Tuesday, May 31, 2011

Surat Bertinta Cinta Buat Junior2 UiTM Kuantan 2011/12. (Surat 2)

Yang bakal menghiasi hari adik-adik selepas ini :-)
~pics by google~



Salam sayang buat adik2 yang jauh di mata, tetapi dekat di hati. Biar jarak memisahkan kita, namun inshaAllah, ukhuwah yang terbina akan kekal terpatri.

*eh kak, pahal kau overr sangat?? =,=








Buat adik2 yang dimuliakan Allah,

Jika semalam akak berpesan mengenai solat, maka hari ini akak berhajat pula ingin beralih kepada hal2 lain yang juga penting. Hayatilah dan sematkan di dalam hati. Yang mana baik, ambillah, dan yang buruk, sisihkanlah.


Adik-adikku yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang, ingatlah, sesungguhnya tinggal di UiTM Kuantan sama ada Kampus Padang Lalang mahupun Kampus Bukit Sekilau, amat sangatlah menguji keimanan.


Jarak dari kampus ke mall terdekat adalah sangat menggalakkan adik2 untuk berkunjung lagi dan lagi tanpa berasa penat. Bayangkanlah, jika dalam satu hari, adik hanya mempunyai kelas selama lima jam sahaja. Maka selebihnya, sudah pastilah hati adik2 meronta2 ingin menjejak lantai pasaraya terkemuka berhawa dingin yang menyediakan perkhidmatan panggung wayang dan bowling.

Tambahan pula dengan keadaan pasaraya yang mempunyai begitu banyak kedai2 yang menjual pelbagai jenis outfit yang bak kata remaja zaman cyber ini "ommjayyyyy,,, syantekk tomeyy gilerr!!!!"
dan tidak ketinggalan juga beraneka jenis booth yang menjual perhiasan lain, dan buat adik2 kacak bergaya juga, mungkin dompet lusuh pemberian awek adik2 sempena ulangtahun kelahiran yang ke-17 digoncang oleh gahnya Al-Ikhsan dan Adidas Outlet, mahupun Dockers yang bertebaran di mana-mana.

Lantas, duit elaun yang sepatutnya kita gunakan untuk membiayai buku2 dan alat2 untuk pembelajaran juga akan habis kita laburkan untuk membuatkan pengusaha2 mall itu tersenyum senang, dan penjual popcorn di hadapan GSC turut tersengih riang.


Bersabarlah adik2, ujiannya memang sangat besar. Kita tidak diuji dengan kesempitan wang untuk menyambung pelajaran dan untuk mengisi perut, tetapi kita diuji dalam bentuk kesenangan, di mana begitu mudah untuk kita melaburkan masa dan wang ringgit ke arah perkara2 yang kurang berfaedah.

Maka di sinilah adik2, lagi sekali kita perlu berusaha sehabis mampu. Bukankah Allah itu tidak mendatangkan ujian, melainkan memang yang setimpal dengan kemampuan kita??

Jadi akak yakin, dan adik2 juga perlu yakin dengan sepenuh hati, bahawasanya adik2 akan mampu untuk menepis dugaan yang mendatang.
Adik2 mampu untuk mengusir bayangan GSC, Karok, Al-Ikhsan, Ladylike, ECM, Megamall, dan pelbagai lagi.

Apabila elaun sudah mula menyapa akaun bank adik2 nanti, perbanyakkanlah solat sunat, agar adik2 mampu meraih kekuatan untuk tetap teguh berada di kampus di saat rakan adik2 mula bertebaran menyusun langkah ke mall.

Jika adik2 ingin berjalan2 sekalipun, Taman Gelora dan pantai2 lain pun sedia menyambut adik2. Tidak perlulah adik2 selalu menyinggah ke mall, kerana khuatir akan kebarangkalian 'terbeli tanpa merancang'.

