Wednesday, May 25, 2011

Interview Ijazah Pendidikan

Salam guys.

Kesibukan yang menghambat menyebabkan saya lama tak update.

Saya baru balik interview di Kuantan dan lepas ni akan kembali meneruska perjuangan sebagai OC. Ok fine, mungkin beria dan overr bunyinya. \:

Minta maaf sangat2 pada kawan2 yang tak 'ter' reply mesejnya. Bukan apa, kalau dapat sms masa tengah buat sesuatu kerja, simpan dulu, konon nak balas sekejap lagi. Alik2 terlupa. Esok lusa bila check inbox balik baru teringat.

Itulah, kadang2 saya rasa orang yang takde pakwe ni memang langsung tak ambil cara sangat pasal phone. Yelah, kalau couple ni, mesti kejap2 nak check phone, kalau2 cik abag/ cik adik tanya 'dah makan ke belum' atau 'ayang tengah buat apa tu?' dan terus balas dengan bahagia, sekaligus menjadikan kita seorang yang sangat peka akan kehadiran sms dan panggilan telefon.

Maknanya kalau macam ni, demi untuk mengelakkan masalah mengabaikan telefon bimbit maka saya perlulah cari pakwe seorang, agar sepanjang masa saya sentiasa akan alert akan sebarang kesan getaran ataupun ringtone yang berbunyi. Betul tak? betul tak?


Cis, asal cakap je mula ah nak melalut masuk simpang sana simpang sini, kali ni terpaksa guna short cut straight to the point sebab tak punya banyak masa.

Pertama sekali, bagi pihak saya tadi, panel tu tanya banyak soalan yang tak spesifik sangat. Banyak lebih kepada pendapat sendiri.

Antara soalan yang ditanya kepada saya: (Depa guna bahasa inggeris tanya, tapi disebabkan saya mempunyai short term memory dan ingatan yang agak lemah, dah tak ingat ayat b.i. dia. Dalam bahasa ibunda kita macam nilah lebih kurang bunyiknya..)

1) Saya lihat awak aktif di sekolah menengah (dia tengok sijil2 yang kita bawak, jadi bawaklah apa2 sijil penyertaan korang waktu kat UiTM atau sekolah menengah. Yang tadika tak payah lah kot.) cuba awak ceritakan sedikit tentang penglibatan awak dalam aktiviti di sekolah.


2) Apa pendapat awak tentang sistem pembelajaran pada hari ini?

3) Apa pendapat awak mengenai seorang guru yang sebenar? Maksudnya lebih kurang macam apa yang seorang guru perlu jadi atau perlu lakukan lah.

4) Apa cadangan awak untuk meningkatkan tahap pendidikan.

5) Macam mana awak boleh suka dengan bahasa Inggeris.

6) Nama awak Nor Adibah, apakah maksud nama awak? (Nasib baik dari kecik saya selalu belek2 panduan nama anak2). Mujur jugak mak saya tak bubuh nama pelik2 panjang2, mampus ah nak explain macam tu.

Nor Adibah = knowledgeable person je saya jawab. Mudah bukan? Jadi, bubuhlah nama anak anda Nor Adibah, mudah-mudahan mudah urusan dia ingin menjawab jika ada penemuduga bertanya maksud nama dia.

7) Awak dapat a dalam b.a., apakah nama guru yang mengajar b.a. yang awak suka dengan caranya.

Ni saya jawab Ustaz Hairul Amizam. Kebetulan pulak panel tu cakap ustaz tu bekas student dia. Whatever lah, dan2 je saya cakap: " oh yeah, he is one of the teachers that teaches from the heart, and not from the book". (dengan harapan dapat extra mark sebab puji ex student beliau. Kalau ikut logik, kalau puji student, mesti cikgu rasa tempias sekali. )

Eh tapi memang betul, ustaz saya tu memang best. Korang kalau ada yang baca ni ex Smka TAHAP, mesti korang tahu kan..


Ada juga kawan saya yang ambil pendidikan khas ditanya soalan.

1) Dalam hidup ni dah baca berapa banyak buku?

2) Berapa banyak buku yang dah awak baca dalam bulan ini?

