*Untuk surat kali ini, biarlah saya membahasakan diri saya kakak, agar lebih dekat di hati adik2.
Korang yang kakak2 abang2 tak payah nak buat muka geli2. Jealous lah tu!
Walaupun akak tak pasti adakah ada walau seorang pun antara adik2 yang boleh tersesat masuk ke blog akak yang tak menggiurkan ini, dan membaca surat khas untuk adik ni, tetapi akak ingin tulis juga. Jika tidak sampai pun, setidaknya harapan dan pesanan akak ada terlakar di sini. Khas untuk kamu, adik2 junior Uitm Kuantan 2011/12 amnya, dan adik2 junior Asasi TESL khasnya. ;-)
Ke hadapan adikku yang nun jauh di serata pelosok Malaysia. Ada yang di Johor, ni Negeri Sembilan, di Terengganu, di Selangor, Di KL, di Pahang dan di lain2 tempat.
Oh, tidak lupa juga kepada yang tidak pulang dan menghabiskan masa2 berkualiti berjinak2 dengan bunyi2 dan udara segar dari bengkel buat yang berada di kampus Padang Lalang, dan yang sedang berulang-alik ke EC Mall ikut short cut hotel Zenith buat yang berada di Sekilau.
Walau di mana pun kalian berada, akak berharap adik2 sihat dan waras sahaja hendaknya.
Tujuan akak menulis surat ini buat adik2 tak lain tak bukan, adalah untuk menitipkan sedikit pesanan buat adik2. Didorong atas rasa sayang yang aneh sejak pertama kali melihat wajah suci adik2 yang kelelahan mengangkat luggage, beg guni bercorak kartun, baldi dan bantal busuk pada hari Sabtu bersamaan 21 hb Mei di UiTM Kampus Khazanah Alam yang lalu, hati akak sudah mula berdetik.
"Inilah mereka, yang bakal meneruskan legasi perjuangan untuk menadah ilmu di UiTM Kuantan. Inilah wajahnya, yang bakal menyumbang lagi kepada bertambahnya modal insan buat pemacu kegemilangan negara." Maka, surat ini akak titipkan, khas buat tatapan adik2.
Jangan mencebik dahulu, ini sungguh bukan satu mainan mahupun gurauan, tetapi ini memang betul2 datang dari lubuk hati akak yang paling dalam. Hayatilah adik2...
Adikku, pertama sekali, akak ingin berpesan kepada adik2 dan juga diri akak sendiri, supaya jagalah solat walau di mana pun kita berada.
Menjaga solat itu bukanlah semudah kita menjaga pakaian agar tidak renyuk ketika tidur menyorok di dalam kelas, mahupun semudah menjaga tempekan gincu di bibir dengan makan menggunakan sudu secara berhati2 dan membuka mulut luas2 tanpa meminggirkan nilai2 control ayu mahupun menjaga rambut agar 'still standing' sepanjang hari agar menjadi impian para gadis, tetapi menjaga solat itu sangatlah sukar dilakukan tanpa adanya kesungguhan yang jitu dan semangat yang membara.
Lebih2 lagi apabila kita sudah menjejakkan kaki ke universiti, di mana tiada lagi para pengawas dan konco2 ustaz yang sibuk ke hulu ke hilir mencatat nama adik2 jika tidak turun solat berjemaah di surau, dan juga tiada lagi rotan2 ustaz yang sebesar jari kelinking untuk menibai punggung adik2 jika terlepas solat di surau.
Juga untuk adik2 yang tidak tinggal di asrama ketika sekolah, tiada lagi suara ibu yang membebel sayang menyuruh adik2 solat dan tiada lagi kedengaran zikir2 selawat menandakan waktu solat hampir tiba melalui siaran Astro Oasis 106.
Ini universiti adik-adik, universiti!! What do you expect???
Duhai adik2, di sini, segalanya harus dilakukan sendiri. Kita bebas-sebebasnya. Bebas seperti camar yang terbang merentasi laut tanpa sempadan. Kita mahu solat atau tidak, tiada siapa yang ambil peduli, tiada siapa yang ambil kisah. Maka adik2, di sinilah cabaran bermula....
Adik2 yang dirahmati Allah....
Solat itu tinag agama, solat itu juga nadi hidup kita. Oleh hal yang demikian, (adik, ketahuilah sesungguhnya, apabila akak dalam keadaan super serius, akak akan terdorong untuk menggunakan bahasa baku sepenuhnya) akak ingin sangat berpesan supaya adik2 jangan mudah meremehkan solat. Biarpun kita penat baru pulang dari kelas dengan mengejar bas dan terpaksa pula berdiri di dalam bas dengan sebelah tangan mengelek buku tebal computer literacy dan sebelah tangan lagi terpaksa berpaut kemas di kerusi rakan2 lain yang sudah bergoyang mengalahkan kuda pony, namun gagahkanlah diri untuk terus bersolat setelah masuknya waktu solat.
