Wednesday, August 3, 2011

Ayuh perjuangkan hak kebebasan wanita!

Kebebasan meminjam gambar dari google, membuatku rasa sungguh bebas!!
~pics courtesy from google~ (as usual) ('^_^)



Sudah lama tidak update, dan apabila mula menulis kembali pada Bulan Ramadhan hari ketiga berpuasa, sudah berubah jadi pejuang hak kebebasan wanita??


Salam Ramadhan:-)


Sepuluh hari pertama, dijanjikan oleNYA dengan kerahmatan mencurah-curah.Mari sama2 menggandakan ibadah, agar hari-hari yang berlalu tidak sia-sia dan kita tergolong dalam kalangan hamba yang taat, inshaAllah.


Kali ni, lebih kepada kaum2 wanita di luar sana yang sibuk cot cet cot cet nak perjuangkan hak kebebasan wanita, mari sini saya kongsi satu pandangan.


" Wanita yang berjiwa bebas itu merupakan wanita yang hati dan jiwanya tidak terpenjara dengan kemahuan material yang membuak-buak, dan penglihatannya tidak dikaburi oleh indah kilauan busana yang bergemerlapan dan solekan yang memberi biasan sempurna wajah laksana seri bulan yang tampak indah dari anjung rumah kita. Wanita itu hatinya tidak tergugat dengan keindahan dunia, dan bebas bercita-cita tinggi mengimpikan apa yang di akhirat sana."


Saya mahu jadi wanita bebas. Kerana sedari dulu, saya sukakan kebebasan. Saya tidak suka jika kebebasan saya untuk keluar ke mana-mana atau melakukan apa sahaja kemahuan saya disekat.


Mujurlah dahulu kemahuan saya tidak menjurus kepada yang bukan-bukan. Kalau ingin bermain sekalipun, takkan beraninya saya mengayuh basikal keluar dari kawasan rumah. Mujur juga tidak teringin mencuba yang bukan-bukan atas nama kebebasan.


Cuma pernah sekali menyertai kumpulan kanak-kanak ribena menghisap rokok kertas. Saya masih ingat, di hadapan rumah, berhampiran dengan ampaian. Waktu itu salah seorang kawan saya, kami panggil dia miyon, berjaya buat saya kagum dengan mengeluarkan asap dalam bentuk bulatan. Padahal bila dah besar sikit, baru saya tahu, yang sebenarnya keluarkan asap bentuk bulatan tu bukanlah perkara yang hebat sangat pun..Sesiapa pun boleh buat.


Atas nama kebebasan, selalu sangat wanita ni menuntut itu ini. Padahal bagi saya, wanita sekarang sudah cukup bebas sebenarnya. Yang menjadikan wanita tidak bebas sebab, mereka yang beria-ia itu menganggap kebebasan itu adalah persamaan dengan lelaki dalam apa jua cabang, persamaan layanan dengan lelaki dalam apa jua keadaan, dan persamaan hak dengan lelaki dalam apa jua perkara dalam kehidupan, walaupun sampai melanggar hukum Tuhan!


Sebenarnya wanita itu bagi saya, tidak akan bebas dan terbelenggu selama-lamanya jika ingin bebas mengikut nafsu menakluk dunia. Terlalu ingin bebas seperti burung terbang tinggi, sedang fikiran masih lagi di bawah tempurung kelapa belakang rumah.


Bagaimana wanita ingin bebas jika tidak ingin belajar dan memahami ilmu Tuhan di muka bumi, dan memandang bebas dengan takrifan boleh keluar mall sesuka hati, pakai mengikut fashionista terkini tanpa mengukur panduan yang DIA beri, dan melakukan apa sahaja walaupun mendatangkan akibat buruk kepada diri.


Jika itu maksudnya bebas, saya tidak ingin jadi wanita bebas.


Jika hanya itu apa yang kebebasan boleh berikan kepada saya, biarlah saya terpuruk sahaja di rumah sendiri tanpa ke mana-mana biar tak termampu cahaya matahari memamah diri.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, biarlah bebas itu kita terjemahkan dalam usaha menegakkan yang benar, dan membenamkan yang batil.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, biarlah kita bebas dari pengaruh keasyikan dunia yang disogokkan sehari hari dalam kehidupan kita. Nafsu kita menyukainya, namun jiwa kita tidak bebas dan terbelenggu untuk mencapainya.


Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita yang bebas, biarlah kita jadi wanita yang bebas lapang keluar dari rumah tanpa dibelenggu dengan ketidak yakinan akan diri tanpa dicaliti make-up buat penarik hati lelaki ajnabi.



Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, maka bebaskanlah cita-cita dan impian untuk terbang tinggi menjadi wanita luarbiasa yang memberi manfaat buat saudara dan agama.



Sahabat, kalau kita ingin jadi wanita bebas, luaskanlah pandangan dan pemikiran agar tidak kita diinjak oleh mereka yang busuk hati, bahkan boleh pula kita menyelamatkan sahabat sendiri.



Sahabat, jika kau ingin bebas, maka bebaskanlah dirimu untuk benar-benar menghayati dua permata tiada ternilai harga yang telah Rasulullah tinggalkan, Al-Quran dan sunnahnya yang indah tiada terperi.



Sahabat, kalau kau benar ingin jadi wanita bebas, ayuh kau fahami dan dalami setiap firman DIA, tiap sabda Baginda,seterusnya inshALLAH, kau akan bebas, dan jiwamu, cita-citamu, impianmu, akan terus terbang tinggi. Melata di atas dunia, dan tembus ke hakikat pengakhiran yang abadi.



Teruslah bebas. Teruslah bebas. Dan kita tersenyum, kerana akhirnya jiwa yang selama ini terbelenggu, sudah bebas sebebasnya!



Senyum~

Dan senyum lagi.








nota kaki: Ain Fatihah, sahabat saya di uitm dahulu, antara salah seorang wanita yang berjuang untuk bebas, bahkan bercita-cita pula menjadi superheroin dengan memakai sut pink. Semoga kau berjaya sahabat! :-)












5 comments:

  1. wah...benaran kamu meletak nama saya disitu. semoga kita menjadi wanita bebas di jalan yang benar. amin. sut pink tapi menutup aurat. itu yg penting ya.

    ReplyDelete
  2. mohon share ya. bukan sebab ada nama beta, tapi sebab ini wajar disebarkan kepada wanita diluar sana. hoho. i lebiu dibo.

    ReplyDelete
  3. wahh...semangat rsa mresap ke dlm jiwa ni teh..
    sy mahu jdi wanita bebas..bebas dri pnjajahan..bebas dri pmerintahan autokrasi dan bebas dri penyakit..insyaAllah..
    (klau nk kira..bnyk lgi kebebasan yg usu nak..base on UDHR-every human being is born to be free..)

    ReplyDelete
  4. Barakat~ hehe.. amacam? kan dah kata, mesti ada kutempel namamu..Bebaslah kau terbang dengan sut pink menutup aurat tu,,,:-)


    Wajihah~ Amiin, inshaAllah. Biarlah kita bebas, bebas dari belenggu kemaksiatan dan cinta akan dunia!

    Adah~ hai awak! (^_^)

    ReplyDelete