Sunday, April 14, 2013

Kisah bas

Bismillah. Assalamualaikum.


Lama gila tak mengomel kat sini.

Bila nak tulis balik rasa rentak jari macam dah sumbang. Even first line pun boleh ambik berejam.

Apapun, ini short jelah kot. Aku nak cerita pasal aku dan kenderaan.

Kat uitm, aku tinggal di kolej. First sebab aku memang lebih patut tinggal sini sebab aku masih mpp sampai hujung term, inshaaALLAH. Second sebab memang diri aku sendiri suka tinggal dekat kolej. Aku rasa tinggal di kolej adalah menarik dimana takyah sibuk2 fikir nak beli furniture.

Aku dapat satu katil, satu loker, satu meja studi dan ruang peribadi yang cukup selesa.

Alhamdulilah. I don't need more.

Tapi cabarannya adalah apabila fakulti (kelas) aku di seksyen 17 di mana kalau nak ke fakulti aku kena naik bas rapid, transit ke seksyen 2 dan ambil bus bernombor T529 atau bas mini berkonsepkan 'open-air' untuk ke fakulti.

Dan babak menunggu bas adalah antara babak yang paling membosankan dalam acara kehidupanku. Dahulu.

Kadang2 aku rasa nak menangis tunggu bas tak datang2. Aku rasa macam banyak sangat masa aku terbuang untuk menunggu. Menunggu dan terus menunggu...


Pernah aku tunggu bas lama sangat kat seksyen 2 sambil menangis teresak-esak macam orang hilang anak.

Just because aku jemu gila tunggu bas dan rasa banyak lagi benda aku boleh buat untuk detik waktu yang sedang meninggalkan aku.Sekadar untuk menunjukkan betapa penantiuan terhadap bas memberi kesan yang begitu besar dalam hidup aku.

Dan ada seorang budak fakulti aku telah melihat babak tersebut. Tidakkah itu memalukan? Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi. T_T

Maka aku pun bergerak menuju penyelesaian. Setelah diteliti sedalamnya, penyelesaian terhadap permasalahan ini  ada 3:

1) Pindah kolej dan duduk di rumah sewa yang berdekatan dengan fakulti
2) Bawa kereta/motor
3) Bertahan dengan keadaan sekarang dan cuba jadikan penantian bas itu satu perkara yang menarik.

I crossed out 1st and 2nd.

Aku pick jawapan ke3

1) Tak mungkin untuk waktu ini atas dasar tanggungjawab dan aku sayang nak tinggalkan keseronokan tinggal di kolej dan beralih ke rumah sewa.

2) Aku tak mahir bawa kereta walaupun ada lesen. Ini memang salah aku, sebab confident level aku merudum bila berada di jalan raya. Dan untuk belajar bawak kereta balik, aku masih belum berkesempatan dalam keadaan sekarang ini. Banyak benda lain lebih menuntut  masa aku.

Bawa motor lagilah aku tak pernah pandai. Dan aku tak kisah pun aku tak pandai bawa motor sebagaimana aku tak kisah aku tak pandai bawa kereta.

Jadi aku telah memilih untuk terus menunggu. Walaupun ia sangat menjemukan dan meletihkan jasad dan minda.

Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Memang membaca waktu menunggu bas adalah satu perkara yang baik untuk dilakukan, tapi tidak bagi aku. Sebab aku tak boleh begitu fokus, melainkan kalau yang aku nak baca tu adalah lawak kampus or buku2 santai yang lain. Tapi seberapa lama aku nak bazirkan masa baca material2 macam tu je?

So aku mula download rakaman2 ceramah yang aku suka. Bila tunggu bas aku mula pasang dan dengar.

Kalau lupa bawa headphone/earphone, aku bantai je selitkan fon ke tudung (macam mama selalu buat kalau nak jawab fon waktu tengah drive. Mama sangat cool..). Aku harap ianya tak effect kesihatan serta kesejahteraan pendengaran aku. Semoga ALLAH lindungi, inshaaALLAH.