3) Apakah tajuk2 bukuyang awak dah baca adalam minggu ini

4) Cuba preview sikit tentang salah satu buku yang awak dah baca tu?

*Apa kaitan dengan pendidikan khas pun, saya tak faham. Tapi itulah, kena jawab dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan, jangan nampak sangat yang kita ni asyik 'menelaah' novel cintan cintun, ujang dan lawak kampus je.

Paling tidak readers digest atau nst mesti buat2 masuk dalam senarai.

Kalau sempat, belilah senaskhah nst or the star baca semuka dua pun dah cukup, mana tahu kalau dappat soalan macam ni, kita nak menjawab pun tak ada lah menipu. Kita memang ada baca, walaupun headline artikel yang ada gambar artis sahaja.

Ada juga yang kena mock teaching, tapi saya tak kena. Apapun, lebih baik prepare kan sahaja topik yang hendak diajar. Mana tahu kalau2 dia nak tengok kita mengajar.

Lagi satu, kalau panel tanya dallam b.i, lebih baik jawab dalam b.i., dan jika dalam b.m, lebih baik jawab dalam bm.

Panel takde tanya langsung tentang nama2 menteri dan pipp apa semua tu, tapi lebih baik prepare sahaja. Rambut sama hitam, soalan lain2.

Lain2, macam biasa lah. Duduk elok2, tak payah nak silang2 kaki. Biar ayu2 sikit gitu.

Jarak antara saya dengan panel tadi adalah dalam lebih kurang satu meter lebih. Agak jauh, jadi memang panel boleh nampak sepenuhnya tingkah kita. So kalau ada yang jenis suka goyang2 kaki macam tengah duduk atas mesin getaran yang shake2 dalam tv tu, cuba-cubalah atasi sekejap.

Seperti biasa, senyum paling anggun dan buat muka konfiden. Pedulikan kalau rasa kita bukan seorang yang kacak/cantik, yang penting senyummm.. Tapi jangan overr luas sangat. Berpada-pada.

Pakailah pakaian yang kemas dan yang selesa dengan kita. Tadi saya pakai kasut hitam tumit tinggi. Keletung-keletang bunyi dia. Gila rasa tak selesa. Rasa macam nak kaki ayam je di pertengahan jalan. Lain kali tak mau pakai dah!

Lagi satu, banyakkan berdoa, memohon pada Allah.
Kita ni manusia, mungkin waktu prepare tu dah ready dan confident gila2 dah., tapi macam2 boleh jadi bila dah masuk.
Ini bukan nak takutkan, tetapi agar kita sama2 sedar dan yakin bahawa kita berganrung harap pada Allah. Dia yang merencana hidup kita dari sekecil2 desahan nafas hinggalah sebesar2 perkataan yang akan kita keluarkan ketika menjawab soalan panel.

Selawat dan minta restu ayah bonda dan minta sahabat2 doakan kita.

Usaha itu milik kita, dan kita mampu berusaha sehabis baik. Natijah atau keputusan itu milik Allah s.w.t.

Setelah berusaha, maka kita bertawakkallah. Apapun yang menanti di hadapan, InshaAllah itulah yang terbaik buat kita.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menerima ketentuannya dengan hati yang penuh redha. dan ikhlas.

Saya harap kita sama2 dapat saling mendoakan.
Saya harap sahabat2 semua berjaya lakukan yang terbaik :-)

Untuk sahabat2 yang tidak dapat interview, jangan berputus asa. Seperti yang kamu biasa dengar, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Hayatinya, masukkan ia ke dalam hati. InshaAllah, redha dan bersyukur itu akan menenangkan jiwa dan perasaan.




ok. ma'annajah:-)

p/s: terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang mengirimkan salam kejayaan dan doa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti kalian.

4 comments:

  1. yep.he does teaching from the heart.missing his arabic class a lot.
    Dibah jom g tahap!

    ReplyDelete
  2. izati~ moh le kite ramai2!!!!!

    wana~ (^_^)

    shidah~ teringat shidah waktu kelas b.a. hahaaa

    ReplyDelete