Friday, June 3, 2011

Solat Dhuha : C'mon, Just Give It A Try!


Sujud sebentar di pagi hari macam encik ni :-)
~pic by google~





Ingat lagi, waktu sekolah dulu2, waktu rehat pukul 10.45, selalu aja kawan2 saya pergi solat sunat Dhuha di surau.

Saya ingat lagi, yang selalu perginya, kalau tak salah lah, si irfan, alim, mahfuz, nasri, anas, jimmy, afiq, afiq aiman, dan lain-lain lagi.

Kawan2 saya yang muslimat ni pun tak kalah hebatnya, ramai jugalah. Si nadrah, saripah, raiha, Hanan, Nadiah, Una, Minn, farzana, fadzlin, sarah, shahira ashikin, dan lain2 lagi. Kalau nak listkan, memang panjanglah. Kena buat satu post khas pulak untuk senaraikan, sebab depa ni memang rajin-rajin sungguh.

Waktu tu, kena pilih antara dua. Sama ada nak pilih pergi makan di kantin, ataupun pergi surau. Iyalah, rehat kan cuma 20 minit. Walaupun solat sunat tu boleh buat dua rakaat, tapi memang masa cukup2 sahaja. Almaklum perempuan, nak tanggal stokin, armguard, nak bersiap2 nak solat pun dah separuh masa pertama.Pulak tu, jarak antara surau dengan kelas bukan macam jarak uitm kuantan dengan surau kastam yang beberapa langkah itu aja. Paling2 pun sempat pergi koperasi jelah.. Beli kacang botak, makan dalam kelas..kehkeh..

Tapi kalau lelaki tu, cergas aja diorang.. Zusss..zass. siap! Boleh pergi kantin makan nasik lemak pak cik wan dengan hati yang riang gembira lalalalaaa~.


Itulah kan, kita biasa kalau di sekolah, senang je nak amal sesuatu, nak2 pula bila ramai rakan2 kita turut sama, dan rajin pula mereka mengajak kita.

Now, bila dah sendiri2 macam ni, dan hidup pula bukan dalam persekitaran yang macam dulu2, mulalah liat nak buat.

Tapi, itu semua tak boleh dijadikan alasan, dah besar gajah macam ni, sendiri mau fikir lah kan..Jangan bergantung pada keadaan atau orang lain. Kita mesti tetapkan pencapaian diri sendiri!

Jadi hari ni, jom lah kita sama2 pasangkan tekad nak usaha cuba buat solat sunat dhuha ni. Simple je step dia, tak perlu jadikan alasan tak reti dah lepas ni. Kalau dah pandai buat solat fardhu, maksudnya nak buat solat sunat dhuha ni tiada masalah!


Solat sunat dhuha ni, paling minima boleh buat dua rakaat. See? kan mudah..
Dua rakaat, gamaknya paling2 cepat, kalau tak sempat sangat, dalam lima minit je rasanya.

Lima minit tu kalau online, macam 5 saat je kan??hehe..

Tapi untuk yang tengah ada masa lapang melayan facebook aja kerjanya, why not try 4,6,8 sampailah 12 rakaat.

Boleh buat 2 rakaat satu salam. (Lepas dua rakaat, bagi salam, macam solat subuh), ataupun 4 rakaat satu salam (Lepas empat rakaat, bagi salam, macam solat zuhur)


Rakaat pertama, buat macam biasa. Lepas baca surah al-fatihah tu, bacalah surah as-Syams (Wasy Syamsi Wadhuhaha). Kalau tak ingat, check balik al-Quran mukasurat 595.
Then silalah rukuk dan sujud seperti biasa.

Untuk rakaat kedua, lepas baca surah Al-fatihah, bacalah pula surah Ad-Dhuhaa (Wadduhaa Wallaili iza sajaa). Sekali lagi, jika tak ingat, boleh selak balik kitab suci Al-Quran, mukasurat 596.


Tapi kalau rasa2 susah sangat nak ingat dua surah tu, bacalah surah apa2 pun yang kita hafal Tiada masalah.


See? Once again, mudah bukan? Takkanlah tak ada satu dua pun surah pendek yang kita hafal kan.. Baca je lah surah2 yang kita boleh ingat.


Lepas tu solat macam biasa, bagi salam macam biasa.

Lepas tu macam biasa lagi, berdoalah. Tadah tangan, dan memohon pada Allah dengan rasa kerdil.

Bacalah doa apa2 pun, tapi solat sunat dhuhaa ni pun, ada jugak doa yang disyorkan. Kalau boleh, baca lah yang ini.. Special sikit.

Ini maksud doa dia:


Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Nak yang bahasa arab dan maklumat lagi tentang solat sunat dhuhaa, boleh lawat blog akak ni.


Lepas tu, lipat sejadah, dan boleh teruskan aktiviti macam biasa.

