Saturday, January 12, 2013

Singkirkan rasa suka (Crush)

Bismillah.

Assalamualaikum.


Siapa tahu apakah simbolik piala dunia ini?  (gambo google.pinjam.


Straight to the point. Korang pernah tak rasa suka kat oghang? Senang cerita orang moden lening ye panggil 'crush', mu penoh dop ado raso gitu kat orang (muntah orang ganu+kelantan bahasa apakah yang aku cuba cemarkan ini? )

Sebenarnya, kalau aku pergi mana2 talk sesama perempuan, especially kalau buka topik bab hati & perasaan, mesti end up waktu sesi soal jawab akan ada yang tanya soalan "Puan Ustazah, bagaimanakah saya ingin menyingkirkan perasaan cinta yang sering mengganggu hati saya?"  Saya tahu ianya tidak perlu tapi bagaimanakah saya nak buang perasaan itu dari hati saya puan ustazah?? Tolong lah cadangkan penyelesaiannya" *mata berkaca*

Ustazah pun senyum sambil cabut cermin mata, lap kanta menggunakan hujung tudung, dan pakai kembali.

ehm,,,ehm...cubaan suara, cubaan cuara.. Lantas ustazah pun menjawab.

"Tiada jalan lain yang awak boleh buat melainkan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Mujahadah (berusaha sungguh2  untuk lupakan dia), dan awak kena puasa kalau mampu. Puasa ni dapat mendidik hawa nafsu. Lepas tu jangan asyik tengok pesbuk dia je. Ce tengok jugak pesbuk ustazah ni haa. Ish3x.

Tapi nak lagi best, awak bagi num dia kat mak ayah awak, minta ayah awak telefon dia. Cakap macam ni. "Pakcik rasa anak pakcik ni sesuai dengan kamu. Kamu nak tak nikah ngan anak pakcik? Hantaran RM 20K sahaja. Kalau kamu setuju, beres. Minggu ni kita uruskan kursus kahwin ngan borang2, awal minggu depan nikah. Settle!. "

Sekian daripada Ustazah. Tata. :)


Budak tu pun terkedu. T_T.



Kalau ada rasa suka kat seseorang tu, even tak besar mana pun tapi kalau dengan mengingati dia boleh membuatkan iman kita 'luka', baik cari ubat cepat2 untuk pulihkan. Humban perasaan tu jauh2.

Kalau kita golongan yang mendakwa kita faham agama, kita perjuangkan agama, kita buat usaha dakwah, jangan biarkan 'duri2 kecil' begini effect hati. Rugi sangat.

So let's cekidaut cara nak selesaikan (antara cadangan sahaja):

1) Jaga pandangan. Mata ni adalah antara panah2 syaitan. Kalau korang perasan, cupid yang omputeh tu. Patung kanak2 tak pakai baju yang ada pegang anak panah tu. Itu cerita mitos omputeh dulu2. Adalah bidadari cinta, dan bidadari tersebut melunsurkan panah ke dalam hati2 orang untuk mengikat cinta antara keduanya. Na'udzubillah.

Tengok balik diri kita, pernah tak kita 'ter'pandang dan akhirnya sengaja memandang seseorang hingga kita terpegun sama ada dengan wajahnya, tingkahnya, ataupun apa2 yang ada padanya sampai menyebabkan ada rasa yang terpanah di hati.

So, prevention is always better than cure. Sebab tu ALLAH Yang Maha Bijaksana yang mencipta kita, ALLAH tahu kelemahan kita, ALLAH bagi panduan. Rujuk surah Al-Ahzab. Sila buka tafsir dan rujuk.Sila buka tafsir rujuk dan nekad nak amalkan.

2) Tapi kalaulah in case dah terpanah juga, cabut balik 'panah cinta' (tajuk movie gayanya kann) tersebut dengan berpuasa. Puasa ni bukan sebab nak kurus, nak jaga kesihatan semata- mata ataupun sebab nak jimat duit kumpul beli smartphone tiap2 bulan (apatah lagi selepas ada rebate), tapi puasa ni banyak sangat fadhilat, salah satunya adalah ia dapat mendidik nafsu.

Lepas tu sebenarnya kalau makan tak banyak, perut tak berat dan mudah bangun malam. Apabila banyak sangat makan, tumpuan akan jadi tumpul, mudah mengah nak mengaji, malas bergerak dan sebagainya. Bila malas buat macam2 dan ibadah berkurangan, kita pun duduklah sahaja bermalas-malasan sambil terkenangkan si dia.. Nau'dzubillah.

