Wednesday, January 19, 2011

Pssstt..Save Your Kiss!!!

Alhamdulillah, masih bernafas. Alhamdulillah, masih ada kudrat nak menulis. Alhamdulillah masih lagi Islam. Alhamdulillah dah solat. Alhamdulillah my kiss masih selamat. Alhamdulillah my kiss tak pernah lagi melayang ke muka yang bila pegang batal air semayang. Alhamdulillah my kiss masih lagi eksklusif untuk mama abah, k.long, adik2, teman2 sama jantina, family tercinta, mu'allimah tersayang. Alhamdulillah my kiss bukan untuk diperdagang dengan nilai seratus dua atau beg tangan gucci, prada mahupun porsche dan iphone serta lebih sedih topup seploh ringgit-sehari-sehari-dah-habis.

Kenapa saya sibuk2 nak panjat syukur sebab kiss(ciuman) yang semua orang ada? Kenapa beria2 nak tulis pasal kiss2 bagai? Kenapa semangat nak suruh save kiss segala?

Sebab..nowadays, kau lelaki, boleh dapat one masyuk kiss dengan harga serendah 50sen sahaja!!
ataupun tak payah susah2 seluk poket ambik syiling,kau just guna kemahiran mengayat bunga2, dengan janji manis setia sehidup semati you dumb, i dumb, kau akan dapat ciuman percuma dari si dia.

Senang kan?
Lagi senang daripada beli air gedegang.

Fakta.
Itu situasi sekarang. Kalau baca surat khabar, atau tanya cikgu kaunseling sekolah, mesti keluar cerita2 macam ni. Inilah bendanya, yang buat saya nak sangat cakap pasal kiss. Actually, kiss tu sekadar satu simbolik je. kiss=virginity. Tapi saya malas nak tulis tajuk save your virginity. woi ekstrem tu!

Zaman moden, semua mudah. Nak basuh baju, ada mesin basuh dan dobi. Mudah. Nak pergi rumah kawan, ada kenderaan pelbagai. mudah. Nak contact2 ada handphone. Mudah. Rasa rindu nak jumpa, ada skype. mudah. Nak lepak ngan kengkawan hujung minggu dan waktu sekolah yang subjek membosankan,langkah ke shopping mall dan taman2 indah tepi jalan. mudah. Nak bayar bil, cuma klik sahaja. mudah.Nak buat assignment, ada khidmat rm5++ untuk satu subjek oleh pelajar cerdik pandai tapi poket haus. mudah. Nak keluar dengan gf bf. mudah. Nak ajak gf bf masuk rumah. mudah. It's ok, mommy and daddy i sporting!.
Pendek kata semua mudah lah sekarang ni.

Nak hilang dara pun mudah..
Nak tergadai maruah pun mudah juga..
Nak bagi fresh kiss,warm hug pun mudah.

Mana pergi harga diri? mana campak iman di hati?mana lempar ilmu agama yang dari sekolah rendah tahu, tak boleh pegang lelaki, bila terpegang sikit budok laki kat tadika dulu terus buat muka over geli, sambil gosok2 tangan konon nak hilangkan kesan tangan budok laki tadi.
mana pergi tahu yang aurat tak boleh dedah sesuka hati?
Mana pergi??

Ok. saya bukan emosi. jauh sekali nak marah2 benci. Tapi kesal memang ada. Saya pernah baca metro, dan ada tulis kat situ, di sebuah sekolah ni, most of the girls dah tak virgin lagi. MOST! bukan minoriti, tapi majoriti! dan mana2 girls yang masih suci, masih belum pernah berzina, dia akan dipandang rendah oleh kawan2 lain yang dah 'pernah'. Ini lah situasinya sekarang. Benda2 macam ni pun dah jadi biasa sangat sebenarnya. Selak ah surat khabar. Berlambak-lambak kes2 macam ni. Yang rogol lain cerita, tapi yang menyerah se'ikhlas' hati ni yang peliknya.

"You give me your super duper fake love, and i'll give you not only my kiss, but my whole body. You can take them all, because i love u damn much! love you..."

dan 9 bulan lepas tu..ada baby dalam semak kena hurung semut api...

Tak kesian ke dekat baby yang tak sempat hidup tu?
Tak kesian ke pada mak ayah yang lahirkan, besarkan dan didik kamu?
Tak kesian ke dekat bakal jodoh kamu yang bakal dapat second-hand wife?
Tak kesian ke dekat diri sendiri yang bakal ditanya kat akhirat atas semua perkara yang dah dibuat?

Girls, please..i beg you,
Save your kiss, save your virginity,
Control your lust,
Don't ever surrender into ur whims and desire,
Take good care of your body,
Cover your assets,
Don't show them to the men,
They don't deserve that,
Except one..
Your husband.

Saya juga takut, tak tahu saya esok bagaimana. Iman manusia itu menurun dan menaik. Sedikit tergelincir, padah menanti. Saya juga bimbang. Doakan saya sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Pray for me, for Allah to lend me strength to save my kiss!






1 comment:

  1. betul tu..bila tengok statistik yang fact...rasa cam 'huisshh..ganasnya...kenapa..bile..dan apa dah jadi.."..
    bahana bila agama ditolak ke tepi dan hanya jadi pegangan bila terdesak..bile nak kawin..bile nak cri pak sanggup yang terang2 Allah katakan dosa besar..manusia ni memangla tak takut azab Allah..kdang2 tahu salah..tapi nak bersuka-suka..jadilah bertambahnya kejadian2 mengerikan ni..Ya Allah..lindungilah kami semua..jangan palingkan hati kami..jangan bolak-balikkan hati kami..terguhkanlah keimanan kami dan berikanlah mereka2 hidayah agar kembali pda jalanMu...

    ReplyDelete