Sekejap je kan. Tak akan rasa terbeban langsung lah nak buat, inshaAllah.

Tapi yelah, itu memang senang nak buat, tapi yang susahnya nak istiqamah. Macam mana pulak tu?

Cuba2 lah kita buat solat sunat ni, kita disiplinkan diri kita tiap2 hari. Dua rakaat pun cukuplah.
Percayalah, kalau kita buat straight tak tinggal-tinggal dalam empat lima hari, bila hari berikutnya kita tak buat, dah rasa macam lain dah. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap pada pagi kita.

Apa yang kita perlu buat sekarang ialah, cuba mulakan.

Bila dah mula, cuba teruskan.

Apabila dah teruskan, cuba kekalkan.

Apabila dah kekalkan, barulah kita cuba tingkatkan, ikut kemampuan dan kesesuaian kita.


Dan sebenarnya, untuk amalan2 sunat macam ni, kita kena yakin, semua ni datangnya dari Allah. Dah yang cipta kita yang ajaib dan luar biasa ni siapa?
Allah juga, kan..

Jadi sepatutnya kita yakin dengan sepenuhnya, Allah tahu dan faham kehendak dan kemampuan kita. Mestilah kita boleh buat punya!

Untuk kawan2 yang nak masuk sem baru juga, bolehlah start berjinak2 buat solat sunat ni. Biasa kalau mula2 ni, kita banyak azam2 baru. Nak dapat 4 rata lah, tak nak tangguh siapkan assignment lah, nak jadikan perpustakaan tempat paling kerap dijejak selain ECM dan mega lah, dan macam-macam lagilah.

Lagi satu, biasa nak masuk sesi baru ni, kita mesti semangat nak buat macam-macam kan. So, kalau kita boleh sediakan kemeja baru untuk sem baru, kalau kita boleh usaha dapatkan jean dan blouse baru untuk sem baru, kalau kita boleh berkejar ke mega dapatkan shawl terbaru untuk dipakai pada kelas pertama sem baru, kalau kita boleh bodek2 mak belikan laptop baru untuk sem baru, mengapa tidak kita cuba untuk mulakan sem baru amalan yang baru???
Solat dhuha..Come on dudes and babes, let's give it a try!!!

Jadi marilah kita sama2 buat solat sunat dhuha ni.

Banyak fadhilatnya pulak tu. Yang paling famous tentang solat sunat dhuha ni mestilah pasal rezeki, kan..

Tapi fadhilat dan ganjaran tu kita letak tepi dululah, walaupun kita ni (saya lah, anda tak kot) memang biasa buat sebab nak dapat balasan, kan.. Buat baik sebab nak dapat pahala, nak masuk syurga, buat solat sunat dhuhaa nak murah rezeki, dan sebagainya.

Tapinya itulah, untuk taraf iman yang masih nipis2 macam ni, semoga fadhilat dan ganjaran yang dijanjikan semua tu, dapat memangkin atau menggalakkan kita untuk mulakan amalan tu, tapi lama2, inshaAllah, perlahan-lahan ikhlas akan hadir.


Biarlah kita cuba buat sesuatu kerana Allah semata-mata, bukan kerana ganjaran atau reward yang biasa diidamkan.

InshaAllah, lepas ni kita sama2 boleh cuba, start2 balik bentang sejadah sebelum pergi pasar beli lauk, start2 balik dua rakaat sebelum sambung kelas, start2 balik ke surau kastam buat dhuha dua rakaat sebelum pergi arked lepas habis kelas jam sepuluh.

Pohonlah pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, agar membuka pintu hati kita, dan meminjamkan kita kekuatan untuk terus menghiasi hari2 kita dengan amalan2 sunat seumpama ini. :-)



Fa iza a'zamta, fatawakkal 'alallah, inshaAllah (^_^)

2 comments:

  1. The proceeds where split between, Cancer Research, Mc - Millan Cancer Support and Bart's Hospital East Wing, and dedicated to the memory of David's natural father
    Antonio Senezio, who died of cancer in 2007. On the other hand when you add a vertical grip and a second battery
    to selected camera design the cameras all of a sudden complete speedier.
    The DIGIC II processor lets you shoot up to 4 frames per second,
    and will produce prints that are large enough for almost any purpose.


    Also visit my weblog; canon 6d

    ReplyDelete
  2. The Black - Berry Tablets media player will not disappoint
    you as this premier media player and video creation are supported by Codecs.
    That partnership included the expansion of Adobe products, primarily the Creative Suite and
    Flash, on Research In Motion devices. Sources demonstrate that this newly designed solution designed to
    offer a streamlined framework for enterprises to unfurl mobile apps for
    Blackberry Play - Book tablet users within the organization.


    Here is my page - blackberry playbook review

    ReplyDelete