Wednesday, March 23, 2011

Kalau kita jatuh cinta...

Pernah tak rasa seolah-olah bintang sedang bersinar terang nyaman sejuk padahal waktu tu panas terik menggila matahari memancar terang tanpa seketul bintang pun?


Pernah tak rasa seolah-olah ada semilir angin bertiup damai menyusup ke dalam hati walaupun waktu tu tengah duduk kat belakang bas UiTM, sambil asap hitam keluar dari ekzos menyerbu rongga badan?


Pernah tak rasa seolah-olah hati sering merindui seseorang sampai satu saat jiwa rasa tersiat dan perit menahan siksa?


Pernah tak sesekali apabila terlihat akan dia dunia terasa berhenti berputar dan seisi alam maya membeku turut terkesima?


Pernah tak adakala dengan melihat wajahnya sekilas cuma sudah cukup untuk membuat kuntum senyum mekar mengembang sepanjang hari walau tanpa cahaya suria?


Dan apabila ditanyakan pada doktor akan simptom2 itu, untuk tahu sakit apakah kita, maka jawapannya TIADA. Awak tidak sakit.


Apabila ditanya kepada yang lebih dahulu makan garam berbanding kita, akan rasa2 yang mercampur baur dan keanehan2 yang brerlaku itu, mungkin kata mereka:








"anak ini sudah jatuh cinta, sudah dicuri hatinya".....


























Jatuh cinta???









Jatuh cinta????















Jatuh cinta?????????





maka......





























apakah yang kita akan lakukan apabila mendapat tahu bahawa kita sudah jatuh cinta??




a. Mendendangkan lagu " Bila cinta" sambil main2 telinga teddy bear.

b. Pergi tikam 'dia' sampai pengsan, agar kita tidak jatuh hati lagi

c. Makan coklat

d. Hantarkan rombongan meminang

e. Berhadapan dengan 'dia' dan katakan " Saya sudah jatuh cinta dekat awak".



Kalau bagi llelaki, mungkin jawapan paling macho yang boleh dipilih adalah D. (Serius, bagi saya this's much better than E. Mak bapak setuju, apa lagi? nikoh je le!!*tangan diliuk lentikkan


Namun, kalau perempuan, yang sudah berabad2 terkenal dengan sifat malu2 cute gitu, (ok, fine..saya tahu sekarang dah makin pupus.), bagaimana ingin menghadapi situasi ini, Pinang si lelaki? Mungkin.. Tetapi berapa ramai yang berani, kan.. Kalau saya, nampak gaya nye, mendara ah sampai ke tua. Belum cukup berani rasanya.. Tapi tak tahu juga, mungkin bila dah besar nanti, dan ada lelaki yang saya cintai sepenuh hati, sanggup kot nak paksarela mak abah hantar cincin kat rumah dia. HAHA. Sounds impossible.
Kalau boleh tak nak lah macam ni!! * sambil tangan menumbuk bantal secara slow



Ataupun, cari orang yang kita jatuh cinta kat dia tu, pandang muka nya, (ataupun nak buat ala2 novel islamik sikit, bawa teman, jumpa dia di tempat terbuka) dan ucapkan padanya " Saya suka awak!". Kalau nak tambah lagi efek drama, beli aiskrim cornetto royale show your love, dan beri padanya satu (dengan harapan hati beliau akan cair seperti mana aiskrim tersebut), sambil termengah-mengah, kononnya penat sangat berlari semata2 nak pergi beli aiskrim dan kongsikan dengannya.alaa..macam dalam iklan tu. Mungkin sweet begitu..


Ataupun, kalau perempuan, mungkin bagi hint2, sikit, dimulakan dengan pura2 tersalah dail nombor dia, kemudian terbersembang dengan dia, kemudian buat2 baru kenal dia, dan bla..bla..bla..you choose the next step based on ur own creativity. tak boleh lah nak tulis panjang lebar kat sini, nanti kalau saya tulis buku, "taktik2 mengorat", tak laku pulak, pasal korang semua dah baca kat sini. ahaks!!! tak bermotivasi langsung punya impian!



Bagi yang dah lama tahu akan kewujudan 'dia', dah lama pun kenal dan berkawan dengan 'dia', tapi baru sedar yang separuh hati sudah ada pada 'dia', tanpa disangka2, maka apa harus dibuat?


Mungkin risau sebarang penolakan menyebabkan kita menjauh dari dia. Yelah, simpan lama2 jadi pekasam takpe lagi, boleh dimakan, enak pula rasanya (bagi sesetengah orang, bukan saya). Tapi rasa itu, jika simpan lama2, tidakkah menyeksa jiwa raga namanya? Menderita kerana cinta.




" Aku hanya mampu melihatnya dari jauh, ingin ku dakap, tidaklah halal,
Aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh, hendak kuluah, takut direject
Aku hanya mengintainya dari jauh, ingin mendekat, takut dimarahi"



Lantas, apa yang perlu aku lakukan???????



* To be cont...(Kata pojan, mana ada blog buat trilogi, tapi kata saya, blog saya ade. Jadi, untuk tidak menipu, saya akan mula bertrilogi), dan post ini yang menjadi mangsa..haha..Tata!!



4 comments:

  1. ceh!! adibah! tulis lagi.. ader sahabt kita dluar sana y perlu kn bantuan kamu! n sbg bekalan utk diri ambe jgok...hehhehe..... :)

    ReplyDelete
  2. lia a.k.a. cucu sultan~ saya memang senatiasa sweet..haha

    adahredha~sabar ye sayang oi..:-)nanti cheq sambung lagi naa..

    ReplyDelete
  3. alahai... dibah.. buat movie jela.. mcm tggu harry potter pnye movie la plak... hahaha

    ReplyDelete