Berkunjunglah ke pantai2, sambil melihat keindahan ciptaan Allah dan bertasbih memujiNYA dengan jiwa hamba. Buat adik2 yang di kampus Padang Lalang, adik2 lebih bertuah kerana adik2 boleh berjoging ke Taman Gelora yang terletak tidak jauh dari kampus. Adik2 juga boleh membuat study group dan juga usrah dalam keadaan yang sangat aman, ditemani angin yang bertiup sepoi2 bahasa mengelus rambut adik2. Namun haruslah diingat, jika adik2 berkunjung ke pantaiTeluk Chempedak, jangn lupa menyorokkan makanan adik2 daripada pandangan kera2 yang terdapat di sana untuk mengelakkan tragedi (buat adik2 yang tidak faham, sila rujuk senior). Akak sayangkan adik2, dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi kepada adik2 saat berkunjung ke sana.


Buat adik2 akak yang comel di Bukit Sekilau, adik2 jangan risau. Untuk pengetahuan adik2, terdapat satu taman permainan yang terletak sangat dekat dengan tempat adik2, bahkan terdapat juga gerai menjual beraneka jenis makanan seperti goreng pisang, keropok dan kuih-muih tempatan. Selepas penat berjoging di sekitar taman permainan, adik2 bolehlah men'topup' balik lemak dengan mengunyah goreng pisang dan keropok sambil menyaksikan kanak-kanak bermain buaian dan jongkang-jongkit. Indah bukan??


Lebih baik daripada adik2 mengunjungi mall dan menghabiskan duit membeli stuff yang tidak sepatutnya. Dengan ini, inshaAllah di saat penghujung semester, di mana rakan2 lain sudah mengeluh kerana kehabisan wang, dan gerai2 makan juga dihujani dengan permintaan 'nasi koboi' kerana itu hidangan yang paling murah, adik2 pula tersenyum senang kerana adik2 masih mempunyai banyak wang dan dapat melangkah senang ke arked tanpa perasaan runsing. Juga dapat membayar duit untuk dinner akhir sem tanpa perlu berfikir dua tiga kali. Tak cukup dengan itu, adik2 juga dapat berbakti dengan meminjamkan duit kepada rakan2 yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.
Ingatlah adik-adikku, "khairunnas, anfa'uhum linnas", orang yang baik ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.



Adik-adikku yang dikasihi Allah,

Akak juga ingin mengingatkan adik2 supaya hidup dalam keadaan yang harmoni. Sepertimana yang adik2 sedia maklum, di UiTM Kuantan hanya terdapat dua jurusan, iaitu jurusan Undang-undang dan TESL.

Berkenal-kenallah sesama sendiri adik2, hiduplah seperti satu keluarga yang besar. Hiduplah seperti suami isteri. Mungkin LAW ialah ayah, dan TESL ialah emak. Ataupun TESL ialah suami, dan LAW ialah isteri. Oh, agak gatal bunyinya..hik..hik..
Akak cuma ingin adik2 dapat menghayati erti hidup saling menyayangi. Begitulah ibaratnya, supaya adik2 semua saling sayang-menyayangi, kasih mengasihi. Namun harus diingat, jangan pula terlebih 'kasih-sayang' antara siswa dan siswi, kelak padah yang menanti.

Adik2 sama2 hebat, tidak perlulah kiranya adik2 ingin membandingkan siapa yang lebih bijak, dan siapa yang lebih hebat. Setiap adik2 memiliki kehebatan dan kekurangan masing2.

Akak sangat yakin yang adik2 akan dapat bersahabat dan menuntut ilmu bersama-sama dengan hati yang riang gembira.


Adik-adikku yang cantik manis dan tampan bermaskulin,

Ketahuilah juga adik2, menuntut ilmu itu ada adab2nya yang tersendiri. Antaranya ialah menghormati guru atau pensyarah kita.