Janganlah sesekali kita menangguhkan solat dan tidur apatah lagi buat adik2 comel TESL yang akan berpindah dan menghabiskan empat bulan di Lembaga Kebajikan, cabaran buat adik2 adalah lebih besar. Ketahuilah, keadaan di Lembaga, sesuai dengan namanya yang agak misteri dan menyeramkan, adalah sangat gelap dan sejuk. Sangat sesuai untuk dibuat tempat beradu dalam tempoh masa yang panjang tanpa berasa jemu.
Maka, kemungkinan untuk adik2 terlepas waktu solat ataupun solat pada minit2 terakhir dalam keadaan tergopoh gapah juga adalah sangat tinggi.
Jadi adik2, beringatlah kita masing2. Untuk berjaya, solat harus diutamakan. Tanpa solat, tiada bermaknalah perjalanan kita jauh beribu batu ke UiTM untuk menuntut ilmu.
Buat adik2 lelaki yang kacak bergaya juga, rajin2kan lah diri adik2 untuk menapak ke surau kastam yang jaraknya cuma sejengkal jari bayi dari pagar UiTM. Tidak keterlaluan jika akak katakan, adik2 tiada alasan jarak untuk tidak menyertai solat berjemaah setiap waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah ta'ala kepada lelaki2 muslim.
Jika adik2 terlewat habis kelas dan solat jemaah sudahpun selesai, adik2 tak perlu mengeluh bimbang sambil kaki mengubah laluan kke arked, tetapi ajaklah rakan2 sekelas adik2 untuk solat berjemaah dan selepas itu barulah adik2 boleh menapak ke gerai mak cik nor untuk pekena sepinggan dua nasi.
Adik-adikku yang bergelar lelaki beriman dan bakal menjadi imam muda kepada keluarga, dekatkanlah diri dengan surau@masjid. Sesungguhnya, cabaran di universiti ini sangatlah besar. Manakan tidak, hari2 adik2 akan berjumpa dengan wanita2 cantik bergaya dan mempersona. Almaklumlah, siswi2 UiTM ni tidak dinafikan ramai yang cantik2. Akak pun hairan mengapa. ehemm..
Tidak ketinggalan juga godaan yang datang dari sahabat adik2 sendiri yang mungkin secara tidak langsung dapat melalaikan adik2 seperti contoh bermain dota sehingga membiarkan 1//3 terakhir malam berlalu begitu sahaja, mahupun melatih stamina di gelanggang futsal sehingga terlepas waktu solat.
Jadi adik2, mujahadah itu perlu tinggi untuk melawan segala godaan dan fitnah dunia, maka dengan menjaga solat dan mempersiapkan diri dengan amalan2 sunat serta mendekatkan diri dengan masjid, semoga adik2 mampu menjadi mahasiswa yang bijak lagi beriman.
Adik2, ingin akak tekankan lagi sekali, bahawasanya solat itu sangatlah penting.
Melalui solat lah kita dapat meraih kekuatan dan memperoleh kejayaan dengan izin Allah, inshaAllah.
Akak sangat berharap adik2 dapat menanamkan tekad di dalam hati untuk menjaga solat walau dengan apa cara sekalipun, biar terpaksa mengorbankan harta dan nyawa!!!
Oh, maaflah adik2, akak teroverr pulak.
Rasanya, sampai di sini sahajalah surat akak untuk kali ini. Tapi adik2 jangan bimbang, untuk mengubat kerinduan adik2 esok akak akan mengutus surat lagi.
Terlalu banyak lagi yang ingin akak pesan. Hari ini akak baru berpesan tentang solat, tetapi sudah satu muka penuh.
Nanti akak akan sambung lagi dengan pesanan yang lain.
Akhir kalam, akak pohon maaf jika ada sebarang salah dalam titipan akak ini.
Akak akhiri pertemuan kita kali ini dengan serangkap pantun dua kerat,khas akak cipta setelah penat memerah otak, hanya buat adik2..
"Dua tiga kucing berlari,
Marilah kita pelihara solat"
Tata adik2..
semoga berjumpa lagi
(^_^)
Marilah kita pelihara solat"
Tata adik2..
semoga berjumpa lagi
(^_^)
dbo..miss to meet n talk with you..listening to your bebelan..owhh,,how good if we can meet again!
ReplyDeletetak tahu kenape, tp surat ni touched my heart deeply. thanx akak senior sbb saling ingat mengingatkan... :'))
ReplyDeletefrom UITM KUANTAN pre-law student 2011/2012
:)
boss~ i miss u too. especially ur kelantanese slanga..hehe..inshaALLAH, with His will, we'll meet again. luv u!!
ReplyDeletecerita saya: Semua ini dari Allah
thanks for reading dear :-)
get ready for your new life in campus,ok.