Tadi ada program solat hajat perdana di Kolej Mawar. Subhanallah, ramai berganda-ganda datang berbanding hari biasa. Aku terlambat datang, maka berkejaran aku ngan roomate dan sesampainya aku di surau, masyaALLAH memang aku terkejut tengok ramai sangat sampai melimpah jemaah ke luar.
Satu panorama yang sangat menyenangkan. Sangat gembira dan terharu dengan sambutan yang menggalakkan. Hati2 yang berharap berkumpul sujud kepada ALLAH. Sudah lama surau ini merinduinya.
Pelbagai perasaan bercampur baur. Ceh, layan lelebih pulak. Solat Maghrib dulu.. Then after solat, disebabkan aku solat kat luar, open air gitu..so lepas solat, masih lagi di dalam saff, aku angkat kepala mendongak menata langit yang indah.
Subhanallah, cuaca juga cukup baik. Tidak terlalu sejuk dan rasa panas manja2 sedikit sahaja selepas solat, itupun mungkin sebab kitorang berkelubung dalam telekung. Just nice.Kipas2 telekung empat lima kali terus hilang panas. Alhamdulilllah. :)
Takda apa pun nak cerita sebenarnya, cuma aku nak share, wakru pandang langit, aku terfikir, kenapa kalau buat solat hajat berjemaah perdana sempena exam, jumlah yang datang memang ramai. Apakah yang menjadi pemangkin untuk menjemput tetamu2 ini datang pada hari ini? Termasuk lah aku jugak yang selalu make up alasan untuk tak pergi surau pada hari biasa.
Mungkin begini:
Solat hajat untuk exam.
Kita tahu dengan jelas apa yang kita nak.
Result exam adalah sangat penting, jadi kita memang nak berjaya dalam exam, so kita merasakan adanya keperluan yang amat sangat untuk gerakkan usaha2 yang terbaik untuk exam tersebut.
Final kot, kan? Kalau dapat dekan tiap2 semester, bulih grad dengan 1st class degree, bulih pakai selempang pink, bulih buat mak pak hepi, bulih dapat kerja baguih dengan position yang cun2.
So sebab kita JELAS dan TAHU apa tujuan kita, iaitu untuk cemerlang dalam final exam, maka gagahlah kaki kita untuk turun, bawak air bergendong-gendong untuk bacaan yasiin dan sebagainya.
Alhamdulillah, memang sangat bagus. Kerana kita sedar dan percaya dengan usaha2 sebegini dalam keadaan ramai sahabat2 kita yang study sampai mengabaikan solat..Kasihan mereka. Allahuakbar :(
Tetapi, mengapa pada hari2 biasa, ianya tidak 'semeriah' itu?
Kenapa hari2 biasa, baru masuk sem apabila kita tak sibuk nak exam, kita liat sungguh nak buat solat hajat even secara bersendirian di bilik.
Kenapa kalau exam IS NOT around the corner, 'force' untuk kita pergi program solat hajat dan bacaan yasiin tidak sekuat apabila exam IS around the corner.
FOKUS.
MATLAMAT.
TUJUAN.
PERLU.
Mungkin kerana kita (aku), teleh menyempitkan fokus kehidupan ke arah melihat aspek dunia semata-mata. Kecemerlangan duniawi yang lebih menarik fokus kita.
Periksa juga matlamat kita. Apakah matlamat kita? Kita gagahkan diri untuk turun surau dari tingkat sembilan sebab kita tahu dan jelas matlamat, bahawa kita nak RESULT YANG GEMPAK. Itu matlamat kita. Tapi pada hari-hari biasa, mungkin kita tiada matlamat yang jelas, like "hari ini aku ingin turun ke surau kerana....", atau "Aku nak buat solat hajat kerana...". Bila kita tidak berada dalam waktu exam, agak2nya apa matlamat kita untuk solat hajat dan join program2 ilmiah di surau?
Apabila kita jelas bahawa MATLAMAT adalah ALLAH, dan kita sentiasa sedar akan itu, confirm kita akan sentiasa rasa tak sabar nak turun kerana matlamat kita jelas. Kita tahu kenapa kita buat dan untuk apa kita buat!
Juga sebab kita tahu apakah TUJUAN kita. Solat hajat supaya ALLAH bagi aku lulus exam, tolong aku jawab paper baik2, mudahkan urusan, lapangkan hati, terangkan hati dan sebagainya. Tapi banyak mana kita pernah fikir akan tujuan ibadah lebih daripada itu? Tujuan aku solat kerana aku ingin ditolong ALLAH di akhirat nanti, dipermudah urusan dunia serta akhiratku, dimatikan dalam islam dan iman dan sebagainya.
Dan segala aspek itulah yang akan membuat kita rasa kita SENTIASA PERLU untuk berharap pada ALLAH. Kita rasa nak usaha sehabis baik, stay up, makan vitamin kecerdasan otak, study rajen2, sebab kita tahu kita perlu dapat result yang baik untuk exam.
Pernah tak, kita rasa PERLU itu sentiasa, ataupun rasa itu terhenti selepas kita melalui fasa peperiksaan sahaja. Kalau kita memahami hakikatnya, sebenarnya dalam kehidupan kita sentiasa memerlukan ALLAH. Kita perlukan ALLAH, kita perlukan ALLAH.
Apabila rasa perlu itu wujud, maka kita akan FOKUS tidak akan terhenti setakat urusan dunia, tetapi akan tembus hingga akhirat sana, Matlamat kita jelas ingin mendapat redha ALLAH dan memburu pahala, kita sedar TUJUAN kita adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai hamba + khalifah.
Dan yang paling penting, semua ini tidak bermusim.
Ia kekal sampailah kita mati.
Semoga kita semua dapat menjadi hamba yang sentiasa rasa 'perlu' itu, kerana ianya akan membuatkan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.
Subhanallah, semoga kita mati dalam keadaan seluruh jasad, jiwa, hati sujud seluruhnya kepada ALLAH
* Subhanallah, waktu solat hajat tadi, begitu ramai rasanya yang menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah kak nusrah. ALLAHUAKBAR. Kakakku, saksikanlah kecintaan ini. Aku yakin, fokus, matlamat, dan tujuan hidupmu jelas. Semoga ALLAH menganugerahkanmu dengan nikmat abadi di akhirat.
Kita memerlukan ALLAH, jangan sombong dan malas untuk selalu bersujud padanya, setiap waktu dan ketika. Bimbang jika ajal menjemput, ketika itu terlalu banyak 'syllabus' belum kita khatamkan.
No comments:
Post a Comment