Walaupun kejemuan itu tetap juga hinggap sekali sekala, tapi setidaknya aku dah jumpa 'geng' untuk teman aku. Dan inshaaALLAH geng itu akan memberi manfaat untuk dunia akhiratku.

Cukuplah aku katakan, banyak yang berubah dalam kehidupan lepas aku mula buat macam tu.

Kalau diteliti, mula2 aku anggap ia disaster. Aku sangka aku akan sampai bila2 jadi penunggu bas yang setia dalam keterpaksaan dan tekanan.

Namun siapa sangka, ianya adalah satu peluang serta ruang yang ALLAH berikan untuk aku memperbaiki diri sendiri. 

Ini adalah pilihan.

Aku yang pilih taknak tinggal di rumah sewa.

Aku yang pilih untuk menangguh-nangguh belajar balik kereta supaya aku boleh memandu dengan baik.

Dan aku pilih untuk bahagia dengan pilihan aku sendiri.

That's life.

Dan sebenarnya  ini baru satu chapter dalam bab kenderaan yang aku ingin cerita.

Ada banyak chapter lagi aku nak kongsi dengan korang semua.




 Gambar pastilah dari Google. 
*Takde  ghoje aku nak snap sendiri gambo bas mini tengah2 panas. lol.


Ini baru kisah menunggu bas serta berkaitan masa. Ada beberapa lagi yang kalau boleh aku nak kongsi dengan korang berkisar soal kenderaan, menunjukkan betapa ALLAH adalah perancang terbaik untuk hidup kita.

Tak terjangkau dek akal kalau difikirkan hikmah yang ALLAH selitkan dalam perihal ini dalam hidup aku.

Ia mengandungi pengajaran dari pelbagai aspek yang mengajar dan mentarbiyah diri.

Renungilah hidup anda.

 Sebenarnya, terlalu banyak yang ALLAH telah tunjukkan, cuma kita yang masih enggan untuk membuka penglihatan...

Bukalah hatimu untuk melihat kekuasaan serta kebesaran ALLAH, nescaya hatimu akan sentiasa merasakan ketenangan dalam apa jua keadaan. Allahuakbar.

p/s: Sekarang ini menunggu bas juga menjadi salah satu acara yang 'terisi'. Kita bukan sekadar menunggu bas, tetapi sedang mereguk nimat ilmu yang tidak terbatas. Segala puji bagi ALLAH.


5 comments:

  1. suka..sangat suka baca coretan Dibah..ada humor, penuh pengajaran. Saya sentiasa tertunggu-tunggu coretan seterusnya...

    ReplyDelete
  2. salam kenal adibah.tahniah menjadi juara Da'i.akak dh mskkan blog ni dlm bloglist akk,bolehlah akk bc balik entri2 adibah sebelum ni.owh nnt feel free to visit ye akk ada share entri ttg final da'i :)

    http://born2touchurheart.blogspot.com/2013/04/dai-pendakwah-milenia-musim-pertama.html

    ReplyDelete
  3. As'salam...adibah,firstly, tahniah di atas kejayaan juara da'i milenia...
    situasi, adibah sama dengan saya, cuma saya dah habis study, terlibat dengan sl1m program,sy ada lesen kete, tapi xberani bawak...terpaksa menunggu bas dengan waktu yang lama...T_T...

    ReplyDelete
  4. Janganlah pelik ada lesen, x berani bawak kereta. Saya dapat lesen tahun 1987..tahun 2002 baru saya bawa kereta dengan yakinnya..sekarang cakap nak gi mana, saya boleh hantarkan..hehe..

    ReplyDelete
  5. Cikgu najmiah, alhamdulillah. Terima kasih banyak cikgu. Cikgu tolong doakan ya..huhu..:)

    Kak aleasara.Terima kasih banyak, moga ALLAH merahmatimu. Teruskan menulis yang bermanfaat kak. I like ur writing ;)

    Alhidayah, alhamdulillah. Syukran sahabat. Itulah, kita kena berani kan! InshaaALLAH (^_^)

    ReplyDelete