Wednesday, January 9, 2013

Aku kan MPP. huh!

Bismillah.

Assalamualaikum.



Short update. Pernah tak korang, kalau dengar something yang best dan bermanfaat rasa bagai nak gila menjerit sebab nak bagitau semua orang supaya semua orang pun tau gak, dan boleh rasa apa yang korang rasa.

Itu apa yang aku rasa. Dan sebelum enthusiasm tu memudar, baik aku menjerit kat sini. Barulah sopan..ihiks.

Macam ni, hidup kena ada matlamat kan? Pastu kalau cakap tentang matlamat, kita memang selalu cakap yang "Matlamat hidup saya adalah mencari Redha ALLAH" "Mencapai mardhatillah dan sebagainya"

Tapi sejauh mana matlamat tu sampai ke hati?

Aku tanya diri aku, kalau betullah matlamat, goal, tujuan hidup aku adalah redha ALLAH, kenapa kalau manusia mengata aku, perkara2 betul yang aku buat, aku rasa bengang dan tak settle. Rasa resah sebab ada orang cakap macam2. Contohnya, bila aku jadi pengawas waktu sekolah dulu, ada kengkawan panggil aku 'anjing'. Muka nampak macam cool, tapi hati terbako beb... Rasa macam nak libas mereka dengan penyapu.

Lagi satu, bila dah besar sikit, jadi JPK ke, MPP ke, buat program. Lepas tu rasa "cis, aku nak buat program bagi nampak gempak", mana boleh program MPP kalah dengan program kelab dalaman.." Lepas tu, bila buat program ada masalah teknikal, atau ada orang kutuk pelaksanaan program, again, terbakar. Tapi dah tak main libas ngan penyapu dah sebab dah matang. Timbul perasaan ini pula "Cis, lain kali aku takmo dah buat program. Penat2 je buat, banyak komplen pulak.mencik! mencik! " *mulut herot berot ke kiri kanan dan hidung kembang kempis tanda geram macam yang korang selalu buat.haha*

Bila ada kelab atau U lain buat program gempak lebih hebat dari program kita. Timbul pulak perasaan "ini tak boleh jadi..Ini memang tak boleh jadi..Kita kena buat program yang lebih hebat daripada ini!! Kalau bajet tak dapat sebanyak yang kita nak pun, takpe. Kita sanggup ke hulu ke hilir untuk minta sponsorrr. Takpe susah sikit, yang penting program masyuk.Kiiitaaaa Takkkk Boleehh KALAAAHHHH!!!" *keluar api ikut telinga..fu..fu..fu..*

Dumm!!!

The moment munculnya perkataan/niat slow2 dalam hati "barulah orang pandang", 'validity' untuk matlamat kita iaitu mencari redhaALLAH perlu diragui.

Simple je nak tau sama ada kita hidup ni betul2 menuju matlamat Redha ALLAH ialah awal2 kita dah letak niat yang betul. Luruskan niat sedari awal.

Kalau nak lalu jalan lurus, tapi dari awal dah salah pergi mula dekat simpang yang jalannya bengkok, macam mana sepanjang perjalanan nak lurus? Bengkok lah sampai ke hujung.

Tapi tak mustahil jugak bila dah tengah2 jalan sedar eh, saloh jalan rupanya, bengkak bengkok je jalannya seperti ular dipalu pula. Patah lah balik. Betulkan balik niat.

Dalam hidup ni yang bestnya, sebab ALLAH sayang kat kita, banyak sangat U-Turn ALLAH sediakan. Bila2 masa je.

Lagi satu, cuba cek balik. Aku cek diri aku juga sekali. Gunakan stetoskop iman, tarik nafas and reflect.

Pernah tak bila kita pergi surau, tutup aurat elok2, yang lelaki pulak rajin gi masjid, tak ngorat perempuan. Orang pun letak lah title baik kat kita. "Yes, aku dilihat baik..hoyeahh..hoyeahh..".

Orang pun puji kita. "Eh, akak ni baik lah. Abang sulung saya yang studi kat Azhar tu macam sesuai je ngan akak.

Of course kita pun balas. "Eh mana ada. Biasa ja"*mata berkelip-kelip*

Dalam hati tersipu malu. "Eh, aku ni baik ke? Ermm..tertengok gambo abang dia kat fb hari tu. Boleh tahan jugak.weee.."


Takda masalah pun dengan ayat tu, tapi the moment kita terhanyut dengan pujian dan mendamba "external rewards" daripada manusia. Problem datang.

Check balik matlamat.

Again, pernah tak apabila duit hilang, atau eksiden, barang berharga hilang ke. Rasa sedih bagai nak berguling-guling sahaja menuruni bukit tonggek (walaupun namanya tak senonoh, tetapi ia popular di Uitm Shah Alam).

Tanya diri balik. Adakah namanya matlamat aku redha ALLAH kalau harta benda dunia membuatkan hatiku retak seribu sehingga terganggu khusyuk solat, hingga terlambat solat sebab lama sangat nangis dan meratap, rasa bengang siapalah yang curi..hak tuih!  bahkan hingga terdorong rasa ALLAH tak adil. Naudzubillah.