Adik-adikku, akak ingin berpesan, silalah hormati para pensyarah yang akan mengajar adik2. Bagi adik2 yang mengambil jurusan undang2, inshaAllah adik2 akan bertemu dengan Madam Shatrah, Madam Wan, Miss Azyan, Madam Roose, Madam Bai, Madam Aini, Sir Ikmal, Sir Farid, Sir Syahril, Miss Ju, dan lain2 lagi. Manakala, bagi adik2 TESL, adik2 akan disambut oleh wajah2 ceria Madam Nurma, Madam Jue, Madam Laily, Sir Naawi, Madam Rahmah, Madam Shima, dan lain-lain lagi.

Hormatilah mereka, adik2. Janganlah kiranya adik2 memanggil mereka denagn nama mereka sahaja. Selitkanlah sekali gelaran mereka seperti Miss atau Madam, mahupun Sir jika ingin memanggil atau membicarakan tentang diri mereka walaupun mereka tidak berada di hadapan kita ketika itu. Itu merupakan salah satu cara kita menunjukkan penghormatan kepada mereka yang telah berkongsi ilmu dan mengajar kita. Oh ya, tidak ketinggalan juga kaunselor yang comel lote dan masih bujang orangnya, iaitu Miss nurul.

Letakkanlah rasa hormat dan taat kepada mereka, selain menyelitkan nama mereka dalam doa adik2 saban waktu. InshaAllah, ilmu yang diterima akan lebih mudah meresap dalam kepala otak adik2, dan keberkatan juga akan menghiasi hari adik2. Mudahlah adik2 mendapat result yang heaven nanti.





Duhai adik-adikku yang berjiwa cekal, akak juga ingin mengingatkan adik2 yang akan menaiki bus berulang alik dari bukit sekilau ke padang lalang, supaya adik2 menanam sifat sabar di dalam diri, kerana kebarangkalian untuk adik2 menyumpah seranah sambil mengesat peluh di dahi sangatlah tinggi. Almaklumlah, jumlah pelajarnya ramai, tetapi bus cuma ada dua. Tetapi akak tak pastilah pula jika bilangan bus telah ditambah dan sistem pengangkutan telah dinaiktaraf, tetapi jika diikut pengalaman akak dahulu, mungkin sepuluh peratus dari hidup kita di UiTM akan dihabiskan untuk menunggu bas sampai dan juga bergerak.

Maka awal2 lagi akak ingin mengingatkan adik2 supaya banyakkan bersabar dan rancanglah aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sementara menunggu bas. Contohnya, adik2 boleh membawa al-quran tafsir kecil comel ataupun al-ma'thurat ataupun sebarang jenis buku menarik untuk dibaca sementara menunggu. Pedulikan apa orang kata, yang penting kita dapat manfaat, betul tak adik2??


Juga adik2, hormatilah staf2 yang bekerja, termasuklah pemandu bas, polis bantuan, dan juga makcik cleaner. Jangan sesekali berlaku biadap dan sombong kerana itu bukanlah sifat yang mulia. Sentiasalah melemparkan senyuman kepada mereka, dan memberi salam dengan penuh sopa. Namun buat adik2 siswi, jangan pula terlebih senyum sampai tak cukup bibir ataupun terlebih ramah dengan polis bantuan lelaki dan juga staf lelaki yang lain. Almaklumlah, adik2 ni kan cantik persis bidadari, nanti bimbang berlaku apa2 yang tidak diingini. Mintak jauh lah adik2 akak. Jadi, berpada-padalah, dan ingat, hormatilah dan tunjukkan rasa penghargaan walaupun dia seorang makcik cleaner. Siapa tahu, mungkin mak cik cleaner tersebut mempunyai anak lelaki yang kacak lagi beriman dan masih bujang?? ehem...


Buat adik2 yang sudah hampir juling mata membaca tulisan kakak yang sudah panjang berjela ini, akak ingin juga berpesan supaya rajin-rajinkanlah diri menyertai aktiviti yang boleh membawa kebaikan kepada adik. Pilihlah untuk menyertai apa sahaja aktiviti yang dirasakan bermanfaat pada hujung minggu berbanding memilih untuk terus berkelubung di dalam selimut atau bersiar-siar di mall sambil mencuci mata.