That's why salah satu ujikaji yang boleh kita buat nak tengok sama ada diri kita ni sedang terlalu dibelenggu oleh maksiat atau tak, tengok kita mampu tak nak bangun solat malam dan bertahan puasa sunat di siang hari walaupun kawan kita tengah slurrpp fradoo abc kat depan kita di tengah hari yang panas.

Seorang 'alim, Fudhail b. Iyadh pernah kabo "jika kamu tidak mampu bangun malam dan berpuasa di siang hari, ketahuilah bahawa kamu sedang dikuasai oleh maksiat2mu". Na'udzubillah.

So usaha kumpul kekuatan dengan perbanyakkan ibadah yang akan menjinakkan nafsu. Biar kita yang kontrol nafsu, jangan biar nafsu yang kawal kita. It's a challenge!

3) Elakkan membayangkan yang bukan2. Ia bagi efek pada hati. Sekali bayangkan, siapa berani jamin takda titik hitam yang tumbuh di hati. Contohnya, kita suka pada seorang ini, kita membayangkan alangkah indahnya kalau kahwin nanti pakai baju kaler oren. Oh segaknya kami berdua bagai durian dibelah dua.
Pangg!! Sila lempang diri sendiri jika berfikiran berangan2 tentang orang yang kita suka.

4) Elakkan selalu buka topik pasal dia. Buka topik di sini sama ja maksudnya dengan jangan selalu bercakap tentang dia. Sebab, semakin kita bercakap tentang sesuatu, semakin meningkat rasa cinta dan teringat terhadap benda tu. Kalau tak percaya, cuba korang tengok bercakap hari-hari tentang siapa? Obama? Of course tak, sebab dia bukan seseorang yang rapat dengan kita. Kita biasanya akan bercakap yang indah2 tentang orang/ perkara yang kita suka sahaja. Selalu sahaja rasa nak bercakap tentang dia.

Elakkan. Kalau rasa nak cakap tentang dia, istighfar banyak2, zikir banyak2. ALLAH yang kita patut paling sayang dan cinta. ALLAH, kebesarannNYA, kekuasaanNYA dan RasulNYA yang patut kita cakapkan selalu.

Kalau jumpa kawan2 lepas ni, ubah cara percakapan kita. Banyak bukak topik tentang ilmu, dan kebesaran ALLAH. Zikrullah.Zikrullah Zikrullah.

Makin zikir, makin kita masukkan ALLAH dalam hati dan inshaALLAH, rasa yang tak perlu tu akan tersingkir keluar sedikit demi sedikit. So, kita juga takkan rasa sedih nak buang perasaan tu, hati tak rasa kosong sebab kita dah penuhkan hati bulat-bulat dengan kecintaan yang paling bermakna untuk dunia dan akhirat. Percayalah, inshALLAH.

Selingan sikit, untuk refleks balik diri. Untuk aku jugak terutamanya. Kalau kita berjumpa kawan, kita bersembang dengan mereka, kita ini banyak membuat hala tuju perbualan kepada yang berfaedah, atau kita cuba tukar tune perbualan tersebut kepada perbualan yang bermanfaat dan mendapat redha ALLAH. Ini pun sangat berat untuk diri aku sendiri. Banyak sangat buat lawak bodoh. Adakah itu namanya bermanfaat? astaghfirullah. Kita usaha ubah sama mulai saat ini!

5) Elakkan selalu tengok facebook/ mengkagumi external factors yang ada pada dirinya. Kalau kita rasa tengok facebook dia hari2 tu, stalk profile dia boleh buat kita makin sayang padanya, buang tabiat itu. Benda ni dia macam bahan bakar. Sekali kita buat, kita tambahkan bahan bakar, buat lagi, tambah lagi. Makin maraklah api rasa yang menyala. Elok je nak lupa, pergi tambah bahan bakar balik. It's like a refreshment. Dah tu guane nak hilang kalo asyik marak dan marak lagi?

Tapi ini bergantung pada keadaan hati masing2. Seeloknya, masa treatment untuk meredakan perasaan itu, kalau rasa tak boleh nak bear dengan apa2 perkara yang melibatkan dia kerana perkara tersebut akan mambangkitkan perasaan ini, usahalah. Lawan!


Tu jelah rasanya. Yang lain adalah solat taubat, istighfar, mohon keampunan sungguh2 pada ALLAH

Tanya diri, dalam sehari, kita banyak teringat pada manusia atau pada ALLAH.  KIta banyak cakap tentang dunia atau tentang akhirat. Kita selalu fikir tentang duniawi atau ukhrawi.