Kalau betul matlamat kita redha ALLAH, yang kita mahu adalah DIA, bukan dunia dan harta bendanya.

Aku terdengar satu statement dari kak Yasmin Mogahed. " ALLAH is what we want, Dunya is the tool to get what we want (ALLAH),  but most of the time, we expect ALLAH as the tool, in order to get what we want in this dunya"

Astaghfirullah. Kita selalu minta macam2, bila kita rasa ALLAH tak bagi, terus stop usaha.
Matlamat kita ALLAH ke macam tu? Recheck. Pernah tak apabila kita nak something sungguh2 je kita dekatkan diri dengan ALLAH? Nak dapat dekan, baru nak doa banyak2. Nak dapat lelaki dan perempuan tu, baru buat istikharah tetiap hari.

Ya ALLAH.. Aku pun sedang tanya diri sendiri.

Kesimpulannya, titik fokus dalam hidup ni mesti jelas. Betulkan apa yang ada dalam hati. Tumpukan kepada ALLAH dan Akhirat. Baru hidup tenang.

Ramai yang hidup tak tenang hari ini sebab terlalu fikir apa manusia cakap. We're always expecting for World's Recognition.

Kalau kita tengok jiran pakai  BMW. Esok2 kita pun pakai BMW pulak. Mana boleh kalah boh.. Rumah sama besar, mana boleh kereta aku kurang. Nanti orang cakap aku tak sekaya dia.

Hari ni beli bmw dengan hati bangga dan puas, tup..tup.. bulan depan jiran depan rumah tukar Lamborghini pulak. Kita pun mula dah tak senang hati balik. Mulalah tak lena tidur malam fikir, guane ni nak beli kereta baru. Kalah doh dengan jiran depan, padahal aku CEO. Dia pensyarah. Mana boleh kurang dari dia.

Dan semuanya berterusan. Kerana meletakkan hati pada dunia. Persepsi menyatakan dunia adalah penanda aras.

Penat, memang penat kalau nak cari 'Redha dunia', dunia ni kan penuh dengan tipu daya. Ibarat fatamorgana katanya. Google maksud fatamorgana untuk dapatkan lebih kefahaman. sebab tu ada lagu kumpulan ape ntah dulu2.

"Indah fatamorgana,
menghanyutkan yang terleka.."

Last, dalam konteks yang dekat dengan orang muda seperti aku, yang tak muda jangan sedih.Kalau masuk syurga semua jadi muda :)

Kita  ni orang muda, aku belajar psiko memang dinyatakan kita punya 'conscious' terhadap apa orang kata tu lebih sikit.

"Pakai camni, apa orang kata"..
"Pakai beg ni, apa orang kata.."
"Jerawat banyak tumbuh, apa orang kata.."
"Tak pergi surau hari ni, apa orang kata.."
"Program aku tak sehebat program dia, apa orang kata..."

All and almost everything adalah tentang 'apa orang kata'. Aku pun selalu macam tu rupanya.

Tiba masa dah untuk kita turn kepada "Apa ALLAH kata".

Contohnya, buat program .biarlah kalau kita 'kalah' dengan sesiapa pun, tapi yang penting adakah program ini memberi manfaat kepada orang ramai. Yang penting bukan kualiti ikut piawai dunia, tapi kualiti ikut piawai akhirat.  Sebagai ketua, ajak ajk kita niat sedari awal untuk buat program niat kerana ALLAH, bukan nak cari pengiktirafan dan penghargaan manusia.

InshaaALLAH,
Hati senang,
Jiwa tenang,
Muka girang"... :)

 Kita ubahlah sama2, inshaaALLAH.


Eh, aku tulis post ni apa orang kata nanti ek? Best tak?

Eh, eh bukan...sepatutnya begini: Adakah tulisan ini mengenai sesuatu yang bermanfaat atau tak? Ia boleh buat orang ingat ALLAH atau tak? Jikalau ya, biarlah orang rasa tak best pun, yang penting sampaikan.
Allah yang bagi Hidayah, kuasa itu ada di tangannNYA. Kita usaha.

Lepas ini, inshaALLAH segala apa yang kita buat, fikir tentang ALLAH dahulu. InshaaALLAH urusan akan jadi lebih senang. Bukan kerana keadaan yang jadi lebih mudah, tetapi hati kita yang berubah. :)



*Aku tade hal dah dengan kawan2 yang ejek aku anjing dulu. Biasalah..budak2. Bila fikir balik klako je haha. (in case kalau ada kawan sekolah menengah yang pernah ejek aku dulu baca post ni). Takyah rasa bersalah. Banyak gak ejekan korang tu ajar aku. Contohnya, aku berjaya practie buat muka cool walaupun dalam hati dah taufan. Ia sangat membantu. Terima kasih :)








1 comment:

  1. Mmg susah nk jaga hati.. Konon niat kerana Allah, tpi perbuatan langsung tak menjurus ke arah niat trsebut.. Rasa ujub, bangga, mengharap pujian & lain2 sifat mazmumah sntiasa mengiringi kita.. Nauzubillah..

    ReplyDelete