Percayalah pada akak, aktiviti2 yang dianjurkan sangat2 lah menarik. Waktu zaman akak dahulu, ada program yang diadakan di pantai2 dan ia sangat mengisi jiwa akak. Akak sungguh sangat menghargai saat2 di mana akak bersama rakan2 sekelab berdiskusi di tepi pantai, dan juga sama2 menyertai acara yang diadakan. Ada juga di antara rakan2 baik akak yang mendapat peluang pergi melihat penyu dan menurut mereka, melihat penyu itu seronok. Tidak teringinkah adik-adik??


Adik-adikku sayang,

Sudah lenguh rasanya jari jemari akak menulis baris demi baris. Dan akak juga rasa sudah muak adik2 menatap aksara yang akak lontarkan. Maka rasanya, lebih baik akak menoktahkan surat akak segera. Tambahan pula, azan Isya' sudahpun berkumandang melalui corong pembesar suara yang yang dipancarkan dari masjid berdekatan dengan rumah akak.

Adikku, sekali lagi akak ingin memohon ampun dan maaf jika terdaapatsebarang salah dan silap di dalam surat akak yang tak semenggah ini.

Ingatlah adik2 perjuangan menuntut ilmu itu memerlukan bukan sekadar buku dan wang ringgit, juga bukan sekadar baju yang cantik, dan shawl terbaru, juga kemeja berbau kedai untuk dipakai ketika menghadiri kelas, tetapi menuntut ilmu memerlukan kesabaran, keikhlasan, dan sekeping hati yang redha dan mengharapkan kerahmatan dan keberkatan daripada Allah.

Marilah kita perbetulkan niat adik-adik, ikhlaskanlah hati membuka Federal Constitution kerana Allah, ikhlaskan hati menatap College Reading kerana Allah. ikhlaskan hati menunggu bas dan berdiri terhuyung hayang di dalamnya kerana Allah, ikhlaskan hati stay up menyiapkan assignment kerana Allah, dan ikhlaskan hati melangkah masuk ke UiTM kerana Allah, walau apapun ujian yang mungkin dihadapi.

Pohon ampun dan maaf dari ayah bonda, ucapkan terima kasih untuk keizinan dan jerit perih mereka untuk membolehkan adik2 meneruskan pelajaran di universiti.

Ok lah adik-adik, dada akak sudah terasa sebak.

Semoga adik-adik berjaya di dunia akhirat, dan akak juga mohon adik2 doakan kakak dan abang adik2 ni, yang sekarang sedang menanti tawaran untuk dilamar oleh mana2 institusi pengajian tinggi buat menyambung ijazah kami.

Salam buat adik2 yang tersayang (^_^)

Semoga Allah memberkati.

6 comments:

  1. akak!!!..mmg rajin!..nak rajin macam agak jugak!!!!

    ReplyDelete
  2. kak adibah, terima kasih atas nasihat dan peringatan akak kepada kami. Alhamdulillah. semoga Allah memberkati setiap usaha akak dalam menjaga kebajikan kami. terima kasih atas perhatian akak dan segala tunjuk ajar (:

    ReplyDelete
  3. zulhelmizulkepli~ wah, panjang bebenor nama awak.
    akak memang ''rajin'' lah sangat..All the best for ur new life as a UiTM student.

    Nurulaliasyafiqah~ Laa syukran 'ala wajib, dear. Semua ini dari Allah :-) amiin. may HIM bless

    ReplyDelete
  4. bnyk kngn tlh kte bina..miss all of u...teslian uitm ktn 10/11...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. ! akak y baik. moga2 sgala psanan akak ni kami ingt. insyaALLAH aamin. :) terima kasih akak. moga hidup akak dan kami semua mdapat rahmat dan berkat dari ALLAH s.w.t. aamin. :) terima kasih skali lagi utk 'surat' niii. :) <3

    ReplyDelete
  6. "TESL ialah suami, dan LAW ialah isteri. Oh, agak gatal bunyinya..hik..hik.."

    Kelakar ja kamu ni. Hehehe. Terbaik :)

    ReplyDelete