Jangan ingat crush sikit2 ini tiada kesan dalam hati dan bagi efek dalam kehidupan. Ia memberi kesan mendalam sebenarnya. Dan buat diri saya serta kawan2 yang berpersatuan ke, bekerja bersama lelaki perempuan ke, saya sangat ingatkan DIRI SAYA terutamanya dan rakan2 semua, untuk kita berhati hati dan menjaga pergaulan.

Elakkan bergurau yang melampau dan permulaan komunikasi yang tidak perlu. Bukan apa, kita bimbang kerana sebagai manusia, kita punya fitrah, dan jangan sampai akhirnya ia mengundang fitnah. Bimbang niat akan menyimpang.Kerana selalu berjumpa, lagilah perlu teliti menjaga hati. Protection biar berlapis-lapis dengan kukuhkan niat, zikir, istighfar doa dan rakan2 yang mengingatkan. Hubungan kita di facebook dengan kaum berlainan juga perlu dijaga.

Saya menyeru diri saya sendiri terutamanya. Recheck, kalau kita di luar menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, di facebook, email, twitter dan medium perhubungan maya yang lain bagaimana pula ya? Sedikit-sedikit, ia ibarat kerikil kecil yang menghentam lapisan protection hati, selapis demi selapis. Ya ALLAH, untuk ini pun saya sendiri juga perlu banyak lagi lakukan pembaikian dan penambahbaikan. Selalu kita muhasabah diri dan teropong kekurangan diri.

InshaALLAH, kita settle bab hati, lepas ini kita boleh tumpu kepada matlamat dan planning lebih besar untuk kehidupan dunia yang satu-satu harapannya adalah supaya dapat membawa kita sampai dengan selamat ke akhirat sana, menuju ALLAH Yang Maha Esa.



Maaf jika ada salah silap dan kata2 keterlaluan. Mohon teguran jika saya salah. :)

Lepas ini kita cakap bab Redha ya Ain Romeli (^_^)






28 comments:

  1. Assalamualaikum kak.syukran atas prkongsian yg sgt brmanfaat ini.Sy nk tny sikit..1. Ada org laki tu suka pandang2 kita lama2(macam nak makan pun ada.hehe).Soalannya...camna kita nk ckp kat dia spy jgn pandang kita.
    2.Actually sy pun kdg bergaul jugak ngan budak laki sbb slalunya diorang dtg and tanya macam2;soal pelajaran , aktiviti sekolah, pasal exam..n so on.apa pendapat akak?patutkah sy layan pertanyaan diorang.Akak rasa prbuatan sy brgaul ni mcm melampau tak?mmg la tak ada 'aktiviti' sentuh-menyentuh ni(sorry to say) tp sy rasa mcm sy buat satu ksalahan yg besar bila brcakap ngan ajnabi wlaupun dkhalayak ramai.Bimbang timbul fitnah.At the same time,ksian plak dkat kawan yg bertnya tu sbb dia tnya soal pelajaran.so camna ni?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak, terharu sangat sampai nangis saya bace, akak nak tanya kalau kita dah terlampau sayang sangat dekat dia macm saya suke dia dah nak masuk 3tahun.... macm mane pulak? agak susah sebenarnya nak lupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selitkan nama dia Salam doa , insyaallah allah Sentiasa jaga dan sentiasa lindungi dia ... Doa juga supaya hati dia allah jaga untuk kita , berhenti suka dia..supaya kits tidal Zina hati , zina Mata until selalu cuit ii tngok dia .. Kebab belum tentu bertahun ii kits suka dia , Dia Akan jadi milik kita , sebabtu kejar cinta allah dahulu .. Kerana cinta manusia belum tentu pasti , tapi cinta allah sudah pasti .

      Delete
  3. Siti Nur Farhana; i'm not the best person to answer ur question, but i'll try to give out my personal opinion :) 1) Cuba tengok klu ada peluang nak kahwin dgn dia, make a move yang syar'i. maksudnya klu awk yakin dia tu awk nak jadikan suami (istikharah dan risik bout him dulu pada org yg kenal dia). kalau awk yakin dgn peribadi dan agamanya, make a move. gunakn org tengah. tapi kalau rasa bkn masanya lagi. cuba doa sungguh2 pd ALLAH to protect ur heart, pd masa y sama usaha mcm yg akak tulis di atas. Believe me, it'll work inshaaALLAH asalkn kamu ikhlas nak jaga hubungan kamu dgn ALLAH, dan nak jaga hati. doa pdNYA sungguh because HE's the only ONE yang pegang hati kita dik. usaha solat awal waktu, baca al-Quran dan buku yg brmanfaat :)

    ReplyDelete
  4. Entry yg sngt bagus... Sedikit sbanyak telah menyedarkan sy yg sudahh jauhhh...tanxxx

    ReplyDelete
  5. Sy suka baca ni. Tapi kalau selang sari ada ja org watssapp gamba dia (sbb org lain tak tau pon affair kitorang)..pastu siap update psl xtvt dia...
    mcm mana kita nak lupa dia??

