaimen cincai mancai, tiru sana cilok sini, plagiarism apatah lagi dapat result yang memang buat mak ayah kembang dada dan adik2 tabik spring..
memang kadang2 sampai boleh buat hati kotor ini berdetik "kenapa dunia ini tak adil dengan aku???!!!!"
Dan lagi, pernah tak kawan2 korang nasihat suruh korang sabar dan korang rasa semua nasihat tu dah tak guna lagi..sebab yang rasa adalah aku, bukan kau! Aku dah jemu dengan segala pujuk nasihat kau tu...keadaan tak pernah nak berubah..dunia tidak adil terhadap aku.huh!
KORANG PERNAH RASA GINI????
PERNAH ALAMI SAAT-SAAT SUKAR CENGGINI???
No comments:
Post a Comment