Wednesday, June 22, 2011

Meh sini nak mintak tolong sikit..

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh..

Kalau boleh kan, saya nak mintaklah tips sikit pada sesiapa yang sudi berkongsi, macam mana nak bagi minat sikit terhadap buku2 bahasa inggeris ni.

Tak payah aim tinggi2 untuk baca manuskrip atau buku litearature shakespeare, cukuplah sekadar buku2 cerita atau novel bahasa inggeris.

Saya ni masalahnya harap je pernah study Tesl, tapi nak membaca novel dalam bahasa inggeris tu, malasnya mintak ampun. Memang tak minat sungguh-sungguh, rasa hambar je.

Bukan saya tak minat b.i., saya minat, tapi nak membaca dalam bahasa tu yang saya tak berapa minat. Setakat ni yang saya ingat, buku yang pernah saya habiskan baca betul2 hanyalah dua buah, (tak termasuk buku wajib ketika sekolah menengah dan asasi) iaitu The Wizard Of Oz dengan The Kite Runner. The Lost Boy yang guna untuk Book Review waktu kelas Madam Jue pun dilangkau-langkau dengan separuh hati.

Dah tu macam mana..

Blog pun, kalau dalam bahasa inggeris tulisnya, terus menjunam semangat nak baca. Tapi kalau blog kawan2 saya seperti ain romeli, imran, atau liyana yang selalu tulis dalam bahasa inggeris, mujurlah juga saya gagah juga nak meneliti baris demi baris.

Memang dalam kamus hidup saya tak pernah terbit nama seperti J.K. Rowling, Dan Brown, Stephenie Meyer, dan macam-macam lagilah autor buku b.i.

Buku Harry Potter dan New Moon yang digilai ramai pun saya tak pernah buka.

Lain pulak halnya dengan buku Bahasa Melayu. Saya boleh menghabiskan masa sehari suntuk untuk mengadap timbunan karya kak su, Faisal Tehrani, allahyarham Usman Awang, Ramlee Awang Murshid, A.Fuadi dan lain-lain. Tak kiralah siapa penulisnya, asalkan ia berbahasa melayu, laju sahaja mata saya menangkap ayat demi ayat. Tapi tetap saja, adalah juga beberapa orang penulis yang saya minat sungguh2 karyanya.

Kadang2 saya terfikir, saya ni patut ambil sastera melayu sahaja patutnya. (Tapi layak ke masalahnya. Jadi sasterawan gila bolehlah..)

Dan bila nak beli buku bahasa Inggeris pun, saya jadi kedekut nak mampus. Padahal, pernah satu kali bookfair, mama bagi saya duit empat ratus nak beli buku. Lepas tu, semuanya saya beli buku B.M., takde satu pun buku bahasa inggeris..isk..isk..sedihnya...

Dah tu guanee nak pandai bahasa inggeris kalau baca pun jarang2?
Bila vocab nak bertambah?
Bilanya nak expert buat ayat?

Kadang2 kagum juga tengok awak2 semua baca novel bahasa inggeris sungguh2 dengan penuh minat.


Jadi, mintalah kalau ada tips2 nak bagi.
Kalau ada kot2 buku2 yang anda nak syorkan sebagai 'pembuka selera' untuk saya ni suka sikit membaca dalam bahasa inggeris.

Oh ya, selain buku, lagu bahasa inggeris pun saya tak berapa minat. Ada certain lagu je yang boleh layan. Mengapa oh mengapa..


Jadi kalau ada tu, minta sangat2 awak share lah tips dan tajuk buku yang best untuk dicuba tu dengan saya. Kalau segan silu nak komen guna nama sendiri, guna jelah anonymous je, saya dah enable. Saya harap sangat, semoga dengan cara ni, dapatlah buat saya ni terliur sikit dengan buku bahasa inggeris.


Jazakumullah khairan jazaa'.



notakaki: Teringat pada buku Jane Austen dan Kay Hooper yang dipinjam dari perpustakaan awam Jengka. Sampai sudah tak dibuka... Pinjam konon rajin membaca, padahal....T_T

7 comments:

  1. dibah,try lah bace balik lah buku novel yang pendek2...tina dulu tak minat gak...tp start bace novel english form5 adik punye,tina terus minat...tu slh satu care cmne nak improve...tp surat khabar ke,mntk maaf lah..mmg tak minat :) heheheh

    ReplyDelete
  2. dibah dibah try baca buku by danielle steel or anna quindlen :) both are my favourite authors :)

    antara yang best > southern lights, rise and shine, big girl :)

    buku dia interesting sebab pasal real life.. :) motivated.. :)

    ReplyDelete
  3. Tina~ thanks for the suggestion.. :-)
    suratkhabar, sama ah kita..beli memang selalu, lepas tu baca separuh je, and the rest buat lapik menyiang sayur..hehe..
    thanks again tina..


    Queen F~ owh, ok.. nanti try cari. Bunyi macam best, sebab dbah pun uka real life story. sebab tu the kite runner boleh habis khatam.. syukran dear :-)

    ReplyDelete
  4. hrhz... fahami rap... itu cre aku la.. aku minat bi sbb aku minat rap.. dlm rap ade quotes2 yg bermakna... menyebabkan aku ske bahasa inggeris.. hahaha aku x taw la kau, lagu bi pown kau x dgr... msti ssh nak layan rap.. itu cre aku jela.. and cbe kau crik quotes2 yg bermakna.. quotes2 yg ade tu la yg menyebabkan aku rse bi tu cantek... ade quotes yg dikeluarkan oleh ilmu agama, ble die dlm bahasa melayu aku rse mcm bese je.. tpi ble die dlm bahasa inggeris rse gempak seyh.. hahahaha.... panjangnye comment aku, mcm blog aku plak.. hahaha... pape pown slamat bramal

    ReplyDelete
  5. pojan~owh,ok thanks. Dulu aku sebenarnya minat rap jugak, tapi dah banyak sangat yang merapu, aku stop. Takpelah, maybe SOA can help. Aku try cari yang tak merapu dan best. Quote pun menarik jugak gayanya. Takde lah panjang berjela juling mata aku nak baca. nanti aku try. thanks again.

    ReplyDelete
  6. saya tau taste dibah. haha

    The kite runner, a thousand splendid suns by Khaled Hosseini.

    takpun pi beli buku enid blyton hok 10 hengget tu. smpi skrg sy baca :D

    ReplyDelete
  7. Oh ciksu rupanya..hehe..
    awak ni memang memahami ah..ok2. nanti saya borong buku kulit keras tu dekat kedai :-)
    Tapi takleh lawan hebat b.i. ciksu lagi (^_^)

    ReplyDelete