    ReplyDelete
  6. thanks for the sharing.
    really meaningful
    i cried when i read this.
    ermm.
    pray for everyone to forget their crush and move on with something that can give benfits to ummah.
    allah knows our heart
    try our very best
    All the best!

    ReplyDelete
  7. Saya selalu start crush bila masing2 tpandang antara satu sma lain. Tmbah pula, lepas tu mesti kami "bump each other". Saya pun nak lupa kan dia. Tapi ada satu masa yg kmi mesti akan terserempak. Saya tak larat nak meminati n merindui someone yg belum tentu tau mengenai saya.

    ReplyDelete
  8. Salam, bagaimana pula jika saya meminati seseorang itu kerana keimanannya kepada Allah ? Dan saya sentiasa mendoakan dia agar Allah memelihara hatinya drpd berbuat maksiat.. Salahkah saya meminati dia atas sbb itu ? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  9. Salam saya nak tanya ni ? Saya kan ada minat dkat sesorang ni then ada kawan saya yg rapat lah dengan crush saya ni en . Lepastu dia g tahu lah yg saya minat kat laki tu. Saya memang malu lah 😷 . Then saya rasa nk lupakan crush saya tu tapi susah sangat masa sebelum saya suka kat crush yg sekarang ni senang je saya nk lupakan tapi crush yg skrang ni mmg susah sngat nk lupa
    .kenape eh ?? Adakah saya terlalu suka kan dia ?? Tolong sangat jawab soalan tq 😘

    ReplyDelete
  10. Hurm. Tak suke bile teringat pada seseorang yg belum halal utk kite. Semoga hati kite semua kuat utk hadapi semua tu. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  11. Hurm. Tak suke bile teringat pada seseorang yg belum halal utk kite. Semoga hati kite semua kuat utk hadapi semua tu. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  12. cara nak melupakan crush adalah dengan mendekatkan diri dgn Allah.. Alhamdulillah, baru dapat jalan penyelesaiannya.. terima kasih banyak..

    ReplyDelete
  13. Tq kak for information ...i will try to forget it

    ReplyDelete
  14. Tq kak for information ...i will try to forget it

    ReplyDelete
  15. Sy skrng ni punya pakwe, kelas sebelah je. Kitorng kapel thn lps habis pt3. Dia yg luahkan perasaan dn nk x nk sy terima je dia. Dulu sy x suka dia, tp thn ni perasaan suka sy terhadap dia semakin bertambah. Dia pulak baik dn sweet org nye. Syng nye la, sejak bulan lps dia asyik mengelakkan diri utk berckp ngn sy. Dia lngsung x pernah contact sy lg. Dia dh sombong dn ketepikn sy. Pd hal sebelum ni dia ckp yg dia syng in sy sesngt2. Sy sudah semestinya sngt sedih bile laki yg sy syng buat sy camni.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, Rasa Sangat Bermanfaat Untuk Diri Saya Dan Sesiapa Yang Mengalaminya Perkara Macam Ni..Terima Kasih Sharing Manfaat Ilmu Ni..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, Rasa Sangat Bermanfaat Untuk Diri Saya Dan Sesiapa Yang Mengalaminya Perkara Macam Ni..Terima Kasih Sharing Manfaat Ilmu Ni..

    ReplyDelete
  18. best sharing..terbaik laa.. thanks

    ReplyDelete
  19. I'm crying while reading this post.. May Allah guide us always. Thanks a lot to you sister

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you..saya dapat jawapan dr post awk..

      Delete
  20. Subhanallah... Perkongsian yg amat bermanfaat.. syukran.. moga dirahmati Dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  21. Bantu saya.. 20 tahun dulu dh berjaya lupakan dia.. bukan senang nk lupakan org yg pertama kita beri hati.. kini dia muncul semula..

    ReplyDelete
  22. Bantu saya.. dh berjaya lupakan dia 20 tahun lalu.. bukan senang nk lalui fasa tu.. sangat perit nk lupakan org yg pertama dlm hati.Tapi kini dia muncul kembali..

    ReplyDelete