Meh sini, kita bicara tentang bahagia..=)
Rasa2 nya, apa itu bahagia?
Mungkin kalau kecik2 dulu, bahagia itu ialah apabila kita dapat barbie doll dengan bermacam jenis gaun bling bling yang boleh kita tukar2 pakaikan patung tu,
Mungkin juga bila kita dapat kereta mainan ala2 hotwheel tu, then main dengan kawan2 kat luar rumah, sambil mata kawan2 terkebil kebil pandang kereta kita yang macam...
"fffuuuiiyyyooo cool giler kereta dia!!!"...
Mungkin jugak kalau kita besar sikit, bahagia itu apabila kita dapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita atau choral speaking setelah sekian lama menjerit melalak berlatih atas pentas tiap2 petang lepas habis sekolah agama,
mungkin juga bila sudah mula usia belas2, yang mana suara pun dah bertukar ala2 itik serati, dan jerawat pun sudah mula berjinak2 membina penempatan di muka kita yang cantik ni (err..chantek ke??)
maka bahagia itu mungkin apabila kita menerima sms cinta(kalau zaman tok nenek kita, ianya adalah surat atau nota cinta)
mungkin juga apabila sudah jelas sedikit akan matlamat dan cita-cita, bahagia itu hadir apabila A demi A menghias hias kad kemajuan kita, mahupun angka 3++ dan 4.0 menjelma sebaik sahaja kita log in student portal (semangat UiTM masih belum habis nih!) dan click pada examination result.
Mungkin....
Mungkin itu..
dan mungkin ini..
Bagi awak, bahagia itu apa ya..
Entah, kalau saya, banyak benda yang boleh buat saya rasa gembira. Rasa suka, rasa senang.
Tapi tak semua buat saya rasa bahagia.
Kerana bagi saya, bahagia itu ialah apabila kita mampu menerima semua dengan seadanya, berlapang dada dengan insan2 yang kita jumpa, dan ALLAH redha dengan kita, dan mengurniakan salju ketenangan dalam hati kita.
Bahagia itu bukan letaknya pada banglo tiga tingkat ataupun rumah satu bilik,
Bahagia itu bukan letaknya pada kancil ataupun Lamborghini,
Bahagia itu bukan letaknya pada 1100 bertorchlight di hujung ataupun Iphone4,
Bahagia itu bukan letaknya pada 'jenama murah' ataupun MnG,
Bahagia itu bukan letaknya pada lolipop ataupun Ferrero Rocher,
Bahagia itu bukan letaknya pada aiskrim Malaysia ataupun Baskin Robbin,
Bahagia itu bukan letaknya pada selipar jepun ataupun Billabong,
Bahagia itu bukan juga letaknya pada Halimah jongang ataupun Erra Fazira,
Namun bahagia itu ialah apa yang kita terima seadanya,
apa yang kita rasa senang akannya,
apa yang kita berpuas hati dengannya,
apa yang kita bersyukur atas keberadaannya,
Itulah bahagia.
Benar, harta benda itu semua menyumbang juga, tetapi tidak sampai itu menjadi matlamat bahagia.
Insan, jika ingin bahagia bertamu dalam hidupnya, harus yakin akan Allah, perlu ada rasa cinta yang dalam pada Allah.
Harus ada rasa syukur yang tinggi melebihi paras langit atas segala apapun nukmat kurnianya.
Cakap pada saya, apa yang kita tiada?
Kita kurang duit?
Sekurang-kurangnya kita masih ada mata, Allah masih bagi kita nikmat melihat, merasa, menghidu dengan setiap deria. Cuba fikirkan mereka yang sudah hilang salah satu daripadanya. Rasa-rasanya, agak mustahil untuk menggantikannya semula. Jika boleh pun, tidak akan sama dengan yang biasa. Yang kita sedang ada.
Kita tidak cantik?
Awak tak cantik di mata manusia? Siapa kata tidak cantik di mata manusia tu, maka konfem2lah tidak cantik di mata Allah? Ingat sahabat baginda Bilal bin Rabah? Menurut riwayat, bagaimana tampang beliau? Namun imannya membuatkan Bilal istimewa di sisi Allah, dan apa lagi yang kita inginkan selain dari mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat? dan lagi satu, jika hati ikhlas, yakin dan percayalah, yang memandang pasti akan menyenangi awak. Biarpun cantik, tapi kalau dibenci2, apa guna kan?
Ya, saya tahu yang cantik2 itu selalu diberi keutamaan, yang lawa2 itu selalu diberi perhatian., tapi itu manusia punya nilaian. Nilaian Allah, siapa yang tahu? Dan lagi, hanya insan2 terpilih yang mampu lihat cantik nya seseorang insan apabila wajahnya dilimpahi keimanan. Dah, jangan risau, jangan sedih.
Kita tidak macho?
Apa takrifan macho pada awak? Ada six pack dan otot berketul2? (eeuuwwww..saya tak suka lelaki macam ni, sori..)
Atau.. awak rasa macho apabila tinggi dan tegap macam .........(nama dirahsiakan, ambil sja contoh sendiri di sekeliling awak)
Atau.. awak rasa macho ialah apabila mempunyai dada bidang dan bahu straight?
Maka pernah tak awak terfikir apakah nilaian sebenar macho di hadapan Tuhan?
Bagi saya, macho itu akan terlahir apabila seorang lelaki itu, mampu mempertahankan keimanan dan berusaha melawan hawa nafsunya, dan mampu bangun malam solat sambil menangis terhinggut2 kerana mengenang Maha Pencipta, juga menggunakan umurnya untuk berjihad di jalan Allah ( jihad bukanlah maksudnya sekadar dengan genggam senapang dan naik kuda kat padang pasir tu. jangan salah sangka tau!)
InshaAllah, memang terbaek punya macho lah kalau macam tu!
err..tapi kalau itu lah sebenar2 takrifan macho, agak2 berapa ramai je lelaki macho di dunia ini ek? errr...errr....
Haa,,, jadi kesimpulannya, bagi saya, bahagia itu bergantung kepada cara kita melihat dunia, cara kita menerima semuanya. Jika kita tidak suka dengan kehidupan kita sekarang ni, jangan kita berangan nak mengubah dunia, dan menyumpah2 kehidupan yang sucks (menurut kita), tapi, cuba ubah kedudukan hati!
Pandang lah hidup dengan sewajarnya.
Sesungguhnya, kehidupan yang paling bahagia itu bukanlah apabila kita faymous dalam kalangan manusia, tetapi apabila nama kita sering Allah sebut2 di hadapan para malaikatNYA, kerana kesolehan kita.
Dan, bahagia itu adalah apabila kita cinta akan Allah, dan Allah kasih akan kita. (^_^)
adahredha... adahbahagia....:)
ReplyDeletealhamdulillah...